tan sri syed mokhtar al bukhary

29
TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY : ADAKAH CEPAT KAYA ? (Ulasan saya di bawah artikel ini - zaharuddin abd rahman) Umur - 53 tahun Pendidikan - SPM Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) Kekayaan -RM1,425 juta Ke 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes) Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. Latar belakang kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat

Upload: -

Post on 02-Jan-2016

353 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sekolah

TRANSCRIPT

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY : ADAKAH CEPAT KAYA ?

(Ulasan saya di bawah artikel ini - zaharuddin abd rahman)

Umur - 53 tahun Pendidikan - SPM Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) Kekayaan -RM1,425 juta Ke 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar

kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan

menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan.

Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam

banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.

Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di

Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.

Info ini diambil dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=546

KOMEN RINGKAS SAYA

1) Jelas dari info yang dinyatakan di atas. Keuntungan yang dihasilkan benar-benar atas kerja dan usaha yang tidak mudah serta memakan masa. Ia tidak bersifat cepat kaya.

2) Jelas juga kelihatan tender dan projek kerajaan adalah antara pendorong dan pembantu utama usahwan bumiputra seperti beliau untuk mencapai kedudukan sekarang. Saya pernah bertugas sebagai Shariah Consultant di sebuah syarikat Bumiputra dalam industri pembuatan, iaitu Ingress Corporation Berhad.

Syarikat ini adalah sebuah syarikat bumiputra contoh yang cukup dinamik dan energetic kerana tidak begitu banyak bergantung kepada tender kerajaan sahaja, tetapi meluaskan empayar ke Thailand, Indonesia dan lain-lain melalui kualiti tanpa 'bodek' politik mahupun rasuah. Benar, peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk usahawan Bumiputra jangan diabaikan selagi ia halal.  

3) Saya tidak nafikan, realiti di zaman ini memang sukar untuk berjaya di dalam bisnes yang besar-besar khasnya kecuali terdapat unsur-unsur tidak sihat seperti rasuah, tender tertutup, kabel orang dalam, kabel politik dan lain-lain.

Bagi mereka yang rasa diri terjebak atau ragu-ragu, salah satu tindakan terbaik adalah memperbanyakkan derma, sedeqah dan bantuan kepada masyarakat awam sebagaimana yang ditunjukkan model Yayasan Al-Bukhary. Sudah tentu saya tidak mengatakan beliau terlibat dengan apa-apa yang tidak sihat, cuma yang ingin saya tegaskan adalah perlunya usahawan Islam yang berjaya melakukan usaha seperti Yayasan kebajikan begini kerana ia memang menjadi pembersih kepada harta-harta syubhat dan haram serta mampu menaikkan keberkatan dalam pendapatan harta.

4) Dari kisah di atas juga kelihatan, sijil universiti bukan satu-satunya masa depan buat para pelajar. Hanya sekadar SPM (tapi SPM di zaman Tan Sri sebenarnya sememangnya sudah sangat hebat) seseorang masih boleh maju kehadapan.

5) Semua harta ini bukanlah menjadi milik kita selamanya, nikmatnya akan terhenti sejurus kematian menjelma kecuali bagi sesiapa yang bijak menggunakannya untuk alam akhirat.

6) Jadikan kisah di atas sebagai panduan dan motivasi diri untuk memberi manfaat kepada umat Islam yang lain.

Hari ini, saya meneliti permohonan pembiayaan Islam oleh sebuah syarikat milik bukan Islam. Syarikat ini menyediakan tin, dan bahan makanan dalam tin, susu dan lain-lain. Ia disahkan sebagai produk halal dan telah mendapat tempahan dari seluruh dunia terutamannya negera-negara umat Islam seperti UAE, Syria, Yemen, Qatar, Saudi, Iran, Sudan dan lain-lain. Betapa bersungguhnya mereka dalam kerjaya dan memohon pembiayaan Islam pula.

Tidak dinafikan, terdetik hasrat untuk melakukan yang sama demi membantu umat Islam dan masyarakat Islam disamping memperbanyakkan peluang pekerjaan buat umat Islam. Mari bersama saya menubuhkan sebuah Pasaraya Besar Islam yang halal, anda minat menjadi rakan kongsi dan melabur? :) Ia adalah satu peringatan ini buat diri saya sebenarnya.  

Sekian, sekadar ulasan ringan di waktu kesibukan yang amat kini.

Zaharuddin Abd Rahman

9 Julai 2007

http://www.zaharuddin.net/

Last update: 09-07-2007 16:26

Published in : Soal Jawab, Pelaburan

Users' Comments (72) Add your commentPosted by Fahmi bin Khairul Azmi, on 23-01-2010 03:52, IP 115.135.224.21, Guest1. sumbangan bina masjid di cambodiaunity service projek yang akan dijalankan di daerah Koh Kong, Cambodia June 2010...kami telah berhasrat untuk menyumbang sebuah masjid yg anggaran kosnya RM100k bagi menampung jemaah dr 3buah kpg..kami dapati bhw tidak terdapat sebuah masjid/surau di daerah tersebut bagi kemudahan masyarakat setempat untuk menunaikan ibadat..oleh itu, kami sangat berbesar hati jika yayasan al-bukhary dapat menyertai dan memberi sumbangan dalam projek yang dikendalikan oleh sekumpulan pelajar ini...telefon no sy- 0173498979...fastmie_64@hotmai l.com...di mana boleh sy dptkan contact yayasan al-bukhary??  » Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 13-12-2009 22:22, IP 118.100.191.74, Guest2. Komen ikhlasAssalamualaikum, Komen ringkas saya, kejayaan beliau adalah berkat doa seorang ibu. Ibunya pernah menceritakan, berdoa di depan Kaabah hingga berjam2 dgn linangan air mata. Berdoa semoga anak2nya diberikan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah. Alhamdulillah....semoga harta yang dimiliki digunakan ke jalan yang sebaiknya.  » Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 01-11-2009 18:29, IP 203.82.92.135, Guest3. KomenAssalamualaikum ustaz, susah sebenarnya untuk mendapatkan seorang muslim yang berfikiran spt Tan Sri ini. Alhamdulillah..untuk memuaskan hati setiap orang pulak adalah terlalu sukar..kita kena ingat, biz is always biz..mana ada peluang, kita kena rebut. tak kiralah govt ke, private ke atau apa saja. Klu tak invest dlm semua tu, mana nak dapat fund. Tanpa duit, mcm mana nak tolong orang lain..saya juga terlibat dlm buss, jadi sedikit sebanyak saya tahu susah senangnya..saya MERAYU kepada semua orang muslim, tolonglah sesama kita..meriahkan lah bisnes orang kita..kerana ZAKAT yang dikeluarkan adalah untuk kepentingan kita bersama..Akhir kata, JANGAN HANYA MENCEMUH, tapi BERSAMA-SAMA berusaha..bukan senang menjadi spt Tan Sri...Tahniah dan semuga terus berjaya..  » Reply to this comment...

Posted by ismail, on 26-10-2009 20:57, IP 203.82.91.102, Guest4. ingin tahu berkaitan hypermarket islam

askum ust. sya cuma nak tahu berkaitan dengan hypermarket islam yang ust. ingin tubuhkan. adakah ia sudah di tubuhkan atau tidak. jika belum saya teringin untuk menjadi rakan kongsi serta melabur. jika sudah adakan saya masih berpeluang untuk menjadi rakan kongsi atau dapat melabur dalan pasaraya tersebut? sebarang maklumat berkaitan bolehlah di hantar kepada e-mail saya iaitu ([email protected])atau hp (012-8448860)- ismail sunu  UZAR : inshallah, cuma kena tunggu saya siap PHD dulu, then kena buat kajian terperincin sblm mula. banyak kerja tu  » Reply to this comment...

Posted by dahlia, on 24-10-2009 15:44, IP 118.101.214.189, Guest5. bantu keperluan kifayah wanita muslimAlhamdulillah yayasan bukhary byk menyumbang dlm kerja amal dlm bidang seni & pendidikan. bila agaknya nak masuk bidang khidmat perubatan berasaskan islam? saya tgk masih belum cukup hospital berteraskan servis secara islam. mungkin di lembah kelang byk & mudah, tapi di negeri2 lain? contoh di melaka, TIDAK ADA LANGSUNG tempat perubatan atau klinik simple yang berasaskan islam. Nak cari dr muslim wanita untuk bersalin baru setahun dua ni ada di hospital swasta...kalau ada wanita2 muslim yg nak bersalin kat melaka ni, memang TAK ADA TEMPAT yg dktr nya muslim + wanita. hospital kerajaan..jgn tanya,.. penuh dgn kerenah yg tak terucap. saya sendiri jadi serik nak ke sana selepas anak yg pertama. Jadinya bila nak bersalin je, saya sanggup travel ke kuala lumpur untuk dpt perkhidmatan pusat bersalin muslimah, berbekalkan doa dan hrpan Allah izinkan saya bersalin dlm suasana islam, tgn yg menyambut baby islam,syariat terpelihara, etc. dah 8 tahun lebih saya tunggu di melaka ni tapi masih blum ada tmpat bersalin wanita yg islamik. walau yg kecil dgn klinik 2 tgkat shj pun tak mampu nak naik di melaka... kesian nya orang melaka ni... rasanya dah jadi fardhu kifayah utk org2 / kerajaaan di melaka ni utk mewujudkan hospital/pusat perubatan islam. pelancongan memang sgt terkenal tapi agama islam masih tersisih. mungkin UZAR ada link mana2/sapa2 yg bole memenuhi keperluan f/kifayah wanita islam di melaka...kita bukan sekadar nak kewangan je yg ikut syariat tapi berjihad nak lahirkan anak2 mengikut syariat, solat terpelihara, etc. sukar nak terima kenyataan dlm keadan tak sakit kita jaga aurat hujung rambut sampai kaki tapi bila bersalin..takkan nak biar kena 'exposed'!!sesama wanitapun ada auratnya, kan? Hrp UZAR dpt bantu.mesti ada mana2 yayasan ke, individu ke yg bole bantu buka hospital/klinik muslimah di melaka ni. saya tgh cuba nak cari sesiapa yg bole bantu. FYI saya skrg ni pun sdg pregnt smula.klau saya tak dpt, hrp muslimah lain di melaka ni tentu akan dapat manfaat.tq.  » Reply to this comment...» See all 1 replie(s)

Posted by muhammad, on 18-09-2009 10:40, IP 60.52.32.11, Guest6. 1 Melayu jutawan 100 000 melayu miskin.Posted by mohd, on 17-09-2009 23:19, IP 118.101.70.102, Guest 1. 1 Melayu jutawan 100 000 melayu miskin. buat apa 1 jutawan Melayu kita ada tapi 100000 anak bangsa melayu melarat.Cina tiada sekaya ini pun tapi dia ada 100000 ribu jutawan cina diMalaysia.buka yayasan senan kalau dah kaya sgt,tapi nak didik satu bangsa jadi hebat macam cina dlm niaga tu yg sepatutnya.Kenapa susah nak jumpa beliau,apa anak Melayu miskin tak layak ke bercampur dgn beliau.? 

  Mungkin sebab 1ooooo melayu tu tak reti2 nak ikot dan belajar ape yg 1 jutawan tu dah buat. dan cina pulak ada 100000 jutawan sebab dorang pandai belajar dr org lain...  Wallahualam  » Reply to this comment...» See all 3 replie(s)

Posted by mohd, on 17-09-2009 23:19, IP 118.101.70.102, Guest7. 1 Melayu jutawan 100 000 melayu miskin.buat apa 1 jutawan Melayu kita ada tapi 100000 anak bangsa melayu melarat.Cina tiada sekaya ini pun tapi dia ada 100000 ribu jutawan cina diMalaysia.buka yayasan senan kalau dah kaya sgt,tapi nak didik satu bangsa jadi hebat macam cina dlm niaga tu yg sepatutnya.Kenapa susah nak jumpa beliau,apa anak Melayu miskin tak layak ke bercampur dgn beliau.?  » Reply to this comment...

Posted by salman khan, on 07-07-2009 13:20, IP 60.50.10.220, Guest8. KAYA?Tan sri ni kaya bb dapat kontrak dari pihak kerajaan..  Em sape2 yang ada pengalaman dalam kerajaan tau ler mcmner proses nak dapat kontrak ni...  Klu mcm tu, sume org boleh kaya tp ngan syarat bg ler projek.  So xleh jadikan sbg panduan untuk berjaya dlm bisnes..  Sbb klu nak berjaya bukan kena harap kerajaan bg projek..huh!  » Reply to this comment...

Posted by Melayu Boleh, on 26-05-2009 09:25, IP 115.132.87.149, Guest9. MrTahniah dan Syabas kepada Tan Sri sebab telah berjaya mengharumkan nama Melayu sebagai salah seorang yang berjaya.  » Reply to this comment...» See all 1 replie(s)

Posted by fadhilahmdkasim, on 09-10-2008 00:02, IP 194.80.178.1, Guest10. ...

AsSalamualaikum..encik zaharuddin,  en.ADA KISAH LAIN TAK,TENTANG SYED   MOKHTAR BUKHARI? 

 YANG LEBIH DETAIL..?  INI KERANA SAYA HENDAK MEMBUAT   KERJA KURSUS TING.4,TENTANG   BELIAU..SAYA HARUS MEMBUAT   SEBANYAK 10 MUKASURAT TENTANG   KEHIDUPANNYA..  ADA GAMBAR LAIN LAGI TAK,MENGENAI   BELIAU?  SAYA KENA HANTAR PADA 16.10.2008   INI...  UZAR : Maaf tiada, artikel ini saya pun hanya copy paste dan saya langsung tiada hubungan dengan Tan sri ini, Saya juga tiada sebarang contact beliau atau email atau no pejabat atau apa jua yang berkaitan dnegan Tan Sri ini.   Justeru, semua pertanya alamat, email, no telefon dan lain-lain detail TanSri saya hanya delete saja.  » Reply to this comment...

Posted by Tan Sri Syed Mokhtar, on 07-09-2008 16:36, IP 81.79.146.30, Guest11. ...Boleh relax tak? Ingat billionaires senang2 nak jumpa korang ka?? waduh...sume nak phone number la apa la...ingat adik korang ka?  ps. panas hati dgn manusia2 macam gini. nak minta tlg gi la MARA.  » Reply to this comment...

Posted by ummairah, on 18-06-2008 18:39, IP 60.52.98.219, Guest12. ...salam, boleh bg panduan or website tan sri sendiri?... & bagaimana sy boleh hubungi beliau?... email?  plz email me back or contact me at [email protected] or 0122254643.  sy dahului dgn ucapan t.kasih... wassalam.   

ADMIN : boleh hubungi beliau di 103 dan kemudian minta sambungan  » Reply to this comment...

Posted by staff tradewinds, on 13-06-2008 19:14, IP 60.52.99.213, Guest13. ...saya tertarik hati dengan kemulian hati Tan Sri tetapi mengapa kami semua dikenakan VSS oleh majikan yang diteraju oleh Tan Sri.   Peluang pekerjaan banyak di buka untuk warga cina. Walaupun Tradewinds Corporation CEO nya Shaharul Farez Hassan tetapi Tan Sri sebagai teraju utama mesti mengutamakan bangsa dia sendiri. Mengapa dia menanaktirikan kami ini.  » Reply to this comment...

Posted by anatradewinds, on 13-06-2008 19:14, IP 60.52.99.213, Guest14. ...tradewinds Corporation Bhd CEO nya En Shaharul Farez Hassan telah memberi VSS kepada semua pekerja.  » Reply to this comment...

Posted by Alhabshi, on 03-06-2008 07:36, IP 60.52.103.218, Guest15. ...Saya kenal Tan Sri dah 6 tahun tak jumpa dia bukan senang kawan2, dia busy sangat ke sana sini.  » Reply to this comment...

Posted by salman, on 03-06-2008 07:20, IP 60.52.103.218, Guest16. ...assalamualaik. utz,ana pun tertarik dgn hypermarket islam tu.kalo utz dah hbis phd nnt,ana pun insyaAllah tgh smbung specialist.nnt blh la kte ramai2 bgabung tnaga..  » Reply to this comment...

Posted by alfirdausi, on 02-06-2008 06:47, IP 60.52.102.7, Guest17. ...assalam tuan,blh bg no.telefon tan sri pd sy?@email beliau pd sy?@sms sy pd 0179414478@[email protected] om.trima kasih   ADMIN : SAYA SERTAKAN NOMBOR TAN SRI.. DAIL 103 DAN TANYA DI SITU, SEKIAN  » Reply to this comment...

Posted by SALAM DARI AMAL MAAHAD KELANTA, on 30-05-2008 00:16, IP 60.52.103.106, Guest18. ...

SALAM. SAYA PRESIDEN AMAL MAAHAD KELANTAN. SAYA TERTARIK DGN HIPER MARKET. APA2 PERKEMBANGAN HARAP DPT EMEL KPD SAYA  [email protected]  ok wasslam.  » Reply to this comment...

Posted by Yayasan Albukhary, on 20-05-2008 07:16, IP 60.52.99.66, Guest19. ...Sila email kepada [email protected]  » Reply to this comment...

Posted by MUHAMAD MUSTARI AHMAD, on 13-05-2008 07:08, IP 60.52.97.46, Guest20. ...Terima kasih kerana memberi maklumat berguna seperti ini.. mukin memberi perangsang dan idola kepada orang pandai menilai kehebatannya... semoga menjadi ispirasi kepada pembaca... INSYALLAH....     [email protected] muhamad mustari 013-4927531  » Reply to this comment...

Posted by man_z, on 06-05-2008 22:18, IP 60.52.101.13, Guest21. ...salamm... betul kah UZAR nk buka perniagaan baru...em... menarik tu... kalau buleh saya ingin menurut serta. buka satu sebagai Induk, kemudian... buka cawangan... besar support melayu atau org islam. kita sendiri yg memajukan bangsa atau agama sendiri. sebenarnye ramai rakan2 atau bumiputra lain ingin membuka perniagaan... ttp polisi kerajaan kadang kala membuat lebih sukar dan getir...   UZAR : INSYAALLAH TAPI KENA TUNGGU SAYA SIAP PHD DULU.  » Reply to this comment...

Posted by tuanbesar, on 24-04-2008 15:13, IP 211.25.51.200, Guest22. ...Uzar, saya cukup berminat ttg supermarket halal tu... seriusly. tp saya tk tahu nk mulakannya..... klu ustaz nk jalankan yg sedemikian saya sedia menjadi rakan kongsi(insyaallah dgn rezeki yg Allah beri) juga rakan bekerja.... saya tidak pandai tp cukup minat berniaga dan saya rela belajar n d ajar. 

 UZAR : INSHAaLLAH TAPI KENA TUNGGU SAYA SIAP PHD DULU..LEPAS DAH SIAP NANTI INSHAALLAH SAYA AKAN MENGATUR LANGKAH  » Reply to this comment...

Posted by Anonymous (Betul ke ejaan tu.., on 22-04-2008 16:51, IP 211.25.51.200, Guest23. ...Anyway, after Ive read abt the above article im really impressed with the succession of Tan Sri Al Bukhary.   Yes I 100% agree that there is no short cut in order to become prosperous in life. It is very important that human to be matured in dealing businesses and works. Work hard & SMART will give benefit to one goodself and never forget to share that fortune to others that is less fortunate. Malays must start to think positively and competetively so that they too can reach to golden stage in the future to come. The most important thing is to remind ourself, that we work for the benefit of ourself, our surroundings, and most important it all come from GOD (ALLAH SWT).  » Reply to this comment...

Posted by Muhamad Azhar Hj Ibrahim, on 19-04-2008 17:35, IP 60.52.103.62, Guest24. ...Assalamualaikum... Saya dari Persatuan Ulama' Mlaysia Cawngn Johor Bahru ingin mengemukan beberapa soalan.. Bagaimana cara untuk menghubungi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhri? Bolehkah saya dapatkan email untuk menghubungi beliau? Diharap jasa baik tuan diberkati dan dicintai ALLAh swt. TQ Tolong email saya di alamat [email protected]  » Reply to this comment...

Posted by Fisabilliah, on 18-04-2008 08:41, IP 211.25.51.200, Guest25. ...Assalamual;ikum... Saya sbnrnya termasuk je dlm website tuan. Saya memang mengagumi Tan Sri Syed Mokhtar, mmg saya kagum. Dia di didik dari kecil untuk tidak kedekut walaupun dia hidup susah. Kalau buleh kita didiklah anak kita dari kecil jgn jadi bakhil. Kedekut biar bertempat. Tapi la tuan, manusia zaman sekarang dah hilang unsur Islamnya, yang dipentingkan DUIT, KEKAYAAN dan KEMEWAHAN serta PANGKAT. Semua org tahu masalah ni, tapi buat tak tahu. Ada yang sanggup menipu kawan demi utk jadi kaya dan ada sanggup menghina Islam nak jadi kaya. Yang kita duk sibuk boikot barang dari Belanda, depa dah memang kafiaq, yang kita ni Melayu yang mengalu Islam betul ka Islam. Bagi saya perbetul diri dulu, baru tegur dan bertinddak. Don't be NATO, (No Action Talk Only) betul tak tuan. Kita belum tentu mati dalam Islam, janagn yakin sangat sbb tu lah kita disarankan banyak solat taubat.  Satu lagi bukan senang nak jumpa Tan Sri Syed Mokhtar, saya dah beberapa kali mengikut kawan saya yang ada appt. dgn dia. Yang selalu kami jumpa adalah setaiuasahanya je. Tapi cubalah... g Yayasan dia...

 » Reply to this comment...

Posted by anak dagang, on 16-04-2008 17:24, IP 60.52.101.206, Guest26. ...Saya pernah meghadiri seminar di salah sebuah hotel di KL tahun lepas. Seorang penceramah(pengendali-Arwah ni pun ada kedudukan) seminar telah memaklumkan secara terbuka bahawa duit dalam Yayasan Al-Bukhari itu adalah duitnya.   Jadi siapakah Syed Mokhtar? Proxy? Saya secara individu pernah menyediakan perkhidmatan kepada salah sebuah syarikat Syed Mokhtar ini, nak dapat payment RM40K- hampir 6 bulan, itupun terpaksa call P.A kepada CEO tiap-tiap hari. Mcm ni tlg saudara seagama. Ntahlah. Wallahualam.  » Reply to this comment...

Posted by nur ain, on 14-04-2008 22:09, IP 60.52.103.36, Guest27. ...aslkm.ust, insyaAllah sy bakal mlngsungkan perkahwinan prtghn tahun ini. memandangkan terlalu sukar mendapatkan khidmat sewa baju pengantin yg benar2 menepati syarak, timbul kesedaran untuk melibatkan diri dlm biz sprti ini. namun ada mengatakn trlibat dlm industri sbgini jg adalh ftnah dan seolah2 sy bkl mmbri sokongn kpd perkmbngn fesyen dan menggalakkan wanita berhias. apa pndgn ust?syukran  » Reply to this comment...

Posted by sendou, on 04-04-2008 16:48, IP 60.52.97.226, Guest28. ...senang aje. g cari kat tempat dia la kmdn buat appoinment,kalu mintak no tpone dia tu org tsohor tkkn dibagi dan dpt sng2?apa la kau ni  » Reply to this comment...

Posted by idasari, on 27-03-2008 14:32, IP 211.25.51.1, Guest29. ...Saya ingin bertanya mengenai Yayasan Bukhari utk mendapatkan biasaiswa pelajaran untuk anak saya. bagaimana utk memohon. Terima kasih. Wasalam  ADMIN : SILA HUBUNGI 103 UNTUK BERTANYA NOMBOR TELEFON YAYASAN BUKHARI ATAU TAN SRI, WEB INI TIADA INFO DAN JANGAN BERTANYA DI SINI LAGI.  BERPULUH PERTANYAAN NOMBOR TAN SRI DI UTARAKAN DI SINI, MAAF KAMI DELETE KRN KAMI TIADA INFO.  » Reply to this comment...

Posted by Amir Hamzah Saleh, on 18-03-2008 11:16, IP 60.52.99.46, Guest30. ...

Askum....Saya hanya mengenali beliau dengan pada nama dan keikhlasannya dalam kebajikannya untuk agama. Saya memang megagumi sifat mulia beliau. Namanya disebut dimana2. Salah satu kebajikan beliau yang amat saya kagumi ialah membina masjid al Bukhary di Kuala Lumpur. 'Sejuk' masjid itu. Saya sentiasa mendoakan beliau akan terus berjaya dalam usahanya menjadi ahli perniagaan yang soleh,insyallah dan amin.. Wasalam. dari Mohd Amir Hamzah Saleh. PKG Telok Gadong, Klang.  » Reply to this comment...

Posted by loutfi, on 11-03-2008 18:31, IP 211.25.51.1, Guest31. ...Ustaz,  nak buat mcm ni memang best.. supermarket halal.. saya rasa stail francais pun bagus.. ala2 mcm 7-11 tu hehe..  tapi kan, kalau nak sungguh2, joinlah kat Persatuan Pengguna Islam (PPIM) supaya network berkembang..   mana tau ada benefactor sanggup.. tak pun beri cadangan pada Tan Sri.. sbb saya dah muak betul dgn isu halal haram ni..  dan pastikan PEMBEKAL MAKANAN 100% dari umat Islam.. toksah campur aduk dgn pengeluar bukan Islam.. kepercayaan saya sudah lenyap.. barulah supermarket ni ada kredibiliti...  kita start dgn barang2 basah dulu... lepas tu baru kembang skit2 utk barang2 runcit yg lain...  sekadar cadangan..  » Reply to this comment...

Posted by wise, on 10-03-2008 11:20, IP 211.25.51.1, Guest32. ...assalamualaikum.. ustaz, sy nk join ustaz wat biznes pasaraya ustaz dan sy br abes blaja kat UUM dalam bach. biznes admin. skarang sy sdg kerja di IMP (islamic manufacturing practise) di wangsa maju dan saya melihat potensi produk dan servis islam sangat berpotensi besar lebih2 lg malaysia dilihat sebagai negara hub halal terkenal di seluruh dunia. klau ada apa2 untuk sy bantu ustaz ble hantar email kepada saya [email protected]  » Reply to this comment...

Posted by Cloud, on 23-02-2008 15:23, IP 60.52.97.150, Guest33. ...terdetik suatu hari nanti masih ada orang islam yang akan berjaya seperti Tan Sri. Saya orang Islam dan Melayu dan sentiasa melihat perkembangan orang kita. Masih banyak kekurangan dan belum ada kemajuan yang boleh setanding. Saya sentiasa berharap setiap langkah kehadapan TanSri menjadi ilham bagi semua orang-orang Melayu dan Islam. Saya bukanlah orang berpendidikan tinggi ysng hendak menarafkan setiap manusia tetapi hari ini saya

masih menjadi manusia yang masih boleh mencelah di kalangan kejayaan orang berbangsa lain walaupun tiada kelayakan di tangan. Tan Sri adalah salah satu ilhamnya. Semoga KITA menjadi yang terbaik. Insyaallah.assalamualaikum...  » Reply to this comment...

Posted by Khatijah binti Abdullah, on 18-02-2008 20:53, IP 60.52.100.131, Guest34. ...Saya pernah mendengar, tanpa menipu and merasuah orang tak boleh kaya, saya sentiasa kagum dengan Tan Sri. Mahu rasanya berusaha sehingga ke tahap beliau. Saya berniaga kecil kecilan Aluminium and Glass Work and sedikit printing. Saya mahu tunjukkan bahawa tanpa rasuah kita boleh maju. Siapa siapa nak buat renovation rumah, boleh call saya. Saya juga dealing dgn printing. Suami handle renovation tu, saya printing. Kami specialist dalam aluminium and glass work, macam sliding door, tingkat, partition, suspended siling dan macam macam. Call kami di 06-7620544 Seremban.  » Reply to this comment...

Posted by erin, on 14-02-2008 23:23, IP 60.52.98.159, Guest35. ...best saaaaaaaaaangat  » Reply to this comment...

Posted by tok pin, on 11-02-2008 13:15, IP 60.52.102.138, Guest36. ...seorang tokoh yang saya kagumi. bravo.  » Reply to this comment...

Posted by afiq, on 29-01-2008 23:00, IP 60.52.103.13, Guest37. ...assalamualikum ustaz nantikan kemunculan saya dalam dunia pemakanan dan pembuatan berteraskan islam dalam sedikit masa lagi doakan saya agar usaha saya dibekati Insyaalah  » Reply to this comment...

Posted by nuramyra, on 26-01-2008 08:18, IP 60.52.100.103, Guest38. ...assalamualaikum....sy sangat berbangga dengan tan sri syed mokhtar sy ingin mengucapkan tahniah diatas penghargaan tokoh maal hijrah 1429 yg diterima olh beliau.wassalam...  » Reply to this comment...

Posted by ct nur fairus, on 26-01-2008 08:18, IP 60.52.100.103, Guest39. ...Assalamualaikum... syukur alhamdulillah atas kurniaan dan nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Esa kepada Tan Sri Syed Mokhtar..kita sebagai umat Islam harus berbangga dengan pencapaian beliau dan terus berusaha untuk mancapai kejayaan...apa yang penting kita haruslah yakin bahawa

Allah itu wujud dan sentiasa berada disisi kita tak kira susah atau senang....wasalamm...

 » Reply to this comment...

Posted by hanafi bin ahmad, on 24-01-2008 23:07, IP 60.52.99.118, Guest40. ...Saya telah berkerja dgn sykt. milik org cina selama 15tahun daripada seorang operator pengeluaran hingga dilantik menjadi manager production.Tetapi sejak akhir ini apabila pengurusan sykt ini diambil alih oleh anaknya, saya telah ditindas dengan hebat sekali kerana dia mempercayai dengan hasutan oleh pekerja yg hanya baru berkerja baru 3thn(orang kita sendiri) demi utk mengambil jawatan yg saya pegang.disebabkan keadaan yg mendesak saya telah meletakkan jawatan.Saya telah tekad utk memulakan perniagaan sendiri.Oleh itu bolehkah saya meminta e-mail atau bagaimana cara saya boleh meminta pendapat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.Sekian terima kasih.e-mail saya,[email protected]

null [email protected] nullQuoteCode:

[LIST]   ADMIN : BERIBU ORANG MINTA EMAIL DAN TELE TAN SIR KAT SINI, MAAF, KAMI BUKAN PA ATAU SU TAN SRI DAN TAN SRI BUKAN MUDAH DIHUBUNGI.

 PLEASE JANGAN MINTA INFO INI DI SINI, SILA BERTNYAA KEPADA EN YAHOO ATAU GOOGLE , CARI YAYASAN BUKHARI.  » Reply to this comment...

Posted by Guest, on 24-01-2008 11:06, IP 219.95.123.5, Guest41. HJ. AB MALEK BIN SULAIMANHARAPAN SAYA RAMAI LAGI ANAK BANGSA KITA YANG MENGIKUTI LANGKAH SEPERTI TN. SYED. - SEHUBUNG DENGAN ITU, SAYA SEBAGAI AJK TABUNG PELAJAR MISKIN IKM LUMUT MENGALU-ALUKAN TN. SYED DAPAT MENDERMAKAN SEBILANGAN KECIL WANG YANG ADA KE TABUNG YANG SAYA KATAKAN. - JIKA ADA SUMBANGAN YANG HENDAK DIBERIKAN, HENDAKLAH DIALAMATKAN:  PENGETUA INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT JALAN DATO SERI KAMARUDDIN 32040 SERI MANJUNG, PERAK.  SEKIAN TERIMA KASIH.  » Reply to this comment...

Posted by are_pai, on 19-01-2008 17:04, IP 60.52.96.71, Guest42. ...assalamualaikum...  saye begitu mengagumi ketokohan syed mokhtar al-bukhary..walaupun beliau berjaya dgn jayanya tp beliau masih merendah diri dan tidak takbur dgn nikmat yg diberikan Allah.  » Reply to this comment...

Posted by Nik, on 15-01-2008 10:02, IP 211.25.51.1, Guest43. ...Salam, Tahniah kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhairi kerana terpilih menjadi Tokoh Maal Hijrah 1429. Saya sgt berbangga dengan beliau. Sy berdoa moga ramai lagi insan-insan yang telah berjaya menjadi seperti beliau yang sudi membantu sesama insan. Ustaz sy bercadang nak membuka perusahaan sarang burung layang-layang. Dalam blog-blog lain ada sy baca tentang hukum halal haram ni bolehkah ustaz beri pendapat mengikut hukum Islam.  KOMEN UZAR : TIADA MASLAAH JIKA BETUL CARANYA  » Reply to this comment...

Posted by salim, on 12-01-2008 18:05, IP 60.52.98.240, Guest44. ...assalamualaikum... Tahniah di atas penganugerahan Tan Sri Syed Mokhtar atas penganugerahan sebagai tokoh Maal hijrah 1429... Semoga kejayaan beliau menjadi contoh kpd kita utk meningkatkan lagi usaha kita dlm menggapai kejayaan. yang penting, jadikanlah amalan beliau sbg ikutan terbaik - mencari kekayaan dunia, tetapi tidak lupa kpd tuntutan sbg umat Islam. Semoga segala amal jariah Tan Sri dirahmati Allah jua hendaknya... Di kesempatan ini saya mohon jasa baik dan bantuan moderator atau sesiapa sahaja yg tahu bagaimana hendak menghubungi atau berurusan dengan Tan Sri Syed Mokhtar.. alamat Yayasan alBukhari, e-mel atau apa jua bentuk bantuan yg membolehkan beliau dihubungi. Bukan untuk kepentingan diri saya sendiri, tetapi atas dasar kasih sayang dan ihsan kepada saudara yg memerlukan bantuan beliau, sekiranya diizinkan Allah, InsyaAllah. Mohon maaf juga sekiranya permintaan ini dianggap sbg satu gangguan. Demi Allah, ini bukan gurauan... Jazakallah... [email protected] / 012-3504884  » Reply to this comment...

Posted by audralaili, on 12-01-2008 11:27, IP 60.52.102.208, Guest45. ...assalammualaikum....saya rasa sangat berbangga dengan pencapaian tan sri Syed Moktar yang telah banyak mengaharungi banyak rintangan dalam menjalankan satu perniagaan yang dulu kecil dan sekarang menjadi satu empayar yang sangat besar bagi kita semua......syabas saya ucapkan kepada beliau atas usaha yang amat gigih beliau mengharungi banyak dugaan dan juga cabaran yang mencabar dalam menjalankan satu perniganaan yang besar....disamping itu juga, beliau juga dapat membantu para belia yang kurang bernasib baik

dalam menlanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu ke menara gading.....selain itu juga saya sangat terharu dengan kerja kebajikan beliau yang sering tidak melupakan mereka-mereka yang kurang bernasib baik di luar sana.....semoga apa yang beliau kecapai pada hari ini menjadi satu dorongan ,semangat,keyakinan dalam menjalankan satu aktiviti atau pun perniagaan yang kita semua ceburi di satu hari nanti INSYAH ALLAH AMIN......  » Reply to this comment...

Posted by John Bin Bacangit, on 12-01-2008 06:37, IP 60.52.103.244, Guest46. ...Salam Sejahtera,  Sebenarnya saya amat tertarik dgn kejayaan yg telah dicapai  oleh Tan Sri Mokhtar.Beliau merupakan seorang yg berhati mulia dan gigih berusaha.TAHNIAH KEPADA BELIAU kerana dipilih sebagai tokoh maal hijrah peringkat kebangsaan tahun ini.  » Reply to this comment...

Posted by humairah', on 11-01-2008 21:50, IP 60.52.97.109, Guest47. ...assalamualaikum..w.b.t alhamdulliilah TAHNIAH sy ucapkan kpd editor ruangan ini krn mberi ruang kpd sy utk mengkaji sedikit sebanyak tntang tokoh negera kita ini  sy juga mrsakn yg sy amat berterima kasih kepda yayasan albukhary krn sy juga adalah salah seorang dari pada penerima sumbangan yayasan albukhary pada thn 2005 utk exam spm 1 ketika dulu.. sy nk ucapkan terima kasih n TAHNIAH kepad tan sri krn tlh mendpt anugerah tokoh maal hijrah 1429 pd thn ini.... sekian wassalam  » Reply to this comment...

Posted by skmh, on 11-01-2008 18:27, IP 60.52.100.61, Guest48. ...firstly alhamdulillah we are blessed to be living in this harmonious islamic country..it is however very rare for someone who embrace islamic ways in their professionals to be as successful as s. mokhtar, not with the pressure of globalization..i applaud him for remaining grounded..hopefully he has successors who will uphold his disciples and take it to another level, insya Allah..salam  » Reply to this comment...

Posted by wana, on 11-01-2008 18:26, IP 60.52.100.61, Guest49. ...

salam.. sy amat b'bangga dengan kejayaan salah seorang tokoh islam.. sy jg ingin mengucapkan jutaan terima kasih krn yayasan al-bukhary telah m'beri tuisyen percuma kpd pelajar2 krn sy adalah salah seorang dr student yang mengikuti tuisyen yg dianjurkan... wasalam..

 » Reply to this comment...

Posted by Dalilahusna, on 11-01-2008 12:29, IP 60.52.96.76, Guest50. ...Assalamua'laikum, ustaz... Alhamdulillah, dan tahniah.. dengan izin Allah, ustaz dipilih untuk menjadi contoh tauladan bagi umat Islam yang lain. Semoga segala usaha ustaz dirahmati Allah dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam, khususnya di Malaysia..InsyaAllah.  » Reply to this comment...