latihan bahagian c

6
Arahan: Bina ayat bagi setiap nilai murni yang diberikan Bi l Nilai Murni / Pengajaran Penyataan 1 adil 2 amanah 3 baik hati 4 bekerjasama 5 berani 6 berazam, bercita- cita tinggi 7 berdikari 8 berdisiplin 9 berhati- hati,berwaspada 10 berhemah tinggi 11 berjimat-cermat 12 bersatu padu 13 bersimpati 14 bersopan-santun, peramah 15 bersyukur 16 bertanggungjawab 17 berterima kasih 18 bertoleransi 19 ikhlas 20 jujur Arahan: Bina ayat bagi setiap nilai murni yang diberikan

Upload: akmal-hazimin-bin-nazeri

Post on 14-Apr-2016

227 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

penulisan

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Bahagian c

Arahan: Bina ayat bagi setiap nilai murni yang diberikan

Bil

Nilai Murni / Pengajaran Penyataan

1 adil

2 amanah

3 baik hati

4 bekerjasama

5 berani

6 berazam, bercita-cita tinggi

7 berdikari

8 berdisiplin

9 berhati-hati,berwaspada

10 berhemah tinggi

11 berjimat-cermat

12 bersatu padu

13 bersimpati

14 bersopan-santun, peramah

15 bersyukur

16 bertanggungjawab

17 berterima kasih

18 bertoleransi

19 ikhlas

20 jujur

Page 2: Latihan Bahagian c

Arahan: Bina ayat bagi setiap nilai murni yang diberikan

21 kasih sayang

22 kebebasan

23 kesederhanaan

24 mematuhi undang-undang

25 mencintai alam sekitar

26 menepati masa

27 menghargai masa

28 menghormati

29 menjaga kebersihan fizikal

30 menjaga maruah / harga diri

31 patriotik

32 pemurah

33 prihatin

34 rajin,tekun,gigih

35 rasional

6 sabar

37 taat, patuh

38 tabah, cekal

39 tolong-menolong

40 yakin

Page 3: Latihan Bahagian c

Tuliskan nilai murni bagi penyataan di bawah.

bil Penyataan Nilai Murni1 bangun awal2 basuh tangan / mandi3 beratur di kantin4 berdiri tegak semasa nyanyian Negaraku5 bersarapan bersama keluarga6 bersembahyang7 beruniform sekolah dengan lengkap dan kemas8 gotong-royong9 hendak menjadi ahli perniagaan yang berjaya10 jangan suka membuang masa11 jangan suka meninggi diri12 keras kepala13 makan dengan tertip14 memandang ke kiri dan kanan sebelum melintas15 membaca buku16 memberi nasihat

Page 4: Latihan Bahagian c

17 memberi tempat duduk kepada orang tua18 memberi ucap selamat19 membuang paku di atas jalan20 memulangkan barang orang lain21 menderma / menghulurkan bantuan22 mengemas bilik tidur23 menghormati jiran24 mengucap terima kasih25 mengulang kaji pelajaran26 mengunci rumah / basikal27 mengutip sampah di kawasan sekolah28 Menolong ibu bapa29 menolong menjaga adik30 menumpangkan kawan31 menunggang basikal berhati-hati32 menutup suis kipas sebelum keluar kelas33 menyesal kerana tidak mendengar nasihat34 menyimpan wang35 menziarahi kawan yang sakit36 ringan tulang37 sampai awal ke sekolah38 tidak membantah pendapat rakan39 tidak meminta balasan setelah membantu40 tidak memperkecilkan orang lain

LATIHAN BAHAGIAN C

LATIHAN 01

Aiman seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Aiman selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Aiman juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Aiman. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu bapa/ orang lain

2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan.

Page 5: Latihan Bahagian c

3. Kasih saying – memberi nasihat / teguran

4. Menjaga kebersihan – makanan

5. Menjaga kesihatan – dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat

LATIHAN 02

Tema : Murid yang bersikap negative

Kamal murid Tahun 4 Anggerik. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Kamal tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Kamal.

JAWAPAN

1. Kita perlu menepati masa

2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran

3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain

4. Mesti bersikap jujur dan amanah

5. Mesti menghormati guru

LATIHAN 03

Page 6: Latihan Bahagian c

Ibu menyuruh Jumali ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Jumali menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu

2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan

3. Menghargai masa

4. Perlu jujur dan amanah

5. Bercakap benar /

LATIHAN 04

Siva membantu Zaid yang mengalami kecederaan semasa berlari dalam acara 4 x 100 meter. Dia membalut luka pada lutut Zaid dengan berhati-hati. Zaid menyesal kerana menuduh Siva mencuri duitnya. Zaid memohon maaf kepada Siva kerana berprasangka terhadapnya. Zaid menceritakan perkara yang sebenarnya. Duit Zaid sebenarnya tidak hilang tetapi tertinggal di dalam kereta ayahnya. Zaid berasa malu terhadap Siva kerana tidak bersikap adil kepadanya. Walaupun Zaid menuduh mencuri duitnya, tetapi Siva tidak berdendam dan sudi merawat lukanya. Siva telah memaafkan Zaid dan menghargai persahabatannya dengan Zaid selama ini.

Jawapan:

Nilai atau pengajaran daripada petikan di atas ialah kita mesti membantu rakan kita yang berada dalam kesusahan. Kita perlu menunjukkan sikap baik hati walaupun terdapat perselisihan faham sebelum ini. Perasaan dendam harus dielakkan dalam persahabatan. Selain itu berterus teranglah sekiranya terdapat keraguan. Sekiranya kita telah melakukan kesalahan, tindakan yang perlu adalah insaf atas kesalahan tersebut. Sikap pemaaf penting dalam menjalinkan semangat setiakawan.