@lpp laporan tahunan 2013 · laporan tahunan lpp 2013 95 kelab myagrosis usm/lpp telah ditubuhkan...

3
94 Lembaga Pertubuhan Peladang Perjanjian Persefahaman (MOU) Antara LPP/JPW/NAFAS USAHAWAN PELADANGNITA Seramai 1,202 orang usahawan PeladangNita telah didaftarkan pada tahun 2012 dan jumlah ini telah meningkat kepada 1,208 orang pada tahun 2013. Jumlah Usahawan PeladangNita bagi tahun 2012 - 2013 adalah seperti di Jadual 34: -DGXDO -XPODK 8VDKDZDQ 3HODGDQJ1LWD 7DKXQ ² Negeri 2012 2013 Perlis 61 61 Kedah 61 61 Pulau Pinang 115 115 Perak 191 191 Selangor 119 119 Negeri Sembilan 50 50 Melaka 41 41 Johor 56 56 Pahang 180 180 Terengganu 101 107 Kelantan 66 66 Sabah 114 114 W.P Labuan 47 47 -XPODK 1,202 1,208 KELAB MYAGROSIS Kelab MYAGROSIS (MY - Malaysia, AGRO - Pertanian, SIS - siswazah) adalah kelab bagi siswazah dalam pelbagai bidang pengajian di IPTA yang berminat dalam aktiviti pengeluaran agro makanan. Kelab ini bertujuan melahirkan usahawan siswazah yang berkeyakinan, mempunyai daya saing yang tinggi dalam bidang pengeluaran serta pemasaran produk agro makanan. Objektif utama penubuhan Kelab MYAGROSIS adalah seperti berikut: i. Memupuk minat dalam bidang keusahawanan pertanian sejajar dengan VORJDQ 3HUWDQLDQ $GDODK 3HUQLDJDDQ ii. Memberi pendedahan bahawa bidang pertanian sebagai kerjaya pilihan utama. iii. Memberi kesedaran tentang peranan kerajaan terhadap kepentingan golongan mahasiswa sebagai pewaris bangsa dan negara. iv. Membantu meningkatkan nilai-nilai keusahawanan tani dan asas tani. v. Melahirkan usahawan tani yang moden, dinamik dan berdaya saing.

Upload: nguyentram

Post on 15-Jun-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

94 Lembaga Pertubuhan Peladang

Perjanjian Persefahaman (MOU) Antara LPP/JPW/NAFAS

USAHAWAN PELADANGNITA

Seramai 1,202 orang usahawan PeladangNita telah didaftarkan pada tahun 2012 dan jumlah ini telah meningkat kepada 1,208 orang pada tahun 2013. Jumlah Usahawan PeladangNita bagi tahun 2012 - 2013 adalah seperti di Jadual 34:

Negeri 2012 2013

Perlis 61 61

Kedah 61 61

Pulau Pinang 115 115

Perak 191 191

Selangor 119 119

Negeri Sembilan 50 50

Melaka 41 41

Johor 56 56

Pahang 180 180

Terengganu 101 107

Kelantan 66 66

Sabah 114 114

W.P Labuan 47 47

1,202 1,208

KELAB MYAGROSIS

Kelab MYAGROSIS (MY - Malaysia, AGRO - Pertanian, SIS - siswazah) adalah kelab bagi siswazah dalam pelbagai bidang pengajian di IPTA yang berminat dalam aktiviti pengeluaran agro makanan.

Kelab ini bertujuan melahirkan usahawan siswazah yang berkeyakinan, mempunyai daya saing yang tinggi dalam bidang pengeluaran serta pemasaran produk agro makanan.

Objektif utama penubuhan Kelab MYAGROSIS adalah seperti berikut:

i. Memupuk minat dalam bidang keusahawanan pertanian sejajar dengan

ii. Memberi pendedahan bahawa bidang pertanian sebagai kerjaya pilihan utama.

iii. Memberi kesedaran tentang peranan kerajaan terhadap kepentingan golongan mahasiswa sebagai pewaris bangsa dan negara.

iv. Membantu meningkatkan nilai-nilai keusahawanan tani dan asas tani.

v. Melahirkan usahawan tani yang moden, dinamik dan berdaya saing.

95Laporan Tahunan LPP 2013

Kelab MYAGROSIS USM/LPP telah ditubuhkan pada 1 Mei 2012 yang dianggotai seramai 320 ahli dan dikawal selia sepenuhnya di bawah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Sahsiah Pelajar, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

Kelab MYAGROSIS USM/LPP telah menerima peruntukan sebanyak RM85,000 untuk Projek K-Shoppe di bawah program Agro Niaga dan RM50,000 untuk projek tanaman cendawan di bawah program Agro Ladang.

JALINAN KERJASAMA DI ANTARA MOHE DAN MOA

Hasil idea penubuhan MYAGROSIS turut membawa jalinan kerjasama diantara Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi membolehkan proses pemindahan teknologi pertanian mengikut kepakaran jabatan/agensi (Mentor) di dalam MOA kepada para mahasiswa yang sedang menuntut di IPTA.

Aktiviti dan Struktur MYAGROSIS adalah sepertiberikut:

Bidang perniagaantani yang disyorkan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

Bidang perniagaantani di ladang (Perladangan, Perikanan Ternakan).

Bidang perniagaantani, peruncitan, perindustrian, pemprosesan, pemasaran dan industri tani.

Bidang inovasi berasaskan sumber pertanian (Kreatif-tani). Ia melibatkan R & D dan inovasi ke atas produk konvensional.

JABATAN / AGENSI(Mentor Pemindahan Teknologi Pertanian)

UNIVERSITI (IPTA)(Kelab MYAGROSIS)

MYAGROSIS

Kelab ini bertujuan melahirkan usahawan

siswazah yang berkeyakinan,

mempunyai daya saing yang tinggi dalam

bidang pengeluaran serta pemasaran

produk agro makanan.

Sepanjang tahun 2013, pelbagai aktiviti telah diatur oleh LPP kepada ahli - ahli kelab MYAGROSIs USM. Di antaranya :

i. Memberi latihan hands-on mengenai projek tanaman cendawan.

ii. Melibatkan ahli-ahli kelab dalam aktiviti pameran dan jualan.

96 Lembaga Pertubuhan Peladang

iii. Lawatan ke Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Pulau.

iv. Mengadakan lawatan ke projek-projek usahawan seperti tanaman cili fertigasi, tanaman cendawan, pemprosesan.

v. Menganjurkan kursus asas penanaman cendawan dan kawalan penyakit.

vi. Melibatkan ahli kelab dalam seminar dan konvensyen keusahawanan.

Usahawan CendawanLPP Terengganu