latihan bahasa melayu tingkatan 2 antologi teks komsas

Upload: hafi-zah

Post on 05-Oct-2015

278 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 ANTOLOGI TEKS KOMSAS - GEMA SEPI GADIS GENIUSPROSA TRADISIONAL RAJA MUDA

TEMATE

SUSUN SINOPSIS BERIKUT MENGIKUT JALAN CERITA YANG BETUL.URUTAN JALAN CERITA

Setelah berkenal-kenalan dengan Permaisuri Kaca Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung enam bulan. Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri bersetuju lalu baginda pun memakan sepah sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan kuasa Tuhan,kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Setelah kejadian itu, mereka berdua saling berjanji untuk tidak berjumpa selama beberapa tahun.

Selesai upacara itu, anak-anak raja pun bersuka ria dengan pelbagai jenis permainan. Pada sebelah malamnya pula,Sultan Muda membawa isterinya bermain-main di atas pasir yang berkilat dan kemudiannya menyaksikan permainan Doh Besar, Lang-lang Aji Buntut dan cekur-cekur Puyuh. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri turut sama bermain permainan Doh Besan kerana terlalu seronok. Suasana sungguh meriah sehinggalah larut malam dan semua permainan dihentikan. Keesokannya, kenduri diadakan dengan menyembelih kerbau, bacaan doa selamat dan doa tolak bala. Sultan muda bersama-sama pengiringnya berangkat kembali ke kota keesokannya.

Setelah cukup tempoh 12 bulan,pada waktu tengah hari bersamaan dengan hari Selasa, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun menyaksikan kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu diadakan. Sultan Muda juga memerintahkan Perdana Menteri membuat sebuah balai pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi puteri yang baru lahir itu dan membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat bermain.

Cerita bermula dengan suasana kecoh apabila Raja Muda didapati hilang dari rumah Nenek Kebayan. Nenek Kebayan cemas kerana insiden itu boleh mengakibatkan dirinya dibunuh. Dalam masa yang sama, persiapan sedang dilakukan untuk mengahwinkan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan penuh adat istiadat.

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya tidak menangis, tidak mahu makan dan minum. Hal ini membimbangkan seluruh istana tetapi keadaan menjadi reda setelah Tuan Puteri Bidadari Segerba menjelaskan bahawa keadaan tersebut memang sifat semula jadi anak tersebut.

Perkahwinan itu dihidu oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan kembali ke kayangan. Tuan Puteri Bidadari Segerba pun pergi ke mahligai Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri lalu menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Sultan Muda untuk bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan sebab-sebab baginda bernikah dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri melalui syairnya.

Pada hari yang telah ditetapkan Sultan Muda membawa puterinya mandi di Tasik Mendam Berahi. Semua persiapan yang diarahkan telah disiapkan. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan bondanya membawa Puteri Renik Jintan ke balai pancalogam di tengah-tengah tasik Mendam Berahi untuk dimandikan dengan penuh upacara. Turut diadakan adalah adat turun tanah iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan kemudiannya ke atas emas serta perak.

PERSOALAN

1. 3.

2. 4.

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK SAMPINGAN1.

2.

3.

4.

GAYA BAHASABahasa IstanaSimile

Personafikasi

Kata gandaBahasa Arab

LATAR MASA

LATAR TEMPATDi Di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki.Di kayangan.Di rumah Nenek Kebayan.Tasik Mendam Berahi.Padang Biram Kemala.

LATAR MASYARAKAT1.

2.

3.

4.

1