lawatan ke auditorium dbkl untuk menyaksikan teater · pdf filelaporan lawatan ke auditorium...

Download Lawatan ke Auditorium DBKL untuk Menyaksikan Teater · PDF fileLaporan Lawatan ke Auditorium DBKL untuk ... Teater untuk menghayati kesenian dan kebudayaan teater dan belajar cara

If you can't read please download the document

Upload: dangdang

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • Laporan Lawatan ke Auditorium DBKL untuk Menyaksikan Teater Bangsawan

    Pada tarikh 15 Ogos 2015, iaitu hari Sabtu, Kelab Teater Kolej Permatapintar Negara telah

    mengadakan satu rombongan lawatan ke auditorium DBKL untuk menyaksikan sebuah teater bangsawan

    yang bertajuk Nila Kesuma. Tujuan lawatan ini adalah bagi memberi peluang kepada para ahli Kelab

    Teater untuk menghayati kesenian dan kebudayaan teater dan belajar cara mempersembahkan sebuah

    teater dengan cemerlang. Sebanyak 17 orang pelajar diiringi oleh 2 guru penasihat telah menyertai

    rombongan ini.

    Kami telah bertolak dari Dewan Serbaguna Pusat Permatapintar Negara pada pukul 5.00 petang

    diiringi oleh Encik Mior Muhammad Saiful dan Puan Fazilah Husin. Disebabkan kesesakan lalu lintas dan

    keadaan cuaca yang berhujan, kami tiba di auditorium DBKL pada pukul 7.00 petang. Selepas

    mendapatkan tempat untuk makan malam yang dibawa daripada dewan makan Pusat Permatapintar

    Negara, bendahari Kelab Teater, Amirah Nur Fatinah binti Faridam Shah, telah membawa duit sebanyak

    RM190 untuk menuntut tiket teater yang sudah ditempah beberapa hari yang lepas yang berharga

    sekeping RM10.

    Selepas makan malam, pelajar Muslim menunaikan solat masing-masing manakala pelajar bukan

    Muslim menunggu di lobi auditorium DBKL. Kami masuk ke dalam auditorium DBKL pada pukul 8.30

    malam.

    Nila Kesuma merupakan sebuah teater bangsawan yang memaparkan cerita tentang pengambilan

    takhta seorang putera yang diarahkan untuk dibuang negeri semasa zaman bayi kerana dipercayai akan

    membawa malapetaka kepada negara. Semasa diperintah untuk dibuang dari negeri puteri itu, ibunya,

    iaitu isteri kedua raja rela dibuang negeri bersama anaknya. Walau bagaimanapun, mereka telah tinggal di

    dalam hutan selama 20 tahun atas nasihat seekor makhluk hutan. Setelah putera Nila Kesuma membesar,

    dia membantu sebuah negara untuk membunuh seekor raksasa yang telah banyak membunuh. Sebagai

    tanda penghargaan budi, raja negara itu telah memberi tawaran untuk menghantar putera Nila Kesuma

    kembali ke negara kelahirannya. Disebabkan kemangkatan raja negara kelahiran Nila Kesuma kerana

    dibunuh oleh seorang bendahara, Nila Kesuma telah membunuh bendahara itu dan menaik takhta sebagai

    raja.

    Teater ini terbahagi kepada lima bab. Semasa menunggu pertukaran bab, pihak DBKL telah

    menyediakan pelbagai persembahan yang lain seperti nyanyian lagu, tarian dan permainan alat muzik.

    Persembahan-persembahan tersebut sungguh menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para

    penonton teater.

    Teater Nila Kesuma telah berakhir pada pukul 11.00 malam. Suatu sesi pengenalan para pelakon

    teater telah diadakan dan sesi pengambaran bersama para pelakon juga dijalankan. Akibat kesuntukan

    masa, kami tidak sempat mengambil gambar bersama para pelakon teater dan hanya berkesempatan

    mengambil gambar di luar auditorium DBKL. Selepas itu, kami balik ke Pusat Permatapintar Negara.

  • Lawatan ini telah berjalan dengan lancar. Semua peserta lawatan telah memberi kerjasama yang amat

    menggalakkan. Diharapkan lawatan kebudayaan sebegini boleh diadakan setiap tahun kerana budaya

    teater merupakan budaya tradisional kita.

    Ahli Kelab Teater telah mengambil gambar bersama-sama di luar auditorium DBKL

    Sesi pengambaran para pelakon teater bangsawan Nila Kesuma