laporan setengah tahun sains 2016

16
LAPORAN SETENGAH TAHUN PANITIA SAINS 2016 SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA Aktiviti-aktiviti Tahunan Aktiviti-aktiviti tahunan telah dijalankan mengikut perancangan strategik panitia dengan begitu lancar atas kerjasama guru-guru dan murid-murid. Beberapa program telah dirangka dan dapat dilaksanakan dengan baik. Antaranya ialah: 1) Info Sains 2) Taklimat Pengukuhan Kemahiran Proses Sains 3) Kelas Tambahan (Tahun 6) 4) Gerak Gempur UPSR 5) Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR 6) PEKA Sains 7) Info Bulletin Board 8) Kuiz Sains 9) Pameran Sains (Karnival Pusat Sumber)

Upload: zakzaku501

Post on 07-Jul-2016

65 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nkj

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Setengah Tahun Sains 2016

LAPORAN SETENGAH TAHUN PANITIA SAINS 2016SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA

Aktiviti-aktiviti Tahunan

Aktiviti-aktiviti tahunan telah dijalankan mengikut perancangan strategik panitia

dengan begitu lancar atas kerjasama guru-guru dan murid-murid.

Beberapa program telah dirangka dan dapat dilaksanakan dengan baik. Antaranya ialah:

1) Info Sains

2) Taklimat Pengukuhan Kemahiran Proses Sains

3) Kelas Tambahan (Tahun 6)

4) Gerak Gempur UPSR

5) Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR

6) PEKA Sains

7) Info Bulletin Board

8) Kuiz Sains

9) Pameran Sains (Karnival Pusat Sumber)

Page 2: Laporan Setengah Tahun Sains 2016

Aktiviti : Info Sains

Tempat : Dataran Perhimpunan

Tarikh : Sepanjang Tahun

Pelaksanaan :Aktiviti Info Sains telah dijalankan di tapak perhimpunan pada sesi

perhimpunan rasmi mengikut takwim minggu sains. Pada tahun ini, Panitia Sains SK

DAMANSARA UTAMA telah membuat 4 persembahan Info Sains oleh murid-murid dengan

bimbingan guru. Antaranya ialah persembahan Bercerita Sains yang berjudul ‘Magnet’,

persembahan pantomin dengan judulnya ‘Dolphin Saves His Friends’, demonstrasi berkaitan

magnet serta taklimat berkaitan mikroorganisma dan HINI.

Impak : Aktiviti ini berjaya mencungkil bakat murid sekaligus dapat menyampaikan

maklumat yang berguna dan berinformatif kepada murid-murid secara amnya.

Keberkesanannya dapat dilihat melalui sikap positif yang ditunjukkan oleh

murid-murid untuk mengembangkan bakat dan mereka mudah untuk

mengingat fakta-fakta yang disampaikan melalui teknik persembahan Info

Sains.

Penambahbaikan : Mempelbagaikan bentuk persembahan dan melibatkan murid-murid

Tahun 1 hingga Tahun 6.

Page 3: Laporan Setengah Tahun Sains 2016

Aktiviti : Taklimat Pengukuhan Kemahiran Proses Sains

Tempat : Dewan SKTP

Tarikh : 28 Mac 2010

Pelaksanaan : Taklimat Pengukuhan Kemahiran Proses Sains peringkat dalaman pula telah

diadakan di Dewan SKTP oleh Pn Adonie bt Adnan,selaku JU Sains Kebangsaan dan juga

mantan Guru Besar SKTP. Sasaran program adalah untuk calon UPSR yang terdiri daripada

murid-murid Tahun 6. Program ini berlangsung pada 28 Mac 2010 selama 2 jam. Murid-murid

diberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan, tips-tips mudah mengingat melalui lagu,

strategi menjawab soalan KPS dan sebagainya.

Impak : Program ini amat berkesan kepada murid-murid ke arah pengukuhan

Kemahiran Proses Sains yang amat penting dalam penilaian UPSR dan juga

aplikasi dalam kehidupan seharian.

Penambahbaikan : Mengadakan taklimat Pengukuhan KPS kepada murid Tahun 4 atau 5

di dalam kelas atau dewan.

Page 4: Laporan Setengah Tahun Sains 2016

Aktiviti : Kelas Tambahan

Tempat : Makmal Komputer 2 dan Bilik APD

Tarikh : Februari hingga September

Pelaksanaan : Selain itu, program Kelas Tambahan yang melibatkan murid Tahun 6 telah

diadakan pada setiap Rabu petang bermula Februari sehingga September. Sehubungan itu,

kelas tambahan ini turut melibatkan cuti sekolah pertengahan tahun. Murid dibekalkan dengan

soalan-soalan berkualiti seperti soalan yang dibuat dan diperakui oleh Jurulatih Utama Sains

dan soalan-soalan peperiksaan UPSR yang lepas. Murid-murid dibimbing oleh guru mengikut

tahap pencapaian murid.

Impak : Program ini banyak memperbaiki kelemahan murid terhadap bentuk-

bentuk soalan yang sukar dijawab seterusnya meningkatkan prestasi murid.

Penambahbaikan : Kelas Tambahan untuk Tahun 5 juga boleh diadakan sebagai persediaan

awal untuk menghadapi UPSR.

Page 5: Laporan Setengah Tahun Sains 2016

Aktiviti : Gerak Gempur UPSR

Tempat : Kelas Tahun 6

Tarikh : Julai-September

Pelaksanaan :Program Gerak Gempur UPSR yang dijalankan turut membantu

meningkatkan prestasi murid-murid tahun 6 dalam subjek sains. Pelbagai bentuk soalan

didedahkan dan dibincangkan bersama murid secara latih tubi. Antara soalan yang menjadi

pilihan untuk program ini adalah soalan percubaan negeri-negeri lain,soalan peperiksaan tahun-

tahun lepas, dan soalan peperiksaan peringkat Negeri Selangor sendiri. Memandangkan

program ini dibuat menjelang UPSR, aktiviti ini dilakukan secara berterusan. Secara tidak

langsung, murid-murid akan dapat membiasakan diri dengan bentuk soalan sekaligus dapat

membantu mereka menjawab soalan dengan lebih yakin.

Impak : Murid-murid dapat membiasakan diri dengan bentuk soalan sekaligus dapat

membantu mereka menjawab soalan dengan lebih yakin. Prestasi subjek Sains

juga meningkat berbanding peperiksaan awal tahun.

Penambahbaikan: Memberi fokus yang lebih kepada murid-murid pemulihan dengan soalan

gerak gempur yang bersesuaian dengan aras mereka.

Page 6: Laporan Setengah Tahun Sains 2016

Aktiviti : Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR

Tempat : Kelas Tahun 6

Tarikh : Julai-September

Pelaksanaan :Bagi memantapkan pencapaian murid dalam subjek Sains terutamanya calon

UPSR, satu program telah berjaya dilaksanakan iaitu Bengkel Teknik Menjawab Sains

UPSR yang diadakan di makmal komputer 2 dengan kumpulan sasarannya adalah murid-murid

Tahun 6. Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains ini telah diadakan pada 23 Jun 2010 oleh

Allahyarham Pn Maziah bt Harmin yang baru menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 29

Oktober 2010 yang lalu. Beliau merupakan seorang guru Sains yang cukup berpengalaman

melebihi 20 tahun, dan juga seorang Ketua Pemeriksa kertas peperiksaan Sains UPSR. Beliau

telah menjadi penceramah tetap di SKTP selama 6 tahun dan hasil ceramahnya sangat

bermakna buat murid-murid. Selain itu banyak info-info terkini berkaitan sains UPSR dan

pendedahan tentang teknik-teknik menjawab soalan sains dikongsi bersama murid-murid

SKTP. Semoga rohnya dirahmati dan jasa beliau tidak akan dapat dilupakan dan perjuangan

murni beliau moga dapat direalisasikan oleh generasi hari ini.

Impak : Murid-murid dapat mengaplikasikan teknik menjawab soalan sains dengan

berkesan.

Penambahbaikan : Memberi peluang kepada murid Tahun 5 terutamanya sebagai persediaan

awal menghadapi UPSR.

Page 7: Laporan Setengah Tahun Sains 2016

Aktiviti : PEKA Sains

Tempat : Tahun 3 hingga 6

Tarikh : Sepanjang Tahun

Pelaksanaan : PEKA Sains melibatkan penilaian yang dilakukan oleh guru terhadap aktiviti

‘hands-on’ murid-murid, hasil kerja amali dan nota. Selain itu, murid juga dinilai dari sikap

dan sahsiah sewaktu menjalankan eksperimen serta kemahiran proses sains. Murid-murid yang

terlibat adalah murid Tahun 3 hingga 6. Bagi murid Tahun 6 markah PEKA mereka akan

dihantar ke Lembaga Peperiksaan dan keputusan penilaian PEKA akan dicetak bersama slip

UPSR. Bagi Tahun 3 hingga 5, markah yang dinilai akan dibawa ke tahun berikutnya dan

murid yang tidak mencapai tahap lulus akan dibimbing oleh guru sehingga lulus PEKA.

Impak : Keberkesanan program ini dapat dilihat melalui sikap murid yang bersungguh-

sungguh melakukan aktiviti hands-on mahupun pembelajaran dalam kelas

kerana mereka sedia maklum bahawa sikap, sahsiah dan nilai saintifik akan

dinilai dan dipantau oleh guru Sains selaku pentaksir sekolah..

Penambahbaikan: Murid- murid diberi pendedahan berkaitan dengan aktiviti dan kaedah

penilaian PEKA agar murid-murid lebih serius menjalankan eksperimen.

Kepelbagaian bentuk P&P dan Projek Sains juga boleh dilaksanakan bagi

memantapkan nilai saintifik murid-murid.

Page 8: Laporan Setengah Tahun Sains 2016

Aktiviti : Info Bulletin Board’

Tempat : Papan kenyataan Sains

Tarikh : Sepanjang Tahun

Pelaksanaan :Bagi aktiviti ‘Info Bulletin Board’, pembaharuan maklumat di papan

kenyataan telah dilaksanakan pada bulan-bulan yang ditetapkan agar minda murid-murid terisi

dengan pengetahuan yang lebih mantap. Bahan maklumat diperolehi daripada majalah-

majalah, sumber internet mahupun hasil karya murid melalui aktiviti pembentangan dalam

kelas.

Impak : Kesan positifnya, murid-murid dilihat suka membaca info-info pada papan

kenyataan panitia Sains yang mana ini dapat mengisi masa terluang mereka

dengan berfaedah sewaktu rehat atau semasa menunggu untuk berkumpul

di dataran perhimpunan dan sebagainya.

Penambahbaikan: Memperbanyakkan info daripada pelbagai sumber dan menampalkan

beberapa info dan soalan yang menguji minda murid.

Page 9: Laporan Setengah Tahun Sains 2016

Aktiviti : Kuiz Sains

Tempat : Papan kenyataan Sains

Tarikh : Tiga bulan sekali

Pelaksanaan : Panitia Sains turut mengadakan pertandingan Kuiz Sains untuk murid-murid

daripada Tahun 1 hingga 6 dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.

Aktiviti ini berjaya menarik ramai minat murid dan secara tidak langsung mewujudkan budaya

persaingan yang sihat bagi murid untuk menjawab soalan secara bertulis. Kuiz ini telah

diadakan sekali dalam 3 bulan dan soalan kuiz telah ditampal pada papan buletin panitia Sains..

Murid-murid perlu mendapatkan borang penyertaan daripada guru-guru Sains dan menghantar

jawapan kuiz pada akhir minggu berkenaan di mana setiap hari, satu soalan yang dipamerkan

pada papan bulletin. Jadi dalam seminggu ada 5 soalan yang berbeza yang harus dijawab

dengan betul. Pihak panitia menyediakan 10 hadiah iaitu 5 hadiah bagi tahap 1 dan 5 hadiah

bagi Tahap 2. bagi pemenang-pemenang sebagai galakan dan dorongan motivasi untuk mereka.

Impak : Aktiviti ini amat memberangsangkan dan meningkatkan minat murid dalam

pembelajaran sains. Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-

murid.

Penambahbaikan: Menyediakan skema jawapan kuiz dan menampalnya pada papan

kenyataan panitia Sains selepas pertandingan kuiz Sains. Jadi ini

membolehkan murid-murid membuat rujukan jawapan bagi soalan Kuiz

Sains.

Page 10: Laporan Setengah Tahun Sains 2016

Aktiviti : Karnival Pusat Sumber

Tempat : Perpustakaan Pusat Sumber

Tarikh : 12-16 April 2010

Pelaksanaan : Karnival Pusat Sumber (kolaborasi dengan panitia Sains dan mata pelajaran

yang lain) turut berjaya diadakan. Panitia Sains terlibat dalam pameran bahan panitia. Pelbagai

alatan dan instrument sains dipamerkan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pameran

sains ialah sesi soal jawab guru bersama murid dan demonstrasi penggunaan periskop.

Impak : Aktiviti ini telah mendapat sambutan hangat daripada murid-murid dan

guru-guru. Aktiviti ini turut merangsang minat murid mencuba dan

mengaplikasi instrumen sains.

Penambahbaikan : Mengadakan kuiz sewaktu pameran, menambahkan lagi instrument dan

demonstrasi sains yang lebih menarik sebagai bahan pameran.

Page 11: Laporan Setengah Tahun Sains 2016

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, segala aktiviti yang dirangka pada tahun ini dapat dijalankan dengan

baik. Segala penambahbaikan akan diteliti agar pelaksanaan program dan aktiviti dapat

dijalankan dengan lebih baik dan sempurna pada tahun berikutnya.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru amnya dan guru sains khususnya serta

murid-murid yang telah memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti-aktiviti

panitia Sains.

Semoga panitia Sains akan terus maju dan prestasi panitia dapat dipertingkatkan lagi.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

----------------------------------------- -------------------------------------(PN ADZLIANA BT MOHD DAUD) (PN AYU AIDI BT ABDULLAH)Ketua Panitia Sains SKTP Guru Besar SKTP