smk seksyen 19 jalin kerjasama karangkraf, perangsang...

8
1/7 SMK Seksyen 19 jalin kerjasama Karangkraf, Perangsang bantu tingkat prestasi pelajar Nazirul Abdul Razak | 15 Oktober 2018 Muhammad Nasir menanam pokok mangga harum manis sebagai simbolik bumi hijau pada Program Singgah Mesra Perangsang Selangor sambil dibantu Putri Roslawati dan Mohd Fauzi. SHAH ALAM - Buat julung kalinya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 mengadakan kerjasama agensi luar dalam menganjurkan aktiviti sekolah. Pengetuanya, Putri Roslawati Hashim berkata, kali ini pihak sekolah mengadakan Program Singgah Mesra Perangsang Selangor sempena majlis penutup Bulan Kebangsaan. “Saya lihat pelajar sangat gembira dengan persembahan dan pertandingan yang diadakan dan saya harap kami mendapat sokongan daripada pihak luar bukan sahaja dari segi kepakaran bahkan dana untuk membangunkan sekolah dan kecemerlangan pelajar. "Jika program dalam sekolah nampak kecil saja namun dengan kerjasama komuniti luar ia mampu menjadi program yang besar," katanya.

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1/7

SMK Seksyen 19 jalin kerjasama Karangkraf, Perangsang bantu tingkat prestasi pelajar Nazirul Abdul Razak | 15 Oktober 2018

Muhammad Nasir menanam pokok mangga harum manis sebagai simbolik bumi hijau pada Program Singgah

Mesra Perangsang Selangor sambil dibantu Putri Roslawati dan Mohd Fauzi.

SHAH ALAM - Buat julung kalinya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 mengadakan kerjasama agensi luar dalam menganjurkan aktiviti sekolah.

Pengetuanya, Putri Roslawati Hashim berkata, kali ini pihak sekolah mengadakan Program Singgah Mesra Perangsang Selangor sempena majlis penutup Bulan Kebangsaan.

“Saya lihat pelajar sangat gembira dengan persembahan dan pertandingan yang diadakan dan saya harap kami mendapat sokongan daripada pihak luar bukan sahaja dari segi kepakaran bahkan dana untuk membangunkan sekolah dan kecemerlangan pelajar.

"Jika program dalam sekolah nampak kecil saja namun dengan kerjasama komuniti luar ia mampu menjadi program yang besar," katanya.

2/7

Kata beliau, melalui jalinan kerjasama ini akan membuka minda pelajar bahawa agensi luar turut membantu mereka bagi mengembangkan potensi diri.

Pada program itu pertandingan nyanyian lagu patriotik turut diadakan dengan diserikan persembahan artis Ewal AF.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, YDP PIBG SMK Seksyen 19, Hashim Anang, Pengarah Bersekutu Perhubungan Awam Media dan CSR, Mohd Fauzi Mohd Ghazali dan Penyair Negara, Ahmad Sarju.

Sementara itu, Muhammad Nasir dalam ucapan perasmiannya berkata kemerdekaan itu sebenarnya bukan hanya pada laungan tetapi dalam jiwa kita sejauh mana kita merdeka.

"Merdeka itu bukanlah kita tertakluk kepada sesuatu perkara tetapi kepuasan kita dalam mendapat sesuatu.. jika tercapai apa yang diinginkan maka merdekalah kita," katanya.

Juri pertandingan nyanyian lagu patriotik pada Program Singgah Mesra Perangsang Selangor.

Antara peserta pertandingan nyanyian lagu patriotik menunggu giliran untuk membuat persembahan

3/7

Pelajar SMK Seksyen 19 menyaksikan persembahan rakan mereka dalam pertandingan nyanyian lagu patriotic

Aksi pelajar SMK Seksyen 19 ketika menyanyikan lagu patriotic

Putri Roslawati (kiri) bersama Penyair Negara, Ahmad Sarju sebelum program bermula.

4/7

Pameran koleksi pemain bola sepak legenda tanah air turut dipamerkan

Ahmad Sarju ketika menyampaikan syair

Pelajar bertuah dapat membuat persembahan bersama Ahmad Sarju

5/7

Pelajar ini mengambil peluang untuk mendapatkan tandatangan Penyair Negara

Dari kiri: Ahmad Sarju, Muhammad Nasir, Putri Roslawati dan Ewal AF

Guru Pendidikan Khas, Nor Farehah Mustafa tekun menghasilkan gelang manik untuk pelajarnya

6/7

Ewal AF menghiburkan warga SMK Seksyen 19

Putri Roslawati

Muhammad Nasir

7/7

Putri Roslawati menyampaikan cenderamata kepada Muhammad Nasir

Johan pertandingan nyanyian lagu patriotik meraikan kemenangan

Mohd Fauzi menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Sarju sebagai tanda penghargaan

8/7

Putri Roslawati menyampaikan cenderamata kepada Fauzi

https://www.gpsbestari.com/berita/selangor/smk-seksyen-19-jalin-kerjasama-karangkraf-perangsang-

bantu-tingkat-prestasi-pelajar-1.892004