lp mokhtar muhammad 98 24

24
TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERMAKLUMAT: SATU ANALISIS SEMULA PERANAN MEDIA ELEKTRONIK Dl MALAYSIA Disediakan Oleh: Mokhtar Muhammad Abdullah @ Kassim Mohamad Darusalam Abu Bakar Jamaludin Abdul Rashid Haliza Hasan 1998 COPYRIGHT @ UiTM

Upload: tika-daud

Post on 23-Nov-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERMAKLUMAT:

    SATU ANALISIS SEMULA PERANAN MEDIA ELEKTRONIK Dl MALAYSIA

    Disediakan Oleh:

    Mokhtar Muhammad Abdullah @ Kassim Mohamad

    Darusalam Abu Bakar Jamaludin Abdul Rashid

    Haliza Hasan

    1998

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Kumpulan Penyelidik MOKHTAR MUHAMMAD

    KETUA PROJEK

    Tandatangan

    ABDULLAH @ KASSIM MOHAMAD Ahli

    HALIZA HASAN Ahli

    Tandatangan

    COPYRIGHT @ UiTM

  • PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membolehkan penyelidikan ini

    disiapkan dengan sempurna

    Di antaranya:

    Datuk Ir. (Dr.) Ahmad Zaidee Laidin (Rektor)

    Prof. Dr. Syed Noh Syed Ahmad (Penolong Rektor 1998)

    Dr. Azmuddin Ibrahim (Dekan Fakulti Sebaran Am)

    Prof. Madya Dr. Norsaadah Hj. Ismail (Ketua BRC)

    Dr. Rahmah Mohd Rashid (Koordinator Sains Sosial dan Kemanusiaan, BRC)

    dan

    Semua staf dan pelajar yang terlibat

    COPYRIGHT @ UiTM

  • ABSTRAK

    Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk melihat sama ada terdapat pertalian di antara teknologi

    komunikasi dari proses pembentukan masyarakat bermaklumat. Kajian ini meliputi semua

    penduduk Malaysia yang terdedah kepada salah satu daripada media informasi elektronik

    (radio; televisyen, briteks dan internet). Mereka juga terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.

    Penganalisaan kajian mengenai impak media ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang

    didapati dari kumpulan responden tersebut. Perbincangan tentang hasil kajian dibuat dengan

    terperinci meliputi aspek-aspek seperti (i) Penggunaan Media Elektronik, (ii) Keberkesanan

    Siaran Pendidikan di Radio dan Televisyen, (iii) Peranan Teknologi Komunikasi Dalam

    Pembentukan Masyarakat Bermaklumat dan (iv) Faktor Demografi Responden

    Secara keseluruhan kajian mendapati bahawa majoriti responden memiliki radio'dan/atau

    televisyen dan lebih kerap mengikuti rancangan di televisyen berbanding radio. Kajian ini juga

    menunjukkan bahawa majoriti responden tidak menggunakan internet, lebih-lebih lagi briteks.

    Dari segi peranan media dalam membentuk masyarakat bermaklumat pula, kajian

    menunjukkan bahawa majoriti responden berpendapat bahawa televisyen memainkan

    peranan terpenting berbanding dengan media lain. Responden juga telah menyatakan tentang

    keupayaan maklumat yang diterima melalui media-media dalam mempengaruhi mereka

    dalam menerima sesuatu perubahan.

    i

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Kandungan Muka Surat

    Abstrak f

    1.0 Pengenalan dan Objektif 1 . 1 1.1 Latarbelakang 1 . 1 1.2 Media Elektronik dan Masyarakat 1 - 1 1.3 Objektif Kajian 1 . 2 1.4 Penemuan dan Faedah yang Dijangka 1 - 2 1.5 Skop Kajian 1 . 2

    2.0 Tinjauan Susastera 2 - 1 2.1 Definisi Komunikasi 2 - 1

    2.1.1 Takrifan Yang Menekankan Penyebaran Atau 2 - 2 Pengiriman

    2.1.2 Takrifan Yang Menekan Pengkongsian Makna 2 - 3 2.1.3 Takrifan Yang Menekankan Pembujukan 2 - 3 2.1.4 Takrifan Yang Menekankan Aspek Tingkahlaku 2 - 4

    2.2 Kesan Media Terhadap Pengetahuan 2 - 4 2.2.1 Media Sebagai Sumber Maklumat 2 - 4 2.2.2 Media Sebagai Bahan Rujukan 2 - 5 2.2.3 Media Sebagai Agen Pembentukan Kemahiran 2 - 6

    2.3 Kesan Media Terhadap Tingkahlaku Masyarakat 2 - 6 2.3.1 ImpakIklan Ke Atas Kanak-Kanak 2 - 6 2.3.2 Impak Media Ke Atas Remaja 2 - 7

    2.4 Kesan Media Terhadap Masyarakat 2 - 7 2.4.1 Media Sebagai Agen Sosialisasi 2 - 7

    2.5 Pembentukan Masyarakat 2 - 8 2.5.1 Media Massa, Masyarakat dan Stratifikasi Sosial 2 - 8 2.5.2 Media Dan Penbentukan Minda Masyarakat 2 - 1 0

    2.6 Fungsi Dan Kesan Media Dalam Pembentukan Minda 2 - 1 1 Masyarakat 2.6.1 Fungsi Memberitahu 2 - 1 1 2.6.2 Fungsi Mendidik 2 - 1 1 2.6.3 Fungsi Membujuk 2 - 1 2 2.6.4 Fungsi Menghibur 2 - 1 2 2.6.5 Hubungan Di Antara Media Dan Stratifikasi Sosial 2 - 1 3

    3.0 Metodologi 3 - 1 3.1 Rasional Pemilihan Kaedah 3 - 1 3.2 Rasional Pemilihan Kawasan Kajian 3 - 1 3.3 Skop Kajian 3 - 2 3.4 Kaedah Pensampelan dan Saiz Sampel 3 - 2

    ii

    COPYRIGHT @ UiTM

  • 3.5 Kaedah Pengumpulan Data 3 - 2 3.6 Kaedah Analisis 3 - 3

    4.0 Analisis Kajian 4 - 1 4.1 Analisis Mengenai Penggunaan Medium Radio Dan TV 4 - 1 4.2 Rancangan-Rancangan Radio Dan TV 4 -18 4.3 Analisis Keberkesanan Siaran Pendidikan Di Radio Dan TV 4 - 3 7 4.4 Penggunaan Medium Internet Dan Briteks 4 - 4 1 4.5 Peranan Teknologi Komunikasi Dalam Pembentukan Masyarakat

    Bermaklumat 4 - 5 2 4.6 Analisis Peranan Media dalam Membentuk Masyarakat

    Bermaklumat 4 - 6 1

    4.7 Faktor Demografi Responden 4 - 65

    5.0 Kesimpulan dan Cadangan 5 - 1 5.1 Kesimpulan 5 - 1 5.2 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 5 - 2

    Bibliografi

    COPYRIGHT @ UiTM

  • 1.0 PENGENALAN DAN OBJEKTIF

    1.1 Latarbelakang

    Hari ini, istilah bermaklumat telah digunakan untuk menerangkan celek atau berpengetahuan

    dalam soal-soal kehidupan seperti ekonomi, politik, muzik, komputer dan sebagainya. Oleh

    itu bermaklumat dalam bidang muzik boleh diertikan sebagai berpengetahuan dalam bidang

    muzik, bermaklumat dalam bidang komputer sebagai berpengetahuan dalam bidang komputer

    dan seterusnya. Dan memberi pengetahuan dalam melahirkan individu atau kumpulan

    bermaklumat adalah salah satu fungsi komunikasi.

    1.2 Media Elektronik dan Masyarakat

    Dalam era yang dipanggil zaman bermaklumat (information age) ini komunikasi dan

    penyebaran maklumat adalah perkara penting. Lebih ramai orang terlibat dalam penciptaan,

    pemerosesan dan komunikasi maklumat. Umpamanya, kakitangan bank, guru, pengendali

    komputer, pekerja dalam industri komunikasi, individu dalam kumpulan tertentu. Proses

    komunikasi dan penyebaran maklumat bertambah canggih dan dunia menjadi semakin kecil.

    Proses penyebaran maklumat adalah begitu cekap, cepat dan tepat. Telefaks, videoteks,

    telefon bergambar, internet, telegraf, faksimili, satelit penyiaran terus (DBS), radio dan TV

    kabel, penerbitan setempat (Desktop Publishing), TV berdefinisi tinggi (HDTV) dan Iain-Iain

    adalah contoh teknologi yang membantu dalam proses pewujudan masyarakat bermaklumat.

    Masyarakat bermaklumat adalah salah satu pra-syarat bagi pembentukan negara maju

    menjelang tahun 2020. Justeru, mengetahui bagaimana teknologi komunikasi membantu

    dalam proses ini adalah sesuatu yang penting dan bermanfaat.

    1 - 1

    COPYRIGHT @ UiTM

  • 1.3 Objektif Kajian

    Objektif umum penyelidikan ini ialah untuk menganalisis peranan media elektronik di dalam

    membentuk masyarakat bermaklumat.

    Manakala objektif khusus pula dapat dilihat dari beberapa aspek antaranya:

    1. Mengkaji pengguna dan penggunaan teknologi komunikasi dalam penyebaran maklumat

    di kawasan-kawasan terpilih dalam kajian.

    2. Menilai peranan teknologi komunikasi dalam pembentukan masyarakat bermaklumat.

    1.4 Penemuan Dan Faedah Yang Dijangka ,

    Kajian ini dijangka dapat menghasilkan beberapa penemuan yang boleh memberi gambaran

    semula tentang peranan media elektronik di dalam membentuk masyarakat bermaklumat.

    1.5 Skop Projek

    Skop projek meliput semua penduduk Malaysia yang terdedah kepada salah satu daripada

    media elektronik iaitu radio, tv, briteks dan internet.

    1 - 2

    COPYRIGHT @ UiTM

  • 2.0 KAJIAN LITRATUR

    2.1 Definisi Komunikasi

    Komunikasi sering dibicarakan dalam dua aspek iaitu komunikasi fizikal dan komunikasi

    antara manusia. Komunikasi fizikal melibatkan perhubungan seperti perhubungan jalan raya

    keretapi dan kapal terbang. Komunikasi antara manusia pula lebih tertumpu kepada

    perhubungan antara manusia yang melibatkan penyampaian atau penukaran sesuatu utusan

    daripada individu kepada individu yang lain sama ada secara bersemuka atau melalui

    perantaraan media massa.

    Istilah komunikasi ialah terjemahan daripada istilah Inggeris, communication. Istilah

    Inggeris ini pula berasal daripada istilah Latin iaitu communcare yang bermaksud to make *

    common atau mewujudkan persamaan.

    Hybels dan Weavers (1991), menyatakan komunikasi adalah apa saja proses di mana

    melibatkan seseorang berkongsi maklumat, idea dan perasaan. Proses tersebut bukan

    hanya melibatkan percakapan dan tulisan perkataan tetapi juga bahasa badan, gaya dan

    tingkahlaku dan meliputi apa saja perkara yang memberi makna kepada mesej.

    Diana Janun (1991), memetik pendapat Alexender Code (1959), yang memberi definisi

    komunikasi sebagai maklumat yang dijadikan milik bersama.

    Berdasarkan kepentingan sumber dalam komunikasi, maka Irving Janis (1953),

    mendefinisikan komunikasi sebagai proses ransangan secara lisan untuk memperigaruhi

    perlakuan individu lain. Steven (1966) menyatakan pandangannya dari perspektif penerima,

    di mana komunikasi adalah tindakbalas individu terhadap ransangan.

    4- 1

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Stewart dan D'Angelo (1988), pula menyatakan bahawa proses komunikasi atau hubungan

    manusia melibatkan perpindahan maklumat, mempunyai suasana (dipengaruhi oleh faktor

    sekeliiing, psikologi dan hubungan) dan mempunyai metamesej.

    Nayan (1975) menyatakan, komunikasi adalah proses yang berlaku di antara manusia

    sejagat yang menggalakkan perpindahan buah fikiran, pengetahuan, sikap dan kemahiran

    untuk menghasilkan kerjasama, penyelarasan, perancangan dan pembelajaran yang lebih

    baik.

    Mohd Yusuf (1975), menyatakan bahawa definisi komunikasi adalah kegiatan bertujuan dan

    sengaja, dalam ertikata seseorang individu menyampaikan perutusan kepada individu lain

    dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu ransangan darinya. Ini berdasarkan kepada

    definisi Cord Hovland (1948), yang menyatakan bahawa komunikasi adalah proses

    seseorang individu (penghubung atau sumber) menyampaikan ransangan (selalunya

    lambang verbal) untuk mengubah perlakuan individu (orang yang dihubungi atau penerima)

    George Lundberg pula menyatakan perhubungan komunikasi sebenarnya ialah interaksi

    melalui tanda dan lambang yang boleh mengendurkan ketegangan dan melahirkan

    persaudaraan.

    Menurut Dance (1970), terdapat 98 takrifan komunikasi yang berbeza. Bagaimanapun

    takrifan terbahagi kepada empat kategori seperti yang diterangkan berikutnya.

    2.1.1 Takrifan Yang Menekankan Penyebaran Atau Pengiriman

    Theodorson dan Theodorson (1969) mengatakan bahawa "Komunikasi adalah pengiriman

    maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada seorang individu atau kumpulan kepada

    individu atau kumpulan yang lain dengan mengunakan simbol-simbol". Takrifan sedemikian

    merupakan satu asas komunikasi yang dikatakan berlaku sekiranya terdapat pergerakan

    usaha daripada satu pihak. Di sini dengan hanya mengirimkan atau menyampaikan

    maklumat fikiran atau emosi kepada orang lain, komunikasi dikatakan telah berlaku.

    2 - 2

    COPYRIGHT @ UiTM

  • 2.1.2 Takrifan Yang Menekankan Perkongsian Makna

    Antara takrifan komunikasi yang boleh digolongkan dalam kategori ini ialah yang

    dikemukakan oleh Wilbur Schramn (1971). Menurut Schramn ia dianggap satu perkongsian

    orientasi terhadap satu set isyarat maklumat. Rogers (1969), pula mentakrifkan komunikasi

    sebagai satu proses apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi di

    antara satu sama lain dengan bertujuan untuk mencapai persefahaman. Perkongsian yang

    ditekankan di sini ialah perkongsian sesuatu isyarat. Sesuatu isyarat atau maklumat mungkin

    memberitahu makna yang berlainan kepada individu.

    Kita sering mendengar masalah "jurang komunikasi" di antara ibu bapa dan anak. Jurang

    komunikasi itu sebahagian besarnya disebabkan kedua-dua pihak tidak dapat

    bersetujudengan apa yang mereka bicarakan kerana ibu bapa dan anak mempunyai

    perspektif mereka yang tersendiri.

    Menurut Dervin (1983), kita sering menganggap bahawa sesuatu maklumat itu akan memberi

    makna yang sama kepada semua individu. Hakikat yang sebenar ialah, setiap individu

    memproses maklumat yang diterima berdasarkan pengalaman masanya dan juga

    persekitarannya. Dengan itu dua individu yang berasal daripada latar belakang yang sama

    tidak semestinya mempunyai tafsiran yang sama terhadap sesuatu maklumat. Pengalaman

    individu itu sendiri dan juga matlamat hidupnya akan mempengaruhi bagaimana ia

    mentafsirkan sesuatu maklumat itu.

    2.1.3 Takrifan Yang Menekankan Pembujukan

    Kebanyakan aktiviti komunikasi yang dilaksanakan sekarang ini mempunyai unsur-unsur

    pembujukan. Carl Hovland (1953) mentakrifkan "komunikasi sebagai proses penyampaian

    ransangan (lazimnya secara lisan) dengan bertujuan untuk menukar tingkahlaku individu

    lain".

    2 - 3

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Charles Osgood (1954) pula, menyatakan bahawa komunikasi berlaku apabila satu sistem

    atau sumber cuba mempengaruhi sistem lain atau sasarannya, dengan memanipulasikan

    beberapa simbol alternatif yang boleh disampaikan melalui saluran yang menghubungkan

    mereka.

    2.1.4 Takrifan Komunikasi Yang Menekankan Aspek Tingkahlaku

    Carter (1973), mengganggap komunikasi sebagai satu tingkahlaku. Menurut beliau, apabila

    seseorang individu berkomunikasi, beliau bukanlah bertindak terhadap maklumat yang

    sampai kepadanya. Di sebaliknya, apabila individu berkomunikasi ia berusaha untuk mencari

    maklumat yang boleh digunakan bagi mengatasi permasalahan yang sedang dihadapinya

    supaya ia mempunyai satu gambaran yang lebih tepat tentang alam persekitaran yang perlu

    dihadapinya.

    Beliau mentakrifkan komunikasi sebagai satu cara bagaimana seseorang individu mencari

    dan menyebarkan maklumat tentang realiti keadaan di sekeliling agar ia dapat mengawal

    atau memandu perjalanan hidupnya sama ada secara sendirian ataupun secara kelompok

    "dengan individu yang lain. Pada pandangan Carter, komunikasi ialah satu tingkahlaku yang

    digerakkan oleh individu untuk mencari dan menyebarkan sesuatu maklumat.

    2.2 Kesan Media Terhadap Pengetahuan

    2.2.1 Media Sebagai Sumber Maklumat

    Media dianggap sebagai sumber maklumat utama bagi masyarakat Malaysia hari ini. Lebih

    80% pelajar sekolah rendah menggunakan media dalam proses pembelajaran mereka.

    Manakala 60% orang dewasa menggunakan media sebagai cara untuk memilih pemimpin.

    Oleh yang demikian, media juga merupakan sumber maklumat yang paling percayai oleh

    masyarakat.

    2 - 4 COPYRIGHT @ UiTM

  • Terdapat beberapa faktor yang mendorong masyarakat menggunakan media dalam

    kehidupan seharian mereka. Faktor yang utama ialah media mampu memperkayakan lagi

    idea masyarakat terhadap sesuatu perkara. la juga memperagakan sesuatu keadaan secara

    lebih simbolik yang akhirnya berupaya menarik sensitiviti masyarakat. Ibu bapa pula

    menjadikan program-program di televisyen sebagai satu cara untuk melatih anak-anak

    mereka ke arah yang lebih dinamik dan pragmatik. Contohnya menerusi rancangan "Along",

    ia akan dapat melatih kanak-kanak untuk lebih berminat mempelajari kaedah untuk mengira,

    menulis, juga membaca (3M).

    2.2.2 Media Sebagai Bahan Rujukan

    Seseorang pengguna media tidak teragak-agak untuk cuba menerima maklumat daripada

    media sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Masyarakat menggunakan mesej-mesej

    yang diperoleh daripada media untuk dijadikan sebagai asas dalam usaha untuk memaiukan

    diri di masa-masa akan datang. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa media sering dianggap

    sebagai bahan rujukan dalam masyarakat.

    Bagi masyarakat di Malaysia, contohnya apabila tiba musim pilihanraya, seseorang individu

    atau kumpulan tertentu akan bergantung sepenuhnya kepada media sebelum sebarang

    keputusan dibuat. Maklumat-maklumat yang disebarkan oleh media mampu mendorong

    seseorang untuk bersikap natural atau tidak menyokong mana-mana pihak dan sebaliknya.

    Ketika negara menghadapi masalah kegawatan ekonomi, masyarakat mendapatkan

    maklumat terkini mengenai hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi negara menerusi media

    massa. Dengan hal yang demikian, tidak hairanlah jika media massa sering kali dijadikan

    sebagai sumber rujukan.

    2 - 5 COPYRIGHT @ UiTM

  • 2.2.3 Media Sebagai Agen Pembentukan Kemahiran

    Tidak semua program-program di media massa terutamanya di kaca televisyen menjurus ke

    arah hiburan semata-mata. Ada di antara program-program tersebut yang memberi faedah

    secara langsung kepada masyarakat. Contohnya seperti rancangan MINDA di TV1,

    rancangan Cyberwave di TV3, Beyond 2000, dan banyak lagi.

    Menerusi rancangan-rancangan sebegini, masyarakat akan lebih terdedah kepada maklumat

    terkini mengenai sains, teknologi, dan sebagainya. Pertemuan-pertemuan terbaru dalam

    dunia sains juga tidak ketinggalan walaupun ianya merupakan rancangan yang diimport dari

    luar negara.

    2.3 Kesan Media Terhadap Tingkah Laku Masyarakat

    2.3.1 Impak Iklan Ke Atas Kanak-Kanak

    Perkembangan budaya lepak adalah kesan daripada iklan. Remaja menyaksikan

    keseronokan melepak dalam iklan "Rota" dan "Cornetto" (ais krim). Perhubungan bebas di

    kalangan lelaki dan perempuan di dalam iklan di pameran sebagai aktiviti yang penuh dengan

    keriangan dan ketara melalui nilai masyarakat hari ini.

    Tetapi inilah yang acap kali ditekankan oleh media sebagai budaya baru yang diagung-

    agungkan oleh barat. Selain itu, lihat sahaja iklan Salem dan Peter Stuyvesant (kedua-

    duanya merupakan jenama rokok) yang memaparkan tentang "kebenaran di barat" dengan

    cara yang jelas iaitu pergaulan bebas, melepak dan sebagainya.

    4- 6 COPYRIGHT @ UiTM

  • 2.3.2 Impak Media Ke Atas Remaja

    Berdasarkan teori Catharsis, apabila seseorang itu menonton filem, ia akan dapat

    mengurangkan tekanan yang dihadapinya. Bagaimanapun, sampai bilakah filem yang

    bercorak action movie ini menjadi tempat untuk melepaskan tekanan?

    Sebaliknya dalam teori Stimulation, seseorang akan lebih bersikap agresif sesudah menonton

    sesebuah filem yang berunsur ganas. Keadaan ini berlaku seolah-olah menerusi filem

    tersebut, ia mendapat ilham. Inilah yang amat dikhuatiri.

    2.4 Kesan Media Terhadap Sikap Masyarakat

    2.4.1 Media Sebagai Agen Sosialisasi

    Mesej yang kita terima daripada media komunikasi massa akan kita tafsirkan berdasarkan

    nilai yang ada pada diri kita sendiri. Ini jelas ketara dengan mesej dalam TV yang kita terima.

    Jadi pada diri kita telah ada proses 'sense-making'. Kita memberikan makna dan tafsiran

    kepada mesej yang kita terima.

    Media cetak dan elektronik mula menyeleweng daripada matlamat utamanya iaitu sebagai

    agen pendidik dan pemberi maklumat. Dua motif ini telah dilupakan dan media lebih

    menekankan kepada aspek hiburan semata-mata dan mula mengenepikan nilai ketimuran,

    adab, dan akhlak.

    Tetapi yang dipersoalkan oleh masyarakat umum sekarang ialah unsur yang keterlaluan. Ini

    bukan sahaja seks, keganasan, tahyul tetapi juga penyebaran budaya liar dan negatif yang

    bertentangan dengan budaya timur kita seperti budaya hedonisme, berfoya-foya, pergaulan

    bebas, keruntuhan akhlak, dan sebagainya.

    2 - 7 COPYRIGHT @ UiTM

  • Contohnya dalam usaha kerajaan menekankan konsep keluarga bahagia, media lebih

    berminat untuk menyiarkan cerita yang memaparkan perkelahian dalam keluarga, perebutan

    harta pusaka, dan aspek-aspek yang membelakangkan tatasusila antara keluarga.

    2.5 Pembentukan Masyarakat

    2.5.1 Media Massa, Masyarakat Dan Stratifikasi Sosial

    Media massa diertikan sebagai alat perhubungan yang dapat menyampaikan maklumat

    kepada orang ramai dalam sama yang singkat (menurut Ramus Dewan). Encik Hamdan

    Adnan dalam artikelnya yang bertajuk 'Media Massa dan Pengguna' mentakrifkan media

    massa sebagai alat yang digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

    Media massa terdiri daripada media elektronik iaitu radio, televisyen, alat rakaman, tayangan

    gambar dan alat-alat komunikasi yang berasaskan elektronik dan media cetak iaitu akhbar,

    majalah, buku, risalah, brosur dan seumpamanya.

    Dengan itu, media massa bolehlah dikatakan sebagai alat perhubungan di antara manusia

    dan manusia yang lain dalam menyalurkan maklumat, pandangan, hiburan, pengajaran serta

    membentuk nilai-nilai tertentu dalam kehidupan.

    Masyarakat pula ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, di

    mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah

    laku sosial (menurut De Fleur dan De Fleur).

    Dalam kamus Dewan pula masyarakat diertikan sebagai kumpulan manusia yang hidup

    bersama dalam suatu tempat dengan aturan-aturan dan cara hidup tertentu.

    Masyarakat terbina daripada individu-individu tertentu yang membentuk keluarga. Keluarga

    merupakan institusi sosial yang paling asas terdapat dalam sesebuah masyarakat. Pada

    asasnya keluarga secara mudah dilihat daripada keanggotaannya yang terdiri daripada ayah,

    2 - 8 COPYRIGHT @ UiTM

  • emak dan anak-anak. Daripada keluarga asas ini pula akan membentuk keluarga luas yang

    terdiri daripada ayah, emak, anak-anak dan cucu yang melibat dua generasi atau lebih.

    Himpunan daripada keluarga-keluarga ini pula akan membentuk sebuah masyarakat.

    Masyarakat terbahagi pula kepada beberapa stratifikasi sosial bergantung kepada apa yang

    dihargai dan dinilai sebagai baik dan diperlukan oleh masyarakat yang berkenaan.

    Contohnya kemahiran atau jawatan yang dipegang oleh seseorang (menurut David & Moore),

    kriteria kekeluargaan, sifat peribadi, pencapaian dan benda-benda yang dimiliki (menurut

    Takot Persons), kriteria agama, tanggung jawab, berpendidikan dan kedudukan ekonomi

    (menurut Husin Ali) dan faktor jantina (Christian Delphy). Unsur dan kriteria seperti yang

    dinyatakan itu merupakan faktor-faktor yang meletakkan seseorang itu berada dalam kelas

    sosial tertentu.

    Dengan itu stratifikasi sosial bererti perbezaan individu dalam masyarakat yang

    menyebabkan kemunculan satu hirarki yang terdiri daripada lapisan orang yang berlainan

    kedudukan. Pada kebiasaannya, kelas masyarakat di negara ini dibahagikan mengikut

    kriteria tahap pendidikan dan umur. Oleh itu kelas sosial negara ini bolehlah dibahagikan

    kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan elit (terpelajar dan berkedudukan tinggi),

    kumpulan orang awam (kurang terpelajar), kumpulan remaja dan kanak-kanak.

    Hubungan di antara media dan stratifikasi sosial adalah dalam bentuk peranan dan pengaruh

    media terhadap masyarakat sasaran dan bagaimana pula masyarakat yang terdiri daripada

    berbagai-bagai strata ini menerima media massa dalam bentuk yang mereka pilih.

    Media massa dan masyarakat sememangnya tidak dapat dipisahkan perkaitan antara

    keduanya. Tanpa media, masyarakat tidak mendapat berita, pengetahuan dan hiburan.

    Tanpa masyarakat pula, media tidak dapat berfungsi seperti yang diharapkan kerana media

    kehilangan khalayak. Perkaitan yang sangat rapat ini memberi kesan pro dan kontra

    terhadap kehidupan sesebuah masyarakat.

    2 - 9 COPYRIGHT @ UiTM

  • Dalam konteks media dan masyarakat, pembentukan masyarakat akan dilihat daripada sudut

    bagaimana media massa berperanan dalam pembentukan minda sesebuah masyarakat dan

    bagaimana pula masyarakat tersebut memberi maklum balas mereka terhadap media serta

    kesan-kesan yang timbul akibat daripada penglibatan media dalam masyarakat yang

    mempunyai berbagai-bagai stratifikasi.

    2.5.2 Media Dan Pembentukan Minda Masyarakat

    Setakat ini di Malaysia, selera pemilihan media untuk menerima maklumat oleh rakyat di

    seluruh negara ternyata berbeza. Ada yang gemar membaca akhbar, tidak kurang pula yang

    gemar menonton televisyen atau sebilangan yang lain gemar mendengar radio sahaja.

    Bukan selera pemilihan sahaja yang berbeza, kemampuan pemilikan juga berbeza

    berdasarkan taraf sosio ekonomi rakyat. Kemudian, kemudahan prasarana dan kemudahan

    asas juga berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Mungkin di satu-satu tempat

    ada rakyat yang mampu membeli televisyen tetapi kerana ketiadaan elektrik terpaksalah dia

    menggunakan radio sahaja. Dengan itu, komunikator kerajaan haruslah menyalurkan

    maklumat melalui semua jenis media massa yang ada di wilayahnya. i Masyarakat yang terdiri daripada berbagai-bagai kelas sosial menerima media mengikut cara

    mereka tersendiri. Sesetengah masyarakat menerima mesej daripada media tanpa membuat

    sebarang penilaian dan analisis. Mereka hanya menerima mesej tersebut dengan tidak

    mengambil kira akan kesahihan dan objektif mesej yang disampaikan.

    Bagi sesetengah masyarakat pula, mereka membuat penilaian akan kesahihan mesej yang

    diterima dan membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pengetahuan yang ada pada mereka.

    4- 10 COPYRIGHT @ UiTM

  • 2.6 Fungsi Dan Kesan Media Dalam Pembentukan Minda Masyarakat

    2.6.1 Fungsi Memberitahu

    Fungsi ini bolehlah dikatakan antara fungsi komunikasi yang terawai yang digunakan oleh

    manusia. Tujuannya adalah untuk memberitahu masyarakat sesuatu perkara yang dirasakan

    oleh media perlu diketahui oleh orang lain. Fungsi memberitahu ini menumpukan

    perhatiannya kepada penyampai atau sumber maklumat. Tujuan penyampai adalah untuk

    memberitahu. Apakah reaksi daripada mereka yang menerima maklumat tidak begitu

    dipentingkan. Untuk memastikan bahawa fungsi ini berjaya, media seringkaii menggunakan

    strategi seperti menyebarkan maklumat sebanyak mungkin atau menyampaikan maklumat

    dengan lebih kerap. Misalnya iarangan merokok di khalayak ramai dan larangan memandu

    ketika mabuk. Radio dan televisyen boleh membuat pengumuman itu dengan seberapa

    kerap yang mungkin untuk memberitahu masyarakat.

    2.6.2 Fungsi Mendidik

    Fungsi ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan seseorang itu tentang sesuatu

    perkara atau sesuatu bidang. la mementingkan kedua-dua belah pihak iaitu penyampai dan

    penerima maklumat bagi memastikan fungsi tersebut tercapai. Kejayaan fungsi ini

    bergantung kepada sejauh mana seseorang itu merasai pengetahuannya bertambah hasil

    daripada maklumat yang diterima. Fungsi ini tidak begitu berkesan sekiranya maklumat yang

    disampaikan telah sedia diketahui oleh penerima. Contoh fungsi ini ialah ruangan Akhbar

    Dalam Darjah (ADD) dalam akhbar Berita Harian dan rancangan Ehwal Islam dan belajar

    membaca Al-Quran di televisyen.

    Di samping peranan mendidik secara umum, media juga boleh berperanan membentuk

    generasi baru iaitu masyarakat muda-mudi hari ini bagi menyediakan diri untuk menghadapi

    zaman 2020 yang lebih mencabar. Persoalan adakah generasi hari ini mampu mencorakkan

    4- 11 COPYRIGHT @ UiTM

  • kegemilangan 2020 ataupun 2020 hanyalah impian yang tidak kesampaian semata-mata

    akibat daripada kesiiapan generasi muda hari ini.

    2.6.3 Fungsi Membujuk

    Fungsi membujuk digunakan oleh kerajaan untuk memenangi hati dan fikiran rakyat. Selain

    daripada digunakan oleh kerajaan, fungsi ini banyak digunakan dalam iklan-iklan untuk

    memujuk masyarakat supaya terpengaruh dan termakan pujukan supaya membeli barangan

    yang diiklankan itu. Dengan itu masyarakat yang akan terbentuk sekiranya fungsi ini

    berkesan ialah masyarakat membeli atau masyarakat yang setia dan patuh dengan kerajaan

    akibat daripada pujukan-pujukan yang diberikan.

    Selain daripada itu, pembujukan yang berlebihan sama ada oleh media ataupun kepada

    masyarakat akan memberikan kesan buruk dalam pembentukan minda masyarakat itu

    sendiri. Contoh yang paling ketara ialah dalam pembentukan minda kanak-kanak yang

    mudah terpengaruh dengan iklan sehinggakan mereka- dapat meniru gaya watak dan

    ungkapan-ungkapan yang terdapat dalam sesuatu iklan itu. Jika disuruh mereka melakonkan

    semula iklan tersebut, mereka pasti boleh.

    2.6.4 Fungsi Menghibur

    Fungsi Menghibur yang dimainkan oleh media begitu ketara dilihat dan begitu meluas dalam

    apa jua bentuk media. Wayang gambar, rancangan hiburan yang disiarkan melalui radio dan

    televisyen, drama, komik, kartun dan sebagainya. Kekesanan fungsi ini dapat diketahui

    daripada reaksi orang ramai.

    Pada asasnya fungsi ini bertujuan untuk memberi kerehatan dan melapangkan fikiran kepada

    masyarakat tetapi jika sekiranya ianya terlalu banyak disogokkan maka ia akan memberi

    kesan yang buruk kepada masyarakat. Hiburan-hiburan yang diimport dari negara-negara

    barat lebih banyak memberi kesan buruk berbanding kebaikan. Justeru itu, masyarakat yang

    4- 12 COPYRIGHT @ UiTM

  • terbentuk daripada hiburan yang beriebihan ini adalah masyarakat yang lalai, lupa

    tanggungjawab, hilang harga diri, merosakkan norma-norma masyarakat dan sebagainya

    kerana terpengaruh dengan keseronokan yang merugikan itu.

    Para remaja khususnya, adalah kumpulan yang mudah terpengaruh dengan hiburan-hiburan

    yang melalaikan sehingga mereka berkhayalan dan mengagungkan-agungkan para artis

    secara yang keterlaluan. Daripada kesan pengaruh sedemikian dan dengan serangan-

    serangan yang dilakukan ke atas penonton di Malaysia khasnya kepada kanak-kanak dan

    belia, tidak mustahil kelak mereka akan mewarisi budaya tersebut sehingga ianya menjadi

    salah satu daripada cirti budaya mutlak mereka. Media massa bertanggungjawab

    membentuk cara berpakaian, bertutur, bergaul dan sebagainya sehingga mereka memegang

    prinsip bom to be free, seakan-akan mereka kehilangan agama. Hakisan budaya akhirnya

    berlaku menyebabkan budaya tradisi menjadi asing.

    Mohd. Hamdan Adnan melaporkan dalam rencananya, 'Kesan Media Massa Terhadap

    Budaya Belia' bahawa:

    "belia-belia berwajah selekeh dengan gaya rambut ganjil di lorong-lorong Kuala Lumpur, Jakarta dan Bangkok hari ini tidak akan sedikit pun terlintas di fikiran mereka mengenai gaya rambut yang sedemikian jika tidak kerana mereka didedahkan kepada rancangan televisyen, majalah dan bahan pembacaan asing."

    Oleh itu, media cetak dan elektronik haruslah membendung hal tersebut agar anak-anak

    muda lebih mengutamakan sesuatu yang lebih bererti dalam membina kehidupan.

    2.6.5 Hubungan Di Antara Media Dan Stratifikasi Sosial

    Peranan dan fungsi media massa adalah berlainan bagi tiap-tiap golongan elit, menengah

    dan bawahan. Golongan elit memerlukan segala maklumat yang sesuai untuk memastikan

    keberkesanan dasar dan rancangan mereka. Contohnya dalam bidang ekonomi, golongan

    ini memanfaatkan media massa semaksimum mungkin untuk kepentingan mereka seperti

    ruangan saham, berita-berita ekonomi, perkembangan perdagangan semasa di arena

    4- 13 COPYRIGHT @ UiTM

  • antarabangsa dan sebagainya. Begitu juga dengan golongan elit politik yang

    memanipulasikan media massa sebagai alat propaganda.

    Golongan menengah menjadikan media massa sebagai satu bidang kemasyarakatan yang

    penting, penyumbang ke arah keilmuan, pembentukan ke arah kesejahteraan masyarakat,

    sumber maklumat, santapan masa lapang untuk kerehatan dan penyalur hiburan.

    Golongan bawahan pula menganggap media massa hanya sebagai suatu alat yang memberi

    hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa mengambil manfaat daripada maklumat-

    maklumat semasa dan kemasyarakatan. Golongan ini menjadikan media sebagai suatu

    kemestian untuk berhibur.

    4- 14 COPYRIGHT @ UiTM

  • 3.0 METODOLOGI

    Berdasarkan kepada matlamat dan objektif kajian seperti yang dinyatakan di atas, kaedah

    kajian temubual bersemuka (face-to-face interview) telah diguna pakai dalam kajian ini.

    Dalam membincangkan bab kaedah kajian penyelidik cuba menghurai bahagian-bahagian

    berikut bagi memudahkan pembaca memahami kaedah penyelidikan yang digunakan.

    3.1 Rasional Pemilihan Kaedah

    Memandangkan kepada pola sampel yang akan diambil adalah di kalangan penduduk

    Malaysia yang berbeza dari segi latarbelakang pendidikan, status keluarga, pendedahan

    kepada media, kosmopolite dan sebagainya, maka penyelidik berpendapat adalah wajar

    kaedah temubual diguna pakai dalam kajian ini bagi membolehkan pengumpulan data yang

    diperlukan dapat dikumpul dengan sistematik dan lengkap. Di samping alasan di atas

    penyelidik berpendapat;

    r) Bagi memastikan bahawa jawapan yang diberi oleh responden adalah "tulen",

    ii) Bagi memastikan responden faham soalan,

    iii) Mengawal responden daripada dipengaruhi oleh orang lain dalam memberi jawapan.

    3.2 Rasional Pemilihan Kawasan Kajian

    Memandangkan kepada kemajuan teknologi komunikasi serta keupayaan masyarakat seluruh

    tanahair untuk memiliki televisyen, radio serta berupaya membeli dan mendapat media cetak

    di agen-agen jualan, maka penyelidik berpendapat bahawa semua bandar-bandar besar di

    seluruh tanahair bolehlah dijadikan lokasi kajian. Bandar-bandar besar atau bandar Ibu negeri

    adalah lokasi di mana penduduk Malaysia boleh membeli majalah, akhbar dan sebagainya

    sebagai bahan informasi. Di samping bahan informasi bercetak ini penduduk di kawasan

    4- 1 COPYRIGHT @ UiTM

  • bandar lebih terdedah kepada media elektronik dan saluran informasi yang terkini.

    Disebabkan faktor inilah penyelidik merasakan kawasan bandar di setiap negeri dijadikan

    sebagai kawasan kajian.

    3.3 Skop kajian

    Kajian ini meliputi semua golongan penduduk Malaysia. Penduduk ini tinggal di seluruh

    Malaysia termasuk di Sabah Sarawak. Mereka juga terdiri dari berbagai kaum dan bangsa

    seperti yang terdapat di Malaysia.

    3.4 Kaedah Pensampelan dan Saiz Sampei

    Kajian menggunakan kaedah pensampelan kuota di mana responden perlulah memenuhi dua

    syarat iaitu biasa terdedah kepada salah satu dari media elektronik dan/atau saluran informasi

    seperti briteks dan internet, dan tinggal di mana-mana lima zon di Malaysia. Zon Utara terdiri

    daripada negeri-negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, Zon Tengah pula terdiri dari negeri-

    negeri Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, Zon Timur terdiri daripada negeri-negeri Kelantan,

    Terengganu dan Pahang, Zon Selatan terdiri daripada negeri-negeri Johor, Melaka dan

    Negeri Sembilan, dan Zon Sabah/Sarawak pula terdiri daripada negeri-negeri Sabah dan

    Sarawak. Saiz sampei bagi setiap zon ialah 1,000 responden menjadikan 5,000 responden

    seluruhnya.

    3.5 Kaedah Pengumpulan Data

    Responden akan ditemubual berdepan menggunakan soalselidik yang akan dibuat bagi

    memenuhi kehendak kajian. Enumerator akan dilatih bagi membolehkan mereka

    melaksanakan tugas menemubual dengan baik.

    4- 2 COPYRIGHT @ UiTM

    M-LifeCross-Out