latihan kata nafi

20
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian KATA NAFI - 1 Nota: Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur menafikan frasa predikat yang terdiri daripada frasa nama, frasa sendinama, frasa kerja dan frasa adjektif. *bukan – menafikan frasa nama dan frasa sendinama. *tidak – menafikan frasa adjektif dan frasa kerja. *Bagaimanapun kata nafi bukan boleh menafikan frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat nafi bertujuan untuk membuat perbandingan atau pertentangan. Pilih kata nafi yang betul bagi ayat-ayat berikut: 1. Rumah besar di pinggir jalan itu ………………………….. rumah tuk penghulu. A. bukan B. tidak 2. Lukisan pemandangan gunung-ganang yang saya lukis ini ……………………… cantik. A. bukan B. tidak 3. “Rumah saya ……………………………jauh dari rumahnya,” kata Alia kepada Cikgu Zurina. A. bukan B. tidak 446

Upload: nithia-rajah

Post on 25-Nov-2015

129 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

KATA NAFI - 1Nota:Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur menafikan frasa predikat yang terdiri daripada frasa nama, frasa sendinama, frasa kerja dan frasa adjektif.

*bukan menafikan frasa nama dan frasa sendinama.

*tidak menafikan frasa adjektif dan frasa kerja.

*Bagaimanapun kata nafi bukan boleh menafikan frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat nafi bertujuan untuk membuat perbandingan atau pertentangan.

Pilih kata nafi yang betul bagi ayat-ayat berikut:1. Rumah besar di pinggir jalan itu .. rumah tuk penghulu.

A. bukan B. tidak

2. Lukisan pemandangan gunung-ganang yang saya lukis ini cantik.

A. bukan B. tidak

3. Rumah saya jauh dari rumahnya, kata Alia kepada Cikgu Zurina.

A. bukan B. tidak

4. Gulai ikan Sembilang yang dimasak oleh abang enak.

A. bukan B. tidak

5. Buku yang saya temukan ini buku kamu, kata ketua kelas kepada Zami.

A. bukan B. tidak

6. Hazmi . setinggi kembarnya Hazim.

A. bukan B. tidak

7. Itu bapa Ahmadi bapa saya, jelas Rahim kepada rakan-rakannya.

A. bukan B. tidak

8. Kereta api itu akan bergerak ke utara, ke selatan.

A. bukan B. tidak

9. Saya mencuri pembarisnya tetapi saya meminjamnya sahaja, kata Zul kepada cikgu.

A. bukan B. tidak

10. Penceramah motivasi itu berasal dari Selangor, ... dari Perak.

A. bukan B tidak`

11. Saya minat membaca cerita-cerita pengembaraan.

A. bukan B. tidak

12. Dia .. pengawas sekolah.

A. bukan B. tidak

13. Kakak makan hidangan itu, sebaliknya merasanya sahaja.

A. bukan B. tidak

14. Beg idamannya itu mahal sangat.

A. bukan B. tidak

15. Surat berdaftar itu ..untuk saya.

A. bukan B. tidak

16. Desas-desus itu ..benar sama sekali.

A. bukan B. tidak

17. Ucapan beliau menghina hadirin, tetapi sekadar mengingatkan sahaja.

A. bukan B. tidak

18. Jalan penyelesaian Matematik yang dibuatnya tepat.

A. bukan B. tidak

19. Bapanya pergi ke bendang hari ini kerana kurang sihat.

A. bukan B. tidak

20. Hadi .pandai sangat, tetapi rajin orangnya.

A. bukan B. tidak

21. Kenyataan yang heboh diperkatakan itu .benar sama sekali.

A. bukan B. tidak

22. Kereta api itu ..dari Ipoh tetapi dari Gemas.

A. bukan B. tidak

23. Bekalan makanan itu ...untuk Zahirah tetapi untuk Amirah.

A. bukan B. tidak

24. Projek reka cipta itu .hasil usaha saya.

A. bukan B. tidak

25. Kakak masih ...pandai menganyam ketupat walau pun berkali-kali diajar oleh ibu.

A. bukan B. tidak

26. Bandar itu ..besar sangat.

A. bukan B. tidak

27. Kasim pergi ke kelas tambahan itu..hendak belajar tetapi hendak bermain-main sahaja.

A. bukan B. tidak

28. Gadis itu ..sahaja cantik, tetapi pintar juga.

A. bukan B. tidak

29. Hujah-hujah barisan pencadang itu .mantap.

A. bukan B. tidak

30. Cakap-cakapnya betul sangat.

A. bukan B. tidak

31. Cuaca .begitu baik hari ini.

A. bukan B. tidak

32. Kamu tidak boleh mengambil barang-barang yang milik kamu, pesan ustaz kepada murid-muridnya.

A. bukan B. tidak

33. Pakaian dan perhiasan yang dikenakannya cantik sama sekali.

A. bukan B. tidak

34. Dia .hadir ke sekolah sejak minggu lalu kerana dijangkiti demam campak.

A. bukan B. tidak

35. Dia ..bergurau dengan saya, tetapi dia sengaja menyakiti hati saya.

A. bukan B. tidak

36. Ibu saya . bekerja hari ini kerana kurang sihat.

A. bukan B. tidak

37. Soalan Matematik itu ..begitu mencabar bagi murid-murid yang pintar seperti mereka.

A. bukan B. tidak

38. Soalan Sains itu .sukar, cuma agak mengelirukan.

A. bukan B. tidak

39. Dakwaannya terhadap saya .. berasas sama sekali.

A. bukan B. tidak

40. Murid-murid Islam dimestikan belajar mata pelajaran Moral.

A. bukan B. tidak

41. Tuduhannya terhadap saya sangat ..munasabah.

A. bukan B. tidak

42. ..mudah hendak menyatukan dua negara yang bertentangan pendapat.

A. Bukan B. Tidak

43. Keterangan yang diberikan oleh pemandu pelancong itu jelas sehingga para pelancong keliru dan merungut-rungut.

A. bukan B. tidak

44. Soalan yang ..jelas itu akan dicetak semula oleh guru.

A. bukan B. tidak

45. mudah untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

A. Bukan B. Tidak

46. lama lagi kita akan menghadapi peperiksaan yang penting.

A. Bukan B. Tidak

47. Kami menetap di kampung itu lagi.

A. bukan B. tidak

48. Suara penyanyi baru yang diminati ramai itu .lah semerdu suara Siti Nurhaliza.

A. bukan B. tidak

49. Mereka .ke Melaka, tetapi mereka ke Kuala Lumpur.

A. bukan B. tidak

50. Peminta sedekah itu lumpuh, sebaliknya dia berpura-pura cacat.

A. bukan B. tidak

51. Anak Encik kamal yang berlagak kaya itu .pegawai besar, tetapi kerani sahaja.

A. bukan B. tidak

52. Masakan chef yang terkenal itu ..lah sedap sangat, tetapi hiasannya sahaja yang menarik.

A. bukan B. tidak

53. Saya .berdendam dengan dia, tetapi saya tidak belum bersedia untuk meminta maaf.

A. bukan B. tidak

54. Adik . sengaja pecahkan pasu kesayangan ibu tapi adik terlanggar tadi, jelas adik ketakutan.

A. bukan B. tidak

55. Ayah memang . gemar minum kopi yang sudah sejuk.

A. bukan B. tidak

56. Nenek.. mampu menahan kesedihan apabila mendapat berita kemalangan yang meragut nyawa cucu kesayangannya.

A. bukan B. tidak

57. Ibu .kedekut, tetapi ibu mengambil langkah berjimat cermat, kata ibu kepada anak-anaknya ketika berbelanja di pasar raya.

A. bukan B. tidak

58. Nelayan .berani turun ke laut pada musim tengkujuh kerana laut bergelora.

A. bukan B. tidak

59. Karangan bunga di penjuru ruang tamu ini gubahan saya.

A. bukan B. tidak

60. Peluangnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti agak sempit kerana keputusan peperiksaannya begitu cemerlang.

A. bukan B. tidak

61. Air di dalam baldi itu tertumpah kerana .diangkat dengan cermat.

A. bukan B. tidak

62. Kereta mewah yang sering dipandunya itu miliknya.

A. bukan B. tidak

63. Akibat serangan serangga perosak, tanaman Pak Jali ..menjadi kali ini.

A. bukan B. tidak

64. Walaupun sudah berkali-kali Zarith memujuk kanak-kanak itu, tetapi kanak-kanak itu tetap berhenti menangis.

A. bukan B. tidak

65. Lukisan yang cantik itu hasil kerja tangan saya.

A. bukan B. tidak

66. Amin ..tercapai mainan yang disorok oleh ibu di atas almari itu.

A. bukan B. tidak

67. Dia gagal mendapat sebarang tempat dalam pertandingan pidato piala diraja itu kerana penyampaiannya lancar.

A. bukan B. tidak

68. Peserta pertandingan ping-pong itu terdiri daripada peserta kategori Melayu dan ... Melayu.

A. bukan B. tidak

69. Hasrat pasangan suami isteri yang baru berumah tangga itu untuk pulang ke kampung .kesampaian apabila kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan jalan raya.

A. bukan B. tidak

70. Format peperiksaan itu perkara baru bagi mereka kerana mereka telah beberapa kali diuji oleh guru mereka.

A. bukan B. tidak

71. Sesetengah orang ..suka akan bau buah durian.

A. bukan B. tidak

72. Sulaman pada baju kurung yang dijual di butik itu begitu halus buatannya.

A. bukan B. tidak

73. Ekspedisi berkayak di Endau, Rompin itu aktiviti julung-julung kali diadakan untuk pengisian program PLKN.

A. bukan B. tidak

74. Golongan OKU .. pernah dipinggirkan oleh pihak kerajaan dalam era pembangunan masa kini.

A. bukan B. tidak

75. Kami.memaksanya, tetapi dia yang mengarang cerita.

A. bukan B. tidak

76. Semua manusia di muka bumi ini .terlepas daripada melakukan kesalahan.

A. bukan B. tidak

77. Tempat peranginan itu.lah cantik sangat, hanya indah khabar dari rupa.

A. bukan B. tidak

78. Matahari terbit dari barat, tetapi dari timur.

A. bukan B. tidak

79. Dia .pernah mengucapkan terima kasih kepada saya walhal saya telah beberapa kali membantunya.

A. bukan B. tidak

80. Kayu yang digunakan untuk membuat kabinet dapur itu kurang bermutu menyebabkan kabinet itu .. tahan lama.

A. bukan B. tidak

81. Sejak peristiwa itu, dia mahu ke rumah saya lagi.

A. bukan B. tidak

82. Cikgu . memaksa kamu semua menyertai kem motivasi itu, kata cikgu Razman.

A. bukan B. tidak

83. Dia marah kepalang terhadap adiknya yang berbohong.

A. tidak B. bukan

84. Dia.. sembuh-sembuh daripada demamnya lagi.

A. bukan B. tidak

85. Kasut kulit itu berkualiti walaupun .. dibuat daripada kulit.

A. bukan B. tidak

86. . begitu caranya membuat layang-layang.

A. Bukan B. Tidak

87. Gadis yang cantik itu .pilihan hatinya.

A. bukan B. tidak

88. Budak itu bodoh tetapi malas belajar.

A. bukan B. tidak

89. Abang .. makan dari semalam kerana terlalu sibuk.

A. bukan B. tidak

90. Gadis itu memang .. pandai bergaya orangnya.

A. bukan B. tidak

Soalan 91 hingga Soalan 100.Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata nafi dengan betul.91. I Bukan saya yang mengusiknya sehingga dia menangis.

II Jidin tidak pernah mencuci kaki sebelum tidur.

III Murid baru dari Putra Jaya itu tidak kawan saya.

IV Dia tidak penyegan tetapi dia belum akrab dengan kami.

A. I dan II C. I dan III

B. I, II dan III D. I, II dan IV

92. I Golongan remaja pada hari ini tidak lagi berminat mempelajari cara-cara membuat

dan menghasilkan kraf tangan.

II Penggunaan telefon mudah alih masa kini bukan lagi lambang status kemewahan.

III Makanan seperti itu bukan makanan kegemaran saya.

IV Ahli-ahli yang terpilih menyertai Kelab Pencinta Warisan itu bukan ramai.

A. I dan II C. I, II dan III

B. II dan III D. I, II, III dan IV93. I Dia bukan orang baru dalam bidang penyiaran.

II Norin tidak mampu menahan rasa marah mendengar cercaan ibu tirinya.

III Cerita yang diheboh-hebohkan oleh Fahim bukan benar.

IV Kakak yang ulat buku sekali pun tidak terbaca novel yang tebal itu.

A. I dan II C. I, II dan IV

B. II dan III D. II. III dan IV

94. I Baju kurung biru itu tidak baju pilihannya.

II Pakaian itu tidak sepadan dengan warna kulitnya.

III Puan Merican tidak terkemas banglo barunya yang besar itu.

I V Murid baru dari Kuala Lumpur itu bukan sombong, cuma agak pendiam sahaja.

A. I dan III C. III dan IV

B. II dan III D. II, III dan IV

95. I Bukan senang menjaga anak kecil dan memastikannya selamat.

II Kerja-kerja menenun bukan mudah.

III Ibu tidak memanjakan adik tetapi adik yang mengada-gada.

IV Budak yang nakal itu bukan murid sekolah saya.

A. I dan II C. I dan IV

B. I dan III D. II, III dan IV

96. I Kejadian Tsunami tidak lagi suatu fenomena baru yang mengejutkan masyarakat.

II Kakak tidak berani keluar malam bersendirian.

III Anis tidak minat melukis sebaliknya lebih gemar membaca.

IV Skuad bola sepak negara tidak akan menyia-nyiakan harapan peminat dan akan

berjuang habis-habisan.

A. I dan II C. II dan IV

B. II dan III D. II, III dan IV

97. I Ibu itu tidak mengakui anaknya yang derhaka.

II Ini bukan kali pertama dia melawan cakap ibunya.

III Lampu tidak menyala kerana bekalan elektrik telah terputus.

IV Saya tidak akan ke mana-mana sehingga kamu pulang.

A. I dan III C. II, III dan IV

B. II dan III D. I, II, III dan IV

98. I Dia tidak bimbang akan masa depan anak-anaknya kerana anak-anaknya rajin

belajar.

II Ahmad bukan suka menunjuk-nunjukkan kepandaiannya bertukang.

III Luka pada kakinya tidak berbekas, walaupun luka itu agak besar.

IV Tidak dinafikan, pelajar-pelajar itu memang pintar.

A. I dan II C. III dan IV

B. I dan III D. I, III dan IV

99. I Murid-murid itu tidak selesai menjawab soalan Matematik itu kerana soalan-soalan

itu agak sukar arasnya.

II Dia tidak cukup mahir mengukir sebagaimana bapanya.

III Adik tidak merajuk, sebaliknya adik sengaja menarik perhatian ibu, kata kakak.

IV Alat pengisar itu tidak barang buatan Malaysia.

A. I dan II C. I, II dan III

B. II dan III D. I, II, III dan IV

100. I Pesakit itu tidak sedarkan diri sejak semalam akibat kemalangan yang teruk.

II Pakar motivasi yang menyampaikan ceramah itu bukan calang-calang orang.

III Saya tidak gemar menonton filim seram, sebaliknya saya lebih suka menonton

filem komedi.

IV Tidakkah kamu yang menelefon saya malam tadi?

A. I dan II C. I, II dan III

B. II dan III D. II, III dan IV

446