m13 sumber dari isu bt

3
Sumber dari :Utusan ( online )- isu semasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dipinggirkan? PENDIDIKAN Jasmani dan Kesihatan (PJK) sering dianggap sebagai matapelajaran sampingan.Lebih mengecewakan lagi ia sering dianggap sebagai matapelajaran `main-main'.Oleh kerana matapelajaran ini tidak dinilai dalam peperiksaan-peperiksaan kebangsaan, matapelajaran ini tidak dipandang sambil lewa sehingga akhirnya waktu matapelajaran PJK digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) matapelajaran lain. Keadaan bertambah buruk lagi apabila guru yang terlibat secara langsung atau tidak terhadap matapelajaran ini dipandang rendah oleh guru yang mengajar matapelajaran penting dalam peperiksaan.Walaupun guru ini bekerja keras untuk melaksanakan pengajarannya dengan berlandaskan rancangan dan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh kementerian, semangat itu luntur akibat tekanan-tekanan yang diterima. Keadaan ini harus dibetulkan.Persepsi negative ini perlu diketepikan. Sebagai warga pendidik, kita perlu menyedari bahawa Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dalam hal ini, aktiviti fizikal yang banyak dikaitkan dengan matapelajaran PJK sesungguhnya begitu banyak menyumbang kearah kecergasan jasmani yang turut mempengaruhi aspek intelek dan emosi. Sebenarnya, salah satu matlamat matapelajaran PJK ialah untuk menyediakan individu dengan pengetahuan fizikal serta penggunaan masa kesenggangan yang berfaedah.Sebuah tempat di Peranchis iaitu Vanvas telah memperkenalkan pendidikan fizikal harian (DPE) untuk kanak-kanak sekolah rendah.Program DPE ini meliputi sepertiga daripada masa persekolahan setiap hari sebagai satu usaha untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam aspek psikologi, fizikal, mental dan sosial.

Upload: ramesh-nathan

Post on 12-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Resource

TRANSCRIPT

Page 1: M13 Sumber Dari ISU BT

Sumber dari :Utusan ( online )- isu semasa

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dipinggirkan?

PENDIDIKAN Jasmani dan Kesihatan (PJK) sering dianggap sebagai matapelajaran sampingan.Lebih mengecewakan lagi ia sering dianggap sebagai matapelajaran `main-main'.Oleh kerana matapelajaran ini tidak dinilai dalam peperiksaan-peperiksaan kebangsaan, matapelajaran ini tidak dipandang sambil lewa sehingga akhirnya waktu matapelajaran PJK digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) matapelajaran lain.

Keadaan bertambah buruk lagi apabila guru yang terlibat secara langsung atau tidak terhadap matapelajaran ini dipandang rendah oleh guru yang mengajar matapelajaran penting dalam peperiksaan.Walaupun guru ini bekerja keras untuk melaksanakan pengajarannya dengan berlandaskan rancangan dan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh kementerian, semangat itu luntur akibat tekanan-tekanan yang diterima.

Keadaan ini harus dibetulkan.Persepsi negative ini perlu diketepikan. Sebagai warga pendidik, kita perlu menyedari bahawa Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dalam hal ini, aktiviti fizikal yang banyak dikaitkan dengan matapelajaran PJK sesungguhnya begitu banyak menyumbang kearah kecergasan jasmani yang turut mempengaruhi aspek intelek dan emosi.

Sebenarnya, salah satu matlamat matapelajaran PJK ialah untuk menyediakan individu dengan pengetahuan fizikal serta penggunaan masa kesenggangan yang berfaedah.Sebuah tempat di Peranchis iaitu Vanvas telah memperkenalkan pendidikan fizikal harian (DPE) untuk kanak-kanak sekolah rendah.Program DPE ini meliputi sepertiga daripada masa persekolahan setiap hari sebagai satu usaha untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam aspek psikologi, fizikal, mental dan sosial.

Program yang sama diadakan di Jepun, Kanadadan Australia.Hasil kajian mendapati kanak-kanak yang menjalani latihan fizikal ini menunjukkan tahap kecergasan yang baik.Konsep kendiri mereka juga didapati lebih positif, keputusan matapelajaran lain turut memberangsangkan.

Page 2: M13 Sumber Dari ISU BT

Secara keseluruhannya, kegiatan dalam Pendidikan Jasmani tertumpu kepada perkembangan tubuh badan termasuk perkembangan fizikal, sosial dan mental.Oleh itu matapelajaran PJK perlulah dilaksanakan dengan perancangan teliti termasuk mengambil kira keperluan semasa dan kebolehan pelajar.

Sekiranya matlamat dan objektif P&P PJK ini tidak dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan cemerlang, dikhuatiriakan lahir generasi yang kurang aktif dalam membentuk diri ke arah kesejahteraan fizikal, mental dan emosi.Justeru, usaha-usaha untuk melahirkan golongan pendidik yang benar-benar berwibawa dan serasi dengan matapelajaran Pendidikan Jasmani perlu dikembangkan, sama ada melalui kursus-kursus jangka pendek, mahupun jangka panjang.

Jurusan PJK juga perlu diperluaskan sehingga keperingkat ijazah dengan kuota yang lebih besar.Semoga dengan itu, semua guru PJK akan dididik dan dibekalkan ilmu perguruan yang sempurna dan mencukupi untuk berfungsi secara efektif demi merealisasikan kehendak FPN. Dengan demikian, guru-guru yang terlibat mengajar matapelajaran PJK tidak akan dipandang rendah dan matapelajaran ini juga tidak diremehkan.

Kiriman:

NORYATI MAJID

Universiti Malaysia Sabah (UMS),

Cawangan Sandakan.