literasi nombor
TRANSCRIPT
TUTORIAL 4
OLEH:
MUHD SYAFIQ BIN MANSOR
MUHD SAFWAN BIN MAHADI
WAN MOHD AIZAT BIN WAN ABD RAHMAN
NADZIRUL AKMAL BIN MOHD HAMZAH
TUTORIAL 4.1
1. Apakah perkataan, istilah dan bahasa yang
digunakan untuk menghuraikan bentuk-bentuk dua-dimensi dan
tiga-dimensi.
BENTUK 2D Juga dinamakan bahan 2D
Gambar 2D segi empat:
Mempunyai dua-dimensi iaitu: panjang dan lebar
Kesemua bentuk berada dalam satu satah dan tidak mempunyai ketebalan
Mempunyai permukaan yang rata
Mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur
Bersisi lurus kecuali bentuk bulat dan bujur iaitu sisi melengkung
Melibatkan pengiraan perimeter dan luas
Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah ialah: gambar, grafik, carta, peta, graf, poster, kad imbasan dan kad gambar.
BENTUK 3D Juga dinamakan bahan 3D
Gambar 3D segiempat:
Mengandungi tiga-dimensi iaitu: panjang ,lebar dan tinggi
Mempunyai permukaan yang rata
Mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur
Bersisi lurus kecuali bentuk bulat dan bujur iaitu sisi melengkung
Melibatkan pengiraan luas permukaan dan isipadu
Jenis-jenis bahan 3D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah ialah: realia, model, diorama, akuarium, terrarium, boneka, patung dan topeng
TUTORIAL 4.2
Apakah persamaan dan perbezaan di antara :
a) Kiub, Kuboid, Silinder dan Prisma
b) Prisma dan Piramid
c) Piramid dan Kon
Kiub, Kuboid, Silinder dan Prisma
Perkara Kiub (Kubus) Kuboid Silinder Prisma
PersamaanDimensi Merupakan bentuk 3 dimensi
Permukaan Rata Mempunyai permukaan rata
Perbezaan
Bilangan Sisi 12 12 Tiada 9
Bilangan
Permukaan Rata6 6 2 5
Bilangan Bucu 8 8 Tiada 6
Permukaan Lengkung Tiada Tiada Ada Tiada
Semua Luas Permukaan Sama Tidak sama Tidak sama Tidak sama
Sebutan dalam Bahasa Inggeris
Cube Cuboid Cylinder Prism
Prisma dan PiramidPerkara Prisma Pyramid
Persamaan
Dimensi Merupakan bentuk 3 dimensi
Bilangan Permukaan Rata 5
Sisi Mempunyai sisi yang lurus
Bucu Mempunyai bucu
Perbezaan
Bilangan Sisi 9 8
Bilangan Bucu 6 5
Definisi
Merupakan sebarang
bentuk yang ada dua
tapak yang sama dan
selari.
Merupakan sebarang bentuk
yang mempunyai satu tapak
dengan permukaan condong
disambungkan dengan segitiga
yang bertemu di bucu
Sebutan dalam Bahasa
InggerisPrism Pyramid
Piramid dan KonPerkara Pyramid Kon
Persamaan
Dimensi Merupakan bentuk 3 dimensi
Permukaan Rata Mempunyai permukaan rata
Sisi Mempunyai sisi yang lurus
Bucu Mempunyai bucu pada puncaknya
Perbezaan
Bilangan Sisi 8 Tiada
Bilangan Permukaan Rata 5 1
Bilangan Bucu 5 1
Bilangan Lengkung Tiada Ada 1
Definisi
Merupakan sebarang bentuk
yang mempunyai satu tapak
dengan permukaan condong
disambungkan dengan
segitiga yang bertemu di bucu
Merupakan sebarang
bentuk yang ada satu tapak
yang bentuk bulat.
Sebutan dalam Bahasa
InggerisPyramid Cone
TUTORIAL 4.3
Apakah perkaitan di antara :
a)Kiub dan Kuboid
b)Silinder dan Prisma
Kiub dan Kuboid
Kiub merupakan kuboid sebab semua kiub ialah kuboid khas yang mempunyai 6 muka yang berbentuk segi empat sama. Kiub merupakan “subset” bagi kuboid, iaitu kiub ialah sebahagian daripada kuboid .
Kiub Kuboid
Silinder dan Prisma
Silinder ialah sebarang pepejal yang mempunyai tapak selari dengan satu permukaan lengkung yang menyambungkan dua tapak dan prisma mempunyai dua tapak yang sama dan selari. Kedua-duanya mempunyai bentuk selari.
Sil
ind
er
Prisma
TUTORIAL 4.4
Berikan definisi poligon dan
klasifikasi poligon mengikut bilangan
sisi.
DEFINISI POLIGON Poligon ialah suatu bentuk 2 dimensi yang
tertutup yang mempunyai sisi. Namaya berdasarkan bilangan sisi.
Terdapat 2 jenis poligon iaitu poligon sekata dan poligon tidak sekata. Poligon sekata mempunyai sisi yang sama panjang dan sudut pedalaman yang sama besar.
Bagi poligon sekata, bilangan paksi simetrinya adalah sama dengan bilangan sisi TETAPI bilangan paksi simetri bagipoligon tidak sekata bergantung kepada bentuk (paksi simetri adalah garis lurus yang membahagi dua sama sesuatu rajah dan jika rajah dilipat pada paksi itu rajah akan saling bertindih tepat di atas satu sama lain).
Poligon cembung adalah sebuah poligon dengan semua sudut pedalaman kurang daripada 180 darjah, semua pepenjuru yang diambil daripada sebarang mercu berada di dalam poligon. Ia juga sebuah poligon dengan sebahagian tiada mana-mana segmen garis (pepenjuru) menyertai dua verticies di luar poligon
Poligon cekung ialah sebuah poligon dengan satu atau lebih sudut pedalaman melebihi 180 darjah, beberapa pepenjuru yang diambil daripada mercu akan lulus di luar poligon. Ia juga sebuah poligon dengan bahagian beberapa segmen garisan (pepenjuru) menyertai dua verticies pada poligon di luar poligon
KLASIFIKASI POLIGON MENGIKUT BILANGAN SISI
Bentuk
Poligon Bilangan sisi
Segitiga
3
Segi empat sama
4
Pentagon
5
Heksagon
6
Heptagon
7
Oktagon
8
Nonagon
9
Dekagon
10
Undekagon
11
Dodekagon
12
TUTORIAL 4.51. Rajah di sebelah menunjukkan satu segi empat sama yang bersisi satu unit persegi.
a) Tentukan bilangan polygon yang boleh dibentuk dengan menyambungkan empat segi
empat sama seperti di sebelah.
b) Berapakah luas bagi setiap bentuk yang dihasilkan?
c) Berapakah perimeter bagi setiap bentuk?
d) Yang manakah bentuk yang mempunyai perimeter yang minimum?
1 unit
1 u
nit
Bilangan Polygon
Luas Poligon
Jawapan: 4 unit2
Perimeter Poligon
Jawapan:
Perimeter(A) = (3 unit x 3) + 1cm = 10 unit
Perimeter(B) = (1 unit x 2) + (4cm x 2) = 10 unit
Perimeter(C) = (3 + 5 + 2) unit = 10 unit
Perimeter(D) = 2 unit x 2 = 8 unit
Perimeter(E) = (3 unit x 2) + (2 unit x 2) = 10 unit
Perimeter Paling Minimum
Jawapan:
Bentuk (B) mempunyai perimeter
yang minimum.
TUTORIAL 4.6Bina bentuk-bentuk dengan menyambungkan 5 segi empat sama dan 8 segi empat sama seperti di atas.
a) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang luas
bentuk yang dibina?
b) Bentuk manakah yang mempunyai perimeter yang
minimum?
Bil 5 Segi Empat Sama
Catatan (Bentuk manakah yang mempunyai perimeter yang minimum?)
A
Luas = 5 unit2
Perimeter = (1 unit x 2) + (5 unit x 2) = 12 unit
B
Luas = 5 unit2
Perimeter = 3 unit + 5 unit + 4 unit = 12 unit
C
Luas = 5 unit2
Perimeter = 6 unit + 4 unit = 10 unit Bentuk ini mempunyai perimeter yang minimum.
D
Luas = 5 unit2
Perimeter = 7 unit + 5 unit = 12 unit
E
Luas = 5 unit2
Perimeter = 7 unit + 5 unit = 12 unit
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang luas bentuk yang dibina? Kesimpulannya, walaupun kelima-lima bentuk di atas berbeza, tapi luas masing-masing adalah sama, iaitu 5 unit2.
Bil
8 Segi Empat Sama
Catatan
F
Luas = 8 unit2
Perimeter = 9 unit + 9 unit = 18 unit
G
Luas = 8 unit2
Perimeter = 9 unit + 9 unit = 18 unit
H
Luas = 8 unit2
Perimeter = 8 unit + 8 unit = 16 unit
I
Luas = 8 unit2
Perimeter = 7 unit + 7 unit = 14 unit
J
Luas = 8 unit2
Perimeter = 6 unit + 6 unit = 12 unit Bentuk ini mempunyai perimeter yang minimum.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang luas bentuk yang dibina? Kesimpulannya, walaupun kelima-lima bentuk di atas berbeza, tapi luas masing-masing adalah sama, iaitu 8 unit2.
SEKIAN, TERIMA KASIH