lembaran bm tahun 2

11
Soalan 1 hingga soalan 50 A.Pilih jawapan yang paling sesuai. Tandakan jawapan dengan membulatkan jawapan A, B atau C. 1. Wanida dan Yuna menaiki ________ ke sekolah. A. bas B. basikal C. motosikal 2. Ibu menyuruh Fadil memasukkan __________ ke dalam beg sekolahnya. A. buku B. sampah C. makanan 3. ____________ialah guru kelas Tahun 2 Zamrud. A. Pak Abu B. Kak Limah C. Puan Badriah 4. Encik Harith bekerja sebagai doktor di _________ . A. Kedai Runcit Mamat B. Hospital Pantai Permai C. Sekolah Kebangsaan Alma Jaya 5. Cacing ____ ular adalah haiwan yang tidak berkaki. A. dan B. atau C. lalu 6. Raniza mengayuh basikal _____ makan ais krim. A. kerana B. tetapi C. sambil 7. ________ caranya Pak Ghazi membuat wau bulan itu? A. Apakah B. Mengapakah C. Bagaimanakah PKSR 2/2013 BM PEM THN 2 | 1

Upload: oleander

Post on 21-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Latihan / soalan peperiksaan PKSR

TRANSCRIPT

Page 1: Lembaran BM Tahun 2

Soalan 1 hingga soalan 50

A.Pilih jawapan yang paling sesuai. Tandakan jawapan dengan membulatkan jawapan A, B atau C.

1. Wanida dan Yuna menaiki ________ ke sekolah.

A. bas B. basikal C. motosikal

2. Ibu menyuruh Fadil memasukkan __________ ke dalam beg sekolahnya.

A. buku B. sampah C. makanan

3. ____________ialah guru kelas Tahun 2 Zamrud.

A. Pak Abu B. Kak Limah C. Puan Badriah

4. Encik Harith bekerja sebagai doktor di _________ .

A. Kedai Runcit Mamat B. Hospital Pantai Permai

C. Sekolah Kebangsaan Alma Jaya

5. Cacing ____ ular adalah haiwan yang tidak berkaki.

A. dan B. atau C. lalu

6. Raniza mengayuh basikal _____ makan ais krim.

A. kerana B. tetapi C. sambil

7. ________ caranya Pak Ghazi membuat wau bulan itu?

A. Apakah B. Mengapakah C. Bagaimanakah

8. Pak Kasran seorang ____________ getah.

A. ditoreh B. menoreh C. penoreh

PKSR 2/2013 BM PEM THN 2 | 1

Page 2: Lembaran BM Tahun 2

9. Kejadian ______ di Kedai Emas Wah Chan berlaku di awal pagi.

A. rompakan B. terompak C. merompak

10. Tukang kebun itu sedang ______ pokok bunga.

A. merawat B. menyiram C. menebas

11. Ibu menemani adik menonton ________ .

A. buku B. radio C. televisyen

12. Kuih di gerai Mak Jah _______ belaka.

A. enak-enak B. busuk-busuk C. hitam-hitam

13. ________ Tahun 2 Alamanda sedang mengikuti kelas komputer.

A. Adik-adik B. Guru-guru C. Murid-murid

14. Kata akar bagi perkataan melompat ialah ______ .

A. empat B. lompat C. sempat

15. Rashdan sedang bermain congkak. _____ bermain dengan adiknya.

A. Dia B. Mereka C. Beliau

16. Encik Yuzman seorang doktor. _____ sangat baik hati.

A. Saya B. Beliau C. Mereka

17. Munif berbaring di atas sofa ______ tertidur.

A. lalu B. kerana C. tetapi

18. Mangsa-mangsa banjir telah _______ ke dewan serbaguna.

A. terpindah B. memindahkan C. dipindahkan

PKSR 2/2013 BM PEM THN 2 | 2

Page 3: Lembaran BM Tahun 2

19. Syarikat Delima Jati telah ________ 10 buah komputer kepada sekolah

terbabit.

A. membelikan B. merosakkan C. menyumbangkan

20. Kasmah menutup hidung kerana ikan itu berbau _______ .

A. wangi B. hanyir C. masam

21. Suara budak perempuan itu sungguh ______ .

A. pahit B. besar C. nyaring

22. Timothy segera beredar dari situ apabila cuaca semakin _____ .

A. panas B. tebal C. hilang

23. Chin Mee memasukkan dua ekor _______ ke dalam akuarium.

A. ikan-ikan B. kura-kura C. siput-siput

24. Kita akan mudah memotong daging jika menggunakan pisau yang _______ .

A. keras B. tajam C. tumpul

Soalan 25 hingga 26.

Pilih ayat yang menggunakan imbuhan awalan dengan betul.

25. A. Saleha berjahit baju kurung untuk ibunya.

B. Erina melawat kawannya yang sakit di hospital.

C. Fuziah pemain bola jaring dengan kawan-kawannya.

26 A. Puan Zaida tersenyum melihat anaknya menerima hadiah.

B. Cikgu Wati sedang pengajar murid-murid di padang.

PKSR 2/2013 BM PEM THN 2 | 3

Page 4: Lembaran BM Tahun 2

C. Samad seorang bekerja yang rajin dan disenangi majikannya.

Soalan 27 berdasarkan gambar.

27. Ibu sedang ________ sarapan untuk kami sekeluarga.

A. memasak B. memegang C. menghidangkan

28. Manakah merupakan ayat majmuk ?

A. Sulaman tangan Mak Usu cantik.

B. Halimah memasak kari ikan dan sup ayam.

C. Pemain badminton itu sangat dikenali ramai.

Soalan 29 dan 30 berdasarkan gambar.

29. Encik David mempunyai sebuah bengkel ______ motosikal.

A. dibaiki B. perbaiki C. membaiki

30. Encik David ialah seorang ____________ .

A. mekanik B. nelayan C. tukang besi

PKSR 2/2013 BM PEM THN 2 | 4

Page 5: Lembaran BM Tahun 2

Soalan 31 berdasarkan gambar.

.

31. _____ Ranjit berdarah kerana terpijak kaca.

A. Kaki B. Lutut C. Tangan

32. Muka adik berkerut apabila makan ________________ .

A. gula-gula itu B. limau yang masam

C. buah yang manis

Soalan 33 berdasarkan gambar.

33. Nenek sedang ________ tikar mengkuang.

A. membuat B. menghias C. menganyam

Gerai burger Zaki dibuka pada pukul 6.30 petang.

34. Ayat tanya yang tepat bagi jawapan yang diberikan ialah _______ .

A. Mengapakah Zaki membuka gerai burger?

PKSR 2/2013 BM PEM THN 2 | 5

Page 6: Lembaran BM Tahun 2

B. Pada pukul berapakah gerai burger Zaki dibuka?

C. Bagaimanakah gerai burger Zaki dibuka pada pukul 6.30 petang?

Soalan 35 berdasarkan gambar.

35. Kakak __________ kain lalu menyidai kain itu di ampaian.

A. memutar B. memegang C. memerah

Soalan 36 hingga soalan 40

A. Baca petikan di bawah. Kemudian ,jawab soalan yang diberikan.

Pada cuti sekolah yang lalu, Aminah dan keluarganya telah membersihkan kawasan rumah mereka. Mereka memulakan tugas tersebut selepas sarapan pagi.

Aminah membersihkan longkang di sekeliling rumahnya. Kakak Aminah menyapu sampah di halaman dan belakang rumahnya. Abang Aminah pula mengutip tin-tin dan botol-botol kosong lalu ditanam di dalam lubang agar nyamuk Aedes tidak mudah membiak. Ibu Aminah mengemas rumah dan mencuci tandas. Bapa Aminah memotong rumput dan memotong ranting pokok bunga di halaman rumah mereka.

Mereka selalu mengamalkan kerjasama dan bergotong-royong kerana dengan cara ini dapat memupuk kemesraan antara ahli keluarga.

35. Bilakah Aminah dan keluarganya bergotong–royong membersihkan kawasan

rumah mereka?

A. pada hari Ahad yang lalu B. pada hari Sabtu yang lalu

PKSR 2/2013 BM PEM THN 2 | 6

Page 7: Lembaran BM Tahun 2

C. pada cuti sekolah yang lalu

37. Apakah tugas Aminah?

A. mencuci tandas B. membersihkan longkang

C. membersihkan sekeliling rumah

38. Mengapakah tin dan botol kosong perlu ditanam?

A. kerana tin dan botol berbahaya

B. supaya nyamuk Aedes tidak membiak

C. supaya tin dan botol tidak diambil orang

39. Perkataan mengutip bermaksud ………………

A. memindah B. membuang C. mengambil

40. Yang manakah bukan tugas yang dilakukan bapa Aminah?

A. memotong rumput B. memotong ranting pokok bunga

C. menebang pokok di halaman rumah

Soalan 41 hingga soalan 45

C. Baca petikan di bawah. Kemudian ,jawab soalan yang diberikan.

Tebu kuning ialah sejenis tanaman yang ditanam untuk mendapatkan airnya sebagai minuman dan untuk dibuat gula. Batang tebu berbentuk silinder memanjang dan mempunyai ruas. Tebu kuning memerlukan cahaya matahari yang banyak dan hujan yang mencukupi. Kemarau akan menyebabkan pertumbuhan pokok tebu akan terbantut. Alur bagi penanaman keratan tebu juga perlu disediakan.

Tebu dibiak daripada keratan yang subur. Keratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang disediakan. Pangkal pokok perlu ditimbus dengan tanah semasa pokok berumur 3 hingga 5 bulan.

41. Apakah tujuan menanam tebu kuning?

PKSR 2/2013 BM PEM THN 2 | 7

Page 8: Lembaran BM Tahun 2

A. untuk mendapatkan isinya B. untuk mendapatkan airnya

C. untuk mendapatkan daunnya

42. Apakah yang berlaku ketika kemarau?

A. tebu kuning akan mati B. tebu kuning akan bertambah subur

C. pertumbuhan tebu kuning akan terbantut

43. Bagaimakah tebu kuning dibiakkan?

A. melalui biji benih B. melalui keratan batang

C. melalui pangkal tebu

44. Bilakah pangkal pokok perlu ditimbus?

A. semasa pokok berumur 3 hingga 5 hari

B. semasa pokok berumur 3 hingga 5 bulan

C. semasa pokok berumur 3 hingga 5 minggu

45. Pokok apakah yang menyerupai pokok tebu dari segi bentuknya?

A. pokok buluh B. pokok kelapa C. pokok pisang

Soalan 46 hingga soalan 50

D. Baca petikan di bawah. Kemudian ,jawab soalan yang diberikan.

Putrajaya adalah pusat pentadbiran negara. Bandar Putrajaya sangat istimewa kerana di sini terletaknya pejabat Perdana Menteri.

Selain itu, terdapat Masjid Putra serta taman tasik yang indah. Masjid Putra ialah masjid yang moden dan cantik. Masjid ini dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, kantin dan auditorium. Masjid ini kelihatan seperti terapung kerana ia dibina di atas tasik.

Selain itu, keindahan bandar Putrajaya terletak pada tiang-tiang lampu. Reka bentuk tiang-tiang lampu di sepanjang jalan dibina berasaskan alam semula jadi. Kini, Putrajaya menjadi tumpuan pelancong. Rakyat Malaysia sangat berbangga dengan adanya Putrajaya sebagai lambang kemegahan negara.

PKSR 2/2013 BM PEM THN 2 | 8

Page 9: Lembaran BM Tahun 2

46. Dimanakah letaknya pusat pentadbiran negara?

A. Putrajaya B. Masjid Putra C. Malaysia

47. Apakah nama masjid yang terdapat di bandar Putrajaya?

A. Masjid Putra B. Masjid Putrajaya C. Masjid Kuala Lumpur

48. Mengapakah bandar Putrajaya sangat istimewa?

A. kerana ada tiang-tiang lampu B. kerana terdapat taman tasik

C. kerana terdapatnya pejabat Perdana Menteri

49. Mengapakah Masjid Putra kelihatan seperti terapung?

A. kerana di bina di tepi tasik B. kerana dibina di atas tasik

C. kerana menjadi tumpuan pelancong

50. Siapakah yang berbangga dengan adanya Putrajaya?

A. penduduk bandar Putrajaya B. pelancong yang melawat Putrajaya

C. rakyat Malaysia

PKSR 2/2013 BM PEM THN 2 | 9