latihan pemahaman sjk set 2

11
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK LATIHAN PENGUKUHAN UPSR 2015 SET DUA 021 BAHASA MELAYU SJK PEMAHAMAN 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang telah disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.

Upload: tamilaarasi-jagan

Post on 15-Feb-2017

225 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan pemahaman sjk set 2

1

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

LATIHAN PENGUKUHAN UPSR 2015

SET DUA

021 BAHASA MELAYU SJK – PEMAHAMAN

50 minit

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,

pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif

yang telah disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian

hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.

Page 2: Latihan pemahaman sjk set 2

2

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih

satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang

disediakan.

Soalan 1 hingga 18.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “___________ akan tunggu sehingga kamu datang,” kata Murad kepada Ahmad.

A. Saya

B. Awak

C. Kami

D. Kita

2 ___________ Sultan Perak dan permaisuri berangkat ke Timur Tengah bersama-sama

delegasi Malaysia bagi menghadiri Persidangan Negara-negara Islam di Ankara, Turki.

A. Beta

B. Tuanku

C. Baginda

D. Patik

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Penjual daging itu sedang ___________ daging untuk pelanggannya.

A. menyiat

B. melapah

C. menghiris

D. mencencang

4 Anak kecil itu berjalan ___________ kerana terpijak serpihan kaca.

A. terenjut-enjut

B. terhincut-hincut

C. terkedek-kedek

D. terkial-kial

Page 3: Latihan pemahaman sjk set 2

3

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

5 Sarina lari lintang-pukang kerana ___________ akan anjing garang itu.

A. baik

B. takut

C. garang

D. jujur

6 Mereka sekeluarga segera pulang ke rumah kerana hari sudah ___________.

A. lewat

B. lambat

C. cepat

D. awal

7 Tempat kejadian kemalangan ngeri itu ___________ sekali dengan rumah saya.

A. dekat

B. jarak

C. sipi

D. lapang

8 Orang Eskimo sentiasa berbaju ___________ kerana iklim negara itu sejuk.

A. nipis

B. kecil

C. tebal

D. besar

9 Salmiah rindu ___________ kedamaian kampung neneknya yang terletak di kaki

Gunung Ledang.

A. pada

B. akan

C. antara

D. kepada

10 Ibu menegur adik kerana dia masih belum tidur ___________ jam sudah menunjukkan

pukul 11:00 malam.

A. apabila

B. sementara

C. meskipun

D. malahan

Page 4: Latihan pemahaman sjk set 2

4

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

11 Ayah meletakkan pasu bunga yang baru dibeli oleh ibu di ___________ ruang tamu

rumah.

A. atas

B. sudut

C. bawah

D. samping

12 Kerja-kerja membangunkan kawasan taman sains itu ___________ siap sebulan yang

lalu.

A. telah

B. masih

C. mesti

D. akan

13 Adik menangis apabila ___________ daripada tidur kerana ibu tiada di sisinya.

A. menjaga

B. berjaga

C. terjaga

D. dijaga

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14 Puan Kamala mengelar ikan-ikan itu sebelum ___________ garam dan serbuk kunyit

pada ikan-ikan itu.

A. melumurkan

B. berlumuran

C. dilumuri

D. lumuran

15 Karnival makanan ___________ telah diadakan di Stadium Nasional yang

mempamerkan pelbagai juadah penduduk luar negara.

A. bumiputera

B. antarabangsa

C. warganegara

D. pesuruhjaya

Page 5: Latihan pemahaman sjk set 2

5

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Soalan 16 berdasarkan gambar dibawah.

16 Beberapa ekor lalat berterbangan di atas _________ yang terdedah itu.

A. lauk-pauk

B. sayur-mayur

C. kuih-muih

D. batu-batan

17 Ayah menyapu _________ kering yang gugur dari pokok manggis itu.

A. kekabu

B. tetupai

C. bebola

D. dedaun

18 Pekerja itu mengangkat beberapa ________ kelapa sawit ke dalam lori.

A. biji

B. buah

C. tandan

D. gugus

19 Persatuan Bahasa Malaysia SJKC Chong Min mengadakan lawatan ke Perpustakaan

Negara.

Perkataan seerti bagi lawatan ialah

A. siasatan

B. hantaran

C. kunjungan

D. kawalan

20 Hubungan kami semakin renggang semenjak Ravi berpindah ke sekolah lain.

Perkataan berlawan bagi renggang ialah

A. rapat

B. lekat

C. dekat

D. hampir

Page 6: Latihan pemahaman sjk set 2

6

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Soalan 21 dan 22.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21 I Ayah menggondol rambu t dengan pengetam rambut.

II Para petani dinasihati supaya menggondol tanah masing-masing supaya kelihatan

bersih.

III Pak Yan menggondol pokok kelapa di belakang rumahnya.

IV Dia menggondol hadiah pertama dalam pertandingan melukis.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

22 I Kebanyakan penduduk kampung tidak bersetuju tanah mereka diambil.

II Tengku Azri suka bergaul dan bercampur dengan orang kebanyakan.

III Orang kaya itu mempunyai kebanyakan duit dalam simpanannya.

IV Mawi akan mengadakan persembahan di kebanyakan negeri di Malaysia.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

23 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Mengapakah Darren dan rakan-rakannya dimarahi oleh Cikgu Lee?

A. Mereka sememangnya sering dimarahi oleh Cikgu Lee pagi tadi.

B. Darren dan rakan-rakannya telah dimarahi oleh Cikgu Lee pagi tadi.

C. Cikgu Lee memarahi mereka kerana ponteng sekolah dan merayau-rayau

di bandar.

D. Darren dan rakan-rakannya membenci Cikgu Lim yang telah memarahi mereka.

24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Makan bersama-sama ahli keluarga amat penting untuk membentuk keluarga yang

bahagia.

A. Siapakah yang bertanggungjawab membentuk keluarga bahagia?

B. Bilakah masa yang sesuai untuk makan bersama-sama ahli keluarga?

C. Apakah kepentingan makan bersama-sama ahli keluarga?

D. Bagaimanakah cara untuk membentuk keluarga yang bahagia?

Page 7: Latihan pemahaman sjk set 2

7

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Soalan 25 dan soalan 26.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

25 Para pelajar mesti melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum menghadapi

peperiksaan.

A. Pelajar yang berilmu pengetahuan mesti melengkapkan diri sebelum menghadapi

peperiksaan

B. Sebelum peperiksaan,diri para pelajar mesti dilengkapkan dengan ilmu

pengetahuan.

C. Melengkapkan diri sebelum peperiksaan mesti dilakukan oleh para pelajar.

D. Peperiksaan dapat melengkapkan diri para pelajar dengan ilmu pengetahuan.

26 “Tukar pakaian kamu dan berbaris di padang dalam masa lima minit,” kata Cikgu

Afzairudy kepada murid-muridnya.

A. Dalam masa lima minit murid-murid perlu menukar pakaian dan berbaris di

padang .

B. Murid-murid diarahkan oleh Cikgu Afzairudy agar menukar pakaian dan berbaris

di padang dalam masa lima minit.

C. Cikgu Afzairudy mengarahkan murid-muridnya agar berbaris di padang untuk

menukar pakaian dalam masa lima minit.

D. Cikgu Afzairudy memberikan masa selama lima minit kepada murid-muridnya

untuk berbaris dan menukar pakaian di padang.

Soalan 27 dansoalan 28.

Pilih ayat yang betul.

27 A. Walaupun soalan itu sukar bagi setengah pelajar, dia dapat menjawabnya.

B. Dia menangis termengah-mengah kerana kucing kesayangannya hilang.

C. Rata penduduk-penduduk kampung bersetuju dengan cadangan ketua kampung.

D. Pakaian pengemis itu comot dan serbah-serbih.

28 I Ketika kami tiba, berbagai jenis juadah telah terhidang di atas meja.

II Puan Hayati sangat rindu akan kedua anaknya yang menuntut di luar negara.

III Semua pakaian yang diperagakan pada malam itu ialah hasil rekaan Mohandran.

IV Peserta yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan itu diminta

berkumpul di meja pendaftaran.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

Page 8: Latihan pemahaman sjk set 2

8

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Soalan 29 dan 30.

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29 Untuk memastikan peniaga mengaut keuntungan yang banyak, mereka dinasihati agar

tidak mengambil _____________.

A. jalan mati

B. jalan tengah

C. jalan belakang

D. jalan keluar

30 Farhan _____________ kerana tidak menghargai basikal yang dihadiahkan oleh

pakciknya lantaran membiarkan basikal itu berpanas dan berhujan di luar rumah.

A. seperti tikus jatuh ke beras

B. seperti kera mendapat bunga

C. seperti mendapat durian runtuh

D. seperti si kudung mendapat cincin.

Soalan 31 hingga 35.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Daripada: [email protected]

Kepada: [email protected]

Perkara: Pengalaman Bercuti di Negeri Sembilan

Kehadapan sahabatku yang berada di Kuching. Apa khabar? Saya berharap semoga saudara

sekeluarga sihat sejahtera. Tujuan saya menghantar e-mel ini adalah untuk mengotakan janji

saya pada saudari tempoh hari.

Saudara,

Untuk makluman saudara, semalam saya sekeluarga telah berkunjung ke rumah keluarga

angkat saya di Seremban. Saya memanggilnya pak long. Semasa makan tengah hari, kami

telah dijamu dengan masak lemak cili api dan pucuk ubi tempoyak. Berpeluh-peluh saya

menikmati masakan tersebut. Namun begitu masakan mak long memang sedap.

Pada petangnya, pak long membawa kami melawat ke Muzium Diraja Seri Menanti. Reka

bentuk muzium ini bercirikan rumah tradisional orang di Minangkabau. Menurut pak long,

muzium ini dibina daripada kayu keras tanpa menggunakan paku. Sungguh mengagumkan!

Destinasi kami seterusnya ialah Taman Seni Budaya Seremban.Di sini, terdapat sebuah

kompleks ke budayaan yang menjadi pusat kegiatan seni. Pelbagai pertunjukan kebudayaan

dipersembahkan seperti tarian piring, randai, dikir rebana dan cak lempong. Selesai

menyaksikan pertunjukan yang menghiburkan itu, kami bertolak pulang. Walaupun agak

Page 9: Latihan pemahaman sjk set 2

9

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

singkat dan memenatkan, namun kunjungan kami itu amat berbaloi. Saya berasa sungguh

gembira kerana menimba pengalaman yang bermakna.

Rachel

Kajang, Selangor

31 Penerima e-mel ini tinggal di _________________

A. Kajang

B. Kuching

C. Seremban

D. Seri Menanti

32 Apakah janji Rachel kepada Kamala?

A. Mengajak kawannya itu melawat ke Negeri Sembilan.

B. Memberikan hadiah yang diberinya di Negeri Sembilan.

C. Mengajarnya tentang adat resam orang Minangkabau.

D. Berkongsi cerita tentang pengalamannya di Negeri Sembilan.

33 Bagaimanakah Rachel menggambarkan masakan mak longnya?

A. Kurang berkhasiat.

B. Sangat asing baginya.

C. Tidak menambat selera.

D. Menyelerakan tetapi pedas.

34 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang e-mel tersebut.

A. Rumah keluarga angkat Rachel terletak di Seremban.

B. Pertunjukan randai dipersembahkan di Taman Seni BudayaSeremban.

C. Rachel kagum akan keunikan seni bina Muzium Diraja Seri Menanti.

D. Kamala menghantar e-mel kepada rakannya selepas beberapa hari pulang dari

Negeri Sembilan.

35 Frasa amat berbaloi dalam petikan bermaksud

A. bersamaan dengan keadaan yang dialami.

B. berpadanan dengan perkara yang dilakukan.

C. bertepatan dengan matlamat yang diharapkan.

D. bertentangan dengan kemahuan yang diinginkan.

Page 10: Latihan pemahaman sjk set 2

10

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Soalan 36 hingga 40.

Baca petikan cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jasa dan ingatanku kepada Cikgu Ali tetap kekal terpahat. Tidak mungkin akan luput dalam

ingatanku. Apabila pulang ke kampung, aku tidak pernah lupa menjenguk sekolah lamaku.

Kini, semuanya telah banyak berubah. Tiada lagi bangunan kayu, tetapi telah digantikan

dengan bangunan tiga tingkat yang tersergam indah yang dipenuhi dengan kemudahan yang

tidak pernah aku rasai dahulu. Kenangan berlari di padang sekolah masih terpahat dalam

hatiku. Padang yang sekangkang kera dahulu telah menjadi luas hasil usaha Persatuan Ibu

Bapa dan Guru.

“Amirul, cikgu mungkin tidak dapat melihat kejayaan kamu. Tapi, cikgu tahu kamu

akan berjaya. Kamu mesti kuat dan tabah”. Kata-kata itu masih tersemat dalam diriku. Kata-

kata itulah yang menguatkan aku untuk menjadi seorang doktor pakar. Itulah cita-citaku.

“Kamu harus belajar rajin-rajin. Jangan hampakan harapan ibu dan bapa kamu. Cikgu juga

ingin melihat kamu berjaya,” pesan Cikgu Ali lagi.

Hari ini, meskipun hasrat beliau untuk melihat kejayaanku tidak tercapai, tetapi aku

berbangga kerana dapat memenuhi impiannya supaya menjadi doktor pakar. Berat hatiku

untuk meninggalkan pusara Cikgu Ali. Entah bila aku dapat datang ke pusara ini lagi kerana

pagi-pagi besok aku akan terbang jauh untuk menyambung pelajaranku ke peringkat yang

lebih tinggi. Cita-citaku untuk menjadi doktor pakar kian tercapai.

“Terima kasih, cikgu,” bisik hatiku.

36 Berdasarkan petikan di atas, penulis berada di

A. luar negara

B. kampungnya

C. kubur

D. sekolah lamanya

37 Berikut ialah pesan Cikgu Ali kepada Amirul, kecuali

A. meminta Amirul belajar bersungguh-sungguh.

B. meminta Amirul belajar di luar negara..

C. meminta Amirul menjadi seorang yang tabah dan kuat dalam hidup.

D. meminta Amirul tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapanya.

38 Apakah sifat yang ada pada Cikgu Ali?

A. Tabah

B. Penyabar

C. Dedikasi

D. Kuat

Page 11: Latihan pemahaman sjk set 2

11

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

39 Rangkai kata sekangkang kera bermaksud

A. besar.

B. sangat luas.

C. tidak berapa besar.

D. besar sekangkang kera.

40 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan tersebut.

A. Bangunan baharu sekolah adalah hasil usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

B. Penulis merupakan seorang doktor pakar.

C. Cikgu penulis sedang sakit tenat.

D. Padang sekolah penulis telah bertambah besar berbanding dahulu.

KERTAS SOALAN TAMAT