learning activities (for both low & high achiever)

8
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) HBMT1203 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO SEMESTER SEPTEMBER 2010 NAMA : HAZAMI BINTI WAHAB NOMBOR KAD PENGENALAN : 780311-08-7300 E-MEL: [email protected] NAMA TUTOR : PUAN ZAITON BINTI OSMAN TEMPAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SHAH ALAM

Upload: xammy78

Post on 29-Jul-2015

409 views

Category:

Business


1 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAPROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

HBMT1203TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO

SEMESTER SEPTEMBER 2010

NAMA : HAZAMI BINTI WAHABNOMBOR KAD PENGENALAN : 780311-08-7300

E-MEL: [email protected]

NAMA TUTOR : PUAN ZAITON BINTI OSMANTEMPAT PEMBELAJARAN :

PUSAT PEMBELAJARAN SHAH ALAM

Sub Topik : Mengukur dan Membandingkan Isipadu Cecair

Objektif Pengajaran : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit –unit bukan piawai.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :

1) mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.

2) membandingkan isipadu cecair melalui perbandingan langsung.

LANGKAH /MASA

AKTIVITI CATATAN

Set Induksi(5 minit)

Guru menunjukkan barang-barang berikut kepada murid. Murid diminta meneka dan memilih di antara 2 barang tersebut, yang manakah mempunyai kapasiti yang lebih.a) 1 botol besar cecair pencuci kereta dan 1 botol syampu.b) 1 botol besar 100Plus dan 1 tin minuman 100Plus.c)Guru memberitahu murid bahawa : i) kita akan dapat mengetahuinya melalui perbandingan secara langsung bagi barang yang kelihatan ketara perbezaannya dari segi saiz, namun ia lebih tepat jika kita melakukan pengukuran ke atasnya. ii) hari ini kita akan belajar mengenai kapasiti isipadu dalam sesebuah bekas dan akan menjalankan pengukuran ke atasnya.

Menimbulkan minat murid.

KBKK : Menjana idea dan membuat ramalan.

BBM : 1 botolbesar pencuci kereta, 1 botol kecil syampu.1 botol besar 100Plus, 1 tin minuman 100Plus.

LANGKAH /MASA

AKTIVITI CATATAN

Langkah 1(10 minit)

a) Guru meminta tiga orang murid tampil ke hadapan kelas. Guru memberikan arahan dan membimbing mereka untuk

menunjukkan aktiviti kepada kelas :

i) Murid pertama (A) akan menuangkan isipadu air oren dari botol ke dalam cawan. Murid kedua (B) akan menunjukkan cawan berisi oren itu kepada kelas dan menyebut secara kuat, “1”. Murid A akan menuangkan lagi oren ke dalam cawan seterusnya dan murid B akan menunjukkan cawan kepada kelas dan menyebut, “2”. Proses ini diulang sehingga air dari dalam botol telah habis dituang ke dalam cawan. Guru meminta respons dari semua murid,”Ada berapa cawankah air oren yang dituang dari botol?” Semua murid menjawab bilangannya (3)

ii) Ulangi Langkah (a) di atas dengan isipadu air sirap dari bekas tupperware pula. Murid ketiga (C) pula ditugaskan untuk melakukan perkara yang sama seperti murid B, tetapi melibatkan isipadu air sirap pula.

Nilai : Berani, yakin diri, bekerjasama.

KBKK : Menjana idea

BBM : 1 botol air oren, cawan, ½ tupperware air sirap.

LANGKAH /MASA

AKTIVITI CATATAN

b) Guru membimbing murid membuat perbandingan melalui soalan-soalan berikut : i) Ada berapa cawan air oren yang dituang dari botol? (3) ii) Ada berapa cawan air sirap yang dituang dari tupperware? (5) iii) Isipadu air dari bekas manakah yang lebih banyak, botol atau tupperware? Tupperware iv) Berapa cawan lebihkah air dari tupperware berbanding botol? (2) v) Jadi, bekas manakah yang boleh mengisi lebih banyak air? Tupperware

KBKK : Membuat perkaitan dan perhubungan, membanding dan membeza.

Nilai : Teliti

Langkah 2(25 minit)

a) Murid dibahagikan kepada kumpulan berempat dan diminta bekerjasama dalam menjalankan aktiviti pengukuran. Setiap kumpulan diberikan alatan dan bahan yang berlainan, iaitu:

* K1 - 1 botol minuman oren, cawan kertas, 1 teko sirap. * K2 - 1 jag oren, 1 tupperware sirap, cawan kertas. * K3 - 1 balang air sirap, 1 botol oren, cawan kertas. *K4 - 1 botol sirap, 1 tupperware oren, cawan kertas.

Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan seorang perekod.

Kumpulan adalah berdasarkan aras murid.

LANGKAH /MASA

AKTIVITI CATATAN

b) Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberikan jadual seperti di bawah untuk merekodkan dapatan masing-masing.

** Jadual di atas untuk murid “aras tinggi”.

** Jadual di atas untuk murid “aras rendah”.c) Setelah selesai mengukur, setiap kumpulan akan bergerak

ke kumpulan/stesen lain pula untuk mengukur isipadu di dalam bekas yang terdapat di stesen lain pula.

Nilai : Berhati-hati dan bekerjasama

KBKK : Membuat ramalan, membanding dan membeza.

BBM : Botol, jag, tupperware, teko, balang, cawan dan jadual.

Ketua kumpulan bertanggungjawab menjaga tatasusila ahlinya.

Bekas Botol Tupperware Jag Teko Balang

Anggaran Bilangan Cawan

Bilangan Sebenar Cawan

Bekas Botol Tupperware Jag Teko Balang

Bilangan Cawan

LANGKAH /MASA

AKTIVITI CATATAN

d) Murid mencatat dapatan mereka di dalam pernyataan di bawah :

i) Isipadu air di dalam botol adalah sama dengan kapasiti ___ cawan. ii) Isipadu air di dalam tupperware adalah sama dengan kapasiti ___ cawan. iii) Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti ___ cawan. iv) Isipadu air di dalam teko adalah sama dengan kapasiti ___ cawan. v) Isipadu air di dalam balang adalah sama dengan kapasiti ___ cawan.

e) Murid diminta berbincang mengenai kelima-lima bekas tersebut (botol,tupperware, jag, teko dan balang) dan mengenalpasti bekas yang manakah mempunyai kapasiti

i) paling kecil ii) paling besar iii) dan menyusun bekas-bekas tersebut secara menaik, dari yang mempunyai kapasiti kecil kepada kapasiti yang besar.

Nilai : Berhati-hati, bekerjasamadan mendengar arahan.

BBM : Botol, jag, tupperware, teko, balang, cawan dan jadual.

Ketua kumpulan bertanggungjawab menjaga tatasusila ahlinya.

KBKK : Membuat keputusan

LANGKAH /MASA

AKTIVITI CATATAN

Langkah 3(15 minit)

a) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid, murid menjawab soalan yang diberikan.

b) Perbincangan jawapan : i) Guru memanggil beberapa orang murid untuk menuliskan jawapan mereka pada papan tulis. ii) Guru berbincang dengan murid, serta membimbing murid untuk mendapatkan jawapan dan memahaminya.c) Ulangi langkah 3(a) dan (b) dengan soalan seterusnya.d) Murid membuat pembetulan jawapan pada kertas masing-

masing.

Lembaran kerja mengikut aras murid (aras tinggi dan aras rendah) seperti yang dilampirkan pada Worksheet : Low Achiever dan Worksheet : High Achiever

Penutup(5 minit)

Guru membuat peneguhan dan merangsang murid untuk membuat rumusan berdasarkan aktiviti pembelajaran hari ini. i) bekas mempunyai kapasiti yang paling kecil/sedikit?ii) Bekas yang mempunyai kapasiti paling besar/banyak?iii) Apakah susunan bekas-bekas tersebut secara menaik dan menurun (berdasarkan kapasiti bekas berkenaan)? Rumusan: Kapasiti isipadu sesuatu bekas tidak bergantung

kepada ketinggiannya sahaja, namun saiz dan kelebarannya juga.

KBKK : Mencirikan, menjana idea, menyelesaikan masalah dan membuat rumusan.