latihan pemahaman sjk set 1

11
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK LATIHAN PENGUKUHAN UPSR 2015 SET SATU 021 BAHASA MELAYU SJK PEMAHAMAN 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang telah disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawaban yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.

Upload: tamilaarasi-jagan

Post on 14-Apr-2017

261 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan pemahaman sjk set 1

1

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

LATIHAN PENGUKUHAN UPSR 2015

SET SATU

021 BAHASA MELAYU SJK – PEMAHAMAN 50 minit

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,

pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif

yang telah disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian

hitamkan jawaban yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.

Page 2: Latihan pemahaman sjk set 1

2

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih

satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang

disediakan.

Soalan 1 hingga 18

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Pak Cik Maniam ke pejabat pos kerana __________ hendak membayar bil elektrik dan

bil air.

A. ia

B. dia

C. aku

D. beliau

2. “Puteri Asyikin sedang menunggu kepulangan kakanda __________ dari Pulau

Bertam,” kata Hang Tuah kepada Laksamana Tun Perak.

A. beta

B. patik

C. baginda

D. tuanku

3. Para pekerja Jabatan Kerja Raya sedang__________jalan yang berlubang di Kampung

Degong.

A. melapis

B. menampal

C. menimbus

D. menurap

4. Ibu __________ kain yang basah itu sebelum menyidainya di ampaian.

A. membasuh

B. memulas

C. memerah

D. memusing

5. Pegawai tentera yang berkhidmat di KemTerendak itu sungguh __________.

A. berani

B. lemah

C. takut

D. gopoh

Page 3: Latihan pemahaman sjk set 1

3

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

6. Jalan __________ ke Kampung Bahagia telah dibaiki pagi tadi.

A. segera

B. baharu

C. suntuk

D. lama

7. Kawan rapat saya mendapat tawaran belajar di__________negara.

A. dekat

B. luar

C. jauh

D. dalam

8. Ketua pasukan bola baling sekolah kami bertubuh__________orangnya.

A. ringan

B. panjang

C. gempal

D. tirus

9. Banyak manfaat yang kita peroleh__________ceramah itu.

A. terhadap

B. dari

C. akan

D. daripada

10. Encik Murad berhasrat untuk belayar ke Sabah__________banyak halangan yang

terpaksa ditempuhi.

A. manakala

B. seandainya

C. meskipun

D. kecuali

11. Lokman terus bersembunyi di__________pintu rumah ketika adik mencarinya.

A. belakang

B. tengah

C. bawah

D. pinggir

Page 4: Latihan pemahaman sjk set 1

4

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

12. Semua pendatang tanpa izin__________dihantar ke negara asal mereka pada bulan

depan.

A. telah

B. masih

C. belum

D. akan

13. Penulis novel itu sentiasa mencari idea-idea baharu dalam__________ceritanya.

A. hasilan

B. berhasil

C. dihasilkan

D. penghasilan

14. Pengalaman Ahmad melihat matahari terbenam di pulau itu tidak __________ olehnya.

A. tergambar

B. digambarkan

C. tergambarkan

D. menggambarkan

15. Cik Foo Mei Feng merupakan seorang __________ di Syarikat Seri Wangi. Tugasnya

adalah membantu pengurus syarikat itu.

A. jawatankuasa

B. warganegara

C. setiausaha

D. sukarela

16. Baju Jaswant Singh __________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti

mewarna.

A. serba-serbi

B. koyak-rabak

C. comot-momot

D. compang-camping

17. Bantal yang berisi _________ amat lembut sekali.

A. dedaun

B. kekabu

C. bebola

D. bebiri

Page 5: Latihan pemahaman sjk set 1

5

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18. Posmen itu memasukkan __________ surat ke dalam peti surat di rumah Puan Chong.

A. senaskhah

B. selembar

C. sepucuk

D. selembar

19. Puan Sofiah menyikat rambut anak perempuan yang agak kusut itu supaya rapi.

Perkataan seerti bagi menyikat ialah

A. menyisir

B. mengurut

C. mengusap

D. mengikat

20. Pasukan Pahang telah menang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim yang

lalu.

Perkataan berlawan bagi menang ialah

A. tewas

B. gagal

C. kandas

D. kecewa

Soalan 21 dan soalan 22

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21. I Hatinya mula terbenam setelah mendengar cerita sedih itu.

II Bangkai kapal terbang itu dijumpai terbenam di dasar laut.

III Saya terpegun oleh keindahan pemandangan matahari terbenam.

IV Kakinya terbenam ke dalam lubang ketika melalui jalan berlubang-lubang itu.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

Page 6: Latihan pemahaman sjk set 1

6

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

22. I Muka adik masam setelah permintaannya tidak mahu dipenuhi oleh ibu

II Liew Yen bimbang perutnya akan meragam jika memakan buah mangga muda

yang masam.

III Janganlah kamu masam hati dengan sesiapa hanya disebabkan oleh perkara yang

remeh.

IV Mak Midah terpaksa menahan geram melihat perangai anaknya yang kurang

masam itu.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

23. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Di manakah kamu bertemu dengan Pak Majid?

A. Baru sebentar tadi saya berjumpa dengannya.

B. Semasa saya bermain bola di padang.

C. Berdekatan dengan gelanggang futsal Kompleks Sukan.

D. Setelah saya berjanji untuk bertemu dengannya.

24. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

Amalan membaca dalam kalangan masyarakat perlulah dipupuk sejak kanak-kanak lagi.

A. Siapakah yang sepatutnya memupuk amalan membaca dalam kalangan

masyarakat?

B. Bagaimanakah kita memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat?

C. Bilakah masa yang sesuai untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan

masyarakat?

D. Mengapakah amalan membaca patut dipupuk dalam kalangan masyarakat?

Soalan 25 dan soalan 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

25. Oleh sebab selalu datang lewat semasa latihan bola baling, Cikgu Rama menggugurkan

Wei Hong daripada pasukan sekolahnya.

A. Cikgu Rama digugurkan daripada pasukan sekolahnya oleh Wei Hong.

B. Wei Hong digugurkan daripada pasukan bola baling sekolahnya kerana sering

lewat semasa latihan.

C. Cikgu Rama tidak membenarkan Wei Hong menjalani latihan bola baling kerana

sering lewat.

D. Wei Hong tidak membenarkan pasukan bola baling sekolahnya menggugurkan

Cikgu Rama.

Page 7: Latihan pemahaman sjk set 1

7

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

26. “Sungguhpun keluargaku miskin, bukanlah penghalang untukku mencapai cita-cita ke

menara gading,” bisik hati kecil Puspha.

A. Puspha berbisik kepada dirinya sendiri untuk pergi ke pusat pengajian tinggi.

B. Puspha menyatakan bahawa walaupun keluarganya miskin namun itu bukan

halangan untuk dia mencapai cita-citanya.

C. Puspha mengakui kesusahan keluarganya bukanlah penghalang untuk dia berjaya

ke pusat pengajian tinggi.

D. Hati kecil Puspha berbisik menyatakan bahawa kesusahan keluarganya bukanlah

penghalang untuk dia mencapai cita-cita ke pusat pengajian tinggi.

Soalan 27 dan soalan 28.

Pilih ayat yang betul.

27. A. Berbagai barang-barang dijual di Kedai Runcit Pak Lim.

B. Banyak cara-cara yang boleh kita lakukan untuk berjaya.

C. Salah satu dari cara yang patut kita lakukan adalah berusaha dengan bersungguh-

sungguh.

D. Beberapa nilai murni dapat diambil daripada cerpen itu.

28. I Apakah nama burung yang pandai berkata-kata itu?

II Keadaan datuk kamu yang sedang dirawat di hospital bagaimana?

III Sambutan Ambang Merdeka peringkat sekolah kita bilakah?

IV Adakah tujuan kamu datang berjumpa dengan saya?

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

Soalan 29 dan soalan 30.

Pilih peribahasa yang sesuai.

29. Encik Rahman memberikan __________ kepada beberapa orang pekerja yang sukarela

membantunya walaupun tempoh bekerja mereka sudah tamat.

A. wang kopi

B. wang saku

C. wang hadiah

D. wang ringgit

Page 8: Latihan pemahaman sjk set 1

8

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

30. Ahmad seorang yang handal dalam bidang sukan tetapi dia tidak suka menunjukkan

kebolehannya. Keadaan ini dikatakan __________.

A. bagai haruan makan anak

B. seperti ikan pulang ke lubuk

C. bagai anjing menyalak bukit

D. seperti harimau menyembunyikan kukunya

Soalan 31 hingga soalan 35.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Lawatan ke Ladang Buah Anggur, Seremban, Negeri Sembilan

Kelab Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Hwa telah mengadakan lawatan sambil

belajar ke ladang buah anggur di Seremban, Negeri Sembilan, pada 1 Mac 2015. Lawatan ini

telah disertai oleh 35 orang murid dan empat orang guru pengiring, iaitu Puan Saraswaty,

Puan Anita, Encik Lau Chong Wei dan Encik Azmi.

Ketibaan kami disambut oleh Encik Zailani Zulkifli, iaitu pengusaha ladang itu. Beliau

memberikan taklimat tentang ladang tersebut sebelum membawa kami melawat ke sekitar

ladang. Menurut Encik Zailani, kini buah anggur tempatan mendapat permintaan yang tinggi

di pasaran tempatan. Buah anggur ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri.

Untuk menghasilkan buah anggur yang bermutu tinggi, tanaman ini ditanam secara

organik tanpa menggunakan baja kimia ataupun racun serangga perosak. Encik Zailani

mengusahakan ladang ini bersama-sama keluarganya.

Semasa lawatan tersebut, kami dapat melihat sendiri keunikan tanaman buah anggur.

Kami dapat berjalan di bawah rimbunan pokok anggur yang sedang berbuah lebat. Kami juga

berpeluang menikmati keenakan buah anggur yang baru dipetik.

Sebelum pulang, kami dibekalkan dengan jus buah anggur. Walaupun lawatan ini agak

singkat tetapi banyak memberikan manfaat dan ilmu pengetahuan kepada kami.

Disediakan oleh, 2 MEI 2015.

Suhaila

(SUHAILA SAMAD)

Setiausaha,

Kelab Sains,

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yua Hua.

Page 9: Latihan pemahaman sjk set 1

9

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

31. Siapakah yang menulis laporan ini?

A. Encik Azmi

B. Suhaila Samad

C. Guru pengiring

D. Peserta lawatan

32. Bilakah lawatan ini diadakan?

A. 1 Mac 2015

B. 2 Mei 2015

C. 1 Mac 2014

D. 2 Mac 2014

33. Apakah rahsia buah anggur di ladang itu bermutu tinggi?

A. mendapat siraman yang secukupnya

B. penggunaan baja organik

C. ditanam di negara ini

D. menggunakan baja kimia dan racun serangga perosak

34. Berapa orangkah yang menyertai rombongan lawatan sambil belajar itu?

A. 35 orang

B. 39 orang

C. 4 orang

D. 40 orang

35. Mengapakah buah anggur tempatan mendapat permintaan yang tinggi?

A. harganya yang murah

B. pokoknya berbuah lebat

C. rasa yang enak dan berkhasiat

D. keunikan tanaman buah anggur

Page 10: Latihan pemahaman sjk set 1

10

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

Soalan 36 hingga soalan 40.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Beliau

ialah negarawan yang terkenal di negara kita.

Beliau dilahirkan di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 20 Disember

1925. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan Maktab

Sultan Abdul Hamid. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di

College of Medicine University Malaya, Singapura.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melibatkan diri dalam bidang politik pada tahun

1964. Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat pada 16 Julai 1981.

Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah banyak

menabur bakti kepada negara. Beliau telah banyak merancang projek mega negara agar

Malaysia setanding dengan pembangunan negara barat yang lain.

Antara projek mega beliau ialah Putrajaya, Cyberjaya, Stesen Sentral Kuala Lumpur,

Menara Berkembar Petronas dan banyak lagi. Selain itu, banyak dasar telah diperkenalkan

oleh beliau semasa pemerintahannya. Antaranya, Dasar Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar

Pandang ke Timur dan Dasar Penswastaan. Selain itu, Wawasan 2020 juga merupakan ilham

beliau.

31 Oktober 2003, adalah tarikh persaraan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana

Menteri Malaysia. Beliau telah berkhidmat selama 22 tahun kepada negara. Beliau telah

diberi gelaran Bapa Permodenan oleh kerajaan. Walaupun sudah bersara, namun jasa beliau

tetap dikenang oleh rakyat Malaysia

Page 11: Latihan pemahaman sjk set 1

11

021© 2 0 1 5 Hak Cip t a Jab a tan Pen d id ik an Neg e r i P erak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

36. Siapakah Tun Dr. Mahathir Mohamad?

A. Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

B. Perdana Menteri Melaysia yang kedua.

C. Perdana Menteri Malaysia yang ketiga

D. Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

37. Di manakah Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mendapat pendidikan awal?

A. Alor Setar, Kedah Darul Aman

B. Sekolah Melayu Seberang Perak

C. College of Medicine University Malaya, Singapura

D. Seberang Perai, Alor Setar

38. Berapa lamakah Tun Dr. Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai Perdana Menteri

Malaysia?

A. 20 tahun

B. 22 tahun

C. 23 tahun

D. 24 tahun

39. Apakah gelaran yang diberikan oleh kerajaan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad?

A. Bapa Pemodenan

B. Bapa Pembangunan

C. Bapa Kemerdekaan

D. Bapa Perpaduan

40. Mengapakah gelaran tersebut diberikan kepada beliau?

A. beliau telah lama berkhidmat

B. beliau seorang pemimpin negara

C. beliau seorang yang berkebolehan

D. beliau menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju

KERTAS SOALAN TAMAT