folio komsas tingkatan dua ; novel pahlawan pasir salak & antologi seuntai kata untuk dirasa

150
Sekolah Seri Puteri Folio Komsas Tingkatan Dua Novel Pahlawan Pasir Salak dan Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa Nama: Putri Nur Aida Sofiea Binti Ritakamal Tingkatan: 2 Usaha Nama guru:

Upload: putri-aida-sofiea

Post on 27-Jul-2015

1.435 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

So, this is for all the people who had to do a folio komsas like my school. And, enjoy ! :D

TRANSCRIPT

Sekolah Seri PuteriFolio Komsas Tingkatan DuaNovel Pahlawan Pasir Salak dan Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa

Nama: Putri Nur Aida Sofiea Binti Ritakamal Tingkatan: 2 Usaha Nama guru:

NOVEL Pahlawan Pasir Salak

Latar Belakang Pengarang Mohd Ismail Sarbini dilahirkan di Kampung Bukit Kapar, Kapar, Selangor Darul Ehsan pada 5 Mei 1959. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, pekan Meru dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Tengku Idris Shah, Kapar. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Tengku Ampuan Rahimah Klang. Pada tahun 1979 1980, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak.

Setelah tamat pengajiannya di Perak, beliau bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad, Arau, Perlis (1981-1984) dan kemudian bertukar ke Sekolah Menengah Tengku Idris Shah, Kapar (1985 hingga Jun 1989). Mulai Julai 1989 hingga Mei 1991, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia kini Universiti Putra Malaysia (UPM) Malaysia Sebagai Bahasa Pertama. dalam bidang Pengajaran Bahasa

Selepas tamat pengajian di UPM, beliau bertugas sebagai seorang guru Bahasa Malaysia dan Kesusasteraan Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (MES) Telok Datok, Banting, Selangor.

Mohd Ismail Sarbini memberikan tumpuan yang lebih, dalam bidang penulisan novel kanak-kanak dan remaja. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 30 buah novel kanak-kanak dan remaja, dua buah antologi cerpen kanak-kanak (perseorangan), dua buah antologi cerpen dewasa dan tujuh puluh cerpen remaja dan kanak-kanak (bersama penulis-penulis lain). Beliau juga aktif dalam penulisan buku bimbingan Bahasa Malaysia dan Kesusasteraan Melayu.

Novel-novel yang telah beliau hasilkan ialah Budiku Budimu (1980), Pahlawan Pasir Salak (1981), Mendung Semalam (1982), Ita yang Kusayang (1985), Cinta Seorang

Guru (1986), Hato Yang Simpati (1987), Nur di Sudut Hati (1991), dan beberapa lagi. Antologi cerpen kanak-kanak ialah Hanyut Dibawa Arus (1994). Dua buah antologi cerpen dewasa ialah Puan, Inilah Permintaan (1997) dan Deraian Duka Ibu (1997).

Pelbagai peraduan pernah dimenanginya dalam bidang penulisan. Antaranya: 1. Hadiah pertama dalam Peraduan Mengarang Novel Sejarah DBP 1981 (Pahlawan Pasir Salak) 2. Hadiah kedua Sayembara Sastera Remaja Esso Gapena II 1982 (Mendung Semalam) 3. Hadiah utama (kategori cerpen remaja) Hadiah Sastera Utusan Public Bank 1988 (Jalidah Hidayati Nama Untukmu) 4. Hadiah sagu hati Sayembara Cerpen Esso Gapena X 1996 (Putih)

Sinopsis Bab Demi Bab Bab 1 Beringat Sebelum Kena Pada bulan Mac 1875, Deli melihat sebuah perahu meluncur ke pangkalan. Dua orang yang berada di dalam perahu itu menarik perhatian Deli; apatah lagi apabila salah seorang daripada mereka menjerit meminta tolong. Ternyata, mereka ialah Lamin dan ayah saudara Lamin, Pak Wan. Mereka memberitahu Deli bahawa mereka telah diserang olah anjing penjajah kerana enggan membayar cukai buah-buahan yang dibawa. Pak Wan telah dipukul dan cedera. Deli dan Lamin memimpin Pak Wan pulang. Apabila di rumah, Deli menceritakan hal tersebut kepada ayahnya. Ibu bapa Deli bersimpati atas kejadian tersebut. Pada malam itu, Akub datang ke rumah Deli untuk mengajaknya ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela memberi ucapan kepada hadirin tentang kesan Perjanjian Pangkor dan kutipan cukai ke atas penduduk. Datuk Maharaja Lela juga memberi semangat kepada penduduk kampung agar tidak membayar cukai kepada orang putih.

Bab 2 Senja Berapi Mamat tiba dari Bandar Bharu dan membawa berita mengenai orang putih akan datang ke Pasir Salak untuk membina pondok mengutip cukai.Esoknya, tiga buah perahu jalur tiba di pangkalan membawa orang Inggeris dan dua orang askar sipahi serta seorang pemuda Melayu. Mereka membina pondok berhampiran warung Pak Itam. Seputum ingin menyerang tetapi dihalang oleh Pak Itam. Pondok itu siap dibina pada waktu senja. Sebelum orang Inggeris dan juru bahasanya, Mat Arshad menemui orang kampung dan memberitahu tujuan pondok itu didirikan. Akhirnya, Datuk Maharaja Lela membakar pondok itu. Orang kampung bersemangat apabila melihat tindakan Datuk Maharaja Lela itu.

Bab 3 Suara dari Sungai Datuk Maharaja Lela menyuruh berwaspada setelah pondok orang putih dibakar. Baginya, orang putih akan membalas dendam. Datuk Maharaja Lela juga menasihati penduduk agar membuat lebih banyak pondok, mengetatkan kawalan dan mengawasi orang luar, terutama anjing orang putih. Deli, Lamin dan Akub bersumpah mahu menentang Inggeris. Pada pagi esoknya, Deli, Akub, Lamin dan Pak Wan membina sebuah pondok di pinggir Sungai Perak. Pak Wan teringat akan anaknya, Mat Nor, yang sudah meninggal dunia setahun lalu kerana dipatuk ular. Sebelum mereka ke tempat lain pula, mereka terdengar suara meminta tolong dari arah sungai.

Bab 4 Orang dari Luar Pak Wan, Deli, Akub dan Lamin pergi ke tebing sungai dan melihat seorang lelaki berpaut pada kayu tambatan perahu. Mereka menolong lelaki tersebut dengan mengangkatnya naik ke tebing. Lelaki itu ialah Lamsah yang berusia 25 tahun. Dia mendakwa bahawa dia dipukul kerana enggan membayar cukai. Datuk Maharaja Lela sampai di situ dan bersoal jawab dengan Lamsah. Datuk Maharaja Lela agak curiga kepada Lamsah. Lamsah kemudian meminta kebenaran daripada Datuk Maharaja Lela untuk tinggal sementara di Pasir Salak. Lamsah gembira kerana dibenarkan untuk tinggal di Pasir Salak buat sementara waktu. Akhirnya, Lamsah mengambil keputusan untuk terus tinggal di kampung itu kerana dia berasa gembira dengan keadaan hidup di kampung itu. Pada suatu hari, Lamsah bertanyakan Deli mengenai keadaan di rumah Datuk Maharaja Lela, sama ada terdapat pengawal atau tidak. Lamsah juga memuji keberanian Datuk Maharaja Lela yang membakar pondok yang dibina oleh orang Inggeris.

Bab 5 Peristiwa di Warung Tiga orang lelaki sampai di pangkalan Kampung Pasi Salak. Ketiga-tiga lelaki itu ialah wakil Residen Birch. Mereka meminta cukai daripada Deli, tetapi Deli enggan membayarnya. Terjadi pergaduhan antara Deli, Lamin dan ketiga-tiga lelaki tersebut. Ketiga-tiga lelaki itu berjaya ditangkap dan dibawa ke Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela memarahi ketiga-tiga lelaki tersebut kemudian membebaskan mereka. Datuk Maharaja Lela berpesan kepada ketiga-tiga lelaki itu supaya memberitahu Residen Birch bahawa penduduk Pasi Salak tidak akan membaya cukai. Datuk Maharaja Lela juga menyuruh penduduk Pasir Salak agar mengawal kampung dengan lebih ketat. Penduduk Pasir Salak berjanji akan mempertahankan Pasir Salak. Selepas itu, Pak Wan dan Deli berbual-bual sekejap. Tiba-tiba, mereka terdengar suara orang bercakap. Akhirnya, Lamsah muncul. Deli ingin tahu bersama siapa Lamsah bercakap ketika di sungai tetapi Lamsah menafikannya. Deli mula mencurigai Lamsah.

Bab 6 Api dalam Sekam Datuk Maharaja Lela memberi ucapan dan menyentuh soal Residen Birchyang menyuruh sultan menandatangani surat kebenaran bagi Inggeris mengutip cukai. Datuk Maharaja Lela menjelaskan bahawa lebih banyak kubu pertahanan akan dibina untuk menjaga keselamatan kampung. Pada pagi itu, Amat memberitahu bahawa ada sebuah pondok terbakar. Datuk Maharaja Lela mengesyaki Lamsah membakar pondok itu. Datuk Maharaja Lela terus menyuruh penduduk membina pondok baru. Berita mengenai kebakaran pondok itu tersebar luas dan penduduk Pasir Salak marah. Malam itu, Deli, Akub dan Lamin berjalan-jalan dan sampai berhampiran pondok dekat pangkalan. Mereka melihat dua orang di dalam perahu kemudian meninggalkan pangkalan.

Bab 7 Berita dari Bandar Bharu Apabila matahari hampir terbenam, Deli menutup wanrungnya. Sebaik sahaja keluar dari warung, Mamat, abang saudaranya berdiri di hadapannya. Mamat datang dari Bandar Bharu. Mamat membawa berita mengenai surat kenyataan mengutip cukaiyang sudah ditampal di Bandar Bharu. Esok atau lusa, Residen Birch akan datang ke Pasir Salak untuk menampal surat kenyataan itu. Pada malam itu, Datuk Maharaja Lela, Pak Itam dan beberapa orang pengawal meronda di sekitar Kampung Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela mengajak Pak Itam ke rumah Seputum. Mamat meramalkan peperangan akan berlaku jika Inggeris datang ke Pasir Salak.

Bab 8 Pasir Salam Berdarah Pada 1 November 1875, tiga buah perahu jalur dan sebuah rumah rakit berlabuh di tengah sungai bersetentang pangkalan. Pada waktu 2 November 1875, perahu-perahu dari rumah rakit menuju ke tebing. Askar-askar Sipahi mengiringi Lamsah dan Mat Arshad ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela diberitahu bahawa Residen Birch ingin menemuinya. Beliau diberitahu tujuan Residen Birch datang adalah untuk menampal surat kenyataan mengutip cukai. Datuk Maharaja Lela tetap enggan menurut kata Residen Birch. Atas arahan Residen Birch, Mat Arshad menampal surat kenyataan tersebut. Mat Arshad ditikam oleh Pandak Endut. Seputum pula telah membunuh Residen Birch. Datuk Maharaja Lela menyuruh penduduk Pasir Salak mengetatkan kawalan kerana penjajah akan membalas dendam.

Bab 9 Tiba Masanya Kubu pertahanan dibina di Bandar Tua untuk menahan serangan penjajah. Orang suruhan Inggeris dan askar Sipahi sedang mencari mayat Residen Birch. Pada malam itu, cuaca agak gelap. Kedatangan Mamat dengan membawa berita bahawa Inggeris akan menyerang Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela tidak takut akan serangan itu walaupun Inggeris akan dibantu oleg beberapa pihak. Datuk Maharaja Lela tetap mahu Kampung Pasir Salak dipertahankan walaupun senjata pihak musuh lebih moden.

Bab 10 Sumpah Pahlawan Pada 7 November 1975, pengikut-pengikut Datuk Maharaja Lela menunggu kedatangan Inggeris. Seputum, Deli, Lamin dan Akub memanjat pokok untuk meninjau keadaan. Penduduk Pasir Salak berpecah kepada dua kumpulan apabila Inggeris datang. Angkatan Inggeris tiba, termasuk Lamsah. Kedatangan tentera Inggeris diperhatikan oleh penduduk Pasir Salak dari atas bukit kecil. Pertempuran berlaku dan Lamsah tertikam lembing. Deli berjaya membunuh seorang askar Inggeris yeang mahu membunuh Datuk Maharaja Lela. Pasukan Pak Itam dan Pandak Endut yang mencapai kemenangan itu telah pulang dan berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela. Semuanya berjanji mahu mempertahankan Pasir Salak jika penjajah menyerang lagi.

Tema y Semangat perjuangan menentang penjajah Perjuangan yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan di Pasir Salak yang diwakili oleh Deli, Datuk Maharaja Lela, Seputum, Pak Itam dan lain-lain lagi ke atas Inggeris yang mahu menjajah Pasir Salak. Penduduk Pasir Salak yang enggan membayar cukai, membakar pondok mengutip cukai, melawan anjing penjajah dan beberapa jenis penentangan lagi merupakan ciri-ciri semangat perjuangan menentang Inggeris.

Persoalan y Semangat cinta akan tanah air Datuk Maharaja Lela, Deli, Seputum menentang penjajah dengan pelbagai cara. Penjajah gagal menguasai Pasir Salak kerana tindakan mereka itu.

y

Tekanan Penjajah Penjajah merampas hasil penduduk tempatan seperti yang berlaku ke atas Pak Wan. Penjajah turut menekan penduduk melalui pungutan cukai.

y

Berpaling tadah kepada tanah air Lamsah dan Mat Arshad memihak kepada Inggeris. Lamsah pada mulanya berbaik-baik dengan penduduk Pasir Salak tetapi akhirnya menganiaya penduduk Pasir Salak.

Watak dan Perwatakan y Datuk Maharaja Lela (Watak Utama) o Seorang yang mencintai tanah air

Pelbagai tindakan yang diambil memperlihat sikapnya yang cinta akan tanah air. o Berani Tindakannya nekad dan tidak menghirau bahaya. o Seorang yang berhati-hati Beliau bertindak mengikut pemikiran dan bukannya perasaan.

y

Deli (Watak Utama) o Berani Deli berani melawan musuh. o Mencintai tanah air Deli bertindak menghalang kemaraan musuh. o Rajin Deli rajin membantu ayahnya.

y

Pak Itam o Menghormati ketua Pak Itam patuh akan arahan Datuk Maharaja Lela. o Tegas Pak Itam tegas mendidik anak. o Mencintai tanah air Pak Itam berjuang dan bersemangat tinggi menentang penjajah.

y

Lamin o Mencintai tanah air Tindakannya dalam perjuangan menggambarkan cintanya terhadap tanah air. o Mempunyai semangat setia kawan Lamin langsung tidak berenggang dengan kawan-kawannya. o Berani Lamin menentang musuh dengan keberanian.

Plot y Permulaan Pengarang memperkenal watak Deli, Pak Itam, Lamin, Akub dan Datuk Maharaja Lela.

y

Perkembangan Bahagian ini menceritakan tentang ancaman Inggeris. Dijelaskan juga Deli, Akub dan Lamin bersemangat tinggi untuk menentang Inggeris.

y

Konflik Bahagian ini menampilkan kisah usaha-usaha Inggeris untuk menguasai Pasir Salak. Residen Birch juga dibunuh oleh Seputum.

y

Puncak Penduduk Pasir Salak membuat persiapan untuk menyerang Inggeris.

y

Peleraian Datuk Maharaja Lela menasihati penduduk Pasir Salak agar lebih berwaspada.

Teknik Plot Dialog Monolog Imbas kembali Imbas muka Monlog dalaman

Latar y Latar tempat y Latar masa Berlaku pada Mac 1875 hingga 7 November 1875. y Latar masyarakat Kategori masyarakat Golongan masyarakat Golongan pendatang Pekerjaan masyarakat Pelbagai bangsa Amalan bekerjasama Warung Pak Itam Rumah Datuk Maharaja Lela Sungai Rumah Pak Itam Kubu pertahanan Pondok kawalan

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Personifikasi Simile Contoh Cahaya bulan menolong mereka melihat lorong yang sedang dilalui Dia menghela nafas panjang-panjang seperti orang yang baru dikejar harimau. Inversi Metafora Simpulan bahasa Reputisi Matahari telah segalah tingginya. Api semangat bencikan penjajah semakin marak dalam jiwa mereka Mereka itu cepat buta mata, Akub Kamu bertiga orang Melayu, sebangsa denganku, sebangsa dengan mereka semua, kata Datuk Maharaja Lela. Perlambangan Anjing orang putih dan anjing penjajah melambangkan orang Melayu yang bekerjasama dengan pihak Inggeris.

Nilai y Keberanian Keberanian dalam melakukan sesuatu tugas yang agak mencabar.

y

Simpati atau belas kasihan Mengasihani orang yang bernasib malang.

y

Taat setia Taat setia orang bawahan terhadap ketua.

y

Kerjasama Adanya kerjasama di kalangan masyarakat.

y

Menghormati ketua Mendengar atau mengikuti nasihat orang yang lebih tua.

Pengajaran 1. Kita mestilah memiliki rasa cinta terhadap tanah air. 2. Kita mestilah mengamalkan sikap bekerjasama. 3. Kita hendaklah membantu orang yang susah atau menghadapi masalah. 4. Kita mestilah mempunyai semangat yang tinggi ketika berjuang. 5. Kita mestilah menghormati pemimpin. 6. Kita mestilah bersabar mengahadapi dugaan.

ANTOLOGI Seuntai Kata Untuk Dirasa

P U I S I

T R A D I

S I O N A L1.0 Pantun Perpisahan Maksud Rangkap 1: Hari ini kita bertemu, berkumpul dan bersama-sama tetapi kita terpaksa berpisah pada esok hari. Rangkap 2: Hasrat atau harapan agar dapat berjumpa lagi pada suatu masa nanti. Rangkap 3: Pemergian sesorang tanpa khabar berita sehingga menimbulkan tanda tanya. Rangkap 4: Perpisahan yang berlaku secara baik lambat laun akan bertemu semula. Rangkap 5: Merelakan pemergian seseorang dengan pesanan supaya pandai menjaga diri ketika di perantauan. Rangkap 6: Kesedihan yang dialami oleh seseorang kerana teringatkan kampung halaman. Rangkap 7: Harapan agar kita dapat bertemu lagi seandainya dipanjangkan umur. Tema y Perpisahan Perpisahan membawa pelbagai kesan pada diri orang yang pergi dan orang yang ditinggalkan. Rasa rindu, sedih, kasih dan harapan sering kali dialami ketika berpisah. Pelbagai nasihat diberikan kepada orang yang akan pergi merantau agar selamat dan pandai-pandai membawa diri.

Persoalan y Perasaan kasih sayang terhadap manusia dan tanah air Perasaan kasih sayang tidak sahaja kepada manusia sahaja, tetapi juga kepada kampung halaman dan tanah air. Kasih sayang sejati akan terus kekal bersemi dan tidak akan luput ditelan waktu dan zaman. Contoh: Bercerai kasih bertalak tidak, seribu tahun kembali juga. (Rangkap 4, Baris 3-4)

y

Nasihat kepada perantau supaya menjaga diri di tempat orang. Persoalan ini amat rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisional yang melahirkan puisi ini. Masyarakat Melayu suka merantau untuk mencari untung di tempat orang. Contoh: Pandai-pandai menjaga diri. (Rangkap 5, Baris 4)

y

Ketabahan dalam menghadapi dugaan di rantau orang Kehidupan perlu dihadapi dengan hati yang tabah dan cekal oleh keduadua pihak sama ada yang meninggalkan mahupun yang akan ditingglkan. Contoh: Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal tepian tempat mandian. (Rangkap 6, Baris 3-4)

Bentuk y Terikat o Pantun empat kerat o Mengandungi 7 rangkap o Setiap rangkap mengandungi 4 baris o Bilangan kata: 1 baris mengandungi 4 perkataan o Bilangan suku kata: 9 hingga 11 o Rima akhir : abab

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Anafora Contoh Hari ini menugal jagung, Hari esok menugal jelai; Responsi Bintang Barat terbit petang, Bintang Timur terbit pagi; Repitisi Inversi Hiperbola Unsur bunyi y Asonansi a Bercerai kasih bertalak tidak i Tinggal tepian tempat mandi e Hari esok menugal jelai Aliterasi n Hari mana bulan yang mana t Dapat kita bertemu lagi g Hilang ghaib kusangka mati Nilai y Kasih sayang Kasih sayang membuatkan kita berasa sedih apabila menghadapi saat-saat perpisahan. Tinggal kampung tinggal halaman Hari esok kita bercerai Seribu tahun kembali juga

y

y

Kesetiaan Kesetiaan kepada seseorang membuatkan kita sanggup menunggu kepulangannya walaupun sudah lama terpisah.

y

Patriotik Cinta akan kampung halaman membuatkan kita sentiasa merindui tempat kelahiran kita.

y

Kerjasama Kehidupan dalam masyarakat amat berkait rapat dengan kerjasama dan saling membantu.

Pengajaran 1. Kita hendaklah menghargai persahabatan. 2. Kita hendaklah pandai menjaga diri ketika di tempat orang. 3. Kita hendaklah cinta akan kampung halaman.

2.0 Pantun Joget Pahang Maksud Rangkap 1: Sambutan masyarakat tempatan terhadap tetamu yang datang. Mereka berharap agar tetamu tidak mengeji atau menghina sebarang kekurangan layanan terhadap mereka. Rangkap 2: Niat baik untuk membuat jasa kepada bangsa dan negara semoga dimakbulkan oleh Tuhan. Rangkap 3: Sebagai perantau, mereka mengharapkan masyarakat tempatan dapat menerima kedatangan mereka dengan baik serta belas kasihan terhadap mereka.

Tema y Perasaan gembira menerima kedatangan tetamu. Penduduk tempatan melahirkan rasa gembira dengan kedatangan tetamu. Mereka mengharapkan layanan yang diberi dapat memuaskan hati para tetamu.

Persoalan y Menerima tetamu dengan gembira Tetamu yang datang hendaklah dimuliakan dan disambut dengan rasa gembira. Contoh: Kami mengucap selamat datang, Apa yang kurang dikeji jangan. (Rangkap 1, Baris 3-4)

y

Niat yang baik untuk berbuat jasa Sebagai anak rantau, seseorang itu hendaklah mempunyai niat yang ikhlas dan baik untuk membuat jasa. Semoga segala yang diharapkan akan diperkenankan Tuhan. Contoh: Niat di hati nak buat jasa, Mudah-mudahan Tuhan kabulkan. (Rangkap 2, Baris 3-4)

y

Adab orang merantau Sebagai orang yang merantau, kita hendaklah merendah diri dan bersopan santun agar diterima baik oleh masyarakat setempat. Contoh: Kami ini daganglah merantau, Mengharap belas orang di sini. (Rangkap 3, Baris 3-4)

Bentuk y Terikat o Pantun empat kerat o Mengandungi 3 rangkap o Setiap rangkap mengandungi 4 baris o Bilangan kata: 1 baris mengandungi 4 perkataan o Bilangan suku kata: 9 hingga 11

o Rima akhir: abab

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Inversi Kata Ganda Contoh Apa yang kurang dikeji jangan Kaya dengan tumbuh-tumbuhan Dalam majlis tari-menari Sinkof Niat di hati nak buat jasa,

Unsur Bunyi y Asonansi a Dari Melaka pergi ke Pahang i Singgah di Johor beli barangan e Negeri Pahang aman sentosa u Mudah-mudahan Tuhan kabulkan

y

Aliterasi m Kami mengucap selamat datang n Apa yang kurang dikeji jangan k Pukullah gendang kulit kerbau h Mudah-mudahan Tuhan kabulkan

Nilai y Hormat-menghormati Kita perlu menghormati tetamu yang datang untuk menjalin ikatan persaudaraan antara sesama manusia.

y

Menghargai

Setiap layanan yang diterima mestilah dihargai, janganlah mencari kelemahan orang lain sebaliknya berterima kasih atas segala pemberian orang terhadap kita.

y

Merendah diri Merendah diri daripada bersikap angkuh, sombong dan bangga diri. Sikap merendah diri akan menyebabkan kita mudah diterima oleh orang lain.

y

Kejujuran Segala perbuatan yang dilakukan dengan niat ikhlas dan jujur akan diberkati Tuhan.

Pengajaran 1. Kita hendaklah menghormati tetamu. 2. Jangan sesekali mengeji kelemahan orang lain. 3. Kita hendaklah sentiasa berniat baik.

3.0 Pantun Teka-Teki Maksud Rangkap 1: Menguji tentang apakah binatang yang mengejar tiada berkaki manakala yang dikejar tiada berekor. Rangkap 2: Soalah tentang makanan yang dimasak dalam batang buluh. Rangkap 3: Bertanya tentang benda yang dapat berjalan apabila diikat dan berhenti apabila ikatannya dibuka. Rangkap 4: Soalan berkaitan dengan benda yang mempunyai ramai anak dan satu ibu, apabila digoreskan ia akan menyala. Rangkap 5: Soalan tentang apakah benda yang naik apabila hujan diturun. Tema y Menduga kecerdasan akal fikiran tentang benda-benda yang ada di sekeliling kita.

Banyak benda-benda di sekeliling kita yang boleh dijadikan alat untuk berfikir. Melalui teka-teki, kita dapat meransang otak untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan yang dikemukakan.

Persoalan y Kemampuan seseorang untuk berfikir secara rasional Kemahiran berfikir amat diperlukan untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan kepada kita.

y

Kepentingan alam sekeliling kepada manusia Benda-benda di sekeliling kita boleh dijadikan bahan untuk meransang minda kita untuk berfikir.

y

Sesuatu soalan itu pasti ada jawapannya Soalan yang baik, tentu mempunyai jawapan yang boleh difikirkan oleh mereka yang bijaksana.

Bentuk y Terikat o Pantun empat kerat o Mengandungi 5 rangkap o Setiap rangkap mengandungi 4 baris o Bilangan kata: 1 baris mengandungi 4 perkataan o Bilangan suku kata: 9 hingga 11 o Rima akhir: abab

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Anafora Contoh Bila diikat ia berjalan Bila dibuka ia berhenti Kata Ganda Turun-temurun

Malam-malam Metafora Mulut manis

Unsur Bunyi y Asonansi a Ikan selar dalam kuali i Bila diikat ia berjalan e Bila bergesel berapi-api u Itulah amalan turun-temurun

y

Aliterasi l Ikan selar dalam kuali b Bila dibuka ia berhenti n Tanam pisang sulung tahun k Tarik pukat dari pangkalan

Nilai y Kebijaksanaan Sesuatu permasalahan yang dihadapi hendaklah difikirkan dengan bijak untuk mencari jawapan yang tepat dan betul.

y

Rasional Rasional merujuk kepada kebolehan membuat pertimbangan sebelum memberikan keputusan terhadap sesuatu perkara.

Pengajaran 1. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah. 2. Kita hendaklah berfikiran rasional.

3. Kita hendaklah menjaga kesopanan dan kesusilaan.

4.0 Syair Pesanan Ibu Maksud Syair ini mengungkapkan beberapa pesanan seorang ibu kepada anak yang dikasihi. Pesanan pertama ialah, supaya si anak belajar bersungguh-sungguh. Dengan ilmu, kehidupan manusia akan menjadi lebih bermakna dan berjaya. Ibu juga mengingatkan anaknya tentang kelebihan ilmu. Seterusnya, ibu menasihati anaknya supaya menjaga diri kerana usia remaja amat berharga. Jangan melakukan sesuatu yang tidak bermoral kerana menyesal sudah tidak berguna. Ibu juga berpesan agar si anak dapat menghadapi segala masalah dalam kehidupan dengan hati yang tabah dan sabar. Jangan sesekali mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan mengambil dadah. Pesanan lain ialah jangan membuang masa kerana masa yang pergi tidak akan kembali. Ibu juga memberi nasihat supaya si anak berhati-hati menempuh cabaran dalam hidup. Akhirnya, ibu mengingatkan supaya menjaga dan mencintai tanah air agar tidak terlepas ke tangan orang lain. Jika negara dijajah, kehidupan rakyat akan menderita.

Tema y Nasihat berguna daripada seorang ibu kepada anaknya

Sebagai seorang ibu, pesanan-pesanan yang diberikan kepada anak adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi panduan yang berguna.

Persoalan y Kepentingan ilmu pengetahuan dalam hidup Orang yang berilmu akan berjaya dalam kehidupan. Orang yang mendapat pendidikan yang secukupnya akan dapat menempuhi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Contoh: Lengkapkan diri dengan pelajaran, Hanyalah itu jadi bekalan, Untuk hidup di masa depan. (Rangkap 1, Baris 2-4)

y

Kelebihan orang yang berilmu Orang yang berilmu akan dipandang mulia. Contoh: Ilmu itu pelindung diri, Seperti kebun berpagar duri, Seperti sinar intan baiduri, Itulah tanda orang jauhari. (Rangkap 2)

y

Dugaan dan cabaran semasa remaja Usia remaja banyak cabaran dan dugaannya. Oleh itu, remaja harus tabah dan jangan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikannya. Contoh: Hidupmu kini di masa remaja, Bagaikan permata amat berharga, Jangan jatu ke lembah hina, Nanti menyesal tidak berguna. (Rangkap 3)

Bentuk y Terikat o Empat baris dalam satu rangkap o Setiap baris merupakan maksud dan mempunyai kesatuan makna o Rima akhir: aaaa o Mengandungi antara 4 hingga 5 patah perkataan dalam satu baris o Mengandungi 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Simile Contoh Seperti sinar intan baiduri Bagaikan permata amat berharga Anafora Jangan mengambil jalan mudah Jangan sekali mencuba dadah Sinkof Sesal tak sudah Anakku sayang Inversi Di hari tua sesal mendatang

Unsur Bunyi y Asonansi a Ingatlah wahai anakku sayang i Ilmu itu pelindung diri e Seperti kebun berpagar duri u Untuk hidup di masa depan

y

Aliterasi m Hidupmu kini di masa remaja g Mengingatkan waktu yang telah hilang n Nanti menyesal tidak berguna k Sedangkan kita miskin terbuang

Nilai y Kegigihan Setiap orang perlu gigih dan tekun dalam menuntut ilmu.

y

Menghargai masa

Usia muda perlu digunakan sebaik mungkin. Masa yang lepas tidak akan kembali. Oleh itu, kita perlu menghargai masa.

y

Patriotik Menyayangi harta pusaka termasuk tanah air tercinta dapat menjamin kebahagiaan bangsa.

Pengajaran 1. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu. 2. Remaja janganlah membuang masa. 3. Kita perlu sabar dan tabah menempuh pelbagai dugaan hidup. 4. Kita perlu memelihara dan mempertahankan tanah pusaka tinggalan nenek moyang. 5.0 Syair Nur Alam Syah Lela Putera Maksud Syair ini menceritakan sebuah negeri bernama Jenaka Asyik yang diperintah oleh Raja Diladal Bahri. Negeri ini amat masyhur kerana keindahan serta sistem pentadbirannya yang baik. Selain itu, negeri Jenaka Asyik merupakan sebuah pusat perdagangan yang terkenal di samping mempunyai bala tentera yang ramai. Sultannya adil dan disayangi oleh rakyat. Malangnya, baginda tidak mempunyai anak. Baginda telah mengarahkan seluruh rakyat berdoa semoga dikurniakan cahaya mata. Dengan kekuasaan Tuhan, akhirnya permaisuri telah mengandung. Permaisuri selamat melahirkan seorang putera yang dinamakan Nur Alam Syah Lela Putera.

Tema y Keagungan serta kebesaran sesebuah negara kota yang diperintah oleh seorang raja yang adil, pemurah dan bijaksana Sesebuah kerajaan yang masyhur, aman dan sejahtera adalah disebabkan oleh raja atau pemerintah yang baik, adil dan bijaksana.

Persoalan

y

Kesetiaan rakyat terhadap pemerintah yang adil Rakyat menyayangi pemerintah yang dapat memberikan kesenangan, keamanan dan kebahagiaan kepada mereka. Contoh: Adapun Sultan Diladal Bahri, Sangatlah pandai memerintah negeri, Dikasihi sekalian hulubalang menteri, Apatah lagi dagang senteri. (Rangkap 8)

y

Kekuatan sesebuah negara berteraskan sistem perdagangan Negara mampu menjadi maju, aman dan makmurjika perdagangan dijalankan dengan sistematik. Hal ini dibantu dengan sistem pertahanan yang mantap serta pemerintah yang berwibawa. Contoh: Sangat termasyhur nama negeri, Banyaklah masuk dagang senteri, Mahligai indah tiada terperi, Bertatahkan emas bersalut pudi. (Rangkap 6)

y

Kelahiran seorang putera raja Pada zaman dahulu, kelahiran anak raja digambarkan sebagai terlalu istimewa sehingga alam turut mengalu-alukan kelahiran tersebut seperti matahari suram dan guruh berbunyi. Contoh: Dengan seketika nampaklah kelam, Matahari di langit cahaya suram, Guruh berbunyi menderm-deram, Berputeralah konon peri Syah Alam. (Rangkap 14)

Bentuk y Terikat

o Empat baris dalam satu rangkap o Setiap baris merupakan maksud dan mempunyai ksatuan makna o Rima akhir: aaaa o Mengandungi antara 4 hingga 5 patah perkataan dalam satu baris o Mengandungi 9 hingga 11 suku kata dalam satu baris

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Epifora Contoh Diladal Bahri nama rajanya Sakti pendekar lagi beraninya Responsi Kepada baginda lalu diberikan Disambut baginda dengan kesukaan Hiperbola Bahasa Klasik Bahasa Istana Bahasa Arab Inversi Mahligai indah tiada terperi bertatahkan emas bersalut pudi Seturi, pudi, terperi, biti bahari Beta, Baginda, Putera, gering, anakanda Fakir, khilaf, wallah, asyik Banyaklah masuk dagang senteri Berputeralah konon peri Syah Alam

Unsur Bunyi y Asonansi a kepada pembaca saudara beta i kerana melainkan hati sendiri

u Cukuplah bulan selamat sempurna e Beberapa rakyat menteri perdana

y

Aliterasi k Sekalian rakyat semua dikerahkan s Tersangat suka sultan yang bahari t Mana-mana terkhilaf tutur dan kata n Sangatlah pandai memerintah negeri

Nilai y Keadilan Seseorang pemimpin atau pemerintah yang adil akan disenangi oleh rakyat. y Murah hati Raja Diladal Bahri bersifat murah hati sehinggakan rakyat yang miskin menjadi kaya kerana bantuan baginda.

y

Kebijaksanaan Raja Diladal Bahri seorang pemerintah yang bijak mentadbir negeri. Oleh itu, negeri baginda aman dan makmur.

Pengajaran 1. Pemimpin perlulah bersikap adil. 2. Kita perlu bekerjasama untuk memajukan negara. 3. Amalan bersedekah hendaklah dilakukan dengan ikhlas.

6.0 Syair Mungkir Janji Maksud Penyair meluahkan rasa kecewa terhadap sahabatnya yang telah memugkiri janji. Mereka pernah berikrar untuk sama-sama mengharungi susah dan senang dalam kehidupan. Janji tersebut telah dikhianati apabila mereka benar-benar melalui cabaran

dan dugaan. Penyair melahirkan rasa terkilannya dan menganggap temannya lemah, tidak berpendirian serta mudah menyerah. Akhirnya, penyair merelakan perpisahan mereka demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Perpisahan diharapkan akan dapat menghilangkan segala resah dan gelisah penyair sebelum ini.

Tema y Perasaan kecewa seseorang terhadap sikap buruk sahabat yang memungkiri janji Janji merupakan suatu amanah yang mesti dipelihara. Banyak keburukan yang akan timbul akibat daripada seseorang yang mungkir janji.

Persoalan y Berhati-hati memilih kawan Manusia memerlukan kawan. Oleh itu, berhati-hatilah memilih kawan. Jika kita tersilap memilih kawan akhirnya kita yang akan kecewa.

y

Masa dan persekitaran boleh mengubah sikap manusia Ada kalanya manusia akan berubah dengan perjalanan masa. Hari ini kita bersahabat, mungkin suatu hari nanti kita akan bermusuhan.

y

Menerima perpisahan dengan hati terbuka Andainya janji yang dimeterai sudah dimungkiri kita mesti tenang dan menerima apa yang berlaku dengan tabah.

Bentuk y Terikat o Empat baris dalam satu rangkap o Setiap baris merupakan maksud dan mempunyai kesatuan makna o Rima akhir: aaaa

o Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris o Mengandungi 9 hingga 11 suku kata dalam satu baris

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Simile Contoh Umpama lebah membuang sengat Umpama sungai tiada berhalangan Peribahasa Inversi Hiperbola Daripada hidup berputih mata Tidakkah ingat tuan berkata Biarlah tulang tercampak ke kota

Unsur Bunyi y Asonansi a Umpama sungai tiada berhalangan e Mengaku bersama menyinsing lengan i Daripada hidup berputih mata u Kalau begitu aku berpesan

y

Aliterasi t Tidakkah ingat tuan berkata p Daripada hidup berputih mata n Lekas benar tuan merengat s Hilang segala resah dan resan

Nilai y Kesetiaan Dalam persahabatan, sikap setia perlu diamalkan supaya persahabatan berkekalan.

y

Ketabahan Hidup ini banyak dugaan dan cabaran. Oleh itu, kita perlu tabah dan sabar menempuhnya.

y

Pemaaf Kekecewaan yang dialami jangan menjadi sebab untuk kita bermusuhan. Memaafkan kesalahan orang lain akn membuatkan kita tenang.

Pengajaran 1. Kita hendaklah menjaga ikatan persahabatan. 2. Kita hendaklah menunaikan janji. 3. Kita janganlah mementingkan diri sendiri. 4. Kita hendaklah berhati-hati memilih kawan.

S A J A

K

1.0 Mata Ayah Maksud Sajak karya Usman Awang ini menggambarkan pernderitaan hidup seseorang ayah yang cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan anaknya. Anak yang baru pulang ke kampung disambut dengan penuh mesra dan kasih sayang. Penyair merasa sayu melihatkan perubahan yang berlaku pada ayahnya. Kelihatan ayah semakin tua, tetapi tetap tersenyum dan tenang kerana penderitaan hidup yang dilalui sudah sebati dengan dirinya.

Tema y Pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah terhadap anak Seorang ayah sanggup berkorban untuk membesarkan anaknya. Segala suka-duka dalam kehidupan sudah menjadi sebati bagi seorang ayah. Bagaimanapun, kesengsaraan hidup tidak dipamerkan kepada anaknya.

Persoalan y Kasih sayang dalam keluarga

Walaupun kasih sayang itu tidak ditunjukkan secara nyata, tetapi jelas tergambar pada raut wajah seorang ayah. Contoh:mataku tersenyum, matanya merapa anak yang pulang disambut mesra. (Rangkap 1, Baris 3-4)

y

Kegigihan seorang ayah membesarkan anak Seorang ayah sanggup berusaha mencari rezeki untuk memastikan anakanak mendapat pendidikan yang sempurna. Contoh: kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram(Rangkap 2, Baris 2-3)

y

Ketaatan terhadap Tuhan Sebagai manusia yang beriman adalah menjadi kewajipan kita untuk mentaati perintah Allah s.w.t. Contoh: meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk (Rangkap 4, Baris 3)

Bentuk y Bebas (tidak mengikut ciri-ciri puisi klasik) o Bentuk kuatren, iaitu empat baris dalam satu rangkap o Mengandungi antara 4 hingga 7 perkataan dalam satu baris o Rima akhir: Rangkap 1: abbb Rangkap 2: abca Rangkap 3: abcd Rangkap 4: abcb o Mengandungi 8 hingga 22 suku kata

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Personifikasi Mataku tersenyum Matanya menyapa Metafora Kolam-kolam derita Pudar bulan pagi Sinkof Inversi Simile Repitisi tak, padaku

Contoh

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang Tapi matanya, mata yang menatapku

Unsur Bunyi y Asonansi a bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang u putih lesu melingkungi hitam-suram i dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia e meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk

y

Aliterasi y mataku tersenyum, matanya menyapa t Tapi matanya, mata yang menatapku m mataku tersenyum, matanya menyapa n memintaku pulang menikmati beras baru

Nada y Romantik Penyajak melahirkan rasa rindu dan kasih terhadap ayah yang telah berkorban untuk membesarkannya.

Nilai y Kasih sayang Kasih sayang antara anak dan ayah akan mengeratkan silaturrahim.

y

Kesyukuran Ayah tetap bersyukur dengan apa jua kurniaan Tuhan terhadapnya. Walaupun hidup ayah susah, ayah menerimanya dengan redha.

y

Bertanggungjawab Anak yang bertanggungjawab perlu menginsafi akan susah payah seorang ayah mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.

Pengajaran 1. Kita hendaklah menghargai pengorbanan ibu bapa. 2. Kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Tuhan. 3. Kita hendaklah menziarahi ibu bapa di kampung.

2.0 Seuntai Kata Untuk Dirasa Maksud Penyajak menyarankan agar kita melaksanakan segala cita-cita dengan penuh azam dan semangat. Jika mahu mencapai apa yang dihajati kita tidak sepatutnya hanya berharap dan berangan-angan sahaja. Seterusya, penyajak mengingatkan kita supaya mengikut falsafah ubi diam berisi. Ini bermaksud, sesuatu yang dilakukan hendaklah dibuat tanpa mengheboh-hebohkan kepada orang lain. Akhirnya, penyajak menyeru agar kita menghentikan segala perbalahan. Apa yang penting sekarang ialah kita perlu bersatu mengumpul tenaga serta menyusun strategi untuk mencapai matlamat kita.

Tema y Perjuangan untuk mencapai cita-cita dengan azam dan semangat yang membara

Sesuatu kejayaan tidak datang tanpa sebarang usaha yang gigih. Kejayaan memerlukan perjuangan, semangat kental dan usaha yang bersungguhsungguh.

Persoalan y Cita-cita perlu disertai dengan usaha Untuk mencapai cita-cita, kita perlu memastikan segala usaha telah dibuat. Jika hanya bercita-cita tanpa usaha, segalanya hanya tinggal impian. Contoh: Sekarang singkirkan semua bicara, sekarang kumpulkan tenaga raksasa (Rangkap 3, Baris 1-2)

y

Pentingnya kerjasama dalam mengatur strategi Kejayaan akan lebih bermakna jika adanya sikap kerjasama antara ahli masyarakat. Contoh: serentak mara bersama. (Rangkap 3, Baris 4)

y

Sikap dan resmi manusia Ada di kalangan manusia yang bersikap suka menunjuk-nunjukkan kehebatan diri walaupun kejayaan yang dicapai tidak sehebat mana. Contoh: Ayam bertelur sekampung tahu (Rangkap 2, Baris 1)

Bentuk y Bebas (tidak mengikut sepenuhnya ciri-ciri puisi klasik) o Bentuk kuatren, iaitu empat baris dalam satu rangkap o Setiap baris mengandungi 4 perkataan o Rima akhir: Rangkap 1: aaaa (bentuk syair) Rangkap 2: aabb Rangkap 3: aaba

o Mengandungi 9 hingga 11 suku kata dalam satu baris

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Anafora Contoh Sekarang singkirkan semua bicara Sekarang kumpulkan tenaga raksasa Responsi Panas usah membakar dada Suara usah menggegar sahaja Inversi Peribahasa Serentak mara kita bersama Ubi diam berisi

Unsur Bunyi y Asonansi a Panas usah membakar dada i Falsafah ubi diam berisi e Mengapa mesti kita begitu? u Ayam bertelur sekampung tahu

y

Aliterasi k Sekarang kumpulkan tenaga raksasa s Sekarang singkirkan semua bicara r Serentak mara kita bersama b Tiba saat berbunga merah

Nada y Patriotik

Penyajak menyeru anak-anak muda agar bangkit menentang musuh yang mahu menghancurkan negara. Bagi penyajak, adalah tidak berguna jika sebagai warganegara hanya berdiam diri tanpa berusaha ke arah itu.

Nilai y Kesungguhan Untuk mencapai sesuatu matlamat perlu ada kesungguhan.

y

Kebijaksanaan Merancang dengan bijak serta menentukan strategi yang berkesan dapat menjamin segala usaha kita akan berhasil.

y

Kerjasama Ada ketikanya kita seseorang tidak mampu untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Justeru itu, bantuan dan kerjasama orang lain diperlukan untuk menghasilkan kejayaan.

Pengajaran 1. Kita tidak harus berangan-angan tanpa usaha. 2. Ikutlah resmi ubi diam tapi berisi. 3. Kita mesti bersatu untuk mencapai kejayaan.

3.0 Bicara Buat Guru Maksud Penyajak melahirkan kekagumannya terhadap guru yang berjuang dalam dunia pendidikan. Penyajak sendiri ingin mencontohi jejak langkah gurunya yang sentiasa mengasih anak muridnya dengan ikhlas dan jujur. Melalui rangkap ketiga, penyajak masih meluahkan keinginannya untuk berjuang bersama-sama gurunya melahirkan anak-anak bangsa yang berjiwa besar dan mempunyai jati diri. Rangkap keempat mengungkapkan kemuliaan menjadi seorang guru. Tugas guru adalah paling mulia di sisi masyarakat. Guru mengasuh anak bangsa supaya menjadi warganegara yang dapat berkhidmat kepada negaranya.

Akhirnya, penyajak melahirkan kerinduan pada gurunya. Anak-anak didik akan sentiasa menghormati guru walaupun sudah lama meninggalkan akan persekolahan. Anak didik juga sentiasa berasa bangga apabila dapat berjabat tangan dan bertegur sapa.

Tema y Pengorbanan guru dan penghargaan daripada pelajar Pelajar yang baik tetap akan mengenang jasa guru walaupun mereka telah berjaya dalam kehidupan.

Persoalan y Kemuliaan profesion perguruan Walaupun tidak dilimpahi dengan kemewahan, tetapi kerjaya sebagai guru tetap mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Contoh: Ingin sekali aku berada di takhta muliamu (Rangkap 4, Baris 2-3)

y

Hubungan akrab antara guru dan murid Seseorang guru yang bertimbang rasa, memahami murid, jujur dan ikhlas dalam mendidik akan dikenang oleh anak muridnya walaupun telah lama meninggalkan persekolahan. Contoh: berjabat erat, bersapa mesra (Rangkap 5, Baris 5)

y

Penghormatan terhadap guru Guru akan dihormati dan disanjung seumur hidup kerana jasa mereka tetap menjadi ingatan anak didiknya. Contoh: Ingin sekali aku berdiri tegak di persadamu mengenal setitik budi (Rangkap 1, Baris 1-3)

Bentuk y Bebas (tidak mengikut sepenuhnya ciri-ciri puisi klasik) o Terdiri daripada 5 rangkap

o Rangkap 1 dan 2 mengandungi 4 baris o Rangkap 3 dan 4 mengandungi 5 baris o Rangkap 5 mengandungi 6 baris o Mengandungi 3 hingga 6 perkataan dalam satu baris o Mengandungi 5 hingga 15 suku kata dalam satu baris o Rima akhir: Rangkap 1: aabc Rangkap 2: aabb Rangkap 3: abcbb Rangkap 4: aabca Rangkap 5: aaabbc

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Pengulangan Epifora Ingin sekali aku Berkongsi kerinduanmu Tatkala mereka tidak bersamamu Metafora Secangkir kasih Mendukung keagungan Hiperbola Inversi Sinkof Menghampar selautan harapan Perlu kaumerdekakan jiwanya Perlu kaumerdekakan jiwanya Contoh

Unsur Bunyi y Asonansi a Berada di takhta muliamu i Menghirup secangkir kasih

e Berdiri tegak di persadamu u Bertepuk utuh pasakmu teguh

y

Aliterasi m Mendukung keagungan melempar gusar k Perlu kaumerdekakan jiwanya n Mengisi kekosongan dada anak-anak bangsa t Bertepuk utuh pasakmu teguh

Nada y Romantik Penyajak melahirkan rasa kasih dan rindunya pada guru yang telah banyak menabur bakti kepada anak bangsa.

Nilai y Mengenang jasa Anak-anak yang dididik dengan sempurna akan mengenang jasa guru kerana guru telah mendampingi dan mendidik mereka sejak sekian lama.

y

Keikhlasan Bekerja dengan penuh keikhlasan akan memberi kepuasan dan ketenangan dalam diri.

y

Semangat patriotik Pendidikan akan melahirkan warganegara yang mempunyai sifat mulia dan sanggup mempertahankan tanah air.

Pengajaran 1. Kita hendaklah bekerja denganikhlas dan jujur.

2. Kita hendaklah mendidik anak bangsa dengan sempurna. 3. Masyarakat hendaklah menghargai pengorbanan guru.

4.0 Pesan Tangan Kepada Jari Maksud Sajak ini membawa maksud, kita perlulah memilih seorang ketua untuk menyatukan sesbuah masyarakat. Pemimpin yang dipilih perlulah memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang baik. Seorang pemimpin pula mesti berpegang kepada prinsip kebenaran yang berlandaskan kepada keimanan dan ketakwaan. Penyajak juga mengingatkan kita supaya berhati-hati dalam tindakan apabila menjadi ketua , supaya tidak terpesong daripada landasan dan keluhuran budi kerana seorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang berat kepada anak buah yang dipimpinnya. Secara tidak langsung, seorang pemimpin berperanan menentukan sejarah dan kehidupan

masyarakatnya.

Tema y Ciri-ciri kepemimpinan yang baik Maju atau mundur sesebuah negara bergantung kepada pemimpin. Oleh itu, kita mestilah memilih pemimpin yang berkaliber dan berwawasan.

Persoalan y Peranan seseorang pemimpin Sebagai pemimpin yang mendapat mandate daripada rakyat, perlulah menjalankan tugas dengan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang. Contoh: Pilihlah ketuamu untuk bersatu mencipta sejarah kemanusiaan (Rangkap 1)

y

Pentingnya akhlak yang mulia

Menjadi pemimpin adalah suatu amanah daripada rakyat. Mereka mesti melaksanakan amanah ini berlandaskan keimanan, kejujuran, keluhuran budi serta sahsiah diri yang mulia. Contoh: Nescaya tak akan terlepas pancuran mesra yang menetas di persada iman. (Rangkap 3)

y

Rakyat menentukan pemimpin Sebagai warganegara, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin. Pemimpin yang dipilih hendaklah daripada mereka yang mampu membawa kesejahteraan kepada negara. Contoh: Pilihlah ketuamu(Rangkap 1, Baris 1)

Bentuk y Bebas (tidak mengikut sepenuhnya ciri-ciri puisi klasik) o Terdiri daripada 5 rangkap o Mengandungi 2 bahagian o Bahagian 1 mengandungi 3 rangkap dan 2 rangkap pada Bahagian 2 o 4 rangkap mengandungi 4 baris dan Rangkap 5 mengandungi 5 baris o Ada baris yang hanya mengandungi 1 perkataan o Rima akhir: Rangkap 1: aabc Rangkap 2: abac Rangkap 3: abac Rangkap 4: aabb Rangkap 5: abacd Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Metafora Dusun hati Kesuburan budi Personifikasi Hiperbola Sinkof

Contoh

Peganglah kebaikan Melentur mimpi Tak ketuamu

Unsur Bunyi y Asonansi a Kira kau memegang u Perkukuhkanlah letakmu i Barisan diri e Nescaya tidak terlepas y Aliterasi k Sekali kau bergerak m Melentur mimpi n Untuk menentu Nada y Patriotik Penyajak amat sayang akan negara. Beliau mahu sikap setiap rakyat melaksanakan tanggungjawabuntuk memilih pemimpin dengan hati-hati. Pemimpin yang baik ialah seorang yang boleh membawa kesejahteraan kepada negara.

Nilai y Berhati-hati memilih pemimpin Rakyat mempunyai hak untuk memilih pemimpin. Oleh itu, pilihlah pemimpin yang boleh membawa kesejahteraan kepada negara.

y

Bertanggungjawab, jujur dan amanah

Sebagai pemimpin, sikap jujur, amanah dan bertanggungjawab dapat membentuk imej yang baik kepada diri.

y

Bersatu padu Dalam masyarakat majmuk, perpaduan menjadi tonggak keamanan dan kemajuan sesbuah negara.

Pengajaran 1. Kita hendakah menggunakan kebijaksanaan semasa memilih pemipin. 2. Pemimpin hendaklah melaksanakan amanah. 3. Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan amanah.

5.0 Cinta Maksud Dalam rangkap pertama, penyajak melahirkan rasa cinta dan kagumnya terhadap laut yang bergelora. Situasi ini membangkitkan azam kepada penyajak supaya menjadi manusia yang tabah dan berani menempuh cabaran. Rangkap kedua mengungkapkan rasa cintanya terhadap langit yang terbentang luas. Melihat langit, penyajak merasa dirinya bebas tanpa halangan. Manakala dalam rangkap ketiga, penyajak mengagumi kegagahan dan ketinggian gunung. Keadaan ini menimbulkan semanagat dalam diri penyajak. Beliau akan cuba menghadapi segala cabaran dengan cekal dan tidak akan berputus asa.

Tema

y

Semangat juang untuk menempuh cabaran dan dugaan dalam hidup tanpa mengenal erti putus asa Alam adalah guru yang paling baik. Laut, langit dan gunung boleh memberi sumber inspirasi kepada manusia untuk berfikir.

Persoalan y Semangat kental untuk menjalani kehidupan Kehidupan sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan. Oleh itu, kita mestilah menghadapinya untuk mencapai kejayaan. Contoh:kerana aku bisa menjadi seorang pendaki gagah yang tidak cepat menyerah kalah. (Rangkap 3, Baris 3-5)

y

Hubungan alam dengan manusia Unsur-unsur alam boleh menjadi alat untuk manusia berfikir. Contoh:Aku cinta padamu wahai laut yang bergelora (Rangkap 1, Baris 1-2)

y

Pentingnya berfikir dengan bijak Manusia yang dapat menggunakan akal untuk berfikir ke arah kebaikan akan dapat menjalani kehidupan dengan sejahtera. Contoh: kerana aku bisa terbang bebas menjelajah dunia saujana antara batas dan tradisi. (Rangkap 2, Baris 3-5)

Bentuk y Bebas (tidak mengikut sepenuhnya ciri-ciri puisi klasik) o Mengandungi 3 rangkap o Setiap rangkap mengandungi 5 baris o Bilangan kata: 3 hingga 5 perkataan dalam satu baris o Bilangan suku kata: 7 hingga 11 dalam satu baris

o Rima akhir bebas: Rangkap 1: abcbd Rangkap 2: abbcd Rangkap 3: abbcc Gaya Bahasa Gaya Bahasa Pengulangan seluruh ayat Simbolik Aku cinta padamu Laut bergelora Langit yang luas Gunung yang tinggi Hiperbola Kerana aku bisa terbang bebas Menjelajah dunia saujana Menggambarkan cabaran Contoh

Unsur Bunyi y Asonansi a Antara batas tradisi e Kerana aku bisa terbang bebas i Wahai gunung yang tinggi

y

Aliterasi t Antara batas dan tradisi g Wahai gunung yang tinggi n Yang tabah menerima cabaran j Menjadi seseorang jejaka

Nada y Romantik Penyajak berasa kagum dengan ciptaan Tuhan. Segala ciptaan seperti laut, langit dan gunung memberikan sumber untuk penyajak berfikir.

Nilai

y

Kegigihan dan ketabahan Untuk mencapai kejayaan kita perlu berusaha dengan gigih dan tabah.

y

Kesyukuran Segala kejayaan yang dimiliki perlulah kita bersyukurlah dan terus

mengamalkan nilai hidup yang baik.

y

Keberanian Jika kita melakukan sesuatu dengan ikhlas dan jujur, kita perlu berani melaksanakannya. Andainya kita takut, kejayaan tidak akan diperoleh.

Pengajaran 1. Kita hendaklah menjadikan alam sebagai sumber inspirasi. 2. Kita hendaklah berani menghadapi dugaan hidup. 3. Kita hendaklah memelihara keindahan alam semula jadi.

6.0 Ruang Maksud Rangkap pertama menggambarkan kesyukuran penyajak kepada Tuhan yang telah mengurniakan ruang dan udara untuk manusia menikmati kehidupan. Waktu siang kita akan merasai panas dan malam udara bertukar menjadi dingin dan nyaman. Sebenarnya, itulah lumrah alam. Ketetapan siang dan malam telah ditentukan oleh Tuhan. Rangkap kedua menekankan bahawa ruang (tempat) dan udara yang dianugerahkan oleh Tuhan ini menimbulkan kesyukuran dan penyerahan penyajak kepada Tuhan. Melaluinya, penyajak dapat menikmati kehidupan sambil berterima kasih atas pemberian-Nya. Hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya. Tema

y

Kesedaran tentang hakikat kehidupan. Kurniaan Tuhan kepada manusia, iaitu ruang dan udara. Ruang dan udara ialah unsur alam yang dianugerahkan oleh Tuhan supaya manusia dapat meneruskan kehidupan.

Persoalan y Keagungan kuasa Tuhan Segala yang ada di dunia ini adalah anugerah daripada Tuhan supaya manusia dapat meneruskan kehidupan. Contoh: Tuhan memberikan kita ruag dan udara untuk kita menghambat kehidupan(Rangkap 1, Baris 1-2)

y

Keterbatasan keupayaan dan ilmu pengetahuan manusia Manusia tidak dapat menentukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya. Contoh: sesuatu yang tak dapat aku pastikan. (Rangkap 2, Baris 8)

y

Kehidupan manusia tertakluk kepada hokum alam Manusia mesti akur terhadap sebarang ketentuan daripada Tuhan dengan penuh keredhaan. Contoh:biarpun aku dalam panas sinar mentarimu (Rangkap 1 ,Baris 3)

Bentuk y Bebas (tidak mengikut sepenuhnya ciri-ciri puisi klasik) o Mengandungi 2 rangkap o Rangkap 1 mengandungi 5 baris o Rangkap 2 mengandungi 8 baris o Bilangan kata: 3 hingga 7 perkataan dalam satu baris o Bilangan suku kata: 8 hingga 15 dalam satu baris

o Rima akhir bebas: Rangkap 1: abcbd Rangkap 2: aabbacbb Gaya Bahasa Gaya Bahasa Metafora Contoh Bukit-bukit harapan Hujung malam Personifikasi Mendaki bukit harapan Udara dingin yang mencengkamku Pengulangan Sinkof Tuhan memberikan ruang dan udara kau, tak, ku

Unsur Bunyi y Asonansi a Tuhan memberikan ruang dan udara u Malammu terlalu lembut dengan udara dingin i Mendaki bukit-bukit harapan e Kerana kau telah menjanjikan

y

Aliterasi k Untuk kita menghambat kehidupan g Yang mencengkamku hingga jauh di hujung malam t Sesuatu yang tak dapat aku pastikan r Tuhan memberikan ruang dan udara

Nada y Romantik Penyajak merasa rendah diri dan melahirkan kesyukuran terhadap Tuhan yang menganugerahkan alam kepada manusia.

Nilai

y

Bersyukur Manusia yang tahu bersyukur ialah mereka yang mulia. Rasa syukur menyebabkan kita berterima kasih atas apa yang kita nikmati di dunia ini. Semuanya adalah pemberian daripada Tuhan.

y

Gigih Sesuatu usaha yang dilakukan hendaklah dibuat tanpa mengenal jemu.

y

Menghargai alam Alam tempat manusia tinggal. Oleh itu, kita patut menghargainya dengan cara tidak melakukan kerosakan dan pencemaran alam.

Penghargaan 1. Kita hendaklah sentiasa bersyukur. 2. Kita hendaklah berusaha untuk mencapai kejayaan. 3. Kita hendaklah menghargai alam sekitar. 4. Kita hendaklah sedar akan kepentingan ilmu.

P R O S A

T R A D I S I O N A L1.0 Pak Kaduk Sinopsis Cerita Pak Kaduk berkisar kepada kisah yang berlaku di negeri Chempaka Sari. Rajanya bernama Indera Sari. Kegemaran baginda ialah menyabung ayam. Sikap raja Indera Sari ini menjadi ikutan rakyatnya. Mereka leka dengan kegiatan berjudi dan menyabung ayam. Di dalam negeri itu, terdapat sepasang suami isteri, Pak Kaduk dan Mak Siti. Mereka hidup dalam keadaan miskin dan tinggal di tepi sungai. Suatu hari, Pak Kaduk menyarankan hasratnya untuk menyabung ayamnya yang bernama Biring Si Kunani. Dia begitu yakin dia akan memenangi pertandingan itu. Pak Kaduk tanpa berfikir panjang telah menyuruh Mak Siti membuatkannya baju daripada kertas.

Setelah siap, Pak Kaduk pun ke gelanggan sabung. Dengna tipu muslihat raja, Pak Kaduk telah bertukar ayam dengan ayam baginda, Si Jalak. Pak Kaduk tanpa pertimbangan telah mempertaruhkan kampungnya kepada Raja dengan 50 rial. Dalam pertandingan tersebut, ternyata Biring Si Kunani telah menewaskan Si Jalak. Terlupa bahawa dia telah bertukar ayam dengan raja, Pak Kaduk melompat-lompat kegembiraan kerana menyangka bahawa ayamnya telah menang sehinggakan pakaian kertasnya koyak-rabak dan dia telah bertelanjang bulat. Setelah menyedari kesilapannya, barulah Pak Kaduk menyesal atas tindakannya itu.

Tema y Sikap tamak haloba untuk memperoleh keuntungan akhirnya merugikan diri. Terpesona dengan ganjaran lumayan sekiranya berjaya menewaskan ayam raja akhirnya kampung sendiri yang tergadai.

Persoalan y Nasib malang orang yang jahil. Demi mendapat keuntungan secara mudah, Pak Kaduk sanggup mempertaruhkan kampungnya kepada raja. Malang nasib Pak Kaduk, kerana walaupun ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai.

y

Kegiatan berjudi Sikap Raja Indera Sari yang suka berjudi dan menyabung ayam menjadi ikutan rakyatnya.

y

Kesetiaan seorang isteri terhadap suami Walaupun menyedari tindakan suaminya akan merugikan diri sendiri, tetapi Mak Siti terpaksa akur dengan kemahuan Pak Kaduk.

Watak dan Perwatakan y Pak Kaduk (Watak Utama) o Dungu (Bodoh) dan lurus bendul

Pak Kaduk meminta pakaian yang diperbuat daripada kertas. o Terburu-buru membuat keputusan Tanpa berfikir panjang Pak Kaduk bersetuju untuk bertukar ayam dengan ayam raja. o Degil Walaupun Mak Siti menasihati Pak Kaduk supaya tidak memakai pakaian daripada kertas tetapi Pak Kaduk tidak menghiraukan nasihat isterinya itu. o Taat akan raja Pak Kaduk akur dengan permintaan raja supaya bertukar ayam.

y

Raja Indera Sari o Tidak bertanggungjawab Raja yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan rakyat akan mengikut jejak langkah baginda. Raja Indera Sari sentiasa berjudi dan suka menyabung ayam. o Mementingkan diri sendiri Baginda sanggup memperbodohkan orang lain asalkan dirinya mendapat keuntungan. Baginda memujuk Pak Kaduk agar menukar ayam kerana yakin akan kehebatan Biring Si Kunani. o Suka melakukan sesuatu yang tidak berfaedah Berjudi dan menyabung ayam merupakan aktiviti harian Raja Indera Sari. Baginda bersetuju sabung ayam dengan Pak Kaduk.

y

Mak Siti o Setia pada suami Sebagai isteri, Mak Siti sentiasa mendengar kata suami walaupun hatinya tidak bersetuju dengan tindakan suaminya itu. o Bertanggungjawab Tugasan yang diberi kepadanya disempurnakan sebaik mungkin. Mak Siti membuat baju daripada kertas untuk dipakai suaminya.

Plot y Permulaan Pak Kaduk hendak bersabung ayam. Dia meminta Mak Siti, isterinya membuat baju kertas untuk dipakai semasa bersabung ayam. y Perkembangan Raja telah bertukar ayam sabung dengan Pak Kaduk. Mereka bersetuju untuk bertaruh dengan nilai 50 rial. y Perumitan Ayam Pak Kaduk yang telah menjadi milik raja memenangi pertarungan itu. Pak Kaduk yang terlalu gembira melompat-lompat hingga baju kertasnya telah koyak. y Puncak Pak Kaduk berasa malu kerana ditertawakan oleh orang ramai. y Peleraian Pak Kaduk berlari pulang ke rumah dan dimarahi oleh Mak Siti.

Teknik Plot Latar y Latar tempat y Latar masa Negeri Cempaka Sari Gelanggang tempat menyabung ayam Rumah Pak Kaduk Dialog Monolog

Zaman dahulu iaitu ketika masyarakat Melayu tradisional amat mengagung-agungkan golongan istana. y Latar masyarakat Masyarakat Melayu tradisional yang terdiri daripada golongan yang memerintah dan diperintah. Masyarakat yang suka menghabiskan masa dengan sia-sia.

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Laras bahasa Melayu klasik Contoh Maka ia pun segarlah...memakai pakaiannya sedondon iaitu berbunga tanjung merah, kuning, hitam dan putih, terlalu hebat rupanya tambahan pula berkena tengkolok helang menyosong angin. Bahasa klasik (lama) Bulang Pengikat taji Bena Peduli Bangat Cepat, Lekas, Segera Bahasa istana Daulat tuanku, persilakanlah kita manyabung kerana ayam patik ini belum lagi patik mengetahui tuah malangnya tuanku Bahasa arab Sallallahu alaihi wasallam, rial, mustaid, asyik

Nilai y Taat setia Pak Kaduk seorang yang mengamalkan sikap taat setia kepada rajanya walaupun tidak menguntungkan dirinya.

y

Kepemimpinan Sebagai seorang pemerintah, Raja Indera Sari tidak sepatutnya memperbodoh-bodohkan Pak Kaduk demi kepentingan diri sendiri.

y

Berhati-hati

Apabila menerima sebarang tawaran, janganlah bersikap terburu-buru supaya tidak merugikan diri sendiri.

Pengajaran 1. Kita hendaklah mengamalkan budaya hidup yang sihat. 2. Pemerintah hendaklah berlaku adil dan melindungi kesejahteraan rakyat. 3. Kita hendaklah berfikir sebelum bertindak.

2.0 Putera Besar Lahir Ke Dunia Sinopsis Raja dan permaisuri Tuan Puteri Nur Lela memelihara Bujang Selamat (anak saudara baginda) dan dihantar mengaji dalam pelbagai ilmu dunia. Ketika Bujang Selamat 12 tahun, Tuan Puteri Nur Lela hamil. Setelah 12 bulan hamil, Tuan Puteri Nur Lela telah melahirkan seorang putera yang lahir dengan sebilah parang puting di tangannya. Sebelum melahirkan puteranya, Tuan Puteri Nur Lela mengalami kesukaran untuk melahirkan bayi tersebut. Berbagai-bagai cara dan usaha dilakukan untuk menyelamatkan Tuan Puteri Nur Lela, tetapi tidak berjaya. Akhirnya, Tuan Puteri Nur Lela mangkat, setelah puteranya lahir dalam suasana yang sangat luar biasa. Sebelum mangkat, Tuan Puteri Nur Lela mewasiatkan kepada baginda raja supaya menjodohkan puteri baginda Tuan Puteri Lindungan Bulan dengan Bujang Selamat.

Tema y Memperlihatkan kehebatan dan kebesaran raja-raja zaman dahulu Raja digambarkan mempunyai pelbagai kesaktian dan keajaiban sejak lahir lagi. Hal ini, bertujuan untuk memperlihatkan kehebatan golongan istana kepada rakyat jelata.

Persoalan y Keperitan dan kesakitan yang ditanggung oleh seorang ibu ketika melahirkan anak

Ibu sanggup menggadaikan nyawa untuk melahirkan anak. Oleh itu, anakanak mestilah menghargai pengorbanan ibu.

y

Perkara-perkara ganjil yang berlaku sewaktu kematian seorang putera atau puteri Untuk memperlihatkan kehebatan seseorang raja, masyarakat dahulu percaya berlaku kejadian aneh sewaktu kelahiran anak raja seperti bayi lahir dengan parang, gelegar dan lantai patah dan sebagainya.

y

Ketentuan takdir yang tidak mampu diatasi oleh usaha manusia Baginda raja telah membuat persiapan rapi bagi menentukan Tuan Puteri Nur Lela selamat melahirkan puteranya. Tetapi, usaha bidan yang ketujuh dan dukun tidak berjaya menyelamatkan Tuan Puteri daripada mangkat.

Watak dan Perwatakan y Permaisuri Puteri Nur Lela (Watak Utama) o Penyayang Sanggup memelihara anak angkat seperti anak sendiri. Bujang Selamat ialah anak saudara kepada raja. Tuan Puteri amat sayang akan Bujang Selamat.

o Bertanggungjawab Menjalankan kewajipan menjaga Bujang Selamat dengan baik. Tuan Puteri telah memberi wasiat kepada raja agar mengahwinkan Bujang Selamat dengan anakanda mereka Tuan Puteri Lindungan Bulan. o Kuat semangat Melalui saat-saat getir dalam hidup. Tuan Puteri begitu kuat semangat ketika mahu melahirkan anak walaupun nyawanya sendiri terkorban.

y

Sultan o Penyayang Memelihara Bujang Selamat dengan penuh kasih sayang. Bujan g Selamat diberikan ilmu dunia dan akhirat. Ketika umurnya 12 tahun, baginda dihantar mengaji Quran. o Bertanggungjawab Menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah dengan baik. Sentiasa berada di sisi permaisuri ketika hendak melahirkan anak. o Mementingkan ilmu Sedar akan kepentingan ilmu, baginda memastikan Bujang Selamat khatam mengaji Quran dan mempelajari ilmu dunia.

y

Bujang Selamat o Cerdik Belajar Quran dan ilmu dunia dengan baik dan cepat. Mampu mempelajari Quran pada usia muda dan tamat belajar ilmu dunia.

Plot y Permulaan Bujang Selamat dididik dengan ilmu dunia dan akhirat.

y

Perkembangan Tuan Puteri Nur Lela hamil dan sampai masa hendak melahirkan anak. Suasana di istana kelam-kabut hendak menyambut kelahiran tersebut.

y

Konflik Hendak menyambut kelahiran. Masing-masing seluruh istana berada dalam keadaan sedih apabila bomoh dan bidan mendapati Tuan Puteri tiada harapan untuk terus hidup. Tuan Puteri masih sempat menyampaikan

wasiat kepada raja agar menjodohkan Bujang Selamat dengan Tuan Puteri Lindungan Bulan.

y

Puncak Tuan Puteri Nur Lela mangkat selepas melahirkan seorang putera yang diberi nama Putera Besar. Sultan dan anakanda Puteri Lindungan Bulan pengsan.

y

Peleraian Rakyat jelata turut bersedih. Apabila sultan dan Puteri Lindungan Bulan tersedar, mereka menangis kehibaan kerana kehilangan orang yang tersayang. Puteri Lindungan Bulan dipujuk oleh pengasuh.

Teknik Plot Dialog Monolog Pemerian

Latar y Latar tempat Di sebuah negeri di istana raja Rumah bidan yang ketujuh

y

Latar masa Zaman dahulu, ketika masyarakat tradisional yang mengamalkan sistem feudal (sistem pemerintahan beraja) Latar masyarakat Golongan istana Golongan rakyat biasa Masyarakat beragama Islam

y

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Bahasa Melayu klasik Selangkas Semusim Walang hati Sedih hati Hatta, Arakian Pengulangan kata Masing-masing dengan kerjanya ada yang mengangkat air hangat ada yang mengangkat air dan kayu, ada yang membakar rabun, ada yang menyembur kunyit Simile Huru-haralah bunyinya di dalam istana baginda laksana katak diharung ular Bahasa berirama Selama enggang mengeram, Selangkas betik berbuah, Hari cukup bilangan genap... Contoh

Nilai y Kepentingan ilmu Ilmu amat berguna dalam kehidupan. Setiap orang perlu menuntut ilmu untuk menjamin kehidupan.

y

Mengenang jasa Ibu telah berkorban untuk melahirkan dan membesarkan anak-anak tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

y

Kerjasama Sesuatu kejayaan akan mudah dicapai dengan kerjasama semua pihak.

Pengajaran 1. Kita hendaklah tidak jemu menuntut ilmu. 2. Kita hendaklah menyeimbangkan antara ilmu dunia dan ilmu akhirat. 3. Kita hendaklah sabar menerima takdir.

3.0 Puteri Buluh Betung Sinopsis Raja Muhammad pergi menebas hutan rimba bersama rakyat jelata baginda. Di tengah rimba itu mereka terjumpa serumpun buluh betung yang terlalu tebalnya. Mereka cuba menebas buluh betung itu tetapi buluh-buluh itu tetap tumbuh. Raja Muhammad akhirnya berjaya memarang buluh betung tersebut. Tiba-tiba dari sebuah rebung yang hampir ditetak oleh Raja Muhammad keluar seorang kanak-kanak perempuan yang terlalu cantik parasnya. Kanak-kanak itu dibawa pulang dan dinamakan Puteri Betung. Raja Muhammad dan permaisuri baginda memelihara puteri tersebut dengan penuh kasih sayang. Raja Ahmad mendengar khabar adindanya beroleh kanak-kanak di dalam rebung betung. Raja Ahmad bersama permaisuri baginda berangkat ke istana Raja Muhammad. Raja Ahmad ingin melihat Puteri Betung. Raja Ahmad kemudian telah membuka sebuah negeri baharu yang bernama Balik Rimba. Pada suatu hari ketika keluar berburu, Raja Ahmad terjumpa sebuah surau di hutan rimba itu dan ada seorang tua di dalam surau itu. Raja Ahmad menceritakan peristiwa saudaranya yang beroleh puteri di dalam rebung betung. Orang tua itu memberitahu bahawa sekiranya baginda inginkan anak, baginda perlu tunggu di situ sebentar. Tidak lama kemudian seekor gajah besar datang sambil membawa seorang kanak-kanak. Gajah besar itu memendikan kanak-kanak tersebut. Orang tua itu memberitahu Raja Ahmad supaya menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan kanak-kanak tersebut. Orang tua itu dan surau pun ghaib. Raja Ahmad mengumpulkan segala hulubalangnya untuk mendapatkan kanak-kanak tersebut . Ketika gajah besar mandi setelah memandikan kanak-kanak tersebut, kesempatan ini digunakan oleh Raja Ahmad untuk mendapatkan kanak-kanak itu. Kanak-kanak tadi dibawa ke istana dan dinamakan Merah Gajah. Setelah dewasa, Merah Gajah dikahwinkan dengan Puteri Betung.

Tema y Keagungan asal usul raja-raja Melayu zaman dahulu Pengarang memaparkan kisah penemuan kanak-kanak yang luar biasa. Seorang kanak-kanak perempuan dijumpai di dalam rebung buluh betung

dan seorang kanak-kanak lelaki dibawa di atas kepala gajah. Kedua-dua kanak-kanak tersebut dijumpai oleh raja yang memerintah.

Persoalan y Pembukaan negeri baru Raja Muhammad bersama rakyatnya pergi menebas hutan untuk membuka negeri baru. Pembukaan negeri baru ini dianggap memberi tuah kepada baginda kerana penemuan seorang kanak-kanak dari buluh betung.

y

Pewaris takhta kerajaan Pewaris takhta amatlah penting bagi seseorang pemerintah. Oleh itu, Raja Muhammad dan Raja Ahmad amat sukacita apabila menjumpai kanakkanak, iaitu Puteri Betung dan Merah Gajah.

y

Menghormati orang yang lebih tua Sebagai anak muda, Raja Ahmad menghomati orang tua yang dijumpainya di surau. Seterusnya dengan bantuan orang tua itu, baginda berjaya mendapatkan kanak-kanak lelaki yang tinggal di atas gajah.

Watak dan Perwatakan y Raja Muhammad (Watak Utama) o Mempunyai kuasa luar biasa Sebagai raja, baginda mempunyai keistimewaan yang tidak dipunyai oleh rakyat biasa. o Penyayang Menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat kerana baginda sendiri mengasihi kanak-kanak. o Mengenang jasa

Segala titik peluh hamba rakyat dibalas dengan sebaik-baiknya.

y

Raja Ahmad o Baik hati Tidak cemburu dengan kejayaan orang lain. o Gigih Berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. o Mengenang jasa Segala titik peluh hamba rakyat dibalas dengan sebaik-baiknya.

Plot y Permulaan Bersama rakyat jelata, Raja Muhammad pergi menebas hutan rimba. Terjumpa serumpun buluh betung yang terlalu tebalnya. Ketika Raja Muhammad cuba memarang rebung tersebut, keluar seorang kanak-kanak perempuan yang terlalu cantik parasnya. Puteri itu dinamakan Puteri Betung. y Perkembangan Raja Ahmad pergi memburu, malangnya tidak beroleh seekor perburuan pun. Raja Ahmad terjumpa sebuah surau di hutan rimba itu. Raja Ahmad mengumpul segala hulubalangnya untuk mendapatkan kanak-kanak yang tinggal di atas gajah tersebut. y Konflik Gajah tersebut cuba mengambil kembali kanak-kanak lelaki yang telah dirampas oleh Raja Ahmad.

y

Puncak Raja Ahmad berjaya mendapatkan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tadi dibawa ke istana dan dinamakan Merah Gajah.

y

Peleraian

Setelah dewasa, Merah Gajah dikahwinkan dengan Puteri Betung.

Teknik Plot Dialog Monolog

Latar y Latar tempat y Latar Masa Latar masa cerita Puteri Buluh Betung tidak tidak dinyatakan dengan begitu jelas. Namun pembaca boleh mangagak bahawa cerita itu berlaku pada zaman dahulu berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku. y Latar masyarakat Masyarakat istana Rakyat biasa Tempat Raja Muhammad mendirikan negeri baru Istana Raja Ahmad Surau di dalam hutan Di sungai

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Bahasa Istana Contoh Maka Raja Muhammad pun bermohon menyembah kakanda dua laki isteri lalu ia kembali ke negerinya. Kota kata klasik Mejelis Cantik Behina Luar biasa Simile Inversi Ayat pasif Maka dipelihara baginda seperti anak segala raja Maka terlalu kasih baginda anakanda itu maka segala kelakuan gajah itu dilihatnyalah oleh

Raja Ahmad

Nilai y Kerjasama Kerja yang berat akan menjadi ringan dengan wujudnya kerjasama.

y

Kasih sayang Kasih sayang yang lahir dari hati yang ikhlas akan membawa kebahagiaan dalam hidup.

y

Bijaksana Setiap masalh dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan.

Pengajaran 1. Kita hendaklah mengamalkan sikap kerjasama dalam kehidupan. 2. Kita hendaklah berfikir dengan bijaksana untuk menyelesaikan masalah. 3. Kita hendaklah menjalin ikatan kasih sayang dalam keluarga.

4.0 Cerita Kera Dengan Buaya Sinopsis Kisah persahabatan antara kera dengan buaya. Setiap hari, Kera yang tinggal di atas pokok kedempung menjatuhkan buah kedempung untuk dimakan oleh buaya. Oleh sebab rasa terhutang budi, buaya berjanji akan menjadi teman setia kera dan tidak akan meninggalkannya. Setelah lama tidak pulang, isteri buaya menghantar wakil untuk memujuk buaya dengan alas an ia sakit. Apabila buaya enggan, wakil buaya menyatakan bahawa isteri buaya hanya akan sembuh jika dapat memakan hati kera. Demi kepentingan peribadi, buaya bersetuju untuk pulang dan membawa kera.

Menyedari sahabatnya belot pada persetiaan yang telah dibuat, kera yang bijak telah menyatakan bahawa hatinya tertinggal di atas pokok kedempung. Setelah sampai, kera cepat-cepat melompat ke atas pokok kedempung. Untuk menginsafkan buaya, kera telah bercerita kisah Raja Singa dengan Keldai. Akhirnya, buaya insaf atas perbuatannya namun kera tidak memaafkannya. Kekesalan buaya atas sikap buruknya berlarutan sehinggalah membawa kepada kematiannya.

Tema y Nilai sebuah persahabatan Kejujuran dan keikhlasan merupakan asas kepada persahabatan. Andainya sikap tersebut gagal diamalkan, persahabatan akan bertukar menjadi permusuhan.

Persoalan y Sikap tidak mengenang budi Setelah persahabatan terjalin, buaya sanggup memungkiri janji kerana kepentingan diri sendiri.

y

Kesetiaan seorang sahabat Sebagai sahabat, buaya sepatutnya setia dengan kera dan tidak menipunya.

y

Kemuliaan hati Kera berhati mulia kerana sanggup memberikan buah kedempung kepada buaya. Daripada situ wujudlah persahabatlah antara kera dengan buaya.

Watak dan Perwatakan y Kera (Watak Utama) o Baik hati Membantu sahabatnya, buaya dengan ikhlas dengan menjatuhkan buah kedempung untuk makanan buaya.

o Jujur dalam persahabatan Kera sentiasa jujur dengan buaya. Ia tidak menyangka bahawa buaya bersikap kejam terhadap dirinya. o Bijak Kera mampu berfikir untuk menyelamatkan dirinya daripada buaya

y

Buaya o Mementingkan diri Buaya sanggup membunuh sahabatnya supaya isterinya diubati. o Mudah diperdaya Buaya mempercayai kata-kata kera yang mengatakan bahawa hatinya disangkutkan di atas pokok kedempung. o Tidak mengenang budi Walaupun kera sentiasa menolong buaya, namun buaya telah mengambil keputusan untuk membunuh kera.

y

Raja Singa o Zalim Membunuh keldai yang tidak bersalah semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. o Gelojoh Terus menerkam keldai yang dibawa untuk mengadapnya.

y

Serigala o Taat Membawa keldai ke hadapan Raja Singa untuk dijadikan santapan. o Tidak amanah Memakan telinga dan keldai yang telah mati sewaktu ketiadaan Raja Singa.

Plot y Permulaan

Kera dan buaya bersahabat baik. Oleh itu, kedua-duanya berikrar untuk setia sampai bila-bila.

y

Perkembangan Isteri buaya menghantar wakil untuk menjemput buaya pulang dengan mengatakan ia sedang sakit.

y

Konflik Buaya enggan pulang ke rumah. Wakil buaya menyatakan bahawa isteri buaya memerlukan hati kera untuk sembuh. Akhirnya, buaya memujuk kera mengikutinya bertemu isterinya.

y

Puncak Kera sedar bahawa dirinya diperdaya oleh buaya. Ia telah mencari helah. Setelah berjaya, kera memutuskan persahabatannya dengan buaya.

y

Peleraian Buaya menyesal atas sikapnya. Akhirnya, buaya mati keseorangan.

Teknik Plot Dialog Monolog Imbas muka

Latar y Latar tempat Kuala Sungai Tebing Sungai

y Latar masa y

Hutan Sebuah kampung

Waktu siang

Latar masyarakat Masyarakat bintang golongan atasan Golongan rakyat biasa

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Bahasa Melayu klasik Contoh Maka ada seorang tabib mengatakan jikalau boleh dapat hati kera, nescaya sembuhlah penyakitnya Kosa kata klasik Bahasa istana Benara tukang cuci atau tukang dobi Maka sembah serigala, Jikalau dengan titah Tuanku, bolehlah patik carikan.

Nilai y Kasih sayang Kasih sayang jika dipupuk dengan baik dapat melahirkan masyarakat yang bahagia.

y

Tolong-menolong Sikap ini dapat membantu orang yang memerlukan pertolongan.

y

Kejujuran Berhati-hati memilih kawan kerana kawan yang tidak jujur akan menyusahkan diri sendiri.

y

Bijaksana

Apabila menghadapi sesuatu masalah, hendaklah berfikir dengan pantas dan bijak.

Pengajaran 1. Kita hendaklah menepati janji yang telah dibuat. 2. Kita hendaklah berhati-hati dalam memilih kawan. 3. Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu orang lain. 4. Bertindaklah dengan pantas apabila berhadapan dengan masalah. 5. Usah bersikap mementingkan diri sendiri.

C E R P E N

1.0 Tina Sinopsis

Dua bulan belajar di sekolah baru, Haidi seringkali terpandang seorang pelajar perempuan yang mirip wajah adiknya, Sutina (Tina). Haidi berusaha untuk berkenalan dengan pelajar tersebut. Tina seorang budak yang periang dan amat disayangi. Haidi terbayang betapa seronoknya Tina dapat bemain layang-layang. Namun begitu, Tina yang menghidap penyakit jantung berlubang telah jatuh pengsan. Tina meninggal dunia sebelum pembedahan dilakukan. Usaha Haidi untuk mendekati pelajar baru itu tercapai apabila pada suatu hari, dia memberanikan diri untuk bertegur sapa dengan Kursiah. Persahabatan mula terjalin. Kursiah merupakan pelari jarak jauh dalam acara 5000 meter. Haidi sentiasa memberi semangat kepadanya agar memenangi pertandingan tersebut. Kursiah mencapai impiannya apabila mendapat tempat pertama. Namun, kegembiraan itu tidak lama, apabila Kursiah perlu dibawa ke hospital. Mendengar bunyi ambulans membuatkan Haidi semakin lemah. Dia hanya mampu berdoa agar Kursiah selamat.

Tema y Kasih sayang seorang abang terhadap adiknya Ikatan kasih sayang yang erat menyebabkan seseorang itu berada dalam tekanan perasaan apabila terpaksa berpisah dengan orang yang dikasihi.

Persoalan y Ketabahan ketika menghadapi dugaan hidup Tina masih bersemangat untuk terus hidup walaupun dia tahu bahawa dia menghidapi penyakit jantung berlubang.

y

Tekanan perasaan akibat kehilangan orang yang disayangi Haidi tidak dapat melupakan kisah suka-duka ketika bersama adiknya, yang telah meninggal dunia.

y

Kegigihan dalam memburu kejayaan

Kursiah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam acara 5000 meter yang disertainya.

Watak dan Perwatakan y Haidi (Watak Utama) o Penyayang Haidi amat menyayangi adiknya, Tina. o Tidak berputus asa Haidi terus memberi peransang kepada Tina bahawa dia akan selamat menjalani pembedahan jantung. o Gigih Haidi terus berusaha untuk berkenalan dengan Kursiah yang mirip wajah adiknya yang telah meninggal dunia, Tina.

y

Tina o Manja dan Periang Walaupun sakit, Tina tetap mendapat kasih sayang daripada kasih sayang daripada Haidi. Ini membuatkan Tina merasa gembira. Kursiah o Garang dan Tegas Kursiah tidak mahu melayan Haidi yang mahu berkenalan. o Gigih dan Bersemangat tinggi Menyahut cabaran Haidi dengan menjuarai acara larian 5000 meter

y

Plot y Permulaan Haidi bertemu dengan Kursiah yang menyerupai wajah arwah adiknya, Sutina.

y

Perkembangan

Haidi berusaha untuk mendekati Kursiah dan akhirnya berjaya. Konflik Haidi mencabar Kursiah agar mendapat tempat pertama dalam larian jarak jauh.

y

y

Puncak Kursiah berjaya mendapat tempat pertama tetapi dia jatuh pengsan.

y

Peleraian Haidi yang melihat kejadian itu rebah dan pengsan kerana bimbang akan nasib yang menimpa Tina berlaku kepada Kursiah pula.

Teknik Plot Dialog Imbas Kembali Monolog

Latar y Latar Tempat y Latar masa y Petang Waktu persekolahan Anjung rumah Bilik darjah Kantin sekolah Padang sekolah

Latar masyarakat Masyarakat sekolah Masyarakat Kampung Perenggan

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Berita harian yang mudah difahami Ayatnya pendek dan tepat

Contoh Simpan duit kan elok. Lepas tu Tina nak beli kain putih... Dua tiga kali Tina berlari dan berhenti. Lari dan berhenti. Lari. Berhenti.

Hiperbola Simile

Debar hatiku menggila Bagai kuntum bunga yang mulai mekar Bagai seekor burung yang merendah

Personifikasi

Pokok-pokok yang longlai dipuput bayu melihat kemurungan yang menyerangku

Peribahasa Sinkof

Masuk bakul angkat sendiri Bang, kau, ku

Nilai y Kasih sayang Kasih sayang Haidi tidak pernah luntur walaupun Tina meninggal dunia. Tolong-menolong Sikap tolong-menolong dapat meringankan beban yang ditanggung oleh seseorang.

y

y

Kegigihan Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pengajaran 1. Kita haruslah menyayangi ahli keluarga. 2. Kita hendaklah berusaha untuk mencapai kejayaan. 3. Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain. 4. Kita hendaklah tabah apabila menghadapi ujian dalam hidup.

2.0 Batu

Sinopsis Seorang lelaki bernama Mazlan bertanya kepada Iskandar di mana Jalan Raya Angkasa. Zainol yang kebetulan lalu di situ mencelah dengan bertanya tujuan Mazlan ke sana. Mazlan menjelaskan bahawa dia ingin menyerahkan batu gandapuri kepada seseorang. Mendengar nama batu gandapuri, Zainol memujuk Mazlan untuk menjualkan batu itu kepadanya. Di Restoran Heng Ah See, Mazlan memperlihatkan kehebatan batu tersebut yang boleh bergerak sendiri. Zainol begitu berminat untuk membelinya. Dia pergi ke bank untuk mengeluarkan duit. Sepeninggalan Zainol, Mazlan cuba mempengaruhi Iskandar dengan menyatakan bahawa Zainol bukanlah seorang yang jujur. Iskandar hampir terpedaya dengan pujukan Mazlan apabila mengetahui salah satu kegunaan batu tersebut ialah memudahkan menghadiri temu duga. Iskandar pergi jumpa Malik. Malik menerangkan bahawa keajaiban batu itu adalah kerana tindak balas kimia. Mazlan ditangkap atas kesalahan menipu.

Tema y Kemanusiaan Tipu muslihat manusia yang menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan keuntungan dengan cara mudah dan cepat.

Persoalan y Kerjasama untuk membanteras kegiatan jenayah Sikap Malik dan Nordin amat dihargai kerana membantu pihak polis menangani kegiatan jenayah di negara ini.

y

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga Mazlan tidak terlepas daripada hukuman kerana tindakannya yang menipu

y

Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan

Malik yang pernah belajar dalam aliran sains telah menerangkan keajaiban batu gandapuri. Kebijaksanaannya telah menyelamatkan Iskandar daripada tertipu.

Watak dan Perwatakan y Iskandar (Watak Utama) o Jujur dan berbudi bahasa Iskandar tidak tahu di mana Jalan Raja Angkasa, tetapi dia menjawab pertanyaan Mazlan dengan baik dan sopan. o Tidak berfikir panjang Iskandar mudah terpedaya apabila mengetahui kejaiban batu itu.

y

Malik o Bijak dan tidak mudah tertipu Menerangkan mengapa batu itu bergerak dengan sendiri. o Bertindak pantas Terus membawa Inspektor Hussin untuk memberkas Mazlan.

y

Zainol o Bertindak terburu-buru Zainol bersetuju untuk membeli batu itu walaupun harganya mahal Mazlan o Penipu Menjual batu gandapuri yang didakwanya mempunyai keajaiban. o Bijak Berjaya memperdayakan Zainol dan Iskandar dengan

y

menggunakan batu gandapuri.

Plot

y

Permulaan Seorang lelaki menyapa Iskandar untuk bertanyakan lokasi Jalan Raja Angkasa. Mazlan mahu menyerahkan batu gandapuri kepada seseorang.

y

Perkembangan Zainol tertarik dengan batu tersebut, dan mahu membelinya dari Mazlan. Mereka berbincang dengan lebih lanjut di Restoran Heng Ah See. Konflik Mazlan mempengaruhi Iskandar supaya membeli batu tersebut. Iskandar yang bersetuju, pergi berjumpa dengan rakannya, Malik. Malik menerangkan rahsia keajaiban batu gandapuri tersebut.

y

y

Puncak Mazlan ditangkap atas kesalahan menipu.

y

Peleraian Iskandar mengakui kebijaksanaan Malik berbanding dengan dirinya.

Teknik Plot Dialog Imbas Muka Monolog

Latar y Latar Tempat y Latar Masa y Pagi, sebelum jam 9 pagi Kaki lima jalan raya Restoran Heng Ah See

Latar Masyarakat

-

Masyarakat kota yang sibuk dengan tugas masing-masing Berbilang bangsa Segelintir ahli masyarakat yang mementingkan diri sendiri Segelintir ahli masyarakat yang percaya kepada perkara tahyul

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Penggunaan istilah sains Simile Hiperbola Puisi Contoh Asid, Karbonat, Gas Karbon Dioksida Kau cakap macam orang hulu Matanya tajam menikam wajah Iskandar Asal keramat betara guru Asal dewa masa dahulu Kalau berkat gandapuriku Minta jadi dengan selalu

Nilai y Jujur Tidak berbohong semata-mata untuk membantu orang lain.

y

Berilmu Dengan ilmu, kita tidak mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain.

y

Tolong-menolong Sikap tolong-menolong dapat menyelesaikan sesuatu masalah.

Pengajaran 1. Jangan mudah percaya kepada orang yang tidak kita kenali. 2. Orang yang menipu tidak akan selamat. 3. Kebijaksanaan dapat mengatasi masalah. 4. Kita hendaklah menuntut ilmu walau di mana kita berada. 3.0 Buku Catatan Farid Badrul

Sinopsis Cuti penggal ketiga membawa perasaan bosan kepada Farid Badrul. Farid teringat kisah dia bersama-sama sepupunya di Kampung Buluh Perindu. Farid menyuarakan hasratnya untuk ke kampung itu kembali. Farid melalui kehidupan yang sangat asing baginya. Mak Cik Som dan Pak Cik Sani membantu anak saudaranya mendalami ilmu agama. Mereka baik hati membelikan songkok dan kain untuk dibuat baju melayu. Seminggu kemudian, Papa dan Mama Farid datang untuk membawa Farid pulang. Farid memberitahu ibu bapanya bahawa dia hendak menghabiskan masa cuti dengan belajar agama. Papa dan Mama berasa serba salah.

Tema y Kesedaran untuk mempelajari ilmu agama Ibu bapa berperanan untuk memberikan pendidikan agama kepada anakanak.

Persoalan y Kasih sayang dalam keluarga Walaupun sibuk dengan tugas, ibu bapa amat menyayangi anak mereka.

y

Perbezaan hidup di bandar dengan di desa Kehidupan di bandar agak mementingkan kebendaan sementara di desa, kehidupan lebih bersifat tradisi.

y

Peranan ibu bapa dalam memberikan pendidkan agama kepada anak-anak Ibu bapa tidak hanya bertanggungjawab memberikan pendidikan berbentuk akademik tetapi juga ilmu agama kepada anak-anak.

Watak dan Perwatakan

y

Farid Badrul (Watak Utama) o Agak sensitif Sedih dengan sikap Papa dan Mama yang sibuk dengan kerjaya. o Gigih dan Rajin Ilmu akan dapat dipelajari jika kita rajin dan gigih berusaha. o Bijak membuat keputusan Keputusan yang tepat dapat memberikan kepuasan.

y

Badrul Affandi (Papa) o Mementingkan diri sendiri Kesibukan bekerja menyebabkan seseorang lupa akan tanggungjawab masing-masing. o Masih ada kasih sayang terhadap anak Biarpun mementingkan pekerjaan, tetapi masih mahu menghantar Farid ke kampung. o Tidak menitikberatkan suruhan agama Kehidupan moden agak menghanyutkan sesetengah orang daripada menjalankan tanggungjawab terhadap agama.

y

Mama o Mementingkan diri sendiri Sibuk dengan urusan Pertubuhan Kaum Ibu. o Tidak mementingkan suruhan agama Gaya hidup wanita moden yang tidak menjalankan suruhan agama.

y

Hamzah o Baik hati Memahami masalah Farid untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.

o Taat suruhan agama

Mempunyai asas agama yang kuat.

y

Pak Cik Sani dan Mak Cik Som o Baik hati Melayan Farid dengan begitu baik. o Taat suruhan agama Tidak meninggalkan suruhan agama.

Plot y Permulaan Gambaran kegembiraan pelajar-pelajar Sekolah Seri Petaling menjelang cuti penggal ketiga.

y

Perkembangan Farid berasa bosan tinggal di rumah. Farid memujuk ibu bapanya supaya dia bercuti di kampung Pak Cik Sani, bapa saudaranya.

y

Konflik Hari-hari yang dilalui oleh Farid amat menggembirakan. Farid menyesali sikap ibu bapanya yang tidak pernah mengajar ilmu agama sehingga dia terpaksa sembahyang tanpa mengetahui apa yang dibacanya.

y

Puncak Papa dan Mama datang menjemput Farid pulang, tetapi Farid menolak.

y

Peleraian Papa dan Mama pulang ke Kuala Lumpur sementara Farid menghabiskan cuti sekolah di kampung.

Teknik Plot

-

Monolog Dialog Imbas Muka

Latar y Latar tempat y Latar masa y 13 November hingga 29 November (12 hari) Rumah Farid Sekolah Seri Petaling Rumah Pak Cik Sani dan Mak Cik Som Surau Kampung Buluh Perindu Di kelas agama Di bandar kecil

Latar masyarakat Masyarakat bandar Masyarakat kampung

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Bahasa Inggeris Simile Contoh Jogging, Cowboy, Rugged, Porch Macam harimau dalam sangkar Seperti sarung nangka Peribahasa Makan angin Kera sumbang Sinkof Nak, ku

Nilai y Kasih sayang Seorang ibu tetap mengasihi anaknya walaupun tidak selalu dipamerkan. y Berdikari

Ilmu boleh diperoleh dengan usaha sendiri.

y

Bersimpati Memahami kesulitan orang lain dan cuba membantu.

Pengajaran 1. Peranan dan tanggungjawab ibu bapa hendaklah disempurnakan. 2. Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. 3. Kita mestilah sentiasa tolong-menolong dalam kehidupan.

4.0 Mama Sinopsis Setelah dirawat, Mama terdengar perbualan antara Dr. Safuan dengan isterinya. Mama dijangka hanya dapat hidup selama 3 bulan sahaja lagi. Mama terkenang akan budi Puan Mona yang menggajinya sebagai pembantu rumah. Mama juga terkenang akan pengorbanan ayah yang bersusah payah menjaja ikan dan sayur di sekitar kawasan perumahan di ibu kota. Walaupun sakit, Mama memberikan layanan yang baik buat suami dan anak-anaknya. Pada suatu hari, anak-anak Mama, Akhbar dan Mokhtiar yang pulang dari sekolah terkejut apabila melihat Mama sujud di atas tikar sembahyang. Sebenarnya Mama telah meninggal dunia.

Tema y Ketabahan dan kesabaran seorang ibu melalui detik-detik akhir hayatnya Mama tetap tenang, riang dan tabah melalui kehidupan ini walaupun tahu bahawa dirinya berada di ambang maut.

Persoalan y Sikap prihatin sesama insan Dr. Safuan dan isterinya, Cik Puan Mona menyarankan agar Mama berehat selama dua minggu. y Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan

Manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.

y

Ketaatan kepada Tuhan Mama sentiasa taat kepada perintah Allah.

Watak dan Perwatakan y Mama (Watak Utama) o Ibu dan isteri yang penyayang, baik dan bertanggungjawab Seorang ibu dan isteri akan menyempurnakan tugasnya untuk memenuhi keperluan anak-anak dan suami. o Kuat bekerja Untuk menampung keperluan kewangan, Mama begitu kuat bekerja tanpa menghiraukan kesihatan diri. o Tabah dan Tenang Menerima segala suratan takdir dengan penuh keimanan.

y

Dr. Safuan o Baik hati dan Prihatin Sikap baik hati akan membuatkan orang lain amat menhormati kita

y

Cik Puan Mona o Penyayang Rasa kasih sayang dapat merapatkan hubungan sesama insan. o Baik hati dan Prihatin Sikap baik hati akan membuatkan orang lain amat menhormati kita

Plot y Permulaan Mama sibuk memasak untuk anak-anaknya yang akan pulang dari sekolah.

y

Perkembangan

Selesai memasak, Mama teringatkan kisah lama ketika dia mula-mula diterima bekerja di rumah Dr. Safuan.

y

Konflik Mama teringatkan kisah dia tiba-tiba sakit dada. Dr. Safuan dan Cik Puan Mona memberinya cuti selama dua minggu. Mama begitu terharu dengan kebaikan keluarga Dr. Safuan.

y

Puncak Mama terdengar perbualan antara Dr. Safuan dan Cik Puan Mona. Mama hanya boleh hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja lagi.

y

Peleraian Mama mengakhiri hayatnya semasa sembahyang Zohor dalam keadaan sujud ketika anak-anaknya pulang dari sekolah.

Teknik Plot Dialog Imbas Kembali Monolog

Latar y Latar tempat y Latar masa y Tengah hari Waktu Zohor Petang lebih kurang jam 2.30 Rumah banglo dua tingkat milik Dr. Safuan dan Cik Puan Mona Rumah Mama di kawasan setinggan Lembah Jaya Pasar malam, Lembah Jaya Murni

Latar masyarakat

-

Masyarakat Bandar Masyarakat setinggan

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Bahasa Arab Simile Personifikasi Metafora Sinkof Zuhur, Solehah, Allah Pada sekali-sekala kakak rasa bagai dicucuk-cucuk sakitnya Dadanya kian mencucuk-cucuk Matanya yang jernih dan tenang itu bang, tak, ku, kak Contoh

Nilai y Kasih sayang Kasih sayang yang boleh mengeratkan hubungan sesama insan.

y

Bersyukur Segala dalam kehidupan hendaklah diterima dengan penuh kesyukuran.

y

Kerajinan Berusaha untuk menyempurnakan tugas harian dengan cepat dan teratur.

Pengajaran 1. Kita hendaklah tolong-menolong sesama insan. 2. Kerjasama dalam keluarga perlu diamalkan untuk kebahagiaan hidup. 3. Kita perlu tabah menghadapi dugaan Tuhan.

5.0 Erti Kasih Makna Sayang

Sinopsis Keluarga Puan Antagi berusaha untuk menyelamatkan ibu dan anak mawas yang dinamakan Busut dan Cendawan. Busut dan Cendawan dijumpai di dalam karung guni dalam keadaan luka. Dalam keadaan sakit yang amat sangat, Busut masih memberikan kasih sayang kepada Cendawan. Suatu hari, mereka mendapati bahawa Busut tidak bergerak. Mereka amat gembira apabila mengetahui bahawa Busut hanya pengsan. Mereka terus memberi pertolongan cemas kepada Busut. Seminggu kemudian, Busut dan Cendawan mulai pulih. Keluarga Puan Antagi sangat gembira. Sementara itu, anak-anak Puan Antagi merasa bera