latihan karangan - hubungan dengan negara luar

4
Hubungan Malaysia dengan negara luar telah berlaku sejak zaman pramerdeka. Hubungan luar ini mempunyai kepentingan-kepentingan yang tersendiri kepada negara dan pelbagai faktor telah diambil kira sebagai asas pembentukannya. Bincangkan. BIL IDEA HURAIAN A.Kepentingan-kepentingan menjalinkan hubungan diplomatik. 1 Menjaga kedaulatan dan keamanan negara Malaysia merupakan negara kecil yang tidak mempunyai kekuatan tentera memerlukan hubungan baik dengan negara luar bagi mengelakkan daripada ancaman dan mendapatkan jaminan keselamatan dari negara lain. Malaysia bersama anggota ASA! yang lain mengamalkan dasar berkecuali "#$%&A!' supaya kuasa besar tidak menceroboh negara. !egara-negara (oman)el pernah membantu Malaysia semasa menghadapi ancaman komunis dan konfrontasi dengan *ndonesia. Selain daripada itu+ sebarang pertukaran data alat-alat risikan dapat dikongsi dengan negara lain. , Meningkatkan kemajuan ekonomi negara !egara kita merupakan negara yang membangun+ kaya dengan bahan mentah. Memerlukan hubungan dengan negara luar supaya dapat memasarkan barangan. A)al merdeka+ mengeksport getah dan bijih timah ke Britain dan Amerika. Hubungan Malaysia dengan negara hina+ Amerika dan epun bertujuan mendapatkan pelaburan dan pasaran mereka. Malaysia dapat menjalankan projek perindustrian bersama negara ASA! yang lain contohnya %rojek /rea di Bintulu+ Sara)ak. 0 Memperjuangkan nasib sesama negara-negara membangun Mengeratkan hubungan antara negara Selatan untuk bekerjasama dalam bidang ke)angan+ perindustrian dan sains teknologi. (erjasama ini dapat mengurangkan pergantungan kepada negara maju. Malaysia dapat bekerjasama dalam pembangunan dan menubuhkan syarikat takaful.Mereka mengikuti latihan dan memberi bantuan menguruskan syarikat-syarikat takaful. Melalui %rogram (erjasama eknikal Malaysia+ perkongsian kerjasama dapat dilakukan seperti kerjasama dari segi pertanian dan peralatan. 2 Menjaga kepentingan orang-orang *slam Agama *slam+ agama rasmi Malaysia. Melalui $* + Malaysia dapat menjaga hak kepentingan orang-orang *slam. Sebagai contoh+ membantu dari segi bantuan kemanusiaan kepada rakyat %alestin+ pelarian 3ohingya+ Mesir dan lain-lain. %enubuhan Bank pembangunan *slam bagi memberi perkhidmatan ke)angan kepada negara-negara *slam. !egara-negara *slam dapat bekerjasama dan mengeratkan hubungan sesama *slam. 1

Upload: junaidi

Post on 05-Oct-2015

2.641 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Hubungan Malaysia dengan negara luar telah berlaku sejak zaman pramerdeka. Hubungan luar ini mempunyai kepentingan-kepentingan yang tersendiri kepada negara dan pelbagai faktor telah diambil kira sebagai asas pembentukannya. Bincangkan.

BILIDEAHURAIAN

A.Kepentingan-kepentingan menjalinkan hubungan diplomatik.

1Menjaga kedaulatan dan keamanan negara Malaysia merupakan negara kecil yang tidak mempunyai kekuatan tentera memerlukan hubungan baik dengan negara luar bagi mengelakkan daripada ancaman dan mendapatkan jaminan keselamatan dari negara lain. Malaysia bersama anggota ASEAN yang lain mengamalkan dasar berkecuali (ZOPFAN) supaya kuasa besar tidak menceroboh negara. Negara-negara Komanwel pernah membantu Malaysia semasa menghadapi ancaman komunis dan konfrontasi dengan Indonesia. Selain daripada itu, sebarang pertukaran data alat-alat risikan dapat dikongsi dengan negara lain.

2Meningkatkan kemajuan ekonomi negara Negara kita merupakan negara yang membangun, kaya dengan bahan mentah. Memerlukan hubungan dengan negara luar supaya dapat memasarkan barangan. Awal merdeka, mengeksport getah dan bijih timah ke Britain dan Amerika. Hubungan Malaysia dengan negara China, Amerika dan Jepun bertujuan mendapatkan pelaburan dan pasaran mereka. Malaysia dapat menjalankan projek perindustrian bersama negara ASEAN yang lain contohnya Projek Urea di Bintulu, Sarawak.

3Memperjuangkan nasib sesama negara-negara membangun Mengeratkan hubungan antara negara Selatan untuk bekerjasama dalam bidang kewangan, perindustrian dan sains teknologi. Kerjasama ini dapat mengurangkan pergantungan kepada negara maju. Malaysia dapat bekerjasama dalam pembangunan dan menubuhkan syarikat takaful.Mereka mengikuti latihan dan memberi bantuan menguruskan syarikat-syarikat takaful. Melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia, perkongsian kerjasama dapat dilakukan seperti kerjasama dari segi pertanian dan peralatan.

4Menjaga kepentingan orang-orang Islam Agama Islam, agama rasmi Malaysia. Melalui OIC, Malaysia dapat menjaga hak kepentingan orang-orang Islam. Sebagai contoh, membantu dari segi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, pelarian Rohingya, Mesir dan lain-lain. Penubuhan Bank pembangunan Islam bagi memberi perkhidmatan kewangan kepada negara-negara Islam. Negara-negara Islam dapat bekerjasama dan mengeratkan hubungan sesama Islam.

5Menjaga alam sekitar sejagat Penjagaan alam sekitar bukan merupakan tanggungjawab sebuah negara tetapi melibatkan semua negara di dunia. Malaysia dapat bersama-sama negara di dunia menangani masalah alam sekitar yang kian meruncing. Malaysia menghadiri Persidangan-persidangan antarabangsa dalam menghadapi ancaman alam sekitar. Persidangan Kyoto, persidangan mengawal perlepasan gas-gas pencemar seperti CFC yang menyebabkan berlakunya kesan Rumah Hijau. Persidangan Montreal, perjanjian antarabangsa untuk melindungi berlakunya penipisan lapisan ozon dunia. Malaysia juga kerap membantu Indonesia, mengatasi masalah jerebu.

6Berkongsi kepakaran dan teknologi Perkongsian ini dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang perkhidmatan, perdagangan dan perindustrian. Sebagai contoh, Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai negara contoh untuk mencapai kejayaan. Melalui hubungan positif ini, rakyat negara Malaysia berpeluang mempelajari teknologi Jepun dan Korea Selatan untuk mencapai taraf kemajuan yang tinggi menjelang tahun 2020. Melalui Rancangan Colombo, Malaysia dapat membina pusat latihan, penempatan pakar bagi membuat penyelidikan.

B Faktor-faktor Penentu Dasar Luar

7Faktor Persekitaran Geostrategik Kedudukan geografi menentukan dasar luar negara. Malaysia terletak di kedudukan yang paling strategik di dunia. Kedudukannya di persimpangan laut di antara Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi merupakan satu laluan perdagangan utama bagi rantau Asia Tenggara. Kebanyakan perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur Tengah serta India melaui lautan perairan selat Melaka di Malaysia. Kedudukan yang sesuai di negara kita menarik kuasa asing untuk datang berdagang dan mengadakan hubungan persahabatan. Bagi mengelakkan berlakunya situasi yang boleh merugikan negara, hubungan yang erat dan persefahaman tinggi perlu diwujudkan.

8Faktor Ekonomi Negara Malaysia mempunyai sumber ekonomi yang kukuh yang berasaskan bahan utama seperti getah, kelapa sawit dan barangan pembuatan seperti elektronik dan kejuruteraan. Malaysia memerlukan barangan untuk keperluan rakyatnya atau ingin memasarkan barangan dan hasil negara ke luar negara. Malaysia mempunyai rakan-rakan dagangan serantau dan antarabangsa untuk kepentingan ekonomi bersama. Tanpa ikatan dengan negara-negara lain, Malaysia agak sukar untuk memperkembangkan ekonomi negara kerana tidak mampu untuk berdiri sendiri.

9

Struktur Politik dan Keselamatan Negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat. Malaysia menentang keras kuasa besar menggugat atau mengancam kestabilan dan keselamatan serantau. Sebagai contoh, Malaysia memperjuangkan dasar yang tidak adil dalam sesebuah negara seperti dasar Apartheid di Afrika Selatan. Malaysia memberi kerjasama dengan menyertai pelbagai forum di peringkat antarabangsa untuk menghindarkan ancaman keganasan, komunis dan dadah.

10

Faktor Demografi sosial Keadaan demografi negara yang menpunyai penduduk yang pelbagai kaum menyebabkan Malaysia menghormati hak asasi manusia dan menentang dasar diskriminasi seperti Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Mengadakan hubungan dengan negara-negara Islam kerana majoriti penduduk di negara ini beragama Islam. Malaysia mengamalkan prinsip perpaduan di peringkat domestik. Malaysia mengesyorkan agar prinsip perpaduan diamalkan di peringkat antarabangsa.

11Faktor Kepimpinan Setiap pemimpin akan membentuk dan membawa era yang berbeza dalam melaksanakan dasar luar. Sebagai contoh, setiap Perdana Menteri Malaysia berwawasan untuk mengeratkan persahabatan bermula era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman, dasar pemerintahan dalah bersifat pro-Barat dan antikomunis. Hal ini kerana semasa era pra kemerdekaan negara mendapat bantuan British dari segi pentadbiran dan pertahanan dan menentang ancaman komunis. Bermula tahun 1970, di bawah pimpinan Tun Abdul Razak, negara mengamalkan dasar berkecuali iaitu mengadakan hubungan dengan negara luar tanpa mengira ideologi memandangkan pada masa tersebut berlakunya era Perang Dingin.

12Faktor Sejarah Negara kita telah mengalami pengalaman pahit apabila dijajah pada suatu ketika dahulu. Pengalaman tersebut membantu negara untuk merangka jenis perhubungan dengan negara luar. Pada mulanya, negara kita tidak mengadakan hubungan dengan negara komunis seperti Rusia dan China kerana pada masa itu, negara menghadapi ancaman komunis. Selepas tahun 1970-an, barulah negara kita mengadakan hubungan persahabatan dengan negara dari Blok Timur.

13Keanggotaan dalam Institusi Antarabangsa dan menyokong Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia menyokong kewibawaan pertubuhan antarabangsa Seperti ASEAN, PBB, OIC Dan NAM Malaysia sentiasa memenuhi tanggungjawab sebagai ahli pertubuhan dan memupuk kerjasama antara ahli Malaysia memperjuangkan prinsip kebebasan manusia dan perjuangan ke arah penghapusan penindasan politik dan ekonomi serta segala bentuk penjajahan di dunia. Malaysai menghormati peraturan dan etika yang digariskan dalam sistem perundangan antarabangsa demi keamanan dan kemakmuran dunia.

1