kadar pereputan setengah hayat

Upload: mynamesarah

Post on 31-Oct-2015

148 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kadar Pereputan Setengah Hayat

TRANSCRIPT

KIMIA NUKLEAR Kadar pereputan radioaktif

KIMIA NUKLEARKadar pereputan radioaktifSITI SARAH BINTI SEKERIReputan radioaktif ialah proses di mana nukleus yang tidak stabil memancar sinaran radioaktif untuk menjadi lebih stabilReputan radioaktif merupakan proses spontan iaitu proses yang berlaku dengan sendiriTidak dapat dikawalTidak dipengaruhi oleh keadaan fizik spt suhu & tekananTidak dipengaruhi oleh komposisi kimia bahan radioaktif itu danReputannya tidak boleh dihentikan atau dilambatkan

Reputan radioaktif merupakan proses yang rawak iaitu :Tiada cara untuk mengetahui atom yang mana akan mereput pada suatu ketika danSemua atom mempunyai kebarangkalian yang sama untuk mereput pada sesuatu ketika Setengah Hayat bagi satu bahan radioaktif ditakrifkan sebagai masa yang diambil untuk setengah dari atom-atom radioaktif asal mereput. Setengah Hayat bagi suatu unsur radioaktif ialah masa yang diambil untuk kereaktifan berkurang menjadi setengah dari nilai asalnya.KONSEP SETENGAH HAYATNukleus-nukleus di dalam satu sampel bahan radioaktif mereput pada masa yang berlainan kerana keradioaktifan ialah proses yang rawakOleh sebab satu sampel radioaktif mengandungi bilangan nukleus yang sangat besar, reputan radioaktif berlaku pada setiap ketikaKeaktifan suatu sampel radioaktif ialah kadar reputan sampel radioaktif tersebut

Unsur radioaktif yang berbeza mereput pada kadar yang berbeza

Kadar reputan berubah secara langsung dengan bilangan atom yang radioaktif

Kadar reputan = Bilangan reputan per saat = Bilangan zarah yang dipancar sesaatApabila suatu sampel radioaktif mereputBilangan atom yang belum reput semakin berkurangBilangan atom yang sudah mereput semakin bertambah

Dalam masa satu setengah hayatKeaktifan diseparuhkanBilangan atom yang aktif diseparuhkanKadar pancaran sinaran diseparuhkanKeaktifan awal satu sampel radioaktif tektenium-99m ialah 360 s-1.Berapakah keaktifannya selepas 18 jam ? [setengah hayat tektenium-99m ialah 6 jam]

Penyelesaiannya :

18 jam = 3 kali setengah hayat

6j 6j 6j360 s-1 180 s-1 90 s-1 45 s-1

# Selepas 18 jam, keaktifan = 45 s-1 CONTOH 1Setengah hayat bagi iodin-131 ialah 8 hari. Bermula dengan 16 g iodin-131, tentukan jisim iodin yang sudah dan belum reput selepas 24 hari.

Penyelesaiannya :

Jisim iodin yang belum reput akan diseparuhkan setiap 8 hari.

CONTOH 2Proses reputan ialah :

Selepas 24 hari, 2 g iodin belum reput manakala 14 g iodin sudah mereput

Setengah Hayat digunakan di dalam pelbagai bidang contohnya seperti menentukan umur sampel-sampel arkeologi atau geologi. Kaedah ini melibatkan penggunaan satu isotop radioaktif karbon iaitukarbon-14. Dengan menentukan keaktifan bagi 1 gram karbon dalam bahan-bahan purba seperti kayu atau tulang dan membandingkannya dengan keaktifan 1 gram karbon masa kini, usia bahan-bahan tersebut dapat ditentukan. Cara ini dinamakan pentarikhan karbon (carbon dating).KEGUNAAN