lompat kijang

8
LOMPAT KIJANG Adalah dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland. Kali pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan seperti acara lompat jauh. Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 di Athens, Greek. Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Ciri-ciri pelompat kijang adalah hampir sama dengan peserta pelompat jauh. Antaranya ialah kepantasan serta kuasa lonjakan (spring) yang baik. Secara amnya pelompat-pelompat antarabangsa adalah bertubuh tinggi, berkaki panjang dengan kelembutan yang baik. Kelengkapan atlet termasuk seluar pendek, singlet dan kasut lari. Kasut yang digunakan hendaklah memberi sokongan yang baik kepada tumit kaki. Pita pengukur juga disediakan untuk menetapkan jarak landas lari. Acara lompat kijang terdiri daripada tiga jenis pergerakan yang berlainan ; iaitu berjingkat (hop), melangkah (step) dan melompat (jump). Teknik melakukannya ialah berjingkat (hop) dengan kaki yang terkuat (kiri), setelah kaki kiri mendarat disusuli dengan melangkahkan kaki kanan ke depan dan dengan kaki kanan ini pula gerakan melompat dilakukan. Akhirnya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kaki di kawasan mendarat.

Upload: ezzah-ahmad-tarmizi

Post on 24-Apr-2015

189 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

lompat kijang olahraga waj310*

TRANSCRIPT

Page 1: LOMPAT KIJANG

LOMPAT KIJANG

Adalah dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland.

Kali pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan

dua kali lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum

melakukan lompatan seperti acara lompat jauh. Ini bermakna, acara lompat kijang ini

adalah gabungan acara lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang.

Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 di Athens,

Greek. 

Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan

kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Ciri-ciri pelompat kijang adalah

hampir sama dengan peserta pelompat jauh. Antaranya ialah kepantasan serta

kuasa lonjakan (spring) yang baik. Secara amnya pelompat-pelompat antarabangsa

adalah bertubuh tinggi, berkaki panjang dengan kelembutan yang baik. Kelengkapan

atlet termasuk seluar pendek, singlet dan kasut lari. Kasut yang digunakan

hendaklah memberi sokongan yang baik kepada tumit kaki. Pita pengukur juga

disediakan untuk menetapkan jarak landas lari.

Acara lompat kijang terdiri daripada tiga jenis pergerakan yang berlainan ; iaitu

berjingkat (hop), melangkah (step) dan melompat (jump). Teknik melakukannya ialah

berjingkat (hop) dengan kaki yang terkuat (kiri), setelah kaki kiri mendarat disusuli

dengan melangkahkan kaki kanan ke depan dan dengan kaki kanan ini pula gerakan

melompat dilakukan. Akhirnya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kaki di

kawasan mendarat.

Page 2: LOMPAT KIJANG

FASA LOMPAT KIJANG

Lompat kijang boleh dibahagikan kepada lima fasa seperti berikut:-

1) fasa penujuan

2) fasa meloncat ( hop)

3) fasa melangkah ( step)

4) fasa melompat (jump)

5) fasa pendaratan

1). Fasa Penujuan

 

Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan kelajuan mendatar yang maksimum bagi 

tiga fasa berikutnya. Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah mencukupi untuk 

pelompat peringkat sederhana. Tegakkan badan bila menghampiri papan lonjak.

2). Fasa meloncat ( hop)

 

Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat (hop), iaitu melompat dan mendarat 

pada kaki yang sama. Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan pada fasa ini. 

Semasa menghampiri papan lonjakan, pelompat itu tidak seharusnya

mengurangkan kelajuan untuk melonjak tetapi menggunakan kelajuan yang telah

diperoleh itu untuk meloncat seberapa jauh yang boleh. Pendaratan kaki lonjak pada

papan itu diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki. Setelah keseluruhan tapak

kaki menyentuh bumi, lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu 

diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke 

depan. Setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak ( sebagai contoh kaki kiri) 

itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.

3). Fasa Melangkah (Step)

 

Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada masa yang sama 

lutut kaki kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke 

belakang untuk menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan. Semasa berada di

Page 3: LOMPAT KIJANG

udara (iaitu fasa penerbangan), kaki kanan yang berada di hadapan, diayun sedikit

ke belakang (bengkok pada lutut) dan kaki kiri digerakkan ke depan supaya berada

di bawah badan. Kedudukan “kaki terbuka” (split) ini dikekalkan seberapa lama

yang boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan dibawa ke depan dan ianya menyentuh

bumi. Semasa berat badan dipindahkan ke depan, kaki kanan sebenarnya

menyentuh bumi sambil ia bergerak ke arah belakang. Ketika kaki kanan memijak

bumi ianya dibengkokkan pada pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua tangan

berada di belakang.

4). Fasa melompat (jump)

                    

                    

Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke depan ( bengkok pada lutut). Kaki 

lonjak menolak dengan kuat disertai oleh ayunan tangan. Seterusnya teknik 

penerbangan lompat jauh seperti gaya bunting atau ‘ sail’ boleh digunakan semasa 

berada di udara.

Page 4: LOMPAT KIJANG

5). Fasa pendaratan.

                                               

Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan ke depan, badan condong ke depan

untuk mendarat. Apabila tumit kaki mencecah pasir, kedua-dua lutut dengan segera 

dibengkokkan dan ayunan kedua-dua tangan diteruskan sampai ke depan.

Page 5: LOMPAT KIJANG

LATIHAN ANSUR MAJU DALAM LOMPAT KIJANG

1) Melakukan lompat kijang secara berdiri. Mula dengan kaki lonjakan di

hadapan. Hayun kaki bebas ke hadapan dan mendarat dengan kaki lonjakan

untuk membuat loncatan (hop). Seterusnya melangkah dengan kaki yang

sama dan mendarat dengan kaki lain untuk membuat lompatan. Selepas itu,

mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan lutut dibengkokkan. Ulang

aktiviti beberapa kali.

2) Setelah langkah-langkah di atas dilakukan, berjalan dua langkah dan lakukan

gerakan yang sama seperti di atas. seterusnya berlari anak dan lakukan

gerakan yang sama, tetapi cuma untuk mencapai objektif yang ditetapkan,

iaitu nisbah jarak lompatan 10 : 8 : 9.

3) Mulakan dengan belajar Lompat Kijang Berdiri:

a. Berdiri di belakang satu garisan dengan sebelah kaki di depan (kaki

kanan).

b. ‘Hop' dari kaki kanan melintasi garisan dan mendarat di atas kaki

kanan juga.

c. Melangkah ke depan dengan kaki kiri.

d. Melompat ke depan dari kaki kiri dan mendarat di atas kedua dua kaki.

e. Ulangi latihan di atas beberapa kali.

f. Berdiri di atas sebelah kaki (kanan) dengan kaki kiri dipegang oleh

tangan kiri.

g. Hop dengan kaki kanan dan mendarat di atas kaki kanan juga.

Page 6: LOMPAT KIJANG

PERATURAN 186- LOMPAT KIJANG

Pertandingan

1) Lompat kijang mengandungi satu lonjakan, langkahan dan lompatan mengikut

tertib ini.

2) Lonjakan dibuat supaya mendarat di atas kaki yang sama, melangkah untuk

mendarat pada yang sebelah lagi dan terus membuat lompatan.

Papan lonjak

1) Jarak papan lonjak ke hujung kawasan mendarat hendaklah sekurang-

kurangnya 21m. untuk pertandingan 12.1 jarak papan lonjak dengan pangkal

kawasan mendarat hendaklah tidak kurang daripada 13m bagi lelaki dan 11m

wanita.

Kawasan tapak lompat kijang.

Page 7: LOMPAT KIJANG

 Senaman untuk atlit lompat kijang

1. Berdiri tegak dengan jarak bukaan antara kedua-dua kaki anda sama dengan

jarak antara kedua-dua bahu. Sebelah kaki dibawa ke depan daripada kaki

yang sebelah lagi seperti yang ditunjukkan dalam gambar. 

2. Kaki yang berada di belakang perlulah berada betul-betul di bawah badan

dan kaki yang di depan pula perlu dilipat dalam keadaan 90 darjah. Kedua-

dua tangan pula diletakkan di pinggang. 

3. Lakukan lompatan kecil dan tukar posisi kaki dengan cepat ketika berada di

udara. Pastikan bahagian teras badan sentiasa lurus sepanjang melakukan

pergerakan ini. 

4. ‘Mendarat’ dengan posisi berlawanan dengan posisi permulaan anda. Kaki

belakang tadi dibawa ke depan dan dilipat 90 darjah manakala kaki belakang

tadi betul-betul berada di bawah badan anda. Lipatkan kedua-dua lutut untuk

menyerap impak ‘pendaratan’ badan dan pada masa yang sama, pastikan

kaki dan lutut anda menghadap depan. 

5. Ulang pergerakan ini dengan tukar posisi kaki secara bergilir-gilir. Ulang

sebanyak 10 hingga 15 kali dalam tiga hingga lima set 

Page 8: LOMPAT KIJANG