latihan contoh soalan 2013

9
LATIHAN SOALAN ULANGKAJI 1. Budaya boleh didefinasikan seperti berikut kecuali A. unsur-unsur warisan yang menjadi identiti kepada sesuatu kelompok sosial . B. cara hidup yang berasaskan sistem kepercayaan , fikiran dan nilai sesuatu kelompok . C. kebolehan tenaga dan akal fikiran dalam penyelesaian masalah yang diterima dan menjadi amalan oleh semua ahli masyarakat. D. keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia yang berasaskan proses pembelajaran serta mencakupi keseluruhan dimensi kehidupan manusia. 2. Kelompok masyarakat ini dikelaskan mempunyai hidung sederhana mancung , bentuk muka bersegi , kulit berwarna merah , rambut lurus dan mempunyai mata yang besar . Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas , apakah kelompok masyarakat tersebut ? A. Austroloid B. Caucasoid C. Mongoloid D. American Indian 3. Pilih pernyataan yang paling tepat tentang proses amalgamasi . A. Proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi . B. Proses penyerapan identiti kumpulan dominan oleh kumpulan minoriti . C. Proses dimana berlaku perubahan dan saling meminjam unsur – unsur kebudayaan . D. Proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan yang dominan dari segi kebudayaan dan sosial. 4. Adat resam merupakan peraturan yang sudah diamalkan dan diwarisi dalam sesebuah masyarakat . Berdasarkan penyataan tersebut , yang manakah berikut merupakan adat resam orang Melayu ? I. Melenggang perut semasa mengandung II. Memakai pakaian merah semasa hari perayaan III. Mencukur jambul bayi setelah ibu tamat tempoh berpantang IV. Melarang anak duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh mendapat bisul V. Memilih nama anak mengandungi lima unsur emas , air , api , tanah dan kayu yang saling melengkapi. A I , II dan III B I , III dan IV C II , III dan V D II , IV dan V 5. Berdasarkan pernyataan di atas , turutan perkembangan dalam masyarakat boleh dilihat dalam aspek kehidupan seperti berikut 1 I Masyarakat petani II Masyarakat industri III Masyarakat pasca industri IV Masyarakat menternak dan bertani V Masyarakat memburu dan mengumpul

Upload: siok-qing

Post on 21-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

LATIHAN SOALAN ULANGKAJI

1. Budaya boleh didefinasikan seperti berikut kecuali

A. unsur-unsur warisan yang menjadi identiti kepada sesuatu kelompok sosial .B. cara hidup yang berasaskan sistem kepercayaan , fikiran dan nilai sesuatu kelompok .

C. kebolehan tenaga dan akal fikiran dalam penyelesaian masalah yang diterima dan menjadi amalan oleh semua ahli masyarakat.D. keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia yang berasaskan proses pembelajaran serta mencakupi keseluruhan dimensi kehidupan manusia.2. Kelompok masyarakat ini dikelaskan mempunyai hidung sederhana mancung , bentuk muka bersegi , kulit berwarna merah , rambut lurus dan mempunyai mata yang besar .

Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas , apakah kelompok masyarakat tersebut ?

A. Austroloid

B. Caucasoid

C. Mongoloid

D. American Indian

3. Pilih pernyataan yang paling tepat tentang proses amalgamasi .

A. Proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi .

B. Proses penyerapan identiti kumpulan dominan oleh kumpulan minoriti .

C. Proses dimana berlaku perubahan dan saling meminjam unsur unsur kebudayaan .

D. Proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan yang dominan dari segi kebudayaan dan sosial.4. Adat resam merupakan peraturan yang sudah diamalkan dan diwarisi dalam sesebuah masyarakat .

Berdasarkan penyataan tersebut , yang manakah berikut merupakan adat resam orang Melayu ?

I. Melenggang perut semasa mengandung

II. Memakai pakaian merah semasa hari perayaan

III. Mencukur jambul bayi setelah ibu tamat tempoh berpantang

IV. Melarang anak duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh mendapat bisul V. Memilih nama anak mengandungi lima unsur emas , air , api , tanah dan kayu yang saling

melengkapi.

AI , II dan IIIBI , III dan IV

CII , III dan VDII , IV dan V

Berdasarkan pernyataan di atas , turutan perkembangan dalam masyarakat boleh dilihat dalam aspek kehidupan seperti berikut

A. I , IV , V , II dan IIIB. IV , V , I , II dan III

C. V , IV , I , II dan III

D. I , IV , V , III dan II

5. Antara aktiviti berikut , manakah paling sesuai dilaksanakan oleh guru untuk meningkatkan kefahaman pelbagai budaya dalam kalangan murid di sekolah ?

A. Pertandingan masakan tradisional .

B. Program memperkasakan Bahasa Kebangsaan .

C. Pameran kesenian dan adat resam mengikut kaum .

D. Meraikan setiap perayaan mengikut kaum di Malaysia .

6. Kepelbagaian sosiobudaya murid dalam bilik darjah boleh diperhatikan oleh guru melalui aspek berikut

A. Susunan meja dan kerusi dalam kelas

B. Perwatakan dan bentuk fizikal badan murid

C. Kelas sosial dan taraf sosioekonomi keluarga

D. Pengurusan sudut bacaan dan hiasan kelas

7. Dari segi kelas sosial ketaksamaan peluang pendidikan wujud kerana terdapat golongan atasan yang menikmati akses kepada peluang pendidikan yang sedia ada berbanding dengan golongan bawahan .

Berdasarkan kelas sosial dikemukakan oleh Max Weber , kelas sosial yang manakah mementingkan pendidikan untuk anak mereka ?

A. Kumpulan atasan

B. Kumpulan pekerja kolar biru

C. Kumpulan pertengahan atasan

D. Kumpulan pertengahan bawahan

8. Masyarakat Orang Asli didapati kurang menyedari kepentingan pendidikan . Bagaimanakah anda sebagai guru boleh membantu murid-murid Orang Asli supaya lebih sedar tentang kepentingan pendidikan ?

A. Memastikan murid-murid mematuhi rutin bilik darjah

B. Menggunakan hukuman untuk memastikan murid-murid hadir ke sekolah

C. Memastikan murid-murid mempelajari kurikulum yang sama seperti aliran perdana

DMengubahsuai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna kepada kehidupan mereka

9. Mengapakah guru perlu berusaha meningkatkan motivasi dikalangan murid-murid Orang Asli dan masyarakat pedalaman ?

A. Murid-murid dapat menyedari kepentingan pendidikan

B. Murid-murid boleh mendapat markah tinggi dalam peperiksaan

C. Murid-murid yakin untuk bersaing dan aktif dalam pembelajaran

D. Murid-murid boleh melibatkan diri dalam semua aktiviti di sekolah

10. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah melibatkan perkara-perkara yang

berikut :ISatu ekologi yang mempunyai sistem yang tersendiri

IIKeadaan persekitaran fizikal tiada kaitan dengan benda-benda bernyawa

IIIKemudahan perpustakaan sekolah memadai untuk menjadi pusat pembacaan murid

IVPersekitaran fizikal untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif

VPembinaan budaya bilik darjah berkait rapat dengan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial

AI, II dan III

BI, III dan IV

CI, II dan V

DI, IV dan V

12.Bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk membantu perkembangan sosial dan emosi murid-murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dalam sesebuah kelas ?

AMenimbulkan dan mengekalkan minat murid

BMembantu setiap murid supaya mendapat latihan yang mencukupi

CMemberikan aktiviti pengayaan dan pemulihan kepada mereka yang merlukannya

DMembina sikap bekerjasama dan bertolak ansur serta membentuk keyakinan diri dalam jiwa mereka

13.Mengapakah kaedah koperatif dikatakan berkesan semasa mengajar murid-murid daripada pelbagai budaya ?

AMenggalakkan murid bertanya dan bersoaljawab serta ingin tahu berkenaan budaya yang berbeza

BMurid daripada pelbagai kebolehan, budaya, jantina dan etnik bekerjsama untuk mencapai matlamat

CSetiap murid secara individu, berpasangan atau berkumpulan boleh menampilkan budaya masing-masing

DAktiviti dapat dikawal supaya pembelajaran berlaku secara adil, telus serta ada pengukuhan yang jelas selepas aktiviti dijalankan

14.Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya akan menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif. Suasana tersebut akan menggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid.

Pilih cara yang sesuai untuk guru menguruskan persekitaran fizikal bilik darjah yang menggalakkan suasana mesra budaya.

IMempupuk semangat berdikari antara pelbagai kaum

IIMurid-murid belajar bertolak ansur dan bekerjasama di antara mereka

IIIKebijaksanaan guru menggunakan kemahiran dan interpersonal dalam kelas

IVPenggunaan laman web, komputer dan LCD untuk menghasilkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif

VBilik darjah yang dinamik di mana guru dapat merancang aktiviti berkumpulan yang menggalakkan penglibatan murid-murid pelbagai etnik

AI, II dan III sahaja

BI, II dan IV sahaja

CI, III dan IV sahaja

DIII, IV dan V sahaja

15.Murid Melayu kurang berminat untuk belajar, murid Cina suka bercakap di dalam kelas dan murid India pula suka bergerak di dalam kelas. Inilah situasi yang dialami oleh Cikgu Zamrul kerana di dalam kelasnya terdiri daripada murid pelbagai kaum , latarbelakang dan agama yang berbeza.

Bagaimanakah Cikgu Zamrul menangani masalah ini ?

ABerdiam diri sahaja

BPisahkan murid mengikut bangsa

CHantar murid kepada guru disiplin

DMemahami gaya pembelajaran murid

16.Guru memberi peluang kepada murid-murid untuk memilih kumpulan masing-masing. Murid-murid akan berada dalam kumpulan kawan-kawan yang disenangi mereka . Apakah jenis kumpulan dalam Kelas Bercantum ini ?

AKumpulan sosial

BKumpulan sama kebolehan

CKumpulan pelbagai kebolehan

DKumpulan Tahun persekolahan

17.Antara berikut , pernyataan yang manakah menerangkan komunikasi guru dalam sesebuah kelas ?

A. Komunikasi guru boleh berlaku dalam bentuk lisan dan bukan lisan .B. Komunikasi berkesan sangat bergantung kepada strategi berpusatkan guru

Komunikasi secara bertulis merupakan contoh komunikasi yang paling berkesan .

C. Komunikasi berkesan sangat bergantung kepada sikap guru terhadap muridnya .

18.Berdasarkan petikan di atas , apakah laras bahasa yang digunakan ?ABahasa biasa

BBahasa sains

CBahasa rencana

DBahasa akademik

19Guru perlu merancang dan menguruskan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya . Aspek manakah antara berikut perlu diberi perhatian oleh guru kecuali

Akemahiran merancang aktiviti kumpulan

Bgaya pembelajaran murid murid di dalam kelas

Cgaya kepimpinan autokratik dalam urusan hal ehwal murid

Dkemahiran interpersonal dalam menghadapi murid pelbagai kelas sosial

20Manakah strategi pengajaran yang paling sesuai digunakan oleh guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kumpulan Orang Asli ?

AKaedah koperatif

BKaedah direktif

CKaedah individu

DKaedah perbincangan berpasangan

1..Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya .

a.Nyatakan EMPAT ciri ciri penting budaya dalam sesuatu kelompok .

b.Jelaskan DUA kepentingan memahami konsep budaya kepada guru .

2.a.Integrasi sosial ialah satu proses menyatupadukan pelbagai kelompok melalui satu identiti

bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masyarakat.

Nyatakan DUA matlamat integrasi sosial .

b.Asimilasi ialah proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan di serapoleh kumpulan yang dominan.

Bincangkan DUA jenis asimilasi .

3.Mesra budaya merupakan suatu budaya yaang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti Mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama di mana melaluinya masyarakat dapat menjalin hubungan erat sesama mereka .

a.Nyatakan EMPAT kepentingan melaksanakan pelan tindakan demi mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya

b.Huraikan TIGA program yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya .

4.Ketaksamaan peluang pendidikan merujuk kepada keadaan di mana akses kepada pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk .

a.Dalam konteks Negara Malaysia , berikan EMPAT faktor yang mungkin menyebabkan keadaan ini .

b.Kadar keciciran di kalangan murid-murid Orang Asli sangat tinggi . Berikan TIGA sebab mengapa keciciran ini berlaku .

5.Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab terhadap pembinaan negara bangsa dalam kalangan murid anda. Murid yang datang daripada pelbagai kaum akan membawa keunikan budaya mereka yang berbeza ke dalam bilik darjah.

a.Bincangkan LIMA strategi pengajaran yang sesuai dilaksanakan dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya.

b.Huraikan EMPAT cara bagaimana guru boleh menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran sosial murid dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

6.Individu pelajar adalah unik dan berbeza serta memerlukan layanan berbeza oleh guru.

a.Berdasarkan pernyataan di atas jelaskan LIMA corak asas budaya berbeza yang menjadikan individu itu unik.

b.Bincangkan bagaimana guru dapat memastikan kepelbagaian sosiobudaya pelajar dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran pelajar.

7.Mengikut Model Simetri Newcomb , komunikasi berkesan seorang guru memerlukan penglibatan atau interaksi berbentuk dua hala .

a.Bincangkan cara-cara guru dapat melaksanakan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah .

b.Huraikan EMPAT implikasi terhadap murid sekiranya guru gagal melaksanakan komunikasi dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

JAWAPAN ESEI

1.a.Empat ciri ciri penting budaya dalam sesuatu kelompok .

i.Budaya perlu dipelajari

ii.Budaya boleh berubah

iii.Budaya boleh diwarisi

ivBudaya boleh dikongsi

vBudaya bersifat sejagat

vi.Budaya mempunyai unsur simbolik

b.Dua kepentingan memahami konsep budaya kepada guru

i.Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid . Contoh nilai menghormati budaya orang lain dengan memahami apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya .

ii.Konteks profesionalisme keguruan , dimana dengan memahami budaya , guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid pelbagai budaya serta menghormati nilai dan budaya setempat .

2.a.Integrasi sosial ialah satu proses menyatupadukan pelbagai kelompok

Melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti

masyarakat. DUA matlamat integrasi sosial.

iMenyatupadukan semua kelompok melalui satu identiti

iiMenghapuskan perbezaan dan identiti masyarakat

iiiAhli masyarakat dapat menerima ciri-ciri masyarakat yang lain

ivMenyatukan pelbagai kumpulan tanpa mengira keturunan

b.Asimilasi ialah proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan di serap oleh kumpulan yang dominan.

DUA jenis asimilasi

iAsimilasi budaya

proses dimana kumpulan minoriti mempelajari ciri-ciri kebudayaan masyarakat setempat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian, misalnya cara berpakaian, bahasa dan adat resam

iiAsimilasi struktur merupakan proses di mana kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan.

3.a.i.Memupuk semangat perpaduan

ii.Memahami adat resam

iii.Menjaga isu-isu sensitif kaum

ivMemupuk rasa hormat meghormati

b.i.Program memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa

perpaduan

ii.Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

iii.Program Jati Diri

4.a.Ketaksamaan peluang pendidikan merujuk kepada keadaan di mana akses

kepada pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk. Dalam konteks negara kita, berikan EMPAT faktor yang mungkin menyebabkan keadaan ini.

i.Kelas sosial

iikumpulan minoriti

iiiJatina

iv.kumpulan berkeperluan khas

b.Kadar keciciran di kalangan murid-murid Orang Asli sangat tinggi.

Berikan TIGA sebab mengapa keciciran ini berlaku

i.Sikap tidak ambil berat ibu bapa terhadap pelajaran

iiIbu bapa tidak sedar kepentingan pendidikan

iiTiada sifat persaingan di antara murid-murid orang Asli

ivMinat belajar yang rendah

vKeadaan hidup yang dhaif dan miskin

viBerperwatakan rendah diri, malu, pasif dan tidak suka dipaksa

viiKurang daya tahan dari segi mental

viiKurikulum sama seperti aliran perdana

ixKehidupan yang bebas tanpa kawalan

xJarak tempat tinggal yang jauh dari sekolah

xiIbu bapa kurang berupaya memberi bimbingan kepada anak-anak

xiiMurid orang Asli tidak dapat melihat hubungan pelajaran dengan

kehidupan harian

xiiTerpaksa membantu ibu bapa untuk urusan kehidupan dan keluarga

5.a.Bincangkan lima kaedah pengajaran yang sesuai dilaksanakan dalam

bilik darjah yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya.

(i)Kaedah Koperatif

- Murid-murid belajar secara berkumpulan, berbincang secara harmonis,

berinteraksi dengan murid pelbagai latar budaya

(ii)Kaedah Kontekstual

Murid akan mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada

situasi atau budaya kehidupan mereka

(iii)Kaedah generatif

Menggalakkan murid menjana idea-idea kritis dan kreatif yang sesuai dengan budaya yang diketengahkan

Membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang releven dengan kehidupan masa kini

(iv)Kaedah direktif

Guru memberikan penerangan secara langsung kepada murid tentang kepelbagaian budaya dalam kelompok mereka

(v)Kaedah mediatif

- Mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat

keputusan, mengenalpasti andaian

Membuat hipotesis berkaitan dengan budaya yang masih releven untuk

diamalkan

(vi)Kaedah kajian masa depan

Murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan

Guru membantu murid berfikiran jauh,mempunyai kuasa dan pilihan untuk masa depan yang perlu dihadapi

Murid yang pelbagai latar budaya merancang kehidupan mereka

b.Huraikan empat cara bagaimana guru boleh menilai kebolehan, minat, sikap

dan kemahiran sosial murid dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Penilaian mesra budaya merangkumi perkara-perkara yang berikut :

(i)Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi bilik darjah

- Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, catatan atau kad fail untuk membolehkan guru merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara tekal dan bermakna.

- Contoh : guna senarai nama kelas untuk memudahkan guru merekod pemerhatian harian dengan membuat lajur untuk mengenal pasti projek, aktiviti atau tingkah laku yang ingin diperhatikan

(ii)Penilaian Portfolio

Murid dan guru boleh memlih sampel tugasan yang menggambarkan kepelbagaian keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai

Guru ,murid dan ahli-ahli keluarga boleh membuat refleksi terhadap apa yang murid telah laksanakan, tahap kebolehan mereka dan bidang manakah yang perlu ditambah baik

(iii)Penulisan Jurnal

Penulisan jurnal memberikan peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi mengenai perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk memaklumkan, memperjelas dan menerangkan tentang masyarakat majmuk

Contoh : murid boleh mencatat kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang telah dibaca dalam jurnal pembelajaran. Mereka boleh membina pengertian terhadap watak dan ini memberi mereka kebebasan untuk menulis tentang watak dan berkongsi dengan rakan

(iv)Projek

Projek memberikan peluang murid menyumbang idea mengikut kebolehan mereka. Projek sebegini baik untuk murid dari pelbagai budaya dan bebeza secara individu kerana mereka melakukan tugasan mengikut masa dan tahap kesediaan mereka dengan meneroka topik yang diminati berasaskan bacaan topik pelbagai budaya

Mereka boleh menlis laporan atau menyediakan satu persembahan lisan atau mencipta lukisan untuk menggambarkan konsep utama terselindung dalam topik mereka

Contoh : satu projek reka cipta artifak yang mewakili patung kumpulan etnik dan murid boleh menlis cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian projek

- Mana-mana jawapan yang sesuai dan releven

6.Individu pelajar adalah unik dan berbeza serta memerlukan layanan berbeza oleh guru.

a.Berdasarkan pernyataan di atas jelaskan LIMA corak asas budaya berbeza yang menjadikan individu itu unik.

iBerbeza dalam gaya berkomunikasi

-Orang Kedah/P. Pinang bersuara lantang dan bernada tinggi

-Menggunakan sapaan aku-hang

-Kosa kata yang mengelirukan spt lawa-sombong (Sarawak),

selalu-sekarang (Pantai Timur)

iiBerbeza sikap terhadap konflik

-Bersikap terbuka

-Bersemuka

-Tidak suka selesaikan konflik secara terbuka

-Perbincangan secara tertutup

iiiBerbeza pendekatan dalam menyelesaikan tugasan

-Cara/gaya tersendiri menyelesaikan tugasan

-Akses kepada bahan sumber, pandangan terhadap ganjaran, kepentingan masa, hubungan kerjasama dalam pasukan

ivBerbeza dalam gaya menyelesaikan masalah

-Amalan tanggungjawab bersama untuk selesai masalah

-Tanggungjawab individu untuk selesaikan masalah

-Bergantung kepada kepimpinan keluarga

vBerbeza sikap terhadap pendedahan pandangan

-Berbeza pandangan tentang sikap terus terang

viBerbeza dalam pendekatan untuk mengetahui

-Cara tersendiri untuk belajar

-Gaya berfikir dan belajar berbeza

-Lelaki dan perempuan berbeza

b.Bincangkan bagaimana guru dapat memastikan kepelbagaian sosiobudaya pelajar dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran pelajar.

i.Pelajar digalakkan membaca novel atau kisah masyarakat yang berbeza latarbelakang supaya dapat merasai dan menyelami perasaan dan jiwa manusia lain

iiGunakan sumber yang sesuai dengan latar belakang pelajar agar pelajar rasa diterima, serta dapat memotivasikan mereka untuk belajar

iiiDapat pandangan pelajar yang berbeza etnik dalam perbincangan kelas

ivLayanan dan penerimaan guru terhadap pelajar hendaklah sesuai dengan budaya pelajar

vGuru dapat menyesuaikan pengajaran dan pembelajaran dengan gaya berfikir dan gaya belajar pelajar

viGuru serta pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam menyediakan suasana dan amalan kepelbagaian sosiobudaya di sekolah

7.a.Cara cara guru dapat melaksanakan komunikasi yang berkesan di dalam

bilik darjah

A = Individu , B = Individu , X = Mesej

i.Orientasi A terhadap perkara X, iaitu sikap dan kepercayaan A terhadap

perkara X

ii.Orientasi A terhadap B, iaitu sikap A terhadap B

iii. Orientasi B terhadap perkara X, iaitu sikap dan kepercayaan B terhadap perkara X

iv.Orientasi B terhadap A, iaitu Sikap B terhadap A

v.Jika B menghormati A dan maruah kepercayaan terhadap mesej, maka simetri dicapai . Komunikasi adalah berkesan

b.Empat implikasi terhadap murid sekiranya guru gagal melaksanakan komunikasi dengan berkesan :

i.Kebisingan

ii.Suasana bilik darjah kurang kondusif

iii.Hubungan Guru-Murid kurang mesra

iv.Murid akan hilang minat terhadap pelajaran

IMasyarakat petani

IIMasyarakat industri

IIIMasyarakat pasca industri

IVMasyarakat menternak dan bertani

VMasyarakat memburu dan mengumpul

Cantik emas di tangan

Cantik bahasa di mulut

Cantik tingkah di santun

Cantik lagi budi ditabur

X

A

B

7