m9 tamadun india -...

15
1 TAMADUN INDIA SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN M9

Upload: vuhanh

Post on 28-Jun-2019

408 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

TAMADUN INDIASUMBANGAN DAN PENCAPAIAN

M9

Dr. Normala OthmanProf. Madya Dr. Adlina Ab. Halim

Jabatan Pengajian Kenegaraan & KetamadunanFakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

https://www.openlearning.com/courses/upm-tamadun-islam-dan-tamadun-asia-titas-

i. Menjelaskan sumbangan dan pencapaian dalamTamadun India

3

HASIL PEMBELAJARAN (LO)

https://www.openlearning.com/courses/upm-tamadun-islam-dan-tamadun-asia-titas-

1. Kesenian 2. Sains dan Teknologi

• Seni halus• Tarian• Seni bina• Seni ukir • Seni lukis

• Matematik• Astronomi• Fizik• Kimia• Perubatan

4

SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN INDIA

Sumbangan dan pencapaian Tamadun India meliputi bidang kesenianserta sains dan teknologi;

5

Pencapaian Dalam Bidang Kesenian

Seni halus• Tiga aspek terkandung dalam seni halus;

tarian, muzik & drama.

• Tarian klasik Bharata Natyam dan Kathakmerupakan persembahan serentak muzik dandrama.

• Seni muzik berkembang seiring dengan senitari. Irama (tala) dan melodi (raga) merupakankombinasi yang digunakan serentak.

• Irama ghazal dan qawwali diperkenalkan olehorang Islam India.

Tarian Kathak

6

Pencapaian Dalam Bidang Kesenian

Tarian

• Perkara yang penting dalam tarian ialah muzik, pakaian, gerakan, ekspresi dan emosi.

• Bharata Natyam merupakan tarian klasik India dipersembahkan di kuil-kuil di selatan India.

• Bukan sekadar hiburan tetapi mengandungiunsur keagamaan.

• Bhangra pula merupakan tarian orang Sikh.

Bharatanatyam Bhangra

7

Pencapaian Dalam Bidang Kesenian

Seni Bina • Seni bina kuil Hindu ditentukan olehperaturan, perancangan, pemilihantapak, mitologi dan astronomi. Kuil umumnya 2 bentuk; bulat dan empat segi. Kuil juga sebagai tempat suci dan

menghimpunkan rakyat dari pelbagai lapisan.

• Seni bina Islam membawa hasilgabungan unsur seni bina Arab, Parsidan tempatan. Contoh terbaik adalahTaj Mahal yang terletak di Agra.

8

Pencapaian Dalam Bidang Kesenian

Seni Ukir

• Berkait dengan aspek keagamaan -merangkumi pembuatan patung, tiangberukir dan seni pahat.

Seni Lukis

• Candi dan kuil dihiasi dengan lukisan yang menggambarkan unsur keceriaan dankeagamaan.

9

Pencapaian Dalam Bidang Sains dan Teknologi

• Konsep geometri berkembang sejak zaman sebelum masehi lagi.

• Masyarakat India mengembangkan ilmu matematik untuk menentukan tempat upacara pengorbanan menerusi kiraan astrologi.

Ilmu Matematik

Brahmi numerals

• Ilmu Astronomi dan kalendar iaitu Jyotisa

(satu bahagian utama Veda) merupakan perkiraan astronomi, digunakan untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan.

• Kedudukan longitud matahari dan bulan telah dibuat berkaitan dengan upacara brahmanik. Berdasarkan perkiraan astronomi ini muncul kalendar matahari.

• Masyarakat tamadun India juga berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi.

Ilmu Astronomi

10

Pencapaian Dalam Bidang Sains dan Teknologi

Taman Astronomi Jaipur

11

Pencapaian Dalam Bidang Sains dan Teknologi

• Ilmu ini juga berkaitan dengan agama dan teknologi. Konsep jirim dalam ilmu fizik muncul bukan berdasarkan eksperimen tetapi intuisi dan logika.

• Mereka percaya alam semesta terdiri dari lima gabungan; tanah, angin, api, air dan angkasa. Bidang kimia pula tertumpu pada pembuatan ubat bagi hidup lama, racun dan sebagainya.

• Iron Pillar di Delhi yang dibina pada abad ke-5M merupakan tiang besi setinggi 7 meter dan begitu tulen, didapati tidak berkarat hingga ke hari ini.

Ilmu Fizik Dan Kimia

Qutub Minar & Iron Pillar di

Delhi

12

Pencapaian Dalam Bidang Sains dan Teknologi

• Unsur-unsur bidang perubatan termasuk fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia dan veterinar telah muncul sebelum tahun masihi lagi.

• Amalan yoga yang mengutamakan ketenangan minda kerana penting untuk kesihatan mempunyai kaitan dengan amalan meditasi dalam ajaran Hindu.

Ilmu Perubatan

13

Pencapaian Dalam Bidang Sains dan Teknologi

• Menurut teks-teks ayurvedik atau ayurveda(knowledge of life) , badan manusia terbentuk dari kombinasi vayu (angin), pitta (api) dan kapha (lendir).

• Serangan penyakit adalah disebabkan ketidakseimbangan dalam badan & dirawat dengan menggunakan ubatan herba dan minyak urutan.

• Teks tersebut dianggap penting dalam bidang perubatan hingga kini.

Ilmu Perubatan

14

• Terdapat pelbagai penemuan dan pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang

• Pencapaian tinggi Tamadun India dalam bidang kesenian, sains dan teknologi memberikan sumbangan kepada seluruh masyarakat dunia

• Sumbangan dalam pelbagai bidang menjadikan Tamadun India sebagai sebuah tamadun yang hebat dan mampu bertahanhingga ke dekad ini.

KESIMPULAN

Terima Kasih