penulisan bm tahun 6

3

Click here to load reader

Upload: teacher

Post on 20-Dec-2015

89 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Contoh jawapan KaranganBahagian AAyat berkaitan gambar

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan BM Tahun 6

Soalan : Gambar di bawah menunjukkan persiapan Majlis Anugerah Kecemerlangan.Tulis lima ayat yang lengkap tentang persiapan tersebut.

Berdasarkan gambar yang diberi, kita perlu meneliti gambar tersebut dan menyenaraikan kata kerja atauaktiviti yang terdapat dalan gambar untuk memudahkan kita membina ayat. Antara kata kerja/aktiviti yang terdapat dalam gambar ialah :

       1. Menyusun hadiah       2. Menyapu       3. Menggantung kain rentang       4. Memanjat tangga       5. Menampal gambar       6. Mengangkat podium       7. Menghias pentas       8. Meletakkan pasu bunga       9. Memegang tangga      10. Membetulkan kedudukan sofa

       Selepas menyenaraikan kata kerja/aktiviti yang terdapat dalam gambar, barulah kita membina ayat. Untuk membina ayat, kita perlu membina pelan maklumat supaya ayat yang kita bina lebih tersusun dan gramatis. Sebagai contoh, mari kita lihat pelan maklumat yang telah dilengkapkan di bawah ini;

Page 2: Penulisan BM Tahun 6

Bil Siapa /

Watak

Buat apa /

Aktiviti

Keterangan

● di mana      ● dengan siapa

● guna apa    ● untuk apa

● bagaimana ● pertanyaan lain yang sesuai

1 Aminah dan Lili menyusun hadiah di atas meja yang disediakan dengan berhati-hati.

2 Salina dan Mila menyapu sampah di dalam dewan supaya dewan itu bersih.

3 Mustafa mengangkat

podium

di atas pentas itu untuk persediaan hari anugerah

cemerlang, dibantu oleh Zamri.

4 Mutu  dan Sila menggantung kain

rentang

yang bertulis “Majlis Anugerah

Kecemerlang”  pada dinding di hadapan dewan itu.

5 Gary memanjat tangga untuk menampal gambar pada dinding manakala

Raof memegang tangga yang dipanjat oleh Gary.

Selepas itu, barulah kita bina lima ayat yang lengkap seperti berikut;

      Ayat Contoh

        1.      Aminah dan Lili menyusun hadiah di atas meja yang disediakan dengan berhati-hati.

        2.      Salina dan Mila menyapu sampah di dalam dewan supaya dewan itu bersih.

        3.      Mustafa mengangkat podium di atas pentas itu untuk persediaan hari anugerah cemerlang, 

              dibantu oleh Ali.

        4.      Mutu dan Sila menggantungkan  kain rentang yang bertulis “Majlis Anugerah Kecemerlang”  

              pada dinding di hadapan dewan itu.

        5.      Gary memanjat tangga untuk menampal gambar pada dinding itu, manakala Raof memegang 

              tangga yang dipanjat oleh Gary.