literature review

2
LITERATURE REVIEW/sorotan literatur Mengenai kajian -kajian lepas yang dapat membantu penulisan tesis- dirumuskan secara keseluruhan dan juga boleh dibuat bandingan antara satu kajian dengan kajian lain. Cara penulisan literature review bukan sekadar merumuskan tetapi menilai kelebihan/kekurangan pada karya tersebut dan sejauhmanakah pentingnya kepada kajian penyelidik. CONTOH 1 Kajian mengenai sejarah pemikiran ataupun apa yang dikaitkan dengan sejarah intelek juga pernah dibicarakan oleh Abdul Rahman Hj. Abdullah. Buku beliau berjudul Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur lebih membincangkan tentang perkembangan pensejarahan dan falsafah sejarah antara dunia Barat dan Timur. Beberapa aspek tentang persoalan penting dalam falsafah dan pemikiran sejarah seperti teori kosmologi, epistemologi, ontology, teleologi dan sebagainya turut dipaparkan. Walaupun perbincangan menyorot juga kepada dunia Timur namun dalam konteks dunia Melayu amat sedikit sekali disentuh oleh beliau iaitu ketika membincangan teori

Upload: mat-pe-ning

Post on 16-Feb-2016

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Page 1: Literature Review

LITERATURE REVIEW/sorotan literaturMengenai kajian -kajian lepas yang dapat membantu penulisan tesis- dirumuskan secara keseluruhan dan juga boleh dibuat bandingan antara satu kajian dengan kajian lain.

Cara penulisan literature review bukan sekadar merumuskan tetapi menilai kelebihan/kekurangan pada karya tersebut dan sejauhmanakah pentingnya kepada kajian penyelidik.

CONTOH 1

Kajian mengenai sejarah pemikiran ataupun apa yang dikaitkan dengan sejarah intelek juga pernah dibicarakan oleh Abdul Rahman Hj. Abdullah. Buku beliau berjudul Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur lebih membincangkan tentang perkembangan pensejarahan dan falsafah sejarah antara dunia Barat dan Timur. Beberapa aspek tentang persoalan penting dalam falsafah dan pemikiran sejarah seperti teori kosmologi, epistemologi, ontology, teleologi dan sebagainya turut dipaparkan. Walaupun perbincangan menyorot juga kepada dunia Timur namun dalam konteks dunia Melayu amat sedikit sekali disentuh oleh beliau iaitu ketika membincangan teori linear yang disamakan dengan teori kemajuan yang berlaku di Malaysia pada akhir abad ke-20 sahaja.

Page 2: Literature Review

CONTOH 2

Kebanyakannya buku yang menyentuh mengenai falsafah sejarah atau pemikiran yang dikarang oleh ahli sejarawan barat lebih menyentuh mengenai pemikiran atau falsafah sejarah yang wujud selain di dunia Melayu. Antaranya ialah Grace E. Cairns yang membicarakan salah satu aspek daripada pemikiran atau falsafah sejarah iaitu mengenai teori kitaran melalui bukunya yang berjudul Philisophes of History: Meeting of East and West in Cycle –Pattern of History. Buku ini bermanfaat bagi memahami istilah, definisi, bentuk dan beberapa aspek dalam falsafah dan pemikiran sejarah Barat dan Timur.