laporan setiausaha

2
LAPORAN SETIAUSAHA BINA INSAN GURU (BIG) FASA 1 PERKHEMAHAN DI PUSAT KOKURIKULUM PULAU PINANG Untuk program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 ini, saya telahpun dilantik sebagai Setiausaha yang akan menyediakan kertas kerja bagi program BIG kali ini yang dirancang akan diadakan pada 24 Februari 2015 hingga 27 Februari 2015 di Pusat Kokrikulum Pulau Pinang. Saya telah menyediakan kertas kerja yang lengkap berpandukan pada maklumat yang telah diberikan pada saya oleh Pengerusi dan pensyarah penyelia. Saya memulakan tugasan menyediakan kertas kerja dengan mengumpul segala maklumat yang berkaitan dengan program dan ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik dengan membuat organisasi serta menulis tentatif yang akan berlaku semasa perkhemahan tersebut dijalankan. Setelah siap, saya telah menyerahkan pada Pengerusi untuk disemak dan seterusnya pada tutor dan pihak pengurusan BIG dan akhirnya persetujuan daripada Pengarah IPG untuk membenarkan kami sekelas menjalankan BIG berdasarkan perancangan yang telah dirancang. Saya amat bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar setelah Pengarah memberikan persetujuan dan kami semua boleh memulakan aktiviti seperti yang dirancang seperti di dalam kertas kerja untuk menjalankan aktiviti perkhemahan di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang selama 4 hari 3 malam. Selepas kertas kerja disemak, diluluskan dan disahkan oleh tutor, penyelaras BIG, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, unit kewangan, unit KUKP dan pengarah, saya pun meberikan salinan kertas kerja kepada AJK yang berkenaan untuk memohon meminjam peralatan dan sebagainya. Kesimpulannya, tugas saya sebagai Setiausaha juga amat mencabar kerana menyediakan kertas kerja yang merupakan nadi pada perancangan yang kami rancang ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua rakan-rakan guru pelatih yang banyak membantu saya dalam menyediakan kertas kerja ini bersama-sama sehingga perkhemahan kali ini dapat berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan dan pengorbanan yang perlu dilakukan. Sekian, terima kasih.

Upload: jie-tong

Post on 21-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN SETIAUSAHA

LAPORAN SETIAUSAHA

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 1 PERKHEMAHAN DI PUSAT KOKURIKULUM

PULAU PINANG

Untuk program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 ini, saya telahpun dilantik sebagai

Setiausaha yang akan menyediakan kertas kerja bagi program BIG kali ini yang

dirancang akan diadakan pada 24 Februari 2015 hingga 27 Februari 2015 di Pusat

Kokrikulum Pulau Pinang. Saya telah menyediakan kertas kerja yang lengkap

berpandukan pada maklumat yang telah diberikan pada saya oleh Pengerusi dan

pensyarah penyelia.

Saya memulakan tugasan menyediakan kertas kerja dengan mengumpul segala

maklumat yang berkaitan dengan program dan ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik

dengan membuat organisasi serta menulis tentatif yang akan berlaku semasa

perkhemahan tersebut dijalankan. Setelah siap, saya telah menyerahkan pada

Pengerusi untuk disemak dan seterusnya pada tutor dan pihak pengurusan BIG dan

akhirnya persetujuan daripada Pengarah IPG untuk membenarkan kami sekelas

menjalankan BIG berdasarkan perancangan yang telah dirancang. Saya amat bersyukur

kerana segalanya berjalan dengan lancar setelah Pengarah memberikan persetujuan

dan kami semua boleh memulakan aktiviti seperti yang dirancang seperti di dalam

kertas kerja untuk menjalankan aktiviti perkhemahan di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang

selama 4 hari 3 malam.

Selepas kertas kerja disemak, diluluskan dan disahkan oleh tutor, penyelaras

BIG, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, unit kewangan, unit KUKP dan pengarah, saya pun

meberikan salinan kertas kerja kepada AJK yang berkenaan untuk memohon meminjam

peralatan dan sebagainya.

Kesimpulannya, tugas saya sebagai Setiausaha juga amat mencabar kerana

menyediakan kertas kerja yang merupakan nadi pada perancangan yang kami rancang

ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua rakan-rakan guru

pelatih yang banyak membantu saya dalam menyediakan kertas kerja ini bersama-sama

sehingga perkhemahan kali ini dapat berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan

dan pengorbanan yang perlu dilakukan.

Page 2: LAPORAN SETIAUSAHA

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, 3 Mac 2015

_______________________________

( )

Penolong Setiausaha,

Bina Insan Guru Fasa 1, 2015