menu berpantang

25
Ikan Masin Lada Hitam Bahannya: Ikan masin (Digoreng tanpa minyak) Lada hitam Caranya: Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau dan gaulkannya sebati. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated) Bahannya: Daging hihiris halus Lada hitam secukup rasa Halia Bawang besar Bawang putih Sos Cili/Cili mesin Sos tomato Sos tiram Kicap pekat Garam/serbuk perasa Caranya: i)Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat. ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut. iii)Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar. PETUA UNTUK KESEGARAN BADAN Seikat daun pegaga dicampur segelas air panas dikisar dan tapis boleh dicampur sedikit gula batu berfungsi sbg tonik utk ibu-

Upload: juliana-sarju

Post on 24-Dec-2015

70 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menu Berpantang

Ikan Masin Lada Hitam  

Bahannya:Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)Lada hitamCaranya:Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limaudan gaulkannya sebati.

Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)Bahannya:Daging hihiris halusLada hitam secukup rasaHaliaBawang besarBawang putihSos Cili/Cili mesinSos tomatoSos tiramKicap pekatGaram/serbuk perasa

Caranya:i)Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yangtelah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkanair mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut. iii)Setelah empuk,boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan danjuga hirisan bawang besar.

PETUA UNTUK KESEGARAN BADAN

Seikat daun pegaga dicampur segelas air panas dikisar dan tapisboleh dicampur sedikit gula batu berfungsi sbg tonik utk ibu-ibu dlmpantang

SUP AYAM

Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Supnya tidak boleh banyak.

SUP KENTANG

Orang berpantang tidak boleh banyak minum air dan makan makanan berminyak.

Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati Sup Kentang

Page 2: Menu Berpantang

yang dicampurkan dengan Suun.

Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. Bagaimanapun, supnya tidak boleh banyak.

Buncis tumis lada itamBahan tumis (ditumbuk)Ikan bilis (secekup)2 biji bwg merah(kecil)1 biji bwg putih1 sudu besar lada itam

1. tumiskan bahan yg ditumbuk (dlm 1-2 sudu besar minyak masak) hingga naik bau masukan 1/2 cawan air.....pastu masukkan kacang buncis kacau2 (buncis jgn sampai layu sgt)...siap utk dihidangkan...mudah bangat....

Isnin – haruan goreng kunyitSelasa – haruan msk stimRabu - haruan msk supKamis – ulang haruan goreng kunyitJumaat – haruan goreng sos tiramSabtu – haruan msk stimAhad – haruan msk sup

Ulang sampai abeh pantang…lg satu tiap2 ari kene minum pati ikan haruan… sampai tekak naik mual ari2 bedal ikan haruan..

sawi tumissawi tumis air ni la yg hari2 dok mkn..tumbuk bwg putih ngan ikan bilis..rebus ngan sawi..sedap gak..pastu ikan selar goreng...lps 2 minggu dah start mkn ayam...

mkn gak buah prune nak suh senang buang air..

kalo air mak rebus air akar kayu...rasa mcm air teh jer...tak ler sedap sgt tapi terpaksa minum...

paprik utk orang bersalin

tapi tak bersalin pun leh jer nak try..

tumbuk bawang merah, putih, halia. halia tu kalo tak suka makan seketul2, tumbuk bia lumat.ayam potong isi jer.kalo bukan utk pantang, letak r sayur cam kobis bunga, carrot, kacang panjang... suka ati la.. jgn letak sawi sudah.. hehehe

Page 3: Menu Berpantang

tumis bawang n halia sampai garing. pastu masukkan ayam. dah agak masak ayam tu,masuk sayur. then masukkan sos cili, sos tomato (Optional), sos tiram, kicap cair. pastu ko letak r garam. aku tak letak pak aji. tapi pakai kiub tanpa msg. letak r seketul kiub ayam. kalo utk pantang, letak sket lada itam. wat syarat. kalo tak ketuk cili api then masukkan.

then tutup api, pastu kedarah... hekkk

RESEPI DALAM PANTANG(1) Ikan kering kurau masak lada hitam - bwg merah- lada hitam- santan- ikan kering} semua ni buat cam masak lemak biasa tapi pekat.

(2) Ikan bilis ditumbuk + air limau nipis/cuka + lada hitam(3) Ikan bilis goreng + bwg + cili

(4) Sayur sawi goreng tumisSARDIN HALIA [ashra]1 tin sadin2 ulas bwg merah (hiris)1 ulas bwg putih(hiris)halia (hiris)airgaram

panaskan minyak then goreng ikan sadin sampai garinglepas tu angkat..kurangkan minyak..tumis bwang/halia sampai kuninglepas tu campo air sket..dah mendidih masokkan ikan sardin tadi..campo kuah sardin tu sket je

Menu Pantang [hanieliza]ikan haruan bakardaging bakar dicicah ngan sos lada hitamikan bilis digorengkan garing [mmg buat stok]kerabu pegagamasak lemak lada hitam periasup lobak putih + ikan bilis [untuk banyak susu badan dn kalsium]tumis daun kucai + tahu [untuk banyakkan susu badan

kak liza selalunya makan peria dalam pantang..kak liza buat sayur goreng..tumis bawang merah +| baw. putih ngan lada hitam..pecahkan telur dan masukkan peria..bila dah maasak..makan ngan nasi putih dan ikan bakar..

kak liza suka juga buat sos lada hitam semasa dalam pantang...

Page 4: Menu Berpantang

bahanlada hitamkunyit hidup garambawang putih 1 ulas jer..sikit cukagaram

semua bahan ni mesin dan gaulkansimpan dan bila nak makan ....hidangkan jer..rasa garam..dah mendidih & pekat boleh di angkat

KERABU PEGAGA[hanieliza]Bahan:1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil1 cawan kelapa muda

bahan tumbuk...1 s/k lada hitam3 ulas bawang merahsikit ikan bilisgaram

cara..1. tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa.2. bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutup api..3. kacau rata dan hidangkan..

simple kan...

kalau bukan dalam pantang..boleh tambahkan cili merah..ikut kepedasan yg bolehlah...memang sedap.....alamak..citer bab kerabu ni..nampak gaya kena cari pegaga lah ...nak kerabu..nak kerabu..nak kerabuuuuuu

DAGING BAKAR[hanieliza]Bahan-bahan300 gm daging lembutgaramminyak

Cara1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.

Air Assam4 keping adsama gelugorgaram5 s/k lada hitam tumbuk

Page 5: Menu Berpantang

sedikit hirisan bawang kecil

Cara gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.

IKAN KERING MASAK HALIA[hanieliza]Bahan-bahan200 gm ikan kering [isi]1 cawan santan3 sm halia3 ulas bawang putih2 s/k lada hitam2 keping asam gelugor2 sm kunyit hidupgaram[jika perlu]

Cara1. Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil.2. Masukkan dalam periuk bersma abahn2 lain.3. Masakkan sehingga kuah pekat.4. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

HARUAN PANGGANG HALIA[hanieliza]Bahan-bahan:1 ekor ikan haruan1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]2 s/b minyak1/2 cawan air1 s/k cuka1 helai daun kunyit [mayang halus]garam

bahan tumbuk5 ulas bawang putih6 sm halia4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk1 s/k jintan manis1 s/k jintan putih1 s/k lada hitam

Cara1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.7. Hidangkan dan makan semasa panas.

Page 6: Menu Berpantang

NASI MENGKUDU[hanieliza]

Bahan-bahan2 cawan beras [basuh dan toskan]1 batang serai3 cawan air rebusan daging1 batang serai [ketukkan]300 gm daging [rebuskan]1 s/b serbuk lada hitam1 s/b kerisek3 ulas bawang merah [mayangkan]2 helai daun mengkudugaram

cara:

1. Bersihkan daging dan rebuskan sehingga lembut.2. Masukkan beras, serai, air rebusan daging dan garam kedalam periuk dan masakkan saperti biasa.3. Daun mengkudu di mayangkan halus dan rebus sehingga masak. Perahkan adaunnya sikit supaya kurang pahit.4. Daging diketukkan dan potong nipis.5. Campurkan lada hitam, bawang merah, kerisek, dan garam.6. Gaulkan dengan ansi sehingga rata dan hidangkan

NASI PEGAGA[hanieliza]Bahan-bahan:3 cawan beras [basuh dan toskan]3 s/k lada hitam1 cawan santan pekat [boleh gantiikan dgn susu segar atau susu cair]3 cawan air150 gm daun pegagasedikit garam

cara:1. Basuhkan pegaga dan kisarkan. Tapiskan dan ambil airnya.2. Masakkan beras dengan air pegaga, lada hitam dan garam.3. Apabila hampir kering tuangkan santan dan amsakkan saperti nasi biasa.

NASI HALIA[hanieliza]

Bahan-bahan3 cawan beras4 cawan air100 gm halia [mesin dan tapiskan]150 gm ikan kurau masin1 batang serai [ketukkan]2 s/k lada hitam2 s/b kerisek

Page 7: Menu Berpantang

2 s/b air rendaman asam gelugor2 ulas bawang putih ]sedikit isi cekur ] tumbukkangaram

Cara1. Masukkan beras, serai dan perahan halia dalam periuk dan masakkan saperti nasi biasa.2, Ikan kurau masin dibakar dan ditumbukkan isinya.3. Gaulkan ikan tumbuk, kerisek, lada hitam, bawang putih, bawang putih isi cekor dan garam.4. Bapurkan air rendaman asam keping. Kacau rata.5. Taburkan atas nasi dan hidangkan supaya dimakan panas2.

NASI REMUNI KEDAH[hanieliza]

Bahan-bahan:3 cawan beras [basuh dan toskan]1/2 cawan pati dan remuni [kisarkan daun dan ambilkan airnya]1 cawan santan pekat3 cawan air1 s/k halba3 sm halia [mayangkan]garam

Cara:1. Campurkan semua abhan dalam periuk dan masak saperti nasi biasa.2. Hidangkan bersama sambal ikan talang, ikan bilis goreng dan sambal kelapa.

resepi saya dlm pantang [jelitadangdut]...mak yg buat...anggaran sendiri yer....ikan merah (ikan yg tak gatal)bawang merah -bawang putih -halia - ditumbukkunyit hidup -lada hitam -serai - ketukasam kepinggaram secukup rasa

tumis bahan tumbuk..masukkan serai...garing dan naik bau...masukkan air....ikan...asam keping..garam....sesuaikan rasa

dah siap....simple jer....kalau makan bertambah le juga nasi....hi

Sop Ikan [sapi]2 biji bawang merah-diblender

Page 8: Menu Berpantang

5 biji bawang putih-diblender3 ibu jari halia-diblender(halia kene banyakkan skit supaya hilang angin di badan)20 biji lada hitam-diblender3 ekor ikan merah2 biji tomato dibelah 4.setitik serai,setitik lemgkuasdaun sop daun bawang(penting ni untuk bau yg sedap..pembuka selera)

Panaskan sesenduk minyak dlm periuk.Bila minyak sudah panas,masukkan bahan bender semuanya.Setelah garing masukkan air putih sebanyak 2 mangkuk besar.Bila kuah mendidih,masukkan ikan tadi.Tunggu sehingga ikan masak ..baru boleh taruk tomato dan daun daun tadi.Jangan lupa bubuh 1 sudu garam dan sedikit serbuk perasa.Setelah 1 minit,tutup api .Dah masak pun.Senang lagi berkhasiat.

Ikan kering tumbuk [tenko]

Ikan selar kering bakar then tumbuk.Gaul dgn nasi panas

1.Ikan tenggiri goreng halia

Bahan-bahannya :

1 keping ikan tenggiri 4ch halia di hiris dan di goreng 2 sudu makan minyak bijan 1-2 sudu makan kicap manis 1/2 sudu teh serbuk kunyit 1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya

Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.

2.Ayam masak bijan

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan 4cm halia tua - di hiris 3 sudu makan minyak bijan 1/2 sudu makan kicap manis Sedikit garam Air secukupnya

Cara membuatnya

Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan

Page 9: Menu Berpantang

api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

3.Sup Ikan haruan

Bahan-bahannya

1 ekor ikan haruan 2 cawan air 2 sudu makan minyak jagung 1 sudu makan lada hitam - di tumbuk 3 ulas bawang merah - di tumbuk 2 ulas bawang putih - di tumbuk 2 cm halia - di tumbuk 1 keping asam keping Garam secukup rasa Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara membuatnya

Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.

Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.

Minuman Milo Nestum

Bahan-bahan :

3 sudu besar milo1 sudu susu pekat manis / atau 2 sudu susu tepung(kalau guna susu tepung, tambahlah gula sikit)4 sudu besar nestum

Cara-caranya :

Masukkan semua bahan diatas kedalam cawan / mug. Lepas tu tuangkan air panas dan kacau. Campurkan dengan air sejuk jika anda nak kurangkan panas air atau nak bagi suam.Mudah sangat, dan yang penting ia bagus diambil sama ada bagi mereka yang sedang dalam pantang bersalin atau bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kerana Nestum kaya dengan serat yang boleh membantu sistem penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit manakala milo pula merupakan minuman yang memberi tenaga.

Kerabu Pegaga

Page 10: Menu Berpantang

Bahan-bahannya :

Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)1 ulas bawang putih1 sudu teh lada hitami inci halia muda2 biji bawang merah50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga - tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)1 inci kunyit hidup

Cara:

Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong.Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. Mesti sedap dan menyelerakan.

Ikan Tenggiri Goreng Halia

Bahan-bahannya :

1 keping ikan tenggiri4ch halia di hiris dan di goreng2 sudu makan minyak bijan1-2 sudu makan kicap manis1/2 sudu teh serbuk kunyit1/2 sudu teh garam

Cara:

Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.

Ayam Masak Bijan

Page 11: Menu Berpantang

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan4cm halia tua - di hiris3 sudu makan minyak bijan1/2 sudu makan kicap manisSedikit garamAir secukupnya

Cara:

Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

Sup Ikan Haruan

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan haruan2 cawan air2 sudu makan minyak jagung1 sudu makan lada hitam - di tumbuk3 ulas bawang merah - di tumbuk2 ulas bawang putih - di tumbuk2 cm halia - di tumbuk1 keping asam kepingGaram secukup rasaDaun bawang dan daun sup di hiris

Cara:

Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.

Rendang Peria

Page 12: Menu Berpantang

Bahan:

2 biji peria katak (bersaiz besar, dibuang bijinya dan dipotong)1 cawan santan1 sudu makan ikan bilis – dikisar50 gm pucuk pegaga1 cm kunyit hidup – dikisar1 sudu teh lada hitam – dikisar2 keping asam kepingGaram secukup rasa

Cara:

Masak bersama kesemua baham kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih.Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka. Hidangkan bersama nasi putih.Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka, melawaskan dan sebagainya. 

Petua Orang Tua : Masakan yang mengandungi lada hitam sangat baik diambil oleh ibu ketika berpantang kerana ia dapat melancarkan proses mencuci darah.

Ayam Kukus Cuka Bahan A (diperap sebelum dikukus)

8 potong ayam4 ulas bawang putih – ditumbuk1 cm halia – ditumbukGaram secukupnya

Bahan B

3 sudu makan cuka30 gm ketumbar1 sudu teh jintan manis1 sudu teh jintan putih

Cara:

Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.

Page 13: Menu Berpantang

Ikan Panggang Halia Muda

Bahan A (diperap)

2 potong ikan tenggiriSedikit garamSedikit kunyitSedikit cuka

Bahan B (dihiris)

3 cm halia muda1 biji bawang besar4 ulas bawang merah3 ulas bawang putihSedikit minyak

Cara:

Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Sup Tulang 

Bahan A

1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan2 sm halia – diketuk1 sudu makan lada hitam – ditumbuk1 sudu teh garam kasar1 sudu makan gulaAir secukupnya

Bahan B (ditumbuk)

1 biji bawang besar5 ulas bawang putih4 ulas bawang merah1 cm halia1 sudu makan jintan manis1 sudu makan lada hitam

Page 14: Menu Berpantang

Bahan C (ditumis)

2 batang kulit kayu manis1 biji bawang besar – dihiris5 biji cengkih3 biji bunga lawang4 biji buah pelaga

Bahan D

2 bunjut rempah sup tulang3 bji kentang – dibelah dua8 biji cili api3 sudu makan sos tiram2 sudu makan sos ikan1 biji jus limau nipisSedikit minyakGaram secukup rasaSedikit serbuk perasaBawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur

Cara:

Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk. Tambah air jika perlu. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan C dan kacau. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goring. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup. Tuang jus limau dan kacau rata. Ketika menghidang, taburkan bawang goring, daun sup dan daun bawang.

Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah.

Sup Sayur Campur

Bahan:

3 ulas bawang putih1 kiub pati rebusan ayam50 gm suun40 gm kek ikan30 gm bunga kobis30 gm brokoli30 gm cendawanGaram secukup rasa

Page 15: Menu Berpantang

Air secukupnyaSedikit minyak

Cara:

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.

Rendang Hati Lembu

Bahan:

½ kg hati lembu – dipotong2 cawan pati santan½ cawan kerisik2 sudu makan rempah kariGaram secukup rasaMinyak untuk menumis

Bahan (dikisar):

10 ulas bawang merah200 gm cili merah2 sudu makan ketumbar3 batang serai4 cm lengkuas2 cm halia4 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelaga3 biji buah keras

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa.

Ikan Tenggiri Masak Halia

Bahan:

2 ketul ikan di goreng

Page 16: Menu Berpantang

2 ulas bawang merah- ditumbuksedikit kunyit hidup – ditumbuk atau serbuk6 ulas bawang putih – dihirishalia – dihiris memanjang

Cara:

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bwg putih, halia dan kunyit. Masukkan sedikit air dan apabila mendidih tuangkan atas ikan yg telah digoreng.

Ikan Gelama Masak Asam

Bahan:

2 ekor ikan gelama1 biji bawang besar – dihiris5 ulas bawang putih - dihirishalia – dihiris1 biji cili merah – dihiris1 mangkuk air asam

Cara:

Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili. Masukkan air asam dan garam. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.

Sawi tumis air

Bahan:

Sedikit ikan bilis3 ulas bawang putih2 ulas bawang merah1 pokok sawi – dicuci dan potong

Cara:

Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah. Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api.

Kucai goreng kicap

Bahan:

Page 17: Menu Berpantang

1 ikat kucai – dihiris2 ulas bawang merah – dihirs3 ulas bawang putih – dhiriskicap

Cara:

Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan kucai dan kicap.

Kari Ikan Haruan

Bahan:

1 ekor ikan haruan – dipotong kecil24 ulas bawang putih1 biji bawang besar( dimesin)1 biji bawang besar- dihiris1 camt halba campur1 tangkai daun kari4 camb serbuk kari ikan1 camt serbuk cili1 mangkuk air asam

Cara:

Tumiskan daun kari , halba dan bawang besar yg dihiris. Masukkan bwg yg dimesin, biar sebentar. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yg dah dibancuh dengan air. Masak hingga rempah betul2 masak. Masukkan air asam dan ikan Tambahkan garam dan apabila ikan dah masak tutupkan api.

Peria goreng kelapa

Bahan:

5 biji peria kecil/1 biji yg besar – dipotong dan direndamkan dlm air garam3 ulas bawang merah3 ulas bawang putihsedikit kunyitkelapa parut

Cara:

Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan kunyit dan peria yg telah

Page 18: Menu Berpantang

dipotong. Masukkan kelapa parut dan gorengkan hingga peria lembut sikit tapi jgn terlalu lama.

Sup Ikan Tenggiri

Bahan:

1 Ketul ikan tenggirisedikit minyak bijan4 ulas bawang putih dicincangseulas halia diketuk1 biji tomatosedikit daun sup

Cara:

Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.

Daging BakarBahan-bahan:

300 gm daging lembutgaramminyak

Cara:

1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.

Air AssamBahan:

4 keping adsama gelugorgaram5 s/k lada hitam tumbuksedikit hirisan bawang kecil

Cara:gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.

Ikan Kering Masak HaliaBahan-bahan:

200 gm ikan kering [isi]

Page 19: Menu Berpantang

1 cawan santan3 sm halia3 ulas bawang putih2 s/k lada hitam2 keping asam gelugor2 sm kunyit hidupgaram[jika perlu]

Cara:

Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil. Masukkan dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masakkan sehingga kuah pekat. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

Haruan Panggang HaliaBahan-bahan:

1 ekor ikan haruan1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]2 s/b minyak1/2 cawan air1 s/k cuka1 helai daun kunyit [mayang halus]garam

bahan tumbuk5 ulas bawang putih6 sm halia4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk1 s/k jintan manis1 s/k jintan putih1 s/k lada hitam

Cara:

1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.7. Hidangkan dan makan semasa panas.

Asam Pedas RebusBahan:

Page 20: Menu Berpantang

2 – 3 ekor ikan kembung2 sudu besar asam jawa400ml air1 batang serai, dititikgaram secukup rasa

Giling:

10 tangkai lada kering1 sudu kecil belacan6 ulas bawang merah

Cara:

Cili Kering direbus dan di tumbuk lumat/blander.Jika tidak suka pedas boleh dikurangkan bilangannya. Lumatkan bawang merah dan belacan. Masukkan semua bahan tumbuk dan serai dengan 400ml air asam. Apabila mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa. Biarkan ikan masak, tutup api dan hidang.

Masakan jenis ini sesuai untuk mereka yang berpantang,cuma jangan dimasukkan cili dan belacan.Gunakan ikan cencaru, ikan bawal, ikan merah dll dari jenis yang tidak gatal.