khawatim (m)

23
HAL YANG MENYEBABKAN SUUL KHATIMAH Seorang yang cerdik dan berakal pasti sentiasa mencari jalan bagi menyelamatkan diri daripada kemurkaan dan neraka Allah s.w.t. Hal ini menjadikan jiwanya sentiasa gemuruh memikirkan nasib di hari esok, bahkan mengerjakan amalan ketaatan hingga tiada waktu rehat baginya. Kebimbangannya akan reda bilamana yakin bahawa dia akan terus istiqomah dalam ketaatan. Jalan bagi mencapai kebahagiaan abadi di akhirat bergantung pada zahir dan batin seseorang hamba. Sekiranya dia bersikap adil terhadap dunia dan akhiratnya, malah meletakkan redha Allah s.w.t sebagai matlamat utama, nescaya mudahlah baginya jalan ke syurga. Ini kerana, hati yang menuntut kasih sayang Allah pasti akan menjadikan solat, ibadah, hidup dan matinya semua kerana Allah s.w.t. Ibadahnya kepada Allah berlangsung pada setiap detik, tanpa mengira apapun situasi, sama ada dalam keadaan berbaring, duduk mahupun berdiri. Dia terus istiqomah mengerjakan amalan soleh hingga merasa yakin bahawa ibadahnya akan berterusan hingga ke akhir hayatnya. Meskipun begitu, jiwanya tetap merasa gentar dan bimbang apabila memikirkan adakah dia bakal tergolong dalam kelompok yang terselamat di akhirat kelak ataupun tidak? Ini kerana, para ulamak yakin bahawa setiap amalan itu bergantung kepada pengakhirannya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w tentang hal ini. Mereka sangat takut apabila memikirkan detik-detik terakhir dalam hidup. Ini kerana, boleh sahaja terjadi peristiwa-peristiwa yang tak terjangka. Baginda s.a.w sendiri pernah menceritakan bahawa wujud golongan yang sebahagian besar hidupnya mengerjakan ketaatan, namun pada sebahagian akhir hidupnya mula melakukan kejahatan dan mati dalam keadaan tersebut. Justeru itulah, para ulamak begitu gerun terhadap suul khatimah.

Upload: kaweh07

Post on 10-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

khawatim

TRANSCRIPT

HAL YANG MENYEBABKAN SUUL KHATIMAHSeorang yang cerdik dan berakal pasti sentiasa mencari jalan bagi menyelamatkan diri daripada kemurkaan dan neraka Allah s.w.t. Hal ini menjadikan jiwanya sentiasa gemuruh memikirkan nasib di hari esok, bahkan mengerjakan amalan ketaatan hingga tiada waktu rehat baginya. Kebimbangannya akan reda bilamana yakin bahawa dia akan terus istiqomah dalam ketaatan.Jalan bagi mencapai kebahagiaan abadi di akhirat bergantung pada zahir dan batin seseorang hamba. Sekiranya dia bersikap adil terhadap dunia dan akhiratnya, malah meletakkan redha Allah s.w.t sebagai matlamat utama, nescaya mudahlah baginya jalan ke syurga. Ini kerana, hati yang menuntut kasih sayang Allah pasti akan menjadikan solat, ibadah, hidup dan matinya semua kerana Allah s.w.t. Ibadahnya kepada Allah berlangsung pada setiap detik, tanpa mengira apapun situasi, sama ada dalam keadaan berbaring, duduk mahupun berdiri. Dia terus istiqomah mengerjakan amalan soleh hingga merasa yakin bahawa ibadahnya akan berterusan hingga ke akhir hayatnya.Meskipun begitu, jiwanya tetap merasa gentar dan bimbang apabila memikirkan adakah dia bakal tergolong dalam kelompok yang terselamat di akhirat kelak ataupun tidak? Ini kerana, para ulamak yakin bahawa setiap amalan itu bergantung kepada pengakhirannya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w tentang hal ini. Mereka sangat takut apabila memikirkan detik-detik terakhir dalam hidup. Ini kerana, boleh sahaja terjadi peristiwa-peristiwa yang tak terjangka.Baginda s.a.w sendiri pernah menceritakan bahawa wujud golongan yang sebahagian besar hidupnya mengerjakan ketaatan, namun pada sebahagian akhir hidupnya mula melakukan kejahatan dan mati dalam keadaan tersebut. Justeru itulah, para ulamak begitu gerun terhadap suul khatimah.

Lebih-lebih lagi, manusia bakal dibangkitkan pada hari akhirat kelak dalam keadaan sebagaimana dia menamatkan hayatnya di dunia. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya,

Oleh yang demikian, umat Islam digalakkan untuk sentiasa memperbaiki amalan dan melazimi sunnah baginda s.a.w dalam setiap gerak geri. Di samping itu, hendaklah berusaha untuk melahirkan rasa ikhlas terhadap Allah s.a.w. Niat yang jujur dan mulazamah dengan sunnah nabi insyaAllah bakal menjemput kesudahan yang baik bagi kehidupan.Adapun pengakhiran yang buruk tidak akan dialami melainkan orang-orang yang kotor batinnya meskipun tampak soleh pada zahir. Mereka ini biasanya memiliki pemikiran yang jelek dan gemar melakukan maksiat hingga keadaan tersebut berterusan ke detik kematian mereka. Ada juga orang yang kelihatan melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupannya, tetapi pada saat kematiannya, wujud petanda bahawa dia berhadapan dengan suul khatimah.Siddiq Hasan Khan menukilkan beberapa punca yang mengakibatkan suul khatimah, antaranya :1. Akidah yang terpesong : Seseorang yang menganuti fahaman dan akidah yang tidak sejajar dengan hakikat Islam bakal berhadapan dengan suul khatimah, meskipun memiliki sikap zuhud dan soleh sepanjang hidupnya. Pada saat roh ditarik malaikat, tika itulah dia mengetahui bahawa akidah yang selama ini dipegangnya adalah salah. Allah s.w.t berfirman di dalam surah az-Zumar, ayat ke-47 yang bermaksud, dan surah al-Kahfi, ayat 1-3-104 yang bermaksud, Sahal bin Saad r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Ada orang yang mengerjakan perbuatan ahli syurga dalam hal yang dilihat oleh manusia, sedangkan hakikatnya dia merupakan ahli neraka. Begitu juga ada orang yang mengerjakan perbuatan ahli nereka dalam hal yang dilihat oleh manusia, sedang pada hakikatnya dia adalah ahli syurga.Perkataan baginda s.a.w dalam hal yang dilihat oleh manusia merupakan isyarat bahawa seseorang itu menjadi ahli neraka meskipun dia berbuat amalan ahli syurga, ini kerana, pada masa yang sama batinnya bertentangan dengan perbuatan zahirnya. Justeru itulah, suul khatimah ini merupakan akibat daripada kejelikan hati yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia.

Demikian juga, wujud insan yang pada zahirnya sentiasa melakukan kemungkaran. Namun di sebalik kejahatan zahir, ada rasa kehambaan dan nilai kebaikan yang tersembunyi di dalam hatinya. Boleh sahaja rasa dan nilai tersebut menjadi sebab kepada kesudahan yang baik bagi kehidupannya.

Abdul Aziz bin Abi Rawwad pernah bercerita tentang seorang lelaki yang sedang nazak. Pada awalnya, lelaki tersebut sudah mengucapkan dua kalimah syahadah, namun setelah itu, dia menuturkan kata kufur dan mati dalam keadaan demikian. Apabila ditanya tentang punca yang menyebabkan kekufuran lelaki itu, lalu ada yang mengatakan bahawa dia merupakan seorang kaki botol. Lalu Abdul Aziz berpesan, Takutlah kalian terhadap dosa. Sungguhpun dosalah yang menyebabkan lelaki itu tersungkur ke lembah kekufuran.Oleh kerana bimbangkan suul khatimah, para sahabat dan salafussoleh sangat berhati-hati dalam soal hati dan berusaha menjauhi penyakit nifaq hatta sekecil-kecil nifaq. Ini kerana, mereka bimbang sekiranya nifaq yang kecil itu mampu berubah ke nifaq yang besar pada saat kematian dan akhirnya mengakibatkan suul khatimah.2. Maksiat yang berterusan :Sesuatu perbuatan maksiat, apabila ia kerap dilakukan oleh seseorang, maka hatinya akan cenderung dan jinak dengan perbuatan tersebut. Setiap hal yang jinak dengan jiwa manusia akan sentiasa berlegar di fikirannya hatta pada saat kematiannya.

Seseorang, apabila jiwanya cinta kepada ketaatan dan cenderung ke arahnya, maka di saat mati pun dia akan memikirkan tentang hal tersebut. Begitu juga bagi jiwa yang sentiasa sibuk dengan kemaksiatan, sehingga mati pun dia sukar untuk berhenti daripada berfikir tentangnya. Boleh sahaja sedetik sebelum nafasnya ditarik tuhan, dirinya terdorong untuk melakukan maksiat yang menjadi kebiasaannya, lalu meninggal dalam keadaan tersebut tanpa sempat menyimpul sejenak taubat di atas segala perbuatannya.Analoginya yang mudah bagi menerangkan bagaimana keterbiasaan dengan maksiat mampu mengundang suul khatimah, ia sepertimana di saat hidup, kita sentiasa bermimpi tentang hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan, perkara harian dan keinginan hati. Seorang penuntut ilmu, mimpinya sering berkaitan tentang ilmu, guru, buku dan sebagainya. Seorang yang bekerja selaku polis penyelamat, barangkali mimpinya sering melibatkan kecelakaan, kebakaran dan bencana. Seorang yang menyimpan keinginan untuk melancong, dia akan bermimpi tempat-tempat yang indah, makanan-makanan yang enak dan bahkan ditayang kisah-kisah perjalanan di dalam mimpinya.

Kalau di saat hidup, jiwa yang cinta pada maksiat pun boleh termimpi-mimpi, inikan pula pada detik kematian. Bahkan syaitan sendiri akan datang menghasut dan mengajaknya untuk melakukan maksiat sebagaimana kebiasaan. Dan bukankah tidur dan mati mempunyai persamaan dari sudut kesedaran otak? Iaitu, ketika menghadapi kematian, otak si mati sering berada dalam keadaan tidak sedar. Di waktu itulah, hal-hal yang menjadi rutinnya muncul sebagaimana mimpi di malam hari.Imam az-Zahabi menukilkan di dalam kitab al-Kabair :

Mujahid berkata bahawa setiap manusia yang meninggal dunia pasti melihat kawan-kawan yang sering bersamanya tika hidup. Ada kisah di mana seorang lelaki sedang nazak, dia berhalusinasi melihat rakan-rakan yang sering bermain chess dengannya dan dia seolah-olah sedang turut bermain dengan mereka. Malah perkataan yang biasa digunakan ketika bermain chess pun disebutnya saat itu. Apabila diajarkan kalimah La ilaha illaLlah, dia enggan diganggu. Kemudian mati dalam keadaan begitu.

Ada juga lelaki yang hidup sebagai kaki botol, ketika sedang nazak, dia berhalusinasi seolah-olah sedang minum arak bersama rakan-rakannya. Apabila seseorang mengajarkan kalimah syahadah kepadanya, dia pula mengajak orang tersebut untuk minum dan menuang arak ke gelasnya. Kemudian meninggal dalam keadaan demikian.

3. Tidak istiqomah di jalan Islam :

Insan yang istiqomah dengan ajaran Islam bakal bersama dengan golongan yang dilimpahi kurnia tuhan, iaitu para nabi, syuhada, orang-orang yang benar dan soleh.Allah s.w.t menyuruh sekalian hambaNya agar istiqomah di atas jalan Islam. Hal ini difirman tuhan menerusi beberapa ayat di dalam al-Quran. Antaranya di dalam surah Hud, ayat ke-112 yang bermaksud, dan surah as-Syura, ayat ke-15 yang bermaksud, Malah, Allah memuji para hambaNya yang berusaha untuk istiqomah di jalan yang benar. FirmanNya di dalam surah al-Ahqaf, ayat 13-14 yang bermaksud, Allah s.w.t turut menjamin keselamatan mereka supaya tidak terpesong ke jalan yang menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Bahkan mewakilkan para malaikat untuk sentiasa memberi petunjuk serta hidayah kepada mereka. Ini berdalilkan firman Allah s.w.t di surah Fussilat, ayat 30-31 yang bermaksud, Adapun orang yang menyeleweng dari landasan yang sebenar dan mempergadaikan hidayah yang telah dikurniakan kepadanya, maka dia terpaksa berhadapan dengan risiko suul khatimah. Ini tidak mustahil, hatta Iblis yang dahulunya merupakan hamba Allah yang sangat kuat beribadah, namun setelah diarahkan untuk sujud kepada Nabi Adam a.s dia mula angkuh dan akhirnya tergolong dalam kalangan yang dimurkai tuhan.4. Iman yang lemah :Apabila iman seseorang lemah, maka tahap kecintaannya terhadap Allah s.w.t pun terbukti goyah. Disebabkan itu, dunia mula mengambil tempat kukuh di dalam hati hingga cinta tuhan seolah-olah dikhianati. Bukankah hati itu ruang rahsia yang dijadikan penuh misteri kerana ia gelas khusus untuk diisi cinta dan kasih tuhan?

Bisikan daripada iman yang lemah jarang sekali mampu menangkis dorongan nafsu dan menghalang diri sendiri daripada melakukan maksiat. Apatah lagi membangkitkan semangat bagi mengerjakan ketaatan. Jiwa yang goyah imannya biasanya tenggelam dalam lautan nafsu dan pelbagai kemungkaran hingga hatinya kian menggelap saban hari.

Lebih malang lagi, iman yang lemah itu akan berbaur rasa benci terhadap ketentuan tuhan apabila menjelang ajalnya. Ini kerana, dia melihat dunia kesayangannya bakal ditinggalkan. Bahkan rasa itu begitu pedih dan merobek jiwanya hingga melemparkan segala kemarahan kepada Sang Tuhan, pencipta kematian. Situasi hati yang demikian sangat membimbangkan kerana mustahil jiwa yang membenci penciptanya akan berhasil menamatkan kehidupannya secara husnul khatimah.

Punca yang menyebabkan iman seseorang lemah adalah keterikatan hatinya terhadap dunia, di samping kurang jujur dalam mencintai Allah s.w.t. Dua hal ini menjadi malapetaka besar yang menjangkiti kebanyakan umat Islam.

Jika di saat hendak mati, hatinya masih sibuk memikirkan urusan dunia berbanding akhirat, maka rohnya akan keluar dalam keadaan terpaut erat dengan dunia. Kiblat hatinya terus-menerus menolak tuhan dan setia menyembah dunia, dan hal ini sudah pasti mencipta hijab antara dia dan tuhan.

Diriwayatkan bahawa ketika Sulaiman bin Abdul Malik sedang menunaikan ibadah haji, beliau memasuki Kota Madinah dan bertanya, Adakah terdapat mana-mana lelaki yang sempat bertemu dengan para sahabat s.a.w?

Mereka menjawab, Ada. Namanya Abu Hazim. Lalu Sulaiman mengutus orang untuk memanggilnya.

Sebaik sahaja Abu Hazim datang, soalan yang terpacul daripada bibir Sulaiman adalah, Wahai Abu Hazim, mengapakah hati kami sangat membenci kematian?

Abu Hazim menjawab, Ini kerana kalian terlalu menghidupkan dunia hingga memusnahkan akhirat kalian. Kalian merasa benci untuk berpindah dari alam kehidupan ke alam kemusnahan.

Sulaiman berkata, Benar kata-katamu. Agaknya bagaimanakah kedudukan kami di sisi Allah taala?

Abu Hazim menjawab, Ukurlah amalan kamu sebagaimana firman Allah,

Sulaiman bertanya, Kalau begitu, lalu bagaimana pula dengan rahmatNya?

Abu Hazim berkata, Rahmat Allah itu dekat dengan orang-orang yang berbuat baik.

Sulaiman mengeluh, Bagaimanakah keadaannya ketika manusia dibangkitkan di hadapan Allah besok?

Lalu dijawab, Orang yang gemar berbuat baik, keadaan mereka umpama seseorang yang telah lama hilang, kemudian kembali pulang menemui isi keluarganya. Manakala orang yang gemar mengerjakan kejahatan, keadaannya ibarat seorang hamba yang derhaka, kemudian diheret ke hadapan tuannya.

Mendengar jawapan Abu Hazim, tangisan Sulaiman makin sesak dan kuat. Seraya itu, beliau meminta, Berikanlah nasihat kepada saya.

Abu Hazim berkata, Jangan biarkan Allah melihat kamu dalam keadaan melakukan hal yang terlarang, ataupun dalam keadaan meninggalkan hal yang disuruh tuhan.imam al-Ghazali di dalam kitab Ihyanya bahawa suul khatimah itu ada dua tahap, iaitu :

1.Tahap pertama : Iaitu tercetus syak terhadap Allah ataupun menafikan keimanan terhadapNya di saat berhadapan dengan kematian. Tahap ini adalah yang paling membimbangkan kerana jika ia terjadi, maka antara dia dan Allah pasti ada hijab yang sangat besar. Sekaligus tidak terlepas daripada azab yang pedih dan berkekalan.2.Tahap kedua : Iaitu hatinya diselubungi urusan dunia atau nafsu syahwat ketika sedang berhadapan dengan kematian. Dia terus tenggelam dalam situasi tersebut hingga lupa pada tuhan dan nasib akhiratnya. Akhirnya, roh yang diangkat dalam keadaan tersebut bakal menimbulkan penyesalan yang sangat besar di hatinya. Setelah itu, barulah dia meronta dan merayu kepada tuhan agar dikembalikan ke dunia bagi menebus waktu lalu dengan amalan kebaikan.Kedua-dua tahap suul khatimah ini bakal menghumbankan mangsanya ke neraka, namun hanya mangsa tahap kedua sahaja yang akan dikeluarkan dan dimasukkan ke syurga setelah menerima balasan yang ditetapkan oleh Allah ke atasnya. Ini kerana, barangsiapa yang merasa syak terhadap keesaaan Allah dan menyekutukanNya, maka tiada seksaan yang lebih ringan kecuali kekal di neraka sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam al-Quran.TANDA-TANDA HUSNUL KHATIMAHPerkara ghaib merupakan rahsia Allah s.w.t yang tidak mungkin dibongkar oleh mana-mana nabi mahupun malaikat tanpa izinNya. Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Anam, ayat ke-59 yang bermaksud, FirmanNya lagi di dalam surah al-Jin, ayat ke-26 yang bermaksud, Oleh kerana itu, tiada seorang manusia pun yang mampu mengatakan adakah si fulan merupakan penghuni syurga ataupun neraka? Adakah si fulan termasuk dalam golongan yang terselamat atau golongan yang malang? Barangkali ada orang yang mampu menjangkakan hal ini berdasarkan amalan si fulan di dunia, tetapi ia tetap bukan suatu kepastian. Oleh yang demikian, Allah s.w.t mencipta beberapa petanda bagi menandakan seseorang itu mati dalam keadaan husnul khatimah. Ia adalah satu bentuk ganjaran daripada tuhan, sekaligus sebagai berita gembira buat si mati dan ahli keluarganya.

Antara tanda-tanda husnul khatimah adalah :

1. Mengucap kalimah syahadah :Kalimah syahadah, iaitu tiada tuhan selain Allah. Ia merupakan kalimah yang diamanahkan kepada sekalian utusan Allah agar mengajarkannya kepada manusia. Kerana kalimah itulah, dunia dan akhirat tercipta. Begitu juga dengan syurga dan neraka, kitab kanan dan kiri serta timbangan ringan dan berat. Kalimah inilah yang menjadi ukuran di sisi Allah s.w.t. Ia sebagai tali yang erat yang mengikat antara hamba dan tuhannya. Disebabkan kalimah inilah, para hamba yang pada awalnya dihumban ke neraka, akhirnya dibawa masuk ke syurga.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

Pada suatu hari, Umar al-Khattab melihat Talhah bin Ubaidillah berada dalam keadaan yang agak gelisah, lalu Umar bertanya kepadanya, Kenapa denganmu, wahai Talhah? Jangan-jangan, kamu disakiti isteri bapa saudaramu?Talhah menjawab, Tidak. (Talhah memuji Abu Bakar). Cuma, saya pernah terdengar Rasulullah s.a.w berkata sesuatu, namun saya tidak mampu bertanya tentangnya kepada Rasulullah hinggalah baginda wafat.Talhah menyambung, Saya dengar Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya saya mengetahui satu kalimah, barangsiapa yang menyebutnya di saat hendak mati, nescaya tubuhnya akan bercahaya dan Allah akan memudahkan kesukarannya.

Umar pun berkata, Sungguh, saya tahu apakah kalimah yang dimaksudkan.

Talhah memohon jawapan yang lebih lengkap daripada Umar, lalu Umar menjawab, Ketahuilah bahawa ia satu kalimah yang agung, yang pernah baginda s.a.w ajarkan kepada bapa saudaranya ketika hendak mati, iaitu tiada tuhan selain Allah.

Talhah berkata, Kamu benar. Itulah kalimahnya. Demi Allah, itulah kalimahnya.

2. Mati dalam keadaan dahi berpeluh :

Buraidah bin al-Hasib r.a menceritakan bahawa beliau pernah menziarahi saudaranya ketika berada di Kota Khurasan. Pada pertemuan itu, saudaranya meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahi. Lalu Buraidah berkata, Allahu Akbar! Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Kematian orang mukmin itu dalam keadaan berpeluh dahinya.

Dikatakan bahawa peluh di dahi terhasil disebabkan peritnya kematian. Dikatakan juga bahawa peluh di dahi pada saat hendak mati merupakan petanda yang baik.

Ibnu Malik berkata, Kematian itu tersangat perit sehingga menyebabkan dahi seorang mukmin berpeluh. Ia adalah sebagai penghapus dosa atau bagi mengangkat darjatnya.At-Turubisyti berkata, Dahi berpeluh boleh terjadi disebabkan dua kemungkinan. Pertama, kesakitan yang dihadapi saat bergelut dengan kematian. Kedua, ia merupakan kiasan kepada penat lelah orang mukmin dalam mencari yang halal serta mujahadahnya dalam melakukan amal sedekah dan solat secara berterusan hingga ke detik pertemuan dengan Allah s.w.t. Namun, pendapat yang pertama lebih tepat berbanding yang kedua.Al-Iraqi berkata, Terdapat perbezaan pendapat sekitar maksud hadis tersebut. Dikatakan, peluh yang keluar di dahi terhasil akibat peritnya kematian. Dan dikatakan juga bahawa ia disebabkan oleh rasa malu si mati. Seorang mukmin apabila mendapat khabar gembira pada saat kematiannya, dia sedar betapa banyaknya dosa yang telah dia perbuat, lalu merasa malu dengan Allah sehingga berpeluh di bahagian dahi.

3. Mati pada malam jumaat atau siangnya :

Abdullah bin Amru r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

Imam Tirmizi berkata, Barangsiapa yang meninggal dunia pada hari jumaat, nescaya dia sudah dapat melihat kurniaan Allah ke atasnya. Ini kerana, pada hari tersebut, api neraka tidak dinyalakan, setiap pintunya ditutup dan penjaganya tidak bekerja sebagaimana pada hari-hari biasa.Apabila Allah s.w.t mengangkat roh salah seorang daripada para hambaNya pada hari jumaat, maka itu adalah petanda bahawa insan tersebut bakal memperolehi kebahagian abadi dan kesudahan yang indah. Dan yang pasti, Allah tidak akan mencabut nyawa seseorang pada hari tersebut melainkan insan-insan yang terpilih, yang dijanjikan kebahagian di sisiNya. Selain daripada itu, mereka akan terlepas daripada sebarang fitnah kubur. Antara hikmah daripada petanda ini adalah bagi membezakan antara golongan mukmin dan munafiq.Mubarakfuri menukilkan di dalam kitabnya, Tuhfah al-Ahwazi :

Barangsiapa yang meninggal dunia pada hari jumaat, maka ganjarannya adalah syahid. Mereka mendapat keistimewaan yang sama iaitu tidak lagi dipersoal di alam kubur.

Hal ini menunjukkan kelebihan hari jumaat serta keistimewaan yang Allah s.w.t berikan ke atas umat Islam dan mereka yang meninggal pada hari tersebut.

4. Mati syahid di medan perang :

Allah s.w.t menjanjikan ganjaran syahid buat mereka yang berjuang bagi menegakkan kalimah Allah dan yakin dengan janji-janjiNya. Firman Allah s.w.t di dalam surah Ali Imran, ayat 169-171 yang bermaksud, Al-Miqdam bin Madiy Karb meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Menurut riwayat yang lain, terdapat tambahan di dalam hadis ini iaitu, Seorang sahabat meriwayatkan bahawa seorang lelaki pernah mendatangi Rasulullah s.a.w dan bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimanakah para syuhada tidak diuji dengan fitnah kubur sebagaimana orang mukmin yang lain?Lalu baginda menjawab, Cukuplah libasan pedang di atas kepalanya sebagai fitnah.

Ganjaran mati syahid ini bukan sahaja bagi mereka yang terbunuh di medan perang, bahkan dikurniakan oleh Allah s.w.t buat para hambaNya yang benar-benar berharap agar mati syahid, namun ditakdirkan untuk tidak mati di medan perang.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

Para sahabat apabila mengetahui tentang ganjaran mati syahid, mereka bersegera menyahut panggilan jihad. Bahkan ramai di kalangan para sahabat yang menghidu wangian syurga di medan peperangan. Hatta undian terpaksa dilakukan di dalam sesebuah rumah bagi memilih siapakah yang berjaya untuk keluar berjihad. Hal ini disebabkan oleh ghairahnya para sahabat untuk meraih syahid di jalan Allah s.w.t. Dalam masa yang sama, mereka tidak mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap ahli keluarga, justeru itulah mereka terpaksa menitipkan mana-mana ahli keluarga lelaki bagi menjaga keluarga.Imam az-Zahabi menukilkan di dalam kitab Siyar Alam an-Nubalak bahawa ketikamana Rasulullah s.a.w menyeru kaum muslimin untuk menyertai peperangan Badar, mereka bergegas menyahutnya, sedangkan berperang pada ketika itu bukanlah hal yang wajib.Dikisahkan bahawa Khaitsamah bin al-Haris r.a berkata kepada anaknya, Saad, Utamakanlah saya untuk keluar berperang, sementara kamu menjaga isteri-isteri dan ahli keluargamu.

Saad pun menjawab, Wahai ayahku, kalau bukan kerana syurga, nescaya saya akan dahulukan kamu.

Lantas Khaitsamah dan anaknya membuat undian. Lalu nasib menyebelahi Saad menerusi undian tersebut. Dia kemudiannya keluar berperang dan syahid di medan Badar. Pada peperangan seterusnya, iaitu perang Uhud, Khaitsamah akhirnya berjaya menyahut seruan jihad dan meraih syahid. Termasuk dalam golongan yang meraih syahid adalah orang yang mati fi sabilillah meskipun tidak terbunuh di medan perang. Iaitu punca kematiannya bukanlah kerana dibunuh musuh, dan pada saat itu dia bersama-sama dalam pasukan perang.Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada para sahabat,

Abu Malik al-Asyaari r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

5. Mati disebabkan penyakit taun :

Penyakit taun adalah sejenis radang yang berpunca daripada pembuluh darah yang rosak. Meskipun begitu, penyakit ini merupakan rahmat daripada Allah s.w.t sebagai penghapus dosa yang telah dilakukan oleh seseorang.Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang penyakit taun, lalu baginda memberitahunya bahawa penyakit tersebut merupakan azab yang Allah s.w.t timpakan ke atas sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, lalu dijadikan sebagai rahmat ke atas sekelian orang mukmin.

Menurut hadis Amir bin Saad bin Abi Waqas yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahwa Amir mendengar ayahnya bertanya kepada Usamah bin Zaid, Apakah yang kamu pernah dengar daripada Rasulullah s.a.w berkenaan dengan penyakit taun? Lalu Usamah menjawab, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Pada zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab r.a, sekitar tahun ke-18 hijriah, kaum muslimin dilanda penyakit Taun Amwas. Antara yang meninggal dunia disebabkan penyakit tersebut adalah Abu Ubaidah Amir bin al-Jarrah r.a, Muaz bin Jabal dan anaknya, Abdul Rahman.Ketika penyakit taun merebak luas di Kota Syam, Abu Ubaidah yang ketika itu menjadi gabenor wilayah bangun berkhutbah di hadapan orang ramai dan berkata, Sesungguhnya penyakit ini merupakan rahmat Allah ke atas kalian. Ia adalah doa nabi kalian dan punca bagi kematian orang-orang soleh sebelum kalian. Dan sesungguhnya Abu Ubaidah berdoa kepada Allah agar dikurniakan bahagian daripada yang demikian (iaitu wabak yang merupakan rahmat) buat dirinya. Tidak lama setelah itu, Abu Ubaidah dijangkiti wabak dan meninggal dunia.Hal yang sama dilakukan oleh Muaz bin Jabal r.a setelah beliau memangku jawatan Abu Ubaidah. Beliau berdiri di hadapan orang ramai dan mula berkhutbah, Wahai hadirin, sesungguhnya penyakit ini merupakan rahmat Allah ke atas kalian. Ia adalah doa nabi kalian dan punca bagi kematian orang-orang soleh sebelum kalian. Dan sesungguhnya Muaz berdoa kepada Allah agar mengurniakan bahagian daripada yang demikian buat ahli keluarganya. Tidak lama setelah itu, anaknya, Abdul Rahman meninggal dunia disebabkan jangkitan wabak.

Kemudian, Muaz berdoa khusus buat dirinya. Akhirnya, beliau pula dijangkiti wabak dan meninggal dunia.

Antara hadis lain yang menceritakan tentang wabak taun adalah riwayat Hafsah binti Sirin bahawa Anas bin Malik pernah bertanya kepadanya, Apakah punca kematian Yahya bin Abi Amrah? Lalu Hafsah menjawab, Disebabkan penyakit taun.Anas pun berkata, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Penyakit taun yang menimpa mana-mana muslim merupakan syahadah (iaitu mati syahid).

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis tentang penyakit taun daripada Saidatina Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Utbah bin Abd as-Silmi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Dan sanad hadis ini adalah hasan.Demikianlah beberapa hadis yang menunjukkan betapa besarnya rahmat Allah s.w.t apabila ingin mengangkat darjat orang-orang yang bersabar di atas ujianNya. Sesungguhnya, apa yang menimpa mereka bukanlah kerana kesilapan yang mereka lakukan, malah kesilapan yang mereka lakukan tidak pula menjadi punca mereka ditimpa musibah. Akan tetapi, Allah s.w.t Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

6. Mati disebabkan penyakit dalam perut :

Terdapat beberapa pendapat tentang penyakit yang dimaksudkan. Ada yang mengatakan rasa sakit seperti perut memulas. Ada juga yang berpandapat ia adalah penyakit busung air atau perut bengkak dan mengembung. Dan pendapat yang lebih umum adalah sebarang rasa sakit di perut ketika hendak mati.Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan mengadu,

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

Abdullah bin Yasar bercerita, Saya pernah duduk bersama Sulaiman bin Sard dan Khalid bin Arfathah. Tiba-tiba ada yang datang memberitahu tentang kematian seorang lelaki yang meninggal dunia disebabkan sakit perut. Sulaiman dan Khalid menampakkan reaksi ingin melihat jenazah tersebut. Salah seorang daripada mereka berkata, Bukankah Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Barangsiapa yang meninggal dunia disebabkan sakit di perutnya, maka dia tidak akan diazab di alam kubur. Sahabatnya yang lain menjawab, Kamu benar.

Antara penyakit lain yang menjanjikan syahid adalah penyakit radang selaput dada (pleurisy) dan penyakit batuk kering (tuberkulosis) sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Rasyid bin Hubaisy dengan sanad hasan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Mati disebabkan kebakaran adalah syahid, dan begitu juga penyakit sul (iaitu batuk kering).7. Mati disebabkan lemas, kebakaran atau runtuhan :

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

Dengan hadis ini, jiwa orang mukmin akan sentiasa tenang dan tidak berduka dengan peristiwa hitam yang lampau, namun tidak pula bergembira dengan apa yang bakal terjadi. Sekaligus menyerahkan segala urusan dan ketentuan kepada Allah s.w.t, satu-satunya yang berkuasa menentukan.Meskipun begitu, Islam menegah umatnya untuk melampau dalam sesuatu perkara. Antara yang dilarang oleh Islam adalah melampau dalam mendedahkan diri kepada malapetaka dan kebinasaan. Kita sendiri boleh memerhatikan statistik kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemanduan melebihi had laju, mengantuk, kurang mahir untuk memandu atau disebabkan masalah jalan raya dan lain-lain lagi. Kesemuanya memiliki unsur tafrit (melampau) yang ditegah sama sekali oleh Islam. Justeru itulah, wajib ke atas setiap muslim untuk menunaikan hak di jalanan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

8. Mati kerana melahirkan anak :

Ubadah bin Somit r.a meriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w menziarahi Abdullah bin Rawahah dan bertanya,

Maksud perkataan Jama adalah wanita yang meninggal dunia dalam keadaan bayi masih berada di kantung rahimnya.

Jabir bin Atik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

Hal ini menunjukkan betapa seksanya kesakitan yang dialami oleh para ibu sama ada ketika sedang hamil, bersalin, menyusu dan memelihara anaknya.

Sekiranya seorang anak yang derhaka terhadap ibu meluangkan masa untuk berfikir sejenak, pasti dia sedar betapa kejamnya dia. Ini kerana, dia telah membalas ihsan ibunya dengan kejahatan.

Malah meskipun seorang anak yang taat menilai baktinya terhadap ibu, nescaya dia pasti bahawa nilai baktinya tetap tidak setanding dengan pengorbanan ibunya.

Ibnu Umar r.a pernah memerhatikan seorang lelaki yang menggendong ibunya di belakang ketika sedang menunaikan tawaf di Kaabah. Lalu pada suatu ketika, lelaki tersebut menegur Ibnu Umar dan bertanya, Pada pendapat kamu, apakah saya telah membalas jasanya?Ibnu Umar menjawab, Sama sekali tidak. Bahkan ketaatanmu tidak mampu membalas keperitannya di saat melahirkanmu. Walau bagaimanapun, kamu sudah berbuat baik dan semoga Allah mengganjari amalan yang sedikit dengan pahala yang berganda.

Islam sangat memuliakan para wanita terutamanya golongan ibu sehingga mewajibkan setiap anak agar sentiasa berbuat baik terhadap ibu mereka. Bahkan antara keistimewaan yang dikurniakan buat wanita adalah kemuliaan syahid sekiranya wanita itu meninggal dunia disebabkan bersalin atau darah nifas yang keluar.Demikianlah kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t buat kaum wanita yang menjadi tanda betapa halusnya keagungan dan kelembutanNya.

9. Mati kerana mempertahankan agama, nyawa dan harta :

Said bin Zaid r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa seorang lelaki pernah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata,

Mukhariq r.a berkata, Seorang lelaki pernah mendatangi Rasulullah s.a.w seraya mengadu,

10. Mati dalam keadaan melakukan amal soleh :

Allah s.w.t telah mempelbagaikan jenis amalan kebaikan dan menggandakan ganjaran pahala bagi setiap amalan tersebut. Bahkan ia menjadi sebab umur seseorang diberkati dan dosanya diampuni.Ada mukmin yang meninggal dalam keadaan sedang berzikir kepada Allah s.w.t, ada yang sedang solat, berpuasa atau sedang menunaikan ihram. Keadaan yang demikian merupakan kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t buat para hambaNya yang dikehendaki.

Para salafussoleh begitu bersungguh-sungguh dalam melazimi amal ibadah dalam kehidupan harian mereka. Antaranya adalah Malik bin Dinar, beliau pernah berkata, Sekiranya saya mampu untuk tidak tidur sepanjang hari, nescaya saya tidak akan tidur. Namun, tidur itu menjadi hal yang tidak mampu dielak oleh sesiapapun.

Orang sekeliling bertanya kepada beliau, Kenapa kamu berharap begitu?

Malik menjawab, Saya bimbang sekiranya malaikat maut mengunjungi saya di saat tidur, sedangkan Jabir bin Abdullah r.a pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

Malah Huzaifah bin Yaman pernah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w bahawa sabdanya,

Kita yakin bahawa kematian itu adalah perkara ghaib yang tidak tahu bilakah datangnya. Justeru itu, kita digalakkan untuk sentiasa bersiap sedia bagi menghadapinya. Sekiranya Allah mengizinkan malaikat maut untuk mencabut roh seseorang dalam keadaan sedang melakukan amal soleh, nescaya berbahagilah si fulan itu dengan kebahagiaan yang abadi.

Barangsiapa yang benar-benar jujur terhadap Allah tika di dunia dan sentiasa melakukan amalan kebaikan bagi menuntut redhaNya, maka Allah pasti akan menyambutnya dengan baik di saat kematian.

Ada orang yang sangat rindu untuk bertemu dengan Sang Tuhan, hingga bergelak ketawa saat roh terpisah dari jasad. Dia seolah-olah melihat nikmat syurga yang menanti dan azab neraka yang menjauh. Semoga Allah s.w.t turut mencintai kita dan mengurniakan hati yang jujur terhadapNya serta jasad yang setia beribadah padaNya.11. Mati dalam keadaan sempat bertaubat dan berbuat amal soleh :

Tanda ini agak sama sebagaimana tanda yang ke-10, namun ia khusus dengan taubat yang diperbaharui. Malah taubat tersebut dilakukan dengan penuh kesungguhan, jujur dan diiringi dengan amalan kebaikan yang berterusan.

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

Begitu juga Abu Umamah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

Dalam hadis yang lain, Abu Utbah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

12. Pujian manusia ke atas si mati :

Apabila seorang mukmin meninggal dunia, lalu masyarakat dan jiran memujinya dengan kebaikan dan ketaqwaannya saat hidup, maka ia merupakan salah satu petanda bahawa si mati memperoleh husnul khatimah. Malah, memuji jenazah dengan kebaikan yang dilakukannya di dunia merupakan antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w.Anas bin Malik meriwayatkan bahawa .

Abu Aswad ad-Duali menceritakan bahawa dia pernah berkunjung ke Kota Madinah. Pada ketika itu, Kota Madinah dilanda satu penyakit yang menyebabkan banyak kematian berlaku.

Abu Aswad berkata, Saya duduk di samping Umar bin al-Khattab r.a. Apabila diiring sebuah jenazah di hadapan di kami, saya memujinya dengan amalan kebaikan yang pernah dilakukannya. Lalu Umar berkata, Pasti baginya!

Saya bertanya, Apa yang pasti, wahai Amirul Mukminin?

Umar menjawab, Saya hanya menyebut sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w,

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

Ketiga-tiga hadis ini menunjukkan bahawa penyaksian ke atas si mati bukanlah terhad kepada penyaksian para sahabat sahaja, bahkan ia umum kepada mana-mana orang mukmin yang berilmu dan jujur terhadap Allah s.w.t.

Hadis ini diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah dan direkod oleh Imam Muslim.

Munafiq, orang yang batinnya bercanggah dengan zahir.

Kitab al-Kabair, karangan Imam az-Zahabi, ms/100.

Kitab Ihya Ulumiddin karangan Imam al-Ghazali, ms/162, jilid ke-4.

Hadis riwayat al-Hakim dengan sanad yang hasan.

Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Hibba dan al-Hakim dengan sanad yang sahih.

Hadis riwayat Ahmad, an-Nasai, Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dengan sanad yang sahih.

Kitab Tuhfah al-Ahwazi, ms/49, jilid ke-4.

Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi dengan sanad yang hasan.

Kitab Tuhfah al-Ahwazi, ms/160, jilid ke-4.

Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih.

Hadis riwayat an-Nasai dengan sanad yang sahih.

Hadis riwayat Muslim.

Kitab Siyar Alam an-Nubalak, ms/277, jilid pertama.

Hadis riwayat Muslim dan Ahmad.

Hadis riwayat Abu Daud, al-Hakim dan al-Baihaqi dengan sanad yang hasan.

Hadis riwayat al-Bukhari di dalam kitab at-Tib, bab Ajru as-Sobir ala at-Taun. Rujuk kitab Fathulbari, ms/301, jilid ke-12.

Penyakit ini dinamakan sebagai wabak Amwas kerana mula merebak bermula daripada kawasan Amwas, Palestin.

Hadis riwayat Bukhari dan Ahmad.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis riwayat Muslim.

Hadis riwayat an-Nasai, Tirmizi, Ahmad dan Ibnu HIbban dengan sanad yang sahih.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis riwayat Ahmad, ad-Darimi dan at-Thayalisi dengan sanad yang sahih.

Hadis riwayat Malik, Abu Daud, an-Nasai, Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dengan sanad yang sahih.

Hadis riwayat Abu Daud, an-Nasai, Tirmizi dan Ahmad dengan sanad yang sahih.

Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan an-Nasai.

Hadis riwayat Ahmad dan an-Nasai dengan sanad yang sahih.

Hadis riwayat Muslim.

Hadis riwayat Ahmad dengan sanad yang sahih.

Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Hibban dan al-Hakim dengan sanad yang sahih.

Hadis riwayat at-Tabarani dengan sanad yang sahih.

Hadis riwayat Ahmad dan at-Tabarani dengan sanad yang sahih.

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Hadis riwayat al-Bukhari.

Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dengan sanad yang sahih.

Kitab Ahkam al-Janair, ms/34-45. Kitab Masyahid al-Maut, karangan Abdullah at-Talidi, ms/55.