literasi komputer

9
Literasi Komputer Pengenalan “Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak” demikianlah tema bagi Hari Guru pada Tahun 2015 ini. Tema yang begitu mengharapkan agar golongan pendidik dapat melebarkan akal modal insan yang diasuh supaya menjadi masyarakat yang mampu menjana transformasi di dalam pelbagai bidang kelak. Justeru, sebagai seorang guru sudah tentulah kita mengharapkan dan meletakkan wawasan yang tinggi ke arah pembentukan modal insan terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi yang amat dahagakan para ilmuan, orentalis dan cendekiawan yang segar dengan inovasi terkini menurut peredaran zaman. Di dalam merencanakan pembangunan sains dan teknologi serantau Bumi Malaysia, harus juga ditekankan kepada pembangunan akhlak, moral dan jati diri dikalangan modal insan agar ilmu yang digendong terus mekar dengan keperibadian mulia bagi menjamin kesejahteraan Negara kita yang kaya dengan pelbagai keturunan anak dan bangsa. Ini selaras dengan Matlamat Pendidikan Moral di Malaysia iaitu untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. (Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, 2003). Justeru, pembangunan modal insan dari segi sahsiah ini amat memerlukan sokongan jitu dari pendidik yang memacu mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah. Para guru Pendidikan Moral haruslah sentiasa segar dengan ciri-ciri guru yang cemerlang agar dapat menjayakan matlamat ini dengan gemilang. Guru juga haruslah berketerampilan, mempunyai daya tarikan yang dapat mendorong pelajar untuk bermotivasi mendengar dan melaksana ilmu yang diterbitkan olehnya.

Upload: chamaley

Post on 14-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

moral, elm 3103, isu isu moral

TRANSCRIPT

Page 1: Literasi Komputer

Literasi Komputer

Pengenalan

“Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak” demikianlah tema bagi Hari Guru pada Tahun

2015 ini. Tema yang begitu mengharapkan agar golongan pendidik dapat melebarkan akal

modal insan yang diasuh supaya menjadi masyarakat yang mampu menjana transformasi di

dalam pelbagai bidang kelak. Justeru, sebagai seorang guru sudah tentulah kita

mengharapkan dan meletakkan wawasan yang tinggi ke arah pembentukan modal insan

terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi yang amat dahagakan para ilmuan,

orentalis dan cendekiawan yang segar dengan inovasi terkini menurut peredaran zaman.

Di dalam merencanakan pembangunan sains dan teknologi serantau Bumi Malaysia,

harus juga ditekankan kepada pembangunan akhlak, moral dan jati diri dikalangan modal

insan agar ilmu yang digendong terus mekar dengan keperibadian mulia bagi menjamin

kesejahteraan Negara kita yang kaya dengan pelbagai keturunan anak dan bangsa. Ini

selaras dengan Matlamat Pendidikan Moral di Malaysia iaitu untuk membentuk individu yang

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan

kestabilan negara serta masyarakat global. (Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral,

2003).

Justeru, pembangunan modal insan dari segi sahsiah ini amat memerlukan

sokongan jitu dari pendidik yang memacu mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah. Para

guru Pendidikan Moral haruslah sentiasa segar dengan ciri-ciri guru yang cemerlang agar

dapat menjayakan matlamat ini dengan gemilang. Guru juga haruslah berketerampilan,

mempunyai daya tarikan yang dapat mendorong pelajar untuk bermotivasi mendengar dan

melaksana ilmu yang diterbitkan olehnya.

Perkembangan dunia sejagat memerlukan kita untuk mengetahui Ledakan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi impak positif dalam pelbagai aspek

kehidupan manusia. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting

dalam perkembangan pendidikan hari ini. Selari dengan abad ke-21, perluasan literasi

komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara. Era

teknologi maklumat memerlukan institusi pendidikan menggubal matlamat utama pendidikan

bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer. ICT dikatakan mampu

menjadi penggerak utama ke arah mewujudkan masyarakat yang bermaklumat sekaligus

meningkatkan daya saing dan prestasi ekonomi negara secara menyeluruh. Teknologi

secara dasarnya telah mengubah kehidupan seharian. Jika dahulu takrif literasi dikhususkan

kepada kebolehan seseorang dalam membaca dan menulis, namun keadaan ini telah

Page 2: Literasi Komputer

berubah. Pada abad ini, untuk berfungsi dengan baik dalam masyarakat, kebolehan

seseorang dalam membaca dan menulis adalah tidak mencukupi. Dalam konteks itu,

keadaan pada masa kini memerlukan tahap literasi yang lebih tinggi. Selaras dengan abad

ke-21 ini, definisi literasi telah berubah seiring dengan perkembangan teknologi yang

menjadi satu keperluan dalam kehidupan pada masa kini. Teknologi maklumat dan

komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan

perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik

darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan system maklumat

berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat

secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video

dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan

guru dan pelajar untuk mempelajari Pendidikan Moral dan sebagainya.

Oleh itu, dalam usaha melahirkan masyarakat bermaklumat, kerajaan telah

memperuntukkan sejumlah wang yang besar dalam usaha mengaplikasi teknologi ICT

dalam bidang pendidikan di negara kita. Menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

2006-2010, kerajaan telah memperuntukan sejumlah besar perbelanjaan pendidikan negara

bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di samping meningkatkan mutu dan kualiti

pendidikan menerusi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di antara salah satu

matlamat pelan adalah merapatkan jurang digital dengan menyediakan kemudahan ICT

antara lokasi dan meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru dan pelajar (Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006).

Apa itu PBS, PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu

menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu

bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang

ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan

pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah,

Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran

Psikometrik.

PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu

jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih

memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan

mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep

Page 3: Literasi Komputer

assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran

sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan

assessment of learning.

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran

Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat

kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang

murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu,

faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan

standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang

dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid

dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan

tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada

pernyataan standard.

PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan

pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan

integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai

untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka boleh memantau perkembangan

murid secara berterusan, boleh memberi maklum balas yang membina untuk

penambahbaikan pembelajaran murid, lebih memahami konteks yang sesuai dengan

persekitaran dan perkembangan murid, mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan

standard prestasi.

Kesemua elemen di atas merupakan cabaran baru bagi seorang guru pendidikan

moral untuk di terjemahkan di dalam P&P di dalam kelas. Literasi computer merupakan satu

cabaran untuk di kuasai oleh guru pendidikan Moral dalam menangani murid yang celik IT.

Page 4: Literasi Komputer

Literasi Komputer

“Perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas

talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama”. Ia merupakan satu

permasalahan yang juga berkait rapat dengan kemahiran guru pendidikan moral dalam

penguasaan ICT. Ini merupakan satu cabaran guru alaf baru yang perlunya memahirkan diri

dengan teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT). Ini baru permulaan, adalah tidak

mustahil penggunaan ICT akan terus berkembang dan pengurusan matapelajaran Moral

hanya terus di atas talian.

Perkembangan sains dan teknologi telah membawa pelbagai perubahan pada

bidang pendidikan di Malaysia pada masa kini. Perubahan ini telah terjadi melalui kreativiti

dan inovatif para perancang kita merancang pelbagai program dan kemudahan untuk

disalurkan kepada para pelajar. Di antara kemudahan yang sedang pesat berkembang di

sektor pendidikan dan disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan ialah Program

Komputer Dalam Pendidikan (KDP). Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan

bidang yang baru dan langkah awal mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan

hasrat wawasan 2020 (Sulaiman Sarkawi 1994). Ini untuk memastikan PBS dapat di

laksanakan dengan baik berpandukan bila penguasaan Komputer dan ICT guru dan pelajar

berada pada tahap yang baik.

Dalam pelajaran Moral, komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah

menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakannya

untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan

teknologi komunikasi dan maklumat atau (ICT). Teknologi komunikasi dan maklumat adalah

medium sumber maklumat yang mudah dan cepat untuk memperolehi ilmu pengetahuan.

Murid boleh menggunakannya untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna

dalam pembelajaran Matapelajaran Moral.

Kesedaran kepada kepentingan teknologi maklumat ini telah mendorong kerajaan

untuk menerapkan bidang tersebut sehingga ke peringkat sekolah rendah, khususnya di luar

bandar. Ini adalah kerana selain daripada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira), satu lagi

kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar untuk bersaing di alaf baru ini ialah celik

komputer. Seseorang itu dikatakan celik komputer apabila ia mempunyai kefahaman asas

fungsi komputer, dapat menggunakan komputer bagi memudahkan perlaksanaan tugas

tugas harian sama ada untuk kegunaan peribadi atau untuk pekerjaannya dengan cekap

dan berkesan, dan dapat berinteraksi dengan komputer menggunakan aplikasi-aplikasi

seperti multimedia dan internet.

Page 5: Literasi Komputer

Kemajuan yang begitu pesat dalam bidang teknologi elektronik, satelit,

telekomunikasi dan teknologi maklumat membolehkan seseorang itu menyampai,

mengumpul, menyalurkan, menyebarkan, mengurus, memproses atau menyimpan pelbagai

jenis maklumat dengan cepat dan mudah. E-mel, World Wide Web, teknologi digital,

internet, CD-Rom dan bahan multimedia interaktif menjadi alat atau kemudahan baru dalam

sistem pendidikan bersifat bestari. Menurut Tengku Azzman (Wan Azlinda, 2002) terdapat

tiga sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan moral, banyak maklumat

yang boleh dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia sendiri. Kedua,

kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat

dikelolakan dengan cekap oleh computer, ketiga maklumat dan pengetahuan menjadi kunci

untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia, terutamanya untuk pelajar itu sendiri.

Komputer dalam konteks pendidikan seharusnya mengenal pasti keperluan pelajar,

memberi arahan atau pengajaran yang sesuai mengikut peringkat pelajar, memantau dan

melaporkan kemajuan pelajar, menjadi alat pelajar menganalisis data, menulis laporan dan

melayari internet untuk mendapatkan maklumat bagi meningkatkan pengetahuan pelajar

dalam pendidikan moral khususnya dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa

komputer mampu menyumbang kepada proses pendidikan dalam pelbagai bentuk yang lain.

Sumbangan komputer adalah berkait rapat dengan kemahiran, pengetahuan dan komitmen

pengguna itu sendiri.

Walaupun kita menghadapi cabaran pada setiap kali kita memperkenalkan sesuatu

yang baru dalam bidang pendidikan, kita perlu sentiasa berusaha memperbaiki sistem

tersebut. Sesuatu perkara baru yang diperkenalkan pada suatu ketika mungkin merupakan

perkara yang paling terkini dan sesuai diperkenalkan berdasarkan pada situasi yang wujud.

Perkara yang sama mungkin menjadi perkara usang tidak lama kemudian (Rajendran,

1998). Oleh itu beberapa kajian mengenai penggunaan komputer dan KDP di sekolah

sekolah perlu dilakukan dari masa ke semasa untuk membantu pihak-pihak tertentu

merancang, melaksana dan mengatasi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Untuk memperkayakan maklumat, generasi pelajar tidak seharusnya bergantung

kepada buku teks moral yang dibekalkan dan bahan-bahan yang disediakan oleh guru

semata-mata, tetapi kemahiran mencari maklumat dengan sendiri daripada penggunaan

komputer perlu dititikberatkan. Penguasaan sepenuhnya kemahiran menggunakan komputer

adalah asas dalam usaha menguasai pendidikan moral di sekolah.

Bagaimanapun, ramai yang menganggap kemunculan ICT akan menyemarakkan

jurang perbezaan di antara masyarakat di luar bandar dengan bandar memandangkan

prasarana masih belum mencukupi untuk membolehkan mereka disambungkan dengan

Page 6: Literasi Komputer

rangkaian lebuh raya maklumat. Sekolah di luar bandar masih kurang peralatan komputer

serta kemudahan seterusnya penggunaan sepenuhnya di kalangan pelajar. Malah di

sesetengah sekolah masih belum ada makmal komputer untuk digunakan.

Sebagai langkah merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, kerajaan

dalam belanjawan 2001 memperuntukkan belanjawan untuk membina sebanyak 1,262 buah

makmal komputer di sekolah-sekolah luar bandar di seluruh negara. Kerajaan yakin kaedah

multimedia yang dilengkapi dengan perisian berasaskan falsafah pendidikan negara mampu

menghapuskan jurang kualiti pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar (Utusan

Malaysia, 28 November, 2000).

Perkembangan ICT di sekolah dan PBS akan terus beriringan saling melengkapi.

Tuntasnya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah dirangka

dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara

pada masa akan datang. PBS ini juga mendatangkan impaknya yang tersendiri. Kelemahan

yang ada haruslah diperbaiki dan dicari jalan penyelesainnya bagi meningkatkan lagi kualiti

mutu pendidikan di Malaysia. Apa yang penting, setiap perancangan rapi yang telah disusun

haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika dilaksanakan

dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak

yang terlibat, ianya bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah untuk

perkembangan individu dan pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta mampu

mengurangkan masalah gejala sosial yang berlaku pada masa sekarang ini selain memberi

transformasi yang positif terhadap pendidikan di Malaysia.