lumba jalan kaki

5
LUMBA JALAN KAKI Definisi lumba jalan kaki ialah kemajuan langkah yang berterusan menyentuh permukaan bumi. Dua asas undang-undang boleh menjelaskan apa itu lumba jalan kaki: 1. Sebelah kaki mesti memijak bumi sepanjang masa, kaki hadapan mesti memijak bumi setelah kaki belakang diangkat; 2. Kaki belakang mesti diluruskan dari mula menyentuh bumi sehingga ke posisi tegak lurus dengan badan. Lumba jalan kaki adalah acara balapan yang unik melibatkan kekuatan, daya tahan dan fleksibiliti. Pelumba harus memfokuskan pada teknik berjalan sepanjang perlumbaan melalui tumpuan mental yang baik bagi mengekalkan gaya dan teknik berjalan yang sah. OBJEKTIF Selepas mempelajari topik ini kita akan dapat: 1. Melakukan kemahiran asas lumba jalan kaki dengan teknik yang sah dan selamat; 2. Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil perhatian dalam lumba jalan kaki; 3. Menyatakan undang-undang dan peraturan lumba jalan kaki; 4. Menganal pasti otot-otot utama yang digunakan dalam lumba jalan kaki;dan 5. Menganalisis fasa pergerakan dalam lumba jalan kaki. 1

Upload: afzan-razali

Post on 26-May-2015

5.819 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lumba jalan kaki

LUMBA JALAN KAKIDefinisi lumba jalan kaki ialah kemajuan langkah yang berterusan

menyentuh permukaan bumi. Dua asas undang-undang boleh menjelaskan apa itu lumba jalan kaki:

1. Sebelah kaki mesti memijak bumi sepanjang masa, kaki hadapan mesti memijak bumi setelah kaki belakang

diangkat;2. Kaki belakang mesti diluruskan dari mula menyentuh bumi

sehingga ke posisi tegak lurus dengan badan.

Lumba jalan kaki adalah acara balapan yang unik melibatkan kekuatan, daya tahan dan fleksibiliti. Pelumba harus memfokuskan pada teknik berjalan sepanjang perlumbaan melalui tumpuan mental yang baik bagi mengekalkan gaya dan teknik berjalan yang sah.

OBJEKTIF

Selepas mempelajari topik ini kita akan dapat:

1. Melakukan kemahiran asas lumba jalan kaki dengan teknik yang sah dan selamat;

2. Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil perhatian dalam lumba jalan kaki;

3. Menyatakan undang-undang dan peraturan lumba jalan kaki;

4. Menganal pasti otot-otot utama yang digunakan dalam lumba jalan kaki;dan

5. Menganalisis fasa pergerakan dalam lumba jalan kaki.

FASA-FASA KEMAHIRAN LUMBA JALAN KAKI

A. FASA SOKONGAN SEBELAH KAKI

1

Page 2: Lumba jalan kaki

Fasa sokongan sebelah kaki terbahagi kepada dua iaitu sokongan kaki hdapan dan sokongan kaki belakang. Fasa ini menghasilkan pecutan dan persediaan untuk menjejakkan kaki yang bebas.

i. Sokongan Kaki Hadapan

Fasa ini bermula sebaik sahaja kaki yang melangkah ke hadapan menyentuh permukaan bumi sehingga kaki tersebut berada dalam posisi yang lurus dengan badan. Pusat gravity berada pada kaki yang menyokong badan. Pergerakan ke hadapan dalam fasa ini ibantu oleh momentum yang terhasil semasa sokongan kaki belakang.

ii. Sokongan Kaki Belakang

Fasa ini memastikan kedua-dua belah kaki menyentuh bumi sepanjang masa dan ia bermula sebaik sahaja kaki sokongan melakukan tolakan ke hadapan manakala kaki yang bebas mula melangkah ke hadapan. Fasa ini juga menghasilkan pecutan dan persediaan bagi fasa sokongan dua belah kaki.

B. FASA SOKONGAN DUA BELAH KAKIFasa sokongan dua belah kaki berlaku hanya seketika iaitu ketika kedua-dua belah kaki menyentuh permukaan bumi. Fasa ini menghubungkan sokongan kaki belakang dan sokongan kaki hadapan. Pelaksanaannya ialah dengan menjejakkan tumit kaki hadapan ke permukaan bumi diikuti bebola kaki belakang menyentuh permukaan bumi. Kedua-dua belah lutut diluruskan dengan mengekalkan posisi badan berserta dengan ayunan tangan bersilang arah dengan langkahan kaki.

TEKNIK-TEKNIK PERGERAKAN

A. POSTUR BADAN

Postur badan perlu tegak dan relaks dari mulan langkahan hingga akhir langkahan. Teknik memperoleh postur badan

2

Page 3: Lumba jalan kaki

yang betul ialah dengan menegangkan otot belakang badan dan otot abdominal. Bahu relaks dan fleksi siku. Tegakkan kepala dan terus memandang ke hadapan.

B. PERGERAKAN TANGAN

Ayunan tangan yang betul dapat mengekalkan momentum pergerakan ke hadapan dan menghasilkan imbangan badan yang baik. Teknik ini dilaksanakan dengan fleksi siku 85°hingga 90° sepanjang masa. Ayunan tangan rapat pada badan. Semasa ayunan belakang, genggaman tangan dirapatkan ke sisi pinggul dan semasa ayunan hadapan, tangan selari dengan dada.

C. PERGERAKAN PINGGUL

Pergerakan pinggul adalah aksi putaran ke hadapan dan ke belakang. Fleksibiliti bahagian pinggul penting untuk menghasilkan pergerakan yang baik. Aksi ini memastikan kita memperoleh kedudukan tapak kaki yang betul panjang langkah yang optimum semasa melangkah.

D. KEDUDUKAN KAKI DAN TAPAK KAKI

Kedudukan kaki dan tapak kaki semasa berjalan akan membantu kita memperoleh panjang langkah yang optimum dan aturan langkah yang pantas. Keadaan ini akan menghasilkan kelajuan pergerakan kaki melangkah.

OTOT-OTOT UTAMA YANG TERLIBAT KETIKA LUMBA JALAN KAKI

1. Gluteal;2. Hamstring

3. Gastrocnemius4. Quadriceps

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

1. Penentuan posisi ketika permulaan ditentukan mengikut seeding yang dilaksanakan oleh penganjur;

2. Perlumbaan yang berlangsung di balapan akan diadili oleh enam orang hakim termasuk seorang ketua hakim;

3. Amaran akan diberikan sekiranya teknik jalan kaki tidak mengikut definisi perlumbaan;

4. Tiga amaran akan diberi sebelum penyertaan dibatalkan

3

Page 4: Lumba jalan kaki

5. Tanda kuning dengan symbol kesalahan akan ditunjukkan sebagai tanda amaran. Tanda merah pula ditunjukkan sebagai penyertaan dibatalkan;

6. Penyertaan akan dibatalkan oleh ketua hakim apabila tiga hakim sependapat cara berjalan tidak mengikut definisi lumba jalan kaki;dan

7. Sekiranya pertandingan diadakan di balapan, individu yang dibatalkan mesti segera meninggalkan balapan.

LUMBA JALAN KAKI MEMERLUKAN TEKNIK BERJALAN KAKI YANG SAH. LATIHAN YANG SISTEMATIK MENGIKUT PRINSIP-PRINSIP LATIHAN AKAN MEMBANTU KITA MENGUASAI TEKNIK BERJALAN YANG BETUL. HAL INI PENTING SUPAYA KITA DAPAT MENGELAK DARIPADA MELAKUKAN TEKNIK BERJALAN YANG TIDAK SAH DAN DIBATALKAN KETIKA PERTANDINGAN. SELAIN ITU, ASPEK-ASPEK KESELAMATAN JUGA PERLU DIBERI PERHATIAN UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG RISIKO KECEDERAAN

4