literature review

11
Bachelor Of Environmental Health And Safety (HONS) 1.9 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan Petaling jaya, selangor dan tertumpu kepada semua golongan masyarakat. Jumlah responden yang terpilih adalah sebanyak 100 orang. Selain itu kejujuran responden semasa menjawab borang kajian soal selidik adalah diluar kawalan pengkaji. Oleh itu pengkaji akan menerangkan kepentingan kajian dan memohon kerjasama daripada pihak responden untuk menjawab borang soal selidik yang diedarkan dengan jujur. 1.10 Sumbangan Kajian Perolehan atau hasil daripada kajian ini akan membantu penyelidik/pengkaji untuk mengetahui setakat mana masyarakat mengambil berat akan kepentingan mengetahui risiko kemalangan dan penyakit yang boleh berlaku melibatkan pekerjaan. Keselamatan industri bertujuan diwujudkan untuk menghasilkan satu suasana yang selamat dalam sesebuah industri. Pekerja selalunya terdedah kepada pelbagai bahaya seperti kebisingan, asap dan gas, bahan kimia, kepanasan, radiasi nuklear, pengendalian jentera dan sebagainya. Tidak dilupakan kepada pekerja yang bekerja dalam perkhidmatan kesihatan masyarakat yang terdedah kepada risiko berlakunya jangkitan penyakit berjangkit seperti Tuberculosis dan kemalangan semasa penggunaan alat seperti jarum suntikan apabila sebarang kecuaian berlaku. 10

Upload: romanus-peter

Post on 26-Jul-2015

111 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Proposal kajian penyakit pekerjaan

TRANSCRIPT

Page 1: Literature Review

Bachelor Of Environmental Health And Safety (HONS)

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan Petaling jaya, selangor dan tertumpu kepada

semua golongan masyarakat. Jumlah responden yang terpilih adalah sebanyak 100 orang. Selain

itu kejujuran responden semasa menjawab borang kajian soal selidik adalah diluar kawalan

pengkaji. Oleh itu pengkaji akan menerangkan kepentingan kajian dan memohon kerjasama

daripada pihak responden untuk menjawab borang soal selidik yang diedarkan dengan jujur.

1.10 Sumbangan Kajian

Perolehan atau hasil daripada kajian ini akan membantu penyelidik/pengkaji untuk

mengetahui setakat mana masyarakat mengambil berat akan kepentingan mengetahui risiko

kemalangan dan penyakit yang boleh berlaku melibatkan pekerjaan. Keselamatan industri

bertujuan diwujudkan untuk menghasilkan satu suasana yang selamat dalam sesebuah industri.

Pekerja selalunya terdedah kepada pelbagai bahaya seperti kebisingan, asap dan gas, bahan

kimia, kepanasan, radiasi nuklear, pengendalian jentera dan sebagainya. Tidak dilupakan kepada

pekerja yang bekerja dalam perkhidmatan kesihatan masyarakat yang terdedah kepada risiko

berlakunya jangkitan penyakit berjangkit seperti Tuberculosis dan kemalangan semasa

penggunaan alat seperti jarum suntikan apabila sebarang kecuaian berlaku.

BAB II TINJAUAN SASTERA

Tinjauan literatur merupakan satu penyelidikan yang dibuat berdasarkan hasil daripada

sumber seperti buku, jurnal, kertas kerja, keratan akhbar, internet, tesis, dan kajian pengkaji

terdahulu. Sebarang perolehan maklumat yang menyatakan mengenai kepentingan dan sebab

kajian dijalankan akan direkodkan dengan menyatakan sumber perolehan maklumat.

2.0 Tinjauan sastera/Kajian Ilmiah

10

Page 2: Literature Review

Bachelor Of Environmental Health And Safety (HONS)

Akta Keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 (Akta 514) yang telah berkuatkuasa

sejak tahun 1994 memfokuskan ke arah pembentukan sistem pengurusan keselamatan dan

kesihatan pekerjaan. Terdapat dua sebab mengapa dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan

perlu disediakan. Pertama, ia diwajibkan melalui peruntukan undang-undang. Kedua, ia perlu

untuk mengingatkan semua kakitangan iltizam bersama untuk menyediakan suasana tempat kerja

yang selamat. Selain itu dasar ini boleh digunakan sebagai bukti kecuaian majikan sekiranya

gagal menyediakan sesuatu dasar tersebut ( Ismail,2002).

Seksyen 30 AKKP 1994, memperuntukkan tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan

Jawatankuasa keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di tempat kerja jika mempunyai

lebih dari empat puluh orang pekerja. Sekiranya jumlah pekerja adalah kuarang daripada empat

puluh orang, Ketua Pengarah boleh mengarahkan penubuhan jawatankuasa sekiranya wujudnya

keperluan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja. Sementara itu, kerjasama

dikalangan pekerja dan majikan adalah dituntut bagi menjaga, memelihara dan meningkatkan

mutu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja (JKKP, 1998) kerana tanggungjawab

asas dalam menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak ditangan orang yang

mencipta risiko dan orang bekerja dengan risiko tersebut (NIOSH,1997).

Pendekatan Common Sense, H.W.Heinrich, Petersm dan Roos (1980) dalam bukunya

yang berjudul, “industrial accident prevention”, telah buat pertama kalinya mengemukakan satu

paradigm yang baru dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH). Heinrich

berpendapat bahawa kemalangan industri adalah bersebab dan individu yang menjalankan kerja

bertanggungjawab terhadap kebanyakan kemalangan dan kecederaan yang dialaminya. Setiap

kemalangan industri dikaitkan dengan kegagalan kognitif individu dalam mengamalkan

‘common sense’ semasa bekerja. Individu yang ditimpa kemalangan dikatakan cuai dalam

mengamalkan common sense dan kecuaian tersebut berulangan (David, 1999). Pendekatan ini

mengemukan idea bahawa ada dua kategori individu iaitu individu yang lebih berpotensi dan

individu yang kurang berpotensi mengalami kemalangan (Guarnier, 1992).

Menurut Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan, Datuk

Lee Lam Thye, kadar kematian pekerja di negara membangun ialah enam kali lebih tinggi

11

Page 3: Literature Review

Bachelor Of Environmental Health And Safety (HONS)

daripada di negara-negara maju (Berita Harian, 2004). Perangkaan Pertubuhan Buruh

Antarabangsa (International Labour of Organisation, ILO) menunjukkan bahawa 100,000

kematian berkaitan kerja berlaku setiap bulan, iaitu lebih 3,000 setiap hari dan secara puratanya

dua kematian pada setiap minit (Utusan Malaysia, 2002).

Penilaian risiko yang sesuai dan efektif merupakan antara faktor penyumbang kejayaan

perlaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Gadd et. al, 2004). Ini

kerana penilaian risiko merupakan salah satu kaedah yang berkesan digunakan bagi menyokong

keputusan yang dilakukan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Aven & Kristensen,

2005). Ini telah disokong dengan tinjauan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Vassie dan

Lucas pada tahun 2001. Biasanya penilaian risiko akan dilakukan di peringkat perancangan iaitu

di peringkat atas kertas (Aven & Kristensen, 2005) kerana pada peringkat ini, kemungkinan

bahaya yang dihadapi oleh pekerja dikenalpasti seterusnya kawalan risiko akan ditentukan

berdasarkan bahaya yang telah dikenalpasti (Swaste et. al, 1997). Ini bertujuan untuk mengelak

dari syarikat mengalami kerugian yang besar semasa perlaksanaan proses sebenar.

Penilaian risiko juga perlu dilakukan sentiasa iaitu sekurang-kurangnya sekali setahun

(sekiranya tiada sebarang perubahan aktiviti kerja atau tidak berlaku sebarang kemalangan).

Penilaian risiko perlu dilakukan sentiasa bagi memastikan kebarangkalian kemalangan berlaku

tidak melebihi had yang telah ditetapkan (Monuele, 2003). Ia juga bertujuan untuk menentukan

peningkatan tahap risiko daripada aktiviti yang dilakukan di tempat kerja adalah boleh diterima

atau memerlukan kawalan yang lebih baik bagi mengawal atau mengurangkan risiko (Gadd et.

al, 2004).

12

Page 4: Literature Review

Bachelor Of Environmental Health And Safety (HONS)

BAB III METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk dan kaedah kajian yang akan dipilih dalam menjalankan penyelidikan ini

adalah kajian eksperimental. Kajian ini dijalankan dengan pengedaran soal selidik kepada

golongan masyarakat dan mengenalpasti akan pengalaman yang pernah dialami oleh mereka

mengenai risiko penyakit dan kemalangan yang pernah dialami oleh mereka semasa menjalankan

aktiviti pekerjaan di tempat kerja. Selain itu data sekunder juga akan dikumpulkan berdasarkan

maklumat kemalangan dan penyakit yang berlaku yang diperolehi daripada rekod Jabatan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Seterusnya Data Primer (Borang Soal Selidik) dan Data

Sekunder akan digabungkan untuk mendapatkan perolehan data bagi membuktikan kebenaran

atau kesahihan kajian ini.

3.0 Metodologi Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, antara yang dilakukan ialah;

i. Kajian peringkat awal.

Dibuat pada awal penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang kukuh mengenai

kajian yang dipilih.

ii. Pengumpulan data.

Menggunakan kaedah borang soal selidik yang diedarkan selain melalui pemerhatian dan

kaedah temuduga kepada responden untuk mendapatkan maklumat yang lebih dipercayai

berdasarkan tabiat,amalan dan persekitaran tempat tinggal responden.

iii. Menganalisis data.

13

Page 5: Literature Review

Bachelor Of Environmental Health And Safety (HONS)

Memasukkan data kedalam bacaan yang lebih mudah seperti jadual dan carta. Peringkat

ini merupakan proses akhir dimana penyelidikan akan ditamatkan berdasarkan maklumat yang

diperolehi secara saintifik atau mempunyai nilai kebolehpercayaan bersama dengan laporan akhir

kajian.

3.1 Intrumen penyelidikan

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah borang soal selidik, temuduga terbuka

dan pemerhatian pada persekitaran lokasi kajian untuk memperoleh data. Intrumen soal selidik

yang digunakan oleh pengkaji mempunyai beberapa bahagian iaitu:

3.1.1 Demografi responden

i. Bahagian demografi responden mengandungi item yang berkaitan jantina,

bangsa, umur, serta pekerjaan responden terpilih.

3.1.2 Tahap pengetahuan masyarakat mengenai risiko penyakit dan kemalangan

di tempat pekerja.

3.1.3 Pengalaman dan risiko Kemalangan ditempat kerja

3.1.4 Langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

4.0 Kesimpulan awalan Kajian

Kemalangan yang berlaku adalah berpunca dari kegagalan memastikan sistem kerja yang

selamat, penyelenggaraan yang kurang berkesan, menggunakan bahan yang kurang berkualiti,

komunikasi yang tidak efektif, pemantauan tidak dijalankan sebaik mungkin dan latihan yang

diberikan kepada pekerja kurang berkesan. Golongan masyarakat harus senantiasa peka terhadap

persekitaran tempat kerja mereka bagi memastikan suasana pekerjaan adalah lebih selamat dan

sempurna terutama sekali pekerja yang sering terdedah dengan bahaya risiko daripada pekerjaan

mereka sendiri.

5.0 RUJUKAN

14

Page 6: Literature Review

Bachelor Of Environmental Health And Safety (HONS)

David, L.G.(1999). Occupational Safety And Health: For Technologist, Engineers, And

Managers,(3rd Edition), New Jersey: Prentice Hall, Ino.

Geller. E. S. (1996) The psychcology of safety: How To improve Behavior and attidudes on the

jobs. Florida: CRC Press.

Guarnier,M.(1992). Landmarks in history of safety. Journals of safety Research, 23, pp.151-158

Heinrich, H. W., Peterson, D.& Ross, N (1980). Industrial accident prevention (5th Ed). New

York : McGraw-Hill Book Co.

Jabatan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan.1998. Http://www.dosh.gov.com

Kamal Halili Hassan. (2001). Undang-undang keselamatan Industri dalam Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malaysia. Parlimen. 1994. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Kuala Lumpur :

MDC Publishers and Printers Sdn.Bhd.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Peraturan-Peraturan Dan Perintah-

Perintah. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Cheyne, A., Cox, S., Oliver, A. & Thomas, J.M. (1998). Modelling Safety Climate In The

Prediction Of Levels Of Safety Activity. Work & Stress, 255-271.

Clarke, S. (1998). Perceptions On Organizational Safety: Implication For The Development Of

Safety Culture. Journal Of Organizational Behaviour, 9.

Cox, S. & Cox, T. (1991). The Structure Of Employee Attitudes To Safety: An European

Example. Work And Stress, 93-106.

Donald, I. (1996). Managing Safety: An Attitudinal-based Approach To Improving Safety In

Organizations. Leadership And Organization Development Journal.15

Page 7: Literature Review

Bachelor Of Environmental Health And Safety (HONS)

Harvey, J., Boham, H. & Gregory D. (1999). How Many Safety Cultures Are There? Safety And

Health Practitioner, vol 16, 9-12.

Harvey, J., Boham, H., Gregory D. & Erdos, G. (2001). The Effectiveness Of Training To

Change Safety Culture And Attitude Within a Highly Regulated Environment. Personnel Review,

vol 30, 615-636.

John Ridley (1994). Safety At Work. Great Britain: Butterworth-Heinemann.

Wallace, I.G. 1995. Developing Effective Safety Systems. Institute of Chemical Engineers.

Willie Hammer & Dennis Price (1975). Occupational Safety Management and Engineering.

New Jersey: Prentice Hall.

16