m10

9
ISL Minggu 10 (MOHD IHSANNUDDIN) PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia Kerjasama politik dan hubungan etnik Konsep Modenisasi dan pembangunan politik 1. Matlamat pembangunan ekonomi ialah untuk mencapai kemajuan dan pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan masyarakat perindustrian 2. Matlamat pembangunan politik ialah pembinaan negara bangsa 3. Maksud negara bangsa ialah suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara (bangsa)) 4. Ada pendapat yang mengatakan satu negara perlu dibentuk daripada satu bangsa contoh Jepun membentuk negara Jepun. 5. Oleh itu di Malaysia perlu ada satu bangsa Malaysia bagi negara Malaysia. 6. Kesan peperangan, migrasi dan penjajahan terdapat bangsa yang tidak bernegara atau negara yang tidak berbangsa. 7. Bagi Malaysia, matlamat pembangunan modenisasi politik ialah pembinaan negara bangsa. 8. Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui beberapa kaedah yang bersifat top-down iaitu penghayatan ideology negara, penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh pihak kerajaan, pemupukan semangat nasionalisme melalui simmbol dan ritual negara.

Upload: ihsan-ehh-sun

Post on 24-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

grbbfgdzegfbzed

TRANSCRIPT

ISL Minggu 10 (MOHD IHSANNUDDIN)PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia Kerjasama politik dan hubungan etnik

Konsep Modenisasi dan pembangunan politik

1. Matlamat pembangunan ekonomi ialah untuk mencapai kemajuan dan pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan masyarakat perindustrian2. Matlamat pembangunan politik ialah pembinaan negara bangsa3. Maksud negara bangsa ialah suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara (bangsa))4. Ada pendapat yang mengatakan satu negara perlu dibentuk daripada satu bangsa contoh Jepun membentuk negara Jepun.5. Oleh itu di Malaysia perlu ada satu bangsa Malaysia bagi negara Malaysia.6. Kesan peperangan, migrasi dan penjajahan terdapat bangsa yang tidak bernegara atau negara yang tidak berbangsa.7. Bagi Malaysia, matlamat pembangunan modenisasi politik ialah pembinaan negara bangsa.8. Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui beberapa kaedah yang bersifat top-down iaitu penghayatan ideology negara, penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh pihak kerajaan, pemupukan semangat nasionalisme melalui simmbol dan ritual negara.9. Pembangunan politik berlaku dalam tiga proses iaitu:i. Perbezaan struktur politik iaitu perubahan struktur politik yang bersifat feudal kepada struktur politik yang berpegang kepada prinsip pembahagian kuasa pemerintahan antara tiga badan yang saling terpisah dan mengawasi antara satu sama lain iaitu kehakiman, perundangan dan eksekutif.ii. Sekularisasi budaya politik ialah perubahan budaya politik daripada budaya politik feudal dan tidak memisahkan antara agama dengan negara kepada budaya politik yang memisahkan kedua-dua unsur tersebutiii. Penyertaan politik yang besar oleh rakyat ialah apabila rakyat berhak menentukan pemimpin mereka.10. Pembangunan politik dalam demokrasi pula ialah apabila ada unsur-unsur tersebut dalam sistem politik iaitu:i. Parti politikii. Majlis perwakilan rakyat atau parlimeniii. Perlembagaan negaraiv. Pilihanraya11. Ringkasnya, ke empat unsure tersebu adalah ukuran kepada pengamalan demokrasi bagi sesebuah negara.

Pelaksanaan Modenisasi dan Pembangunan Politik di Malaysia1. Kesan daripada penjajahan British di Malaysia, Malaysia menerima modenisasi dan menjadikan Eropah adalah model modenisasi dalam pembangunan politik dan pembangunan ekonomi.2. Cabaran bagi Malaysia ialah Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat kesan daripada migrasi, penjajahan, gabungan wilayah yang berbeza, gabungan etnik yang berbeza, gabungan kerajaan yang berbeza.3. Pembinaan negara bangsa Malaysia menggunakan kaedah top-down iaktu melalui dasar-dasar kerajaan dan program-program yang dirancang. Antaranya ialah: Program penghayatan Rukunnegara Penerapan dasar awam iaitu Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pembangunan Wawasan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysiahttp://hubunganetnik-ipgkpi.blogspot.com/2012/07/pembangunan-politik-dalam-konteks_31.html

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAANPembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui satu proses sejarah yang panjang. Ia terdiri daripada adunan unsur-unsur yang terdapat dalam sistem pemerintahan Melayu lama dan juga penjajah Inggeris. Inggeris yang pernah memerintah lebih satu abad di Tanah Melayu telah meninggalkan banyak kesan ke atas Tanah Melayu, antaranya ialah perlembagaan. Beberapa unsur pemerintahan Inggeris yang pernah diamalkan telah diserap masuk ke dalam perlembagaan seperti jentera Kerajaan, Parlimen, dan kewarganegaraan. Unsur-unsur baru bagi orang Melayu ini dikenali sebagai unsur-unsur moden dalam perlembagaan. Sementara beberapa unsur lama seperti institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa, dan agama Islam dikekalkan. Unsur-unsur lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan ini digolongkan sebagai unsur-unsur tradisi iaitu amalan pra-British. Unsur-unsur tradisi di dalam perlembagaan ini sangat perlu dipelihara bagi mewujudkan perpaduan kaum dan kestabilan politik sebagai syarat memajukan negara. Empat unsur lama yang pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan negara kita, ialah1.Pemerintahan BerajaPemerintahan beraja sudah lama wujud dan menjadi amalan turun temurun di negeri-negeri Melayu. Raja atau Sultan menjadi simbol kesetiaan orang Melayu. Pemerintahan dan pentadbiran pada waktu itu berpusat kepada raja dan istana. Kepentingan raja atau sultan ini dapat dilihat dalam kerajaan yang ditubuhkan. Kerajaan itu dari perkataan raja sebagai pusat atau fokus segala sumber rujukan dan kuasa yang membolehkan mereka memerintah secara mutlak. (Sila imbas kembali pelajaran ini dalamBab 2).Kedudukan Raja-raja Melayu dikekalkan apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal negeri Melayu pada abad kesembilan belas. Seorang penasihat Inggeris akan dilantik untuk menasihati sultan dalam segala hal ehwal perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam (lihat Maxwell & Gibson, 1924). Mereka menggunakan kedudukan raja Melayu sebagai simbol perpaduan dan tempat orang Melayu menumpahkan taat setia mereka sebagai daya tarikan supaya orang Melayu tidak menentang Inggeris. Sebarang usaha menentang Inggeris boleh ditafsirkan sebagai menderhaka kepada sultan.Malayan Union ditentang kerana beberapa perkara yang menyentuh kedudukan orang Melayu dan kedaulatan kuasa raja Melayu, sebaliknya menguntungkan orang bukan Melayu. Sultan sekarang kehilangan kuasa apabila Tanah Melayu ditadbir oleh Sir Edward Gent sebagai Gabenor pertama yang berpusat di Kuala Lumpur. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli atau mengikut tempat lahir telah menghapuskan hak turun temurun orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Kerakyatan telah memberi orang bukan Melayu mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu. Persamaan ini telah menambahkan kebimbangan orang Melayu terhadap bukan Melayu apabila mereka menguasai ekonomi perdagangan Tanah Melayu dalam sektor getah dan bijih timah.Bantahan segenap lapisan orang Melayu telah berjaya menggagalkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengekalkan kedudukan raja dan menggantikan jawatan gabenor kepada Pesuruhjaya Tinggi Inggeris ke Tanah Melayu.Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 telah menetapkan Raja Perlembagaan. Yang Dipertuan Agong (YDA) sebagai Ketua Utama negara memerintah atas nasihat Perdana Menteri dan kabinet. Sementara di peringkat negeri, Sultan dan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan memerintah dengan nasihat Menteri Besar dan majlis mesyuarat negeri. YDA dan raja-raja Melayu kekal kebal dari segi undang-undang dan sebarang perubahan yang hendak dibuat terhadap kedudukan YDA dan Raja-raja Melayu mestilah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.2.Agama IslamIslam dan orang Melayu bukan satu perkara baru. Dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu didefinisikan sebagai orang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur dalam bahasa Melayu. Sebenarnya orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan Islam sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara faktor penting agama Islam cepat diterima oleh orang Melayu kerana sultan pada waktu itu beragama Islam. Orang Melayu yang terkenal sebagai taat dan pantang derhaka kepada Sultan begitu mudah menerima Islam sebagai agama baru mereka, lebih-lebih lagi kedudukan sultan sebagai ketua agama.Kedudukan Sultan sebagai ketua agama telah dikukuhkan lagi apabila Inggeris campur tangan di negeri-negeri melayu pada tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa Raja-Raja Melayu telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama Islam sahaja. Selain daripada itu, Sultan hendaklah menerima nasihat daripada seorang penasihat Inggeris.Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dan kerajaan. Sebagai agama rasmi negara, kerajaan mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam, seperti perbelanjaan mengurus, membina masjid, dan sekolah agama. Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama lain bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkannya kepada penganut agama Islam.3. Bahasa MelayuSeperti agama Islam, bahasa Melayu juga tidak asing bagi orang Melayu kerana telah ditetapkan oleh perlembagaan bahawa orang Melayu ialah orang yang berbahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu pada masa dahulu adalah penting kerana penduduk yang tinggal di Tanah Melayu pada waktu itu tidak majmuk dari segi bahasa dan budaya yang diamalkan seperti sekarang. Tanah Melayu dihuni oleh sebahagian besar penduduknya orang Melayu. Di samping sebagai bahasa utama di kalangan penduduknya bahasa Melayu juga mejadiLingua Franca(perantaraan) kepada pedagang yang dating berniaga di Melaka semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Malah semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Segala minit mesyuarat telah ditulis dalam tulisan jawi. Bermula pada tahun 1946, bahasa Melayu dan Inggeris boleh digunakan dalam mesyuarat tetapi tulisan (minit mesyuarat) mestilah ditulis dalam bahasa Inggeris. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang menggantikan Malayan Union masih mengekalkan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa rasmi. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan wujud kembali apabila menyedari masalah perpaduan yang wujud di Tanah Melayu. Pada tahun 1956, bahasa Melayu telah disyorkan oleh penyata Razak supaya diterima pakai dalam sistem pendidikan negara. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan sebagai tolak ansur antara kaum semasa mencapai kemerdekaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara pada tahun 1957 dan bermula pada tahun 1961 - Akta Pelajaran mewajibkan bahasa Melayu sebagai pengantar di sekolah-sekolah.3.Kedudukan Hak Istimewa Orang MelayuSama seperti agama dan bahasa bagi orang Melayu, hak istimewa juga bukan perkara asing bagi orang Melayu. Tidak timbul soal diskriminasi, persaingan dan konflik antara kaum pada waktu itu. Apabila Inggeris membawa masuk pekerja dalam sektor getah dan bijih timah dengan jumlah yang ramai sebagai tenaga kerja, maka soal yang tidak pernah dipersoalkan selama ini telah timbul.Orang Melayu merasa terancam dan dianak tirikan apabila melihat jumlah pendatang semakin ramai. Tambahan pula dengan kejayaan mereka menguasai ekonomi negara telah memaksa kerajaan memikirkan supaya orang Melayu tidak terlalu ketinggalan jauh dari kaum pendatang. Hak istimewa orang Melayu telah diperkenalkan dalam perlembagaan supaya pembelaan dan Bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. YDA telah diberi kuasa untuk pelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung.Sabah dan Sarawak bila menyertai Malaysia pada tahun 1963. Antara perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu ialah kuota kemasukan dalam sektor awam dan kuota kemasukan ke institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan mendapat lesen dan permit perniagaan. Bagaimanapun YDA tidak boleh mengganggu atau menarik balik apa-apa keistimewaan kaum lain untuk diberi kepada peribumi.http://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/nota-perlembagaan-malaysia.html