latihan kata bantu
DESCRIPTION
BTRANSCRIPT
LATIHAN 1
Isi tempat kosong dengan kata bantu aspek yang sesuai.
pernah sedang telah akan belum
1. Faiz _____________ menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri.2. Mereka _____________ bertolak ke Kedah pada hari Jumaat.3. Murid-murid ____________ membersihkan bilik darjah mereka.4. Dia _____________ bertugas di Jabatan Penerangan.5. Siti ______________ menyiram pokok bunga di taman bunga.
LATIHAN 2
Isi tempat kosong dengan kata bantu ragam yang sesuai.
boleh harus dapat mahu mesti
1. Para murid ____________ mematuhi peraturan sekolah.2. Ketekunan dan kerajinan ______________ membantu seseorang itu mencapai
kejayaan. 3. Walaupun dihalang oleh ibu bapanya, Anis tetap ____________ menjadi
seorang penyanyi.4. Dia _____________ mendapat kelulusan yang lebih baik jika dia tekun
berusaha.5. Setiap murid _______________ menjaga kebersihan kelas masing-masing.
LATIHAN 3
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
akan mesti harus belum masih
1. Adnan _____________ melawat ke Zoo Negara pada minggu hadapan.2. Kita ______________ hormat-menghormati antara satu sama lain.3. Emak ________________ menjahit walaupun hari sudah senja.4. Amy ____________mengulang kaji pelajaran walaupun peperiksaan hampir tiba.5. Sebelum tidur kita ___________ mencuci kaki dan menggosok gigi.