laporan sukan bola tampar 2011

Upload: adrine-sapari

Post on 04-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

LAPORAN SUKAN PASUKAN BOLA TAMPAR SK BUKIT RIDAN DI

KEJOHANAN BOLA TAMPAR

PERINGKAT DAERAH ROMPIN 2011Tarikh

: 07 April 2011

Hari

: Khamis Masa

: 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari Pelaksanaan AktivitiLokasi

: Padang SK Leban Chondong , Kuala RompinLaporan :Pada hari Khamis bersamaan 07 April 2011 SK Bukit Ridan yang mewakili Kelompok Muadzam Shah telah menyertai Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah Rompin di Padang SK Leban Chondong, Kuala Rompin. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki serta 10 orang murid perempuan dan juga 4 orang guru pengiring dari SK Bukit Ridan telah terlibat dalam kejohanan tersebut . Sk Bukit Ridan mewakili Kelompok Muadzam Shah manakala Kelompok Chanis diwakili oleh SK LKTP Selancar 2 dan Kelompok Pantai diwakili 2 buah sekolah iaitu SK Rompin dan Sk Selendang. Aktiviti ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada sekitar jam 12.30 tengahari.Secara kesimpulannya pasukan lelaki dan perempuan SK Bukit Ridan telah muncul sebagai naib juara keseluruhan di antara 3 buah Kelompok .Ini merupakan pencapaian terbaik kerana pada tahun lepas SK Bukit Ridan sekadar menduduki tempat ketiga untuk pasukan lelaki dan pasukan perempuan.Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh GB SK Leban Chondong sebagai tuan rumah dan pihak sekolah SK Bukit Ridan juga akan mengadakan majlis sambutan pada 11 April 2011 sempena kejayaan mengharumkan nama sekolah sebagai tanda penghargaan. Sebagai langkah memastikan kejayaan berterusan , pihak bola tampar SK Bukit Ridan akan menubuhkan pasukan pelapis yang terdiri daripada murid yang terpilih Tahun 4 dan Tahun 5. Latihan akan bermula pada tarikh yang akan ditetapkan serta berterusan.Semoga kejayaan seperti ini akan berterusan dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Berikut merupakan disertakan nama nama murid yang telah mengharumkan nama sekolah dan Kelompok Muadzam Shah.

Laporan disediakan oleh:

Disahkan oleh:

...................(Pn Rabetah bt Mat Sham )

Ketua Jurulatih Pasukan Bola Tampar

SK Bukit Ridan.

PAGE 3