latihan karangan

10
TEMA: MEMBACA. TAJUK KARANGAN: AMALAN MEMBACA ( PERANAN IBU BAPA) BUKU SEBAGAI HADIAH MENGUNJUNGI PAMERAN BUKU DAN KEDAI BUKU BERKUNJUNG KE PERPUSTAKAAN WUJUDKAN PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH BERI GALAKAN ROLE MODEL PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK. Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak- anak. (38) Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. (64) Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan suratkhabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah.. (70) Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar membaca suratkhabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu bagaimana acuan, begitulah kuihnya . Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.(69) Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika pergi ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat mempelajari cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai bukusebenarnya membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya. (73)

Upload: cik-su-yah

Post on 11-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KARANGAN BAHASA MELAYU

TRANSCRIPT

Page 1: LATIHAN KARANGAN

TEMA: MEMBACA.TAJUK KARANGAN: AMALAN MEMBACA

( PERANAN IBU BAPA) BUKU SEBAGAI HADIAH MENGUNJUNGI PAMERAN BUKU DAN KEDAI BUKU BERKUNJUNG KE PERPUSTAKAAN WUJUDKAN PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH BERI GALAKAN ROLE MODEL

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK.

Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam

membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai

satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan

menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. (38)

Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam

diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan

menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-

anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini,

anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca

buku seumur hidup. (64)

Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini dapat

dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak membaca

dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian

dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita

dan suratkhabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu

bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar

membaca buku ketika berada di rumah.. (70)

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi

oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi

jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar membaca suratkhabar, majalah, buku dan

sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini

akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’.

Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.(69)

Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan

itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika pergi ke pusat beli-

belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat

ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat mempelajari cara memilih bahan-bahan bacaan

yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan.

Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai bukusebenarnya

membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya. (73)

Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu bapa perlu

memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam peperiksaan

dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa gembira kerana kejayaannya dihargai oleh

Page 2: LATIHAN KARANGAN

keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan

buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya

diterapkan sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu,

‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. (73)

Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat

membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca jambatan ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin

membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa akan datang. (33 )

Jawapan1. Membaca2. mewujudkan3. perpustakaan4. ibu bapa5. mini6. menyimpan7. selesa8. contoh9. membaca10. masa11. bagaimana12. membawa13. pergi14. mempelajari15. budaya16. menghadiahkan17. seronok18. diterapkan19. jambatan

Page 3: LATIHAN KARANGAN

TEMA : MEMBACA

Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak.Lengkapkan

tempat kosong dalam karangan di bawah.

Amalan ____________(1) merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk _______________(2) keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak.

Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke ________________(3). Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, _______________(4)boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup.

Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan _________(5) di rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat ____________(6)buku dan majalah. Malahan, boleh dijadikan tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dansurat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan___________(7). Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah.

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan__________(8) teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar____________(9) surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi ________(10) lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu ‘___________ (11)acuan, begitulah kuihnya’. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.

Tambahan pula, ibu bapa boleh __________(12)anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika _________(13) ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat _____________(14)cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai.Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan ________(15) suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya.

Seterusnya, ibu bapa juga boleh_______________(16) buku kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa ____________(17) kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya _____________(18)sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca ___________ (19) ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa akan datang.

Page 4: LATIHAN KARANGAN

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan idaman dan impian setiap pelajar. Pelajar cemerlang merupakan aset negara. Golongan pelajar seperti inilah yang akan mencorakkan masa depan negara.

     Antara ciri utama pelajar cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik. Pelajar cemerlang sentiasa memberikan tumpuan terhadap pelajaran dan proses pembelajaran di sekolah. Pelajar seperti ini akan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan. Justeru, pelajar cemerlang akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seperti kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

      Selain itu, pelajar cemerlang ialah pelajar yang mengutamakan disiplin diri. Disiplin merupakan penentu kejayaan seseorang dalam kehidupan. Pelajar cemerlang  sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa. Oleh hal yang demikian, pelajar yang berdisiplin tidak akan mendekati gejala sosial yang merugikan agama, bangsa dan negara.

    Pelajar yang cemerlang juga merupakan pelajar yang cergas dalam kegiatan kokurikulum. Pelajar cemerlang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah secara aktif seperti kegiatan-kegiatan persatuan, badan beruniform, permainan dan sukan. Pelajar cemerlang sedar bahawa penyertaan mereka dalam aktiviti tersebut akan dapat menyihatkan tubuh badan mereka. Badan yang cergas akan membina otak yang cerdas.

      Seterusnya pelajar cemerlang ialah pelajar yang bijak menguruskan masa kerana masa ituemas. Pengurusan masa yang terancang membolehkan segala kerja dan program berjalan dengan lancar. Pelajar seperti ini akan menyediakan waktu belajar peribadi di rumah. Pelajar yang merancang jadual waktu sudah pasti dapat menyiapkan kerja rumah, kerja kursus  dan membuat ulang kaji secara sistematik.

      Ijmalnya, mentimun dan pisau di tangan kita. Justeru, kitalah yang wajar mencorakkan nasib dan masa depan kita, bukannya orang lain. Oleh itu, berusahalah membalas jasa kedua-dua orang tua kita yang tersayang dengan menjadi pelajar cemerlang.

Page 5: LATIHAN KARANGAN

ULANG KAJI PT3 2015 - NOVEL 6:20

LATIHAN PENGUKUHAN:

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan peristiwa-peristiwa menarik dalam novel tersebut.

Huraikan pengajaran yang terkandung dalam sebuah novel yang telah anda Pelajari                 [10 Markah]

Pengajaran(Novel 6:20)

Peristiwa

Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.

Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di luar negara.

Co Tuan Haji Syaqir  bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya

Nenek dan Aim tabah dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, tambahan  lagi ibu Aim  lari meninggalkannya dan Aim.

Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.

                                             Jelaskan nilai yang terkandung dalam sebuah novel yang telah anda kaji.                 [10 Markah]

Nilai(Novel 6:20)

Peristiwa

 Ibu Sukma menghadiahi Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.

Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan penyakit kulit Ehsan.

Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.

Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan IskandarSukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan menggugat keamanan negara.

Page 6: LATIHAN KARANGAN

Jelaskan latar masyarakat berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.         [10 Markah]

Latar masyarakat merujuk keadaan sesuatu masyarakat yang terlibat dalam perjalanan plot cerita meliputi aspek budaya, tingkah laku, pekerjaan, pemikiran, kepercayaan dan jantina.

Latar Masyarakat(Novel 6:20)

Peristiwa

Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang  dari kerja.

Iskandar, Jerry dan Reny terpengaruh dengan konsep kebebasan mutlak yang diperjuangkan oleh Kelab WX2. Mereka aktif menggerakkan agenda kumpulan tanpa berfikir secara rasional.Sukma, Jerry, Alvin, Rafiq, Iskandar dan Haji Syaqir saling bekerjasama membanteras kegiatan Kelab WX2

Sukma sering menjadi tempat rujukan Teja dan rakan-rakan apabila

mereka kurang jelas tentang sesuatu konsep. Rafiq yang menjadi pelajar

cemerlang ketika menuntut di luar negara memberikan ceramah di dalam

bilik kuliah.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Page 7: LATIHAN KARANGAN

Berderap seiring berjalan pulang,

Mawar disisip hiasan si dara,

Remaja kini berperibadi cemerlang,

Menjadi tunjang aspirasi negara.

            Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan

kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi

negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu,

setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata

peribahasa,kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar yang

cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.

            Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah

dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa

menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun

rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru

mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat

sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang.

Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan

membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia

adalah sama di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh

orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera

sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang

unggul.

            Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di

dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu

mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup.

Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti

kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan

agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap

tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang

sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta

sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan

pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini

serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

            Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas

dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi masa terluang

dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji

pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti

yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian

amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja

belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka

dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka

menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan

seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa

Page 8: LATIHAN KARANGAN

menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak

mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang

demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi

setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.

            Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan tumpuan

ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang diberikan

menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan

pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi

sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka

harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika

kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam

kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu

pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka

menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru

akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut

untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa

akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan

tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.

            Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup. Hal ini

demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita

dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam

peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup

mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan

lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan hidup

merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka

sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang

melayang. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak

mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan

dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut

sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga

mampu menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang.

Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk

perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi

penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah

bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.

            Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah

sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti

kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap

untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang

aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan

berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka

malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang

cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri

sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan

menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan

Page 9: LATIHAN KARANGAN

perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti

kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.

            Intihnya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar

yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu berfikir luar

daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara. Hal ini demikan

kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui tampuk

pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk

sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.