laporan sukan tradisional.doc

Upload: leya-ukchukphan

Post on 03-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 laporan sukan tradisional.doc

    1/3

    SAENG FIDEELEA UKCHUKPHAN

    5PISMP PJ/PK/BM

    LAPORAN PERTANDINGAN

    PERMAINAN TRADISIONAL

    Pertandingan permainan tradisional merupakan suatu acara yang dianjurkan

    oleh semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ambilan Januari

    2010. Pertandingan pada kali ini telah diterajui oleh guru pelatih ambilan Januari

    2010 untuk melengkapkan tugasan Pengurusan Kokurikulum pada semester ini. guru

    pelatih dari 8 kelas tersebut telah berjaya melaksanakan pertandingan ini dengan

    jayanya bermula dengan pelantikan AJK sehingga berakhirnya pertandingan ini pada

    30 April 2012.

    Sebelum menjalankan kejohanan ini, kami telah mengadakan beberapa

    mesyuarat. Perjumpaan yang pertama melibatkan aktiviti pelantikan ahli

    jawatankuasa tertinggi seperti pengerusi dan sebagainya. Perlantikan ini adalah

    bertujuan bagi pengurusan hari kejohanan akan berjalan dengan lancar. Mesyuarat-

    mesyuarat seterusnya diadakan bagi mengemaskini aktiviti serta perkara-perkara yg

    berkaitan dengan pertandingan ini. Melalui aktiviti seperti ini, Saya dapat melatih diri

    saya supaya lebih memahami akan aspek pengurusan dan juga mengelolakan

    sesuatu program yang diberikan sebagai amanah untuk disempurnakan.

    Saya telah berada di bawah ahli jawatankuasa alatan. Antara tugasan yang

    perlu disempurnakan ialah menyediakan alatan untuk permainan-permainan

    tradisional yang bakal dipertandingkan. Selain itu, tugasan ini juga memerlukan kami

    untuk menyediakan check list barang-barang yang perlu dikeluarkan daripada stor

    jabatan Pendidikan Jasmani. Semasa hari kejohanan berlangsung, kami telah

    bekerjasama dengan Pegawai Teknikal memeriksa alatan dan mengumpulnya

    semula selepas digunakan.

  • 7/28/2019 laporan sukan tradisional.doc

    2/3

    Kerjasama yang ditunjukkan sesama jawatankuasa penganjur juga melibatkan

    aspek persiapan tempat daripada awal pertandingan sehinggalah kepada akhir

    pertandingan. Persiapan ini melibatkan aspek yang memerlukan tenaga sehinggalah

    kepada aspek yang memerlukan kreativiti contohnya aspek persiapan gimik

    perasmian kejohanan. Secara tuntasnya, kejohanan ini telah banyak membantu

    membina jati diri sebagai seorang guru yang bakal mendidik anak bangsa pada

    masa akan datang. Kejohanan ini juga turut mendidik diri kami dalam melakukan

    pengurusan dari segi pelbagai aspek yang akhirnya dapat menyempurnakan sesuatu

    program.

    Karnival bermula dengan pendaftaran peserta dan pegawai pada jam 7.30

    pagi. Peserta terdiri daripada pelajar PISMP ambilan Januari 2010 sendiri. Sayaberasa kagum dan memuji mereka kerana hampir kesemuanya datang awal dan

    tepat masanya untuk pendaftaran. Inilah bakal guru yang diharapkan pada masa

    akan datang. Seterusnya majlis dimulakan dengan majlis perasmian yang

    dipengerusikan oleh saudara Rizman dan dirasmikan oleh Encik Kamaluddin b

    Mokri, Timbalan Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

    Seterusnya kami memulakan acara permainan tradisonal dengan sesi taklimat

    ringkas. Permainan bermula dengan begitu meriah dan para peserta amat gembira

    bermain permainan ini. Ada yang sudah pakar dan ada yang tidak pernah bermain

    selama ini. Namun, itu bukan menjadi ukuran tetapi sikap kerjasama dan toleransi

    yang amat dititikberatkan. Saya amat berbangga kerana mereka yang pakar dalam

    permainan ini membantu dan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan. Hal ini dapat

    mengikis sikap mementingkan diri dan membantu menaikkkan jati diri masing-

    masing.

    Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu dapat dijalankan dengan meriah.

    Mereka semua dapat menimba pengalaman bermain tarik upih kerana sudah pasti

    ramai yang tidah berpeluang bermain sebelum ini. Ini menjadi kesempatan yang baik

    buat mereka. Saya dapat lihat riak wajah gembira mereka walaupun mereka tampak

    keletihan. Bukan itu sahaja, cuaca yang panas tidak melentur semangat mereka.

    Keadaan ini amat baik kerana memberi pendedahan kepada mereka untuk

    menempuh suka duka sebagai seorang guru. Perkara yang amat penting ialah kami

    dapat mengeratkan ikatan persaudaraan di antara kami walaupun sebelum ini tidah

  • 7/28/2019 laporan sukan tradisional.doc

    3/3

    pernah bertegur sapa. Karnival ini dapat merapatkan jurang antara kami dan sudah

    pasti ikatan ini berkekalan.

    Kesimpulannya, Pertandingan Sukan Tradisional yang dijalankan serta

    dikelolakan oleh kami memberikan impak yang positif dalam melahirkan modal insan

    guru yang beraspirasi tinggi lantas menjayakan hasrat melahirkan insan yang

    cemerlang, gemilang dan terbilang.