laporan selepas program lawatan ilmiah

Download Laporan Selepas Program Lawatan Ilmiah

If you can't read please download the document

Upload: lancelot-enchen

Post on 15-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN SELEPAS PROGRAM LAWATAN ILMIAH

Selepas menjalankan apa-apa program, perkara pertama yang mesti dibuat ialah post mortem. Post mortem sangat penting untuk menilai kembali sama ada program yang dilaksanakan berjaya atau pun tidak. Semua matlamat dan objektif sesuatu program yang disasarkan mestilah diambil kira untuk dinilai sama ada dapat dicapai atau pun tidak. Tahap kelicinan sesuatu program juga merupakan salah satu aspek yang boleh diambil kira.

Selepas menjalankan lawatan ilmiah ke agensi-agensi sukan yang dipilih iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil, Majlis Sukan Negara dan UITM Shah Alam, kami membuat satu mesyuarat khas untuk membuat post mortem mengenai program yang kami laksanakan.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Saudara Mohd Alfian merangkap pengerusi projek lawatan. Antara agenda yang kami mesyuaratkan ialah tahap kelicinan program yang kami laksanakan. Adakah program yang kami laksanakan mengikuti tentatif program yang dirancang sebelum ini.

Program yang kami laksanakan mengikuti semua aspek yang dirancang sebelum ini. Tempat penginapan, makan minum dan pengangkutan semasa menjalankan program ini juga terjaga dan memuaskan. Segala masalah yang timbul semasa menjalankan program ini juga dapat diselesaikan dengan cepat dalam sesi perbincangan semua ahli dan peserta program.

Selain itu, perkara yang dibincang lagi ialah mengenai kesan program ini kepada setiap individu. Adakah program ini memberikan satu ilmu atau nilai tambah dalam diridalamaspek pengurusan dalam pendidikan jasmani. Pengalaman dalam menguruskan sesuatu program atau lawatan amat penting untuk menjadi panduan apabila menjadi guru di sekolah kelak. Pengalaman sebeginilah yang dicari untuk memantapkan kerjaya sebagai seorang guru pendidikan jasmani disekolah.

Disamipng itu, sesi refleksi juga diadakan untuk menyuarakan pendapat mengenai aktiviti yang dijalankan semasa program lawatan ini. Setiap individu dapat menyuarakan pendapat masing-masing mengenai program ini. Kekuatan dan kelemahan sepanjang lawatan ini juga disentuh semasa sesi refleksi. Antara kekuatan semasa proses perancangan sehinggalah tamat lawatan ialah, lawatan ini dapat dijalankan dengan mengikuti tarikh yang dicadangkan pada awalnya. Tentatif program juga dapat diikuti denganjayanya kerana pengurusan masa yang berkesan dan efektif.

Kelemahan dalam pelaksanaan program ini ialah ada sebahagian kerja yang sepatutnya diselesaikan awal ditangguh sehingga saat-saat akhir. Ini mengakibatkan perkara yang sepatutnya diselesaikan awal tidak seberapa sempurna. Dalam sesi refleksi ini juga, terdapat beberapa individu yang memberikan cadangan penambahbaikan program. Sebagai contoh, AJK yang berkaitan hendaklah menyelesaikan tugas mereka dangan awal supaya tidak tertangguh. Selain itu, setiap individu mestilah memberikan komitmen yang tinggi semasa menjalankan program lawatan ilmiah ini.

Sesuatu program itu dapat dijayakan dengan bebapa aspek yang sangat perlu dititik beratkan. Antaranya, ia bergantung kepada bagaimana merangka/merancang dan pengendalian/pelaksanaan/pengelolaan yang dilakukan. Dalam pelaksanaan program lawatan ilmiah ini, ia perlulah mengikuti beberapa urutan dan prosedur-prosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana perancangan sesuatu program agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik.