latar belakang subjek dusun

9
4 | P a g e Latar Belakang Subjek Dalam tugasan ini kumpulan kami kajian untuk membuat kajian perbandingan adat resam perkahwinan etnik di sabah. Bagi tujuan ini kumpulan kami telah memilih kumpulan etnik pertama di sabah iaitu etnik bajau dan etnik dusun di Ssabah. Etnik Dusun Menurut Wikipedia terbitan 2104 mengatakan Dusun merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada sekumpulan suku kaum peribumi dalam rumpun Dusunic yang berasal dari Sabah (dahulu dikenali sebagai North Borneo). Terdapat kelompok kaum yang juga dipanggil Dusun berasal dan menetap di negara Brunei. Di wilayah Kalimantan Indonesia terdapat masyarakat Dayak yang turut dipanggil sebagai kaum Dusun namun pertaliannya dengan kaum Dusun Sabah masih kurang jelas walaupun terdapat beberapa persamaan linguistik dengan Kaum Dusun Sabah Panggilan terhadap suku-suku dalam kumpulan masyarakat Dusun dimulakan dengan perkataan Dusun, sebagai contoh Dusun Dumpas, Dusun Kimaragang, Dusun Liwan, Dusun Lotud, Dusun Tindal dan banyak lagi, merujuk kepada kumpulan sub-etnik Dusun yang diwakili. Asal Usul Dusun Menurut sumber akademik, terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah. Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara (T.R. Williams: 1965). Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-Dusun.Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965).Teori Ketiga, Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220).Teori Keempat, Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.Teori kelima, mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum Bunun di Taiwan. Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya Siminundu.

Upload: fready-fook-liew

Post on 24-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Latar Belakang Subjek Dusun

4 | P a g e

Latar Belakang Subjek

Dalam tugasan ini kumpulan kami kajian untuk membuat kajian perbandingan adat resam perkahwinan etnik di sabah. Bagi tujuan ini kumpulan kami telah memilih kumpulan etnik pertama di sabah iaitu etnik bajau dan etnik dusun di Ssabah.

Etnik Dusun

Menurut Wikipedia terbitan 2104 mengatakan Dusun merupakan istilah yang digunakan untuk

merujuk kepada sekumpulan suku kaum peribumi dalam rumpun Dusunic yang berasal dari Sabah

(dahulu dikenali sebagai North Borneo). Terdapat kelompok kaum yang juga dipanggil Dusun berasal

dan menetap di negara Brunei. Di wilayah Kalimantan Indonesia terdapat masyarakat Dayak yang

turut dipanggil sebagai kaum Dusun namun pertaliannya dengan kaum Dusun Sabah masih kurang

jelas walaupun terdapat beberapa persamaan linguistik dengan Kaum Dusun Sabah

Panggilan terhadap suku-suku dalam kumpulan masyarakat Dusun dimulakan dengan perkataan

Dusun, sebagai contoh Dusun Dumpas, Dusun Kimaragang, Dusun Liwan, Dusun Lotud, Dusun

Tindal dan banyak lagi, merujuk kepada kumpulan sub-etnik Dusun yang diwakili.

Asal Usul Dusun

Menurut sumber akademik, terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah. Pertama, kaum

Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia

Tenggara (T.R. Williams: 1965). Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira

aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat

Kadazan-Dusun.Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang

China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams:

1965).Teori Ketiga, Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan

Owen Rutter:19220).Teori Keempat, Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua

Madai.Teori kelima, mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum Bunun di Taiwan.

      Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari

keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya Siminundu. Walaubagaimanapun, kebenaran mitos ini

hanya didukung oleh masyarakat Dusun tradisional sahaja. Ekoran daripada kemasukan agama

fahaman monotheisme khususnya Islam dan Kristian maka generasi sekarang lebih bersifat logistik

dan telah mengenepikan mitos tradisional mengenai asal usul mereka yang bersifat metafizik. 

      Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman monotheisme di

kalangan masyarakat Dusun sejak tahun 1970-an, cara hidup orang Dusun mula berubah namun

demikian masih terdapat khazanah-khazanah berharga yang masih utuh dan tidak dimakan zaman.

Khazanah-khazanah berharga ini merujuk kepada warisan cara hidup tradisi dari segi adat, sistem

kepercayaan tradisional, budaya dan sebagainya termasuklah dari sudut kesenian. Kesenian

merupakan salah satu aspek warisan yang kekal dan terpelihara sehingga sekarang ekoran

Page 2: Latar Belakang Subjek Dusun

4 | P a g e

pengaplikasiannya ke dalam kehidupan seharian. Hal ini senang diaplikasikan dalam kehidupan

masyarakat Dusun sehingga sekarang disebabkan tidak memerlukan proses yang sukar, tambahan

pula aspek kesenian ini boleh diikuti dengan mudah dan jarang bertentangan dengan hukum agama

monotheisme yang dianuti oleh masyarakat Dusun sekarang ini.

Taburan penduduk dusun di Sabah

    Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari

penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran,

Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau

adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta

menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat

dan kawasan pendalaman.

Page 3: Latar Belakang Subjek Dusun

4 | P a g e

MASYARAKAT BAJAU

Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya

adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum dalam

kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan

masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud.

ASAL USUL ETNIK BAJAU

Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang

mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula

yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku.

Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau

Maluku, kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal

oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati

bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari

Yunan menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum

Masehi iaitu

3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan

Lautan Pasifik1. Oleh sebab bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro,

maka mereka adalah Melayu tulen.

Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu

Pala’u (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Sehingga tahun 1950-an, Pala’u tinggal

di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi; mereka hanya mendarat di

tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar, untuk

mendapatkan keperluan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki lepa mereka.

Mereka juga bukan penganut agama Islam. Justeru itu, terdapat dalam kalangan

orang-orang Samah yang tidak mengakui Pala’u sebagai Bajau oleh sebab

kesuluruhan Samah adalah beragama Islam.

Page 4: Latar Belakang Subjek Dusun

5 | P a g e

Daripada segi bahasa dan pertuturan, bahasa Bajau mempunyai lebih daripada

20 subdialek. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka menunjukkan terdapat

sekurang- kurangnya 26 subdialek bahasa Bajau.

Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum

Bajau kebanyakannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak

jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini

merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di

Sabah. Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang

sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah.

Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir iaitu kegiatan utamanya ialah

pelanunan serta penangkapan ikan. Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran

menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di

Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi

gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah". Semasa dalam majlis tertentu seperti pesta

dan hari perayaan, penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam pakaian

berwarna-warni malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti penunggang juga

Page 5: Latar Belakang Subjek Dusun

5 | P a g e

Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah kebanyakkannya

menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke Kota Belud. Bagi kaum Bajau yang

berada di bahagian pantai Timur Sabah , mereka masih mengamalkan kehidupan

tradisional seperti kegiatan menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau

Laut. Walaubagaimanapun orang-orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini

kebanyakkannya

Page 6: Latar Belakang Subjek Dusun

6 | P a g e

telah menetap di darat atau di perkampungan tepian pantai. Segelintir daripada

mereka masih lagi tinggal dalam perahu yang merantau ke sana-sini iaitu Lepa. Kaum

wanita Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam

dengan

kain berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih.

Di Sabah, 6 bahasa Bajau digunakan dan semuanya berasal daripada keluarga

Sama-Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara

jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka

dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai

Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Kaum

Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazan dusun dari segi akitviti

ekonomi, perdagangan, perhubungan sosial serta kebudayaan.

Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi

mereka iaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka dengan beras orang

Kadazan. Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga

dapat dilhat dari segi kesenian material, muzik dan juga rekabentuk bangunan.

Page 7: Latar Belakang Subjek Dusun

6 | P a g e