latihan fartlek.docx

2
Latihan Fartlek Latihan fartlek barmaksud ‘speed play’ adalah sejenis latihan daya tahan yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun latihan fartlek mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit. Dalam aktiviti latihan ini terdapat aktiviti latihan yang berkaitan dengan pecutan iaitu atlit dikehendaki melakukan larian pecut bertempo atau dalam kadar tertentu. Ini ditentukan berdasarkan kepada peratusan melakukan aktiviti latihan daripada keupayaan maksima. Latihan ini juga boleh dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya. Ini merupakan satu bentuk aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan, seolah-olah kita bermain dengan kelajuan di sepanjang permukaan tanah yang berbeza. Tujuan latihan fartlek bukan hanya untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, malahan untuk mengelakkan kebosanan. Objektif Latihan 1. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular. 2. Membina dan meningkatkan kepantasan. Rasional 1. Latihan ini sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi keupayaan aerobik para atlit. 2. Membina kadar kederasan yang diperlukan sebagai salah satu ‘pre-requisite’ dalam pembinaan kuasa ekplosif. Prinsip Latihan

Upload: sukixyz-ha

Post on 15-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pjk

TRANSCRIPT

Latihan Fartlek

Latihan fartlek barmaksud speed play adalah sejenis latihan daya tahan yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun latihan fartlek mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit. Dalam aktiviti latihan ini terdapat aktiviti latihan yang berkaitan dengan pecutan iaitu atlit dikehendaki melakukan larian pecut bertempo atau dalam kadar tertentu. Ini ditentukan berdasarkan kepada peratusan melakukan aktiviti latihan daripada keupayaan maksima. Latihan ini juga boleh dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya. Ini merupakan satu bentuk aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan, seolah-olah kita bermain dengan kelajuan di sepanjang permukaan tanah yang berbeza. Tujuan latihan fartlek bukan hanya untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, malahan untuk mengelakkan kebosanan.Objektif Latihan1. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular.2. Membina dan meningkatkan kepantasan.Rasional1. Latihan ini sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi keupayaan aerobik para atlit.2. Membina kadar kederasan yang diperlukan sebagai salah satu pre-requisite dalampembinaan kuasa ekplosif.Prinsip Latihan1. Latihan fartlek merupakan satu corak latihan bebas di mana jarak danmasa tidak dipentingkan. Atlit adalah bebas untuk menentukan jarak dan kadarkederasan sendiri.2.Kadar intensiti latihan mestilah ditingkatkan secara progresif dari satu masa kesemasa.3. Masa rehat untuk aktiviti larian kepantasan dipenuhi oleh rehat aktif seperti berjalan, jogging dan berlari langkah panjang (striding).4.Aktiviti-aktiviti rehat aktif ini akan bermula kembali dengan memulakan lariankepantasan.

Cara Melaksanakan Latihan Fartlek1. Pastikan mengikut tata cara sebelum dan selepas melakukan daya tahan kardiovaskular.2. Pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah atau di kawasan yang berdekatan dengan sekolah.3. Mulakan latihan fartlek dengan pelbagai variasi larian seperti berlari perlahan, berjalan, berlari zig zag, lari pecut atau lari undur secara berterusan.4. Lakukan aktiviti sama ada berdasarkan tempoh masa dan jarak.5. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan diakhiri dengan aktiviti menyejukkan badan. Pakailah pakaian yang sesuai untuk mengelakkan kecederaan. Minumlah banyak air selepas aktiviti untuk mengelak dehidrasi.