antologi kerusi.(nota)

23
TRAGEDI 1.0 SINOPSIS Cerpen ini mengisahkan ketabahan seorang bapa iaitu Pak Ismawan yang kehilangan anak kesayangannya dalam tragedi kemalangan di jalan raya. Irnawati iaitu kawan baik Iswan telah menziarahi Pak Ismawan untuk mengucapkan takziah dan meminta izin untuk menyimpan raket badminton kepunyaan Iswan sebagai kenangan. Irnawati teringat semula akan kenangannya semasa bersama dengan Iswan. Iswan ialah seorang pemain badminton yang handal iaitu tersenarai dalam pemilihan untuk pertandingan Piala Thomas. Iswan sering bercanggah pendapat dengan Irnawati ,iaitu Irnawati mahu Iswan segera mengalahkan pihak lawan tetapi Iswan pula lebih mementingkan strategi untuk memberi kepuasan kepada penonton. Irnawati juga teringat akan kenangan semasa menemani Iswan menunggang basikal di Pantai Tanjung Aru untuk meningkatkan staminanya. Di situlah Iswan telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh temannya George Bulang. Selepas beberapa bulan kes langgar lari itu diputuskan oleh mahkamah, George Bulang tidak dijatuhkan hukuman penjara kerana masih di bawah umur. George Bulang tidak dibenarkan memandu kereta selama 5 tahun, dan diarahkan menemui kaunselor psikologi serta tidak dibenarkan minum minuman keras. Pak Ismawan menerima keputusan mahkamah itu dengan hati yang terbuka. Pak Ismawan tidak menaruh perasaan dendam terhadap George Bulang sebaliknya memaafkannya semasa George Bulang meminta maaf atas kesilapannya. Pada suatu hari Pak Ismawan telah dikunjungi oleh Encik Ikmal dari Majils Keselamatan Jalan Raya untuk mengundangnya memberi ucapan pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya di Dewan Masyarakat, di Sembulan. Pak Ismawan telah menceritakan pengalamannya yang kematian anak yang dilanggar oleh pemandu yang mabuk. Oleh itu, Pak Ismawan telah menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa memandu dan tidak memandu dalam keadaan mabuk kerana boleh mengancam keselamatan orang lain. 2.0 TEMA Cerpen ini bertemakan ketabahan dan kecekalan hati seorang ayah yang kehilangan anak kesayangannya akibat kemalangan jalan raya. 3.0 PERSOALAN i. Persoalan tentang kasih sayang ii. Persoalan tentang persahabatan yang erat iii. Persoalan tentang tanggungjawab seorang ibu bapa iv. Persoalan tentang keinsafan akan kesilapan yang telah dilakukan v. Persoalan tentang kesediaan memaafkan kesalahan orang lain. vi. Persoalan tentang keburukan memandu dalam keadaan mabuk 4.0 PLOT Plot cerpen ini disusun secara kronologi. Plot cerita dimulakan dengan kedatangan Irnawati iaitu sahabat baik Iswan ke rumah Pak Ismawan untuk mengucapkan takziah dan meminta raket kepunyaan Iswan untuk disimpan sebagai kenangan. Plot berkembang dalam bentuk imbas kembali tentang perwatakan dan bakat Iswan dalam badminton. Konflik wujud antara dia dengan Iswan adalah tentang teknik perlawanan badminton, iaitu dia ingin Iswan segera mengalahkan pihak lawan. Tetapi Iswan lebih mementingkan kepuasan penonton yang ingin melihat permainan yang bermutu. Kenangan Irnawati terhenti dengan kehadiran Pak 1

Upload: lauchen32

Post on 23-Jun-2015

242 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

TRAGEDI

1.0 SINOPSISCerpen ini mengisahkan ketabahan seorang bapa iaitu Pak Ismawan yang kehilangan anak kesayangannya dalam tragedi kemalangan di jalan raya. Irnawati iaitu kawan baik Iswan telah menziarahi Pak Ismawan untuk mengucapkan takziah dan meminta izin untuk menyimpan raket badminton kepunyaan Iswan sebagai kenangan. Irnawati teringat semula akan kenangannya semasa bersama dengan Iswan. Iswan ialah seorang pemain badminton yang handal iaitu tersenarai dalam pemilihan untuk pertandingan Piala Thomas. Iswan sering bercanggah pendapat dengan Irnawati ,iaitu Irnawati mahu Iswan segera mengalahkan pihak lawan tetapi Iswan pula lebih mementingkan strategi untuk memberi kepuasan kepada penonton. Irnawati juga teringat akan kenangan semasa menemani Iswan menunggang basikal di Pantai Tanjung Aru untuk meningkatkan staminanya. Di situlah Iswan telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh temannya George Bulang. Selepas beberapa bulan kes langgar lari itu diputuskan oleh mahkamah, George Bulang tidak dijatuhkan hukuman penjara kerana masih di bawah umur. George Bulang tidak dibenarkan memandu kereta selama 5 tahun, dan diarahkan menemui kaunselor psikologi serta tidak dibenarkan minum minuman keras. Pak Ismawan menerima keputusan mahkamah itu dengan hati yang terbuka. Pak Ismawan tidak menaruh perasaan dendam terhadap George Bulang sebaliknya memaafkannya semasa George Bulang meminta maaf atas kesilapannya. Pada suatu hari Pak Ismawan telah dikunjungi oleh Encik Ikmal dari Majils Keselamatan Jalan Raya untuk mengundangnya memberi ucapan pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya di Dewan Masyarakat, di Sembulan. Pak Ismawan telah menceritakan pengalamannya yang kematian anak yang dilanggar oleh pemandu yang mabuk. Oleh itu, Pak Ismawan telah menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa memandu dan tidak memandu dalam keadaan mabuk kerana boleh mengancam keselamatan orang lain.

2.0 TEMACerpen ini bertemakan ketabahan dan kecekalan hati seorang ayah yang kehilangan anak kesayangannya akibat kemalangan jalan raya.

3.0 PERSOALANi. Persoalan tentang kasih sayangii. Persoalan tentang persahabatan yang eratiii. Persoalan tentang tanggungjawab seorang ibu bapaiv. Persoalan tentang keinsafan akan kesilapan yang telah dilakukanv. Persoalan tentang kesediaan memaafkan kesalahan orang lain.vi. Persoalan tentang keburukan memandu dalam keadaan mabuk

4.0 PLOT

Plot cerpen ini disusun secara kronologi. Plot cerita dimulakan dengan kedatangan Irnawati iaitu sahabat baik Iswan ke rumah Pak Ismawan untuk mengucapkan takziah dan meminta raket kepunyaan Iswan untuk disimpan sebagai kenangan. Plot berkembang dalam bentuk imbas kembali tentang perwatakan dan bakat Iswan dalam badminton. Konflik wujud antara dia dengan Iswan adalah tentang teknik perlawanan badminton, iaitu dia ingin Iswan segera mengalahkan pihak lawan. Tetapi Iswan lebih mementingkan kepuasan penonton yang ingin melihat permainan yang bermutu. Kenangan Irnawati terhenti dengan kehadiran Pak Ismawan menyerahkan raket Iswan kepada Irnawati. Plot terus berkembang apabila Pak Ismawan mengimbas semula tragedi kemalangan jalan raya yang menimpa Iswan akibat dilanggar kereta semasa menjalani latihan stamina dengan berbasikal di Pantai Tanjung Aru. Plot menuju klimaks apabila mahkamah membebaskan George Bulang kerana masih di bawah umur. George Bulang telah meminta maaf kepada Pak Ismawan. Pak Ismawan bersedia memaafkannya tanpa menaruh perasaan dendam. Pada bahagian peleraian cerita, Pak Ismawan telah menyampaikan ucapan sempena Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya di Dewan Masyarakat di Sembulan.

1

Page 2: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

5.0 WATAK & PERWATAKAN

Pak Ismawan Ayah kepada Iswan Seorang bapa yang bertanggungjawab dan penyayang Bersifat pemaaf Murah hati Tabah dan cekal menghadapi cabaran hidup Prihatin

Iswan Anak kepada Pak Ismawan Sahabat baik kepada Irnawati Meninggal dunia ketika berusia 18 tahun Pemain badminton yang berpotensi Seorang yang berdisiplin Ikhlas Sopan santun, berhemah tinggi, hormat kepada bapanya Simpati dan peramah Tidak mementingkan diri sendiri Tidak terburu-buru Mempunyai keyakinan diri yang tinggi Mempunyai semangat yang kuat

Irnawati Sahabat baik Iswan sejak dari tingkatan 1 Menghargai persahabatan Sabar Bersimpati

George Bulang Rakan sekolah Iswan Berusia 16 tahun Tidak bertanggungjawab kerana memandu tanpa lesen Tidak mematuhi peraturan Mempunyai sifat kesedaran iaitu mengisafi kesalahannya dan bersedia meminta maaf

6.0 LATARLatar Tempat

Rumah Pak Ismawan Pantai Tanjung Aru Hospital Pejabat Pak Ismawan Dewan Masyarakat Sembulan Mahkamah

Latar Masa Beberapa bulan selepas kematian Iswan semasa mahkamah memutuskan kes

kemalangan Iswan Pada hari Ahad, selepas 5 bulan selepas kematian Iswan, Pak Ismawan memberi

ucapan di Dewan Masyarakat di Sembulan

Latar Masyarakat Masyarakat di Sabah Golongan remaja yang banyak diberi kebebasan Masyarakat penyayang Golongan peminat sukan badminton

2

Page 3: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

7.0 NILAIi. Nilai ketabahan

Contohnya, Pak Ismawan tabah menghadapi kematian anak kesayangannya.

ii. Nilai kasih sayangContohnya, Pak Ismawan sangat menyayangi Iswan, begitu dengan rakan-rakannya.

iii. Nilai simpatiContohnya, Irnawati sebagai sahabat Iswan mengunjungi Pak Ismawan untuk menunjukkan rasa simpati.

iv. Nilai yakin akan diriContohnya, Iswan yakin bahawa dia dapat mengalahkan pemain lebih hebat supaya dapat mewakili Negara.

v. Nilai mengakui kesalahanContohnya, George Bulang yang sedar akan kesalahannya telah berjumpa dengan Pak Ismawan untuk meminta maaf daripadanya.

vi. Nilai hormat-menghormatiContohnya, Iswan digambarkan seorang anak yang sangat menghormati ayahnya.

vii. Nilai bertanggungjawabContohnya, walaupun Pak Ismawan digambarkan sangat sibuk dengan tugasnya, tetapi dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa.

8.0 AMANAH & PENGAJARANi. Kita hendaklah menerima takdir Tuhan dengan hati yang tabah

Contohnya, Pak Ismawan tabah menghadapi kehilangan anak kesayangan, Iswan.

ii. Kita hendaklah mempunyai sifat peyayang agar hubungan yang mesra dapat dijalin.Contohnya, Pak Ismawan sangat menyayangi anaknya, Iswan sehingga sanggup menghantar dan menjemput anaknya ke tempat latihan badminton.

iii. Kita hendaklah bersimpati terhadap sesorang yang timpa kesusahan.Contohnya, Irnawati sangat bersimpati terhadap Pak Ismawan yang telah kehilangan anak kesayangannya.

iv. Kita hendaklah mempunyai keyakinan diri yang tinggi jika ingin mencapai kejayaan dalam bidang yang kita ceburi.Contohnya, Iswan yakin bahawa dia dapat mengalahkan pemain yang lebih hebat agar berjaya mewakili negara dalam permainan badminton.

v. Kita hendaklah berani mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan bersedia untuk meminta maaf Contohnya, George Bulang yang berani berjumpa dengan Pak Ismawan untuk meminta maaf atas kesalahannya.

vi. Sebagai ibu bapa haruslah bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak tidak melanggar undang-undangContohnya, ibu bapa George Bulang tidak bertanggungjawab kerana membiarkan anaknya yang belum berlesen memandu kereta.

vii. Kita hendaklah bersedia untuk memaafkan seseorang yang telah menginsafi kesilapannya.Contohnya, Pak Ismawan yang bersedia memaafkan George Bulang yang telah mengakui kesilapannya tanpa menyimpan perasaan dendam.

3

Page 4: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

VIRUS ZEL UNTUK ABAH

1.0 SINOPSISCerpen ini mengisahkan kehidupan seorang remaja yang bernama Zel, yang mengalami konflik jiwa disebabkan perceraian ibu bapanya. Kehausan kasih sayang seorang bapa menyebabkan Zel mencari punca perceraian ibu bapanya. Walaupun telah mencapai usia remaja Zel masih tidak dapat menerima hakikat perceraian ibu bapanya. Zel menganggap abahnya bersikap kejam kerana menceraikan ibunya dan berkahwin dengan wanita lain. Zel juga berasa sedih kerana keretakan rumah tangga keluarganya tidak mendapat simpati daripada rakan-rakannya. Walau bagaimanapun Zel bernasib baik kerana dia sangat disayangi oleh ibunya. Zel tidak pernah dilarang untuk berjumpa dengan bapanya atau saudara tirinya. Kemarahan Zel terhadap ayahnya semakin memuncak apabila menyaksi kebaikan dan kemuliaan hati ibunya menghadapi situasi itu. Zel turut memusuhi ibu tirinya yang dianggapnya sebagai penyebab penceraian ibu dan bapanya. Perasaan dendam dan benci Zel memuncak apabila Abang Awi cuba menghalangnya daripada berjumpa dengan abahnya. Untuk melepaskan perasaan benci, dendam dan geramnya itu, Zel telah mencipta sejenis virus yang diberi nama virus ZEL VS ABAH. Zel berhasrat untuk memasukkan virus Zel ke dalam program ZQ 1308 milik abahnya. Win, sahabat baik Zel berjaya memujuk Zel supaya membatalkan niatnya itu dengan menasihati agar menggambarkan reaksi dan kekecewaan ibunya atas perbuatannya itu. Akhirnya, kasih sayang ibunya yang telah banyak berkorban dan menaruh harapan yang tinggi terhadapnya, mengatasi perasaan benci dan dendam kesumat yang sekian lama terpendam dalam jiwa Zel.

2.0 TEMACerpen ini bertemakan KEKELUARGAAN, iaitu penderitaan anak yang menjadi mangsa penceraian ibu bapa, sehingga mewujudkan perasaan benci dan dendam seorang anak terhadap abahnya yang telah menceraikan ibunya.

3.0 PERSOALAN-PERSOALAN

i. Persoalan tentang kasih sayangii. Persoalan tentang masalah yang timbul akibat penceraianiii. Persoalan tentang kegigihan ibu tunggaliv. Persoalan tentang kepentingan computer

4.0 PLOTPlot cerpen ini disusun mengikut urutan waktu. Walaupun plot cerpen ini agak kompleks tetapi sangat menarik. Pada bahagian eksposisi, pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak Zel yang sedang berhadapan dengan skrin komputer di dalam biliknya. Zel berasa serba salah sama ada hendak melepaskan virus ZEL VS ABAH untuk merosakkan Program ZQ 1308 keluarga abahnya selepas teringat akan nasihat sabahatnya, Win, agar menerima hakikat bahawa ibu bapanya telah berpisah.

Pada peringkat perkembangan, plot menuju ke arah perumitan melalui kenangan Zel. Zel digambarkan dalam keadaan konflik kerana marah akan sikap abahnya. Zel meluahkan perasaan dendam dan kecewa terhadap abahnya, dia menyalahkan abahnya kerana tidak memahami perasaan dan konflik yang ditanggungnya. Walaupun, abah dan mama tidak lagi tinggal serumah, tetapi mama Zel tidak pernah melarang Zel untuk berjumpa dengan abah dan keluarga barunya. Zel beranggapan buruk terhadap ibunya bahawa kesibukan ibunya merupakan punca penceraian ibu dengan abahnya. Zel merungut kepada ibunya tentang sikap anak-anak Aunt Syarifah yang tidak matang. Walau bagaimanapun, ibu Zel menasihatinya agar tidak berprasangka buruk terhadap abah, Aunt Syarifah, Abang Awi dan adik-adiknya. Setelah berkhayal Zel kembali ke alam sedar lalu menghubungi Win melalui Vancall Logic. Zel meminta pendapat Win sama ada dia patut melepaskan virus tersebut atau tidak. Maka berlakulah percanggahan pendapat sehingga menimbulkan kemarahan Zel dan seterusnya memutuskan Vancall Logic. Walau bagaimanapun, Win menghubungi Zel semula dan cuba menasihatinya agar tidak berbuat demikian. Zel kemudiannya teringat akan peristiwa dia dan Abang Awi memilih hadiah hari jadi untuk abahnya. Wujud perbezaan pendapat antara Zel dengan Abang Awi tentang warna kesukaan abah. Konflik semakin memuncak apabila Abang Awi meminta Zel supaya tidak berjumpa dengan abah lagi

4

Page 5: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

Plot menuju klimaks apabila Zel mengambil keputusan untuk memusnahkan program ZQ1308 milih abahnya.

Pada bahagian peleraian plot, Win berjaya menasihati Zel supaya tidak bertindak memasukkan virus ZEL VS ABAH kerana tindakannya akan mengecewakan ibunya. Akhirnya, Zel menekan punat “delete” dan Virus Zel dimatikan.

5.0 WATAK & PERWATAKANZEL

Seorang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di U.K. Seorang gadis yang berusia 20 tahun. Tinggal bersama dengan ibunya yang diceraikan oleh abah sejak berusia 10. Mahir dalam bidang komputer iaitu telah mencipta virus ZEL VS ABAH. Teman baik Win. Mengalami konflik dan tekanan emosi. Seorang yang pendendam iaitu ingin memusnahkan program ZQ 1308 milik keluarga abahnya. Seorang yang sensitif iaitu apabila Abang Awi memintanya supaya tidak mengganggu abah. Berprasangka buruk terhadap abah, aunt Syarifah dan adik-beradik tirinya. Seorang yang keras hati Seorang yang penyayang iaitu sangat sayangkan mama.

Mama Ibu kepada Zel Berusia 45 tahun Ibu tunggal Seorang ahli perniagaan yang berjaya dan memiliki sebuah syarikat yang mengedar peralatan

komputer. Berjaya mendidik Zel sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Seorang yang tabah dalam mengharungi liku-liku hidup selepas bercerai. Seorang yang bertanggungjawab dan penyayang Seorang yang berpegang teguh kepada agama, iaitu sentiasa bertudung dan mengekalkan

cirri-ciri wanita muslim.

Abah Ayah kepada Zel, Abang Awi, Aman dan Arif. Seorang guru yang mengajar di sekolah rendah. Selepas bercerai dengan mama Zel telah berkahwin dengan Aunt Sharifah. Seorang yang rendah diri Mudah putus asa

WIN Kawan baik Zel yang sedang menuntut di Kaherah. Seorang kawan yang baik kerana mengambil berat dan prihatin terhadap masalah kawannya,

Zel. Seorang yang bertanggungjawab iaitu menasihati Zel supaya tidak merosakkan program ZQ

1308 milik abahnya dengan virus ZEL VS ABAH.

6.0 NILAI-NILAI

i. Nilai kasih sayangContohnya, Mama Zel yang memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada Zel walaupun sibuk dengan tugas.

ii. Nilai tabahContohnya, mama Zel digambarkan sebagai seorang yang tabah mengharungi liku-liku hidup setelah bercerai dengan abah.

iii. Nilai gigihContohnya, ibu Zel berusaha gigih demi memajukan perniagaannya.

5

Page 6: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

iv. Nilai bertanggungjawab

Contohnya, ibu Zel melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik iaitu berjaya mendidik Zel sehingga mampu melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.

v. Nilai baik hatiContohnya, walaupun telah bercerai ibu tetap tidak menghalang Zel berjumpa dengan abahnya, bahkan sering menasihati Zel supaya jangan berprasangka buruk terhadap abah, Aunt Syarifah, Abang Awi dan adik-adik tirinya.

vi. Nilai rasionalContohnya, ibu Zel dapat menerima hakikat penceraian tanpa menyalahkan abah.

vii. Nilai setia kawanContohnya, Win selalu membantu Zel seperti memberi nasihat, pendapat dan sebagainya kepada Zel..

7.0 AMANAT DAN PENGAJARAN

i. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidupContohnya, ibu Zel tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup sebagai ibu tunggal sejak bercerai dengan abah.

ii. Jangan menaruh perasaan dendan terhadap orang lain walaupun orang itu pernah melukakan hati kita.Contohnya, Zel tidak sepatut berdendam terhadap abah sebaliknya menerima hakikat bahawa jodoh antara ibunya dengan abah sudah tiada.

iii. Kita hendaklah rajin belajar supaya beroleh kejayaan yang cemerlang.Contohnya, Zel yang rajin belajar telah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di United Kingdom.

iv. Kita hendaklah menggunakan akal fikiran yang rasional sebelum membuat sebarang keputusan.Contohnya, Zel sepatutnya memikirkan baik buruknya akibat tindakannya jika memasukkan virus Zel untuk memusnahkan program ZQ 1308 milik keluarga abahnya.

v. Kita hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan komputer.Contohnya, ibu Zel yang mahir dalam bidang komputer telah membolehkannya bersaing dan berjaya dalam bidang perniagaan.

8.0 GAYA BAHASA

Pemilihan diksiPengarang banyak menggunakan bahasa Inggeris contohnya, inferior, sorry, carrer woman, shup up, survive, advance dan sebagainya.

SimileContohnya, Persis halilintar yang datang merangut tangkai jantungku

MetaforaContohnya, konkrit derita

PersonifikasiContohnya, halilintar yang datang merangut tangkai jantungku

AnaforaContohnya, Tentang keinginan Zel. Tentang harapan Zel. Tentang masa depan Zel.

6

Page 7: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

AKU, KRIS DAN KRISTAL

1.0 SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan suka duka Hana, pelajar dari Malaysia yang menuntut di Britain selama tiga tahun. Sewaktu termenung di jendela pangsapurinya, Hana terkenang akan peristiwa lama iaitu sewaktu mula-mula sampai di Cardiff, Hana telah berkenalan dengan Kris dan Kristal yang fasih bertutur bahasa Melayu. Hal ini kerana mereka pernah datang ke Malaysia. Ayah Kris pernah bertugas sebagai Duta di Malaysia, manakala Kristal pula pernah menyertai program pertukaran pelajar. Perkenalan itu telah membawa Hana tinggal di rumah Kris dan ibunya di pinggir Bandar Cardiff. Hubungan mereka bertiga menjadi akrab dan mesra kerana menuntut di universiti yang sama. Meskipun, Hana menetap di Britain, namun cara hidup Hana sebagai gadis Melayu yang beragama Islam tetap utuh. Pesanan ayah dan ibu di kampung sentiasa dalam sanubarinya. Dia sentiasa menjaga perlakuan diri adar hubungannya dengan Kris tidak melampaui batas adat dan agama. Dalam diam-diam, Kris jatuh cinta terhadap Hana dan telah mencurahkan isi hatinya untuk mengambil Hana sebagai isterinya. Tetapi Hana telah menolaknya dengan memberi alasan bahawa terdapat banyak halangan kerana perbezaan agama dan budaya. Di samping itu, Hana juga memberitahu Kris bahawa Kristal betul-betul mencintainya, tetapi Kris tidak mencintainya, sebaliknya hanya menganggap sebagai kawan biasa sahaja. Bagi menjauhkan diri daripada Kris dan menimbul salah faham Kristal, Hana mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah apartment dan tinggal bersama dengan 5 orang kawannya. Walau bagaimanapun, peristiwa di Diekirch menyebabkan hubungan Hana dengan Kristal menjadi renggang. Kristal menuduh Hana cuba merampas Kris daripadanya kerana sikap Kris yang semakin dingin terhadapnya. Sementara itu, Hana menerima berita daripada ibunya, tentang pinangan Wan Hadi iaitu guru Pengajian Am selepas universiti. Hana menurut kata ibunya dengan menerima peminangan tersebut. Hana telah menceritakan segala-galanya kepada Kristal. Kristal yang rasa bersalah telah meminta maaf daripada Hana. Kemudian Kristal telah memberitahu Kris bahawa Hana telah bertunang. Kris berasa kecewa lalu mengikut ibunya berpindah ke Jerman Barat. Kristal yang kecewa dengan kehilangan Kris telah hilang pegangan hidup, lalu bertindak membunuh diri dengan mengambil pil tidur yang berlebihan. Lamunan Hana terhenti apabila terdengar bunyi loceng apartmentnya. Hana terkejut dengan kehadiran Kris yang telah memeluk agama Islam.

2.0 TEMA

Cerpen ini bertemakan PERCINTAAN GOLONGAN REMAJA, yang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan akibat perbezaan agama dan budaya.

3.0 PERSOALAN-PERSOALAN

i. Persoalan tentang ketaatan kepada agama dan adat resamii. Persoalan tentang tabah dan berani menghadapi cabaraniii. Persoalan tentang hubungan persahabatan yang melepasi sempadan budaya, bangsa dan

agamaiv. Persoalan tentang suka duka hidup di perantauanv. Persoalan tentang keruntuhan moral di kalangan remaja Barat

4.0 PLOT

Plot cerpen ini disusun mengikut kronologi. Pada bahagian eksposisinya, pengarang memperkenalkan watak aku ( Hana ) yang menuntut di Cardiff selama tiga tahun. Ketika termenung pada suatu petang, Hana terkenang akan peristiwa lampau yang disampaikan melalui teknik imbas kembali. Pada bahagian perkembangan plot, dikisahkan Hana berkenalan dengan Kris dan Kristal, lalu menjadi sahabat yang baik dan selalu bersama-sama walau ke mana sahaja. Konflik terjadi apabila Kris yang secara diam-diam mencintai Hana telah mencurahkan isi hatinya kepada Hana. Plot menuju perumitan apabila Hana menolak cinta Kris. Ekoran daripada itu, hubungan Hana dengan Kristal menjadi semakin renggang kerana Kristal menuduh Hana cuba merampas Kris daripadanya. Plot menuju klimaks apabila Kris yang kecewa kerana cintanya ditolak oleh Hana telah mengikut ibunya berpindah ke Jerman

7

Page 8: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

Barat. Akibatnya, Kristal yang kecewa dengan pemergian Kris telah bertindak membunuh diri dengan menelan pil tidur secara berlebihan. Pada bahagian peleraian, lamunan Hana terhenti apabila pintu apartmentnya diketuk orang. Hana berasa sangat terkejut apabila melihat Kris yang telah memeluk agama Islam datang.

5.0 WATAK DAN PERWATAKAN

a. Aku ( Hana )

Hana Hashim ialah seorang pelajar dari Malaysia yang menuntut di Britain. Beragama Islam Sahabat baik Kris dan Kristal. Memiliki wajah yang cantik, berkulit sawo matang. Telah bertunang dengan Wan Hadi. Mempunyai pegangan agama yang kuat dan sentiasa menjaga batas pergaulannya. Sentiasa berpegang teguh kepada pesanan ibu bapanya demi menjaga maruah dan

keluarga. Seorang yang berdikari Berterus terang

b. Kris

Sahabat baik Hana dan Kristal Berbangsa Inggeris Rambutnya ikal, matanya berwarna hazel. Seorang pemuda yang tampan. Fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Suka menolong orang Telah jatuh cinta kepada Hana. Mudah kecewa buktinya, dia membawa diri ke Jerman Barat Akhirnya Kris memeluk agama Islam.

c. Kristal

Sahabat baik Kris dan Hana Berbangsa Inggeris Seorang gadis yang cantik dan tinggi lampai. Berambut blond dan bermata biru. Fasih bertutur dalam bahasa Melayu kerana pernah mengikuti program pertukaran

pelajar di Malaysia. Sejak dari kecil dia bersahabat baik dengan Kris dan mencintai Kris secara diam-diam. Kuat cemburu Pergaulan bebas Suka bertindak mengikut perasaan.

6.0 LATAR

Latar Tempat Di Apartment Hana Di Universiti College Cardiff di England Di rumah Kris Di Barry Island Di Jambatan Pulteney di Bath Taman Roath Luxembourg Esch-sur, Clevaux, beaufort dan Echternach Diekirch

8

Page 9: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

Latar Masa

Tahun ketiga Hana menuntut di Universiti College Cardiff Pada musimdingin sewaktu salji turun dengan lebat Pada tahun pertama Hana mula-mula sampai di Cardiff. Pada musim cuti penggal Cuti musim panas

Latar Masyarakat

Masyarakat Malaysia yang menuntut di luar Negara. Masyarakat pelajar universiti. Masyarakat yang mementingkan pelajaran. Masyarakat yang beragama Islam. Masyarakat Barat yang beragama Kristian dan bebas bersosial. Masyarakat penyayang. Contohnya, Mrs. Doogan sayang akan Hana sehingga sanggup

membenarkannya tinggal di rumahnya. Masyarakat yang berpegang teguh kepada agama dan adat ketimuran.

7.0 NILAI

i. Nilai ramah mesraContohnya,Kris dan kristal bersifat ramah mesra kepada Hana dengan membawanya melawat ke beberapa destinasi pelancongan yang terkenal di sekitar Cardiff. Keramahan mereka membuatkan Hana tidak berasa sunyi dan terasing ketika berada di rantau orang.

ii. Nilai tidak mudah lupa diriContohnya, walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan godaan, Hana tetap mengekalkan nilai-nilai ketimuran dan tidak mudah lupa diri semasa menuntut di luar negara.

iii. Nilai berani dan tabahContohnya, Hana bersifat berani apabila menghadapi pergolakan jiwa semasa menuntut di luar Negara. Namun, berkat hati yang tabah dan sifat berani, Hana berjaya mengatasinya dengan baik.

iv. Nilai bertanggungjawabContohnya, Hana tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan seorang anak. Dia sentiasa cuba sedaya upaya untuk mengelakkan dirinya daripada terlibat dalam sebarang gejala negative malah nasihat ibu bapanya sentiasa tersemat di ingatannya.

v. Nilai hormat-menghormatiContohnya, nilai ini boleh dilihat melalui sikap dan sifat Kris dan Kristal yang menghormati pegangan hidup Hana serta tidak memaksanya mengikuti cara hidup mereka. Hana juga sangat hormat kepada ibu Kris, iaitu Mrs. Doogan.

vi. Nilai tolong-menolongContohnya, nilai ini digambarkan melalui watak Kris yang banyak membantu Hana ketika Hana mula-mula tiba di Cardiff, Britian dan mengajak Hana tinggal bersama keluarganya.

vii. Nilai baik hatiContohnya, nilai ini digambarkan melalui watak Kris yang bukan sahaja banyak membantu Hana malah membawanya bersiar-siar di tempat-tempat menarik

8.0 PENGAJARAN

i. Kita harus pandai membawa diri ketika menuntut ilmu di luar negaraContohnya, walaupun Hana menuntut di luar negara tetapi dia tetap pandai menjaga diri dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya Barat.

9

Page 10: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

ii. Kita hendaklah berpegang teguh kepada agama dan adat resam walau di mana kita berada.Contohnya, Hana tetap berpegang teguh terhadap ajaran agama Islam walaupun hidupnya dilingkungi dengan cara kehidupan Barat.

iii. Kita tidak harus lupa diri semasa bebas daripada kawalan ibu bapa kita. Kita harus pandai membawa diri dan sentiasa mengingati nasihat dan tunjuk ajar mereka.Contohnya, Hana yang belajar di luar negara tetap berpegang teguh dengan adat sebagai seorang Melayu serta wanita Timur.

iv. Sikap bertanggungjawab terhadap tindakan dan perbuatan sendiri harus dimiliki oleh seseorang terutamanya semasa berada di rantau asing.Contohnya, Hana yang mampu berdikari tanpa bergantung kepada orang lain.

v. Sikap rajin dan berusaha adalah perlu untuk mencapai kejayaan dalam akademik.Contohnya, kegigihan dan kerajinan Hana telah membolehkan dirinya melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

vi. Sikap suka bertindak mengikut emosi harus dikikis kerana sikap itu hanya mendatangkan kerugian kepada diri sendiri.Contohnya, Kristal yang tidak dapat menerima hakikat cintanya ditolak oleh Kris telah membunuh diri dengan menelan pil tidur secara berlebihan.

9.0 GAYA BAHASA

i. DiksiBlond, perfect, apartment, longflume

ii. Similekerana iman yang menjadi bekalan Cuma senipis kulit bawang. ( ms 66 )

iii. PersonifikasiAngin sejuk bulan Februari mengelus lembut ( ms 69 )

iv. RetorisBukankah itu berdosa namanya?

v. MetaforaBenih kasih, musim persahabatan ( ms 73 )

vi. HiperbolaSalji yang memutih, cukup sejuk untuk membirukan tangan dan mengecutkan pembuluh darah.

vii. PantunCempaka biru di celah sengkuang, Sengkuang dicapai camar di awan;Diriku umpama dagang terbuang, Di rantau orang memburu kejayaan. ( ms 66 )

10

Page 11: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

SEBUTIR PASIR DI KAKI

1.0 SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan Fuad berasa sangat marah terhadap Datuk Sukar yang mengambil kesempatan sewaktu ketiadaannya dengan meminta ibunya menurunkan cap jarinya pada surat serah kuasa bagi memperoleh tanah yang seluas 0.8 hektar bagi tujuan membina kilang tekstil. Ibu Fuad menyangka bahawa Datuk Sukar telah berbincang dengan Fuad dan mendapat persetujuan Fuad terlebih dahulu. Lantar, Fuad bertekad untuk berjumpa dengan Datuk Sukar dan mengambil semula geran tanah dan membatalkan surat serah kuasa yang ditandatangani oleh ibunya kerana Fuad tidak rela tanah pusaka arwah ayahnya jatuh ke tangan Datuk Sukar. Walaupun dilarang oleh ibunya tetapi Fuad tetap berdegil dan terus ke rumah Datuk Sukar. Dalam perjalanan ke rumah Datuk Sukar, Fuad memikirkan hubungannya dengan Junainah, anak perempuan Datuk Sukar, malah Fuad sebenarnya bekerja dengan Datuk Sukar. Kedatangan Fuad telah disambut dengan mesra oleh Junainah. Kebetulan pada ketika itu, Datuk Sukar tiada di rumah kerana menghadiri majlis jamuan kerajaan di Dewan Negeri. Datin Sipah dan Junainah meminta Fuad menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku apabila mereka melihat Fuad dalam keadaan marah. Setelah didesak oleh Datin Sipah dan Junainah, Fuad menceritakan hal yang sebenarnya. Datin Sipah turut marah dengan tindakan Datuk Sukar manakala Junainah amat kecewa dengan tindakan ayahnya. Apabila Datuk Sukar pulang, suasana menjadi tegang. Fuad tetap berkeras mahu geran tanah ibunya dikembalikan. Datuk Sukar menerangkan akan tujuan tanah itu diambil adalah untuk melaksanakan projek usaha sama dengan tauke Ban Heng. Tambahan pula, dia menawarkan harga yang agak lumayan iaitu RM 280 ribu sebagai ganti rugi kepada Fuad. Namun segala tawaran Datuk Sukar ditolak oleh Fuad kerana dia tidak sanggup meninggalkan bandar tersebut. Tindakan tegas Fuad menyebabkan Datuk Sukar menjadi marah dan menganggap Fuad cuba menggagalkan projeknya dan melepaskan peluang untuk menjadi kaya raya. Kemarahan Datuk Fuad tidak dapat dibendung dan menuduh Fuad tidak mengenang budi dengan mengungkitkan-ungkit kebaikan dan keistimewaan yang diberikannya kepada Fuad. Bukan setakat itu, malah Fuad turut diberhentikan kerja dan memutuskan hubungan cinta antara Fuad dengan Junainah. Akhirnya, Datuk Sukar menyerahkan geran tanah tersebut lalu mengusir Fuad keluar dari rumahnya. Fuad tetap meninggalkan rumah Datuk Sukar walaupun dipujuk rayu oleh Junainah. Kemudian Datuk Sukar telah pengsan.

2.0 TEMA

Cerpen ini bertemakan PERJUANGAN mempertahankan hak milik, iaitu Fuad berjuang untuk mempertahankan tanah pusaka daripada diambil oleh orang-orang kaya yang mempunyai kepentingan diri untuk mendirikan kilang di tanah tersebut.

3.0 PERSOALAN

i. Persoalan tentang keberanian menegakkan kebenaranii. Persoalan tentang tanah milik orang Melayu semakin terhakis di kawasan Bandariii. Persoalan tentang maruah dan harga diriiv. Persoalan tentang perbezaan status dan taraf sosialv. Persoalan tentang kerakusan dan ketamakan

4.0 PLOT

Plot cerpen ini bersifat kronologi iaitu setiap peristiwanya dijalin mengikut urutan masa. Pada bahagian eksposisi, digambarkan Fuad berada dalam keadaan marah apabila mendapat tahu geran tanah ibunya diambil oleh Datuk Sukar ketika Fuad berada di Singapura. Fuad tidak dapat menerima tindakan Datuk Sukar yang dianggapnya cuba menipu emaknya yang tidak mengerti apa-apa tentang muslihatnya.

Pada peringkat perkembangan plot, Fuad mengambil keputusan untuk ke rumah Datuk Sukar pada malam itu, selepas solat magharib. Sebelum Fuad pergi, emaknya mengingatkan Fuad tentang Junainah, anak Datuk Sukar. Plot terus berkembang dengan konflik dalaman Fuad tentang hubungannya dengan Junainah sewaktu dalam perjalanan ke rumah Datuk Sukar. Kedatangan Fuad disambut mesra oleh Junainah. Kebetulan ketika itu, Datuk Sukar

11

Page 12: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

tiada di rumah kerana menghadiri majlis jamuan kerajaan negeri di Dewan Negeri. Setelah Datuk Sukar pulang, beliau menjelaskan sebuah syarikat Hong Kong ingin membina kilang tekstil di atas tanah pusaka Fuad. Mereka sanggup membayar sebanyak RM 280 ribu untuk membeli tanah yang seluas 0.8 hektar itu. Konflik wujud antara Fuad dengan Datuk Sukar, apabila Fuad berkeras tidak bersetuju untuk menjual tanah pusakanya.

Plot mencapai klimaks apabila Datuk Sukar yang berasa sangat marah telah mengembalikan geran tanah milik Fuad lalu menghalau Fuad keluar dari rumahnya walaupun dihalang oleh Junainah.

Pada bahagian peleraian plot, Fuad yang berjalan untuk pulang telah dipanggil semula oleh Junainah dan Datin Sipah supaya masuk ke dalam rumah kerana Datuk Sukar telah pengsan.

5.0 WATAK & PERWATAKAN

a) FUADSeorang pemuda yang berusia 27 tahunBerpendidikan SPM pangkat 3Anak bongsu daripada 2 beradikBertubuh tinggi jangkungBerkulit hitam manisTinggal bersama dengan ibunyaKekasih JunainahSeorang yang tegas dan keras hati buktinya Fuad segera pergi ke rumah Datuk Sukar

setelah mendapat tahu geran tanahnya telah diambil oleh Datuk Sukar.Seorang yang berani mempertahankan haknya sanggup berhadapan dengan Datuk SukarSeorang anak yang bertanggungjawab menjaga ibunya yang sudah tua.

b) DATUK SUKAR Seorang ahli perniagaan yang berusia 50 tahun. Mempunyai isteri yang bernama Datin Sipah. Mempunyai seorang anak gadis yang bernama Junainah. Seorang yang tamak dan tidak jujur buktinya dia cuba menipu ibu Fuad yang sudah tua dan

buta huruf. Seorang yang panas baran buktinya dia memarahi Fuad yang berkeras tidak mahu menjual

tanahnya.

c) JUNAINAH Seorang gadis yang berusia 21 tahun Anak gadis tunggal Datuk Sukar dan Datin Sipah Memiliki rambut panjang hingga ke pinggul, bermuka bulat, tinggi lampai, berkulit cerah dan

bermata jeli. Seorang guru lepasan maktab Kekasih Fuad Tidak mementingkan status dan kebendaan

6.0 LATARa. LATAR TEMPAT

Di rumah Fuad iaitu sewaktu Fuad marah-marah apabila diberitahu Datuk Sukar telah mengambil geran tanahnya.Di rumah Datuk Sukar iaitu sewaktu menunggu kepulangan Datuk Sukar untuk mendapatkan kembali geran tanahnya. Di luar rumah Datuk Sukar iaitu Fuad yang telah dihalau oleh Datuk Sukar hendak pulang ke rumahnya

b. LATAR MASAPada waktu siang, iaitu waktu senja sewaktu Fuad baru pulang.Pada waktu malam sewaktu Fuad menaiki beca untuk ke rumah Datuk Sukar

c. LATAR MASYARAKAT Masyarakat Melayu Masyarakat bandar yang kaya

12

Page 13: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

Masyarakat yang miskin Masyarakat yang tamak Masyarakat tua yang buta huruf Masyarakat yang tidak mementingkan darjat dan kedudukan

7.0 NILAI

i. Nilai keberanianContohnya, Fuad berani berhadapan dengan Datuk Sukar untuk mendapatkan kembali geran tanahnya.

ii. Nilai bertanggungjawabContohnya, Fuad berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan hak keluarganya daripada dirampas oleh orang lain.

iii. Nilai rasionalContohnya, tindakan Datuk Sukar yang ingin mendapatkan tanah Fuad tanpa berbincangkan Fuad dianggap tidak rasional.

iv. Nilai ketegasanContohnya, Fuad tegas mempertahankan pendiriannya yang tidak mahu menjual tanah pusakanya.

v. Nilai keikhlasanContohnya, Junainah ikhlas menjalinkan hubungan dengan Fuad walaupun mempunyai status sosial yang berbeza.

8.0 AMANAT DAN PENGAJARAN

i. Kita hendaklah berani mempertahankan hak kita.Contohnya, Fuad yang berani mempertahankan tanah pusaka keluarganya daripada jatuh ke tangan Datuk Sukar.

ii. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul.Contohnya, Fuad mendapatkan kembali geran tanah daripada Datuk Sukar.

iii. Kita hendaklah rasional dalam setiap tindakan yang dibuat.Contohnya, Datuk Sukar yang bertindak tidak rasional kerana cuba menipu ibu Fuad yang buta huruf.

iv. Kita hendaklah berpendirian tegas supaya tidak mudah dipengaruhi orang.Contohnya, Fuad yang berpendirian tegas tidak berganjak dengan keputusan yang tidak mahu menjual tanahnya walaupun ditawarkan dengan harga yang sangat lumayan.

v. Kita hendaklah ikhlas dalam setiap tindakan yang dibuat. Contohnya, Datuk Sukar yang bersikap baik terhadap Fuad rupa-rupanya mempunyai udang di sebalik batu.

13

Page 14: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

DI SISI RINDA

1.0 SINOPSISCerpen ini mengisahkan kehidupan dan suasana yang tidak aman pada zaman

pendudukan Jepun di tanah Melayu. Jumari Jipan iaitu seorang kelasi yang pernah bekerja dengan askar British, iaitu Kapten Dawson terpaksa mengharungi kehidupan yang perit bersama dengan Deliah, iaitu cucu Ripin sahabat karibnya. Deliah menjadi anak yatim piatu setelah ayah, ibu, kakak dan datuknya terkorban dalam ledakan bom Jepun. Jumari Jipan satu-satunya harapan Deliah kerana tiada lagi tempat berlindung. Deliah takut tinggal di rumah kerana seluruh keluarganya terkorban ketika mereka berada di rumah. Oleh sebab itu, Jumari Jipan terpaksa membawa Deliah ke tempat kerjanya walaupun tindakan tersebut sangat berbahaya.

Pada suatu hari Jumari Jipan, bersama Deliah dan Rinda tiba di sebuah bekas khemah tentera rejimen Melayu. Deliah memberitahu Jumari Jipan bahawa dia sering bermimpi tentang keris sakti kepunyaan Tuk Ripin. Di tapak kawasan perkhemahan itu, Jumari Jipan telah menemukan sebilah keris. Deliah berasa sangat gembira kerana menganggap itulah keris pusaka datuknya yang sering dimimpikannya. Penemuan keris itu membuat Jumari Jipan mengingat kembali cerita-cerita mitos yang dikaitkan dengan tempat tersebut. Keris itu dipercayai hanya akan muncul pada saat-saat kecemasan.

Sementara itu, tidak jauh dari tempat tersebut sekumpulan askar Jepun sedang mandi-manda. Salah seorang daripada askar Jepun tersebut sangat meminati kucing dan berusaha hendak mendapatkan seekor kucing bertina untuk kucing jantannya. Askar Jepun tersebut ternampak Rinda lalu mengejarnya. Jumari Jipan telah mengarahkan Deliah supaya berlari ke bot di jeti. Dalam suasana cemas dan kelam kabut itu, kedengaran bunyi tembakan. Salah seorang tentera Jepun telah tertembak rakannya sendiri. Jumari Jipan, Deliah dan Rinda selamat sampai ke jeti.. ketika melarikan diri keris yang tersisip di pinggang Jumari Jipan telah ghaib.

2.0 TEMATema cerpen ini adalah tentang penderitaan dan kesengsaraan hidup pada zaman pendudukan tentera Jepun.

3.0 PERSOALAN Persoalan tentang kemusnahan dan kehancuran akibat peperangan Persoalan tentang tanggungjawab dan sifat perikemanusiaan Persoalan tentang kepercayaan terhadap mitos Persoalan tentang kekejaman tentera Jepun Persoalan tentang kasih sayang antara manusia dengan haiwan

4.0 PLOT

Plot cerpen ini bermula dengan Jumari Jipan yang sedang duduk di dalam bot sedang memerhatikan burung yang bebas berterbangan. Jumari Jipan teringat akan kata-kata kaptennya bahawa manusia juga sepatutnya hidup bebas. Kemudian Jumari Jipan menemui Deliah di tepi jeti bersama kucingnya, Rinda.

5.0 WATAK & PERWATAKAN6.0 LATAR7.0 NILAI8.0 AMANAT DAN PENGAJARAN

14

Page 15: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

PUISI TRADISIONAL

1. PANTUN ENAM KERAT

ular tedung jangan dipermudah, bisanya dapat membawa maut, jika tak maut merana juga;berhujan berpanas aku tak endah, keris lembing aku tak takut, kehendak hati kuturut juga.

Maksudnya: Kecekalan hati seseorang untuk mencapai hasratnya, sanggup menghadapi apa juacabaran dan rintangan.

2. kuda liar berkeliling kota, kota terbuat dari kayu, tempat berkawal lasykar Feringgi;kami mendengar khabar berita, bunga kembang sudahpun layu, gugur ke bumi tak harum lagi.

Maksudnya: Menggambar nasib yang menimpa seseorang gadis yang pernah menjadi pujaan ramai

Tidak lagi dipedulikan setelah maruah dirinya tercemar.

3. Penakik pisau raut, Ambil galah sebatang lintabung, Seludang dijadikan nyiru;Setitik dijadikan laut, Sekepal dijadikan gunung,

Alam terbentang dijadikan guru.

Maksudnya: menghargai rezeki walaupun sedikit tetapi berkat berjimat cermat yang sedikit akan menjadi banyak. Manusia hendaklah mengambil iktibar daripada kejadian alam disekeliling kita .

4. Sultan Muda dari Lampung, Memikul cangkul dengan bajak, Singgah minum di lepau nasi;Sudah serkah tempat bergantung, Telah patah tempat berpijak, Ke mana hendak digapai lagi.

Maksudnya: Menggambarkan kehidupan seseorang yang menjadi tidak tentu arah setelah kehilangan

tempat bergantung hidup iaitu pemimpin atau ketua keluarga .

TEMA→ tentang kemanusiaan yang dikaitkan dengan kehidupan manusia yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

15

Page 16: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

PERSOALAN Persoalan tentang betapa pentingnya kecekalan dan ketabahan hati untuk menghadapi

cabaran dan dugaan bagi mencapai sesuatu matlamat atau cita-cita. Persoalan tentang amalan masyarakat yang suka menyebarkan khabar angin sehingga

menjejaskan nama baik seseorang. Persoalan tentang amalan berjimat cermat dengan menjadikan alam sebagai sumber

pengetahuan hidup. Persoalan tentang pertalian yang rapat antara pemimpin dengan anak buah.

BENTUK PANTUNi. Pantun ini terdiri daripada 4 rangkap.ii. Satu rangkap mempunyai 6 baris.iii. Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama iaitu antara 3 hingga 5 patah kata sebaris.iv. Bilangan suku kata dalam setiap baris tidak sama iaitu 8 hingga 11 suku kata.v. Rima akhir pantun ini adalah abcabc

GAYA BAHASAi. Responsi

Contohnya: sudah serkah tempat bergantung, Telah patah tempat berpijak,

ii. InversiContoh: sudah serkah tempat bergantung ( tempat bergantung sudah serkah)

Telah patah tempat berpijak [ tempat berpijak telah patah ]

iii. SinkofContoh: tak, ku

iv. PerlambanganContoh: bunga melambangkan gadis

Keris lembing melambangkan cabaran dan rintangan

v. Asonansi Contoh: bisanya dapat membawa maut ( pengulangan bunyi vocal a )

vi. AliterasiContoh: Memikul cangkul dengan bajak ( pengulangan bunyi konsonan k )

NILAIi. Nilai kegigihanii. Nilai keberanianiii. Nilai menghargai maruah diriiv. Nilai berjimat cermatv. Nilai berdikari

AMANAT & PENGAJARANi. Kita hendaklah gigih berusaha jika ingin berjaya mencapai apa-apa yang dihajati.ii. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dan dugaan jika ingin memperoleh kejayaan.iii. Kita hendaklah menghargai maruah diri supaya nama baik kita terjaga.iv. Kita hendaklah berjimat cermat kerana amalan ini dapat menjamin kehidupan yang lebih

sejahtera di kemudian hari.

16

Page 17: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

PANTUN LAPAN KERAT

1. Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa,

Tampak dari tanah seberang;Bersyukur aku kepada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa,

Harap pada kasihan orang.

Maksud: Sikap sentiasa bersyukur kepada Tuhan akan nasib yang menimpa dirinya, meskipun terpaksa hidup dalam kesusahan dan bergantung kepada belas kasihan orang.

2. Bagus rupa bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak,

Permainan raja perempuan;Cawan, cerek sudah teratur, Pinggan, mangkuk sudah terhidang, Penganan mulia sudah terletak,

Samalah duduk kita makan.

Maksud: Susun atur dan tatacara tentang adat makan dan minum dalam masyarakatterutamanya semasa menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah. Keadaan ini mencermin adab sopan yang terpuji.

3. Koret perigi di parit seberang, Tepi parit tumbuh mengkudu, Berselang dengan pohon puding,

Hidup subur kanan dan kiri;Tuan pergi dagang seorang, Tiada saudara tempat mengadu, Tiada saudara tempat berunding,

Pandai-pandailah membawa diri.

Maksud: Seseorang yang pergi merantau harus pandai membawa diri dan menyesuaikan diridengan adab resam negeri orang kerana tiada saudara mara yang dapat dijadikantempat mengadu mahupun untuk berunding.

TEMA→ tentang kemanusiaan iaitu berkaitan dengan kehidupan manusia.

PERSOALANi. Redha dan pasrah dengan ketentuan takdir.ii. Tatacara semasa menghindangkan makanan kepada tetamu.iii. Adab orang merantau ke tempat orang.

BENTUK PANTUNi. Pantun ini terdiri daripada 3 rangkap.ii. Setiap rangkap mempunyai 8 baris.iii. Bilangan kata untuk setiap baris tidak sama iaitu antara 3 hingga 5 patah kata.iv. Bilangan sukukata antara 8 hingga 11 sukukata.v. Rima akhirnya adalah abcdabcd

GAYA BAHASAi. Anafora

17

Page 18: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

Contoh: Tiada saudara tempat mengaduTiada saudara tempat berunding

ii. ResponsiContoh: Bagus rupanya bunga melur

Putih rupanya bunga pinang

iii. InversiContoh: Bersyukur aku kepada Tuhan

iv. ImejanContoh: merbah, punai, anak rusa, bunga melur

v. PersonifikasiContoh: Penganan mulia

vi. AsonansiContoh: Sarang merbah di celah dahan (pengulangan bunyi vokal a)

vii. AliterasiContoh: Berkejar-kejar anak rusa (pengulangan bunyi konsonan k )

NILAIi. Nilai kesyukuranii. Nilai berbudi bahasaiii. Nilai percaya kepada qadak dan qadariv. Nilai berdikariv. Nilai kepatuhanvi. Nilai cekalvii. Nilai berani

AMANAT & PENGAJARANi. Kita hendaklah bersyukur dan reda dengan nasib yang menimpa kita kerana setiap musibah

yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.ii. Kita hendaklah melayan tetamu yang berkunjung ke rumah kita dengan mesra agar hubungan

yang baik dapat dijalin.iii. Kita hendaklah pandai membawa diri dan bijak menyesuaikan diri dengan keadaan semasa

merantau di negeri orang.iv. Kita hendaklah patuh kepada nasihat terutamanya daripada ibu bapa demi kebaikan kita.v. Kita hendaklah berdikari supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain.vi. Kita hendaklah cekal dan berani semasa merantau agar dapat menghadapi cabaran dan

rintangan.

SYAIR JONG PECAH

18

Page 19: ANTOLOGI KERUSI.(NOTA)

19