laporan tahunan 2018 - pphm

92
LAPORAN TAHUNAN 2018 www.pphm.com.my

Upload: others

Post on 28-Oct-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 8w w w . p p h m . c o m . m y

Page 2: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

KANDUNGAN

01 02 03

LAPORAN TAHUNAN 2018PERBADANAN PERWIRA HARTA MALAYSIA

MAKLUMAT KORPORAT

06VISI

07MISI

08LATAR BELAKANG

09FUNGSI

PENGURUSAN

12 LEMBAGA PENGARAH

14CARTA ORGANISASI

16PERUTUSAN PENGERUSI

TADBIR URUS

24 PERNYATAAN TADBIR URUS KORPORAT

30PERNYATAAN KAWALAN DALAMAN

34ANALISIS PRESTASI KEWANGAN

Page 3: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

04 05 06LAPORAN PROJEK

3931 RAD KAJANG

40TUDM KUANTAN

41TUDM SENDAYAN

42PGU, PDRM SUBANG

43TUDM SUBANG

44TUDM SUBANG (NADOC)

45WISMA BINTARA

46SEGARI, PERAK

47PARSEL 2D

48PARSEL 2C

49PARSEL 3A

PENYATA KEWANGAN

52LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

56PERNYATAAN PENGERUSI DAN SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH

57PENGAKUAN OLEH PEGAWAI UTAMA YANG BERTANGGUNGJAWAB

58PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

60PENYATA PENDAPATAN DAN PENDAPATAN KOMPREHENSIF LAIN

61PENYATA PERUBAHAN EKUITI

62PENYATA ALIRAN TUNAI

64NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

IMBASAN

88SOROTON 2018

90AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

Page 4: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

MAKLUMATKORPORAT

Page 5: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

MAKLUMATKORPORAT

VISI

MISI

LATAR BELAKANG

FUNGSI

Page 6: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

VISIMenjadi antara organisasi terkemuka dalam industri pembangunan dan pembinaan yang khusus dalam pemasangan dan gabungan teknologi bidang pertahanan.

06 | Maklumat Korporat

Page 7: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

MISIUntuk memberikan

pulangan dividen yang positif dan berterusan

kepada LTAT.

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 07

Page 8: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

LATAR BELAKANG

Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) telah ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1984 mengikut kuasa yang diberi oleh Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. Perbadanan ini ditubuhkan di atas nasihat Panel Pelaburan dengan kelulusan Menteri Pertahanan dan persetujuan Menteri Kewangan. Perintah ini telah diwartakan dan berkuatkuasa mulai 26 Januari, 1984.

Fungsi-fungsi Perbadanan mengikut Perintah ini ialah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

08 | Maklumat Korporat

Apa-apa bentuk aktiviti

perniagaan berhubung

dengan membekal

perkhidmatan, pengurusan

dan pembiayaan.

Apa-apa bentuk aktiviti perniagaan berhubung dengan

pengambilan, pembelian, pemilikan,

penyewaan, pemajakan, pembinaan,

pembangunan dan penjualan harta-

harta.

Page 9: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

FUNGSI

BIDANG

Fungsi-fungsi Perbadanan yang dinyatakan adalah bertujuan membolehkan Perbadanan mengambil bahagian dalam sektor perumahan dan segala urusan senggaraan harta bagi pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Untuk menjayakan hasrat ini, Perbadanan menumpukan sasaran kepada Enam Bidang berikut:

Mengambil bahagian dalam bidang pembinaan dan kerja-kerja kejuruteraan awam sama ada secara persendirian atau melalui syarikat-syarikat usahasama.

Memberi khidmat pengurusan projek kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan badan-badan yang lain yang memerlukan kepakaran tersebut.

Pengedar bahan-bahan binaan untuk projek-projek pembinaan.

Memberi khidmat mengurus dan menyelenggara bangunan.

Pemaju perumahan.

1

5

3

4

6

2

Memberi khidmatinsurans.

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 09

Page 10: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PENGURUSAN

Page 11: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PENGURUSANLEMBAGA PENGARAH

CARTA ORGANISASI

PERUTUSAN PENGERUSI

Page 12: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

LEMBAGA PENGARAH

12 | Pengurusan

YBHG. LT. JEN. TAN SRI DATO’ SERI ABDUL GHANI BIN ABDUL

AZIZ (BERSARA)

Pengerusi

PSM, SPTS, SIMP, DPMK, BK, rcds,jt. MA (Lancaster), MHSC

(IIUM)

YBHG. DATO’ SRI GHAZALI BIN MOHD ALI

Lembaga Pengarah

SSAP, DIMP

YBHG. MEJ. JEN. DATUK DR. NORDIN BIN YUSOF (BERSARA)

Lembaga Pengarah

DSP, DPMJ, DSDK, PAT, JSM, SMJ, KMN, BBS, PPA, YDN,

[INDON], AMBIM

Page 13: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

YBHG. DATUK ISKANDAR BIN SARUDIN

Lembaga Pengarah

DMSM, JSM

YBRS. PUAN NIK AMLIZAN BINTI MOHAMED

Lembaga Pengarah

KETUA EKSEKUTIFLEMBAGA TABUNG ANGKATAN

TENTERA

YBRS. PUAN MASTURA BINTI AHMAD MUSTAFA

Lembaga Pengarah

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PEMBANGUNAN) KEMENTERIAN PERTAHANAN

MALAYSIA

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 13

Page 14: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

CARTA ORGANISASI

14 | Pengurusan

BAHAGIAN KHIDMAT

SOKONGAN

BAHAGIANAUDIT

DALAMAN

LEMBAGAPENGARAH

LEMBAGAPEROLEHAN

JAWATANKUASA AUDIT

JABATAN KEWANGAN

JABATAN PENTADBIRAN DAN SUMBER

MANUSIA

JABATANPROJEK A

JABATANPROJEK B

PENGURUS BESAR

Syed Ridzuan bin Syed Idrus Alhabshi

Page 15: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 15

UNITPROJEK

UNITOPERASI

PENGURUS KEWANGAN

Rami Usni binti Mohamad

Kamarudin Hilmi

UNIT SUMBER MANUSIA

UNITPENTADBIRAN

UNITTEKNOLOGI MAKLUMAT

PENOLONGPENGURUS

Nur ‘Amirah binti Abdullah

UNIT TEKNIKAL DAN HARTANAH

UNITKONTRAK

UNIT PEMASARAN

DAN KAWALAN KREDIT

BANGUNAN LTAT,

KUALA LUMPUR

KOMPLEKS PERUSAAN LTAT,

SHAH ALAM

GUDANG DKSH,KLANG

PENOLONGPENGURUS BESAR

(PROJEK)

Mohd Kamal bin Shukor

PENOLONGPENGURUS BESAR

(PEMBINAAN)

Lai Shaw Foon

UNIT PROJEK 1

UNIT KONTRAK

UNIT PROJEK 3

UNIT M & E

UNIT PROJEK 2

UNIT TEKNIKAL

UNIT JADUAL

UNIT QSHE

UNIT DC

PENOLONGPENGURUS BESAR

(KONTRAK)

Azlina binti Shaik Khalid

PENOLONGPENGURUS BESAR

(PROJEK)

Hishamuddin bin Abu Bakar

PENOLONGPENGURUS BESAR

(PROJEK)

Hassan bin Samion

PENGURUS

Musta¡a bin Bakar

RUMAH REHAT LTAT,

PORT DICKSON

TANAH AMPANG,KUALA LUMPUR

Page 16: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PERUTUSAN PENGERUSI

16 | Pengurusan

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim,

Bagi pihak Lembaga Pengarah Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan

Penyata Kewangan Perbadanan Perwira Harta Malaysia bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2018.

Laporan tahunan ini merupakan satu platform bagi menerangkan dengan lebih terperinci pencapaian PPHM bagi tahun kewangan yang lalu.

Sejak ditubuhkan 34 tahun yang lalu, PPHM telah mengatur dan menjalankan pelbagai perancangan dalam memastikan misi dan visinya tercapai. Pada amnya, melalui keuntungan tahunan yang diperolehi, setiap tahun PPHM melaksanakan pembayaran dividen tahunan kepada LTAT dan menyalurkan pelbagai sumbangan untuk kebajikan ahli-ahli anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, PPHM telah berjaya mengharungi tahun 2018 yang merupakan 1 tahun yang penuh dengan cabaran. Walaupun berhadapan dengan berbagai cabaran, PPHM masih mampu terus menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Page 17: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 17

LT JEN TAN SRI DATO’ SERI ABDUL GHANI BIN ABDUL AZIZ (BERSARA)PSM, SPTS, SIMP, DPMK, BK, rcds,jt. MA (Lancaster), MHSC (IIUM)

Pengerusi

Page 18: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

18 | Pengurusan

AKTIVITI UTAMA DAN PELAKSANAAN PROJEK

Walaupun berhadapan dengan berbagai cabaran, PPHM masih mampu kekal sebagai Kontraktor Gred G7 dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk membolehkan PPHM mengendalikan projek-projek mega tanpa had. PPHM juga telah diiktiraf sebagai sebuah agensi Bumiputera oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Tumpuan PPHM masih kepada pembangunan projek-projek pembinaan perumahan, infrastruktur dan pengurusan harta tanah untuk LTAT.

Sebagai Pemaju Hartanah, PPHM komited dalam terus membina lebih banyak rumah-rumah idaman mampu milik untuk ditawarkan kepada anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat atau telah bersara serta keluarga mereka di bawah Projek Pembinaan Perumahan Parsel 2C dan Parsel 3A di Taman LTAT.

Pihak PPHM bersama-sama dengan pihak LTAT telah menjalinkan usahasama dengan pihak kerajaan melalui Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi merealisasikan projek ini. Bagi Parsel 2C, pembinaan bangunan kediaman yang mengandungi 2,000 unit rumah kediaman dibahagikan kepada dua pakej. Pakej 1 merupakan kerja-substruktur dan telah siap sepenuhnya pada 18 Mei 2017 manakala pakej ke-2 iaitu kerja-kerja superstruktur pula telah dimulakan pada 19 Julai 2017 dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2020.

Projek perumahan Parsel 3A Taman LTAT pula, mengandungi 580 unit rumah kediaman jenis Pangsapuri dan dibahagikan kepada 2 pakej dimana pembinaan pakej 1 telah dimulakan pada 1 November 2016 dan dijangka siap pembinaan sepenuhnya pada Mei 2019. Manakala pakej ke-2 pula aktiviti pembinaan di tapak telah mula dijalankan pada 16 Disember 2016 dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2020.

Bagi projek Parsel 2D Kompleks Niaga Taman LTAT yang mengandungi 19 Lot Kedai Pejabat 2 & 3 tingkat, kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 21 Ogos 2017 dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2019.

Satu lagi projek yang masih dalam peringkat perlaksanaan 2018 adalah Projek Perpindahan dan Pembinaan Semula Fasiliti Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL) iaitu merupakan projek penstrukturan dan pembinaan semula kemudahan-kemudahan di Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sembilan (9) lokasi berlainan untuk membolehkan PUKL dibangunkan sebagai Bandar Malaysia. Perpindahan dan penempatan semula ini selaras dengan usaha modenisasi dan menaik taraf fasiliti TUDM berdasarkan keperluan masa kini.

PPHM telah ditawarkan kontrak PUKL oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd dengan harga RM2.1 billion pada tahun 2013 dan terlibat dengan merekabentuk, membina, melengkap dan melaksanakan kemudahan dan infrastruktur untuk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Adalah dijangkakan keseluruhan projek ini akan dapat disiapkan sepenuhnya mengikut jadual walaupun PPHM menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan di luar kawalannya.

Pada masa yang sama, PPHM juga telah diberi tanggungjawab oleh LTAT untuk melaksanakan pembinaan Kompleks Wisma Bintara ATM di Kem KEMENTAH, Kementerian Pertahanan di atas tanah seluas 3.952 ekar. Projek Wisma Bintara ATM yang terletak di atas tanah seluas 1.671 ekar di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur melibatkan pembinaan 1 blok bangunan setinggi 10 tingkat yang mengandungi 200 bilik penginapan serta kemudahan prasarana untuk Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK). Tempoh pembinaan ini mengambil masa 24 bulan dan telah bermula pada 3 Julai 2017.

Page 19: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PENCAPAIAN KEWANGAN

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, PPHM telah mencatat perolehan operasi berjumlah RM15,924,318 berbanding RM21,403,222 bagi tahun 2017 iaitu berkurangan sebanyak 0.26%. Perolehan PPHM disumbangkan oleh aktiviti-aktiviti pembinaan, pengurusan projek, penyelenggaraan bangunan, faedah simpanan jangka pendek di bank dan komisen sebagai ejen insurans.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, PPHM telah mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai sebanyak RM5,405,920 berbanding RM18,433,331 yang diperolehi bagi tahun 2017, berkurangan sebanyak 0.71%.

Akaun Berkumpulan yang dikonsolidasikan bersama Pembinaan Perwira Harta Sdn Bhd, sebuah syarikat subsidiari telah merekodkan Keuntungan Sebelum Cukai berjumlah RM9,806,626 berbanding RM18,409,502 bagi tahun 2017, berkurangan sebanyak 0.47%.

Pangkalan Udara PDRM IPOH

Telah siap pembinaan pada

13 JUN 2015Pangkalan Udara

TUDM BUTTERWORTH

Telah siap pembinaan pada 29 OGOS 2016

Pangkalan Udara TUDM GONG

KEDAK

Telah siap pembinaan pada

6 SEPTEMBER 2016

Kem Rejimen ARTILERI

DIRAJA KAJANG

Telah siap pembinaan pada 23 OGOS 2017

Pangkalan Udara PDRM SUBANG

Dijangka siap pembinaan pada suku kedua 2019

Pangkalan UdaraTUDM

SENDAYAN

Dijangka siap pembinaan pada suku kedua 2019

Pangkalan Udara TUDM SUBANG

dan SUBANG NADOC

Dijangka siap pembinaan pada suku kedua 2019

Pangkalan Udara TUDM KUANTAN

Dijangka siap pembinaan pada suku kedua 2019

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 19

Page 20: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

20 | Pengurusan

PROJEK-PROJEK TERKINI DAN MASA HADAPAN

PPHM akan membangunkan salah satu projek bagi pihak LTAT dan UiTM iaitu membina Residensi Motel/Hostel bangunan setinggi 3 tingkat di tapak UiTM Puncak Alam, Selangor. Pembinaan kemudahan penginapan 3 tingkat serba lengkap ini mempunyai 39 bilik yang bakal memanfaatkan pelajar-pelajar di UiTM Kampus Puncak Alam dan para pelawat dengan mengambil kira anggaran kos pembangunan projek berjumlah RM8 juta. Pembinaan dijangka akan dimulakan pada suku kedua 2019 dan dijangka siap pada suku pertama 2021.

PPHM juga telah dilantik oleh LTAT sebagai pemaju untuk melaksanakan projek Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak di Segari, Perak di bawah Program Kemajuan Perumahan Perwira Kerajaan Negeri Perak (PKPPNP) untuk mendirikan 304 unit kediaman rumah teres 1 tingkat. Pembinaan projek ini telah bermula pada Mei 2017 dan dijangka siap pada April 2020.

Rumah Teres

tingkat

RM

kakipersegi

unit

1900

100,000

181

Rumah Teres

tingkat

RM

kakipersegi

unit

11,000

135,000

123

Realiti cabaran yang akan dihadapi oleh PPHM di masa akan datang merupakan persaingan semasa dalam teknologi pembinaan yang kian berkembang berlatarkan persekitaran pelaburan yang terus berada dalam keadaan tidak menentu. Ekonomi global dijangka akan terus mengalami pertumbuhan kurang memberangsangkan dan seterusnya akan memberi kesan terhadap pendapatan PPHM.

Oleh itu, PPHM akan menilai secara praktis amalan semasa dan kaedah yang sesuai untuk menjana produktiviti PPHM dengan perlu menjadi lebih agresif untuk merebut dan memastikan peluang-peluang baru dapat diwujudkan.

PENGHARGAAN

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya merakamkan penghargaan kepada para pelanggan, badan-badan perniagaan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan terutamanya Kementerian Pertahanan Malaysia dan LTAT di atas sokongan dan keyakinan berterusan yang telah diberikan kepada PPHM. Semoga kerjasama serta keakraban yang terjalin ini akan terus kekal dan berterusan demi mencapai kecemerlangan bersama.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YBrs. Puan Nik Amlizan binti Mohamed, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera di atas pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah PPHM yang berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2018. Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada YBrs. Puan Mastura binti Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan di atas pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah PPHM yang berkuatkuasa mulai 1 November 2018. Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada YBhg Dato’ Halimi bin Abd Manaf, mantan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan Malaysia yang kini Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, yang telah menjadi ahli Lembaga Pengarah PPHM daripada 21 Ogos 2017 hingga 30 Jun 2018.

Page 21: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 21

Tidak dilupakan, PPHM menghargai sumbangan idea, pengalaman dan perkongsian sumber oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah PPHM. Saya, secara peribadi juga ingin merakamkan terima kasih di atas dedikasi, usaha murni dan sumbangan mereka yang tidak berbelah bagi di dalam membantu memperbaiki pencapaian PPHM bagi tahun 2018. Sesungguhnya PPHM komited untuk mencipta nilai mampan dan berkongsi kejayaan kami dengan anda semua.

Ucapan terima kasih disampaikan kepada seluruh warga kerja PPHM yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan tanggungjawab di PPHM. Saya berharap usaha ini perlu ditingkatkan lagi di tahun akan datang dan untuk memastikan semua projek-projek yang dirancang atau sedang dilaksanakan dapat disiapkan mengikut jadual dan peruntukan yang ditetapkan.

LT JEN TAN SRI DATO’ SERI ABDUL GHANI BIN ABDUL AZIZ (BERSARA)PSM, SPTS, SIMP, DPMK, BK, rcds,jt. MA (Lancaster), MHSC (IIUM)

Pengerusi

Page 22: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM
Page 23: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PERNYATAAN TADBIR URUS

KORPORAT

Page 24: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PERNYATAAN TADBIR URUS KORPORAT

Komposisi Lembaga Pengarah dan Pengurusan

PPHM mengiktiraf kepentingan peranan yang dimainkan oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan di dalam pembentukan dan penentuan hala tuju dan operasinya. Perbadanan diterajui dan diurus oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan yang berpengalaman dan mahir dengan pelbagai latar belakang seperti bidang pembinaan, kejuruteraan, kewangan, ekonomi, perkhidmatan awam, pengurusan dan perakaunan untuk memastikan pencapaian kejayaan strategik PPHM secara menyeluruh. Lembaga Pengarah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keseluruhan urus tadbir korporat termasuk hala tuju pembangunan strategiknya serta menetapkan matlamat untuk pengurusan dan memantau pencapaian matlamat tersebut.

Integriti Lembaga Pengarah

Keputusan Lembaga Pengarah tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan sekiranya terdapat percanggahan kepentingan, Pengarah yang berkenaan dikehendaki mengecualikan diri dalam apa-apa pertimbangan dan pengundian dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan mereka atau yang berkaitan pemegang saham yang diwakili mereka. Lembaga Pengarah adalah badan yang dibentuk untuk mentadbir dan mengurus PPHM. Fungsi Lembaga Pengarah juga adalah untuk menggubal dasar-dasar pentadbiran dan pengurusan serta memastikan PPHM mencapai objektifnya dengan sempurna dan cemerlang.

Mesyuarat Lembaga Pengarah

kali

SETAHUN

Lembaga Pengarah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun. Pada setiap mesyuarat, Lembaga Pengarah menimbang dan meluluskan cadangan berkaitan dasar dan strategi,

operasi dan pentadbiran, dan isu-isu PPHM serta menimbang dan meluluskan Penyata Kewangan PPHM. Kesemua Lembaga Pengarah diberikan maklumat yang perlu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah lebih awal bagi membolehkan mereka mendalami isu-isu berkaitan dan membuat keputusan yang tepat dan dapat mengambil bahagian sepenuhnya dalam mesyuarat berkenaan. Bagi membantu Lembaga menjalankan tugasnya, Lembaga boleh mendapatkan khidmat dan nasihat professional yang bebas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Imbuhan Lembaga Pengarah

Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1984 telah menyatakan bahawa ahli Lembaga Pengarah boleh dibayar apa-apa elaun, sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri.

Lembaga Perolehan

Lembaga Perolehan ditubuhkan bagi memeriksa dan memastikan yang semua salinan pendaftaran syarikat dengan Kementerian/PKK, iklan pelawaan tender, penentuan (spesifikasi), dokumen tender perolehan dan pengendalian tender dilaksanakan secara telus dan mengamalkan urus tadbir korporat yang terbaik. Lembaga Perolehan dikehendaki membuat syor kepada Lembaga Pengarah berkenaan sesuatu tender dengan mengambil kira faktor-faktor seperti harga, perkhidmatan/ kegunaan barangan, kuantiti, kualiti dan tempoh penyerahan/ penyiapan.

24 | Pernyataan Tadbir Urus Korporat

Page 25: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

Keahlian:

PengerusiYBhg Dato’ Sri Ghazali bin Mohd Ali.

AhliYBhg Mej Jen Datuk Dr Nordin binYusof (Bersara).

AhliYBhg Datuk Iskandar bin Sarudin.

Pihak Berkuasa Tatatertib

Pihak Berkuasa Tatatertib mempunyai bidang kuasa dalam semua perkara yang diperuntukkan dalam Peraturan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (Kelakuan dan Tatatertib) 2002 berhubung dengan kelakuan dan tatatertib pegawai PPHM. Pihak Berkuasa Tatatertib ini mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa hukuman tatatertib yang diperuntukkan dalam Peraturan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (Kelakuan dan Tatatertib) 2002. Dalam menjalankan fungsi-fungsinya di bawah peraturan ini, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mematuhi prinsip-prinsip dan prosedur yang dinyatakan dalam peraturan ini. Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah bermesyuarat pada tarikh, tempat dan pada masa yang ditentukan oleh Pengerusi dan segala perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah diputuskan mengikut kelebihan undi dan sekiranya undi itu sama banyak Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Keahlian (Kumpulan Gred A,B dan C):

PengerusiYBhg Datuk Iskandar bin Sarudin.

AhliYBhg Mej Jen Datuk Dr Nordin binYusof (Bersara).

AhliYBrs. Puan Mastura binti AhmadMustafa.

AhliKosong (Timbalan Pengurus Besar).

Setiausaha Nur `Amirah binti Abdullah.

Keahlian (Kumpulan Gred D dan E):

PengerusiSyed Ridzuan bin SyedIdrus Alhabshi.

AhliRami Usni binti MohamadKamarudin Hilmi.

SetiausahaNur `Amirah binti Abdullah.

Jawatankuasa Audit

Jawatankuasa Audit ditubuhkan bagi membantu Lembaga dalam mengkaji, menilai dan melapor perkara berkaitan pengauditan yang merangkumi pelan audit, dasar dan prosedur dalaman, membincang Laporan Audit Dalaman dan Laporan Ketua Audit Negara dan memastikan keberkesanan Sistem Kawalan Dalaman PPHM. Jawatankuasa ini bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam tempoh setahun atau seperti yang ditentukan oleh Pengerusinya.

MESYUARATJAWATANKUASA AUDIT

Mesyuarat 1/2018 - 20 Januari 2018

Mesyuarat 2/2018 - 12 Julai 2018

Mesyuarat 3/2018 - 23 November 2018

Keahlian:

PengerusiYBhg Mej Jen Datuk Dr Nordin binYusof (Bersara).

AhliYBhg Dato’ Sri Ghazali bin Mohd Ali.

Ahli

3 daripada 3 mesyuarat

3 daripada 3 mesyuarat

1 daripada 3 mesyuaratYBhg Datuk Iskandar bin Sarudin.

SetiausahaPuteri Rozita Abdul Rahman.

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 25

Page 26: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

TANGGUNGJAWAB DAN PENGAUDITAN

Laporan Kewangan

PPHM sebagai sebuah Badan Berkanun adalah dikehendaki untuk mengemukakan akaunnya kepada Jabatan Audit Negara bagi tujuan pengauditan setiap tahun. Akaun yang telah diaudit akan dibentangkan di Parlimen. PPHM juga hendaklah memastikan yang rekod perakaunan dilaporkan dengan tepat. Ini bertujuan memastikan kedudukan kewangan organisasi memberi pandangan yang benar dan saksama mengenai status PPHM setakat akhir tahun kewangan berdasarkan piawaian perakaunan yang diguna pakai.

Lembaga Pengarah hendaklah memastikan perkara-perkara berikut:

1. Lembaga bertanggungjawab mengarahkan supaya Penyata Kewangan dan juga lain-lain laporan kewangan disediakan menurut piawaian perakaunan yang bersesuaian dan diluluskan.

2. Lembaga hendaklah memastikan kesemua laporan kewangan diaudit tiap-tiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau Juruaudit lain yang dilantik oleh Jabatan Audit Negara.

3. Selepas berakhir setiap tahun kewangan dan setelah akaun diaudit, Lembaga hendaklah mengarahkan supaya satu salinan Penyata Akaun dihantar kepada Menteri Pertahanan bersama dengan satu salinan Pandangan Audit. Menteri Pertahanan hendaklah mengarahkan supaya satu salinan bagi tiap-tiap penyata dan pandangan itu dibentangkan di Parlimen.

4. Lembaga hendaklah tidak lewat daripada tiga puluh (30) haribulan Jun setiap tahun, mengarahkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri Pertahanan suatu laporan berkenaan dengan aktiviti PPHM dalam tahun kewangan yang lalu dan apa-apa maklumat berhubung dengan perjalanan dan dasar sebagaimana yang diarah dari semasa ke semasa oleh Menteri Pertahanan. Menteri Pertahanan hendaklah mengarahkan supaya setiap laporan itu dibentangkan di Parlimen.

Penyata Kewangan mengikut piawaian

Laporan Kewangan diaudit

Penyata Akaun dihantar kepada

Menteri dan Parlimen

Laporan Aktiviti PPHM di hantar sebelum 30 Jun

setiap tahun

26 | Pernyataan Tadbir Urus Korporat

Page 27: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH MENGENAI LAPORAN KEWANGAN

Lembaga Pengarah bertanggungjawab memastikan Penyata Kewangan disediakan berdasarkan piawaian perakaunan yang diluluskan dan bersesuaian yang memberi gambaran benar dan saksama berkenaan kedudukan kewangan PPHM. Ini termasuk Penyata Aliran Tunai bagi tahun kewangan semasa. Lembaga Pengarah hendaklah memastikan proses penyediaan Penyata Kewangan adalah berasaskan usaha berterusan (going concern concept), andaian munasabah dan sumber yang mencukupi untuk meneruskan operasi dalam jangka masa tertentu. Lembaga Pengarah juga bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengambil langkah bagi memastikan keselamatan aset serta mengurangkan risiko operasi dan kewangan.

MESYUARATLEMBAGA PENGARAH

Mesyuarat 1/2018Isnin,

12 Mac 2018

Mesyuarat 2/2018Khamis,

7 Jun 2018

Mesyuarat 3/2018Khamis,

29 November 2018

Mesyuarat 4/2018Khamis,

13 Disember 2018

NAMA AHLI LEMBAGA PENGARAH KEHADIRAN 2018

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Lodin bin Wok KamaruddinPengerusi

2 daripada 2 mesyuarat

YBhg. Lt Jen Tan Sri Dato’ Seri Abdul Ghani bin Abdul Aziz (Bersara)Pengerusi

2 daripada 2 mesyuarat

YBhg. Dato’ Sri Ghazali bin Mohd Ali 4 daripada 4 mesyuarat

YBhg. Mej Jen Datuk Dr Nordin bin Yusof (Bersara) 3 daripada 4 mesyuarat

YBhg. Datuk Iskandar bin Sarudin 3 daripada 4 mesyuarat

YBhg. Dato’ Halimi bin Abd Manaf 1 daripada 2 mesyuarat

YBrs. Puan Nik Amlizan binti Mohamed 2 daripada 2 mesyuarat

YBrs. Puan Mastura binti Ahmad Mustafa 1 daripada 2 mesyuarat

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 27

Page 28: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM
Page 29: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PENYATAKAWALANDALAMAN

Page 30: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

1. Terma rujukan yang jelas menggariskan peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah dan Pengurusan.

2. Struktur organisasi yang jelas menggariskan had kuasa dan tanggungjawab di semua peringkat untuk memastikan akauntabiliti pengurusan risiko dan kawalan.

3. Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan secara tetap untuk menilai prestasi, mengenal pasti, membincang dan memutuskan perkara-perkara utama pengurusan risiko, pentadbiran dan kewangan.

4. Mesyuarat Jawatankuasa Audit yang diadakan secara tetap untuk mengkaji, menilai dan memberi pertimbangan Laporan Audit Dalaman dan Laporan Pejabat Ketua Audit Negara mengenai laporan kewangan dan keberkesanan Sistem Kawalan Dalaman terhadap aktiviti dan seterusnya dibentang kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan. Pengurusan PPHM adalah bertanggungjawab bagi mengambil tindakan susulan ke atas laporan tersebut.

5. Peraturan Kewangan menggariskan secara keseluruhan dasar dan prosedur bagi pengurusan hal ehwal kewangan dan perakaunan PPHM untuk rujukan pegawai dan kakitangan melaksanakan tanggungjawab harian dan dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

PENYATA KAWALAN DALAMAN

PENYATA KAWALAN DALAMAN

Lembaga Pengarah PPHM bertanggungjawab untuk mengenal pasti, menilai dan mengkaji kecukupan dan keutuhan Sistem Kawalan Dalaman PPHM bagi mematuhi undang-undang, peraturan dan garis panduan yang berkenaan. Maklumat berkenaan Sistem Kawalan Dalaman dibentangkan di dalam Penyata Kawalan Dalaman di dalam Laporan Tahunan yang memberikan informasi menyeluruh berhubung kedudukan kewangan dalaman PPHM.

Tanggungjawab

Lembaga Pengarah PPHM bertanggungjawab terhadap pengekalan Sistem Kawalan Dalamanyang sempurna dan berkesan. Walau bagaimanapun, disebabkan batasan yang terdapat dalam sebarang sistem, Sistem Kawalan Dalaman PPHM telah diwujudkan untuk mengurus dan bukan untuk menghapus risiko kegagalan mencapai matlamat organisasi secara mutlak. Ianya hanya dapat memberikan jaminan keberkesanan organisasi yang munasabah dan bukan jaminan terhadap salah nyata atau kerugian.

Ciri Utama Kawalan Dalaman

Ciri-ciri utama Kawalan Dalaman PPHM adalah seperti berikut:

Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera

1984 - Seksyen 23 Akta Tabung

Angkatan Tentera 1973

Peraturan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (Kelakuan dan Tatatertib)

Syarat-syarat Perkhidmatan Perbadanan

Perwira Harta Malaysia 2015

Peraturan Kewangan

Perbadanan Perwira Harta Malaysia 2016

PUNCA KUASA

30 | Penyata Kawalan Dalaman

Page 31: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

Fungsi Audit Dalaman

Fungsi utama Audit Dalaman adalah untuk memberi jaminan yang munasabah kepada Lembaga Pengarah bahawa sistem kawalan dalaman berfungsi dengan sempurna dan ketelusannya dikekalkan. Audit Dalaman menjalankan kajian semula ke atas Sistem Kawalan Dalaman bagi aktiviti-aktiviti penting PPHM berpandukan Pelan Tahunan Audit Dalaman yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Audit untuk kelulusan. Proses Audit Dalaman mengambil pendekatan berasaskan risiko dan merangka pelan dan strategi audit berasaskan profil-profil risiko berkaitan unit-unit perniagaan. Laporan Audit Dalaman hendaklah disemak oleh Jawatankuasa Audit. Pengurusan PPHM adalah bertanggungjawab bagi memastikan tindakan pembetulan diambil atas kelemahan yang dilaporkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pengurusan Risiko

PPHM adalah komited untuk memastikan Rangka Kerja Pengurusan Risiko memainkan peranan utama dalam usaha untuk mewujudkan amalan urus tadbir korporat yang baik. PPHM telah menyediakan Rangka Kerja Pengurusan Risiko bagi memastikan risiko diambil kira dalam semua proses membuat keputusan bagi membolehkan tindakan meminimumkan pendedahan kepada risiko.

Proses-proses pemantauan dan kajian kecukupan dan ketelusan Sistem Kawalan Dalaman PPHM termasuk:

1. Penelitian yang cermat dan tindakan susulan penambahbaikan yang berterusan oleh Pengurus Besar dan Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian dalam Mesyuarat Pengurusan mengenai keberkesanan Sistem Kawalan Dalaman dan Pengurusan Risiko.

2. Pemeriksaan berkala terhadap pematuhan prosedur dan pengkajian semula semua penemuan dan syor-syor berkaitan fungsi Audit Dalaman oleh Jawatankuasa Audit di dalam mesyuaratnya yang diadakan secara tetap.

3. Pengesahan daripada Pejabat Ketua Audit Negara melalui Sijil Ketua Audit Negara berkenaan Laporan Kewangan PPHM.

Pengurusan akan terus mengambil langkah-langkah untuk memperkukuhkan persekitaran kawalan dalaman PPHM.

Tindakan Susulan Penambahbaikan

Pemeriksaan Berkala

Pengesahan daripada Pejabat

Ketua Audit Negara

SISTEM KAWALAN DALAMAN

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 31

Page 32: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM
Page 33: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

ANALISISPRESTASI

KEWANGAN

Page 34: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

ANALISIS PRESTASI KEWANGAN

PRESTASI KEWANGAN LIMA TAHUN PERBADANAN

2014RM(‘000)

2015RM(‘000)

2016RM(‘000)

2017RM(‘000)

2018RM(‘000)

1. Pendapatan Kasar 17,434 16,521 22,330 21,471 16,482

2. Keuntungan/(Kerugian) Selepas Cukai 11,788 10,053 17,967 9,658 1,477

3. Dividen Selepas Cukai 7,360 9,200 16,100 8,050 0

4. Jumlah Aset 129,402 461,322 241,919 467,074 241,172

5. Jumlah Aset Semasa 129,105 460,901 241,493 466,728 240,909

6. Jumlah Tanggungan Semasa 118,561 449,558 228,272 451,873 224,550

7. Tanggungan Jangka Panjang 60 130 147 93 36

8. Harta Semasa Bersih 10,544 11,343 13,221 14,855 16,359

9. Keuntungan/(Kerugian) Terkumpul (12,219) (11,367) (9,499) (7,892) (6,414)

10. Modal Berbayar 23,000 23,000 23,000 23,000 23,000

PRESTASI KEWANGAN LIMA TAHUN KUMPULAN

2014RM(‘000)

2015RM(‘000)

2016RM(‘000)

2017RM(‘000)

2018RM(‘000)

1. Pendapatan Kasar 17,428 16,515 22,324 21,465 21,376

2. Keuntungan/(Kerugian) Selepas Cukai 11,234 9,583 16,917 9,634 5,878

3. Dividen Selepas Cukai 7,360 9,200 16,100 8,050 0

4. Jumlah Aset 126,478 457,689 238,262 463,394 241,172

5. Jumlah Aset Semasa 125,839 456,930 237,502 462,717 240,909

6. Jumlah Tanggungan Semasa 118,493 449,251 228,992 452,594 224,550

7. Tanggungan Jangka Panjang 60 130 147 93 36

8. Harta Semasa Bersih 7,346 7,679 8,510 10,123 16,359

9. Keuntungan/(Kerugian) Terkumpul (3,922) (3,536) (2,715) (1,128) (4,390)

10. Modal Berbayar 23,000 23,000 23,000 23,000 23,000

34 | Analisis Prestasi Kewangan

Page 35: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PENDAPATAN KASAR LIMA TAHUN PPHM

0

2014 2015 2016

TAHUN

RM

2017 2018

5,000,000

10,000,000

15,000,000

20,000,000

25,000,000

KEUNTUNGAN/ (KERUGIAN) SELEPAS CUKAI LIMA TAHUN PPHM

0

2,000,000

4,000,000

6,000,000

8,000,000

10,000,000

12,000,000

14,000,000

16,000,000

18,000,000

20,000,000

2014 2015 2016 2017 2018

TAHUN

RM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 35

Page 36: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM
Page 37: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

LAPORANPROJEK

31 RAD KAJANG

TUDM KUANTAN

TUDM SENDAYAN

PGU, PDRM SUBANG

TUDM SUBANG

TUDM SUBANG (NADOC)

WISMA BINTARA

SEGARI, PERAK

PARSEL 2D

PARSEL 2C

PARSEL 3A

Page 38: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

38 | Laporan Projek

LOKASI PROJEK

Pahang

TUDM KUANTAN

Perak

Selangor

Kuala Lumpur

Negeri Sembilan

31 RAD KAJANGPGU, PDRM SUBANGTUDM SUBANGTUDM SUBANG (NADOC)

TUDM SENDAYAN

WISMA BINTARAPARSEL 2DPARSEL 2CPARSEL 3A

SEGARI, PERAK

Page 39: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

7531 RADKajang

BUAHBANGUNAN

RELOKASI KEM 31 REJIMEN ARTILERI DIRAJA

Relokasi kemudahan Kem 31 Rejimen Artileri DiRaja termasuk pembangunan

kemudahan infrastruktur ke beberapa lokasi yang telah

ditetapkan.

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 39

Page 40: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

42TUDM Kuantan

BUAHBANGUNAN

RELOKASI KEM TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)

Relokasi kemudahan Kem TUDM di Sungai

Besi termasuk pembangunan

kemudahan infrastruktur ke

beberapa lokasi yang telah ditetapkan.

40 | Laporan Projek

Page 41: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

258TUDM Sendayan

BLOKBANGUNAN

RELOKASI KEM TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)

Relokasi kemudahan Kem TUDM di Sungai

Besi termasuk pembangunan

kemudahan infrastruktur ke beberapa

lokasi yang telah ditetapkan.

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 41

Page 42: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

19 BUAHBANGUNAN

Relokasi kemudahan Pangkalan Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara,

PDRM di Sungai Besi termasuk pembangunan kemudahan infrastruktur ke beberapa lokasi yang

telah ditetapkan.

42 | Laporan Projek

PGU, PDRM SubangRELOKASI PENGKALAN SEMENANJUNG, PASUKAN GERAKAN UDARA, PDRM

Page 43: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

106TUDM Subang

BUAHBANGUNAN

RELOKASI KEM TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)

Relokasi kemudahan Kem TUDM di Sungai

Besi termasuk pembangunan

kemudahan infrastruktur ke beberapa

lokasi yang telah ditetapkan.

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 43

Page 44: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

44 | Laporan Projek

3TUDM Subang NADOC

BLOKBANGUNAN

RELOKASI KEM TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)

Relokasi kemudahan Kem TUDM di Sungai

Besi termasuk pembangunan

kemudahan infrastruktur ke beberapa lokasi yang

telah ditetapkan.

Page 45: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

200Wisma Bintara

UNITBILIK UNTUK PEGAWAI WAREN DAN SARJAN / STAF SARJAN

70 bilik untuk Pegawai Waren 130 bilik untuk Sarjan/Staf Sarjan

Bangunan Utama, Bangunan Kediaman,

Bangunan Sokongan dan Fasilitas

Sokongan Wisma dan Bangunan

Penginapan beserta kemudahan-kemudahan

prasarana lain.

••••

Tempat Letak Kereta (Terbuka)

Pondok PengawalRumah Sampah

Rumah PamGelanggang Bola

Tampar2 Gelanggang Sepak Takraw

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 45

Page 46: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

46 | Laporan Projek

304Segari, Perak

UNITKEDIAMAN RUMAH TERES 1 TINGKAT

PROGRAM KHAS PERUMAHAN PERBADANAN PERWIRA HARTA MALAYSIA

Rumah Teres 1 Tingkat Jenis A

sebanyak 181 unit dengan keluasan 900 kaki persegi

berhargaRM 100,000.

Rumah Teres 1 Tingkat Jenis B

sebanyak 123 unit dengan keluasan

1,000 kaki persegi berharga

RM 135,000.

Page 47: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

Parsel 2DKompleks Niaga Taman LTAT

2 & 3 Tingkat

berkeluasan dari

3,300 kaki persegi hingga

9,700 kaki persegi.

19LOTKOMPLEKS NIAGA TAMAN LTAT

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 47

Page 48: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

2,000Parsel 2C

UNITKEDIAMAN PANGSAPURI RUMAH MAMPU MILIK (PPA1M)

Kediaman Pangsapuri38 Tingkatyang lengkap dengan kemudahan.

••••

••

••••

Tempat Letak Kereta BertingkatDewan Komuniti

Kawasan RekreasiSurau

Bilik Pengurusan Jenazah

TandasPusat Asuhan

Pejabat PengurusanKedai-kedai

DobiTadikaPusat

Pengumpulan Sampah

48 | Laporan Projek

Page 49: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

Parsel 3AKediaman Pangsapuri Rumah Mampu Milik (PPA1M) yang lengkap dengan kemudahan.

•••••••

SurauDewan SerbagunaGelanggang Futsal

Kolam RenangTadika

Padang PermainanPejabat

PengurusanRuang Dobi

580UNITKEDIAMAN PANGSAPURI RUMAH MAMPU MILIK (PPA1M)

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 49

Page 50: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PENYATAKEWANGAN

Page 51: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PENYATAKEWANGAN

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

PENYATAAN PENGERUSI DAN SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH

PENGAKUAN OLEH PEGAWAI UTAMA YANG BERTANGGUNGJAWAB

PENYATAAN KEDUDUKAN KEWANGAN

PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF

PENYATA PENDAPATAN EKUITI

PENYATA ALIRAN TUNAI

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

Page 52: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

52 | Penyata Kewangan

Page 53: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 53

Page 54: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

54 | Penyata Kewangan

Page 55: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 55

Page 56: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

56 | Penyata Kewangan

Page 57: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 57

Page 58: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

58 | Penyata Kewangan

PENYATA KEDUDUKAN KEWANGANPADA 31 DISEMBER 2018

KUMPULAN PERBADANAN

Nota31.12.2018

(RM)31.12.2017

(RM)

Pada01.01.2017

(RM)31.12.2018

(RM)31.12.2017

(RM)

Pada01.01.2017

(RM)

ASET

Aset Bukan Semasa

Hartanah, loji dan peralatan

3 262,416 346,233 425,838 262,416 346,228 425,833

Pelaburan dalam syarikat subsidiari

4 - - - 1 1 1

Pelaburan dalam entiti kawalan bersama 5 - 330,486 334,209 - - -

262,416 676,719 760,047 262,4167 346,229 425,834

Aset Semasa

Amaun terhutang daripada pelanggan bagi kerja kontrak 6 106,068,043 82,904,309 49,709,294

106,068,043 82,904,309 49,709,294

Penghutang perniagaan 7 20,198,467 293,878,869 112,272,568 20,198,467 293,878,869 112,272,568

Pelbagai penghutang 8 6,236,299 4,201,662 7,534,420 6,236,299 4,227,760 7,553,323

Amaun terhutang daripada LTAT

9 10,379,127 9,145,686 6,495,392 10,379,127 9,145,686 6,495,392

Amaun terhutang daripada syarikat subsidiari 10 - - - - 4,178,518 4,166,106

Amaun terhutang daripada entiti kawalan bersama - 29,157 55,028 - 29,157 55,028

Simpanan tetap dengan bank berlesen 11 23,778,391 3,825,916 3,713,351 23,778,391 3,825,916 3,713,351

Tunai dan baki wang di bank

12 46,940,406 39,942,370 25,054,447 46,940,406 39,748,446 24,860,204

CBP pulang balik 27,308,391 28,789,397 32,667,901 27,308,391 28,789,397 32,667,901

240,909,124 462,717,366 237,502,401 240,909,124 466,728,058 241,493,167

Jumlah Aset 241,171,540 463,394,085 238,262,448 241,171,541 467,074,287 241,919,001

Nota-nota di muka surat 7 hingga 25 adalah sebahagian dari penyata kewangan ini.

Page 59: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 59

PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN (sambungan)PADA 31 DISEMBER 2018

KUMPULAN PERBADANAN

Nota31.12.2018

(RM)31.12.2017

(RM)

Pada01.01.2017

(RM)31.12.2018

(RM)31.12.2017

(RM)

Pada01.01.2017

(RM)

EKUITI DAN LIABILITI

Ekuiti

Modal saham 13 23,000,000 23,000,000 23,000,000 23,000,000 23,000,000 23,000,000

Kerugian terkumpul 14 (4,389,892) (1,127,711) (2,715,240) (6,414,246) (7,891,549) (9,499,287)

18,610,108 21,872,289 20,284,760 16,585,754 15,108,451 13,500,713

Kepentingan bukan kawalan (2,024,355) (11,164,545) (11,160,925) - - -

16,585,753 10,707,744 9,123,835 16,585,754 15,108,451 13,500,713

Liabiliti Bukan Semasa

Pemiutang sewabeli lebih setahun 15 35,911 92,584 146,566 35,911 92,584 146,566

35,911 92,584 146,566 35,911 92,584 146,566

Liabiliti Semasa

Amaun terhutang kepada pelanggan bagi kerja kontrak 6 102,278,439 181,049,524 115,768,096 102,278,439 181,049,524 115,768,096

Pemiutang perniagaan 16 90,114,264 133,480,374 87,984,283 90,114,264 133,480,374 87,984,283

Pelbagai pemiutang dan tanggungan terakru 17 389,251 2,025,298 6,111,292 389,251 1,304,793 5,390,967

Pemiutang sewabeli dalam setahun 15 56,673 53,982 73,385 56,673 53,982 73,385

Amaun terhutang kepada LTAT 9 31,456,649 135,650,027 18,467,563 31,456,649 135,650,027 18,467,563

Amaun terhutang kepada entiti kawalan bersama - 305,396 312,696 - 305,396 312,696

Peruntukan cukai 254,600 - - 254,600 - -

Kerugian dari aktiviti entiti kawalan bersama 5 - 29,156 274,732 - 29,156 274,732

224,549,876 452,593,757 228,992,047 224,549,876 451,873,252 228,271,722

Jumlah Liabiliti 224,585,787 452,686,341 229,138,613 224,585,787 451,965,836 228,418,288

JUMLAH EKUITI DAN LIABILITI

241,171,540 463,394,085 238,262,448 241,171,541 467,074,287 241,919,001

Nota-nota di muka surat 7 hingga 25 adalah sebahagian dari penyata kewangan ini.

Page 60: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIFBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

Nota-Nota-nota di muka surat 7 hingga 25 adalah sebahagian dari penyata kewangan ini.

KUMPULAN PERBADANAN

Nota2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Perolehan operasi 18 15,924,318 21,403,222 15,924,318 21,403,222

Keuntungan kasar 15,924,318 21,403,222 15,924,318 21,403,222

Lain-lain pendapatan 19 5,451,947 62,135 557,202 68,135

Kos kakitangan 20 (1,731,426) (1,743,272) (1,731,426) (1,743,272)

Susutnilai (106,655) (121,716) (106,655) (121,716)

Perbelanjaan pentadbiran (1,302,378) (1,373,020) (1,166,726) (1,359,214)

Lain-lain perbelanjaan (8,360,277) - (8,043,819) -

Keuntungan daripada operasi 9,875,529 18,227,349 5,432,894 18,247,155

Kos kewangan 21 (56,450) (59,700) (56,130) (59,400)

Bahagian keuntungan/(kerugian) entiti kawalan bersama

(12,453) 241,853 29,156 245,576

Keuntungan sebelum cukai 9,806,626 18,409,502 5,405,920 18,433,331

Cukai 22 (3,928,617) (8,775,593) (3,928,617) (8,775,593)

Keuntungan selepas cukai 5,878,009 9,633,909 1,477,303 9,657,738

Kepentingan bukan kawalan 23 (9,140,190) 3,620 - -

Keuntungan bersih bagi tahun kewangan

(3,262,181) 9,637,529 1,477,303 9,657,738

60 | Penyata Kewangan

Page 61: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 61

PENYATA PERUBAHAN EKUITIBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

KUMPULAN

Nota

ModalBerbayar

(RM)

KerugianTerkumpul

(RM)

KepentinganBukan

Kawalan(RM)

JumlahEkuiti

(RM)

Baki pada 1 Januari 2017 23,000,000 (2,715,240) (11,160,925) 9,123,835

Jumlah pendapatan danpendapatan komprehensif lain bagi tahun - 9,637,529 - 9,637,529

Dividen 24 - (8,050,000) - (8,050,000)

Kepentingan bukan kawalan 23 - - (3,620) (3,620)

Baki pada 31 Disember 2017 23,000,000 (1,127,711) (11,164,545) 10,707,744

Keuntungan bersih bagi tahun kewangan - (3,262,181) - (3,262,181)

Dividen 24 - - - -

Kepentingan bukan kawalan 23 - - 9,140,190 9,140,190

Baki pada 31 Disember 2018 23,000,000 (4,389,892) (2,024,355) 16,585,753

PERBADANANNota

ModalBerbayar

(RM)

KerugianTerkumpul

(RM)

JumlahEkuiti

(RM)

Baki pada 1 Januari 2017 23,000,000 (9,499,287) 13,500,713

Jumlah pendapatan danpendapatan komprehensif lain bagi tahun - 9,657,738 9,657,738

Dividen 24 - (8,050,000) (8,050,000)

Baki pada 31 Disember 2017 23,000,000 (7,891,549) 15,108,451

Keuntungan bersih bagi tahun kewangan - 1,477,303 1,477,303

Dividen 24 - - -

Baki pada 31 Disember 2018 23,000,000 (6,414,246) 16,585,754

Nota-Nota-nota di muka surat 7 hingga 25 adalah sebahagian dari penyata kewangan ini.

Page 62: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PENYATA ALIRAN TUNAIBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Aliran tunai daripada aktiviti operasi

Tunai diterima daripada pelanggan 351,172,229 304,858,389 351,172,229 304,858,389

Tunai dibayar kepada pembekal dan pentadbiran

(209,071,803) (390,931,185)

(208,589,322) (390,931,166)

Tunai diterima daripada/(digunakan dalam) aktiviti operasi 142,100,426 (86,072,796) 142,582,907 (86,072,777)

Lain-lain pendapatan/(perbelanjaan)

Lain-lain pendapatan 615,794 266,022 615,794 266,022

Faedah bank diterima 373,201 242,764 373,201 242,764

Faedah bank dibayar (56,450) (59,700) (56,130) (59,400)

Cukai barang dan perkhidmatan 1,481,006 3,878,504 1,481,006 3,878,504

Bayaran cukai (3,928,617) (8,775,593) (3,928,617) (8,775,593)

Perbezaan bayaran cukai 254,600 - 254,600 -

Bahagian kerugian syarikat usahasama (12,458) - - -

Kerugian dalam entiti kawalan bersama (29,156) - - -

Pelaburan dalam entiti kawalan bersama 330,486 - - -

Bayaran dividen (6,000,000) (4,000,000) (6,000,000) (4,000,000)

(6,971,594) (8,448,003) (7,260,146) (8,447,703)

Tunai bersih diterima daripada/(digunakan dalam) aktiviti operasi 135,128,832 (94,520,799) 135,322,761 (94,520,480)

Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan

Belian hartanah, loji dan peralatan (26,618) (44,023) (26,623) (44,023)

Tunai bersih digunakan dalam aktiviti pelaburan (26,618) (44,023) (26,623) (44,023)

Nota-Nota-nota di muka surat 7 hingga 25 adalah sebahagian dari penyata kewangan ini.

62 | Penyata Kewangan

Page 63: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 63

PENYATA ALIRAN TUNAI (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan

Terhutang daripada syarikat subsidiari 4,178,518 (12,412) 4,178,518 (12,412)

Terhutang (daripada)/kepada entiti kawalan bersama (276,239) 18,571 (276,239) 18,571

Pendahuluan LTAT 182,000,000 148,000,000 182,000,000 148,000,000

Bayaran balik pendahuluan LTAT (294,000,000) (36,000,000) (294,000,000) (36,000,000)

Bayaran balik caj faedah pendahuluan LTAT - (1,990,957) - (1,990,957)

Pelarasan balik pendahuluan LTAT - (376,507) - (376,507)

Bayaran balik pemiutang sewabeli (53,982) (73,385) (53,982) (73,385)

Tunai bersih diterima daripada/(digunakan dalam) aktiviti pembiayaan (108,151,703) 109,565,310 (108,151,703) 109,565,310

Tambahan bersih tunai dan kesetaraan tunai 26,950,511 15,000,488 27,144,435 15,000,807

Tunai dan kesetaraan tunai awal tahun 43,768,286 28,767,798 43,574,362 28,573,555

Tunai dan kesetaraan tunai akhir tahun

70,718,797 43,768,286 70,718,797 43,574,362

Tunai dan kesetaraan tunai terdiri daripada:

Simpanan tetap 23,778,391 3,825,916 23,778,391 3,825,916

Wang tunai dan baki bank 46,940,406 39,942,370 46,940,406 39,748,446

70,718,797 43,768,286 70,718,797 43,574,362

Nota-Nota-nota di muka surat 7 hingga 25 adalah sebahagian dari penyata kewangan ini.

Page 64: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

1. MAKLUMAT AM

Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) telah ditubuhkan di bawah Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1984 yang telah diwartakan dan berkuatkuasa mulai 26 Januari 1984. Perintah ini adalah selaras dengan Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101). PPHM adalah Perbadanan yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Aktiviti utama PPHM adalah untuk menjalankan perniagaan berhubung dengan pengambilan, pembelian, pemilikan, penyewaan, pemajakan, pembinaan, pembangunan dan penjualan harta dan perniagaan berhubung dengan membekalkan perkhidmatan, pengurusan dan pembiayaan.

2. DASAR-DASAR UTAMA PERAKAUNAN

2.1 Asas Penyediaan

Penyata kewangan Kumpulan dan Perbadanan telah disediakan menurut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS), Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1984.

Bagi tempoh sehingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, Kumpulan dan Perbadanan menyediakan penyata kewangannya selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan (FRS). Penyata kewangan Kumpulan dan Perbadanan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, adalah penyata kewangan tahunan Kumpulan dan Perbadanan yang disediakan mengikut piawaian MFRS dan IFRS.

Penyata kewangan ini disediakan menurut konvensyen kos sejarah dan dibentangkan dalam Ringgit Malaysia (RM).

2.2 Pemakaian kali pertama MFRS

Penyata kewangan ini adalah penyata kewangan MFRS pertama Kumpulan dan Perbadanan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 dan MFRS 1 Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS 1) telah digunakan.

Pada tahun-tahun sebelumnya, penyata kewangan Kumpulan dan Perbadanan disediakan selaras dengan FRS. Kecuali untuk perbezaan-perbezaan tertentu, di mana keperluan di bawah piawaian FRS dan MFRS adalah sama.

Kumpulan dan Perbadanan telah menyediakan penyata kewangan yang mematuhi piawaian MFRS bagi tahun berakhir 31 Disember 2018, beserta dengan angka-angka bandingan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, seperti yang dijelaskan dalam ringkasan dasar-dasar utama perakaunan. Dalam menyediakan penyata kewangan ini, penyata kedudukan kewangan Kumpulan dan Perbadanan telah disediakan pada 1 Januari 2017, yang merupakan tarikh peralihan Kumpulan dan Perbadanan kepada MFRS.

Dasar-dasar perakaunan penting yang digunakan dalam penyediaan penyata kewangan ini adalah selaras dengan penyata kewangan beraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2017. Peralihan daripada FRS kepada MFRS tidak memberi kesan material ke atas penyata kewangan Kumpulan dan Perbadanan, kecuali bagi yang dibincangkan seperti berikut.

64 | Penyata Kewangan

Page 65: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 65

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

2. DASAR-DASAR UTAMA PERAKAUNAN (sambungan)

2.2 Pemakaian kali pertama MFRS (sambungan)

(a) Penggabungan Perniagaan

MFRS 1 memberi pilihan untuk menggunapakai MFRS 3 Penggabungan Perniagaan secara prospektif dari tarikh peralihan atau dari tarikh tertentu sebelum tarikh peralihan.

Ini memberikan pelepasan kepada Kumpulan dan Perbadanan daripada aplikasi retrospektif penuh MFRS 3 yang memerlukan pengistiharan semua Penggabungan Perniagaan sebelum tarikh peralihan.

Kumpulan dan Perbadanan telah memilih untuk menggunapakai MFRS 3 secara prospektif dari tarikh peralihan. Berhubung dengan pengambilalihan sebelum tarikh peralihan:(i) Klasifikasi penggabungan perniagaan yang lalu di bawah piawaian FRS dikekalkan; dan(ii) Tiada pengukuran semula nilai saksama ditentukan pada masa penggabungan perniagaan

(tarikh pengambilalihan).

(b) Pelaburan dalam subsidiari dan entiti kawalan bersama

MFRS 127 menyediakan pilihan untuk merekod pelaburan dalam subsidiari dan entiti kawalan bersama dalam penyata kewangan yang berasingan, sama ada:(i) Pada kos(ii) Selaras dengan MFRS 9; atau(iii) Menggunakan kaedah ekuiti seperti yang diterangkan dalam MFRS 128.

Kumpulan dan Perbadanan telah memilih untuk menggunakan kaedah kos untuk pelaburan dalam subsidiari dan entiti kawalan bersama, selari kaedah perakaunan seperti piawaian sebelumnya.

Pemakaian piawaian MFRS tidak memberi kesan material ke atas kedudukan kewangan pada 1 Januari 2017 dan 31 Januari 2017, prestasi kewangan dan aliran tunai Kumpulan dan Perbadanan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

2.3 Piawaian yang Dikeluarkan Tapi Belum Berkuatkuasa

MFRS, Interpretasi-interpretasi dan pindaan-pindaan berkuat kuasa untuk tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2019:

MFRS 16 Pajakan Rancangan Pindaan, Penangguhan atau Penyelesaian (Pindaan kepada MFRS 119 Manfaat Pekerja) Interpretasi IC 23 Ketidakpastian mengenai Rujukan Cukai Pendapatan Ciri prabayar dengan pampasan negative (Pindaan MFRS 9) Penambahbaikan tahunan MFRS kitaran 2015 - 2017

Kumpulan dan Perbadanan menjangkakan Piawaian dan Interpretasi yang dinyatakan di atas akan digunapakai dalam penyata kewangan tahunan apabila ianya efektif dengan penggunaan Piawaian dan Interpretasi tersebut tidak akan memberi kesan material ke atas penyata kewangan Kumpulan dan Perbadanan dalam tempoh permulaan penggunaan.

Page 66: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

2. DASAR-DASAR UTAMA PERAKAUNAN (sambungan)

2.4 Ringkasan dasar-dasar utama perakaunan

(a) Asas Penyatuan

(i) Pelaburan dalam Syarikat-syarikat subsidiari Syarikat-syarikat subsidiari adalah entiti di mana Kumpulan dan Perbadanan mempunyai

kebolehan mengawal polisi operasi dan kewangan bagi tujuan mendapatkan faedah-faedah daripada aktiviti-aktivitinya.

Kewujudan dan kesan dari potensi hak-hak undian yang kini sedang dilaksanakan dan boleh dipindahkan adalah dipertimbangkan apabila menilai sama ada Kumpulan mempunyai kuasa ke atas entiti yang lain.

Di dalam penyata kewangan Perbadanan, pelaburan dalam syarikat-syarikat subsidiari dinyatakan pada kos ditolak rosotnilai kerugian. Bagi pelupusan pelaburan, perbezaan di antara keuntungan pelupusan bersih dan jumlah dibawa ke hadapan diambil kira dalam penyata pendapatan dan pendapatan komprehensif lain.

(ii) Pelaburan dalam Syarikat-syarikat bersekutu Syarikat-syarikat bersekutu adalah entiti di mana Kumpulan dan Perbadanan mempunyai

pelaburan ekuiti jangka panjang antara 20% hingga 50%. Kumpulan dan Perbadanan mempunyai wakil di dalam Lembaga Pengarah dan berkedudukan untuk membuat keputusan.

Pelaburan Perbadanan di dalam syarikat bersekutu adalah dinyatakan pada kos ditolak kerugian disebabkan rosotnilai (jika ada). Pelaburan di dalam syarikat bersekutu adalah diambil kira di dalam Penyata Kewangan yang disatukan berdasarkan kaedah ekuiti (equity method). Kepentingan Kumpulan di dalam syarikat bersekutu adalah dinyatakan pada kos dengan mengambilkira perubahan bahagian keuntungan dan kerugian di dalam syarikat bersekutu.

(b) Pelaburan dalam entiti kawalan bersama

Entiti kawalan bersama di dalam Penyata Kewangan Kumpulan adalah usahasama yang ditubuhkan di bawah perjanjian yang di dalamnya dinyatakan pembahagian kuasa mengawal dan membuat keputusan bersama.

Pelaburan di dalam entiti kawalan bersama diambil kira di dalam Penyata Kewangan yang

disatukan berasaskan kaedah ekuiti (equity method).

(c) Instrumen kewangan (Objektif dan Dasar Pengurusan Risiko Kewangan)

Secara amnya objektif pengurusan risiko kewangan Kumpulan dan Perbadanan adalah untuk memaksimakan nilai pelaburan.

Kumpulan dan Perbadanan beroperasi di dalam batas-batas pengurusan risiko berdasarkan garis panduan yang jelas dan sentiasa disemak dari masa ke semasa. Pengurusan risiko kewangan dijalankan melalui semakan program risiko, sistem kawalan dalaman, insuran dan pematuhan kepada polisi-polisi pengurusan risiko kewangan.

66 | Penyata Kewangan

Page 67: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 67

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

2. DASAR-DASAR UTAMA PERAKAUNAN (sambungan)

2.4 Ringkasan dasar-dasar utama perakaunan (sambungan)

(c) Instrumen kewangan (Objektif dan Dasar Pengurusan Risiko Kewangan) (sambungan)

(i) Risiko Kecairan Kumpulan dan Perbadanan mengurus hutang, aliran tunai operasi dan kedudukan dana bagi

memastikan semua operasi, pelaburan dan keperluan pembiayaan diurus dengan cekap. Di dalam pengurusan strategi risiko kecairan, Perbadanan membuat perancangan bagi komitmen tunainya dan memastikan tahap tunai dan kesetaraan tunai mencukupi untuk membiayai aktiviti-aktivitinya. Kumpulan dan Perbadanan mengamalkan pengurusan risiko kecairan yang berhemat bagi mengurangkan ketidaksamaan antara aset dan tanggungan kewangan.

(ii) Risiko Kredit Deposit tunai dan penghutang perniagaan boleh membawa risiko kredit yang memerlukan

kerugian diambil kira sekiranya satu pihak gagal melaksanakan sepertimana di dalam kontrak. Pihak berkenaan adalah sub-kontraktor pembinaan Perbadanan yang membeli bahan binaan daripada Perbadanan. Adalah menjadi polisi Kumpulan dan Perbadanan mengawalselia kedudukan kewangan pihak-pihak berkenaan secara berterusan bagi memastikan risiko kredit adalah di tahap yang terkawal.

(iii) Risiko Aliran Tunai Kumpulan dan Perbadanan sentiasa memantau kedudukan kewangannya untuk

memastikan pendedahan yang jelas mengenai aliran tunai masa hadapan yang berkaitan dengan instrumen kewangan.

(d) MFRS 15 Hasil daripada Kontrak dengan Pelanggan

MFRS 15 menggantikan panduan dalam Kontrak Pembinaan MFRS 111, Hasil MFRS 118, Tafsiran IC 13, Program Kesetiaan Pelanggan, Tafsiran IC 15, Perjanjian Pembinaan Hartanah, Interpretasi IC 18, Pemindahan Aset dari Pelanggan dan Tafsiran IC 131, Hasil - Transaksi Barter Melibatkan Perkhidmatan Pengiklanan. Piawaian itu menyediakan model tunggal untuk perakaunan hasil yang timbul daripada kontrak dengan pelanggan, yang memberi tumpuan kepada pengenalpastian dan kepuasan tanggungjawab prestasi.

Penggunaan MFRS 15 tidak mempunyai kesan material ke atas penyata kewangan Kumpulan dan Perbadanan.

(e) MFRS 9 Instrumen Kewangan - pengiktirafan permulaan dan pengukuran seterusnya

Kumpulan dan Perbadanan mengklasifikasikan aset dan liabiliti kewangannya pada pengiktirafan awal ke dalam kategori aset kewangan dan liabiliti kewangan yang dibincangkan di bawah.

Aset Kewangan

Kumpulan dan Perbadanan mengklasifikasikan aset kewangannya kemudiannya diukur pada kos pelunasan atau diukur pada nilai saksama melalui pendapatan komprehensif lain berdasarkan kedua-dua model perniagaan entiti untuk mengurus aset kewangan dan ciri-ciri aliran tunai kontraktual aset kewangan.

Page 68: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

2. DASAR-DASAR UTAMA PERAKAUNAN (sambungan)

2.4 Ringkasan dasar-dasar utama perakaunan (sambungan)

(e) MFRS 9 Instrumen Kewangan - pengiktirafan permulaan dan pengukuran seterusnya (sambungan)

(i) Aset Kewangan pada kos pelunasan (instrumen hutang) Instrumen hutang diukur pada kos yang dilunaskan jika ia dipegang dalam suatu model

perniagaan yang objektifnya untuk memegang aset kewangan untuk mengumpul aliran tunai kontrak dan terma kontraknya menimbulkan tarikh tertentu kepada aliran tunai yang semata-mata pembayaran pokok dan faedah atas jumlah prinsipal yang belum dijelaskan.

(ii) Aset kewangan yang ditetapkan pada nilai saksama melalui OCI (instrumen ekuiti) Setelah pengiktirafan awal, Kumpulan dan Perbadanan boleh memilih untuk

mengklasifikasikan pelaburan ekuiti yang tidak boleh ditarik balik sebagai instrumen ekuiti yang ditetapkan pada nilai saksama melalui OCI apabila mereka memenuhi definisi ekuiti di bawah IAS 32 Instrumen Kewangan, (Pembentangan dan tidak dipegang untuk diperdagangkan). Klasifikasi ditentukan berdasarkan instrumen.

Keuntungan dan kerugian ke atas aset kewangan ini tidak pernah dikitar semula untuk keuntungan atau kerugian. Dividen diiktiraf sebagai pendapatan lain dalam penyata keuntungan atau kerugian apabila hak pembayaran telah ditubuhkan, kecuali apabila Kumpulan dan Perbadanan mendapat manfaat daripada hasil tersebut sebagai pemulihan sebahagian daripada kos aset kewangan. Dalam hal ini, keuntungan sedemikian direkodkan dalam OCI. Instrumen ekuiti yang ditetapkan pada nilai saksama melalui OCI tidak tertakluk kepada penilaian rosot nilai.

Kumpulan dan Perbadanan memilih untuk mengklasifikasikan pelaburan ekuiti tersenarai yang tidak boleh ditarik balik di bawah kategori ini.

Liabiliti Kewangan

Kumpulan dan Perbadanan tidak menetapkan sebarang liabiliti kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian. Tiada perubahan klasifikasi dan pengukuran untuk liabiliti kewangan Kumpulan dan Perbadanan.

(f) Aset Kewangan – rosotnilai

MFRS 9 memperkenalkan model kerugian kredit yang dijangkakan (ECL) untuk rosotnilai yang menggantikan model rosotnilai kerugian yang digunakan dalam MFRS 139. Model ECL memerlukan penjejasan yang diiktiraf pada pengiktirafan awal termasuk jangkaan kerugian kredit masa depan sementara model rosotnilai kerugian yang ditanggung hanya memerlukan pengiktirafan kerugian kredit yang ditanggung pada tarikh pelaporan. Keperluan rosot nilai berlaku untuk semua instrumen hutang yang tidak dipegang pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian (FVPL).

ECL adalah berdasarkan perbezaan antara aliran tunai kontrak yang sesuai dengan kontrak dan semua klausa tunai yang dijangka diterima oleh Kumpulan dan Perbadanan, didiskaunkan pada anggaran kadar faedah efektif asal.

68 | Penyata Kewangan

Page 69: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 69

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

2. DASAR-DASAR UTAMA PERAKAUNAN (sambungan)

2.4 Ringkasan dasar-dasar utama perakaunan (sambungan)

(f) Aset Kewangan – rosotnilai (sambungan)

Bagi instrumen hutang yang tidak diukur pada FVPL, Kumpulan dan Perbadanan pertama menilai secara individu sama ada bukti objektif kemerosotan wujud. Sekiranya ditentukan bahawa bukti objektif kemerosotan wujud, iaitu kredit terjejas, ECL seumur hidup akan diiktiraf untuk kerugian kemerosotan yang telah ditanggung.

ECL diiktiraf dalam dua peringkat. Untuk pendedahan kredit yang mana tidak terdapat peningkatan risiko kredit yang signifikan sejak pengiktirafan awal, ECL disediakan untuk kerugian kredit yang disebabkan oleh peristiwa lalai yang mungkin dalam tempoh 12 bulan akan datang (ECL 12 bulan). Bagi pendedahan kredit yang terdapat kenaikan risiko kredit yang signifikan sejak pengiktirafan awal, elaun kerugian diperlukan untuk kerugian kredit yang dijangkakan sepanjang hayat pendedahan, tanpa mengira masa kegagalan (seumur hidup ECL).

Bagi instrumen hutang yang diukur pada kos yang dilunaskan tanpa komponen pembiayaan yang ketara, Kumpulan dan Perbadanan menggunakan pendekatan yang mudah dalam mengira ECL. Oleh itu, Kumpulan dan Perbadanan tidak mengesan perubahan dalam risiko kredit, tetapi mengakui elaun kerugian berdasarkan ECL seumur hidup pada setiap tarikh pelaporan.

Penilaian risiko kredit, serta anggaran ECL, dikehendaki menjadi tidak berat sebelah, kebarangkalian dan harus memasukkan semua maklumat yang tersedia yang berkaitan dengan penilaian, termasuk maklumat tentang peristiwa masa lalu, keadaan semasa dan ramalan yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai peristiwa masa depan dan keadaan ekonomi pada tarikh pelaporan. Di samping itu, anggaran ECL juga harus mengambil kira nilai masa wang.

(g) Pertimbangan dan Anggaran Perakaunan Penting

Penyediaan penyata kewangan memerlukan pihak pengurusan untuk membuat pertimbangan, anggaran dan andaian yang mempengaruhi jumlah pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti yang dilaporkan, dan pendedahan liabiliti luar jangka pada tarikh pelaporan. Ketidakpastian mengenai andaian dan anggaran ini boleh menyebabkan hasil yang mungkin memerlukan pelarasan material kepada jumlah dibawa aset atau liabiliti yang terjejas pada masa hadapan. Penggunaan penghakiman yang paling ketara adalah seperti berikut:

(i) MFRS 9 Rosotnilai Aset Kewangan MFRS 9 memperkenalkan model kerugian kredit yang dijangkakan (ECL) mengenai

penurunan nilai yang menggantikan model rosotnilai kerugian yang digunakan dalam MFRS 139. Model ECL memerlukan penjejasan yang diiktiraf atas pengiktirafan permulaan termasuk jangkaan kerugian kredit masa depan sementara model rosotnilai kerugian yang ditanggung hanya memerlukan pengiktirafan kerugian kredit yang ditanggung pada tarikh pelaporan. Keperluan penurunan nilai dikenakan kepada instrumen hutang yang dibawa pada kos terlunas.

Model ECL menghendaki Kumpulan dan Perbadanan menilai risiko kredit pihak kaunter untuk menentukan kerugian kredit yang dijangkakan dan ia termasuk kebarangkalian pihak kaunter lalai (PD) dan kerugian yang diberikan lalai (LGD). Dalam menjalankan penilaian tersebut, penilaian pengurusan berikut diperlukan:

Page 70: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

2. DASAR-DASAR UTAMA PERAKAUNAN (sambungan)

2.4 Ringkasan dasar-dasar utama perakaunan (sambungan)

(g) Pertimbangan dan Anggaran Perakaunan Penting (sambungan)

(i) MFRS 9 Rosotnilai Aset Kewangan (sambungan)

a) PD adalah kebarangkalian bahawa satu pihak kepada instrumen kewangan akan menyebabkan kerugian kewangan bagi pihak yang satu lagi dengan gagal menunaikan kewajipan. Oleh kerana mana-mana entiti mempunyai peluang untuk mungkir termasuk kerajaan, PD tidak akan menjadi sifar.

b) LGD memerlukan pertimbangan dan penilaian yang akan diambil untuk menilai kemampuan pemberi pinjaman untuk memulihkan jumlah yang mungkir dan komitmen dan kemampuan pemiutang untuk tetap menghormati kewajiban pembayarannya di bawah keadaan kesusahan. Ini termasuk menilai rekod sejarah dan landasan penghutang.

Memandangkan instrumen hutang Kumpulan dan Perbadanan yang dibawa pada kos yang dilunaskan terdiri daripada sekuriti kerajaan, Kumpulan dan Perbadanan menganggap sekuriti hutang untuk membawa sifar LGD sebagai catatan rekod yang lalu menunjukkan bahawa tiada pelabur telah mengalami sebarang kerugian daripada instrumen hutang denominasi Ringgit Malaysia yang dikeluarkan atau dijamin oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.

(h) Hartanah, loji dan peralatan dan susutnilai

Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos ditolak susutnilai terkumpul dan kerugian kemerosotan nilai. Kos termasuk perbelanjaan secara langsung diagih kepada pemerolehan item-item hartanah, loji dan peralatan masing-masing.

Kos selanjutnya dimasukkan ke dalam amaun buku aset atau diiktiraf sebagai aset berasingan, mana yang munasabah, hanya apabila manfaat ekonomi akan datang bersangkutan dengan item tersebut akan mengalir kepada Kumpulan dan kos item tersebut boleh diukur dengan pasti. Nilai buku bahagian yang diganti tidak diiktiraf lagi.

Semua penyenggaraan dan membaik pulih dicaj ke penyata pendapatan dan pendapatan komprehensif lain dalam tahun kewangan di mana ia berlaku.

Kadar susutnilai tahunan bagi pelbagai kelas hartanah, loji dan peralatan adalah seperti berikut:

Kenderaan 20% Perabot dan kelengkapan pejabat 20% Peralatan Penyelenggaraan 20%

Nilai baki, jangka hayat kegunaan dan kaedah susutnilai dikaji semula pada setiap akhir tahun kewangan bagi memastikan amaun, kaedah dan tempoh susutnilai adalah konsisten dengan anggaran sebelum ini dan jangkaan corak penggunaan manfaat-manfaat ekonomi masa depan yang terangkum dalam butiran hartanah dan peralatan tersebut.

70 | Penyata Kewangan

Page 71: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 71

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

2. DASAR-DASAR UTAMA PERAKAUNAN (sambungan)

2.4 Ringkasan dasar-dasar utama perakaunan (sambungan)

(h) Hartanah, loji dan peralatan dan susutnilai (sambungan)

Sesuatu butiran aset tidak diiktiraf semasa pelupusan atau apabila tiada manfaat ekonomi pada masa depan dijangka daripada penggunaan atau pelupusannya. Perbezaan antara hasil pelupusan bersih, jika ada, dan amaun buku bersih diiktiraf dalam penyata pendapatan dan pendapatan komprehensif lain.

(i) Kos Pembangunan Hartanah

Pembangunan hartanah dinyatakan pada kos (terdiri daripada tanah, kos bangunan langsung dan perbelanjaan pembangunan) termasuk dengan keuntungan boleh agih ditolak peruntukan kerugian yang dijangka dan bil-bil dalam kemajuan.

Perbelanjaan pembangunan termasuk kos pembiayaan berkaitan dengan pembiayaan kos tanah dan pembangunan.

Subsidiari/Perbadanan menganggap perbelanjaan pembangunan hartanah sebagai aset semasa jika kerja telah dijalankan dan dijangka akan siap mengikut kitaran pengendalian biasa selama satu hingga dua tahun.

(j) Kontrak Pembinaan

Kontrak pembinaan adalah kontrak yang dirunding secara khusus bagi pembinaan aset atau satu kombinasi aset-aset yang ianya berkaitan dan bergantung di antara satu sama lain dalam bentuk rekabentuk, teknologi dan fungsi-fungsi atau kegunaan dan tujuan keseluruhannya.

Kontrak pembinaan akan diiktiraf apabila kos telah dikenakan atau dibelanjakan. Apabila hasil dari kontrak pembinaan dianggar secara munasabah, perolehan kontrak akan diiktiraf berdasarkan peringkat atau peratus kerja disiapkan. Peringkat penyiapan diukur dengan merujuk kepada jumlah kos kontrak yang dibelanjakan bagi pelaksanaan kerja bagi sesuatu tempoh dan dibahagikan dengan anggaran jumlah kos bagi keseluruhan kontrak. Kos yang dikenakan dalam tahun yang berkaitan dengan aktiviti untuk masa hadapan bagi sesuatu kontrak hendaklah dikeluarkan daripada kos kontrak bagi tujuan menentukan peringkat penyiapan sebenar. Kos tersebut akan dinyatakan sebagai inventori, prabayaran atau lain-lain aset, bergantung kepada jenisnya.

Apabila hasil kontrak pembinaan tidak dapat dianggar secara munasabah, perolehan kontrak yang diiktiraf hanya dihadkan kepada kos kontrak yang telah dibelanjakan dan ianya boleh diperoleh semula (recoverable).

Tanpa mengambilkira sama ada hasil kontrak boleh dianggar secara yang munasabah atau tidak, apabila jumlah kos kontrak telah melebihi jumlah perolehan kontrak, kerugian yang dijangka hendaklah diiktiraf terus sebagai belanja.

Jumlah kos yang dikenakan dan keuntungan/kerugian yang diiktiraf bagi setiap kontrak akan dibandingkan dengan tuntutan kemajuan bagi sesuatu tempoh berakhir. Sekiranya kos yang dikenakan dan keuntungan yang diiktiraf (ditolak kerugian yang telah diiktiraf) telah melebihi tuntutan kemajuan, baki tersebut akan ditunjukkan sebagai Amaun Terhutang Daripada Pelanggan Bagi Kerja Kontrak di bawah akaun penghutang (di dalam aset semasa).

Page 72: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

2. DASAR-DASAR UTAMA PERAKAUNAN (sambungan)

2.4 Ringkasan dasar-dasar utama perakaunan (sambungan)

(j) Kontrak Pembinaan (sambungan)

Sementara, tuntutan kemajuan yang melebihi kos yang dikenakan dicampur keuntungan yang diiktiraf (ditolak kerugian yang telah diiktiraf), bakinya hendaklah ditunjukkan sebagai Amaun Terhutang Kepada Pelanggan Bagi Kerja Kontrak di bawah akaun pemiutang (di dalam tanggungan semasa).

(k) Tunai Dan Kesetaraan Tunai

Tunai dan kesetaraan tunai adalah terdiri daripada simpanan tetap dengan bank berlesen, tunai dan baki wang di bank.

(l) Aset Kontrak

Aset Kontrak adalah dinilai pada amaun invois setelah ditolak peruntukan hutang ragu. Peruntukan hutang ragu akan diperuntukkan apabila terdapat bukti positif di mana perbadanan tidak akan dapat mengutip semua amaun tertunggak. Hutang lapuk yang dikenalpasti akan dicajkan kepada penyata pendapatan dan pendapatan komprehensif lain.

(m) Pemiutang Perniagaan

Pemiutang perniagaan dinyatakan pada kos yang merupakan nilai semasa yang perlu dibayar pada masa hadapan bagi bekalan dan perkhidmatan yang telah diterima.

(n) Cukai Pendapatan

Cukai pendapatan dalam untung atau rugi meliputi cukai semasa dan tertunda.

Cukai semasa ialah jumlah jangkaan cukai pendapatan yang perlu dibayar ke atas keuntungan bercukai untuk tahun dan dikira menggunakan kadar cukai yang telah digubal atau digubal secara substantif pada tahun pelaporan.

Cukai tertunda diiktiraf menggunakan kaedah liabiliti ke atas perbezaan sementara pada tarikh pelaporan di antara asas cukai bagi aset dan liabiliti dan amaun dibawa dalam penyata kewangan. Liabiliti cukai tertunda diiktiraf bagi semua perbezaan sementara boleh ditolak, kredit cukai belum digunakan dibawa ke hadapan dan aset cukai tertunda diiktiraf bagi semua perbezaan sementara boleh ditolak, kredit cukai belum digunakan dibawa ke hadapan dan kerugian cukai tidak digunakan, sehingga ke tahap kemungkinan bahawa keuntungan boleh cukai wujud yang mana perbezaan sementara ditolak, kredit cukai belum digunakan dibawa ke hadapan dan kerugian cukai belum digunakan boleh digunakan. Cukai tertunda tidak diperuntukkan bagi muhibah yang tidak boleh ditolak bagi tujuan cukai dan pengiktirafan permulaan aset dan liabiliti yang pada masa urus niaga, tidak memberi kesan ke atas keuntungan perakaunan dan tidak juga pada keuntungan boleh cukai.

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

72 | Penyata Kewangan

Page 73: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 73

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

2. DASAR-DASAR UTAMA PERAKAUNAN (sambungan)

2.4 Ringkasan dasar-dasar utama perakaunan (sambungan)

(o) Manfaat Kakitangan

(i) Faedah Kakitangan

Faedah kakitangan jangka pendek termasuk gaji, upah, bonus dan caruman keselamatan sosial. Faedah tersebut diakru apabila terjadi dan dikira pada asas yang tidak diakaunkan.

(ii) Faedah Selepas Perkhidmatan

Pelan Sumbangan Ternyata adalah di mana Perbadanan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada kadar yang dikanunkan. Caruman tersebut dicajkan ke dalam penyata pendapatan dan pendapatan komprehensif lain dalam tempoh kewangan ia berlaku.

(p) Pengiktirafan Pendapatan

Pendapatan daripada jualan barang-barang diambil kira dalam penyata pendapatan dan pendapatan komprehensif lain apabila barang-barang telah dihantar dan pelanggan menerimanya. Pendapatan daripada kontrak pembinaan diambil kira dalam penyata pendapatan dan pendapatan komprehensif lain berasaskan peringkat kemajuan.

Pendapatan faedah diambil kira berasaskan kaedah akru dan pendapatan daripada dividen diambil kira apabila hak pemegang saham untuk menerimanya dapat dibuktikan.

Pendapatan-pendapatan lain diiktiraf seperti jualan dokumen tender, sewaan, pelupusan anak syarikat, pelupusan aset dan lain-lain.

(q) Penjejasan Aset

Amaun pembawa hartanah, loji dan peralatan, pembangunan hartanah serta pelaburan dalam subsidiari-subsidiari akan disemak bagi tujuan penjejasan nilai apabila terdapatnya petunjuk bahawa nilai aset mungkin akan terjejas. Penjejasan nilai dikira dengan membandingkan amaun pembawa aset dengan amaun boleh pulih aset tersebut. Kerugian daripada penjejasan nilai akan dicaj ke penyata pendapatan dan pendapatan komprehensif lain dengan serta-merta, kecuali aset-aset yang dibawa pada amaun yang telah dinilai, di dalam kes ini, kerugian daripada penjejasan nilai akan dianggap sebagai pengurangan penilaian.

Kenaikan seterusnya ke atas amaun boleh pulih aset tersebut akan diambil kira sebagai pembalikan terhadap penjejasan nilai sebelum ini dan diiktiraf setakat mana pembawa nilai aset tersebut telah ditentukan (bersih dari pelunasan dan susutnilai) sebelum sebarang penjejasan nilai diiktirafkan. Pembalikan ini akan diiktiraf ke penyata pendapatan dan pendapatan komprehensif lain dengan serta-merta, kecuali aset-aset yang dibawa pada amaun yang telah dinilai semula di dalam kes ini, pembalikan kerugian penjejasan akan dianggap sebagai kenaikan penilaian.

Page 74: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

3. HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

KUMPULAN

Kos

Pada 01.01.2018

(RM)Tambahan

(RM)Pelupusan

(RM)

Pada 31.12.2018

(RM)

Kenderaan 444,237 - (9,176) 435,061

Perabot dan Kelengkapan Pejabat 787,787 22,848 (152,584) 658,051

Peralatan Penyelenggaraan 55,785 - (55,785) -

1,287,809 22,848 (217,545) 1,093,112

Susutnilai Terkumpul

Pada 01.01.2018

(RM)

Susutnilai Tahunan

(RM)Pelupusan

(RM)

Pada 31.12.2018

(RM)

Kenderaan 233,515 62,235 (9,176) 286,574

Perabot dan Kelengkapan Pejabat 652,276 44,420 (152,574) 544,122

Peralatan Penyelenggaraan 55,785 - (55,785) -

941,576 106,655 (217,535) 830,696

Nilai bawaan

Pada 31.12.2018

(RM)

Pada 31.12.2017

(RM)

Kenderaan 148,487 210,722

Perabot dan Kelengkapan Pejabat 113,929 135,511

Peralatan Penyelenggaraan - -

262,416 346,233

PERBADANAN

Kos

Pada 01.01.2018

(RM)Tambahan

(RM)Pelupusan

(RM)

Pada 31.12.2018

(RM)

Kenderaan 435,061 - - 435,061

Perabot dan Kelengkapan Pejabat 676,617 22,848 (41,414) 658,051

1,111,678 22,848 (41,414) 1,093,112

Susutnilai Terkumpul

Pada 01.01.2018

(RM)

Susutnilai Tahunan

(RM)Pelupusan

(RM)

Pada 31.12.2018

(RM)

Kenderaan 224,339 62,235 - 286,574

Perabot dan Kelengkapan Pejabat 541,111 44,420 (41,409) 544,122

765,450 106,655 (41,409) 830,696

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

74 | Penyata Kewangan

Page 75: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 75

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

3. HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN (sambungan)

Nilai bawaan

Pada 31.12.2018

(RM)

Pada 31.12.2017

(RM)

Kenderaan 148,487 210,722

Perabot dan Kelengkapan Pejabat 113,929 135,506

262,416 346,228

4. PELABURAN DALAM SYARIKAT SUBSIDIARI

PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

Saham tak tersenarai, pada kos 651,003 651,003

Ditolak: Peruntukan rosotnilai saham (651,001) (651,001)

2 2

Ditolak:

Pelupusan saham dalam tahun (51,001) (51,001)

Pelupusan rosotnilai saham dinyata semula 51,000 51,000

Pada awal/akhir tahun kewangan 1 1

Syarikat subsidiari (termasuk sub-subsidiari) adalah seperti di bawah:

Nama SyarikatKepentingan Efektif

Aktiviti Utama2018 2017

Syarikat Subsidiari

Pembinaan Perwira Harta Sdn. Bhd. 100% 100% Kontraktor binaan

Syarikat Sub-subsidiari

Usahasama PPHM-Juwana Sdn. Bhd. 51% 51% Kontraktor binaan

Syarikat subsidiari dan sub-subsidiari di atas tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara. Syarikat tersebut adalah syarikat yang tidak aktif (dormant). Kedua-dua syarikat ini sedang dalam proses pembubaran.

5. PELABURAN DI DALAM ENTITI KAWALAN BERSAMA

Entiti Kawalan Bersama adalah seperti di bawah:

Nama SyarikatKepentingan Efektif

Aktiviti Utama2018 2017

Konsortium PPHM-ASSB 60% 60% Kontraktor binaan

Konsortium PPHSB-Jastac 51% 51% Kontraktor binaan

Page 76: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

5. PELABURAN DI DALAM ENTITI KAWALAN BERSAMA (sambungan)

(a) Konsortium PPHM-ASSB, telah ditubuhkan melalui perjanjian antara PPHM dan Aman Selama Sdn Bhd pada 16 Februari 1998 di mana kedua-dua rakan kongsi masing-masing memegang 60% dan 40%. Penubuhan konsortium ini adalah bertujuan untuk melaksanakan projek ‘turnkey’ pembinaan Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson, Negeri Sembilan. Proses penutupan konsortium ini telah pun selesai di dalam tahun 2018.

(b) Konsortium PPHSB-Jastac telah ditubuhkan melalui perjanjian antara PPHSB dan Jastac Sdn Bhd pada 30 September 2002 di mana kedua-dua rakan kongsi masing-masing memegang 51% dan 49%. Penubuhan konsortium ini adalah bertujuan untuk melaksanakan Projek Perumahan Anggota-Anggota Tentera di Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur. Pihak PPHM di dalam proses penutupan konsortium ini.

Bahagian aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan Kumpulan di dalam entiti kawalan bersama ini adalah seperti di bawah:

KUMPULAN

2018(RM)

2017(RM)

Aset Semasa - 305,813

Liabiliti Semasa - (4,483)

Aset Bersih - 301,330

Pendapatan - -

Perbelanjaan - (3,723)

Kerugian Sebelum Cukai - (3,723)

Entiti kawalan bersama ini sedang dalam proses pembubaran.

6. AMAUN TERHUTANG DARIPADA/KEPADA PELANGGAN BAGI KERJA KONTRAK

(a) Amaun Terhutang Daripada Pelanggan Bagi Kerja Kontrak

KUMPULAN / PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

Kos terkumpul 824,896,906 169,938,596

Tambah: Untung berperingkat 23,301,292 3,725,211

848,198,198 173,663,807

Tolak: Bil berperingkat (742,130,155) (90,759,498)

106,068,043 82,904,309

76 | Penyata Kewangan

Page 77: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 77

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

6. AMAUN TERHUTANG DARIPADA/KEPADA PELANGGAN BAGI KERJA KONTRAK (sambungan)

(b) Amaun Terhutang Kepada Pelanggan Bagi Kerja Kontrak

KUMPULAN / PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

Kos terkumpul 1,224,479,381 1,715,725,328

Tambah: Untung berperingkat 29,867,598 44,527,161

1,254,346,979 1,760,252,489

Tolak: Bil berperingkat (1,356,625,418) (1,941,302,013)

(102,278,439) (181,049,524)

7. PENGHUTANG PERNIAGAAN

Analisis umur penghutang perniagaan adalah seperti berikut:

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Bukan lampau tempoh mahupun terjejas

1 hingga 30 hari 115,434 30,562,387 115,434 30,562,387

31 hingga 60 hari 4,231,670 65,966,276 4,231,670 65,966,276

61 hingga 90 hari 4,170,704 - 4,170,704 -

91 hingga 120 hari 6,290 53,051,312 6,290 53,051,312

121 hingga 150 hari 411,219 114,713,408 411,219 114,713,408

151 hingga 180 hari - - -

181 hingga 210 hari - - -

211 hingga 240 hari - - -

241 hingga 270 hari - 18,496,759 - 18,496,759

271 hingga 300 hari - - - -

301 hingga 330 hari - - - -

331 hingga 365 hari 177,828 - 177,828 -

9,113,145 282,790,142 9,113,145 282,790,142

Lebih daripada 365 hari (Wang Tahanan) 11,085,322 11,088,727 11,085,322 11,088,727

20,198,467 293,878,869 20,198,467 293,878,869

Page 78: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

8. PELBAGAI PENGHUTANG

Pelbagai penghutang bagi Kumpulan dan Perbadanan adalah seperti berikut:

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Deposit dibayar 6,840 6,840 6,840 6,840

Insuran prabayar 159,105 144,886 159,105 144,886

Faedah deposit tetap terakru 23,887 21,373 23,887 21,373

Pendahuluan kepada kakitangan 2,465 30,000 2,465 30,000

Pendahuluan kepada projek 3,287,018 602,838 3,287,018 602,838

Komisen terakru 900 171,618 900 171,618

Lain-lain 2,756,084 3,224,107 2,756,084 3,250,205

6,236,299 4,201,662 6,236,299 4,227,760

Analisis umur pelbagai penghutang bagi Kumpulan dan Perbadanan adalah seperti berikut:

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Kurang daripada 1 tahun 3,392,713 2,715,210 3,392,713 2,722,404

1 hingga 3 tahun 2,839,746 1,442,159 2,839,746 1,456,743

3 hingga 5 tahun 200 9,513 200 24,057

Lebih daripada 5 tahun 3,640 34,780 3,640 24,556

6,236,299 4,201,662 6,236,299 4,227,760

78 | Penyata Kewangan

Page 79: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 79

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

9. AMAUN TERHUTANG DARIPADA/KEPADA LTAT

(a) Amaun Terhutang Daripada LTAT

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Perniagaan

Penyelenggaraan dan 545,944 451,331 545,944 451,331

Pengubahsuaian & Naik Taraf

Bangunan milik LTAT

Projek Taman LTAT Bukit Jalil 9,515,550 8,479,925 9,515,550 8,479,925

Projek Wisma Bintara 18,954 20,555 18,954 20,555

Projek Segari 149,355 44,551 149,355 44,551

Bukan Perniagaan

Deposit elektrik, air dan sewa 149,324 149,324 149,324 149,324

10,379,127 9,145,686 10,379,127 9,145,686

(b) Amaun Terhutang Kepada LTAT

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Perniagaan

Deposit akaun bank HDA bagiProjek Taman LTAT Bukit Jalil(Parsel 2C, Parsel 3A, Parsel 5) dan Projek Segari

1,000,000 - 1,000,000 -

Deposit penjualan unit rumahkedai bagi Projek Taman LTAT Bukit Jalil (Parsel 2D)

455,200 - 455,200 -

Bukan Perniagaan

Dividen kena bayar – 2016 6,100,000 12,100,000 6,100,000 12,100,000

Dividen kena bayar – 2017 8,050,000 8,050,000 8,050,000 8,050,000

Pendahuluan termasuk cajfaedah bagi Projek PUKL

15,851,449 115,500,027 15,851,449 115,500,027

31,456,649 135,650,027 31,456,649 135,650,027

Page 80: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

10. AMAUN TERHUTANG DARIPADA SYARIKAT SUBSIDIARI

Amaun terhutang daripada syarikat subsidiari telah dihapuskira kerana syarikat subsidiari dalam proses penutupan.

11. SIMPANAN TETAP DENGAN BANK BERLESEN

Simpanan tetap Kumpulan dan Perbadanan adalah simpanan tetap di bank tempatan bagi tempoh simpanan di antara 1 hingga 3 bulan (2017: 1 hingga 3 bulan) dan dikenakan faedah sebanyak 3.00% (2017: 3.00%).

12. TUNAI DAN BAKI WANG DI BANK

Tunai dan baki wang di bank merupakan jumlah baki wang yang terdapat dalam akaun-akaun semasa di bank-bank tempatan yang berlesen dan termasuk juga wang tunai runcit. Termasuk dalam jumlah ini adalah baki wang di bank untuk Akaun Pemaju Perumahan (Housing Developer Account - HDA) yang dibuka untuk menguruskan aliran tunai bagi urusan perumahan Taman LTAT, Bukit Jalil (Parsel 1).

13. MODAL SAHAM

KUMPULAN / PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

Modal Saham 23,000,000 23,000,000

14. KERUGIAN TERKUMPUL

Kerugian terkumpul ini merupakan jumlah kerugian yang dialami pada tahun sebelumnya.

15. PEMIUTANG SEWABELI

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Baki kurang dari 1 tahun 56,673 53,982 56,673 53,982

Baki lebih dari 1 tahun 35,911 92,584 35,911 92,584

92,584 146,566 92,584 146,566

Pemiutang sewabeli merupakan baki hutang di bawah perjanjian sewabeli kenderaan Kumpulan dan Perbadanan dengan institusi kewangan yang berlesen.

80 | Penyata Kewangan

Page 81: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 81

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

16. PEMIUTANG PERNIAGAAN

Analisis umur pemiutang perniagaan adalah seperti berikut:

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Bukan lampau tempoh mahupun terjejas

1 hingga 30 hari 9,537,213 29,258,071 9,537,213 29,258,071

31 hingga 60 hari 1,945,369 16,065,099 1,945,369 16,065,099

61 hingga 90 hari 283,155 24,928,814 283,155 24,928,814

91 hingga 120 hari 19,954 3,827,040 19,954 3,827,040

121 hingga 150 hari 9,656,151 6,574,806 9,656,151 6,574,806

151 hingga 180 hari 143,667 1,435,136 143,667 1,435,136

181 hingga 210 hari 6,204 1,060,030 6,204 1,060,030

211 hingga 240 hari 203,371 2,649,744 203,371 2,649,744

241 hingga 270 hari 105,112 1,128,139 105,112 1,128,139

271 hingga 300 hari 1,189,404 1,573,509 1,189,404 1,573,509

301 hingga 330 hari 1,341,547 2,841,838 1,341,547 2,841,838

331 hingga 365 hari 2,845,133 2,039,196 2,845,133 2,039,196

27,276,280 93,381,422 27,276,280 93,381,422

Lebih daripada 365 hari (Wang Tahanan) 62,837,984 40,098,952 62,837,984 40,098,952

90,114,264 133,480,374 90,114,264 133,480,374

17. PELBAGAI PEMIUTANG DAN TANGGUNGAN TERAKRU

Pelbagai pemiutang bagi Kumpulan dan Perbadanan adalah seperti berikut:

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Akru perbelanjaan pentadbiran 74,015 639,978 74,015 625,701

Wang cagaran dari pembeli rumah Taman LTAT, Bukit Jalil 14,803 19,226 14,803 19,226

Hibah akaun HDA projek 407 2,222 407 2,222

Deposit pembayaran - Projek Taman LTAT, Bukit Jalil 300,000 300,000 300,000 300,000

Akru pembayaran - Projek Taman LTAT, Bukit Jalil - 287,143 - 287,143

Tender deposit - Projek PUKL - 68,500 - 68,500

Lain-lain 26 708,229 26 2,001

389,251 2,025,298 389,251 1,304,793

Page 82: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

18. PEROLEHAN OPERASI

Pendapatan operasi bagi Kumpulan dan Perbadanan adalah termasuk tuntutan bil - bil berperingkat bagi nilai kerja kontrak yang telah disahkan, penyelenggaraan bangunan milik LTAT dan lain-lain seperti berikut:

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Pendapatan kerja kontrak 5,967,963 10,256,830 5,967,963 10,256,830

Yuran pengurusan projek 9,166,898 10,472,732 9,166,898 10,472,732

Selenggaraan bangunan 357,664 228,216 357,664 228,216

Komisen insuran 58,592 202,680 58,592 202,680

Faedah simpanan di bank 373,201 242,764 373,201 242,764

15,924,318 21,403,222 15,924,318 21,403,222

19. LAIN-LAIN PENDAPATAN

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Penutupan akaun anak syarikat 4,894,745 - - -

Jualan bahan binaan 333,045 - 333,045 -

Jualan dokumen tender 43,300 10,900 43,300 10,900

Untung pelupusan hartanah, loji danperalatan

- 4,793 - 4,793

Hasil sewaan - - - 6,000

Lain-lain 180,857 46,442 180,857 46,442

5,451,947 62,135 557,202 68,135

20. KOS KAKITANGAN

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Gaji masa biasa 1,291,570 1,168,846 1,291,570 1,168,846

Gaji lebih masa 33,254 26,351 33,254 26,351

KWSP 213,477 190,425 213,477 190,425

PERKESO 12,358 11,999 12,358 11,999

Skim Insuran Pekerja 1,413 - 1,413 -

Lain-lain ganjaran dan bonus 179,354 345,651 179,354 345,651

1,731,426 1,743,272 1,731,426 1,743,272

82 | Penyata Kewangan

Page 83: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

20. KOS KAKITANGAN (sambungan)

Bilangan kakitangan perbadanan (tidak termasuk kakitangan jabatan projek dan bahagian khidmat sokongan) bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 ialah seramai 17 orang (2017:17 orang).

21. KOS KEWANGAN

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Belanja faedah atas:

Caj khidmat bank 576 704 256 404

Sewabeli kenderaan 5,874 8,996 5,874 8,996

Overdraf bank 50,000 50,000 50,000 50,000

56,450 59,700 56,130 59,400

22. CUKAI

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Peruntukan bagi tahun lepasCukai sebenar bagi tahun lepas

4,293,3974,341,353

7,210,094(4,482,196)

4,293,3974,341,353

7,210,094(4,482,196)

Cukai (terkurang)/terlebih bayar (47,956) 2,727,898 (47,956) 2,727,898

Cukai sebenar bagi tahun lepasPeruntukan dalam tahun semasa

47,9563,880,661

4,482,1964,293,397

47,9563,880,661

4,482,1964,293,397

3,928,617 8,775,593 3,928,617 8,775,593

Peruntukan cukai pendapatan dikira pada kadar statut Malaysia iaitu 24% (2017: 24%) berdasarkan anggaran keuntungan boleh cukai pada tahun semasa. Termasuk di dalam cukai tahunan adalah pelarasan bagi cukai sebenar bagi tahun kewangan sebelumnya.

23. KEPENTINGAN BUKAN KAWALAN

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

Usahasama PPHM – Juwana Sdn Bhd(UPJSB) (18,653,448) 7,387 - -

Kepentingan Bukan Kawalan 49% (9,140,190) 3 ,620 - -

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 83

Page 84: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

24. DIVIDEN

KUMPULAN / PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

Pada 1 Januari 20,150,000 16,100,000

Peruntukan tahun semasa - 8,050,000

Tolak: Dividen dibayar (6,000,000) (4,000,000)

Pada 31 Disember 14,150,000 20,150,000

Bagi tahun semasa tiada apa-apa dividen yang boleh dibayar kepada LTAT selaras dengan ketetapan yang digariskan di dalam warta penubuhan PPHM (2017:35%) dari modal berbayar (2017:RM20,150,000).

25. LIABILITI LUAR JANGKA – TANPA CAGARAN Senarai liabiliti luar jangka bagi Perbadanan dan Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018

adalah seperti yang berikut:

Bahagian Projek RM

a) Jaminan bank untuk Projek Perpindahan Kemudahan Pangkalan Udara Kem Sungai Besi Kuala Lumpur (PUKL) dan Projek Pembangunan Taman LTAT di atas Lot PT5321, PT5322 dan PT5323 Bukit Jalil, Mukim Petaling, Kuala Lumpur.

90,257,500

b) Esa Jurutera PerundingTuntutan untuk baki yuran pengawasan tapak projek dan pembayaran balik (gaji) di mana tuntutan dibuat dibawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA).

504,279

c) Ahmad Zaki Sdn BhdTuntutan bagi pemotongan Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD). Kes sedang berada di peringkat timbang tara.

6,019,659

d) System Engineering and Construction Sdn BhdTuntutan bagi baki pembayaran yang telah dipotong. Kes sedang berada di peringkat timbang tara.

1,296,554

Bahagian Operasi

a) Encik Mohd Hanafiah Bin Mohd RamliBerdasarkan nasihat panel peguam yang diterima Perbadanan perlu menyediakan amaun yang tersebut sekiranya tuntutan saman dari Encik Mohd Hanafiah Bin Mohd Ramli terhadap Perbadanan berjaya. Kes ini sedang dalam peringkat pembicaraan di Mahkamah Industri.

315,469

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

84 | Penyata Kewangan

Page 85: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

26. URUSNIAGA DENGAN PIHAK BERKAITAN

Urusniaga dengan pihak-pihak berkaitan seperti mana dinyatakan di bawah telah dijalankan mengikut terma dan syarat-syarat yang tidak berbeza dengan urusniaga yang dijalankan dengan pihak-pihak yang tidak berkaitan.

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

PENDAPATAN

Yuran Pengurusan Taman LTAT, Bukit Jalil- LTAT

9,088,939 10,442,420 9,088,939 10,442,420

Sewa pejabat syarikat Subsidiari- PPHSB

- - - 6,000

Komisen agen insuran- AXA A®n General Insurance Berhad

58,592 202,680 58,592 202,680

Penyenggaraan Bangunan LTAT- LTAT

357,664 228,216 357,664 228,216

Faedah simpanan semasa dan jangka pendek

- A®n Bank Berhad

369,275 238,046 369,275 238,046

KUMPULAN PERBADANAN

2018(RM)

2017(RM)

2018(RM)

2017(RM)

PERBELANJAAN

Sewa pejabat- LTAT

279,008 279,008 279,008 279,008

Bayaran khidmat setiausaha

- Boustead Holdings Berhad 550 300 - -

Faedah dan caj bank:

(a) A®n Bank Bhd 50,398 50,514 50,108 50,224

(b) A®n Islamic Bank Berhad (sewabeli) 5,874 8,996 5,874 8,996

27. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN

Penyata kewangan yang telah diaudit ini telah dibentangkan kepada Lembaga Pengarah PPHM melalui resolusi pada 2 Mei 2019.

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 85

Page 86: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

IMBASAN

Page 87: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

IMBASANSOROTAN 2018

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

Page 88: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

88 | Imbasan

SOROTAN

LAWATAN KERJA PAT DAN KSU KE

PANGKALAN UDARA TUDM SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN

PELANTIKAN PENGURUS BESAR BARU DI MAJLIS PERSARAAN YBHG DATUK ABDUL AZIZ BIN ISMAIL

RELOKASI KEM 31 REJIMEN ARTILERI DIRAJA DI 31RAD KAJANG

SOROTAN

ANUGERAH PLATINUM PLUS DARIPADA AXA AFFIN GENERAL INSURANS KEPADA PPHM

PELANTIKAN DAN SESI LAWATAN KETUA

EKSEKUTIF BARU

<

< <

>

<

Page 89: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

KAUNTER PENDAFTARAN

DIBUKA 48 KALI DI SELURUH KEM-KEM DI

MALAYSIA

2018 MAJLIS PECAH TANAH WISMA BINTARA

PELANTIKAN PENGERUSI PPHM

<

>

<

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 89

Page 90: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

90 | Imbasan

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

09 OGOS 2018

KURSUS IBADAH PESAKIT & CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR)

19 FEBRUARI 2018

LAWATAN KERJA PAT DAN KSU KE PANGKALAN UDARA TUDM SENDAYAN

Page 91: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

13 NOVEMBER 2018

TAKLIMAT INDEKSPRESTASI UTAMA

(KPI)

11 OCTOBER 2018

LAWATAN KETUA EKSEKUTIF LTAT KE PPHM

06 SEPTEMBER 2018

AMANAT YBHG TAN SRI LODIN WOK

KAMARUDIN SEMPENA MAJLIS PERSARAAN

PPHM | Laporan Tahunan 2018 | 91

Page 92: LAPORAN TAHUNAN 2018 - PPHM

facebook.com/Pphm LTAT

instagram.com/pphm_ltat

twitter.com/PPHM_LTAT

www.pphm.com.my

IKUTI KAMI