m-pbelajaran

Upload: ahmad-hafizan

Post on 21-Jul-2015

112 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1 BAB 1 PENGENALAN Pendahuluan Perkembangan dalam bidang teknologi mengubah cara manusia belajar (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004; Ting, 2007). Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik darjah (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005) bersifat globalisasi dan sepanjang hayat (Sharples, 2000). Pada masa kini ramai penyelidik dalam bidang akademik dan industri mula meneroka potensi teknologi dan peralatan mudah alih untuk menyokong pembelajaran (Sharples, 2000; Sharples, 2002; Liu, Wang, Chan, Ko, & Yang, 2003). Kajian-kajian lalu menunjukkan teknologi mudah alih dapat memberikan kesan yang signifikan dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran (Perry, 2003; Zurita & Nussbaum, 2004). Sementara itu Wood (2003) pula berpendapat penggunaan teknologi wireless dalam pendidikan dapat menyumbang ke arah menyelesaikan jurang digital dalam kalangan negara-negara membangun, kerana pada umumnya peralatan teknologi seperti telefon bimbit dan PDA adalah lebih murah berbanding komputer meja. Perkembangan dalam bidang teknologi mudah alih mendorong pelbagai pihak merangka projek M-Pembelajaran. Di seluruh dunia terdapat banyak projek MPembelajaran sama ada projek besar atau kecil. Misalnya "Projek Leonardo da Vinci" dan "IST FP5" di Eropah (Keegan, 2005), projek UniWap (Sariola, Sampson, Vuorinen & Kynaslahti, 2001). Di samping itu terdapat juga usaha dan kajian untuk merangka kursus dan membina bahan supaya bersesuaian dengan peralatan mudah alih (Bull & Reid, 2004; Colley & Stead, 2004; Ramsden, 2003). Hasil kajian lepas menunjukkan penggunaan peralatan mudah alih dalam

pengajaran dan pembelajaran meningkatkan prestasi serta merangsang minat pelajar dalam mata pelajaran seperti sains dan matematik (Metcalf, Milrad, & Cheek, 2008).

2 Perkembangan teknologi yang pesat daripada sistem analog kepada sistem digital dan kini mula beralih kepada sistem digital generasi ketiga (3G) ( Kolahi, 2002) perlu dimaanfatkan oleh bidang kurikulum bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sesuai dengan perubahan semasa dan kepentingan kurikulum pendidikan di Malaysia pada masa hadapan, maka penghasilan sebuah kurikulum yang sesuai dengan perubahan teknologi semasa adalah penting. Teknologi mudah alih pada masa kini sedang berkembang pesat. Kejayaan pembangunan dalam Bluetooth, WAP (Wireless Application Protocol), GPRS (General Packet Radio System), EDGE (Enhanced Data Rates for GSM Evolution), WiFi dan UMTS (Universal Mobile Telecomuncational System), perkembangan rangkaian 3G menunjukkan struktur teknologi untuk telefon mudah alih dan komputer berteknologi mudah alih tersedia (Attewell, 2005). Di seluruh dunia pada hari ini teknologi mudah alih menggantikan sistem talian tradisional, misalnya e-commerce bergerak ke arah mcommerce; m-perniagaan menggantikan e-perniagaan; e-perbankan digantikan dengan m-perbankan (Keegan, 2005; Mashkuri, 2003; Shim & Shim, 2003). WiFi menjadi teknologi pilihan untuk rangkaian wireless setempat dalam persekitaran perniagaan ataupun di kediaman (Henry & Luo, 2002). Malah WiFi juga pada masa kini dipasang di kawasan awam bagi membolehkan pengguna mencapai akses internet jalur lebar (Henry & Luo, 2002). Reka bentuk kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia pada masa kini perlu kepada perubahan dengan menampilkan isi kandungan dan kaedah pengajaran yang lebih terkini dan sesuai dengan teknologi semasa. Kaedah pengajaran yang dilaksanakan pada masa kini masih bersifat tradisional. Kurikulum yang dibentuk tidak sepenuhnya mengambil kira perubahan dalam teknologi semasa. Lagipun pada masa kini banyak sekolah di Malaysia mempunyai pelbagai program ICT. Antara program ICT sedia ada seperti

3 Sekolah Bestari, School-net, computing tablet, Partners in learning, Primary English Literature dan komputer pra-sekolah (Hishammuddin Tun Huseein, 2004). Kementerian Pendidikan turut mengadakan beberapa projek perkongsian pintar dengan agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta. Antaranya ialah "Projek Rintis E-Pembelajaran" dengan United Multimedia dan Sun Microsystem, "Projek Rintis e-Learning" dengan United Nations Development Programme dan Coca-Cola, "Projek Rintis Komputer Nasional" dengan DRB-Hicom IT Sdn. Bhd., "Projek Rintis e-Learning" dengan Apple Sdn. Bhd., "Projek Rintis Computing Tablet PC" dengan Microsoft (M) Sdn Bhd., dan "Projek Rintis Computing Tablet" dengan Multimedia Development Corporation (Hishammudin Tun Hussein, 2005) Makmal-makmal komputer turut dibekalkan dengan wireless access point. Syarikat Intel menyumbang wireless access point dan penggunaan teknologi wireless dalam rangkaian setempat (LAN) kepada 800 buah sekolah. Projek ini dilaksanakan dalam dua fasa dan bermula pertengahan Mac 2005. Fasa pertama melibatkan 157 buah sekolah dan fasa kedua melibatkan 643 buah sekolah. Projek kemudiannya diperluaskan ke 1,200 buah sekolah diseluruh negara (Hishammudin Tun Hussein, 2005). Selain penggunaan teknologi mudah alih, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) juga menyediakan insfrastruktur akses kepada internet melalui projek "SchoolNet" yang dilaksanakan oleh GITN Sdn. Bhd. Projek "SchoolNet" bertujuan menyediakan akses internet kepada semua institusi pendidikan termasuk sekolah, Pusat Kegiatan Guru (PKG), Pusat Sumber Pelajaran Negeri (PSPN), Kolej Matrikulasi dan Maktab Perguruan. Projek SchoolNet dijangka siap pemasangannya pada Mei 2005 dan sehingga bulan Mac 2005 hampir 6,000 daripada 10,000 sekolah disambung dengan SchoolNet (Hishammudin Tun Husein, 2005).

4 Dengan segala kemudahan insfrastruktur yang tersedia adalah tidak mustahil untuk melaksanakan kurikulum M-Pembelajaran di sekolah-sekolah dalam masa yang terdekat ini.

Penyataan masalah Perkembangan dalam teknologi mudah alih masa kini turut mengubah corak pembelajaran (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004). Pembelajaran tidak tertumpu di bilik darjah tetapi boleh berlaku di mana dan pada bila-bila masa dengan menggunakan peralatan mudah alih dan disokong dengan teknologi mudah alih. Kajian-Kajian lalu telah menunjukkan M-Pembelajaran sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian oleh Saran, Cagility dan Seferoglu (2008) mendapati M-Pembelajaran menggunakan peralatan telefon bimbit telah meningkatkan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris melalui penggunaan bahan berbentuk multimedia. Motivasi pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris meningkat dan pelajar dapat menggunakan masa lapang untuk belajar Bahasa Inggeris. Kajian juga mendapati penggunaan MMS dan SMS dapat mempertingkatkan perbendaharaan kata pelajar dengan berkesan. M-Pembelajaran juga berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang melibatkan pungutan data dilapangan seperti aktiviti pemerhatian burung (Chen, Kao, & Shen, 2003), aktiviti lawatan sambil belajar (deCrom & de Jager, 2005). Selain daripada itu M-Pembelajaran menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan apabila digunakan untuk pengajaran kepada pelajar-pelajar yang tidak boleh membaca dan menulis (Collet & Sstead, 2002; Traxler, 2002). MPembelajaran dapat juga digunakan untuk pembelajaran kursus-kursus di Universiti seperti Kursus Actuarial di Malaga Universiti (Mayorga-Toledano & Fernandez-Moales, 2003).

5 M-Pembelajaran masih lagi diperingkat awal sama ada di Eropah mahupun di Malaysia. Walaupun terdapat banyak kajian di Eropah dan di Asia tetapi kajian tertumpu kepada fungsi digital sesuatu peralatan mudah alih (Pownell & Bailey, 2001; SavillSmith & Kent, 2003; Vahey & Crawford, 2002) dan dilakukan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi gergasi seperti Ericsson, Apple, Intel & Sun untuk tujuan perdagangan dan persaingan komersial. Disamping itu, terdapat juga kajian-kajian yang menumpukan keberkesanan sesuatu alat dalam menyediakan aktiviti belajar (Colley & Stead, 2003; Ketamo, 2002; Waycott, 2001) serta kursus dan latihan dalam talian untuk golongan professional (Burke, Colter, Little, & Riehl, 2005). Terdapat juga pengkaji-pengkaji yang menumpukan kajian mereka kepada penggunaan sesuatu alat sahaja seperti komputer bimbit (M-Learning Project, 2005; MOBIlearn Project, 2005, Chen, Kao, & Shen, 2003; Becta Report, 2005; Megan Fox, 2005). Walau bagaimanapun kajian-kajian tentang reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran agak kurang. Antara kajian terawal dalam bidang MPembelajaran di Malaysia ialah kajian penilaian pelaksanaan program M-Pembelajaran kepada pelajar-pelajar tahun 5 di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur (Saedah Siraj dan Norlida Alias, 2005). Tujuan kajian ialah untuk menyiasat sama ada pelaksanaan program M-Pembelajaran mencapai hasrat yang ditetapkan ke atasnya dan juga menilai kekuatan dan kelemahan program. Hasil kajian mendapati pelaksanaan program MPembelajaran telah mencapai hasarat yang ditetapkan ke atasnya. Kajian juga mendapati program M-Pembelajaran mempunyai banyak kekuatan disamping terdapat beberapa kelemahan. Berdasarkan kepada kurangnya kajian reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran seperti objektif kurikulum, kandungan mata pelajaran, cara pelaksanaan dan bentuk penilaian, maka perlunya satu kajian reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran dijalankan.

6 Dapatan kajian ini akan dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan M-Pembelajaran. Dapatan kajian juga dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia mempertingkatkan prasarana teknologi di sekolah seperti membekalkan ke sekolah lebih banyak peralatan mudah alih dan melaksanakan latihan-latihan kemahiran kepada guru-guru.

Objektif Kajian Objektif utama kajian ini ialah untuk mereka bentuk garis panduan kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah. Kajian ini dijalankan dalam tiga fasa. Objektif kajian fasa pertama ialah untuk mengenal pasti apakah keperluan M-Pembelajaran di peringkat sekolah menengah berdasarkan pandangan guru. Satu kajian analisis keperluan dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai apakah keperluan M-Pembelajaran sekolah menengah mengikut pandangan guru. Soal selidik diedarkan kepada guru-guru sekolah menengah yang mempunyai latar belakang Teknologi Maklumat untuk mendapatkan maklumat ini. Objektif kajian fasa kedua ialah mereka bentuk satu garis panduan kurikulum MPembelajaran sekolah menengah. Bagi memenuhi objektif ini, kajian yang dijalankan menggunakan teknik Delphi iaitu soal selidik diedarkan kepada kumpulan pakar bagi mengenal pasti elemen-elemen yang dapat dimasukkan dalam mereka bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah. Objektif fasa ketiga dalam kajian ini ialah menilai kepenggunaan Kurikulum MPembelajaran sekolah menengah yang dibina oleh pelajar. Penilaian berasaskan kepada Stake Countenance Model of Evaluation (SCEEM) (Stake, n.d.). Seramai 8 pelajar tingkatan satu dipilih sebagai sampel untuk melaksanakan penilaian kepenggunaan Kurikulum M-Pembelajaran.

7 Soalan Kajian Berdasarkan objektif kajian di atas, soalan-soalan kajian berikut dibentuk: Fasa 1 : Analisis keperluan 1) Apakah keperluan M-Pembelajaran sekolah menengah mengikut pandangan guru? Fasa 2 : Reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran 2) Bagaimanakah reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah dari segi objektif, jenis perkakasan, perkhidmatan elektronik, perkakasan sokongan di sekolah, cara pelaksanaan, kandungan kurikulum, strategi pengajaran pembelajaran, kemahiran guru, kemahiran pelajar dan bentuk penilaian mengikut pandangan pakar? Fasa 3 : Penilaian 3) Apakah penilaian kepenggunaan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah oleh pelajar dalam aspek mata pelajaran Sejarah?

Rasional Kajian M-Pembelajaran membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa terhad dengan lokasi dan masa (Sharples, Taylor, & Vavoula, 2005). Perkembangan teknologi mudah alih pada masa kini menjadikan proses pembelajaran tidak terhad dalam tembok fizikal bilik darjah tetapi bergerak keluar ke persekitaran pembelajaran pelajar dan bentuk pembelajaran menjadi lebih bersituasi, personal, berkerjasama dan sepanjang hayat (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004). Penggunaan peralatan mudah alih dalam M-Pembelajaran membantu dalam meningkatkan motivasi pelajar, meningkatkan kemahiran mengorganisasi, menggalakkan perasaan tanggungjawab, mengggalakkan pembelajaran secara kolaboratif, dan membantu menyemak kemajuan pelajar dengan lebih cepat dan cekap (Savill-Smith & Kent, 2003).

8 Pembangunan sesuatu kurikulum adalah berkaitan dengan pembinaan

pengalaman pembelajaran pelajar di sekolah (Hlebowitsh, 2005). M-Pembelajaran menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang berbeza dengan pengalaman pembelajaran tradisional. Ini kerana M-Pembelajaran bersifat dinamik, kolaboratif, beroperasi masa sebenar, personal dan komprehensif (Leung & Chan, 2003). Disamping itu kemajuan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran yang kompleks abad ke-21 (Dede, 2000). Terdapat banyak firma swasta bukan dalam pendidikan melaksanakan kursus dan latihan menggunakan sistem M-Pembelajaran (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005). Malangnya dalam bidang pendidikan pelaksanaannya masih terhad. Reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran ini diharapkan menjadi perintis kepada perkembangan pengajaran dan pengajaran menggunakan teknologi terkini. Kurikulum M-Pembelajaran menyediakan pilihan kepada pendidik dan institusi pendidikan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekolah-sekolah di Malaysia dibekalkan dengan teknologi wireless dan kemudahan akses Internet jalur lebar (Hishammuddin Tun Hussein, 2006) yang dapat menyokong pelaksanaan kurikulum MPembelajaran. Pelajar-pelajar pada peringkat sekolah menengah memerlukan pembacaan yang mendalam dan maklumat yang terkini. Tanpa pembacaan mendalam dan maklumat terkini adalah sukar untuk pelajar menghasilkan jawapan peperiksaan yang baik. MPembelajaran dengan sokongan teknologi mudah alih menyediakan ruang yang luas kepada pelajar mencari dan membaca maklumat dari pelbagai sumber dengan lebih mudah dan cepat (Moura & Carvalho, 2008) Pembelajaran pada peringkat menengah memerlukan perbincangan, latihan dan bertukar-tukar fikiran. Melalui sistem M-Pembelajaran pelajar diharapkan dapat

9 memanfatkan teknologi untuk berhubungan dengan guru secara lebih mudah dan cepat. Mereka juga dapat berhubung dengan bukan sahaja dengan pelajar dalam negara tetapi juga pelajar luar negara. Oleh yang demikian mereka dapat berbincang dan mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan tajuk yang dipelajari. Mereka dapat berhubung dengan guru dan rakan-rakan mereka khususnya melalui e-mel, forum, chatting dan sebagainya. Kajian mendapati hampir 70% pelajar lebih suka menggunakan peralatan mudah alih seperti telefon mudah alih berbanding komputer meja untuk menerima pelajaran mereka (Thornton & Chris, 2005).

Kepentingan kajian Dapatan kajian ini berguna bagi pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan pendidikan di Malaysia dalam merangka hala tuju sistem pendidikan di negara ini. Pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran pada masa depan dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar dan ruang yang lebih luas kepada pelajar untuk meneroka. Pembelajaran mereka tidak terhad sekadar kepada bahan daripada buku teks dan dibatasi oleh dinding bilik darjah. Mereka berpeluang meneroka ke dunia luar dan melalui pembelajaran yang lebih interaktif. Kajian ini juga penting kepada Kementerian Pendidikan di Malaysia dalam menambah nilai kepada insfrastruktur yang sedia ada di sekolah-sekolah dari segi peralatan teknologi. Kemudahan yang tersedia seperti makmal komputer dan komputer komputer riba yang dibekalkan kepada guru-guru hanya perlu dipertingkatkan dari segi keupayaannya bagi membolehkan M-Pembelajaran dilaksanakan. Misalnya kementerian boleh menambah lagi peralatan seperti Personal Digital Assistant (PDA), komputer bimbit dan komputer tablet. Disamping itu peralatan Access Point (AP) yang dibekalkan ke sekolah-sekolah sebolehnya biarlah yang mempunyai jarak capaian yang lebih luas.

10 Ini membolehkan seluruh sekolah dapat dihubungkan dengan rangkaian teknologi wireless. Dapatan kajian ini juga penting kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam merangka latihan kepada guru-guru dalam melaksanakan M-Pembelajaran. Ini penting kerana guru-guru perlu mempunyai kemahiran tertentu dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknologi yang intensif. Dapatan kajian ini juga penting kepada guru-guru dalam menyediakan diri mereka dari segi kemahiran dan pengetahuan berhubung dengan perkembangan dalam bidang teknologi perkomputeran, terutamanya teknologi yang dapat memperbaiki dan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Pelajar-pelajar juga perlu bersedia dalam menghadapi perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Batasan kajian Reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran yang dibina merupakan satu garis panduan kurikulum yang tidak menumpukan kepada mana-mana mata pelajaran tertentu. Walau bagaimanapun panduan reka bentuk kurikulum yang dibina diuji kepada pelajarpelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Sejarah sahaja. Begitu juga hanya tajuk-tajuk tertentu dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan satu dipilih untuk menilai

kebolehgunaan pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran. Pemilihan mata pelajarn Sejarah Tingkatan 1 untuk kajian ini adalah berdasarkan keputusan analisis keperluan fasa 1. Pelaksanaan kajian menggunakan insfrastuktur sistem wireless yang sedia ada di sekolah. Sistem yang sedia ada merupakan sistem wireless yang dibekalkan oleh pihak schoolNet ke sekolah-sekolah. Sementara itu bagi perkhidmatan telefon mudah alih pula

11 ianya menggunakan talian perkhidmatan pembekal mudah alih yang telah ada di sekolah berkenaan. Kajian hanya menggunakan tiga peralatan mudah alih iaitu komputer riba, telefon bimbit dan Personal Digital Assisant (PDA).

Definisi Istilah Berikut adalah definisi untuk istilah-istilah penting yang digunakan dalam kajian ini. Kurikulum M-Pembelajaran Dalam kajian ini kurikulum M-pembelajaran merujuk kepada satu panduan perancangan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran pelajar di sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang menggunakan peralatan mudah alih seperti komputer riba, telefon bimbit dan PDA yang bermatlamat menghasilkan Pengajaran dan Pembelajaran yang bersifat mobile. Reka bentuk Kurikulum dalam kajian ini tidak memberi penekanan kepada kandungan kurikulum tetapi hanya kepada jenis mata pelajaran yang sesuai. M-Pembelajaran M-Pembelajaran ialah apa saja pembelajaran yang berlaku di tempat dan lokasi yang tidak ditetapkan atau pembelajaran yang berlaku apabila pelajar menggunakan teknologi mudah alih (OMalley, Vavoula, Glew, Taylor, Sharples, dan Lefrere, 2003). M-Pembelajaran juga meliputi penyediaan pendidikan dan latihan menggunakan PDA, palmtops, komputer bimbit, telefon pintar dan telefon bimbit (Keegan, 2005). Dalam kajian ini M-Pembelajaran ialah pengajaran dan pembelajaran menggunakan peralatan mudah alih dan pelaksanaannya dirancang termasuk aktiviti berasaskan teknologi mudah alih.

12 Penilaian kepenggunaan Untuk tujuan kajian ini penilaian kepenggunaan ialah proses menilai aktiviti pembelajaran beberapa tajuk matapelajaran sejarah mengunakan M-Pembelajaran dalam fasa 3 penyelidikan. Wireless Istilah wireless biasanya digunakan dalam industri telekomunikasi yang merujuk kepada sistem telekomunikasi (seperti pancaran dan penerimaan radio, kawalan jauh, rangkaian komputer dan terminal rangkaian) yang menggunakan satu bentuk tenaga (seperti frekuensi radio (RF), cahaya infrared, cahaya laser dan tenaga akuistik) untuk menghantar maklumat tanpa menggunakan wayar. Maklumat yang dihantar dalam bentuk ini sama ada dalam jarak dekat atau jauh (http://en.wikipedia.org/wiki/Wireless). Peralatan mudah alih Peralatan mudah alih dalam kajian ini merujuk kepada peralatan seperti komputer riba, PDA, telefon bimbit, palmtop (Keegan, 2005; Kukulska-Hulme & Traxler, 2005). Teknologi mudah alih Teknologi mudah alih dalam kajian ini merujuk kepada suatu bentuk teknologi komunikasi yang bergantung kepada signal radio dan pancaran infrared untuk memperoleh capaian rangkaian setempat (LAN), berkomunikasi dengan komputer riba lain, mengakses server data dan internet. Rangkaian Wireless Rangkaian wireless yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada sistem rangkaian yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui projek SchoolNet. Melalui projek ini Wireless Access Point diletakkan di bilik server makmal komputer bagi membolehkan ia mendapat liputan internet ketika menggunakan komputer

13 riba yang berteknologi mudah alih. Liputan yang dari tempat Wireless Access Point berada dalam sekitar 50 meter.

14 BAB 2 KAJIAN LEPAS Pendahuluan Bab ini membincangkan pengertian tentang beberapa konsep penting yang terlibat dalam kajian ini. Konsep-konsep ini berdasarkan kepada pandangan para penyelidik dari segi teori dan amalannya serta dapatan-dapatan daripada kajian-kajian yang pernah dijalankan. Oleh yang demikian perbincangan dalam bab ini menjurus kepada topik-topik utama yang berikut. 1) Konsep M-Pembelajaran; 2) Kerangka teori; 3) Penggunaan teknologi dalam kurikulum; dan 4) Kajian-kajian M-Pembelajaran.

Konsep M-Pembelajaran Definisi dan konsep M-Pembelajaran Quinn (2002) mendefinisikan M-Pembelajaran sebagai belajar menerusi peralatan mudah alih seperti Palms, PDA dan juga telefon bimbit. Ini berbeza dengan Nyiri (2002) yang menyatakan M-Pembelajaran sebagai pembelajaran yang berlaku apabila komunikasi antara individu dengan individu yang lain berlaku secara wireless. Sementara OMalley, Vavoula, Glew, Taylor, Sharples, dan Lefrere (2003) mendefinisikan MPembelajaran sebagai apa saja pembelajaran yang berlaku di tempat dan lokasi yang tidak ditetapkan atau pembelajaran yang berlaku apabila pelajar menggunakan teknologi mudah alih. Keegan (2005) menyatakan ramai pengkaji memberikan definisi yang kompleks mengenai M-Pembelajaran. Bagi beliau M-Pembelajaran ialah penyediaan

15 pendidikan dan latihan menggunakan PDA, palmtops, komputer bimbit, telefon pintar dan telefon bimbit. Kesimpulannya M-Pembelajaran ialah apa saja pembelajaran atau latihan yang dijalankan menggunakan peralatan berteknologi mudah alih seperti komputer riba, PDA, telefon bimbit yang membolehkan pembelajaran dapat berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Brown (2003) menerangkan dengan jelas tentang konsep M-Pembelajaran. Menurut beliau M-Pembelajaran adalah subset kepada E-Pembelajaran. E-Pembelajaran ialah konsep makro yang melibatkan persekitaran pembelajaran dalam talian dan MPembelajaran. Gambarajah di bawah dapat menunjukkan dengan jelas perhubungan di antara E-Pembelajaran dengan M-Pembelajaran. Gambarajah menunjukkan MPembelajaran ialah subset kepada E-Pembelajaran. Sementara E-Pembelajaran ialah subset kepada pembelajaran jarak jauh. Pembelajaran jarak jauh pula menjadi subset kepada pembelajaran fleksibel.

Pembelajaran FleksibelPembelajaran bersemuka

Pendidikan jarak jauh ePembelajaranPembelajaran dalamtalian mPembelajaran

Pembelajaran jarak jauh berasaskan kertas

Rajah 2.1. Model M-Pembelajaran Afrika Sumber: Dipetik daripada T. H. Brown (2005). Towards a model for m-learning ini Africa. International Journal on E-Learning, 4(3), 299-315.

16 Seperti yang dinyatakan di atas M-Pembelajaran ialah apa saja pembelajaran atau latihan yang dijalankan menggunakan peralatan berteknologi mudah alih seperti komputer riba, PDA, telefon bimbit yang membolehkan pembelajaran dapat berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa (Devinder Singh & Zaitun, 2006; Efaw, Hampton, Martinez, & Smith, 2001; Strohlein, 2005; McNeal & vant Hooft, 2006). Menurut Nyiri (2002) pada masa kini capaian kepada internet melalui peralatan mudah alih semakin dominan, maka E-Pembelajaran dengan mudahnya menjadi MPembelajaran tanpa perubahan yang khusus dalam isi kandungan. Komputer riba menyokong paradigma "capaian bila-bila masa, dimana-mana sahaja" membawa maksud pengguna boleh terus menggunakan komputer untuk mengakses laman web pada setiap masa dan di mana-mana sahaja dia berada (Devinder Singh & Zaitun, 2006; Efaw, Hampton, Martinez, & Smith, 2001). Terdapat banyak bukti yang menunjukkan kemunculan era M-Pembelajaran (http://www.empoweringtechnologies.net/mobile.htm). Antaranya seperti: 1) Lebih 50% pekerja menghabiskan separuh daripada masa mereka di luar pejabat; 2) Purata seorang pekerja mendapat latihan kurang daripada tiga hari sepanjang tahun 2004; 3) Pengguna telefon bimbit diseluruh dunia hampir 1.5 bilion pada pertengahan 2005, iaitu 1/4 penduduk dunia; 4) M-commerce mencecah 600 bilion pada tahun 2005; 5) Pendaftar internet wireless di seluruh dunia mencecah 2 bilion pada tahun 2006; 6) Komputer bimbit seperti PDA dan telefon bimbit menjadi barangan yang sangat laris dipasaran; dan 7) Kebanyakan syarikat-syarikat besar di Amerika Syarikat bertukar atau memilih menggunakan rangkaian wireless menjelang 2008. Banyak universiti di seluruh dunia melaksanakan kursus-kursus tertentu menggunakan kaedah M-Pembelajaran. Misalnya, Universiti Sheffield melaksanakan program sarjananya menggunakan sistem M-Pembelajaran (Mc Connel & Lally, 2002).

17 Di Universiti of South Dakota semua pelajar-pelajar undang-undang dan perubatan menggunakan PDA untuk kegunaan pembelajaran mereka. Penggunaan PDA untuk MPembelajaran membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak terhad dalam bilik darjah sahaja (Harris, 2001). Kajian di Jepun pula menunjukkan semua universitinya mempunyai insfrastruktur yang lengkap untuk persekitaran M-

Pembelajaran (Goda, Kogure, Shimoyama, Kimura, & Obari, 2008).

Peralatan komputer mudah alih Pada hari ini komputer riba tidak hanya melaksanakan aplikasi interaktif seperti pemerosesan perkataan dan lembaran kerja tetapi dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Berbagai-bagai peralatan dengan pelbagai fungsi, kini disatukan fungsi-fungi tersebut dalam satu alat sahaja (Kozyrakis & Patterson, 1998). Komputer peribadi menjadi sebahagian daripada kehidupan harian sebagai peralatan yang dibawa ke mana sahaja seperti telefon bimbit. Kemunculan komunikasi wireless dan kemajuan dalam teknologi membolehkan intergrasi pelbagai fungsi dalam satu cip. Komunikasi pemerosesan data dan hiburan disokong melalui platform yang sama, dipertingkatkan melalui sambungan keseluruh dunia melalui internet. Pada umumnya modem wireless berdasarkan sistem telefon selular atau rangkaian wireless setempat (WLAN). Rangkaian wireless setempat (WLAN) kebiasaannya untuk digunakan dalam bangunan dan berjarak dekat berbanding jarak beberapa kilometer untuk telefon selular. Peralatan yang berteknologi mudah alih yang wujud pada masa kini ialah seperti komputer riba, komputer tablet, buku digital (ebooks), Komputer Peribadi Bimbit (HPC), Pembantu Peribadi Digital (PDA), telefon pintar dan terminal wireless.

18 Dye, Solstad dan K Odingo (2003) mengemukakan beberapa perkara yang menjadi asas kepada sistem perhubungan wireless. Elemen utama dalam dalam sistem perhubungan siber ialah sambungan Internet. Internet bermula pada tahun 1969 dalam tentera Amerika Syarikat apabila empat buah komputer bertukar maklumat antara satu sama lain. Sebelum Internet ada, "ARPAnet" (US Defense Advanced Research Projects Agency) atau Jabatan Pertahanan Amerika pada tahun 1969 membina jaringan komputer yang tersebar untuk menghindarkan terjadinya informasi terpusat, supaya apabila terjadinya perang ia dapat mudah dihancurkan. Jadi apabila satu bahagian dari sambungan terganggu oleh serangan musuh, jalur yang melalui sambungan tersebut secara otomatik dipindahkan ke sambungan lainnya. Kemudiannya, Internet digunakan oleh ahli akademik (UCLA) untuk keperluan penelitian dan pengembangan teknologi. Pada awal tahun 1990 barulah pemerintah Amerika Syarikat memberikan izin untuk Internet digunakan untuk komersial. Sistem sambungan dalam rangkaian telefon mudah alih menggunakan protokol tertentu. Protokol yang meluas digunakan pada masa kini ialah GSM. Terdapat beberapa variasi ke atas protokol GSM. GSM 900 dan 1800 digunakan di Eropah sementara GSM 1900 digunakan di Amerika Syarikat. Melalui kombinasi protokol dua band telefon bergerak (GSM 900 + 1800) atau tiga band (termasuk GSM1900), pengguna dapat menggunakan telefon sama ada untuk membuat panggilan, mengakses internet dan lainlain perkhidmatan telefon bergerak (Schreiner, http://www.cbl.fns.hagenberg.ac.at/ ~schreine). Berbeza dengan teknologi GSM, UMTS ialah perkhidmatan telefon bergerak generasi ketiga yang dibangunkan di Eropah. Di Malaysia ia baru diperingkat pengenalan dan penggunaanya belum meluas pada masa kini. UMTS menyokong aplikasi suara, data

19 dan persembahan multimedia lebih baik. Teknologi ini membolehkan kelajuan penghantaran data sehingga 2Mbps. Bagaimanapun kos permulaan yang tinggi

diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun apabila perkhidmatan ini berkembang dipasaran dan mempunyai ramai pengguna, kosnya menurun seperti yang berlaku dalam teknologi GSM. Kelajuan penghantaran data menggalakkan penghasilan kandungan bahan pendidikan dengan ciri-ciri yang lebih menarik seperti klip video. HSCSD adalah perkhidmatan tambahan kepada rangkaian Global System for Mobile Communicatin (GSM) yang memperbaiki kadar penghantaran sehingga empat kali ganda. Kadar penghantaran data mencapai 57.6Kbt/s yang membolehkan akses kepada Internet seperti modem dail-up biasa. Melalui sistem ini kos dibayar hanya untuk masa panggilan bukan kuantiti data yang dihantar seperti GPRS. Kebolehan menghantar jumlah teks yang terhad daripada satu telefon bimbit kepada telefon bimbit yang lain dipanggil Short Messaging System (SMS). Ia boleh digunakan untuk menghantar sejumlah maklumat penting. Kelemahan dalam penggunaan SMS ialah boleh disalah gunakan dengan menghantar mesej-mesej yang tiada berkaitan. Penggunaan multimedia dalam telefon bimbit membolehkan penghantaran gambar di antara satu telefon bimbit dengan telefon bimbit yang lain. MMS merupakan versi lanjutan SMS. WAP merupakan akronim untuk Wireless Application Protocol, satu spesifikasi selamat yang membenarkan pengguna-pengguna mengakses maklumat dengan cepat melalui peralatan mudah alih seperti telefon bimbit, pager, radio dua hala, PDA dan lainlain telefon pintar. WAP menyokong kebanyakan jaringan wireless. Ini termasuk CDPD, CDMA, GSM, PDC, PHS, TDMA, FLEX, ReFLEX, iDEN, TETRA, DECT, DataTAC,

20 dan Mobitex. WAP menyokong semua system operasi (OS) seperti PalmOS, EPOC, Windows CE, FLEXOS, OS / 9, dan JavaOS yang digunakan untuk peralatan bimbit. WAP ialah protokol yang menyokong Wireless Markup Language (WML) yang direka khusus untuk paparan skrin kecil dan navigasi tanpa papan kekunci. WAP juga menyokong WMLScript. Ia menyerupai JavaScript, tetapi menggunakan ingatan memori yang minimum kerana ia tidak mengandungi fungsi-fungsi yang tidak perlu seperti dalam skrip bahasa yang lain (http://www.webopedia.com/TERM/W/WAP.html). WiFi merupakan satu bentuk teknologi komunikasi mudah alih. Ia juga dikenali sebagai rangkaian 802.11 dan rangkaian wireless. Kelebihan besar WiFi ialah mudah dikendalikan. Melalui WiFi komputer dihubungkan di mana sahaja sama ada di rumah atau di pejabat tanpa menggunakan wayar (Brain, 2004) Telefon bimbit pada hari ini mempunyai pelbagai keupayaan yang kita tidak pernah terfikir sebelum ini. Keupayaan tersebut seperti menyimpan teks, grafik, gambar, suara dan video. Ini kerana telefon bimbit pada hari ini dilengkapi dengan kad memori yang dapat menyimpan pelbagai data dan maklumat. Pada asalnya PDA ialah komputer bimbit yang digunakan sebagai pengurus peribadi. Fungsi asas PDA seperti kalendar, buku alamat, senarai tugas dan buku nota. Kebelakangan ini keserasian di antara komputer meja dan komputer riba dengan PDA banyak diperbaiki yang membolehkan data dihantar dalam kapasiti yang lebih besar dan cepat. Hari ini PDA mempunyai skrin warna, RAM yang tinggi, modem terbina dalam, speaker dan slot tambahan. Seperti komputer peribadi, PDA beroperasi melalui Sistem Operasinya (OS) sendiri. Sistem operasi yang dominan seperti PocketPC dan Palm OS. Model-model keluaran terbaru peralatan mudah alih telah tersedia teknologi mudah alih. Terdapat juga PDA yang dipasang dengan chip Bluetooth. Teknologi

21 Bluetooth membolehkan penghantaran data secara wireless ke komputer atau peralatan yang lain (yang juga ada teknologi Bluetooth) dalam jarak yang terhad. Kerangka Teori Kajian ini menggunakan 2 model asas. Pertamanya, Model Taba (1962) digunakan untuk reka bentuk kurikulum dan keduanya, Model Instructional System Design (Tsai, Young, & Liang, 2005) digunakan sebagai asas kepada pembinaan yang khusus iaitu kurikulum M-Pembelajaran peringkat menengah. Model Taba (1962) Taba (1962) dalam modelnya menggariskan tujuh langkah dalam mereka bentuk sesuatu kurikulum Langkah 1: Diagnosis keperluan. Pereka bentuk kurikulum memulakan proses mereka bentuk kurikulum dengan mengenal pasti keperluan pelajar iaitu mereka yang menjadi target untuk kurikulum yang dirancang. Langkah 2: Membentuk objektif. Selepas mengenal pasti keperluan yang perlu diambil perhatian, objektif untuk kurikulum perlu dibentuk. Langkah 3: Memilih isi kandungan. Objektif yang dipilih atau yang dibentuk membayangkan mata pelajaran dan kandungan kurikulum. Langkah 4: Menyusun kandungan. Perancang kurikulum tidak hanya memilih isi kandungan, tetapi mesti mengaturnya secara tersusun dengan mengambil kira kematangan pelajar, pencapaian pelajar dan minat mereka. Langkah 5: Memilih pengalaman pembelajaran. Isi kandungan mesti disampaikan kepada pelajar dan isi kandungan perlu menarik perhatian pelajar. Kaedah pengajaran guru mesti melibatkan pelajar dengan isi kandungan. Langkah 6: Menyusun pengalaman pembelajaran. Jika isi kandungan perlu teratur dan tersusun, begitu juga aktiviti pembelajaran. Kerapkali aktiviti pembelajaran yang teratur

22 ditentukan oleh isi kandungan. Walau bagaimanapun tahap kebolehan pelajar perlu diambil kira dalam melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran Langkah 7: Menentukan apa dan bagaimana menilai kurikulum. Perancang kurikulum perlu mengenal pasti apakah objektif yang dicapai. Prosuder penilaian perlu dipertimbangkan oleh guru dan pelajar. Model Instrutional System Design (Tsai, Young & Liang, 2005) Berdasarkan kepada ADDIE (Seels & Richey, 1994) dan ASSURE (Heinich, Molenda, & Russell, 1994) model dalam rekabentuk pengajaran Tsai, Young dan Liang telah membina satu model baru untuk pembinaan model Instructional System Design (ISD).Analisis keperluan pelajar dan Situasi mobile Intergrasi pengajaran berasaskan teknologi muda alih

Menilai kesan M-Pembelajaran

Pelajar Pelajar Guru M-Pembelajaran Teknologi

Situasi Melaksanakan aktiviti pengajaran

Kandungan Reka bentuk strategi pengajaran M-Pembelajaran

Reka bentuk dan pembangunan M-Pembelajaran

Rajah 2.2. Model Instructional System Design Sumber. I. H. Tsai, S. S. C. Young & C. H. Liang. Exploring the course development model for the mobile learning context: A preliminary study. Kertas kerja Fifth IEEE International Conference on Advanced Learning Technologies (ICALT05). Kaohsiung, Taiwan.

Model ini mengandungi enam langkah iaitu: (1) Analisis keperluan pelajar dan situasi mobile; (2) Intergrasi pengajaran berasaskan teknologi mudah alih; (3) Reka bentuk strategi M-Pembelajaran; (4) Reka bentuk dan pembangunan isi kandungan bahan

23 M-Pembelajaran; (5) Melaksanakan aktiviti pembelajaran; dan (6) Menilai kesan MPembelajaran. Berdasarkan Rajah 1, langkah 1 dalam model ISD ialah Analisis keperluan pelajar dan situasi mobile termasuklah menganalisis keperluan untuk menganalisis keperluan mengintergrasikan teknologi mudah alih dalam pembelajaran, menganalisis kesediaan terhadap kemahiran pelajar menggunakan teknologi, mengumpul pelbagai sumber pembelajaran dan menganalisis persekitaran pembelajaran luar bilik darjah seperti cuaca, angin, keselamatan, keaadaan trafik dan sokongan logistik. Dalam langkah 2, model ISD iaitu Intergrasi pengajaran berasaskan teknologi mudah alih termasuklah keperluan mempertimbangkan kesesuaian teknologi mudah alih seperti berat, resolusi, saiz skrin, spefisikasi dan lain-lain. Langkah lain termasuk juga menganalisis dan membangunkan persekitaran wireless untuk kegunaan luar bilik darjah. Langkah 3, dalam model ISD ialah reka bentuk strategi M-Pembelajaran Langkah ini termasuklah keperluan merancang dalam penyediaan bahan pembelajaran untuk MPembelajaran, pembelajaran supaya pelajar dapat memberikan tumpuan di dalam persekitaran yang terbuka. Seterusnya guru boleh mengaplikasikan strategi

pembelajaran secara kolaborasi apabila pelajar melakukan aktiviti M-Pembelajaran di luar bilik darjah. Langkah 4 dalam model ISD ialah reka bentuk dan pembangunan isi kandungan bahan M-Pembelajaran termasuklah merancang untuk penyusunan bahan pembelajaran, penyediaan objektif pembelajaran, pemilihan media pengajaran yang sesuai,

pembangunan bahan pembelajaran multimedia dan menyusun jadual waktu serta kos buruh. Dalam langkah 5 model ISD pula ialah melaksanakan aktiviti pembelajaran. Langkah ini termasuklah menyusun keseluruhan aktiviti M-Pembelajaran merancang dan

24 situasi pembelajaran mengikut enam langkah pengajaran oleh Gagne. Selain daripada itu termasuk juga dalam langkah lima ini ialah melatih pelajar menggunakan peralatan mudah alih terutamanya fungsi-fungsi asas, memerhati aktiviti kolaborasi kumpulan di luar bilik darjah semasa pelajar menggunakan peralatan mudah alih seperti PDA dan Komputer Tablet. Langkah yang keenam dalam ISD model ialah menilai kesan M-Pembelajaran. Dalam langkah ini guru boleh menggunakan pelbagai bentuk penilaian untuk menilai kesan pembelajaran, termasuk ujian kuantitatif dan laporan kualitatif. Aplikasi model untuk kajian ini Kajian ini telah mengambil kedua-dua model TABA(1962) dan Model ISD (2005) yang telah diadaptasikan daripada model ASSURE dan ADDIE dijadikan sebagai asas untuk kajian ini. Model TABA yang mengandungi tujuh langkah digunakan untuk membangunkan kurikulum M-Pembelajaran pada keseluhurannya. Model ISD pula digunakan sebagai asas kepada pembinaan yang khusus iaitu kurikulum M-Pembelajaran peringkat menengah. Reka bentuk sistem M-Pembelajaran Para penyelidik mereka bentuk beberapa prototaip untuk sistem M-Pembelajaran. Salah satu contoh prototaip yang dipaparkan di sini ialah reka bentuk sistem MPembelajaran yang dibangunkan oleh Universiti Mannheim, Sweden. Reka bentuk sistem M-Pembelajaran Universiti Mannheim, Sweden (2003) Universiti Mannheim membangun dan melaksanakan perisian yang dipanggil Wireless Interactive Learning Devices (WILD). Sistem WILD menggabungkan computer bimbit dengan persekitaran pembelajaran. Satu prototaip WILD direka bentuk untuk PocketPC (PDA) dan komputer riba untuk bilik darjah dan pelaksanaan pengajaran secara jarak jauh.

25 Reka bentuk sistem WILD seperti yang tertera dalam Rajah 2.5. Pusat kawalan utama iaitu server mempunyai beberapa fungsi, antaranya: pengurusan perhubungan, pengurusan pengguna dan pengurusan perkhidmatan. Perkhidmatan WILD menyediakan fungsi interaksi yang spesifik. Perkhidmatan ini dibina sebagai module yang bebas (Java classes) yang boleh diisi oleh server pada masa server dihidupkan. Perisian student client yang dipasang dalam peralatan mudah alih pelajar mudah digunakan kerana ia mesra pengguna. Sistem ini direka bentuk bagi memudahkan pemasangan port untuk peralatan mudah alih tambahan seperti komputer tablet dan telefon pintar.

Destop PC

Destop PC

SERVER

Call-in

Quiz

Deliver server

Rajah 2.3. Reka bentuk Sistem WILD. Nota. Server melaksanakan fungsi komunikasi asas, perkhidmatan WILD secara plugins. Client boleh menggunakan mana-mana komputer yang mempunyai perisisan Java. Sumber. M. Zitterbart, R. Fruchter, B. Pehrson & W. Effelsberg (2003). Mobile learners in dSpace: WGLN Final Report. Dimuat turun pada Mac 24, 2005 daripada http://www. learninglab.de/mobile_learner/index.html

Basic Server Functionally

Online feedback

Remote point

Handheld Computers

Remote Server

Foreign System

26 Dalam projek ini penyelidik telah melaksanakan empat perkhidmatan WILD iaitu; perkhidmatan maklum balas online, perkhidmatan kuiz, perkhidmatan panggilan masuk dan perkhimatan SMS. Untuk menilai sejauh manakah sistem WILD berguna dan berkesan sebagai alat pengajaran dua eksperiman telah dilaksanakan dalam bilik darjah di Universiti Mannheim. Eksperimen ini direka bentuk untuk mengukur tahap penerimaan sistem WILD. Eksperimen kedua cuba untuk mengenal pasti sama ada sistem WILD benar-benar memperbaiki interaktiviti dan meningkatkan motivasi. Kajian juga untuk mengenal pasti kesan ke atas pencapaian pelajar (Zitterbart, Fruchter, Pehrson & Effelsberg, 2003). Kajian ini mendapati skor pelajar-pelajar yang mengikuti kuliah menggunakan sistem WILD adalah lebih tinggi berbanding pelajar yang mengikuti kuliah secara sistem tradisional. Pelajar-pelajar berpendapat mereka terlibat lebih aktif melalui kuliah dalam sistem WILD berbanding sistem lama. Bahagian-bahagian kursus yang dijalankan secara interaktif menunjukkan pencapaian yang lebih signifikan tinggi berbanding yang dijalankan secara tradisisonal. Pelajar juga memperoleh lebih banyak ilmu dalam kursuskursus yang dijalankan secara interaktif. Ini menunjukkan system WILD sesuai untuk dilaksanakan untuk pengajaran dan pembelajaran (Zitterbart, Fruchter, Pehrson, & Effelsberg, 2003). Sementara Baker, Krull dan Mallinson (2005) pula mengemukakan model MPembelajaran untuk negara-negara membangun seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.6. Model cadangan M-Pembelajaran Baker, Krull dan Mallinson (2005) mengandungi persekitaran M-Pembelajaran yang turut menyokong persekitaran pembelajaran tradisional dan juga disokong oleh panduan dan polisi M-Pembelajaran yang berkesan. Seperti yang tertera dalam model persekitaran pembelajaran tradisional masih boleh mengambil bahagian melalui komputer destop. Dalam persekitaran pembelajaran M-

27 Pembelajaran, terdapat insfrastruktur komunikasi yang mengandungi wireless access point yang membolehkan komunikasi di antara peralatan mudah alih. Peralatan mudah alih dalam model ialah telefon bimbit, PDA, atau mana-mana peralatan komputer

bimbit. Model cadangan juga menunjukkan peralatan mudah alih dapat digunakan sebagai sokongan akademik untuk pelajar melalui penilaian dalam talian, menyediakan kandungan kursus, dan capaian kepada internet. Peralatan mudah alih seperti dalam model cadangan membolehkan komunikasi di antara pelajar dengan pelajar dan juga pelajar dengan guru (Baker, Krull, & Mallinson, 2005).

CRITICAL SUCCESS FACTORS Coordination Mobility Communication Interactivity Organisation of material Negotiation Motivation Collaboration

Device Vendor System Designers

M-LEARNING ENVIRONMENT course content COMMUNICATION INFRASTRUCTUREDevice Access Point LEARNING INSTITUTION online assessment learner to learner sms/e-mail video audio

TeachersParents

Learnersinternet learner to teacher

Support staf

TRADISIONAL LEARNING ENVIRONMENT

Desktop pc

Desktop pc

Rajah 2.4. Model Cadangan M-Pembelajaran Baker, Krull dan Mallinson. Sumber. A. Baker, G. Krull, dan B. Mallinson, (2005). A Proposed Theoretical Model for M-Learning Adoption in Developing Countries. Kertas Kerja yang dibentangkan di 4th World Conference on Mobile Learning, Cape Town, South Africa.

M-LEARNING POLICIES AND GUIDLINES

28 Penggunaan teknologi dalam kurikulum Revolusi Teknologi Penggunaan teknologi dalam kurikulum bermula dari sistem pendidikan jarak jauh (distance learning) kemudian kepada E-Pembelajaran dan kini mula beralih kepada M-Pembelajaran (Keegan, 2002). Perkembangan tiga tahap ini adalah sejajar dengan kesan perkembangan dalam masyarakat iaitu zaman Revolusi Perindustrian pada abad ke 18 dan 19, Revolusi Elektronik pada tahun 1980-an dan Revolusi Teknologi Mudah Alih pada akhir abad ke-20 (Keegan, 2002). Dalam sistem pendidikan jarak jauh, jelas menunjukkan terdapat perubahan kesan daripada perkembangan teknologi. Bates (1995) menyatakan terdapat tiga generasi pendidikan jarak jauh. Pembahagian yang dibuat oleh Bates adalah berdasarkan kepada tahap teknologi yang digunakan dalam penyampaian pembelajaran kursus-kursus. Generasi pertama kurang menggunakan teknologi dan kekurangan interaksi secara terus di antara pelajar dengan pensyarah. Pendidikan secara pos banyak berlaku. Bahan-bahan bercetak banyak digunakan dan dikirim melalui pos kepada pelajar. Generasi kedua melibatkan pelbagai media komunikasi seperti telefon dan sidang audio bersama-sama kiriman bahan pembelajaran yang direka khusus untuk pendidikan jarak jauh. Berlaku komunikasi dua hala dengan pengantara iaitu orang ketiga. Generasi ketiga berdasarkan media komunikasi dua hala yang membolehkan guru berinteraksi secara terus dengan pelajar. Media yang paling popular digunakan ialah komputer dengan perhubungannya menerusi internet. Ini mewujudkan apa yang dipanggil konsep E-Pembelajaran iaitu apa saja pembelajaran, latihan atau pendidikan yang menggunakan kemudahan teknologi komputer khasnya berdasarkan rangkaian teknologi internet (Fallon dan Brown (2003). Pujari (2001) pula berpendapat E-

pembelajaran adalah suatu pilihan pembelajaran yang boleh dicapai melalui penggunaan

29 teknologi internet dan boleh ditambah nilainya dari segi isi kandungan, pengurusan dan komuniti. Imel (2002) mendefinisikan E-pembelajaran sebagai pengajaran dan pengalaman pembelajaran yang disampaikan melalui teknologi elektronik seperti internet, audiotape dan videotape, penyiaran satelit, televisyen interaktif dan CD-ROM. Pada waktu itu dalam masyarakat yang menghadapi ledakan maklumat E-Pembelajaran, pembelajaran dalam talian menjadi cara manusia berkomunikasi dan belajar secara elektronik (Roff , 2002). Proses dan aplikasi yang digunakan untuk melaksanakan E-Pembelajaran ialah seperti sistem pengurusan pembelajaran (LMS), pembelajaran berasaskan web (WBL), dan latihan dalam talian. Setiap sistem mempunyai kelebihan dan kekurangan masingmasing. Talian Internet pula menjadi platform untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Sementara Holmberg (1995a) pula membuat pembahagian pendidikan jarak jauh berdasarkan skala. Menurut beliau pendidikan jarak jauh pada abad ke-20 dapat dibahagikan dalam dua bentuk yang utama: 1) Pendekatan dalam skala yang besar seperti institusi atau universiti-universiti terbuka yang menjalankan kursus untuk beribu-ribu pelajar (sehingga 50,000 untuk satu kursus); dan 2) Pendekatan skala kecil iaitu kursuskursus yang dijalankan biasanya direka bentuk, ditulis dan diurus oleh penulis sendiri. Penyelidikan mendapati sesetengah penggunaan teknologi memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar manakala sesetengahnya tidak (Butzin, 2001). Penyelidikan berkenaan keberkesanan teknologi dibahagikan kepada dua bahagian; 1) Pembelajaran dengan komputer yang menggunakan komputer sebagai tutor (kerapkali untuk latih tubi dan praktis); dan 2) Belajar daripada komputer, iaitu pelajar menggunakan komputer sebagai alat dalam proses pembelajaran untuk berkomunikasi, kolaborasi, penyelidikan dan penerbitan (Barnet, 2001). Kulik (1994) dalam

30 penyelidikannya mendapati teknologi dapat memberi kesan kepada pembelajaran pelajar apabila beberapa syarat berikut dipatuhi: 1) Pelajar mempunyai capaian yang mudah kepada teknologi; 2) Teknologi dalam bilik darjah di mana ia boleh memberi kesan yang besar berbanding dalam makmal; 3) Perubahan dalam pengajaran dengan ada keseimbangan di antara pengajaran tradisional dengan pengajaran yang menggunakan teknologi; dan 4) Perisian sesuai dengan keperluan pelajar dan menepati objektif pengajaran. Revolusi teknologi dalam pendidikan yang berterusan bukan sahaja berkaitan dengan capaian kepada maklumat tetapi juga cara perkongsian maklumat. Pengajaran berasaskan teknologi dalam dekad akan datang menyokong interaksi Asynchronous Learning Network (ALN) dan Synchronous Learning Network (SLN) di antara pelajar dengan sumber maklumat. Pada masa depan pembelajaran menggabungkan teks digital, audio, grafik, animasi, video, makmal, belajar sendiri dan aktiviti komunikasi antara individu dan kumpulan menjadi perkara biasa. Real-time, simulasi video dua hala, persembahan multimedia, sistem sokongan personal dan pendidikan atas permintaan menjadikan pembelajaran dapat disampaikan di mana-mana sahaja pelajar tersebut tinggal dan bekerja (Gillespie, 2005). Bagi menentukan kejayaan pelaksanaan M-Pembelajaran dalam kurikulum pada masa depan, empat komponen teknikal yang asas perlu diperkenalkan, iaitu (Saedah Siraj, 2005): 1) Content management System (CMS) dan produk berkaitan Software Development Kit (SDK) pakej bandwidth-intensive video, audio dan kandungan kursus atau mata pelajaran untuk penyampaian pembelajaran secara interaktif; 2) Kelengkapan hardware dan networking berwayar atau tidak berwayar bagi membolehkan sambungan ke Internet atau tempat simpanan sumber ilmu;

31 3) Net meeting - untuk menyokong pembelajaran secara kolaboratif; dan 4) Personal Digital Assistants (PDA), komputer riba, Compaq i-Paq atau lain-lain alat teknologi. Mudah alih dengan portable keyboard yang boleh digunakan oleh pelajar seperti akses nota, tugasan atau kerja rumah dari guru, menerima e-mail dan menjana ujian. Pada hakikatnya M-Pembelajaran bukanlah satu revolusi teknologi yang baru, tetapi adalah kesinambungan dari corak pembelajaran yang menggunakan WWW dan internet yang tidak boleh ditolak kehadirannya dalam dunia pendidikan. Oleh itu, para perancang kurikulum perlu mengambilnya sebagai trend yang memerlukan perancangan teliti untuk masa depan (Saedah Siraj, 2001). Penggunaan teknologi dalam kurikulum juga bukanlah perkara baru. Ia dilaksanakan di banyak negara. Negara-negara seperti Australia, England, Perancis, Belanda, Sweden dan Amerika Syarikat membangunkan program teknologi pendidikan mereka dengan pesat sejak sepuluh tahun yang lalu dan melaksanakan penyelidikan, eksperimen serta pembangunan bahan pembelajaran dilakukan di negara-negara seperti Australia, England, Belanda dan Amerika Syarikat (Rasinen, 2003). Australia misalnya mempunyai beberapa projek inovasi ke arah M-Pembelajaran dalam sektor pendidikannya. Terdapat juga beberapa kajian dan percubaan sedang dilakukan bagi melaksanakan M-Pembelajaran di Australia (Ragus, Meredith, Dacey, Ritcher, Paterson, & Hayes., 2005). Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan dan latihan yang berasaskan kepada komputer berkembang dengan begitu pesat di seluruh dunia. Ini menunjukkan bidang pendidikan dan juga industri menerima teknologi sebagai kaedah yang berkesan, fleksibel, cekap dan pantas dalam melaksanakan pendidikan dan latihan (Riley & Gallo, 2000). Walau bagaimanapun di

32 sesetengah institusi pendidikan tinggi terdapat halangan dalam mengintergrasi peralatan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya terdapat di kalangan pembuat polisi pendidikan bimbang penggunan komputer dalam pengajaran akan mengubah dengan mendadak sistem pendidikan tradisional dan menjadikan guru-guru dan pembuat polisi sendiri tidak biasa dengan objektif, isi kandungan dan hasil pembelajarannya (Nasser & Abouchedid, 2001). Faktor kritikal dalam mempertimbangkan pelaksanaan teknologi dalam mana-mana latihan atau program akademik ialah untuk membentuk visi. Sesetengah visi tidak dapat dibentuk dengan sempurna tanpa memahami persepsi guru yang menjadi kunci utama dalam kurikulum dan penilaian (OMalley & McCraw, 1999; Tam, 1999). Sementara itu kajian oleh Jaffa (2004) mendapati penggunaan kaedah pembelajaran seperti E-Pembelajaran menunjukkan pencapaian yang

memberangsangkan. Misalnya pelajar yang menggunakan E-Pembelajaran untuk enam jam atau lebih mencapai lima GCSE mata lebih tinggi berbanding pelajar yang tidak menggunakan E-Pembelajaran. Terdapat juga kajian mengintergrasikan teknologi ke dalam bilik darjah. Kajian mendapati teknologi secara bersendirian tidak membolehkan terjadinya perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan guru dengan mudah dapat mengelak menggunakan teknologi (Norizan, 2005).

Faedah penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan Penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan dapat memberikan faedah yang besar kepada sistem pembelajaran sepanjang hayat, kepada pelajar separuh masa, pelajar pendidikan jarak jauh mahupun pelajar-pelajar dalam kampus (Wenger, 1998). Melalui penggunaan pendekatan dan model pedagogi yang sesuai M-Pembelajaran memberikan faedah yang besar kepada pendidikan (Satrayanan, 2003). Penggunaan komputer berteknologi mudah alih diinstitusi pendidikan tinggi

33 membolehkan: 1) Pembelajaran tidak terhad dalam bilik darjah; 2) capaian kepada bahan elektronik dalam setiap masa; 3) Komunikasi dengan komuniti pelajar dan guru melewati sempadan institusi; 4) Kebolehan melakukan kerja lapangan di luar bilik darjah seperti pemungutan data dan merekod pengalaman; dan 5) Capaian kepada maklumat seperti jadual dan lokasi bilik kuliah (Freitas & Levene, 2003; Green, 2001).

Kajian-kajian M-Pembelajaran Pendahuluan M-Pembelajaran telah dikenal pasti sebagai pembelajaran masa depan atau sebagai salah satu bahagian yang penting dalam proses pendidikan pada masa depan. Oleh kerana M-Pembelajaran merupakan bidang yang baru banyak penyelidikan dan pembangunan perlu dilaksanakan. Para penyelidik cuba untuk memahami bagaimana peralatan mudah alih boleh membantu untuk mencapai sistem pendidikan yang lebih baik.

Pedagogi M-Pembelajaran Semenjak istilah M-Pembelajaran muncul buat kali yang pertama banyak penyelidikan telah dilaksanakan untuk menyelidik aspek kognitif dan pedagogi dalam penggunaan peralatan mudah alih dalam pendidikan. Penyelidikan juga telah dilaksanakan untuk melihat bagaimana peralatan mudah alih dapat digunakan untuk membaca dan untuk aktiviti di tempat kerja (Waycott, 2001). Sesetengah penulis seperti Roibas dan Sanchez (2002) cuba memberi panduan kepada pereka bentuk aplikasi dalam bidang ini mengenai apakah bentuk peralatan mudah alih paling berguna, bagaimana dan mengapa, sesuai dengan pengalaman mereka dengan pelajar-pelajar. Penyelidik yang lain seperti Rogers (2002) menganalisis teori mengenai pembelajaran tidak rasmi orang dewasa. Orang dewasa lebih cenderung belajar secara bebas tanpa terikat dengan jangka

34 masa pembelajaran yang lama kerana mereka mudah menjadi jemu. Oleh sebab itu MPembelajaran akan dapat menyokong corak pembelajaran orang dewasa. Mohammad Alley (2008) dalam kajiannya mengenai menyediakan pelajaran tatabahasa untuk English as Second Language (ESL) kepada orang dewasa menggunakan latihan yang interaktif. Sistem M-Pembelajaran yang dibangunkan cukup menarik

kerana pelajar boleh membuat latihan interaktif menggunakan telefon bimbit yang mempunyai akses internet pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja yang ada waktu lapang. Dalam kebanyakan penyelidikan banyak perkara menarik penggunaan teknologi baru digariskan, misalnya para peserta sangat ghairah dengan teknologi baru dan ingin mencubanya. Banyak kajian mendapati apabila memperkenalkan bentuk baru pengajaran, ia menjadikan pelajar menghabiskan lebih banyak masa terhadap mata pelajaran tersebut berbanding mata pelajaran yang lain. Teknologi baru pula memberi peluang baru kepada pelajar dan guru untuk melatih kebijaksanaan mereka (Mifsud, 2002). Penilaian dan analisa ke atas projek M-Pembelajaran sehingga kini menunjukkan banyak keputusan yang positif. Kebanyakan penyelidik mengesyorkan PDA dan peralatan mudah alih yang lain patut dilihat sebagai suatu kesinambungan bukan menggantikan alat pembelajaran sedia ada (Kukulska-Hulme, 2002; Waycott, Scanlon, & Jones, 2002). Tambahan pula, tidak semua isi kandungan pembelajaran atau aktiviti pembelajaran sesuai untuk peralatan mudah alih (Keegan, 2002).

Perkakasan dan Teknologi M-Pembelajaran Penggunaan perkakasan dan teknologi dalam M-Pembelajaran sangat berkait rapat. Penyelidik menguji pelbagai teknologi untuk disesuaikan dengan perkakasan

mudah alih bagi tujuan pendidikan. Salah satu projek M-Pembelajaran yang menguji penggunaan teknologi WAP di institusi pendidikan tinggi ialah projek "UniWap"

35 (Sariola, Sampson, Vuorinen, & Kynaslahti, 2001). Pasukan ini cuba meneroka proses mereka bentuk persekitaran operasi untuk belajar dan mengajar melalui telefon pintar dan telefon WAP. Institusi pengajian tinggi perlu menyokong mobiliti para peserta dalam proses pembelajaran (para pelajar dan guru-guru). Salah satu fasa dalam projek ialah membentuk modul kursus dan menyelidiki masalah dan nilai kursus-kursus tersebut. Kajian ini menghasilkan keputusan yang positif (mudah dibangun, mudah diterima dan penggunaan modul yang meluas) menggalakkan lagi mereka untuk meneruskan kajiankajian terhadap teknologi yang baru muncul seperti teknologi 3G. Satu lagi kajian dilakukan oleh Goh & Chen (2002) iaitu membangunkan Mobile Information Service, yang dinamakan mobile GP booking system menggunakan teknologi WAP. Objektif GP booking system ialah untuk membolehkan pengguna membuat temujanji dengan doktor menggunakan telefon bimbit yang menyokong teknologi WAP seperti telefon Ericsson R380s. Sistem ini membolehkan pengguna mendaftar masuk, membuat temujanji, menyemak temu janji atau membatalkan temu janji. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan percubaan ini berjaya tetapi memerlukan banyak lagi penambah baikan. Chen dan Kinshuk (2005) pula membangunkan prototaip sistem M-Pembelajaran menggunakan teknologi WAP. Hasil penilaian ke atas prototaip yang dibina menunjukkan sistem M-Pembelajaran yang dibina sangat berguna sebagai pelengkap kepada sistem komputer meja yang sedia ada. Melalui M-Pembelajaran guru dan pelajar mendapat faedah kerana capaian kepada sumber-sumber pendidikan lebih mudah dan cepat. Sementara Chen, Kao, dan Shen (2003) melakukan kajian menggunakan PDA dengan teknologi Wifi (IEEE 802.11b). PDA digunakan untuk aktiviti pemerhatian burung. Kajian dilakukan untuk mengenal pasti; 1) Sejauh manakah peralatan mudah alih boleh membantu dalam kajian pemerhatian burung; dan 2) Mengenal pasti sama ada

36 pelajar mendapat faedah daripada sifat mobiliti, mudah alih dan keindividualan peralatan pembelajaran mudah alih. Hasil kajian mendapati PDA dengan Wifi sangat membantu dan berfaedah kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Kajian ini menunjukkan M-Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan untuk aktiviti luar bilik darjah. Di Universiti Tennessee, USA (Burke, Colter, Little, & Riehl, 2005) melaksanakan projek yang dipanggil Wireless Instructional Initiatives (WII). Dalam projek ini pelajar-pelajar daripada kursus Food Science, Animal Science dan Enviromental Science (GIS) dibekalkan dengan Pocket-PC untuk aktiviti di lapangan. Teknologi mudah alih yang digunakan ialah IEEE 802.11b/g. Hasil kajian menunjukkan: (1) Aktiviti WII dan peralatan yang dibekalkan bersesuaian dengan keperluan kursus; (2) Terdapat peningkatan dalam keinginan untuk mengintergrasikan teknologi dalam kurikulum; (3) Pelajar sering membantu di antara satu sama lain. Perasaan berkongsi tanggungjawab terhadap proses dan hasil dari pelaburan wang yang banyak dalam projek ini juga turut meningkat; dan (4) Kemahiran pelajar dalam penggunaan teknologi dan kerjasama dalam kumpulan meningkat dari semester ke semester. Pasukan penyelidik di dalam projek "Ultralab" M-Pembelajaran (Collet & Stead, 2002; Traxler, 2002) menghasilkan bahan kepada pelajar-pelajar yang tidak boleh membaca dan menulis. Hasil kajian menunjukkan teknologi baru memberikan kesan yang sangat positif terhadap mata pelajaran tertentu. Teknologi mudah alih yang maju seperti IEEE 802.11b/g, Bluetooth dan GPRS digunakan dalam pembangunan bilik darjah segera (ad-hoc) dan sistem eSchoolbag di Universiti Aletheia, Taiwan (Chang & Sheu, 2002). Sistem ini juga dipanggil

Pendidikan tanpa kertas. Bilik darjah tradisional diganti dengan peralatan pendidikan

37 yang baru seperti papan hitam elektronik, pemadam, kapur warna dan sebagainya. Pelajar digalakkan berkomunikasi dan belajar bersama-sama dalam kumpulan. Di Universiti Multimedia, Malaysia satu kajian telah dijalankan untuk menguji keupayaan PDA sebagai perkakasan yang boleh mempertingkatkan pembelajaran pelajar di universiti. Kajian mendapati PDA memang mempunyai keupayaan untuk meningkatkan prestasi pelajar, tetapi keupayaan pelajar untuk memiliki PDA agak kurang kerana harganya masih tinggi (Keat, Cum, Wah, Shin, & Hoong, 2003). Selain daripada itu menurut Al-khamayseh, Zmijewska, Lawrence, dan Culjak (2007) perkakasan mudah alih seperti iPod video, telefon 3G dan PDA mempunyai potensi untuk merevolusikan pengalaman pembelajaran pelajar abad ke-21. Gabungan penggunaan perkakasan mudah alih seperti iPod dan podcasting dapat menyediakan peluang pembelajaran baru dan menarik dalam M-pembelajaran. Ini kerana iPod mudah digunakan dan guru hanya memerlukan kemahiran ICT yang asas sahaja untuk mengendalikannya (Haaparanta, Kiili & Multisilta, 2007).

Perisian M-Pembelajaran Penggunaan perisian tertentu juga penting dalam M-Pembelajaran. Peralatan mudah alih seperti telefon bimbit dan PDA memerlukan perisian yang sesuai untuk melaksanakan kandungan pembelajaran. Dalam Projek "From eLearning to

mLearning"(Keegan, 2005), penyelidik membangunkan perisian kursus untuk telefon mudah alih, telefon pintar dan PDA. Perkara yang paling penting dalam projek ini ialah penyelesaian kepada masalah pedagogi utama dalam membangunkan M-Pembelajaran untuk PDA. Persekitaran pembelajaran yang selesa telah berjaya dicipta menggunakan perisian Microsoft Reader Works. Setiap pelajar menggunakan perisian Microsoft Reader untuk memaparkan isi kandungan, dan hasil daripada soal selidik yang dijalankan, pelajar berpuas hati mengikuti kursus secara M-Pembelajaran dengan menggunakan

38 PDA. Projek ini juga berjaya membangunkan perisian kursus untuk telefon mudah alih. Hasil tinjauan juga mendapati pelajar-pelajar dari Norway, German dan Itali sangat berpuashati dengan kursus M-Pembelajaran yang dijalankan (Keegan, 2005). Sementara dalam projek "Mobile Learning: The Next Generation of Learning" (Keegan, 2005), penyelidikan dilaksanakan untuk menghasilkan perisian kursus yang sesuai untuk telefon pintar (smartphones). Antara aktiviti yang dilakukan ialah memasang perisian membina laman web seperti Macromedia Dreamweaver MX Version 1.0, memasang perisisan enjin pencari seperti Opera 6.3, menggunakan XHTML 1.0 Transitional untuk kod laman Web, menggunakan Cascading Style Sheets (CSS) untuk mengasingkan gaya persembahan daripada isi kandungan dokumen, menyusun muka surat isi kandungan kursus supaya berbentuk menegak dengan 208 piksel, mereka

bentuk interface supaya ruangan skrin yang terhad dapat dimanfaat sepenuhnya dan menggunakan Adobe Photoshop untuk menghasilkan GIFs yang sesuai untuk peralatan mudah alih. Teknologi seperti penerokaan lokasi menerusi GPS dan frekuansi radio dapat dimanfaatkan dalam M-Pembelajaran. Salah satu contoh kajian penggunaan teknologi ini ialah projek yang dipanggil "LAND" (Location Activated Nomadic Discovery). "LAND" adalah sebuah pangkalan data yang dapat dicapai oleh peralatan mudah alih. Data statik, seperti data pemetaan, disimpan dalam PDA manakala data dinamik seperti maklumat pengurusan destinasi dihantar menggunakan perkhidmatan wireless. Sistem ini dapat mengenal pasti lokasi fizikal pengguna melalui GPS. Maklumat digunakan bagi menyediakan pengguna dengan satu panduan pelawat yang pintar. Pemetaan kawasan sekitar dalam bentuk 3D dipaparkan di atas skrin PDA yang membolehkan pengguna mengemudi arah mengikut minat mereka menggunakan GPS (Taylor, Peake, Philip, Robertshaw, n.d.).

39 Projek "Buku Panduan Elektronik" (Hsi, 2002) ialah isi kandungan web yang direka bentuk untuk eksplorasi (interaktif muzium sains) di San Francisco. Guru merasakan isi kandungan laman Web mudah alih direka bentuk menjadi lebih berguna sebagai aktiviti pembelajaran sebelum dan selepas melawat muzium. Sementara majoriti pengguna melahirkan kebimbangan mengenai skrin komputer bimbit yang terhad, dan memberi maklum balas yang positif mengenai kandungan laman Web mobile. Sementara muzium di Jepun (Kusunoki, Sugimoto, & Hashizume, 2002) menjalankan satu percubaan dengan mencipta satu sistem panduan interaktif untuk membiasakan kanak-kanak dengan pameran dan menarik minat pengguna. Melalui sistem ini pengguna dapat berinteraksi dengan pameran maya di atas papan sensor, dan menyediakan mereka dengan maklumat. Papan sensor dalam sistem ini dapat mengenal pasti dengan cepat bentuk dan lokasi pelbagai objek menggunakan RFID (Radio Frequency Identification) dan mencipta persekitaran yang mengasyikkan dengan memberikan pengguna maklum balas gambar dan suara kepada manipulasi mereka ke atas papan sensor. Selepas analisis dilakukan mengenai penerimaan sistem tersebut pasukan ini mendapati pelajar, kanak-kanak begitu juga ibu bapa mereka seronok menggunakan sistem ini dan mereka merasakan ia sangat berguna. Pelajar-pelajar kursus Ecotourism di Tshwane University of Technology, Pretoria, Afrika Selatan (de Crom & de Jager, 2005) pula menerima latihan ektensif dalam bidang Biologi melalui penggunaan PDA semasa lawatan ke kawasan alam semula jadi. Kajian ini dijalankan sebagai satu alternatif kepada kaedah tradisional yang menggunakan buku nota dan sebagainya. Objektif kajian yang dilakukan ialah untuk mengenal pasti bagaimana peralatan mudah alih boleh membantu dan mempertingkatkan pembelajaran pelajar semasa lawatan. Semasa lawatan diadakan pelajar mengambil nota dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan dalam PDA. Hasil kajian

40 mendapati terdapat peningkatan dalam motivasi pelajar. Kaedah penilaian hasil kerja juga lebih mudah dan cepat dilakukan. Hasil intergrasi PDA dengan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dan teknologi mudah alih, pelajar dapat menerima dan menghantar tugasan mereka dengan mudah dan cepat. Para penyelidik membuat kajian dalam pelbagai bidang yang berbeza dengan tujuan untuk mencari cara yang terbaik mengaplikasikan peralatan mudah alih dalam bidang pendidikan. Salah satu bidang yang menjadi perhatian pengkaji ialah bidang bahasa. Di Stanford Learning penerokaan M-Pembelajaran telah dilakukan dengan membangunkan prototaip untuk M-Pembelajaran bahasa asing. Prototaip yang dibangunkan membolehkan pengguna mempraktikkan perkataan baru, menjawab kuiz, capaian kepada terjemahan perkataan dan frasa, dan berhubung dengan jurulatih secara langsung dan menyimpan perbendaharaan kata di dalam buku nota. Kajian menghasilkan beberapa penemuan yang berguna. Pelajar mendapati M-Pembelajaran adalah satu pengalaman yang berbeza. Ia memerlukan tumpuan dan perhatian yang tinggi. Pembelajaran adalah proses personal dan emosional. Interaksi personal dalam

persekitaran membantu dan selamat adalah penting dalam meningkatkan kebolehan pelajar. Pembelajaran adalah proses yang sensitive dan pembelajaran bahasa terutamanya memerlukan persekitaran yang membantu dan selamat. (http://acomp.stamford.edu/ acpubs/SOC/Back_Issues/SOC55/#3). Kajian ini juga mendapati pelajar kecewa dengan tahap teknologi yang dilaksanakan. Talian selular yang lemah dan bising mengganggu sesi pembelajaran. Selain daripada itu respon yang salah seperti interaksi dalam sesi pembelajaran kuiz mengecewakan pengguna dan membuatkan mereka kurang percaya dengan sistem yang ada. Keadaan ini membuatkan mereka tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran.

41 Pihak Stamford menyedari sistem yang dilaksanakan tidak begitu sempurna dan mereka memperbaikinya pada masa akan datang. Projek-projek lain yang masih dalam pembangunan ialah mereka bentuk dan menilai modul pengajaran M-Pembelajaran untuk peringkat sekolah menengah (Saedah Siraj, 2008), mencipta bahan pembelajaran untuk PDA (Bull & Reid, 2003; Colley & Stead, 2004) dan WAP serta membangunkan program-program istimewa yang lain seperti organizer, jadual waktu dan lain-lain bagi membantu pembelajaran dengan peralatan mudah alih.

Aktiviti-aktiviti M-Pembelajaran Sistem pesanan ringkas (SMS) merupakan aplikasi yang paling popular dalam peralatan M-Pembelajaran. Misalnya di Malaysia sepanjang tahun 2005 sebanyak 21 bilion SMS dihantar (Utusan Malaysia, 2005, Mac 16). Aplikasi ini boleh menjadi sebagai satu alat sokongan kepada sistem pendidikan. Terdapat beberapa badan tertentu yang membuat kajian berkaitan perkara ini. Di Kingston Universiti kajian telah dibuat untuk melihat keberkesanan kempen SMS timbal balik dalam persekitaran universiti (Stone, Briggs, & Smith, 2002). Pasukan ini telah membangunkan sistem yang dapat menghantar SMS kepada pelajar, mendaftar perkhidmatan, jadual pelajar, perubahan-perubahan jadual, tarikh dan tempat peperiksaan, markah pelajar dan lain-lain. Selepas mendaftar pelajar secara automatik dibahagikan kepada 5 kumpulan. Satu kumpulan menerima pengumuman menerusi email, 3 kumpulan lagi menerima menerusi SMS dan kumpulan terakhir menerusi web. Hasil kajian menunjukkan pelajar lebih suka menerima pengumuman melalui SMS berbanding melalui email atau laman web. Mereka merasakan data lebih personal dan mereka menyukainya. SMS boleh menjadi berkesan dalam pendidikan (M-Pembelajaran)

42 sebagai media sokongan. Teknologi kini menjadi semakin baik. Contohnya EMS dan MMS mempunyai antara muka yang lebih mesra pengguna. Di Universiti Helsinki eksperimen ke atas program "LIVE" (Learning in Virtual Environment), yang dijalankan menerusi sistem SMS dan telefon WAP menunjukkan hasil yang positif (Seppala, 2002). Projek bermula dengan memperkenalkan digital imej dan berkongsi di antara perserta. Kesimpulan daripada projek ini menunjukkan adalah tidak mustahil pengenalan kepada MMS dan perkhidmatan 3G yang lain dalam skala besar dapat mempertingkatkan lagi keupayaan pelaksanaan M-Pembelajaran. Projek di Universiti Sheffield, Hallam (Garner, Francis, & Wales, 2002) menggunakan pesanan ringkas (SMS) untuk membantu pelajar ijazah pertama dalam bidang psikologi. Walau bagaimanapun pelaksanaan sistem ini tidak digunakan untuk pembelajaran tetapi untuk mengurus aktiviti pembelajaran seperti memberi panduan kepada pelajar dan membantu dalam pembelajaran mereka. Dapatan kajian sangat positif dengan pelajar melihat sistem ini sebagai cepat, sesuai dan personal. Kajian lain di sebuah universiti di Norway juga menunjukkan hasil yang positif. Hampir 100% pelajar di universiti tersebut mempunya telefon bimbit dan sistem SMS diterima dengan mudah (Divitini, Haugalokken, & Norevik, 2002). Dalam kajian ini sistem SMS digunakan untuk menyebarkan maklumat mengenai kuliah-kuliah, pembetulan jadual kuliah dan sebagainya. Dalam sesetengah kes pelajar mendapati ia sangat sesuai berbanding emel atau laman web kerana maklumat sentiasa sampai pada masa yang tepat. Projek ini dua isu yang sangat penting dalam melakukan penyelidikan yang lebih lanjut dalam bidang M-Pembelajaran. Pertama, teknologi semasa memberi instrumen yang cukup berkuasa untuk menyokong kebanyakan bentuk alat pembelajaran baru. Kedua, ia juga menunjukkan keghairahan pelajar untuk menerima teknologi baru ini.

43 Aktiviti SMS dan MMS dalam M-Pembelajaran juga sesuai untuk pelajar yang mempunyai masalah membaca dan menulis (Attewell, 2005). Aktiviti-aktivi melalui SMS dan MMS telah berjaya membantu membina kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan pelajar serta mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran. Kebelakangan ini banyak sistem yang dibangunkan beberapa universiti seperti projek "HyWeb" (Jones, Jo, & Cranitch, 2002) di Universiti Griffith di Gold Coast, Australia, "mid-2000" (Virtanen, John, & Wright, 2002) di Universiti Negeri Minnesota dan "NAIT m-learning" (http://www.nait.ab.ca/MobileLearning) di Kanada yang mengandungi aktiviti pembelajaran menggunakan SMS.

Pembelajaran sepanjang hayat, kolaboratif atau pembelajaran penyelesaian masalah Universiti Birmingham telah mereka bentuk suatu sistem dalam bidang MPembelajaran yang dinamakan projek "HandLer" (http://www.eee.bham.ac.uk/

handler/default.asp). "HandLer" merupakan reka bentuk dalam sistem komputer bimbit yang menyediakan perisian, perkakasan, komunikasi dan reka bentuk antara muka sebagai sumber pembelajaran. Projek ini cuba memahami dengan mendalam proses pembelajaran dalam konteks yang berbeza dan meneroka pembelajaran sepanjang hayat. Penekanan diberikan kepada komunikasi dan reka bentuk sistem berpusatkan manusia (human-centered system design). Konsep utama yang diselidiki ialah konsep pemetaan dan berkongsi pengetahuan, pembelajaran sepanjang hayat, teknologi pembelajaran tanpa mengira tempat dan perbincangan di antara pelajar mobile (Sharples, 2000). Projek yang dijalankan di Universiti Teknologi Tampere Finland (Ketamo, 2002) mempunyai persamaan dari konsep dengan projek "HandLeR." Dalam projek ini PDA digunakan untuk pembelajaran sepanjang hayat (pendidikan matematik) kanak-kanak. Kandungan pelajaran disampaikan dalam bentuk permainan di mana pelajar boleh

44 berkomunikasi dan menolong di antara satu sama lain dan peralatan elektronik

digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan pelajar dan untuk menyampaikan pembelajaran dengan lebih cepat. Dalam projek "KNOWMOBILE" di Norway (Smordal, Gregory, & Langseth, 2002), PDA dan telefon pintar digunakan untuk membuat eksperimen dalam bidang pendidikan perubatan kepada pelajar-pelajar daripada sekolah perubatan Universiti Oslo. Pelajar diletakkan dalam persekitaran yang berbeza dan diberikan peralatan yang berbeza (Kebanyakan daripada mereka tinggal bersama dan mempunyai PDA yang membolehkan mereka berhubung di antara satu sama lain; sementara kumpulan pelajar yang lain boleh berhubung di antara satu sama lain melalui internet tetapi bekerja dalam lokasi yang berbeza, dan sebagainya). Selepas beberapa minggu kajian mereka mendapati pelajar menggunakan alat ini setiap hari untuk membaca maklumat daripada buku digital perubatan (tidak mendapatkannya melalui internet seperti yang dijangkakan) dan juga sebagai alat komunikasi (untuk membincangkan masalah dengan rakan-rakan mereka) tetapi selalunya untuk menghantar pesanan SMS dan juga mengatur kegiatan sosial masa lapang mereka. Hasil interview dengan pelajar-pelajar ini mendapati perkara ini terjadi kerana pelajar-pelajar ini menghadapi masalah teknikal walaupun mereka berminat menguji dan menyelidiki faedah penggunaan PDA untuk pembelajaran. Dengan memberi panduan yang lebih sempurna dan mendidik mereka cara menggunakannya masalah ini boleh diatasi. Para pengkaji menyimpulkan PDA tidak patut dianggap sebagai Pembantu Peribadi Digital (PDA) tetapi lebih sebagai jalan keluar daripada laman web yang sukar. Kajian ke atas bentuk baru melaksanakan kolaborasi sedang dijalankan oleh beberapa institusi yang berbeza, sekolah dan universiti. Dalam beberapa projek yang berbeza penyelidik membuat eksperimen keatas pemetaan konsep kolaboratif dan sistem mengambil nota kuliah (Ketamo, 2002; Milrad, Perez, & Hoppe, 2002). Antara contoh

45 kajian kolaboratif ialah sebuah projek di MIT (Klopfer, Squire, & Jenkins, 2002). Pasukan ini menggunakan PDA untuk merangsang persekitaran (dalam bentuk pemetaan) dan menggunakan simulasi untuk permainan video. Mereka menggunakan PDA yang dilengkapi dengan sambungan GPS. Dalam kajian ini PDA dilengkapi

dengan simulasi dunia yang mempunyai ciri-ciri seperti dunia yang sebenar. Dunia ini pula telah mengalami pencemaran udara dan air. Pelajar perlu mengambil sampel udara dan air yang tercemar ini dan menganalisanya. Penyiasatan juga boleh dilakukan melalui interview dengan orang ramai dan membaca maklumat mengenai situasi yang serupa dan akhirnya satu rumusan diperoleh. Semasa permainan mereka bekerjasama dengan

melakukan penyiasatan dan analisis yang berbeza dan memberikan keputusan (laporan) kepada rakan sekelas atau meletakkan laporan berkenaan pada tempat-tempat tertentu dalam peta, dimana pelajar lain boleh mencari dan menggunakannya. Pelajar perlu bekerjasama kerana mereka diberi tempoh masa tertentu untuk menyiapkan tugasan mereka (Klopfer, Squire, & Jenkins, 2002) Sementara di National Central Universiti, Taiwan dibangunkan satu prototaip bilik darjah yang dihubungkan melalui teknologi mudah alih (Chang, Wang, Liang, Liu, & Chan (2004). Bilik darjah ini ada yang terletak dalam sekolah yang sama dan ada juga sekolah dari negeri yang berbeza. Antara aktiviti pembelajaran yang diadakan ialah pertandingan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris merangkumi aspek perbendaharaan kata, tatabahasa, perbualan dan pendengaran. Pertandingan diadakan dalam dua fasa. Fasa pertama selama tiga bulan ialah ujian dalam talian sementara dalam fasa kedua pelajar memuat turun bahan pertandingan, menjawab soalan bagi mendapatkan gred mereka sendiri. Dalam fasa ini perserta dibekalkan dengan alat kawalan wireless (tanpa wayar - EduClick). Kajian ini mendapati teknologi mudah alih dan peralatan mudah alih memberi faedah yang besar kepada pertandingan yang diadakan. Lebih banyak peserta

46 boleh mengambil bahagian dan tidak terikat kepada saiz dan ruang. Ia memberikan daya tarikan dan interaksi yang lebih banyak dalam pertandingan (Chang, 2004).

Kemahiran pelajar dalam M-Pembelajaran Kemahiran pelajar menggunakan peralatan mudah alih adalah penting dalam pelaksanaan M-Pembelajaran. Di Amerika Syarikat penggunaan peralatan mudah alih dalam kalangan pelajar K12 diteroka dengan meluas. Salah satu perkara khusus dalam Pendidikan K12 ialah kanak-kanak mendapat tugasan memungut data dilapangan. Sebagai contoh membuat soal selidik dan memungut pelbagai data seperti mengambil ukuran daripada suhu berhampiran sekolah dan lain-lain. Pelajar juga menggunakan aplikasi untuk merekod data dan mengambil nota menggunakan peralatan mudah alih. (Aleahmad & Scotta, 2002; Farooq, Schafer, Rosson, & Carroll, 2002; Slotta, Clark, & Cheng, 2002). Satu lagi kajian ialah mengenai penggunaan TI-83 (kalkulator khusus untuk pendidikan sains) oleh 80% daripada pelajar-pelajar sekolah di Amerika Syarikat. Contoh eksperimen penggunaan prototaip T1-83 yang dijalankan dibeberapa buah sekolah di Amerika Syarikat dalam kelas matematik (Davis, 2002). Satu sistem

rangkaian dipasang menghubungkan komputer bimbit kepada kumpulan-kumpulan yang mengandungi 4 orang satu kumpulan telah dipasang. Selepas membuat semakan tahap kebolehpercayaan dalam bilik darjah satu lagi versi prototaip dibuat. Sistem ini

mempunyai pelayan pengkalan data untuk mengawasi aktiviti pelajar dan menyimpan data pelajar. Ia disusun dalam sambungan dan access point (AP) yang menghubungkan komputer bimbit pelajar dengan komputer guru. Dengan menggunakan sistem ini, pelajar terlibat dalam aktiviti kumpulan. Hasil kerja mereka dapat dilihat oleh semua pelajar lain dalam kelas dan dalam masa yang sama, guru dapat melihat melalui komputernya siapa yang membuat kesilapan dan mengapa ia berlaku. Penilaian dibuat melalui beberapa siri

47 interview dengan pelajar mengenai pendapat mereka tentang sejauh manakah sistem ini berguna dan mesra pengguna. Pelajar berpendapat sistem ini sangat berguna; dan ia memberikan mereka kebebasan dan keselesaan; mereka tidak merasa malu jika mereka tidak mengetahui jawapan dan mereka melihat pelajar-pelajar lain juga menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang dipelajari. Pelajar menjadi lebih aktif di dalam kelas dan teknologi yang baru memberikan mereka peluang untk memperoleh maklum balas terus dalam kelas dan memberi perhatian ke atas perkara yang sukar difahami oleh pelajar. Keputusan peperiksaan setiap pelajar meningkat. Kajian ini dijalankan oleh penyelidik daripada kumpulan Texas Instrument dan mereka ingin menyambung kajian mereka untuk mengenal pasti elemen reka bentuk rangkaian bilik darjah yang bagaimana mempunyai kesan positif ke atas persekitaran pembelajaran. Eksperimen yang hampir serupa dijalankan di Taiwan (Liu, Wang, Liang, Chan, & Yang, 2002) di mana pelajar dilengkapi PDA yang dirangkaikan dan pencapaian mereka ditunjukkan di papan putih. Keputusan daripada sudut pandangan pedagogi sekali lagi positif. Berbanding dengan bilik darjah tradisional persekitaran virtual (maya) dan teknologi, menggalakkan lebih banyak penyertaan dan kerjasama di antara pengajar dan pelajar.

Kemahiran Guru dalam M-Pembelajaran Projek seperti "COPE" di Universiti Texas, Austin (Lamdin & Park, 2002) dan projek "UniWap" (Seppala, Sariola, & Kynaslathi, 2002) mengkaji penggunaan PDA dalam pengajaran. Dalam kajian ini menunjukkan kemahiran guru menggunakan peralatan mudah alih adalah perlu kerana guru bukan sahaja boleh menggunakan peralatan mudah alih untuk menyusun kerja mereka, mengawasi prestasi pelajar untuk jangka masa panjang (misalnya 7 tahun), tetapi juga untuk menganalisa kerja mereka dan juga kerja rakan mereka dengan memerhatikan klip video yang dirakam semasa kuliah.

48 Antara kajian terawal dalam bidang M-Pembelajaran di Malaysia ialah kajian penilaian pelaksanaan program M-Pembelajaran kepada pelajar-pelajar tahun 5 di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur (Saedah Siraj dan Norlida Alias, 2005). Tujuan kajian ialah untuk menyiasat sama ada pelaksanaan program M-Pembelajaran mencapai hasarat yang ditetapkan keatasnya dan juga menilai kekuatan dan kelemahan program. Sampel kajian dibekalkan dengan komputer riba dan persekitaran wireless. Berdasarkan Stake's Countenance Model of Evaluation, kajian ini menemuramah pelajar semasa sebelum dan selepas pelaksanaan penilaian kepenggunaan. Hasil kajian mendapati pelaksanaan program M-Pembelajaran telah mencapai hasarat yang ditetapkan ke atasnya. Kajian juga mendapati program M-Pembelajaran mempunyai banyak kekuatan disamping terdapat beberapa kelemahan.

Kesimpulan Peralatan mudah alih secara semula jadinya mempunyai mempunyai skrin yang kecil dan keupayaan kapasiti yang terhad membawa kepada andaian bahawa ia tidak boleh menggantikan komputer meja atau komputer riba tetapi peralatan mudah alih dapat menjadi lebih berkesan dalam bidang M-Pembelajaran jika beberapa perkara diberi perhatian (Figg & Burston, 2002; Keegan, 2002; Steinberger, 2002). Pertama, pendek atau panjang modul tidak melebihi 5-10 minit. Peserta patut boleh menggunakan sebahagian masa menunggu (contohnya seperti semasa menunggu mesyuarat atau apabila berada dalam keretapi) untuk pembelajaran, seperti membaca data atau maklumat ringkas, menjawab kuiz, atau menggunakan forum atau chat bagi menjawab soalan-soalan lapangan. Kedua, mudah atau lucu dan bernilai tambah antara fungsi yang patut ada. Kuasa perkomputeran dan peralatan mudah alih yang lain menjadikan ia sukar untuk menggunakan isi kandungan yang kompleks dan mengandungi pelbagai media.

49 Seharusnya penggunaan sistem M-Pembelajaran dipermudahkan supaya pengguna dapat menggunakannya dengan cepat dan mudah. Ketiga, isi kandungan mata pelajaran dapat dihantar dengan segera. Mobiliti patut boleh membawa kepada kebolehan untuk memberi panduan dan menyokong pelajar dan guru dalam situasi pembelajaran bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

50 BAB 3 KAEDAH KAJIAN Pendahuluan Bab ini membincangkan kaedah dan prosedur yang digunakan oleh pengkaji untuk menjalankan kajian. Tujuan kajian ini ialah untuk membangunkan garis panduan kurikulum M-Pembelajaran peringkat menengah. Panel pakar mengambil bahagian

dalam 3 pusingan kaedah Delphi untuk membantu melaksanakan kajian ini. Termasuk dalam bab ini juga ialah perbincangan tentang kaedah kajian yang digunakan dan penggunaannya dalam kajian-kajian yang lepas dan semasa, perbincangan tentang bagaimana panel pakar dikenal pasti dan dipilih, penerangan tentang instrumen kajian dan bagaimana data dianalisis. Metodologi Kajian Kajian ini menumpukan kepada pembangunan garis panduan kurikulum MPembelajaran sekolah menengah. Kurikulum M-Pembelajaran ini dibangunkan berdasarkan pandangan yang diberikan oleh pakar. Kajian ini mengandungi tiga (3) fasa. Fasa pertama merupakan kajian analisis keperluan untuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah mengikut pandangan guru. Analisis keperluan telah lama dikenal pasti sebagai sebahagian bahagian yang penting dalam perancangan pendidikan. Kaufman dan English (1979), Pratt (1994), Witkin (1977) semuanya mendefinisikan analisis keperluan sebagai kaedah untuk mengenal pasti jurang di antara situasi yang wujud sekarang dengan situasi yang dikehendaki. Sementara McKillip (1987) pula menyatakan keperluan merupakan satu penghakiman nilai bahawa kumpulan tertentu mempunyai masalah yang boleh diselesaikan. Kajian dalam fasa pertama ini dijalankan menggunakan teknik survey untuk mengenal pasti apakah keperluan dalam melaksanakan kurikulum M-Pembelajaran

51 mengikut pandangan guru. Maklumat daripada kajian fasa pertama menjadi sebahagian daripada asas dalam mereka bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah. Fasa kedua kajian adalah peringkat mereka bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah. Ia dilaksanakan menggunakan teknik Delphi. Dapatan daripada kajian fasa kedua digunakan untuk mereka bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah. Teknik Delphi digunakan untuk kajian dalam fasa kedua kerana didapati bahawa teknik Delphi adalah kaedah yang terbaik untuk memperolehi persetujuan pakar dalam menentukan elemen-elemen yang boleh dimasukkan dalam mereka bentuk kurikulum M-Pembelajaran peringkat sekolah menengah. Penggunaan pendapat pakar untuk kajian telah bermula di RAND Corporation oleh Olaf Helmer dan Norman Dalkey dalam tahun 1953 yang mengkaji masalahmasalah tertentu dalam tentera (Helmer, 1983). Objektif utama kaedah Delphi ialah mendapat maklum balas yang mempunyai keesahan yang tinggi terhadap masalah dan soal selidik yang diberi daripada sekumpulan pakar. Ini dilaksanakan dengan memberikan setiap individu dalam kumpulan satu siri soal selidik yang mengandungi soalan-soalan yang sama disamping dimasukkan juga maklumbalas kumpulan daripada pusingan sebelumnya (Helmer, 1983). Pada umumnya Kaedah Delphi mempunyai tiga sifat yang istimewa iaitu ketelusan, maklum balas terkawal dan analisis statistik kumpulan (Armstrong, 1989; Dalkey, 1972). Menurut Linstone dan Turoff (1975) lima asas utama Teknik Delphi adalah: 1) Sampel dipilih secara individu dan setiap sampel tidak mengetahui jawapan sampel lain dalam panel pakar; 2) Sampel hanya mengetahui jawapan sampel lain pada pusingan kedua apabila penyelidik melakukan analisis data dan menghantar dapatan tersebut kepada setiap ahli panel; 3) Sampel tidak menerima sebarang tekanan dari mana-mana pihak mahupun sampel lain dalam menentukan jawapan soal-selidik mereka; 4) Data dianalisis secara statistik; dan 5) Data yang diberi

52 oleh sampel adalah tiada pilih kasih (tidak bias) dan dengan demikian panel memainkan peranan untuk mencari penyelesaian atau mencapai konsensus. Pada hari ini kaedah Delphi digunakan dalam perniagaan, pendidikan dan sains sosial untuk berbagai-bagai aplikasi termasuk membuat keputusan pengurusan, penilaian polisi, perancangan program, isu-isu yang memerlukan perhatian (Delbecq, Van de Ven, & Gustafson, 1975) Menurut Helmer pula (1968) kaedah Delphi ialah cara yang sistematik menggabungkan keputusan individu bagi memperoleh satu kesimpulan bersama. Dalkey (1972) pula menyatakan Delphi merupakan satu kaedah untuk mendapatkan dan menyaring pendapat panel yang terdiri daripada pakar sesuatu bidang. Sementara Tersine dan Riggs (1976) pula berpendapat Delphi merupakan satu kaedah sistematik untuk memperolehi, mengumpul dan menilai pendapat pakar tanpa perbincangan dalam kumpulan. Hill dan Fowles (1975) menggambarkan kaedah Delphi sebagai tatacara pengundian panel responden berkenaan dengan kemungkinan dan keberangkalian tarikh terjadi sesuatu peristiwa pada masa depan. Responden bebas memberi pendapat dan disoal beberapa pusingan melalui surat atau e-mel. Kaedah ini dapat menggantikan perbahasan secara langsung dengan reka bentuk program penyelidikan yang biasanya dijalankan melalui soal selidik. Teknik Delphi juga merupakan teknik yang efisyen dalam membuat telahan suatu kajian pada masa hadapan. Melalui teknik ini pendapat atau pandangan sekumpulan pakar dapat diperoleh tanpa perlu bersemuka di antara satu sama lain. Teknik ini digunakan untuk sesuatu bidang kajian atau program yang baru dan perlu diterokai pada masa hadapan serta belum dibangunkan lagi. Ia mengambil kira pandangan sekumpulan pakar dan tidak mempunyai teori yang bersifat formal. Penggunaannya yang sangat meluas iaitu meliputi bidang pendidikan (Baggio, 2008; Beheler, 2007; Brister, 2007; Isibor, 2008; Kuhn, 2007; Napper, 2007; Tellez, 2008; Wenning, 2007; Woempner, 2008), Pengurusan (De Haes,

53 2007; Kuruppalil, 2007; Lentz, 2007; Simmons, 2007), Falsafah (Beth Hall 2008; Johnson, 2007), Kejuteraan (Rajendran, 2007), Undang-undang (Dawkins, 2008; Giacomini, 2008; Richardson, 2008; Schrouder, 2008; Tirres, 2008; White, 2008), Pendidikan Kesihatan (Beach, 2008; Becvar, 2008; Burmeister, 2007; Dodson, 2008; Dunleavy, 2008; Hosseini, 2007; Kirby, 2007; Little, 2008; Perez, 2007; Poetzsch, 2007; Raab, 2007; Roat, 2008; Smrzley, 2007; Torcivia, 2007; Williams, 2008), Pentadbiran Awam (Figueiredo, 2007; Roberts, 2008), Sukan (Graddy, 20