laporan timbalan pengerusi

2
ULASAN / KOMEN TIMBALAN PENGERUSI PROJEK Saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya kami, siswa dan sisw i Seme ster IV, Univ ersi ti Utar a Mala ysia tela h ber jaya mela ksa nak an Pro jek Khidmat Masyarakat IV yang diadakan pada 12 Disember 2010 bertempat di Kampung Stutong Baru, Kuching dengan lancar dan berkesan. Pro jek Khidmat Masyar aka t IV yan g tela h dia dak an pad a 12 Dis embe r 201 0 ini telah menc apa i matlamat yan g tela h dite tap kan di samp ing bert ujua n unt uk mend apa tkan keputusan yang cemerlang dala m sub jek VRS 041 dan saya berdoa semoga seg ala pengorbanan dan komitmen semua ahli komuniti akan mendapat ganjaran dan pulangan yang setimpal dan sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang bagi modul Khidmat Masyarakat IV ini. Saya percaya bahawa setiap AJK yang telah dilantik telah menjalankan tugas dan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan paling penting sekali, ia mampu memberi kesan positif kepada setiap individu yang terlibat terutamanya peserta kursus yang merupakan penduduk Kampung Stutong Baru. Saya amat berbangga kerana setiap ahli komuniti telah saling bantu membantu antara satu sama lai n dan member i kerja sama yang padu sepanja ng pro jek ini di rancang dan dilaksanakan. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan pengacara majlis kerana telah menyahut cabaran untuk menjadi pasangan pengacara pada hari tersebut. Itulah dikatakan ’kalau tidak dipecah ruyong, manakan dapat sagunya’. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kepada pihak Penghulu Kampung Stutong Baru, penduduk kampung yang telah sudi meluangkan masa dan memberikan komitmen

Upload: sharfielaz

Post on 03-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

 

ULASAN / KOMEN TIMBALAN PENGERUSI PROJEK

Saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya kami, siswa

dan siswi Semester IV, Universiti Utara Malaysia telah berjaya melaksanakan Projek

Khidmat Masyarakat IV yang diadakan pada 12 Disember 2010 bertempat di Kampung

Stutong Baru, Kuching dengan lancar dan berkesan.

Projek Khidmat Masyarakat IV yang telah diadakan pada 12 Disember 2010 ini telah

mencapai matlamat yang telah ditetapkan di samping bertujuan untuk mendapatkan

keputusan yang cemerlang dalam subjek VRS 041 dan saya berdoa semoga segala

pengorbanan dan komitmen semua ahli komuniti akan mendapat ganjaran dan pulangan

yang setimpal dan sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang bagi modul Khidmat

Masyarakat IV ini.

Saya percaya bahawa setiap AJK yang telah dilantik telah menjalankan tugas dan peranan

masing-masing dengan sebaik mungkin bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar 

dan paling penting sekali, ia mampu memberi kesan positif kepada setiap individu yang

terlibat terutamanya peserta kursus yang merupakan penduduk Kampung Stutong Baru.

Saya amat berbangga kerana setiap ahli komuniti telah saling bantu membantu antara satu

sama lain dan memberi kerjasama yang padu sepanjang projek ini dirancang dan

dilaksanakan. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan pengacara majlis kerana

telah menyahut cabaran untuk menjadi pasangan pengacara pada hari tersebut. Itulah

dikatakan ’kalau tidak dipecah ruyong, manakan dapat sagunya’.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kepada pihak Penghulu Kampung Stutong

Baru, penduduk kampung yang telah sudi meluangkan masa dan memberikan komitmen

 

yang sangat baik dan AeroBase Sdn Bhd kerana telah berkerjasama melaksanakan projek

ini. Sekalung tahniah dan sejuta penghargaan diucapkan kepada Encik Yusman Bin Yacob

selaku Penyelaras projek kerana atas nasihat dan bimbingan beliau projek ini telah berjaya

dilaksanakan. Tidak lupa juga kepada penaja lokasi yang telah sudi memberi keizinan

kepada kami untuk menjalankan projek ini di tempat beliau. Selain itu, ribuan terima kasih

diucapkan kepada para penaja dan penderma yang telah memberi sumbangan berupa

wang tunai, barangan, dan hamper bagi menjayakan projek ini.

Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang berpuas hati dengan

projek ini atau dengan pemilihan AJK yang telah dibuat. Saya juga ingin memohon maaf 

sekiranya saya ada mengguris perasaan mana-mana pihak sepanjang saya menjalankan

tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi bagi projek ini.

Sesungguhnya apa yang baik itu, datang dari Allah S.W.T dan apa yang buruk itu adalah

dari kelemahan dan kekhilafan saya sendiri.

Disediakan Oleh,

(ROSILAWATI BINTI JUNAIDI)

Timbalan Pengerusi Projek

Khidmat Masyarakat IV