literliture review

Upload: kristina-majang

Post on 03-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Literliture Review

    1/7

    MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA

    BESTARI

    SITI SAADIAH BINTI OSMAN

    (Bekas pelajar PISMP (BM) IPG Kampus Kota Bharu. Ini ringkasan kajian di bawah penyeliaan Encik

    Azaha Ibrahim dan Encik Maniyamin Ibrahim)

    1.0 PENGENALAN

    Kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murid murid. Penguasaan yang baik dalam

    kemahiran menulis ini membolehkan murid murid melahirkan idea dan pendapat serta pandanganmereka melalui penulisan. Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan aspek

    tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi

    ini mempunyai cakupan ilmu yang luas. Salah satu daripadanya ialah aspek tanda baca. Murid murid

    memandang remeh terhadap aspek tanda baca. Walhal, tanpa mereka sedari, aspek tanda baca

    mempengaruhi markah bagi peperiksaan mereka terutama pada bahagian penulisan karangan. Saya

    telah mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah dalam segi penggunaan huruf

    besar dalam penulisan ayat. . Oleh yang demikian, saya akan menjalankan satu penyelidikan dalam salah

    satu aspek masalah yang sering dilakukan oleh murid murid iaitu dalam aspek tatabahasa. Kesalahan

    yang dimaksudkan ialah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. Murid murid

    mengambil sikap sambil lewa terhadap kesalahan ini. Mereka tidak menggunakan huruf besar padatempat yang betul. Sebagai contohnya, pada permulaan ayat, pada awal kata nama khas dan

    sebagainya. Penyelidikan ini dijalankan terhadap murid murid kelas 3 Bestari yang dikenal pasti

    berdasarkan ujian yang dirancangkan. Saya ingin meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan

    huruf besar ini supaya kesalahan ini tidak menjejaskan markah peperiksaan murid.

    2.0 FOKUS KAJIAN

    Saya mengajar di kelas 3 Bestari yang terdiri daripada 44 orang murid yang tidak banyak

    masalah pembelajaran disebabkan mereka merupakan murid murid yang pandai dan berada di kelas

    yang pertama bagi tahap itu. Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,

    saya mendapati kebanyakan murid melakukan kesilapan dalam penulisan huruf besar, sama ada dalam

    menulis perkataan, ayat mahupun karangan pada tempat yang sepatutnya. Oleh yang demikian, kajian

    ini difokuskan kepada meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam kalangan murid ini .

  • 7/29/2019 Literliture Review

    2/7

    Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid disebabkan

    murid keliru dalam aspek penggunaan huruf besar serta keliru dengan konsep penggunaan kata nama

    am dan kata nama khas . Oleh itu saya telah melaksanakan teknik pengajaran berkumpulan, teknik

    warna dan latih tubi bagi mengatasi masalah murid.

    Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan teknik dan strategi yang

    sesuai. Ini berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh saya terhadap masalah penggunaan huruf

    besar yang pernah dilakukan oleh pengkaji terdahulu antaranya Zailan (2005), Meimon (2009), Noraini

    (2009), Madihah (2005), Zaridah (2006), Abdul Karim@ Husaini (2003), Senua@Senia Chundi (2003) dan

    Mahmud (2003).

    Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar iaitu di Sekolah Kebangsaan Islah.

    Walaupun banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, namun masih belum ada kajian tentang masalah

    penggunaan huruf besar dilakukan di sekolah ini. Maka wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan

    Kemahiran Penguasaan Penggunaan Huruf Besar Dalam Kalangan murid Tahun Tiga Bestari ini.

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk (a) meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam

    kalangan murid dalam kalangan murid Tahun Tiga Bestari; (b) menilai keberkesanan teknik warna dan

    latih tubi bagi mengatasi masalah penggunaan huruf besar yang betul dalam penulisan ayat murid

    Tahun Tiga Bestari; dan (c) Mengukur perubahan pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar.

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Islah yang terletak di kawasan bandar Kota Bharu.

    Kajian yang dijalankan oleh saya ini adalah terhadap murid Tahun Tiga Bestari. Kelas ini merupakan kelas

    yang pertama bagi tahun tiga di sekolah ini. Murid murid dalam kelas ini terdiri daripada 44 orang iaitu

    14 lelaki dan 30 perempuan. Saya telah menjalankan ujian diagnostik ke atas 44 orang murid ini bagimengenal pasti responden yang bermasalah. Hasil ujian diagnostik ini dianalisis dan seramai tujuh orang

    murid telah dijadikan responden kajian.

    5.0 TINDAKAN

    5.1 Tinjauan Masalah

  • 7/29/2019 Literliture Review

    3/7

    Dalam peringkat tinjauan masalah ini saya telah membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan

    pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. saya mendapati murid murid mengalami masalah dalam

    penulisan ayat. Kesalahan yang dilakukan adalah dalam aspek penulisan huruf besar. Saya turut melihat

    rekod murid, buku latihan dan markah ujian bulanan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan

    permasalahan yang dikenal pasti. Selain itu, saya turut berbual bersama guru kelas dan guru yang

    mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di kelas tersebut.

    5.2 Pelaksanaan Tindakan

    5.2.1 Sesi pengajaran berkumpulan

    Saya menerangkan konsep kata nama khas dan kata nama am kepada responden. Saya telah meminta

    responden mengkategorikan kata nama khas dan kata nama am berdasarkan petikan yang telah

    diberikan. Selain itu, dalam strategi ini juga saya telah menerangkan konsep kata nama khas mengikut

    kategori masing masing dan meminta responden mengklasifikasikan kata nama khas mengikut

    kumpulannya.

    5.2.2 Menulis setiap huruf besar dengan menggunakan pensel warna

    Saya telah menggunakan teknik warna ini dalam latih tubi yang diberikan kepada responden.

    Disebabkan setiap responden mempunyai masalah yang berbeza dalam aspek penggunaan huruf besar

    ini, saya telah menyediakan latihan yang berbeza bagi setiap responden mengikut permasalahan yang

    dihadapi. Responden perlu menggunakan pensel warna dalam setiap huruf besar yang terdapat dalam

    ayat. Item latihan adalah seperti berikut :

    1. Membaca ayat yang diberi tanpa penggunaan huruf besar.

    2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar pada tempat yang betul

    menggunakan pensel warna.

    Dalam situasi ini,responden menulis setiap huruf besar dengan menggunakan pensel warna melalui latih

    tubi. Setiap permulaan huruf sama ada dalam perkataan atau ayat yang berhuruf besar perlu ditulis

    dengan menggunakan pensel berwarna. Ini bagi membantu daya ingatan responden terhadap

    penggunaan huruf besar melalui teknik warna.

  • 7/29/2019 Literliture Review

    4/7

    5.2.3 Mengenal pasti kata nama khas dalam teks yang dibaca.

    Saya telah menjalankan strategi yang ketiga iaitu mengenalpasti kata nama khas yang terdapat dalam

    petikan yang dibaca. Saya telah mengedarkan surat khabar kepada responden dan ketujuh tujuh orang

    responden diminta mengenal pasti kata nama khas yang terdapat dalam petikan akhbar yang dipilih oleh

    mereka. Saya juga telah menggunakan teknik bacaan buku cerita binatang bagi responden yangmengalami masalah dalam penggunaan huruf besar dalam Kata Nama khas Haiwan. Saya meminta

    responden membaca buku cerita binatang yang terdapat dalam pusat sumber sekolah dan seterusnya

    mengenal pasti dan menyenaraikan Kata Nama Khas Haiwan yang terdapat dalan cerita binatang

    tersebut.

    Saya juga menjalankan teknik bimbingan dalam membantu responden mengatasi masalah yang dihadapi

    oleh mereka. Aktiviti ini dijalankan sekali dalam tempoh kajian. Teknik bimbingan ini dapat

    mendekatkan diri saya dengan responden dan memudahkan proses peneguhan dan penambahbaikan

    dilakukan. Aktiviti yang dijalankan adalah :

    1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.

    2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.

    3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai

    menggunakan warna.

    6.0 DAPATAN KAJIAN

    Saya telah menjalankan ujian pra dan ujian pos ke atas responden yang terlibat. Perbandingan markah

    bagi ujian pra dan pos mengikut kategori permasalahan adalah seperti di bawah :

    BIL NAMA UJIAN PRA UJIAN POS

    KT

    ( % )

    KB

    ( % )

    KH

    ( % )

    KHR

    ( % )

    KT

    ( % )

  • 7/29/2019 Literliture Review

    5/7

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    Muhamad Syazwan bin Mustapha

    Wan Muhammad Afif bin Wan Maizudin

    Iryani Akmal binti Ahmad Bakri

    Nur Afrina Shazleen binti Muhamad Shahidi

    Nur Damia Batrisyia binti Zulkalnain

    Nur Shahnaz binti Muhd Affendy

    Sharifah Musyaibah binti Syed Kamal

    -

    65

    -

    60

    65

    -

    -

    45

    -

    -

    65

    -

    30

    25

    65

    50

    60

    -

    65

    -

    -

    40

    -

    50

    -

    -

    -

    -

    -

    90

    -

    95

    95

    -

    -

    PETUNJUK

    KT Kata Nama Khas Tempat

    KB Kata Nama Khas Benda

    KH Kata Nama Khas Haiwan

    KHR Kata Nama Khas Hari

  • 7/29/2019 Literliture Review

    6/7

    Setiap responden kajian mengalami masalah yang berbeza dalam aspek penggunaan huruf besar ini.

    Tiga orang responden mengalami masalah dalam penulisan kata nama khas tempat. Keputusan ujian pos

    menunjukkan peningkatan pencapaian mereka dengan perbezaan min sebanyak 30 markah. Manakala

    terdapat empat orang responden mengalami masalah dalam menulis kata nama khas benda.

    Peningkatan markah yang diperoleh mereka pada ujian pos menunjukkan bahawa objektif kajian adalah

    tercapai. Ini dibuktikan dengan perbezaan min markah bagi ujian pra dan pos kata nama khas benda ini

    iaitu sebanyak 48.75 markah. Seterusnya, empat orang responden juga mengalami masalah dalam

    menulis kata nama khas haiwan. Namun, selepas analisis ujian pos dibuat, saya mendapati berlaku

    peningkatan pencapaian pada keempat empat responden ini. Perbezaan min markah ujian pra dan

    ujian pos kata nama khas haiwan ini adalah sebanyak 30 markah. Analisis yang dibuat terhadap dua

    responden yang mengalami masalah dalam menulis kata nama khas hari juga telah menunjukkan

    peningkatan dan dibuktikan dengan perbezaan min markah sebanyak 50 markah.

    7.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

    Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke

    atas semua responden. Saya mendapati bahawa ketujuh tujuh responden menunjukkan peningkatan

    pencapaian mereka dalam pasca ujian berbanding pra ujian. Perkara ini membuktikan bahawa kajian

    untuk meningkatkan penguasaan penggunaan dalam kalangan murid ini telah berjaya dilaksanakan.

    8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

    Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam

    penggunaan huruf besar ini maka saya bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap aspek tanda

    baca dan ejaan. Saya turut bercadang untuk melakukan kajian ini terhadap semua murid tahun tiga di

    sekolah ini.

    9.0 RUJUKAN

    Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ).Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa. Jurnal

    Kajian Pendidikan Guru Bilangan 2 1996 ( Februari ). Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran

    Malaysia.

    Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya dalam Aspek

    Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan Rakan Sebaya. Prosiding Seminar

    Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.

    http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencil
  • 7/29/2019 Literliture Review

    7/7

    Esa Bin Awang dan Md. Hatta Md.Nor. ( 2003 ). Tahap Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu di

    Kalangan Guru Pelatih KDPM di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu. Maktab

    Perguruan Temenggung Ibrahim.

    Hasnalee Bin Tubah. ( 2008 ). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis dalam Kalangan

    Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008 Institit Pendidikan Tun Abdul Razak, Kota SamarahanSarawak.

    Semya Chundi. ( 2003 ). Menangani Masalah Mengenal dan Menyebut Huruf Besar Seorang Murid

    Tahun 4 dengan Pendekatan Latih Tubi. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003. Anjuran Bersama

    MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.

    Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). Jadual Formula Warna Kaedah untuk Menerangkan Fakta.

    Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia.

    http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencilhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1840727715764324365&postID=7104766277943493430&from=pencil