latihan pemahaman sjk set 4

11
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK LATIHAN PENGUKUHAN UPSR 2015 SET EMPAT 021 BAHASA MELAYU SJK PEMAHAMAN 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang telah disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.

Upload: tamilaarasi-jagan

Post on 14-Apr-2017

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan pemahaman sjk set 4

1

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

LATIHAN PENGUKUHAN UPSR 2015

SET EMPAT

021 BAHASA MELAYU SJK – PEMAHAMAN

50 minit

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,

pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang

telah disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian

hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.

Page 2: Latihan pemahaman sjk set 4

2

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih

satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang telah

disediakan.

Soalan 1 hingga 18.

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Sudah lama ____________ tidak berjumpa. Bilakah ____________ pulang ke sini?”

Tanya Norazua kepada Kajol.

A kita………….kamu

B kami………...anda

C kalian……….kamu

D mereka……...awak

2 “Sebagai rakyat yang taat setia, ____________ tidak boleh derhaka kepada sultan,” kata

Hang Tuah kepada Hang Jebat.

A hamba

B tuan hamba

C baginda

D patik

3 Nenek tidak dapat ____________ makanan yang keras kerana tidak bergigi.

A menelan

B menyiat

C mengoyak

D mengunyah

4 Rakan-rakan Lilian ____________ keriangan apabila Lilian diumumkan sebagai johan

dalam pertandingan bercerita peringkat daerah.

A bergurau

B bertekak

C berbisik

D bersorak

5 Kita tidak akan mempunyai banyak kawan sekiranya bersikap ____________.

A baik

B manja

C sombong

D mesra

Page 3: Latihan pemahaman sjk set 4

3

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

6 Puan Masyitah terkenang peristiwa ____________ yang telah berlaku 20 tahun yang lalu.

A lewat

B suntuk

C baharu

D silam

7 Murid-murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah didenda berdiri di ____________

kelas.

A jauh

B dekat

C hampir

D luar

8 Pak Cik Shafie menggunakan parang ____________ untuk menebang pokok buluh itu.

A pendek

B tebal

C nipis

D besar

9 Suara biduanita itu sungguh merdu ____________ buluh perindu apabila

mendendangkan lagu Melayu asli.

A sampai

B umpama

C antara

D demi

10 Rahman tidak akan menyertai rombongan ke Melaka ____________ tidak mendapat

kebenaran daripada ibu bapanya.

A tatkala

B andaikata

C meskipun

D sementara

11 Sekiranya kita ____________ berjaya, kita mestilah meningkatkan usaha dengan banyak

mengulang kaji pelajaran.

A mesti

B masih

C hendak

D akan

Page 4: Latihan pemahaman sjk set 4

4

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Para pemandu diingatkan agar berhati-hati semasa melalui ____________ yang tajam di

jalan itu.

A selekoh

B tepi

C utara

D penjuru

13 Dagu atuk luka terkena pisau semasa dia ____________ janggutnya.

A mencabut

B mencukur

C memotong

D menggunting

14 Ketua kampung itu ____________ setelah mendengar alasan yang diberikan oleh anak

buahnya.

A senyum sinis

B senyum manis

C senyum simpul

D senyum tawar

15 Kebun Encik Chong ____________ dengan kawat berduri agar tidak dicerobohi binatang

liar.

A dipagari

B pagarkan

C memagar

D dipagarkan

Page 5: Latihan pemahaman sjk set 4

5

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

16 Ada ____________ yang mengatakan bahawa pengurus syarikat itu akan meletakkan

jawatan.

A corat-coret

B karut-marut

C desas-desus

D tindak-tanduk

17 Penceramah itu mengakhiri ceramahnya dengan membacakan ____________ pantun

nasihat.

A sebuah

B seuntai

C serangkai

D serangkap

18 Ayah menghadiahi kakak ____________ anting-anting emas sempena ulang tahun hari

lahir.

A sebentuk

B sepasang

C sebuah

D seutas

19 Pasukan itu berpakat untuk menambahkan bilangan ahlinya.

Pilih perkataan seerti bagi berpakat.

A bersatu

B berpadu

C bercantum

D bermuafakat

20 Pengetahuan Azmi tentang ilmu kemasyarakatan amat dangkal.

Pilih perkataan berlawan bagi dangkal.

A luas

B besar

C dalam

D cetek

Page 6: Latihan pemahaman sjk set 4

6

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Soalan 21 dan soalan 22.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21 I Rumah banglo itu beratap genting.

II Hatinya genting mengenangkan nasibnya yang malang.

III Dia tidak genting walaupun menghadapi lawan yang lebih besar badannya.

IV Perhubungan antara Syafiq dan Syafiqah genting angkara fitnah.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

22 I Dia menyesal kerana lanjut cakap terhadap kedua orang tuanya.

II Pelajar itu telah terpilih untuk lanjut pelajarannya ke luar negeri.

III Walaupun usianya agak lanjut dia masih gemar membaca.

IV Orang itu memerlukan keterangan lanjut tentang cara-cara mengisi

borang Amanah Saham Nasional.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

23 Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

Mengapakah awak dibenarkan menyertai perkhemahan ini?

A Saya yakin dengan keselamatan di sini.

B Saya berjaya meyakinkan ibu tentang tahap keselamatan di sini.

C Ibu mengizinkan saya menyertai perkhemahan ini.

D Ibu merestui semua program yang saya sertai.

24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Apabila tiba di simpang empat, teruslah berjalan sehingga sampai di hujung jalan sana.

A Mengapakah kita perlu berjalan sehingga di simpang empat untuk tiba di rumah

ketua kampung?

B Bagaimanakah saya hendak ke rumah ketua kampung?

C Benarkah jalan ini menuju ke rumah ketua kampung?

D Adakah jalan ini boleh sampai ke rumah ketua kampung?

Page 7: Latihan pemahaman sjk set 4

7

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Soalan 25 dan 26.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

25 Raja Hassan menitahkan beberapa orang pembesar meminang Puteri Balqis untuk

anakanda baginda.

A Beberapa orang pembesar dititahkan oleh Raja Hassan meminang Puteri Balqis

untuk anakanda baginda.

B Beberapa orang pembesar dititah oleh Puteri Balqis untuk meminang anakanda Raja

Hassan.

C Raja Hassan menitahkan anakanda baginda meminang Puteri Balqis untuk

pembesarnya.

D Raja Hassan menitahkan Puteri Balqis meminang anakanda baginda.

26 Kenakalan murid itu telah menimbulkan rekasi kurang senang dalam kalangan guru.

A Guru-guru kurang menyenangi kenakalan murid itu.

B Guru-guru membangkitkan sikap kurang senang dengan kenakalan murid itu.

C Murid tidak disukai oleh guru-guru yang nakal itu.

D Murid itu kurang disenangi berdasarkan reaksi guru-guru.

Soalan 27 dan 28.

Pilih ayat yang betul.

27 I Rosmadi menjadi ketua pasukan bola sepak sekolahnya.

II Mereka membersihkan bilik membaca itu pada waktu malam.

III Permohonan untuk mengadakan melawat sambil belajar ke Kuala Lumpur telah

diluluskan guru besar.

IV Pertandingan futsal mendapat sambutan menggalakkan daripada murid-murid.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

28 I Kedua perempuan itu sedang menunggu bas di perhentian bas.

II Sudah berbulan dia menunggu jawapan daripada adiknya namun tiada jawapan.

III Sarang anai-anai membusut di bawah pokok cempedak itu.

IV Papan itu dipotong memanjang untuk dijadikan para-para.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

Page 8: Latihan pemahaman sjk set 4

8

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Soalan 29 - 30

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29 Salmi dikenali sebagai murid ___________________ kerana dia bijak menyelesaikan

masalah Matematik dengan cepat.

A otak cair

B otak beku

C otak kancil

D otak udang

30 Pemuda bisu itu telah mendapat hadiah sebuah telefon bimbit. Keadaan ini amat sesuai

dengan perumpamaan ___________________.

A seperti belut pulang ke lubuk

B seperti tikus membaiki labu

C seperti si kudung mendapat cincin

D seperti kera mendapat bunga

Soalan 31 hingga 35.

Baca syarahan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim, guru-guru dan rakan-rakan tahun

enam yang saya hormati sekalian. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi ini

ialah “Negara Bersih Rakyat Sihat”.

Hadirin yang saya muliakan,

Dalam kehidupan seharian pada masa sekarang, aspek kebersihan memerlukan

keprihatinan semua pihak agar negara kita sentiasa bersih dan rakyat pula sihat. Seruan inilah

yang sering diuar-uarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Sesungguhnya

rakyat yang sihat merupakan aset yang paling penting bagi sesebuah negara.

Justeru, pencemaran perlu dihindarkan kerana gejala ini mampu mengundang pelbagai

bahaya dan kesan buruk kepada manusia. Sikap tidak bertanggungjawab menjadi punca utama

pencemaran berlaku sama ada pencemaran udara, air dan sebagainya. Pencemaran ini berpunca

daripada sikap manusia sendiri seperti aktiviti pembuangan sampah ke merata-rata tempat,

pelepasan asap dari kilang, pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan pelbagai punca lagi.

Hal ini akan mengakibatkan rakyat negara ini menghidap pelbagai jenis penyakit seperti

penyakit jantung, batuk kering, barah paru-paru, sesak nafas dan penyakit-penyakit lain lagi.

Maka, sikap peka terhadap alam sekitar haruslah dititikberatkan oleh setiap anggota

masyarakat.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Dalam konteks Malaysia kini, antara langkah yang boleh kita lakukan untuk menangani

masalah ini adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia. Sebagai contoh,

Page 9: Latihan pemahaman sjk set 4

9

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

penggunaan racun serangga dan alat penyaman udara merupakan antara punca pencemaran

yang paling ketara dan serius. Kedua-duanya mampu mengakibatkan penipisan ozon. Oleh itu,

penggunaan bahan ini perlu dikawal supaya alam semula jadi terus terjaga.

Program kitar semula yag diperkenalkan haruslah diberi perhatian kerana program ini

mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan terbuang ada yang dapat digunakan semula dan

ada juga yang sesuai dikitar semula menjadi bahan lain. Sebagai contoh, bahan buangan boleh

diproses menjadi bahan nutrien untuk menghindarkan pembaziran dan surat khabar pula boleh

dijadikan tisu.

Justeru, marilah kita bersama-sama memastikan agar negara kita sentiasa bersih dan

terpelihara kerana negara bersih, rakyat sihat.

31. Syarahan di atas mungkin sekali disampaikan oleh seorang

A pegawai dari Jabatan Alam Sekitar.

B peserta pertandingan syarahan

C calon UPSR yang menyertai pertandingan syarahan

D wakil murid tahun enam di sekolah itu.

32. Apakah langkah yang paling penting yang perlu diambil bagi memastikan negara kita

sentiasa bersih dan rakyatnya pula sihat?

A Penggunaan bahan kimia perlu dihapuskan sepenuhnya.

B Semua pihak perlu prihatin terhadap kebersihan persekitaran

C Rakyat sebagai aset terpenting bagi penjagaan alam sekitar.

D Kempen kesedaran perlu dijalankan kepada semua lapisan masyarakat.

33. Peserta syarahan ini menyeru para hadirin agar

A sentiasa memastikan negara dalam keadaan bersih dan terpelihara.

B mengamalkan konsep kitar semula dalam kehidupan seharian

C menghentikan penggunaan racun serangga serta merta

D sentiasa memantau kejadian penipisan ozon.

34. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A Penggunaan racun serangga dan alat penyaman udara adalah punca utama penipisan

lapisan ozon.

B Kita perlulah mengitar semula semua barang yang digunakan bagi mengurangkan

pencemaran.

C Pencemaran yang berlaku akan menyebabkan berlakunya penyakit berbahaya.

D Proses kitar semula akan menghasilkan baja nutrien dan tisu.

Page 10: Latihan pemahaman sjk set 4

10

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

35. Frasa sering diuar-uarkan dalam petikan mungkin sekali bermaksud

A selalu dihebah-hebahkan

B kerap dijalankan

C sentiasa diceritakan

D berterusan disampaikan

Soalan 36 - 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Acara Tarikh Tempat Kegiatan

Karnival Candat

Sotong

2 Mei

hingga

15 Mei

Dataran Shahbandar

Jualan

Pameran

Demonstrasi

Ekspo Perdagangan

dan Perindustrian

Makanan

1 Mei

hingga

14 Mei

Pusat Dagangan

Terengganu

Jualan

Pameran

Demonstrasi membuat

makanan tradisional

Pesta Kraf Tangan

Terengganu

21 Mei

hingga

31 Mei

Taman Tamadun

Islam

Pameran

Demonstrasi Kraf Tangan

Persembahan Kebudayaan

Pesta Pantai

Terengganu

Sepanjang

Bulan Mei Pantai Batu Buruk

Jualan

Persembahan Kebudayaan

Terengganu

Pertunjukan Kesenian dan

Permainan Tradisional

yang tak lapuk dek hujan,

tak lekang dek panas

Hari Muzium

Antarabangsa 2009

15 Mei

hingga

28 Mei

Muzium Negeri

Terengganu

Pameran

Persembahan kebudayaan

dan kesenian dari setiap

negeri

36 Bilakah Ekspo Perdagangan dan Perindustrian Makanan bermula?

A Sepanjang bulan Mei

B Sehari selepas Karnival Candat Sotong

C Sehari sebelum Karnival Candat Sotong

D Serentak dengan Karnival Candat Sotong

Page 11: Latihan pemahaman sjk set 4

11

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

37 Berapa lamakah Hari Muzium Antarabangsa 2009 diadakan?

A Satu bulan

B Dua minggu

C Tiga minggu

D Empat minggu

38 Para pelancong yang mengunjungi Pesta Kraf Tangan Terengganu berpeluang

A menunjukkan kemahiran membuat kraf tangan.

B melihat demonstrasi membuat makanan tradisional.

C mempelajari cara-cara permainan tradisional rakyat Terengganu.

D melihat pameran dan mempelajari cara-cara membuat kraf tangan rakyat

Terengganu.

39 Semua kegiatan berikut dimainkan semasa Pesta Pantai Terengganu kecuali

A permainan gasing

B rodat

C ghazal

D gamelan

40 Frasa tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas dalam jadual bermaksud

A kekal dan tidak berubah-ubah lagi

B sentiasa disebut-sebut oleh masyarakat

C tidak boleh dimainkan oleh masyarakat

D tidak mudah rosak walaupun terkena hujan dan terdedah kepada panas

KERTAS SOALAN TAMAT