laporan setiausaha

Upload: aruna1403

Post on 12-Mar-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN SETIAUSAHABINA INSAN GURU (BIG) SIRI 4 DI SK SULTAN YAHYA PETRA (1), KUALA KRAI KELANTAN

Untuk program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 ini, saya telahpun dilantik sebagai Setiausaha yang akan menyediakan kertas kerja bagi program BIG kali ini yang dirancang akan diadakan pada 9 hingga 12 Februari 2015 di Sk Sultan Yahya Petra, Kuala Krai Kelantan. Saya telah menyedikan kertas kerja yang lengkap berpandukan pada informasi yang telah diberikan pada saya oleh pengerusi dan pensyarah penyelia.Saya memulakan tugasan menyediakan kertas kerja dengan mengumpul segala maklumat yang berkaitan dengan program dan ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik dengan membuat organisasi serta menulis tentative yang akan berlaku semasa gotong-royong tersebut dijalankan. Setelah siap, saya telah menyerahkan pada Pengerusi untuk disemak dan seterusnya pada tutor dan pihak pengurusan BIG dan akhirnya persetujuan daripada Pengarah IPGKSAH untuk membenarkan kami sekelas menjalankan BIG berdasarkan perancangan yang telah dirancang. Segalanya berjalan dengan lancar setelah Pengarah memberikan persetujuan dan kami semua boleh memulakan aktiviti seperti yang dirancang seperti di dalam kertas kerja untuk menjalankan gotong-royong di Sk Sultan Yahya Petra (1), Kuala Krai Kelantan.Tugas saya turut bersambung apabila saya juga dikehendaki mengambil surat pengecualian kuliah untuk 4 hari di Hal Ehwal Pelajar. Saya juga telah mengambil maklumat dari penyelaras BIG tentang alatan yang diperlu untuk dibawa ke sekolah tersebut. Seterusnya, setiap kelas yang menyertai dalam BIG ini mempunyai setiausaha masing-masing. Wakil Setiausaha setiap kelas telah berbincang dengan bersama tentang program yang akan diadakan pada masa BIG.Kesimpulanya, tugas saya sebagai Setiausaha juga amat mencabar kerana menyediakan kertas kerja yang merupakan nadi pada perancangan yang kami rancang ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua rakan-rakan guru pelatih yang banyak membantu saya dalam menyediakan kertas kerja ini bersama-sama sehingga kem motivasi kali ini dapat berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan dan pengorbanan yang perlu dilakukan.Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, 20 Februari 2015

____________________________

(ARUNA A/P TAMIL CHELVAN)

SETIAUSAHA BIG PISMP-PT