latihan bahasa melayu - rumusan

3
LATIHAN RUMUSAN [ 30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat menabung dan kebaikan amalan ini kepada masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Status, nama dan kehidupan mewah yang menjadi kayu pengukur masyarakat moden hari ini menyebabkan ramai yang terbeban dengan hutang keliling pinggang. Akibat terlalu ingin memuaskan nafsu duniawi, segelintir masyarakat sanggup meminggirkan tabiat menabung ekoran anggapan tabiat ini hanya untuk hari tua. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menggalakkan masyarakat supaya menabung? Jalan paling mudah adalah dengan membuat simpanan di mana-mana institusi kewangan. Pihak institusi kewangan juga perlu mengambil inisiatif untuk menghantar pegawai-pegawai mereka ke sekolah- sekolah untuk mengadakan sesi ceramah tentang kepentingan menabung kepada para pelajar. Tawaran pelbagai intensif oleh pihak institusi kewangan kepada para pelajar yang membuat simpanan pada kadar-kadar yang tertentu juga pasti akan menarik minat mereka untuk menabung. Kempen-kempen untuk membangkitkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menabung juga mampu menggalakkan tabiat ini dalam diri mereka. Dalam pameran berkaitan kewangan misalnya, pihak penganjur haruslah mempelawa institusi-

Upload: mohd-isa

Post on 02-Feb-2016

67 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BAHASA MELAYU SPM

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Bahasa Melayu - Rumusan

LATIHAN RUMUSAN[ 30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang

langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat menabung dan kebaikan amalan ini

kepada masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Status, nama dan kehidupan mewah yang menjadi kayu pengukur masyarakat

moden hari ini menyebabkan ramai yang terbeban dengan hutang keliling pinggang.

Akibat terlalu ingin memuaskan nafsu duniawi, segelintir masyarakat sanggup

meminggirkan tabiat menabung ekoran anggapan tabiat ini hanya untuk hari tua.

Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menggalakkan masyarakat supaya menabung?

Jalan paling mudah adalah dengan membuat simpanan di mana-mana institusi

kewangan. Pihak institusi kewangan juga perlu mengambil inisiatif untuk menghantar

pegawai-pegawai mereka ke sekolah-sekolah untuk mengadakan sesi ceramah tentang

kepentingan menabung kepada para pelajar. Tawaran pelbagai intensif oleh pihak

institusi kewangan kepada para pelajar yang membuat simpanan pada kadar-kadar

yang tertentu juga pasti akan menarik minat mereka untuk menabung.

Kempen-kempen untuk membangkitkan kesedaran orang ramai tentang

kepentingan menabung juga mampu menggalakkan tabiat ini dalam diri mereka. Dalam

pameran berkaitan kewangan misalnya, pihak penganjur haruslah mempelawa

institusi-institusi kewangan yang tertentu untuk berkempen tentang manfaat yang

diperoleh sekiranya masyarakat menabung atau membuat simpanan di bank mereka.

Edaran risalah-risalah yang menjelaskan kebaikan amalan ini pasti dapat menarik

minat pengunjung untuk menyertai skim-skim simpanan yang ditawarkan. Penjelasan

yang kabur mungkin akan menimbulkan kesangsian dalam diri orang ramai yang

mungkin berpendapat bahawa institusi kewangan terbabit hanya ingin mengaut

keuntungan semata-mata.

Guru-guru di sekolah juga boleh memainkan peranan dengan mewujudkan

tabung kelas untuk menggalakkan para pelajar menabung iaitu dengan membuat

kutipan secara mingguan atau bulanan. Usaha murni ini sudah pasti akan membuka

Page 2: Latihan Bahasa Melayu - Rumusan

mata para pelajar tentang kepentingan sikap suka menabung. Wang simpanan yang

diamanahkan kepada guru-guru masing-masing boleh digunakan untuk kegunaan

semua pelajar pada waktu-waktu kecemasan.

Hakikatnya, ibu bapa sendiri perlu menjadi model kepada anak-anak dengan

memastikan bahawa mereka sendiri mempunyai simpanan sebagai persediaan

menghadapi pelbagai kemungkinan pada masa hadapan. Janganlah bersikap seperti

ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul akhirnya anak-anak sendiri akan

mempertikaikan tabiat mereka yang tidak suka menabung. Masyarakat juga harus sedar

diri ketika berbelanja tambah-tambah lagi ketika menyambut sesuatu perayaan. Mereka

perlu mengelakkan diri daripada membeli barang-barang yang tidak diperlukan,

sebaliknya wang yang ada perlu disimpan untuk keperluan semasa terdesak.