latihan penuh kertas 2-johor 2013-lcd.docx

35
PUSAT BIMBINGAN KARYA Latihan Penuh Kertas 2 Tingkatan 5 2013 [Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Johor 2013] Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan langkah-langkah memajukannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara yang penting. Oleh sebab itu, Malaysia perlu mengambil lebih banyak inisiatif bagi merancakkan lagi pertumbuhan industri ini selain memberi tumpuan kepada pembangunan industri berat. Perkembangan industri kecil amat penting dalam konteks pembangunan sesebuah negara. Pembangunan IKS mempunyai kepentingan yang amat luas bagi (S1) membolehkan Malaysia muncul sebagai negara perindustrian yang dinamik . Selain (S2) menyediakan keperluan dalam negara , IKS juga boleh menumpukan usahanya dalam (S3) mengeksport pelbagai jenis barangan industri . Orientasi kepada penggantian import dapat (S4) mengurangkan pengaliran wang ke negara lain . Malaysia mengimport pelbagai jenis barang industri dari luar negara termasuk alat ganti kenderaan, bahan makanan, alat-alat elektronik dan alat-alat pertanian. (S5) Alat-alat industri boleh dibuat 1

Upload: tess15

Post on 25-Oct-2015

1.277 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

PUSAT BIMBINGAN KARYALatihan Penuh Kertas 2

Tingkatan 5 2013[Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Johor 2013]

Soalan 1 : Rumusan[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan langkah-langkah memajukannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara yang penting. Oleh sebab itu, Malaysia perlu mengambil lebih banyak inisiatif bagi merancakkan lagi pertumbuhan industri ini selain memberi tumpuan kepada pembangunan industri berat. Perkembangan industri kecil amat penting dalam konteks pembangunan sesebuah negara. Pembangunan IKS mempunyai kepentingan yang amat luas bagi (S1) membolehkan Malaysia muncul sebagai negara perindustrian yang dinamik.

Selain (S2) menyediakan keperluan dalam negara , IKS juga boleh menumpukan usahanya dalam (S3) mengeksport pelbagai jenis barangan industri. Orientasi kepada penggantian import dapat (S4) mengurangkan pengaliran wang ke negara lain . Malaysia mengimport pelbagai jenis barang industri dari luar negara termasuk alat ganti kenderaan, bahan makanan, alat-alat elektronik dan alat-alat pertanian. (S5) Alat-alat industri boleh dibuat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan tempatan sekiranya IKS dapat dibangunkan. Langkah ini amat penting bagi menjadikan Malaysia tidak terlalu bergantung kepada barangan import yang semakin membebankan negara dari segi pertukaran mata wang. Pembangunan industri berat yang berlaku di negara ini terutama industri besi dan keluli, industri motor, petroleum, elektronik dan percetakan boleh mendorong perkembangan IKS. Di samping itu, IKS juga dapat (S6) membantu kerajaan mengukuhkan sektor perindustrian negara. (S7) Pemindahan kepakaran teknologi boleh berlaku

1

sekiranya industri berat dapat meluaskan skim latihannya kepada IKS. Sekiranya Konsep Payung dapat diwujudkan dalam konteks pembangunan industri berat dengan IKS, peranan industri berat akan lebih terserlah dari segi mengukuhkan perkembangan IKS.

IKS terus berkembang dalam (S8) mencorakkan struktur ekonomi negara. Melalui Dasar Perindustrian Negara, IKS telah (S9) melahirkan golongan industrialis yang berwibawa dan dapat memainkan peranan positif dalam usaha Malaysia menjadi negara industri. IKS dalam tempoh jangka panjang (S10) boleh berkembang dan beransur-ansur menjadi industri berat. Negara membangun seperti Malaysia perlu menyediakan pelbagai insentif bagi membangunkan IKS tempatan. Dengan perkembangan ekonomi yang pesat pada abad ke-21 dan selaras dengan Wawasan 2020, Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan Industri yang melibatkan pembangunan pelbagai bentuk dan jenis industri agar setanding dengan negara-negara maju. Melalui Pelan Induk Pembangunan Industri ini, diharapkan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian akan dapat dicapai sebelum tahun 2020 menjelang.

(Dipetik dan diubah suai daripada‘Peranan Industri Kecil dan Sederhana

dalam Pembangunan Negara’ oleh Mohd Asri bin Mohamad,

Dewan Ekonomi, April 2010)

Soalan 1: RumusanPendahuluan1. Petikan membincangkan tanggungjawab/fungsi/tugas/

kepentingan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terhadap ekonomi/dalam perkembangan ekonomi negara/pembangunan negara/Malaysia.

2

2. Petikan membincangkan tanggungjawab/fungsi/tugas Industri kecil dan Sederhana (IKS).

1

*di Malaysia sahaja – tidak diterima

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah] - peranan Industri Kecil dan 2

Sederhana (IKS)1. membolehkan Malaysia muncul sebagai negara

perindustrian yang dinamik2

2. menyediakan keperluan dalam negara 23. mengeksport pelbagai jenis barang industri 24. mengurangkan pengaliran wang ke negara lain 25. alat-alat industri boleh dibuat sendiri dengan bahan-

bahan tempatan2

6. membantu kerajaan mengukuhkan sektor perindustrian negara

2

7. pemindahan kepakaran teknologi boleh berlaku 28. dapat mencorakkan struktur ekonomi negara 29. melahirkan golongan industrialis yang berwibawa 210. dapat berkembang dan beransur-ansur menjadi industri

berat2

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah] – langkah-langkah memajukannya1. Kerajaan memberikan khidmat nasihat/bantuan teknikal 22. Institusi kewangan memberi kemudahan pinjaman/dana 23. Kempen membeli barangan tempatan/barangan IKS 24. Pengusaha meningkatkan kualiti produk 25. Penggunakan strategi pemasaran yang

berkesan/promosi2

6. Meluaskan pasaran 27. Mempelbagai produk IKS 28. Meningkatkan prasarana/infrastruktur 2

Kesimpulan1. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menyokong

perkembangan Industri Kecil dan Sederhana agar negara bertambah maju.

2

2. Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memperkukuh perkembangan Industri Kecil dan Sederhana.

1

Contoh jawapan:Petikan membincangkan fungsi Industri Kecil dan

Sederhana (IKS) terhadap ekonomi negara.

Peranan IKS adalah (S1)membolehkan Malaysia muncul

3

sebagai negara perindustrian yang dinamik. IKS juga (S2)menyediakan keperluan dalam negara dan bertanggungjawab (S3)mengeksport pelbagai jenis barangan industri serta (S4)mengurangkan pengaliran wang ke negara lain. Dengan adanya IKS juga (S5)alat-alat industri boleh dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan tempatan malah IKS (S6)membantu kerajaan mengukuhkan sektor perindustrian negara.

Langkah-langkah memajukan IKS ialah (T1)kerajaan memberikan khidmat nasihat. Di samping itu, (T2)institusi kewangan memberi kemudahan pinjaman untuk memajukan IKS.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menyokong perkembangan IKS agar negara bertambah maju.

97 patah perkataan

Soalan 2(a) : Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pelbagai insentif. [2 markah]Rangkai kata pelbagai insentif bermaksud...- berbagai-bagai/berjenis-jenis dorongan/galakan 2- dorongan/galakan 1Contoh jawapan:Rangkai kata pelbagai insentif bermaksud berbagai-bagai galakan.[maksimum 2 markah]

(ii) Mengapakah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara yang penting? [3 markah]Sebab-sebab Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara yang penting...- dapat mengurangkan pengimportan pelbagai jenis

bahan industri dari luar negara1

- mendapat dorongan daripada pembangunan industri 14

berat- Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan

Industri1

Contoh jawapan:Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara yang penting kerana dapat mengurangkan pengimportan pelbagai jenis bahan industri dari luar negara. Selain itu, IKS juga telah mendapat dorongan daripada pembangunan industri berat. Malaysia juga telah merangka Pelan Induk Pembangunan Industri hingga menjadikan IKS merupakan kegiatan ekonomi yang penting dalam negara.[1 isi = 1 markah; maksimum 3 markah]

(iii) Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan Sederhana ( IKS ).

Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan sanggup membuat pelaburan dalam industri ini? [4 markah]Sebab-sebab kerajaan sanggup membuat pelaburan dalam Industri Kecil dan Sederhana ( IKS )...- dapat meningkatkan ekoomi masyarakat luar

bandarn1

- membuka peluang pekerjaan 1- menyumbang kepada peningkatan industri

pelancongan negara1

- menambah pendapatan negara 1- membantu meningkatkan kemajuan sektor-sektor

lain1

Contoh jawapan:Kerajaan sanggup membuat pelaburan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kerana IKS dapat meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar serta membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. IKS juga turut menyumbang kepada peningkatan industri pelancongan negara sekali gus menambah pendapatan negara menyebabkan kerajaan sanggup membuat pelaburan dalam IKS.[1 isi = 1 markah; maksimum 4 markah]

5

Soalan 2(b) – Petikan CerpenBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang. Tetapi apabila saja tiba subuh, ibu sudah bangun dan bersedia menempuh apa saja ujian atau cabaran pada siang hari.

Sekali itu Ceper tiba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak henti-henti dan airnya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipunggah bersama, menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya, memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata.

Airnya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting sarat padinya. Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja. Sudahlah sampah sarap yang diangkut bersama, bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiang-tiang rumah kami.

Aku masih ingat pada waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak ketitir.

Dipetik daripada cerpen‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad

dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan kesan yang terjadi apabila hujan di hulu sungai Ceper turun tidak berhenti-henti. [2 markah]kesan yang terjadi apabila hujan di hulu sungai Ceper turun tidak berhenti-henti...- air sungai menjadi keruh macam air susu 1- sampah sarap dipunggah bersama 1- menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi

tebingnya1

- memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata 16

- pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja

1

Contoh jawapan:Apabila hujan di hulu sungai Ceper turun tidak berhenti-henti, air sungai menjadi keruh macam air susu. Hujan di hulu sungai Ceper yang turun tidak berhenti-henti juga menyebabkan sampah sarap dipunggah bersama. Seterusnya keadaan itu juga telah menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya, memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata serta pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja.[1 isi = 1 markah; maksimum 2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir di kawasan sawah padi. [3 markah]Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir di kawasan sawah padi...- membina tebatan/benteng/penghadang banjir 1- mendalamkan dasar sungai/melebarkan sungai yang

berdekatan1

- membina pintu air/kunci air 1- membina sistem saliran/perparitan 1- membersihkan sungai daripada sampah sarap 1Contoh jawapan:Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir di kawasan sawah padi adalah dengan membina benteng banjir dan mendalamkan dasar sungai. Selain itu, langkah membina pintu air dan sistem perparitan yang baik juga antara cara untuk mengelakkan berlakunya banjir di kawasan sawah padi. Di samping itu, langkah untuk mengelakkan berlakunya banjir di kawasan sawah padi adalah dengan membersihkan sungai daripada sampah sarap.[1 isi = 1 markah maksimum; 3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]Satu persoalan dalam petikan cerpen...

7

- Persoalan ketabahan menghadapi rintangan hidup.Huraian: Ibu bangun pada waktu subuh dan bersedia menempuh apa saja ujian atau cabaran pada siang hari.

- Persoalan kesukaran yang dihadapi akibat bencana alam.Huraian: Pokok-pokok padi ibu ditenggelami air dan mati apabila air sungai Ceper melimpah.

Satu persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan...- Persoalan kepentingan air dalam kehidupan.

Huraian: Ibu dan penduduk kampung menggunakan air sungai Ceper untuk kegunaan seharian dan mengairi sawah.

- Persoalan kurang kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.Huraian: Penduduk kampung membuang sampah sarap ke dalam sungai Ceper menyebabkan sungai tersebut tercemar.

- Persoalan kasih sayang dalam keluarga.Huraian: Aku menjaga ibu ketika ibu sakit dan tidak boleh bergerak.

- Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam. Huraian: Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

Contoh jawapan:Satu persoalan dalam petikan cerpen di atas adalah

persoalan ketabahan menghadapi rintangan hidup. Ibu bangun pada waktu subuh dan bersedia menempuh apa-apa saja ujian atau cabaran pada siang hari.

Persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan adalah persoalan kepentingan air dalam kehidupan. Ibu dan penduduk kampung menggunakan air sungai Ceper untuk kegunaan seharian dan mengairi sawah.[1 isi + huraian = 2 markah; maksimum 4 markah]

Soalan 2(c) – Petikan Prosa tradisional8

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung panjang di pulau itu untuk mengambil kayu dan air yang telah kehabisan, tetapi gelombang sangat besar dan geliung tidak dapat rapat ke tepi.

Awang Sulung segera ke petak jubungnya mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu mengikatkannya pada benang pancar warna, dicampakkannya ke laut. Seketika kemudian laut menjadi tenang bagai air di kuali dan dapatlah geliung itu berlabuh dengan eloknya.

Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.

“Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.”

Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.

(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’

dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata memeliharakan geliung. [2 markah]

Rangkai kata memeliharakan geliung bermaksud...- menjaga/melindungi kapal layar 2- menjaga/melindungi kapal 1- menyelamatkan kapal 1Contoh jawapan:Rangkai kata memeliharakan geliung bermaksud menjaga kapal layar.

9

[maksimum 2 markah]

(ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah melihat ombak yang terlalu besar dan geliung tidak dapat dirapatkan ke tepi pulau? [3 markah]Tindakan yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah melihat ombak yang terlalu besar dan geliung tidak dapat dirapatkan ke tepi pulau...- Awang Sulung segera ke petak jubungnya 1- mengambil bungkusan tulang pelanduk putih 1- mengikat bungkusan pada benang pancar warna 1- mencampakkan bungkusan tersebut ke laut 1Contoh jawapan:Tindakan yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah melihat ombak yang terlalu besar dan geliung tidak dapat dirapatkan ke tepi pulau ialah Awang Sulung segera ke petak jubungnya, kemudian mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu mengikat bungkusan pada benang pancar warna. Awang Sulung seterusnya mencampakkan bungkusan tersebut ke laut.[1 isi = 1 markah; maksimum 3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Tuanku Nakhoda Tua tidak wajar mempercayai kata-kata jurumudi itu.

[3 markah]Tuanku Nakhoda Tua tidak wajar mempercayai kata-kata jurumudi itu kerana...Tidak wajar kerana...- Tuanku Nakhoda Tua tidak melihat sendiri jurumudi

menghadapi amukan Tuan Puteri dayang Nuramah1

- Jurumudi tidak jujur/mempunyai muslihat 1- Tuanku Nakhoda Tua tidak dapat berfikir dengan

baik/waras pada waktu itu1

Contoh jawapan:Tuanku Nakhoda Tua tidak wajar mempercayai kata-kata jurumudi itu kerana Tuanku Nakhoda Tua tidak melihat sendiri jurumudi menghadapi amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Selain itu, Tuanku Nakhoda Tua tidak wajar mempercayai kata-kata jurumudi itu kerana jurumudi merupakan seorang tidak jujur kerana mempunyai

10

muslihat. Tuanku Nakhoda Tua tidak dapat berfikir dengan waras pada waktu itu juga merupakan sebab Tuanku Nakhoda Tua tidak wajar mempercayai kata-kata jurumudi itu.[1 isi = 1 markah; maksimum 3 markah]

Soalan 2 (d) - SajakBaca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DIRGAHAYU BAHASAKU

Tempatmu di singgahsanahati nurani bangsakuwarga yang berbudisetia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsayang mesti dipelihara martabatnyaagar tetap kukuh dan ampuhmelayari lautan bijaksanasalam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangkuhak bangsaku memilikimuhak bangsaku mendaulatkanmudi bumi bertuah inimerentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilanganke barat dan ke timur menjalin persaudaraangagah pelautku membelah lautanke utara dan ke selatan bahasaku mencengkamdari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasakudi arena antarabangsa suaramu tumbuhmenusuk kalbu lagu bahasamubahasamu bahasa minda

11

mudah akrab dan bertatasusiladaripada bangsa yang bernama Melayumenempa kejayaan di alaf baru.

Ahmad SarjuAntologi Dirgahayu BahasakuDewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan keistimewaan bahasa Melayu dalam rangkap kelima sajak di atas. [2 markah]Keistimewaan bahasa Melayu dalam rangkap kelima sajak di atas...- dikenali/terkenal/semakin luas di peringkat

antarabangsa1

- dapat menyentuh jiwa/bahasa yang lembut 1- bahasa minda/bahasa ilmu 1- mudah akrab/mudah dipelajari/mudah difahami 1- bertatasusila/bahasa yang sopan 1- berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu 1Contoh jawapan:Keistimewaan bahasa Melayu dalam rangkap kelima sajak di atas ialah bahasa Melayu sangat terkenal pada peringkat antarabangsa. Selain itu, bahasa Melayu begitu istimewa kerana bahasanya yang lembut dan dapat menyentuh jiwa. Di samping itu, bahasa Melayu juga ialah bahasa ilmu dan mudah difahami. Keistimewaan bahasa Melayu yang dinyatakan dalam rangkap kelima ialah bahasa Melayu merupakan bahasa yang sopan.[1 isi = 1 markah; maksimum 2 markah]

(ii) Sekiranya anda seorang pejuang bahasa, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara ini? [3 markah]Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara ini adalah...- mengadakan kempen kesedaran 1- menulis rencana berkaitan bahasa Melayu dalam

majalah/surat khabar1

- Menganjurkan bengkel/seminar/kelas untuk 112

masyarakat berbilang kaum- mengadakan program bahasa dengan kerjasama

pihak kerajaan dan swasta1

- mengadakan pelbagai pertandingan berkaitan dengan kemahiran bahasa

1

- mengundang peserta luar negara menyertai simposium/kolokium seminar bahasa Melayu di negara ini

1

Contoh jawapan:Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara ini adalah mengadakan kempen kesedaran dan menulis rencana berkaitan dengan bahasa Melayu dalam majalah atau surat khabar. Usaha lain yang boleh dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara ini adalah dengan menganjurkan bengkel untuk masyarakat berbilang kaum. Selain itu, mengadakan program bahasa dengan kerjasama pihak kerajaan dan swasta serta pelbagai pertandingan berkaitan dengan kemahiran bahasa juga antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara ini. [1 isi = 1 markah; maksimum 3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]Dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut...- Nilai cinta akan bahasa

Huraian: Usaha memartabatkan bahasa menggambarkan nilai cinta akan bahasa/penyair menyatakan bahasa Melayu mesti dimartabatkan.

2

- Nilai ketabahan.Huraian: Ketabahan para pejuang bahasa memperjuangkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa

2

- Nilai semangat juang Huraian: Para pejuang bahasa berusaha memartabatkan bahasa Melayu dengan semangat juang yang tinggi.

2

- Nilai perpaduan Huraian: Bahasa wahana perpaduan masyarakat berbilang kaum.

2

13

- Nilai kesopanan.Huraian: Sopan santun bahasa merupakan maruah bangsa Melayu

2

- Nilai keberanian.Huraian: Pelaut meredah lautan untuk menyebarkan/memartabatkan bahasa Melayu.

2

- Nilai cinta akan negara 2Contoh jawapan:

Dua nilai murni yang terdapat dalam sajak Dirgahayu Bahasaku ialah nilai cinta akan bahasa. Nilai ini jelas dalam usaha memartabatkan bahasa. Nilai ketabahan juga terdapat dalam sajak Dirgahayu Bahasaku. Para pejuang bahasa digambarkan tabah memperjuangkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa.[1 isi + huraian = 2 markah; maksimum 4 markah]

Soalan 3Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markahSoalan 3(b) : 6 markahSoalan 3(c) : 6 markahSoalan 3(d) : 6 markahSoalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.2. Tolak 1/2 markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keluruhan soalan.3. Frasa berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.4. Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.5. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah.6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak 1/2 markah bagi setiap ayat.7. Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.

14

9. Isi tidak jelas, tolak 1/2 markah.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) dapat - bersependapatdapat - boleh, beroleh, menerima, berjaya, berhasil, fahamContoh ayat: Saya dapat mencapai kejayaan pada hari ini atas dorongan dan sokongan ibu bapa.

bersependapat - sama-sama berpendapat Contoh ayat: Dalam mesyuarat itu semua ahli lembaga bersependapat untuk memberikan dana kepada projek baharu tersebut.

(ii) prihatin - keprihatinanprihatin - mengambil berat, berdukacita atau kecewa yang amat sangatContoh ayat: Ibu bapa harus prihatin akan masalah anak-anak supaya tidak terjebak dalam masalah sosial.

keprihatinan - kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian berat kepada seseorang atau sesuatu, perasaan sedih yang amat sangat.Contoh ayat: Sikap keprihatinan masyarakat terhadap persekitaran mereka dapat mengurangkan kejadian kes jenayah di negara kita.

(iii) sejuk - kesejukansejuk - tidak panas, segar dan nyaman, berasa dingin, tenang dan tenteramContoh ayat: Keadaan sejuk di dalam perpustakaan memberi keselesaan untuk pelajar mengulang kaji pelajaran.

15

Kesejukan - perihal sejuk, kedinginan, kena sejuk, masuk anginContoh ayat: Faridah dan Iqbal kesejukan kerana terpaksa bermalam di dalam hutan akibat kemalangan itu.

[Maksimum 6 markah]

(b) Tulis perbualan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Cikgu Azlan : Rajesh, mengapakah awak lewat hari ini?Rajesh : Maafkan saya cikgu. Saya terpaksa

menghantar adik saya ke sekolahnya dahulu. (Dengan suara yang tersekat-sekat)

Cikgu Azlan:

Mengapakah awak yang perlu menghantarkan adik awak ke sekolah?

Rajesh : Ayah saya kurang sihat, cikgu. Dia demam.Cikgu Azlan : Oh, begitu! Cikgu faham masalah awak.

(sambil mengangguk-anggukkan kepalanya)

Rajesh : Saya cuba datang lebih awal pada hari esok, cikgu.

Contoh jawapan:Cikgu Azlan menegur Rajesh yang lewat hadir pada hari itu. Dengan suara yang tersekat-sekat Rajesh meminta maaf daripada Cikgu Azlan. Dia menjelaskan bahawa dia terpaksa menghantar adiknya ke sekolah terlebih dahulu. Cikgu Azlan ingin tahu sebab Rajesh terpaksa menghantar adiknya ke sekolah. Rajesh memberitahu bahawa ayahnya kurang sihat dan menegaskan yang ayahnya demam. Cikgu Azlan memahami masalah Rajesh sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Rajesh berjanji akan cuba datang lebih awal pada keesokan harinya.Markah diberi secara impression:Baik : 5 – 6

16

Sederhana: 3 – 4Lemah : 1 – 2

[Maksimum 6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kementerian Pelajaran Malaysia permainkan (memainkan) peranan yang signifiken (signifikan ) ke arah memperkasakan bidang Sains Angkasa agar setanding dengan negara maju.

(ii) Pengerusi mengumumkan bahawa mesyuarat agong (agung) akan mengadakan (diadakan) secara dwitahunan mulai tahun hadapan.

(iii) Kerajaan digalakkan (menggalakkan) kemasukan pelancung (pelancong) dari luar negara untuk menjanakan ekonomi negara.

Kesalahan Pembetulan (i) permainkan - memainkan

signifiken - signifikan

(ii) agong - agungmengadakan - diadakan

(iii) digalakkan - menggalakkanpelancung - pelancong

[Maksimum 6 markah]

d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih

17

daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Setiap individu digalakkan membuat perawatan

(pemeriksaan) kesihatan sekurang-kurangnya enam

bulan sekali untuk memastikan mereka bebas

daripada pelbagai penyakit-penyakit (pelbagai

penyakit) yang berbahaya.

(ii) Para guru sanggup berkorban mengadakan kelas

tambahan di masa (pada masa) cuti demi

meninggikan (meningkatkan) bilangan murid yang

lulus dalam peperiksaan nanti.

(iii) Perdana Menteri Malaysia yang satu (pertama ), iaitu

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berperanan

penting di dalam (dalam) sejarah kemerdekaan

tanah air tercinta.

Kesalahan Pembetulan (i) perawatan - pemeriksaan

pelbagai penyakit-penyakit - pelbagai penyakit

(ii) di masa - pada masameninggikan - meningkatkan

(iii) satu - pertamadi dalam - dalam

[Maksimum 6 markah]

(e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu yang 18

betul sedangkan dia sendiri berbuat salah.(ii) Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.(iii) Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang

yang bodoh itu sia-sia sahaja. Jawapan:

(i) Ketam menyuruh anaknya berjalan betul. (m/s 774)

(ii) Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. (m/s 210)

(iii) Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat./ bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi. (m/s 348)

[Maksimum 6 markah]

Soalan 4Markah penuh 15 markah

Panduan Pemarkahan Bagi Soalan 4

(a) (i) Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari.(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.(iii) Berikan 2 markah bagi peristiwa yang tepat.(iv) Berikan 2 markah bagi setiap huraian yang lengkap dan jelas(v) Markah isi maksimum 4 markah.(vi) Markah bahasa maksimum 3 markah.(vii) Markah bahasa diberikan secara `impression` Baik = 3 markah Sederhana = 2 markah Lemah = 1 markah(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

[maksimum: 7 markah](b) (i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.(iii) Beri 1 markah untuk satu pengajaran bagi setiap novel(iv) Berikan 2 markah bagi setiap huraian yang lengkap dan jelas (v) Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi

19

setiap novel)(vi) Markah bahasa maksimum 2 markah.(vii) Markah bahasa diberikan secara `impression`

Baik = 2 markah Lemah = 1 markah

(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

[maksimum: 8 markah]

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggembirakan dalam novel tersebut.

[7 markah]Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah1. Peristiwa Fuad menyemak penyata akaun melalui kad

ATMnya ketika menunggu anak Borhan dirawat di klinik. Didapati wang dalam akaunnya bertambah. Fuad yakin bahawa ayahnya yang memasukkan wang tersebut.

Huraian: Peristiwa ini menggembirakan Fuad kerana ayahnya masih mengambil berat tentang dirinya.

2. Peristiwa Farhana dan adik-adiknya Muhammad Fikri dan Muhammad Syukri menghantar Fuad, ibu kandungnya Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah ke tanah suci. Mariana berpesan kepada Farhana supaya menjaga adiknya baik-baik.

Huraian: Peristiwa ini menggembirakan kerana akhirnya Fuad bersatu dengan keluarganya.

3. Peristiwa kedatangan Robert Lim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengejutkan Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah. Robert Lim berpesan kepada Fuad supaya menjaga ibunya di sana sebelum mereka berangkat ke tanah suci. Dia mungkin akan menyusul kemudian.

Huraian: Peristiwa ini menggembirakan kerana ada petanda menunjukkan bahawa Robert Lim akan kembali kepada

20

Islam.

4. Peristiwa Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin iaitu jiran Mariah (kakak angkat ibu Fuad). Pak Samsudin juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan berjumpa dengan ibu kandungnya, Mariana.

Huraian: Peristiwa ini menggembirakan kerana usaha Fuad mengesan ibunya semakin menunjukkan hasil positif.

5. Peristiwa Fuad menyedari bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Mariana dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit lelah (asma). Semasa berada di hospital tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana (Mariana) adalah ibu kandungnya yang dicari-cari selama ini.

Huraian: Peristiwa ini menggembirakan kerana Fuad telah berjaya menemui ibu yang dicari-cari selama ini.

6. Peristiwa Fuad dan Farhana ke Restoran Terapung untuk meraikan hari lahir Farhana.

Huraian: Peristiwa ini menggembirakan kerana hubungan Fuad dengan Farhana semakin rapat dan mesra.Contoh jawapan:

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.

Peristiwa Fuad menyemak penyata akaun melalui kad ATMnya ketika menunggu anak Borhan dirawat di klinik adalah peristiwa yang menggembirakan. Dia mendapati wang dalam akaunnya bertambah. Fuad yakin bahawa ayahnya yang memasukkan wang tersebut. Peristiwa ini menggembirakan Fuad kerana ayahnya masih mengambil berat tentang dirinya.

Selain itu, peristiwa lain yang menggembirakan ialah peristiwa Farhana dan adik-adiknya Muhammad Fikri dan Muhammad Syukri menghantar Fuad, ibu kandungnya Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah ke tanah suci. Mariana berpesan kepada Farhana supaya

21

menjaga adiknya baik-baik. Peristiwa ini menggembirakan kerana akhirnya Fuad bersatu dengan keluarganya.

Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.1. Peristiwa Rahayu bertemu dengan Faridah dalam keadaan

bawah sedar. Mereka bertemu di dalam sebuah rumah papan yang hampir roboh ditolak arus. Selepas diselamatkan Rahayu, Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun tidak bertemu.

Huraian: Peristiwa ini menggembirakan kerana walaupun mereka tidak bertemu di alam nyata, mereka dapat juga bertemu di alam bawah sedar.

2. Peristiwa perkahwinan antara Melina dengan Benny yang dilangsungkan di Masjid Al Noor di Christchurh, New Zealand.

Huraian: Peristiwa ini menggembirakan kerana hubungan mereka direstui oleh keluarga masing-masing.

3. Peristiwa Melina bertemu semula dengan suaminya, Benny di Dubai. Benny meminta maaf dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Dubai.

Huraian: Peristiwa ini menggembirakan kerana akhirnya Melina bertemu dengan suaminya.

4. Peristiwa Faridah dan Iqbal ditemui semula di Perkampungan Orang Asli Temuan oleh ayahnya, Mejar (B) Kamarudin dan Buyung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Huraian: Peristiwa ini menggembirakan kerana usaha Kamaruddin berhasil dan menemukan dia dengan anaknya.

5 Peristiwa perkahwinan antara Anne dengan Zain dilangsungkan di Cameron Highland serta disiarkan secara langsung di televisyen.

22

Huraian: Peristiwa ini menggembirakan kerana dapat menemukan dua budaya yang berbeza.Contoh jawapan:

Novel yang saya kaji ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.

Peristiwa pertemuan Rahayu dengan Faridah dalam keadaan bawah sedar adalah peristiwa yang menggembirakan. Mereka bertemu di dalam sebuah rumah papan yang hampir roboh ditolak arus. Selepas diselamatkan Rahayu, Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun tidak bertemu. Peristiwa ini menggembirakan kerana walaupun mereka tidak bertemu di alam nyata, mereka dapat juga bertemu di alam bawah sedar.

Selain itu, peristiwa perkahwinan antara Melina dengan Benny yang dilangsungkan di Masjid Al Noor di Christchurh, New Zealand juga merupakan peristiwa yang menggembirakan. Peristiwa ini menggembirakan kerana hubungan mereka direstui oleh keluarga masing-masing.

Skema pemarkahan:1. Berikan 1 markah untuk pernyataan peristiwa yang

betul/tepat (2 peristiwa) 2. Berikan 1 markah yang jelas sebab peristiwa tersebut

menggembirakan (2 sebab).3. Markah isi maksimum 4 markah.4. Markah bahasa maksimum 3 markah.5. Maksimum 7 markah.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam setiap novel tersebut? [8 markah]SPM JUN 2012

Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah1. Kita hendaklah membantu orang yang dilanda kesusahan.

Huraian: Fuad membawa anak Borhan ke klinik kerana dia sakit walaupun sudah lewat malam. Pak Ngah Lias, Pak Said membantu Fuad mengesan kubur ibu kandung Fuad.

23

2. Kita hendaklah menginsafi kesilapan yang telah dilakukan.Huraian: Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail dan Mak Salmah atas peristiwa kematian Sofia.

3. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.Huraian: Fuad tabah mengharungi dugaan hidup dalam usaha mencari ibu kandungnya.

4. Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas.Huraian: Sikap Fuad dan Farhana ketika mendidik anak-anak murid yang komited.

5. Kita hendaklah mengenang jasa.Huraian: Fuad membalas jasa keluarga Peter Lim yang telah menjaganya sejak kecil dengan membantu membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak Peter Lim.

6. Kita hendaklah menghormati tetamu.Huraian: Mak Salmah melayan Farhana dengan baik sebagai tetamunya.

Pengajaran dalam novel Kabus di Perbukitan1. Kita hendaklah menerima ketentuan takdir dengan hati

yang terbuka - Azrul menerima kematian Rahayu dengan hati yang

tenang- Faridah menerima ketentuan takdir atas kematian adik

kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali.

2. Kita hendaklah berpegang kuat kepada agama (mematuhi ajaran dan tuntutan agama)- Faridah tetap berpegang kepada agama Islam walaupun

dia telah tinggal di luar negara selama 25 tahun.- Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap

hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan.3. Kita perlu mengamalkan budaya bangsa kita

- Faridah mengenakan baju kurung dan selendang semenjak balik ke tanah air.

4. Kita hendaklah menghargai dan mencintai alam sekitar- Azrul yang menyertai Persatuan Pencinta Alam dan

Hutan telah mengadakan banyak program bagi mendedahkan pelajar kepada kepentingan menjaga alam sekitar.

24

5. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan- Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung

kehidupan bersama-sama anaknya Faridah setelah Kamarudin meninggalkan mereka.

- Walaupun Hamidah ibu tiri kepada Rahayu, dia memberikan kasih sayang, mendidik malah menemani Rahayu yang terlantar sakit di hospital.

6. Kita hendaklah menolong orang yang dalam kesusahan - Pelbagai agensi dan orang perseorangan terlibat dalam

usaha mencari dan menyelamatkan Faridah.7. Kita hendaklah memberikan kasih sayang kepada keluarga

- Kamarudin tidak menjenguk Faridah dan menanyakan khabar berita selepas berkahwin lain dan meninggalkan Faridah bersama bekas isterinya.

- Sebagai seorang ibu, Faridah berasa risau akan anaknya Melina yang sarat mengandung seorang diri.

8. Kita hendaklah berusaha memperoleh sesuatu- Kamarudin berusaha mencari anaknya Fraidah yang

hilang di dalam hutan sehingga akhirnya berjaya menemui Faridah dengan bantuan kawannya, Buyung.

- Azrul berusaha melaksana impiannya untuk bekerja sendiri dan akhirnya menjadi penternak kambing yang berjaya.

9. Kita hendaklah mengamalkan hidup berdikari- Walaupun mempunyai ijazah dalam bidang pertanian,

Azrul lebih senang berdikari dengan mengusahakan ternakan kambing daripada kerja makan gaji.

10. Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh walau di mana-mana kita berada- Faridah sudah 25 tahun meninggalkan tanah air dan

tinggal di New Zealand, dia tetap mempertahankan nilai kemelayuannya malah berazam untuk kembali ke tanah airnya.

11. Kita perlulah gigih berusaha untuk mencapai kemajuan- Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan

kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.12. Kita janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan

gaji sahaja- Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan

25

hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.Contoh jawapan: Dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang saya kaji, terdapat pelbagai pengajaran yang saya pelajari. Antaranya termasuklah, kita hendaklah membantu orang yang dilanda kesusahan. Sebagai contoh, Fuad membawa anak Borhan ke klinik kerana dia sakit walaupun sudah lewat malam. Dalam novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah pula terdapat pelbagai pengajaran yang dapat saya pelajari. Pengajarannya ialah kita hendaklah menolong orang yang dalam kesusahan. Sebagai contohnya, pelbagai agensi dan orang perseorangan terlibat dalam usaha mencari dan menyelamatkan Faridah dan Iqbal.Skema pemarkahan:1. Beri 1 markah untuk 1 pengajaran dalam setiap novel

yang betul/tepat (1 pengajaran)2. Beri 2 markah untuk setiap huraian/contoh yang

lengkap/jelas (1 huraian/contoh)3. Markah isi maksimum 6 markah 4. Markah bahasa maksimum 2 markah5. Markah maksimum 8 markah

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

26