logam tulen vs logam tidak tulen

8
LOGAM TULEN Sifat-sifat logam tulen: 1. Mulur. 2. Boleh ditempa. 3. Konduktor elektrik yang baik. 4. Takat lebur dan takat didih yang tinggi. Susunan atom logam tulen terdiri daripada atom yang sama jenis dan saiz. Susunan atom dalam logam tulen adalah rapat, padat dan teratur. Atom-atom ini disusun secara teratur dalam lapisan untuk menghasilkan satu struktur raksasa. Apabila dikenakan daya, lapisan-lapisan atom ini akan mudah menggelongsor di atas satu sama lain. Oleh itu, logam mudah ditempa dan mudah ditarik menjadi dawai halus(mulur). Hal ini menyebabkan logam tulen lembut.

Upload: mohd-ikmal

Post on 26-Jul-2015

354 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Logam Tulen vs Logam Tidak Tulen

LOGAM TULEN

Sifat-sifat logam tulen:

1. Mulur.

2. Boleh ditempa.

3. Konduktor elektrik yang baik.

4. Takat lebur dan takat didih yang tinggi.

Susunan atom logam tulen terdiri daripada atom yang sama jenis dan saiz.

Susunan atom dalam logam tulen adalah rapat, padat dan teratur.

Atom-atom ini disusun secara teratur dalam lapisan untuk menghasilkan satu struktur raksasa.

Apabila dikenakan daya, lapisan-lapisan atom ini akan mudah menggelongsor di atas satu sama

lain.

Oleh itu, logam mudah ditempa dan mudah ditarik menjadi dawai halus(mulur).

Hal ini menyebabkan logam tulen lembut.

Page 2: Logam Tulen vs Logam Tidak Tulen

APAKAH ALOI?

Campuran dua atau lebih unsur, mengikut peratusan tertentu dan unsur utamanya adalah logam.

Terdapat aloi yang mengandungi bukan logam iaitu aloi keluli yang mempunyai unsur karbon.

Dalam proses pengaloian, logam asing yang berlainan saiz di campur kepada logam tulen

Atom asing menghalang lapisan atom tulen daripada menggelongsor di atas satu sama lain

Oleh itu, aloi menjadi lebih kuat dan keras berbanding logam tulen.

Page 3: Logam Tulen vs Logam Tidak Tulen

TUJUAN PENGALOIAN

1. Menambah kekuatan logam tulen

Contoh: Magnalium(magnesium+aluminium) lebih keras daripada aluminium tulen.

2. Mencegah kakisan logam

Contoh: keluli nirkarat(besi+karbon+kromium+nikel) lebih sukar berkarat berbanding besi tulen.

3. Membaiki rupa logam.

Contoh: Piuter(timah+antimoni+kuprum) lebih cantik berbanding timah tulen.

Page 4: Logam Tulen vs Logam Tidak Tulen

Aloi Komposisi Sifat Kegunaan

Gangsa Kuprum - 90%

Timah – 10%

Lebih kuat daripada kuprum

tulen.

Membuat piala, patung

Keluli Besi – 99%

Karbon – 1%

Lebih kuat dan keras daripada

besi tulen.

Membina landasan

kereta api, jambatan,

badan kereta, kapal

Keluli

Nirkarat

Besi – 70%

Kromium – 20%

Nikel – 9%

Karbon – 1%

Lebih keras daripada besi.

Tidak berkarat.

Membuat sudu, garfu dan

pisau.

Loyang Kuprum 70%

Zink – 30%

Lebih keras daripada kuprum

tulen.

Membuat barang hiasan,

alat elektrik.

Piuter Timah – 91%

Antimoni – 7%

Kuprum – 2%

Lebih keras daripada kuprum

tulen dan tidak mudah berkarat.

Membuat barang hiasan,

cenderamata.

Duralumin Aluminium – 96%

Kuprum – 4%

Lebih kuat daripada aluminium

tulen dan berketumpatan

rendah.

Membuat badan kapal

terbang dan kabel

elektrik.

Page 5: Logam Tulen vs Logam Tidak Tulen

MENGUJI KETAHANAN LOGAM TULEN & ALOI TERHADAP KAKISAN (KARAT)

Masalah: apakah kadar kakisan(karat) besi, keluli dan keluli nirkarat berbeza?

Hasil eksperimen:

Tabung Uji Keamatan warna biru

A(Paku Besi) Tinggi

B(Paku Keluli) Rendah

C(Paku Keluli Nirkarat) Tiada

Apabila besi berkarat, atom besi akan kehilangan dua electron dan menjadi ion ferum(II), Fe2+.

Fe(p) Fe2+(ak) + 2e-

Bahan kimia berwarna kuning, kalium heksasionaferat(III) digunakan untuk mengesan kehadiran

ion ferum(II) melalui pembentukan mendakan biru tua.

Pengesahan kewujudan ion Fe2+ oleh kalium heksasionaferat(III) menunjukkan bahawa besi telah

bekarat.

Keamatan warna biru menunjukkan kadar/tahap pengaratan paku.

Page 6: Logam Tulen vs Logam Tidak Tulen

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, paku besi biasa adalah yang paling banyak berkarat

Paku keluli nirkarat tidak berkarat. Paku ini dibuat daripada besi yang dicampur dengan karbon

serta logam peralihan seperti kromium dan nikel.

Paku keluli pula berkarat dengan kadar yang lebih perlahan berbanding paku besi biasa. Paku ini

dibuat hanya daripada campuran besi dan karbon.Tanpa logam peralihan, paku ini masih boleh

berkarat.