lembaga tabung haji laksana projek iqra’10:2013+lembaga+tabung+haji+laksana... · lembaga tabung...

3
1 Lembaga Tabung Haji Laksana Projek Iqra’ PENDANG, KEDAH : Isnin, 7 Oktober 2013: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra’ Tahun 2013 bagi Peringkat Negeri Kedah Darul Aman. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, Pendang, Kedah Darulaman. Projek Iqra’ ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TH yang mensasarkan para pelajar kurang bernasib baik dan berkemampuan dari seluruh negara. Pada 2013 ini, TH mengunjurkan pengagihan zakat pendidikan ini berjumlah RM1.4 juta kepada lebih 2,812 pelajar. Negeri Kedah Darulaman merupakan negeri pertama pada tahun ini menerima sumbangan dan akan disusuli dengan negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak. Pada majlis yang diadakan hari ini, sejumlah 111 pelajar dalam kategori asnaf daripada tiga (3) buah sekolah terpilih daripada Daerah Pendang, Kedah telah menerima sumbangan. Jumlah keseluruhan sumbangan yang disalurkan adalah bernilai RM55,500. Setiap seorang pelajar terpilih telah menerima sumbangan zakat pendidikan berjumlah RM500.00 yang berupa kelengkapan sekolah dan juga wang tunai.

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lembaga Tabung Haji Laksana Projek Iqra’10:2013+Lembaga+Tabung+Haji+Laksana... · Lembaga Tabung Haji Laksana Projek Iqra’ PENDANG, KEDAH : Isnin, 7 Oktober 2013: Lembaga Tabung

1

Lembaga Tabung Haji Laksana Projek Iqra’

PENDANG, KEDAH : Isnin, 7 Oktober 2013: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini

mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra’ Tahun 2013 bagi

Peringkat Negeri Kedah Darul Aman. Majlis penyampaian sumbangan tersebut

telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, Pendang, Kedah

Darulaman.

Projek Iqra’ ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat

(CSR) TH yang mensasarkan para pelajar kurang bernasib baik dan

berkemampuan dari seluruh negara. Pada 2013 ini, TH mengunjurkan

pengagihan zakat pendidikan ini berjumlah RM1.4 juta kepada lebih 2,812

pelajar.

Negeri Kedah Darulaman merupakan negeri pertama pada tahun ini menerima

sumbangan dan akan disusuli dengan negeri-negeri lain termasuk Sabah dan

Sarawak. Pada majlis yang diadakan hari ini, sejumlah 111 pelajar dalam

kategori asnaf daripada tiga (3) buah sekolah terpilih daripada Daerah

Pendang, Kedah telah menerima sumbangan. Jumlah keseluruhan sumbangan

yang disalurkan adalah bernilai RM55,500. Setiap seorang pelajar terpilih telah

menerima sumbangan zakat pendidikan berjumlah RM500.00 yang berupa

kelengkapan sekolah dan juga wang tunai.

Page 2: Lembaga Tabung Haji Laksana Projek Iqra’10:2013+Lembaga+Tabung+Haji+Laksana... · Lembaga Tabung Haji Laksana Projek Iqra’ PENDANG, KEDAH : Isnin, 7 Oktober 2013: Lembaga Tabung

2

Pemberian sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan pihak TH kepada

golongan yang kurang bernasib baik di samping sebagai usaha menyokong

program Kerajaan dalam membangun serta melestarikan komuniti Islam di

negara ini. TH berharap sumbangan ini menjadi suntikan pendorong dan

motivasi kepada pelajar untuk gigih berusaha menuntut ilmu dan menempa

kecemerlangan di dalam bidang akademik. Di samping itu, TH juga berharap

agar para pelajar ini dapat menjadi pemangkin perubahan dalam

meningkatkan taraf sosio ekonomi diri dan juga keluarga pelajar-pelajar

berkenaan pada masa hadapan melalui bidang pendidikan.

Selain daripada Projek Iqra’ ini, TH juga melaksanakan beberapa program CSR

lain, seperti :

Projek Ehsan iaitu agihan zakat kepada golongan asnaf warga emas,

fakir miskin dan ibu tunggal yang dilaksanakan sempena bulan

Ramadhan dan Aidilfitri; dan

Projek Baiti iaitu agihan zakat yang peruntukkan untuk pembinaan atau

penambahbaikan rumah bagi golongan asnaf fakir miskin.

-Tamat-

Page 3: Lembaga Tabung Haji Laksana Projek Iqra’10:2013+Lembaga+Tabung+Haji+Laksana... · Lembaga Tabung Haji Laksana Projek Iqra’ PENDANG, KEDAH : Isnin, 7 Oktober 2013: Lembaga Tabung

3

Lembaga Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah badan berkanun yang diperbadankan di

bawah Akta Lembaga Tabung Haji, 1995 (Akta 535). Aktiviti utama TH adalah dalam

operasi pengurusan Haji, tabungan dan pelaburan. Antara sektor pelaburan terasnya

adalah perladangan, hartanah, pembinaan, perbankan, teknologi maklumat, minyak

& gas asli, pelancongan, perkhidmatan dan makanan halal. TH mempunyai 119 buah

cawangan di seluruh negara dan satu cawangan di Jeddah, Arab Saudi. Untuk

maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan Tabung Haji, sila lawati

www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre ditalian 03-6207

1919.