lauk berpantang

16
Lauk berpantang Ayam- buat sup dgn halia atau goreng lada hitam. Ayam kg- kukus dgn halia, jgn tambah air, biar air ayam tu yg jadi sup. X dpt ayam kg, ayam biasa pun boleh kukus. Daging goreng lada hitam. Ikan bilis & halia digoreng garing gaul dgn lada hitam tumbuk, makan dgn nasi panas..nak tambah planta kicap sikit pun boleh dlm nasi tu. Sup ikan haruan. Tenggiri goreng. Sayur bayam tumis. Sayur sawi tumis. Buah epal. Diharap dpt membantu En. Ali Saidin klu nak memasak utk isteri masa berpantang ye. Kena cebuk rendam dgn uncang cuci berubat herba (ni special blend. Boleh ordee direct dgn spa saya ). Air suam2 sj. Cebuk n ruang. Rendaman 10min. Kesat kering n sapuruangkan dlmn shingga serviks dgn Phyto Vagin campur Minyak Brubt Hrba@mstjb. Lakukan shingga tiada bleeding. Elak drp brsama suami semntara waktu nk sembuh. Resepi Berpantang : Sup Daging -------------------------------------------- Bahan rebusan: Semangkuk daging dipotong kepingan 1 inci halia diketuk 2 ulas bawang putih diketuk 1 batang serai diketuk 1/2 biji bawang kuning Holang didadu besar Sebatang kulit kayu manis Sesudu teh ketumbar Sesudu teh biji lada hitam 4 biji buah pelaga 4 kuntum bunga cengkih Sekuntum bunga lawang

Upload: dahlina-kacak

Post on 10-Feb-2016

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

LAUK

TRANSCRIPT

Page 1: Lauk berpantang

Lauk berpantang

Ayam- buat sup dgn halia atau goreng lada hitam.Ayam kg- kukus dgn halia, jgn tambah air, biar air ayam tu yg jadi sup.X dpt ayam kg, ayam biasa pun boleh kukus.Daging goreng lada hitam.Ikan bilis & halia digoreng garing gaul dgn lada hitam tumbuk, makan dgn nasi panas..nak tambah planta kicap sikit pun boleh dlm nasi tu.Sup ikan haruan.Tenggiri goreng.Sayur bayam tumis.Sayur sawi tumis.Buah epal.Diharap dpt membantu En. Ali Saidin klu nak memasak utk isteri masa berpantang ye.

Kena cebuk rendam dgn uncang cuci berubat herba (ni special blend. Boleh ordee direct dgn spa saya ). Air suam2 sj. Cebuk n ruang. Rendaman 10min. Kesat kering n sapuruangkan dlmn shingga serviks dgn Phyto Vagin campur Minyak Brubt Hrba@mstjb. Lakukan shingga tiada bleeding.Elak drp brsama suami semntara waktu nk sembuh.

Resepi Berpantang : Sup Daging--------------------------------------------

Bahan rebusan:

Semangkuk daging dipotong kepingan1 inci halia diketuk2 ulas bawang putih diketuk1 batang serai diketuk1/2 biji bawang kuning Holang didadu besarSebatang kulit kayu manisSesudu teh ketumbarSesudu teh biji lada hitam4 biji buah pelaga4 kuntum bunga cengkihSekuntum bunga lawang

Bahan tumisan:

Sekeping halia dihiris memanjang2 ulas bawang putih dihiris2 ulas bawang kecil dimayangSesudu teh ketumbar

Page 2: Lauk berpantang

Bahan lain:Lobak merah dipotong bajiTomato di belah 4GaramLada hitam ditumbukHirisan daun bawang dan daun sup

Cara memasak:

Rebus bahan rebusan hingga daging empuk. Tumis bahan tumisan sehingga kekuningan dan masukkan ke dalam rebusan daging. Masukkan lobak dan masak sehingga lobak empuk. Masukkan tomato, daun sup dan daun bawang dan biarkan merenih seketika. Perasakan dengan lada hitam dan garam sebelum dihidangkan. 

Resepi Berpantang : Singgang Ikan Tenggiri-----------------------------------------------------------

Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri1 inci halia dipotong kepingan1 inci kunyit hidup dipotong kepingan2 ulas bawang kecil dimayang2 ulas bawang putih diketuk1 keping asam kepingGaramAir

Cara memasak:

Rebus kesemua bahan kecuali ikan sehingga air mendidih dan naik bau. Masukkan ikan dan garam. Biarkan merenih sehingga ikan masak dan hidangkan.

Resepi Berpantang : Sawi Bok Choy / Kailan Kuah Sos Tiram--------------

Bahan-bahan:

Sawi bok choy / kailan / baby kailan secukupnyaSeulas bawang putih dititil dan dihirisLada sulah

Page 3: Lauk berpantang

GaramAirMinyak untuk menumis - gunakan minyak bijan jika mahu lebih berperisa.Sesudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air - tak letak pun tak apaSos tiram

Cara memasak:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingha kekuningan. Masukkan air dan biarkan ia merenih seketika. Jika menggunakan minyak bijan, tumiskan bawang sekejap sahaja dan masukkan air segera untuk mengelakkan minyak bijan hangit dan berubah rasa. Masukkan sayuran dan perasakan dengan garam, lada sulah dan sos tiram. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau. Biarkan kuah merenih seketika dan hidangkan.

* Sawi adalah sayur pilihan masyarakat India bagi wanita yang baru bersalin kerana dipercayai dapat membuang angin menurut Majalah Pa & Ma.

Selamat mencuba!

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1

Resepi Berpantang : Ayam Panggang Bermadu---------------------------------------------------------------

Bahan-bahan :

Paha dan kepak ayam - sebaiknya tidak dibuang kulit supaya isi ayam tidak hangit dan kekal lembap selepas dipanggangSeinci halia ditumbuk halusSeinci kunyit hidup ditumbuk halusSesudu besar lada hitam ditumbuk kasarSesudu besar sos tiramSesudu besar maduSesudu besar kicap manisGaramSedikit majerin

Cara memasak:

Cucuk isi ayam dengan garfu bagi membolehkan perapan meresap ke dalam isi ayam. Perap isi ayam dengan semua bahan kecuali marjerin selama sekurang-kurangnya 1 jam. Panaskan kuali pemanggang dan leserkan sedikit marjerin sebelum memanggang. Panggang ayam

Page 4: Lauk berpantang

sehingga ayam masak. Hidangkan.

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1

Resepi Berpantang : Ikan Bawal Rebus Masam Manis--------

Bahan-bahan:

Ikan bawal dikelar sedikit1 cm halia dihiris3 ulas bawang putih dihiris2 ulas bawang kecil dihirisSebiji tomato dipotong kepinganSesudu besar sos ikanSekotak kecil kismisSegenggam hirisan daun ketumbarAirMinyak untuk menumis

Cara memasak:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan halia sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan sedikit air sekadar cukup untuk tenggelamkan 3/4 ikan. Masukkan sos ikan, tomato, daun ketumbar dan kismis. Biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Tutup periuk dan biarkan merenih sehingga ikan masak. Sesekali siramkan kuah ke atas ikan. Hidangkan. 

Selamat mencuba!

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1

Resepi Berpantang : Ikan Bawal Kukus Asam Jawa--------------------------------------------------------------------

Bahan - bahan :

Ikan bawal dikelar sedikitDua keping halia dihirisSekeping kunyit hidup dihirisAsam jawa - saya guna 1 sudu teh pes asam jawa AdabiLada hitam ditumbuk

Page 5: Lauk berpantang

Garam

Cara memasak :

Lumurkan kesemua bahan pada ikan dan kukus ikan sehingga masak. Hidangkan.

* Halia dan kunyit adalah antara bahan masakan yang mampu membantu pemulihan badan selepas bersalin. Keduanya juga dikatakan boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Halia dapat merawat masalah kembung perut, mengeluarkan angin dalam usus selain membantu penghadaman makanan. Kunyit pula dikatakan boleh membersihkan dan mengecutkan rahim wanita.

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1

Resepi Berpantang : Sup Dua Lobak Bersuun-------------------------------------------------------------

Bahan-bahan:

2 inci lobak putih dihiris1 inci lobak merah dihirisSeulas bawang merah dihirisSeulas bawang putih dihirisHirisan cili merahSedikit ikan bilis dicincang kasarSedikit suun dan fucuk - direndam sehingga lembutGaramLada sulahAirMinyak masak

Cara memasak :

Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, ikan bilis, bawang putih dan cili merah sehingga keperangan. Masukkan air dan masukkan lobak merah serta lobak putih. Biarkan merenih dan masukkan suun dan fucuk. Biarkan merenih seketika dan perasakan dengan lada sulah dan garam. Hidangkan.

* Lobak putih, lobak merah dan ubi bit dikatakan mempunyai keupayaan untuk meningkatkan pengeluaran susu berdasarkan kepada MOBI Motherhood International, sebuah organisasi sokongan penyusuan ibu. Lobak putih juga dikatakan mampu memperbaiki sistem penghadaman dan melawaskan kencing. 

Page 6: Lauk berpantang

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1

Resepi Berpantang : Sup Ayam Berempah---------------------------------------------------------

Bahan-bahan:

2 ketul ayamSekeping halia dihiris2 ulas bawang putih dihiris2 ulas bawang kecil dihirisSebatang kulit kayu manis4 biji buah pelaga4 kuntum bunga cengkihSekuntum bunga lawangSesudu teh lada hitam ditumbukSesudu teh biji ketumbarSedikit lobak merah didaduHirisan daun bawang dan daun supSesudu besar rempah kurma dicampur sedikit airAirGaramMinyak masak

Cara memasak:

Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah sehingga kekuningan. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk. Perasakan dengan lada hitam dan garam. Masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan merenih seketika dan hidangkan.

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1Resepi Berpantang : Bawal Stim Lada Hitam-----------------------------------------------------------

Bahan-bahan:

Ikan bawal - seekor dan dikelarSesudu besar sos tiramSesudu teh lada hitam ditumbuk

Page 7: Lauk berpantang

GaramSetengah inci halia dihirisSeulas bawang putih dihirisSedikit hirisan bawang kuning HollandSedikit hirisan daun sup dan daun bawang

Cara memasak:

Gaulkan semua bahan dan lumurkan ikan.dengan bahan-bahan. Masukkan bahan-bahan ke dalam bekas untuk mengukus. Kukus ikan sehingga masak dan hidangkan.

Resepi Berpantang : Daging Rebus Asam-------------------------------------------------------

Bahan-bahan:

Semangkuk daging yang dipotong kepinganSetengah inci haliaSetengah inci lengkuas2 ulas bawang putih2 ulas bawang kecilSesudu teh ketumbar ditumbuk kasarSekeping asam kepingGaramAir

Cara-cara:

Tumbuk halia, lengkuas, bawang putih dan bawang kecil hingga lumat. Kemudian, rebus daging bersama bahan-bahan yang ditumbuk bersama ketumbar sehingga daging empuk. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam. Biarkan merenih seketika sebelum dihidangkan.

* Asam keping bagus untuk melancarkan sistem penghadaman serta membantu mengempiskan perut selepas bersalin. Hidangan ini tidak berlemak.

Resepi Berpantang : Tumisan Sawi Putih Berkicap-------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan :

2 batang sawi putihHirisan cili merahHirisan bawang kuning HollandIkan bilis dicincang kasarKicap manis

Page 8: Lauk berpantang

Lada sulahGaramSedikit minyak masakAir

Cara memasak:

Panaskan minyak masak dan tumis ikan bilis, cili merah dan bawang. Setelah naik bau, masukkan sedikit air dan batang sawi yang telah dipotong. Kacau rata dan masukkan daun sawi. Perasakan dengan garam, lada sulah dan kicap manis. Kacau seketika sehingga sawi sedikit layu dan tuang ke dalam mangkuk hidangan. Sayur tidak perlu dimasak terlalu lama untuk mengekalkan khasiatnya. Kuahnya yang panas akan meneruskan proses memasak. Selamat mencuba!

Resepi Berpantang : Ikan Merah Goreng Masam Manis

Bahan perapan:1 sudu teh halia disagat halus1 sudu teh kicap manis1 sudu besar tepung jagung1/2 sudu teh pes asam jawa AdabiGaramGulaSekeping ikan merah

Bahan gorengan:1 inci halia dihiris memanjang2 ulas bawang putih dihirisMinyak masak

Cara memasak:Perap semua bahan perapan selama 30 minit. Jika gunakan ayam atau daging, perap lebih lama. Panaskan sedikit minyak dan masak ikan sehingga masak. Keluarkan ikan dan goreng hirisan halia dan bawang putih. Tabur gorengan halia dan bawang putih ke atas ikan sebelum menghidang.

Ikan goreng ini punya rasa masam dan manis yang unik dan menyelerakan. Asam jawa yang mengandungi flavonoid bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Pengeluaran peluh adalah salah satu cara mengeluarkan toksin dari.tubuh.

Resepi Berpantang : Nasi Ulam Ringkas

Bahan-bahan:

Page 9: Lauk berpantang

Semangkuk nasiUlaman yg dihiris halus secukupnya1/2 inci halia1/2 inci lengkuas1/2 inci kunyit hidupSebatang serai dihiris bahagian yang putih sahaja2 ulas bawang kecil dimayang1 sudu besar lada hitamSegenggam ikan bilis digoreng tanpa minyak2 sudu besar santan pekat dipanaskan sehingga pekat

Cara penyediaan:Tumbuk halia, kunyit hidup, lengkuas, serai, ikan bilis dan lada hitam sehingga lumat. Kemudian, gabungkan bahan yang ditumbuk dengan nasi dan ulaman serta hirisan bawang. Hidangkan dan nikmati semasa masih segar.

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1

Resepi Berpantang : Teh Halia

Rebus seinci halia dengan 3 cawan air dan renih sehingga air hampir kering separuh. 

Maniskan dengan sedikit gula melaka cukup sekadar manis buah. Enak diminum suam. 

Selain mampu mengurangkan angin, halia juga dikatakan dapat memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. 

Tidak hairanlah halia banyak digunakan sebahagian bahan masakan utama dalam menu ibu berpantang.

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1

Resepi Berpantang : Ayam Masak Halia

Bahan-bahan :Semangkuk isi ayam dipotong kepinganSeinci halia dihiris memanjang1/4 bawang kuning Holland dimayang2 ulas bawang putih dimayangSedikit hirisan cili merahSeinci lobak putihSeinci lobak merah1 sudu besar sos tiram

Page 10: Lauk berpantang

1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit airGaramSesudu teh lada hitam ditumbukAirMinyak masak untuk menumisHirisan daun bawang dan daun sup

Cara memasak:Panaskan minyak masak dan tumis halia, bawang kuning, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga separuh masak. Masukkan lobak putih dan lobak merah. Kacau sehingga ayam dan kesemua lobak hampir masak. Masukkan bancuhan tepung jagung biarkan merenih. Perasakan dengan lada hitam, garam dan sos tiram. Masukkan air mengikut kepekatan kuah yang anda mahukan dan biarkan merenih seketika. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau seketika dan tuangkan ke dalam mangkuk hidangan.

Nikmati dengan nasi panas. Memang mengenyangkan dan menyelerakan. Selamat mencuba!!

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1

Ayam Masak Bijan  

Bahan-bahannya: 

1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan

 4cm halia tua – di hiris 

3 sudu makan minyak bijan 

1/2 sudu makan kicap manis 

Sedikit garam Air secukupnya 

Cara: Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau

harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan

masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit

air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di

kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu. 

Ayam Kukus Cuka  

Page 11: Lauk berpantang

Bahan A (diperap sebelum dikukus)

 8 potong ayam 

4 ulas bawang putih – ditumbuk 

1 cm halia – ditumbuk 

Garam secukupnya 

Bahan B 

3 sudu makan cuka 

30 gm ketumbar 

1 sudu teh jintan manis 

1 sudu teh jintan putih 

Cara: Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam

selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak. Tuangkan cuka dan tabur

ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh

dihidangkan. Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik

diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat

mengecut perut dan rahim. 

Page 12: Lauk berpantang

AYAM MASAK KERING ( yang ni mak mertua masakkan masa pantang Jose tu ari) Bahannya:200 ml air3 – 5 helai daun pegaga – dihiris3 ulas bawang kecil – dihiris2 ketul ayam (sederhana besar)Seketul halia – dimayang halus½ sudu teh serbuk lada hitam½ sudu teh serbuk kunyitGaram secukup rasa Caranya:

1.      Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.2.      Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering

(mengikut suka).3.      Hidangkan ketika masih panas.

   SUP AYAM KAMPUNG(yang ni semua orang tau masak kot) 

Page 13: Lauk berpantang

  Bahannya:½ kg ayam di buang kulit3 Ulas bawang merah di hiris4 Ulas bawang putih di hiris1 inci halia di pecah-pecahkan atau di hirisKulit kayu manis½ sudu teh lada hitamBuah pelagaBunga lawangDaun sup di hirisDaun bawang di hirisSedikit garam Caranya:

1.      Masukkan kesemua bahan dan di masak sehingga mendidih2.      Campurkan daun sop dan daun bawang untuk penambah selera.3.      Untuk yang nak tambahkan susu boleh campurkan denan kurma cina

(red dates) atau betik muda dalam sup ayam ni skali. 

AYAM MASAK HALIA Bahannya:

Page 14: Lauk berpantang

Halia Muda – Di hirisSos TiramLada Hitam – Di tumbuk kasarDaun Bawang Caranya:

1.      Tumis Halia hingga kuning2.      Masukkan Ayam3.      Masukkan sedikit Air4.      Biar hingga ayam masak5.      Masukkan lada hitam yang telah di tumbuk kasar6.      Masukkan sos Tiram7.      Masukkan sedikit air8.      Masukkan daun bawang

   AYAM GORENG LADA HITAM (Marinated) Bahannya:Ayam1 biji bawang besar – di hiris bulat Bahan PerapLada hitam secukup rasaHalia – di kisarBawang besar- di kisarBawang putih – di kisarSos Cili/Cili mesin – di kisarSos tomatoSos tiramKicap pekatGaram/serbuk perasa Caranya:

Page 15: Lauk berpantang

1.      Perapkan ayam bersama halia, bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.

2.      Panaskan minyak, masukkan ayam bersama bahan perap3.      Tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan ayam masak4.      Setelah masak, boleh ditambah dengan garam dan serbuk5.      Perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.