latihan peruntukan hutang ragu

3
b. Nota Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Peruntukan Hutang Ragu ialah satu anggaran jumlah hutang yang tidak dapat dikutip. 2. Peruntukan hurang ragu dianggarkan sebelum tempoh perakaunan berdasarkan pengalaman, latar belakang dan kedudukan kewangan pelanggan serta kajian keupayaan pelanggannya membayar balik hutangnya. Semakin tinggi risiko penghutangnya tidak dapat membayar balik hutangnya, semakin tinggi peratus anggaran Peruntukan Hutang Ragunya. 3. Tujuan Peruntukan Hutang Ragu dibuat ialah:- a. untuk memadankan hasil dengan belanja perniagaan. b. untuk menampung satu kerugian perniagaan dalam bentuk hutang lapuk. 4. Peruntukan Hutang Ragu dihitung berdasarkan peratus tertentu daripada jumlah penghutang bersih. c. Konsep Atau Istilah Catatan Jurnal Bagi Hutang Lapuk, Hutang Lapuk Terpulih Dan Peruntukan Hutang Ragu No. Urus niaga Item a. Merekod Hutang Lapuk dihapuskan. Dt. Akaun Hutang Lapuk Kt. Akaun Penghutang b. Pemindahan hutang lapuk ke Akaun Untung Rugi Dt. Akaun Untung Rugi Kt. Akaun Hutang Lapuk c. Penerimaan tunai / cek apabila hutang lapuk terpulih. Dt. Akaun Tunai / Bank Kt. Ak Hutang Lapuk Pulih d. Pemindahan hutang lapuk pulih ke Akaun Untung Rugi. Dt. Akaun Hutang Lapuk Terpulih Kt. Akaun Untung Rugi e. Merekod Peruntukan Hutang Ragu / Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu Dt. Akaun Untung Rugi Kt. Ak Peruntukan Hutang Ragu f. Merekod pengurangan Peruntukan Hutang Ragu. Dt. Ak. Peruntukan Hutang Ragu Kt. Akaun Untung Rugi ii. Latihan Pengukuhan Pada 31 Disember 20X3, Imbangan Duga Krisma Trading menunjukkan baki yang berikut: Krisma Trading Imbangan Duga pada 31 Disember 20X3 Debit (RM) Kredit (RM) Penghutang 8600 Hutang Lapuk 300 Maklumat tambahan: i. Seorang penghutang, Ilham yang berhutang sebanyak RM600 telah diisytiharkan bankrap. ii. Wujudkan Perurntukan Hutang Ragu sebanyak 5% daripada penghutang.

Upload: tiniesurieq

Post on 30-Jul-2015

833 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Peruntukan Hutang Ragu

b. Nota Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Peruntukan Hutang Ragu ialah satu anggaran jumlah hutang yang tidak dapat dikutip.2. Peruntukan hurang ragu dianggarkan sebelum tempoh perakaunan berdasarkan pengalaman, latar belakang dan

kedudukan kewangan pelanggan serta kajian keupayaan pelanggannya membayar balik hutangnya. Semakin tinggi risiko penghutangnya tidak dapat membayar balik hutangnya, semakin tinggi peratus anggaran Peruntukan Hutang Ragunya.

3. Tujuan Peruntukan Hutang Ragu dibuat ialah:-a. untuk memadankan hasil dengan belanja perniagaan.b. untuk menampung satu kerugian perniagaan dalam bentuk hutang lapuk.

4. Peruntukan Hutang Ragu dihitung berdasarkan peratus tertentu daripada jumlah penghutang bersih.

c. Konsep Atau Istilah

Catatan Jurnal Bagi Hutang Lapuk, Hutang Lapuk Terpulih Dan Peruntukan Hutang Ragu

No. Urus niaga Item

a. Merekod Hutang Lapuk dihapuskan. Dt. Akaun Hutang Lapuk Kt. Akaun Penghutang

b. Pemindahan hutang lapuk ke Akaun Untung Rugi Dt. Akaun Untung Rugi Kt. Akaun Hutang Lapuk

c. Penerimaan tunai / cek apabila hutang lapuk terpulih.

Dt. Akaun Tunai / Bank Kt. Ak Hutang Lapuk Pulih

d. Pemindahan hutang lapuk pulih ke Akaun Untung Rugi.

Dt. Akaun Hutang Lapuk Terpulih Kt. Akaun Untung Rugi

e. Merekod Peruntukan Hutang Ragu / Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu

Dt. Akaun Untung Rugi Kt. Ak Peruntukan Hutang Ragu

f. Merekod pengurangan Peruntukan Hutang Ragu. Dt. Ak. Peruntukan Hutang Ragu Kt. Akaun Untung Rugi

ii. Latihan Pengukuhan

Pada 31 Disember 20X3, Imbangan Duga Krisma Trading menunjukkan baki yang berikut:

Krisma TradingImbangan Duga pada 31 Disember 20X3

Debit (RM) Kredit (RM)

Penghutang 8600Hutang Lapuk 300

Maklumat tambahan:i. Seorang penghutang, Ilham yang berhutang sebanyak RM600 telah diisytiharkan bankrap.

ii. Wujudkan Perurntukan Hutang Ragu sebanyak 5% daripada penghutang.Anda dikehendaki:

a. Catatkan urus niaga di atas di dalam jurnal dan poskan ke lejar.b. Menyediakan Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira pada tarikh imbangan.

Page 2: Latihan Peruntukan Hutang Ragu

iii. Latihan Tambahan

Soalan 1

Adam Trading Sdn.Bhd.Imbangan Duga pada 31 Disember 20X3

Debit (RM) Kredit (RM)

Penghutang 9600Peruntukan Hutang Ragu 680

Maklumat tambahani. Seorang penghutang yang berhutang RM 600 telah bankrap. Hapuskan hutangnya.

ii. Selaraskan perntukan hutang ragu kepada 5% daripada penghutang bersih.Berdasarkan maklumat di atas:

a. Berapakah Peruntukan Hutang Ragu untuk tahun 20X3b. Sediakan catatan jurnal dan poskan ke lejar Akaun Peruntukan Hutang Ragu untuk tahun 20X3.c. Adakah Adam Trading Sdn. Bhd. mengalami pertambahan atau pengurangan Peruntukan Hutang Ragu?

Soalan 2

Butir- butir yang berikut dipetik daripada Imbangan Duga Mastura pada 31 Disember 20X2.

Perniagaan MasturaImbangan Duga Pada 31 Disember 20X2

Debit (RM) Kredit (RM)

Penghutang 8260Hutang Lapuk 250 Peruntukan Hutang Ragu 450

Maklumat tambahan:i. Puan Ana yang berhutang RM360 telah diisytiharkan bankrap dan akaunnya hendaklah dihapuskan.

ii. Peruntukan Hutang Ragu perlu diselaraskan kepada 5% atas penghutang pada 31 Disember 20X2.Anda dikehendaki menyediakan:

a) Akaun Hutang Lapukb) Akaun Peruntukan Hutang Raguc) Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 20X2d) Catatan-catatan yang berkenaan dalam Kunci Kira-Kira pada 31 Diember 20X2.

Soalan 3

Syarikat Manis Enterprise mempunyai akaun yang berikut pada 31 Disember 20X3

Syarikat Manis EnterpriseImbangan Duga Pada 31 Disember 20X3

Debit (RM) Kredit (RM)

Penghutang 16 800Peruntukan Hutang Ragu 624

Maklumat tambahan:i. Menyelaraskan Peruntukan Hutang Ragu pada kadar 3% daripada penghutang.

ii. Hutang Fazil RM200 dan Anuar RM300 pasti tidak dapat dikutip balik.Anda dikehendaki menyediakan catatan jurnal untuk urus niaga tersebut